May 28, 2011

Dara, Kebenaran Yang Selama ini Terlindung


Assalamualaikum.....



"Razak, apa masalah kau sebenarnya Razak? Lina tu aku tengok dah baik sangat dah Razak, apa yang kau cari sebenarnya?"

"Aku nak cakap serba salah la Zam, aku..aku...aku sayang Lina tu..."

" laaaa, dah kau sayang, yang kau pergi clash dengan dia kenapa? kesian aku tengok dia tau tak Zak, apa yang kurang kat dia? cuba bagitau aku, dah la lawa mcm lisa surihani, kerja pulak engineer, umur pun bukan la tua sangat, baru 25 tahun, pandai masak, pandai kemas rumah, pandai amik hati orang tua...apa lagi yang tak kena Razak???"

" Aku tak boleh nak cerita la Zam, nanti akan mengaibkan orang, takpe la, biarlah rahsia. Biar hanya aku dan dia je yang tau sebabnya kami clash"


Pada pendapat korang semua, hasil daripada perbualan dua orang sahabat di atas, apa yang korang dapat agak? adakah Lina itu seorang Alien, yang sangat misteri, misteri seperti dalam cerita Men In Black 3, yang tak mampu diceritakan oleh Razak kepada sahabatnya? atau pun Lina itu adalah dari keturunan puteri Bunian?

Bukan tu sebabnya, soalan retorik sangat, kalau dah taknak bukak aib, clash tiba-tiba tu apa lagi kalau bukan sebab Razak rasa tergugat lepas tahu yang makwe dia telah hilang dara kepada lelaki lain.

Macam mana Razak boleh tahu yang makwe dia bukan lagi anak dara? adakah Lina itu janda? atau Razak ada sesi 'test drive' sebelum kahwin, atau Razak kerja Doktor pakar sakit puan dan kebetulan Lina datang check pap smear kat Klinik dia?

Tidak para hadirin dan hadirat sekalian, majoriti sebab utama pakwe tau adalah kerana sikap rela hati makwe mengaku yang dia dah hilang dara.

Persoalanya, adakah perempuan wajib melakukan sesi pengakuan hilang dara sebelum berkahwin, especially 2, 3 minggu sebelum kenduri di jalankan?

Ataupun, pengakuan dosa ini dilakukan sebab rasa bersalah yang menyelubungi hidup si gadis?

Kebenaran pasal dara yang selama ini terlindung :


**********************

Kebenaran Pertama

Lelaki bujang, tidak mampu menilai samada perempuan itu dara atau tidak, tidak kiralah masa dating, atau masa malam pertama. Ini adalah kebenaran.

Kebenaran yang lebih lanjut... sedangkan doktor pakar puan pun tidak tahu samada perempuan itu gadis dara atau pun tidak hanya dengan melihat dengan mata kasar pada waktu malam, di dalam bilik yang gelap, sambil diri dipenuhi rasa ghairah dan kepala dah penuh air.

Even, Bidan yang dibantu oleh ilmu 7 jenis bunga yang mempunyai 7 kelopak dikutip dari 7 hutan pada masa 7 malam pun tidak dapat meneka dengan tepat samada perempuan itu masih mempunyai dara atau tidak dengan pandangan mata kasar.

Jadi apakah rasionalnya perempuan pergi mengaku dia sudah tiada dara kepada pakwenya? ini adalah satu perbuatan bodoh yang dilarang oleh Agama, perbuatan ini dinamakan membuka keaiban diri sendiri dan menayangkan kejahilan kepada umum.

Sekali lagi, aku ingin mengingatkan, Islam bukanlah seperti agama Kristian yang mempunyai konsep Confession atau sesi pengampunan dosa. Korang tak perlu mengaku dan meluahkan kesilapan dosa korang kat Pak Imam atau tok Guru hanya untuk mendapatkan keampunan... INI SALAH.

Korang perlulah bertaubat; solat taubat, berdoa memohon keampunan dan kemudian insaf dari mengulangi kesilapan yang lalu. Takda sesi mengaku dosa ye adik-adik.

************************

KEBENARAN KEDUA

Adakah selaput dara itu penting bagi pihak lelaki?

Selaput dara itu tidak penting bagi lelaki, nak nak lelaki bujang yang tak pernah sentuh perempuan, malahan lelaki bujang itu sendiri tidak tahu pun apa itu dara.

Jadi, apakah yang penting?

