January 7, 2011

Kedai mamak melampau

Assalamualaikum
selamat membaca kepada yang sudi, dari petang tadi aku dah mula menerewang dan bersemangat utk membuat entry baru dan aku berkira-kira untuk membuat sambungan kisah hidup aku sebagai penghijrah 4...tapi apabila dah kat depan Pc aku punya Mood untuk buat stroke story memori tak datang, tulis tak boleh paksa beb, nanti tulisan nampak kering mcm kain dijemur tak berangkat 2 hari. Mak aku cakap "kamu ni Ikar... jemur kain tak berangkat, dah mcam keropok mama tengok!" hehehe.. sory2 melalut....berbalik pada tajuk yang ingin diborakkan....

Tadi sambil berborak dengan mama, abah, abang dan adik, segala macam isu semasa diborakkan tanpa sebarang prejudis dan subjudis... dari arena politik, kerja, business, badminton super series grand finale, resipe dan kisah makan2....perbincangan dimulakan dengan kisah2 ASTRO service center, umah aku ni dah macam satu pattern pulakkk.. adik pompuan aku yg no 3 baru masuk kerja customer service kat astro, so tiap-tiap kali balik kerja, sambil dia menyodok nasik masuk mulut, dia pun mesti cerita kisah2 customer-customer yang call... mcm2.. selalunya kami sekeluarga suka dengar sebab lawak2, kadang-kadang kami malas nak dengar sebab boring.. hehe tapi takpa la bagi peluang, member baru kerje 3 bulan, tengah excited nak kongsi kisah kerja. (teringat aku masa mula2 kerja, pasal mesin photostat pun nak citer kat rumah)

sembang punya sembang, sampai la ke sidang tajuk makan2.. bapak aku mula bukak point dulu, dia tak puas hati pasal harga kat Khulafa seksyen 7..
"kamu tau? abah pergi makan khulafa seksyen 7, dia charge nasik ngan lauk ayam baper ringgit?"
aku try cuba nasib,betul tak jawapan aku
"standard rm5.00 paling mahal, kalau kat Hakim RM4.70, paling mahal Pelita kat Plaza Masalam RM 5.70 tak masuk air la"
abah jawab dengan semangat
" huh...5 ringgit?? abah kene RM7.00.. nasik sayur dengan ayam goreng, ade ke patut? gila punya kedai mamak"
"mak Oi..mahalnya" (serentak tu semua bagi response tanpa segan silu)


Aku ni kerja ronda satu Lembah Klang, Marketing la pulak kan... jadi aku agak jauh la berpusing..Damansara, Pj, Subang, Shah Alam, Klang, Port Klang, Puchong, Batu Caves, KL Center, Ampang, Cheras, Bangi dan banyak lagi la... di samping tu aku jugak adalah penggemar Teh tarik mamak.. nasik kandar pun aku minat. jadi pembandingan harga dah macam mainan dalam otak aku..

Apa yang aku perhatikan, harga-harga makanan sekitar kawasan yang konon (sila jgn terlepas baca perkataan konon ye) elite seperti Mutiara damansara, kota damansara, Shah Alam Seksyen 1-13...Subang Jaya, USJ, PJ semua harga makanan kat kedai mamak ni akan naik sky rocket sehingga perbezaan 20% hingga 30% lebih mahal dari kawasan2 lain di lembah klang. Harga2 makan kat area ni average adalah seperti di bawah



Teh Tarik Standard Portion

  • Teh Tarik = Rm 1.40 - Rm 1.80 (klang baru rm1.20 je teh tarik)
  • Roti Canai = Rm 1.20 - Rm 1.60
  • Mee Goreng= Rm 4.00 - Rm 4.50
  • Mee Goreng Ayam= Rm 5.50 - rm 6.50
  • Teh O = Rm 1.20 - rm1.50
  • sup kambing mamak = Rm6.00 - Rm 7.00

Korang perhatikan harga contoh kat atas tu? tak ke gila sepere? kenapa hal ni jadi? sebab orang yang duduk kat kawasan yang kononnya elite ni tak prihatin dengan hak-hak pengguna dan nilai duit diorang...diorang saja taknak buat paham tentang masalah inflasi.

masalahnye berlaku mcm ni la...

"mamak....kira berapa!!!"

"wunnek, rendek.. yenna, ama, serey,, anjiwale anjiwale purtu malley.. kari waleey..muttek, koli kari.. minna kari.. nenenenenenene... semua rm 13.50!"

terus je lelaki separuh usia yang perasan dia 'dato' bayar rm50 tanpa sikit pun rasa nak tengok mahal ke tidak apa yang dia makan tu...belen pulang pun dia tak kira, terus masuk wallet duit, tah cukup tah tidak pun dia tak peduli...