Yang penting adalah maruah 'Dara' itu. Kesucian itu, maruah seorang lelaki yang mahu perempuannya exclusive untuk dirinya.

Jika anda sudah kehilangan dara sekalipun, berilah saki baki maruah yang tinggal kepada kekasih anda. Manusia mana yang tidak melakukan dosa? Manusia itu lemah dan sering terdedah pada dosa.. mohon ampun dan teruskan kehidupan. Berikan keyakinan pada pakwe anda.

Apabila perempuan Volunteer mengaku bahawa dirinya sudah kehilangan dara dekat bekas kekasih lamanya, maka kekasihnya akan merasa tercabar, nak nak pulak kalau bekas pakwe perempuan itu lebih nampak gagah, maskulin dan hebat dari dia. Lagi la mamat ni panas hati..

"Razak, errmm Razak... tarikh tunang kita tak lama lagi kan baby. Ayang dah tak sabar nak tunggu detik-detik bahagia kita bersama Bie"

" Ye la Ayang, Bie pun dah berangan-berangan dah ni nak kongsi hidup dengan ayang, bie nak sehidup semati dengan ayang, bie sayang ayg sangat, bie dah tak pandang perempuan lain dah, I truly deeply madly love you Lina"

" Tapi baby....ayang ada something nak bagitau baby ni, tapi ayang takut, ayang takut nak cerita, ayang takut baby tak dapat terima kenyataan ni"

STOPPPPPPPPPPP!!!.... kalau korang sayangkan hubungan itu, kalau korang sayangkan pakwe korang, kalau korang taknak pelamin angan korang musnah, jangan sambung hasrat hati korang nak mengaku yang korang dah hilang dara dengan bartender Modestos masa ladies nite. tolong la Lina, jangan teruskan hasrat hati itu lina..

Tapi kalau korang degil.........

"apa dia Lina, it is sound like serious matter, Apa lagi pasal u yang i taktau? pasal parut apendiks kat perut tu ke? atau pasal u ada masalah berdengkur?

" bukan tu dear, parut apendiks ngan bedengkur tu hanyalah kuman kalau nak bandingkan dengan kebenaran yang sebenar. ini adalah tentang kesucian diri i di mata u darling"

" errr, apa dia Lina, katakan saja, luahkan, i janji i takkan marah, takkan lari dari u, takkan tinggalkan u tak kisah lah apa pun yang terjadi. i terima"

"sebenarnya sayang............i...i.....i...... i dah takde dara"

" Hahhhhhh????? takde dara???? siapa lelaki tu Lina?"

" Jimmy, Bartender kerja modestos jalan P.Ramlee tu...tapi Razak, i sumpah, it is just one night stand, takde melibatkan perasaan cinta, lagipun hal ni dah lama sangat jadi.... 3 tahun sebelum i jumpa u Razak"

" But why u tell me pasal ni Lina. seriously i tak perlu tahu pun, bila u cerita macam ni, u buatkan hati i jadi kecewa sangat, kalau u tak cerita pun, i takkan tahu, dan bila u cerita u bukak pekung dada u sendiri, are u expect me to accept it dalam sekelip mata lina?"

"Tapi Razak, u dah janji takkan tinggalkan i walau apa pun yg terjadi"

"I rasa, i perlukan masa lagi untuk kita berdua Lina, i perlukan masa untuk terima hakikat ni"

Haaaaa... kan dah clash, kalau anda diam je, takda la jadi adengan mcm ni. walaupun dia terima anda sekalipun, tapi lepas tu pandangan dia terhadap anda sikit sebanyak tercalar.

Lelaki merasakan egonya tercabar, lelaki akan mula berfikir yang bukan-bukan, dia akan mula paranoid, dia akan mula fikir Jimmy akan datang majlis kenduri kawen, sambil bawak kawan-kawan dan gelakkan kat depan pelamin....

"Hahahaha, bodoh punya Razak, kawin dengan bekas aku, cuci mangkuk la kau, aku dah rasa dah bini kau tu"

Padahal, orang gila je yang berani terjah kenduri orang buat mcm tu.


***********************

KEBENARAN KETIGA

Berhenti dari assuming bahawa lelaki moden sudah tidak pentingkan hal dara

ATAU....

Berhenti dari menyedapkan hati dengan buat persoalan retorik :

"virginity, isn't it matter?"

Yes, Virginity is matter!!!!, bagi lelaki religious, kolot, modern, urban, profesional, kampung, bandar, orang putih, orang hitam atau orang kelabu... YES dara itu penting..

walaupun ada lelaki urban dan 'konon-konon terbuka' cuba untuk menjadi hero dengan menyatakan...

"nahhhh.... virgin? siapa peduli lagi perempuan tu virgin ke tak, kalau dah sayang kawin je la"

Sebenarnya lelaki itu gila bayang atau dia tengah susun ayat nak ngorat korang untuk ajak korang tidur semalam.

Sebenarnya, jauh dalam sudut hati dia, dia masih menghormati tentang idea 'kesucian dara' dan of course la dia mahukan perempuan 1st hand sebagai isteri.

Exclusive, Tidak berkongsi dengan orang lain, 'aku hebat sebab isteri aku dara'. Ini semua adalah fitrah semulajadi spesis jantan, perasaan ini develop secara semulajadi tanpa perlu diajar dengan falsafah atau didikan seks.

JADI.. jangan buat pengakuan korang dah takde dara kepada lelaki, ia akan memburukkan lagi keadaan....please stop it!

*************

KEBENARAN KEEMPAT

Lelaki bujang yang innocent tidak tahu pasal dara.

Jika lelaki bujang tau bezakan anda dara atau tidak jawapannya samada dia sendiri sudah tidak teruna, pernah pecahkan dara atau pernah langgan bohsia.

Jadi lelaki yang bermaruah tidak akan sama sekali kemukakan soalan ini

" awak.. awak... awak dara lagi tak?" memang makan pelempang kalau lelaki tanya mcm ni.

" awak.. awak.. awak pernah buat seks tak?" jangan kawin dengan lelaki mcm ni.

"awak.. awak.. dara tu mcm mana ye? boleh tunjuk kat saya tak?" Tahan teksi dan balik rumah, jangan dating dengan dia.

*************************

Bak kata Abah aku..

" kalau kamu sendiri tanya pasal dia dara ke tak, maknanya dia pun berhak tanya kamu teruna ke tak. Kalau kamu tau dia dara ke tak, maknanya kamu dah pernah buat"

"habis tu mcm mana Abah?"

" Kamu tak berhak tanya dia ada dara ke tak, kalau kamu dah sayang dia, kamu terimalah dia seadanya, benda yang lepas tu biarkan, tutup buku lama dan bukak buku baru. Dalam dunia ni mana ada manusia yang tak buat dosa Ikar"



P/s cerita di atas tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati, kalau kena mengena sekalipun, gila ke nak mengaku. ahahahahaha

selain dara si perempuan, dara juga boleh dijumpai pada minyak zaitun, minyak kelapa, syarikat penerbangan, ikon agama dan juga album madonna. Tapi raja segala Dara adalah milik si Buah Zaitun...

35 comments:

  1. minyak kelapa dara.. bagus utk kulit dan pghadaman..:)

    ReplyDelete
  2. tengah2 baca, terfikir, "ahhh..lelaki ni sibuk pasal dara pulak..teruna pmpuan x persoalkn punnnnnnnnnnnn??"

    tiba part abah tu, rs sejuk hati...

    slmt pagi~!

    ReplyDelete
  3. Dunia akhir zaman ni,yang haram jadi halal..yang halal pulak boleh jadi haram..Pengaruh barat membuatkan kita semua leka dan x tahu asal usul diri masing2 dan terikut2 dgn cara khdpn mereka yg bebas bergaul tanpa ada batas2 pergaulan sebagaimana yang telah diajar oleh agama Islam..Buat sahabat2 yang rasa dirinya jauh terpesong,kembalilah ke pangkal jalan dan memohon keampunan darinya.InsyaAllah,sesungguhnya Allah itu maha mengampuni.. Virgin is pride.As a gurl, we should keep it to right person, right time and right place.. bukannya dengan sekali kenyitan mata,dara hilang begitu saja..Menyesal kemudian hari tidak berguna lagi..Biarlah akal menguasai nafsu bukan nafsu menguasai akal..InsyaAllah..

    ReplyDelete
  4. Small matter..kpd perempuan2,jgn la bermurah hati sgt..kalo jd benda mcm ni...sndri yg frust,xpsl2..baik jaga baik2..so,tak terbangkit la soal ni.

    Tp kn,terfikir jgk,kalu pmpuan tu mengaku sambil muka penuh takot n menyesal sbb takot ditinggalkan lepas bgtau,tu adalah pengakuan paling jujur yang harus dihormati oleh lelaki..mungkin sbb dia syg lelaki tu dan dia taknak kisah2 silam dia terbangkit kalo dia tak cerita awl2..biar la tau awl2,jgn tau lmbt2 smpai mslh dtg dlm rumah tangga.Mana la tau,manusia ni kuat berdengki...