Jadi, kalau semua pengguna buat mcm ni kat kedai mamak, tokey mamak akan beranggapan tak mengapa untuk mereka Caj harga tehtarik RM1.60 segelas, sebab pelanggan tak merungut mahal, dan masih bayar walaupun harga tu totaly mengarut. ni lebih kepada ekonomi asas la..demand and supply...

cuba kalau pelanggan ada yang macam aku ni...

aku : "Anneyy... kira!!!"

Ane : "wunnek muttek anji walek anji walek, kuru yenna amma..ombotti ombotti..anjiwalek... RM8.00 abang!"

Aku : apa pasal 8ringgit?? mahal betul... ni teh tarik berapa ringgit?

Ane: ni teh tarik rm1.80 abang.....

aku: apa??? singgit 8posen??? mahal betul !!!, bukan gelas besar pun.. cekik darah betul!! saya minum teh tarik batu caves sana baru 1.20.. gelas besar baru 1.40... u mau kumpul wang pergi bombay ka?

Ane: Takda abang, sini kedai sewa mahal juga.. semua naik, ini air 1.80 murah juga..(cakap sambil geleng2 kepala, tangan pusing-pusing melambangkan tak mampu nak bagi harga murah)

Aku: banyak la ko sewa mahal, murah ko cakap teh tarik 1.80..gila... ini last saya minum sini, takda teh kedai u pun mamak klang pun boleh minum apa.. mahal...u careful ha..nanti orang komplen sama u. u ingat ini bangsar jln telawi ka mau caj mcm nightclub!!!

itu aku sorang cakap, abang aku pun cakap mcm tu, bapak aku ckp mcm tu, kawan aku sobrie pun cakap mcm tu... dah ada 4 orang cakap mcm tu bagi mempertahankan hak pengguna dan mengekalkan kadar harga tidak melambung dan menyumbang kepada inflasi...."inflasi tu apa?"nanti aku tulis satu entry pasal inflasi dan demand and supply ok..kalau aku rajin.

Kalau ramai orang ckp mcm tu, nanti tokey mamak tu goyang la, bila ramai komplen teh tarik Rm 1.80 tu mahal, ridiculous, dan orang dah sikit masuk kedai dia, nanti tokey mamak akan rasa tergugat dan mula pikir.. "ehhh betul jugak budak Zulfikar tu cakap..tak boleh jadi ni, mmg betul la aku caj mahal, customer taknak makan sini..kene turun harga sikit macam ni"... (mcm la mamak tu kenal nama aku pulak kan)

Bila pembaca-pembaca blog aku pun mula bersuara, bangkit memperjuangkan hak pengguna.. menafikan penindasan tokey mamak pada kita, maka consumers' right viral infection pun akan merebak dan akan memberi impact yang besar pada harga makanan....

"Ala Zulfikar tu cakap poyo je lebih!!!!.. takkan punya kedai mamak nak kene impact ngan suara pengguna mcam kita ni, blog dia baca boleh, nak percaya, nak ikut jangan" (sesetengah pembaca yang pessimistic dan bosan dengan semangat optimistic aku)

"Sapa cakap pengguna tak boleh bagi kesan kat peniaga?apa sangat la mamak tu, korang tak perasan ke Mcdonald hampir goyang dan buat promotion lunch at Mcd dengan harga average Rm 6.00 - RM 8.00.... tu semua sebab diorang rasa impact dari pemboikotan pengguna terhadap isu israel menceroboh palestin, dan sebab Mcdonald mempunya imej yahudi kerana pemegang saham dimonopoli oleh yahudi....sale diorang drop teruk sampaikan terpaksa buat iklan kat surat khabar, cakap industri macdonald membantu memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.. ini adalah salah satu kuasa pengguna yang EPIC..yang berjaya menundukkan gergasi industri makanan yang sangat besar, multimillion business we talking here... apa sangatla kedai mamak tu kalau kita nak bersatu dan menekan diorang.. kene optimistik dan bersatu la...."

Nak tengok jugak suria budak melekit tu terpengaruh tak dengan kempen kecil-kecilan aku ni...laki dia mesti suka lepak mamak jugak kot...kawan-kawan blogger lain pun boleh buat entry pasal masalah hak penguna mcm ni dan harap kita semua tau mana patut kita bayar, dan pada harga mana patut kita bersuara....eh Sm Banjamin mana ha???lama betul senyap.