    ReplyDelete
  5. best ..i like this ellaboration ..virginity is a matter..but let bygone be bygone :)

    ReplyDelete
  6. aku taktau kalau benda ni aku yang hadap suatu hari nanti, tp demi cinta, kasih dan ikhlas terhadap perhubungan tu insyaAllah aku akan terima dia seadanya.

    ReplyDelete
  7. minyak kelapa dara boleh buat sabun.hehe

    ReplyDelete
  8. Bahaya buat pengakuan macam tu sbb kes ni pernah terjadi kat orang yg mak kenal Nyah.. dia memang dah tak virgin & stp kali tukar Bf mesti baut benda tu sebabnya dia suka mengaku pd bf baru yg dia dah pernah terlanjur then yg baru pun ambil kesempatan. lepas dah jemu tinggal.. pernah jd dia make love dgn ex-bf sdgkan ms tu dia still couple dgn bf dia yg laters tp ex-bf ajak buat dia pun buat.. Mak pun tak tau nak ckp mcm mana dia ni.. maybe 1 dia memang dah ketagih & kedua memang dia buktikan cinta dia cara mcm tu. lgpun dia dh mcm tak kisah semua tu.. kesannya pd diri dia sendiri. org yg rapat & konon syg dia sekadar ambil kesempatan atas kebodohan dia sendiri.Tak perlu mengaku kalau sesuatu tu memudaratkan. dlm Islam pun tak ckp salah kalau kita merahsiakan aib sendiri utk kebaikan. Kalau lelaki yg tau perempuan tu virgin or x masa 1st nite.. kena tanya dia balik la.. berkemungkinan dia pun dah tak teruna.

    ReplyDelete
  9. hahaha. aku hanya mampu gelak. zaman sekarang ni, aku sendiri tak tahu dara tu ape. tp nice info, aku baca dari awak sampai akhir nak tahu dara tu ape. aku malas nak gugel sebenarnya. haha.

    eh kejap, betul ke raja segala dara tu buah zaiton? ape kene mengene?

    ReplyDelete
  10. udacun : mcm mana nak beza kelapa tu dara ke tak?

    miss senget : sebenarnya tulisan ni mempertahankan wanita dan dara... sib bek baca sampai habiskan.

    Aiza zara : betul tu, taubat dan mohon keampunan.. teruskan hidup.. jangan buat lagi..

    Cik Illa : mulut org takleh nak tutup. sila rujuk kebenaran pertama.

    ReplyDelete
  11. M. fizan : dah berjaya buat kesimpulan dgn sangat ringkas.. syabas.

    Dale : sama la kita dale...

    p/s Dale tu nak sebut mcm mane? mcm cipdale ke atau 'dalam' bhasa kelantan?

    Elyana : saya pakai shokubutsu je... takpun lifebuoy.. haha

    lekat lekit : huraian kau tepat, sebenarnya, sape yg bukak rahsia dia bukan dara, akan diambil kesempatan lelaki utk sex bebas..

    cik azeya : buah zaiton adalah olive... minyak zaitun adalah olive oil... hanya olive oil saja yang menggunakan "extra virgin oil" di dunia ni...

    mana tak raja segala dara... extra virgin tuuuuuuu hehe

    ReplyDelete
  12. aku suka entry ini bro. nice blojob wakakaka

    ReplyDelete
  13. nice blojob..wakakakakakakakkakakakakakak selekeh gila.. hahahaha

    ReplyDelete
  14. huraian yang sangat panjang. macam ni, apa yang GR fikirkan. kita mencari orang yang baik untuk jodoh kita. dan selalunya kita dengar dan ingatkan, orang yang baik, jodohnya juga baik. tapi tak semuanya yang kita lihat jahat sekarang akan kekal jahat. mungkin dia akan jadi baik di masa akan datang, malah lebih baik dari kita, dan menjadi jodoh yang terbaik untuk kita.

    jadi, rahsia mengenai dosa biarlah disimpan, jika benar-benar hendak berubah. rahsia itu milik Allah, kerana pengampunan juga milikNya. betul, jika diceritakan kepada lelaki, mungkin perempuan itu akan dipergunakan kembali, bermodalkan rahsia yang dia sendiri dedahkan

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. hmmm jadi aku nak mengaku disini. aku tiada teruna dah. haruskah aku pergi mencari lelaki yg tiada dara disini? omg.






    virgin is a matter. for me lah. tp kalau nk ckp org non-virgin tu tak layak hidup and so pulak siapa aku ni kan? maka live your life. taktau nk simpulkan mcmana dah Azza kau boleh berambus sekarang konklusi pun tak reti -.-

    ReplyDelete
  17. kahkahkah. perlian apakah ini? sebutan chipdale lebih afdhal rasanya.