Harapan aku bukan nak suruh kawan-kawan semua pegang banner bagai mcam nak buat tunjuk perasaan depan kedai mamak...harapan aku just kecik je, bak org putih cakap.. small favor...tolong ringankan mulut bertanya harga dan kalau mahal cakap mahal....untuk kebaikan kita pengguna bersama...

P/s : setakat ni aku dah banned beberape kedai mamak dari list aku antaranya... Syed Bistro dan Darul Ehsan atas sebab2 caj terlampau mahal dan jawapan balik yang terlalu bongkak..

16 comments:

  1. Amboi Nyah.. ko propa pasal laki Mak yer.. Nyah mak dengan laki mak tak makan mamak ok.. itam! kekekekekeke last choice je mamak tu tau! Ko nak murah nyah sila dtg tmpt mak cr restoran hamid maju or bkt puchong.. situ murah punya mamak... ayoyo karawale!!

    ReplyDelete
  2. smua mamak bersatu hati menaikkan harga.. minyak naik abis smua brg harga naik. Gaji x naik2. apa raa

    ReplyDelete
  3. masak sendiri je kt umah.. hohoh~

    ReplyDelete
  4. Mahal betul harga dekat sama, mai kedah pelita punya harga pun tak sampai macam tu, teh tarik rm1 ja kalau gelas rm1.30. dan berani dia kira guna bahasa dia, p check bil dekat counter la.
    sekarang nasi kandar dah maju, order pakai PDA harga terus fix dkt casher.
    haha!

    ReplyDelete
  5. tetiba lapaq nasi kandaq...tp nasi kandaq kat mydin kt k.t mahai...ayam, sayur, papadom = rm 8.50 - rm 9.00. kuah saja dia cas rm 4.00-rm 6.00.......

    ReplyDelete
  6. xpa..awak jgn susah hati sgt..nanti kita bawak gam cap gajah..kita lekat gelas dia kat atas meja..pastu kita tgok dia umpil mcmana..biar kuku dia tekopek jari dia melecet..pastu kita kira mcm dia gak..wunnek muttek anji walek kasi tarik khkhkhkhk...

    ReplyDelete
  7. wahahahahaha... ni adalah pembalasan si pitung kepada mamak gorgon yg kumpul duit org Malaysia...nak bina banglo 4 tingkat kat bangalore...

    ReplyDelete
  8. sobrie: tak penah tepikir pun bende jht mcm nih.. hang banyak main nih....

    ReplyDelete
  9. kat selamgor rasenye Pelita je pakai PDa kira harga ... penang lebih advance... nasik kandar la pulak...syeddapp!!

    Nadia: kuah saja caj rm4???? beli kuah rm10 pastu tuang atas tokey kedai mamak tu... kasi mandiiii

    ReplyDelete
  10. boikot mamak...jom rmi2

    ReplyDelete
  11. wah...idea yg beras bernas. napelah tak terpikir time tu

    ReplyDelete
  12. skang ni aku jarang lepak mamak.. kembali ke zaman bujang masak sendiri kat umah je... makan ngn adik adik ni.. lagi best... nak lepak mamak pun tunggu time ade lebih la.. ni tunggu gaji first ngn intekma as supervisor (heheh buat statement jugak akhirnye..)... nak makan free? meh datang bangunan canseleri... datang hujung bulan amat digalakkan... sebab time tu gaji sudah masuk... hahahhaha

    ReplyDelete
  13. kalau dekat penang ada 1 je kedia mcam ni.... KAYU Nas Kandar.

    ReplyDelete
  14. nak kena tau mamak ni...babap nnti...biaaaseeeeee dieeee....xpe...nnti i menyamar jadik pegawai hal ehwal pengguna tu pegi sana...i saman diorang k...siap ko mamak

    ReplyDelete
  15. ...cuba makan nasi kat RESTORAN PELITA kat AMPANG...sebelah ampang point....amik le lauk misai sotong goreng n daging....aku dah kena...bahagian makan saja RM17.00...melampau betul restoran2 mamak macam ni......Malaysia ni ingat x de menteri pengguna ka....apa ingat menteri pengguna dok saja kaa.....KASI BOIKOT RESTORAN PELITA.

    ReplyDelete
  16. Bodoh kalau tak mampu masak la kat rumah. Kalau tak da duit jangan makan kat luar. Senang je prinsip hidup bro. Sebelum mencekik makanan tu tanya harga kalau jenis takde duit. Guna otak.. hidup ni semua kena pakai otak bukan kehendak

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...