    ReplyDelete
  18. Dale : hah, baru la senang nak membayangkan nama kau.. selama ni msteri menyelubungi... ahahahahahhaha

    ReplyDelete
  19. setuju dengan huraian ko dan pendapat dari GR..

    kalau dah pernah buat silap dan bertaubat dengan kesilapan yg pernah dilakukan lebih baik 'rahsia' itu disimpan kemas..perbaiki diri supaya tidak mengulangi perkara yg sama berulang-ulang kali macam yg cikpuan lekit cakap kat atas..

    janganlah dibuka 'aib' itu kalau taknak di'pergunakan' oleh lelaki2 durjana yg suka amik kesempatan tu..kan?

    ReplyDelete
  20. Cik sha : yeeep tepat sekali, kalau ikutkan logik dan rasional pun jangan bukak rahsia ilang dara...

    kalau ikut Islam pun, jangan bukak aib tu.....

    jangan ngade2 volunteer gi citer...

    ReplyDelete
  21. setuju nak tambah sikit je - dara bukan boleh hilang melalui hubungan kelamin je , tapi dara buleh hilang cthnye terjatuh ke , aktif sukan ke, accident ke , terlanggar bede xsepatutnye ke(jatuh pokok ke terkene baahgian tu) perempuan la - jadi jgn cepat nak assume pompaun xde dara pompuan yg dah pernah buat hubungan ... ye yg penting adalah maruah dan bertaubat.tq ur post byk bagi pengajaran

    ReplyDelete
  22. baru baca blog anda akibat surfing-surfing secara rawak. menarik la bro pendapatan minda engkau ni

    ReplyDelete
  23. owh.. ni citernya... boleh cilok idea ni.. ehehe.. tapi nak buat sal kisah teruna..

    ReplyDelete
  24. dara atau tidak..sering diperkatakan namun teruna seorang lelaki tidak lak jadi isu..hmm..apa pun betul kata kata part abah tu..terimalah seadanya..bukak buku baru..credit to all guys yang menerima perempuan seadanya ..hahaha

    ReplyDelete
  25. Zaman sekarang nih, memang susah nak dapat gadis yang masih dara... umur baru 10 tahun dah hilang daranya.. apa lagi kalu umo dh lepas baligh, l-o-n-g-g-ar!

    ReplyDelete
  26. good point,
    and penyamapaian yang awesome!!!
    Great job!
    XD

    ReplyDelete
  27. jantan...
    tkder dara tknk..
    dah dia..tkder teruna tk sedar plak..
    ayorkkk...

    past is past...n over..
    tkder dosa yg tk terampun selagi mampu bertobat...

    ReplyDelete
  28. Salam,
    Sy rasa tertarik dengan post ini. Mungkin kerana ada kaitannya dengan hidup sy.
    Sy mempunyai teman wanita, dan sy bukan seorang lelaki yg bertukar tukar teman wanita, apabila sy sayangkan seorang wanita, niat di hati sy ialah untuk mengambilnya sebagai isteri.

    Pada suatu hari, tergerak hati sy menanyakan hal bekas teman lelakinya dlu, dan tiba2 dia menceritakan pada sy yg dia sudah terlanjur dgn ex teman lelakinya dulu, beberapa kali.

    Ya Allah betapa perit, pedih dan sakit hati sy mendengarnya. Dia wanita yg sopan, bertudung litup dan mmg perkara begitu tdk pernah terlintas dlm fikiran sy.

    Mungkin ini ujian Allah pada sy, dia cinta pertama sy, sy ikhlas menyayanginya dan ingin mengambilnya sbgai isteri sy.

    Sy lakukan solat sunat istikharah. Hati sy masih ingin menerimanya walaupun keperitan dan kesedihan yg melanda diri. Sy akan truskan istikharah, semoga beroleh petunjuk.

    Doakan sy tabah. Dan sy juga turut mendoakan semua org yg senasib dgn sy supaya tabah. Jika wanita itu benar2 insaf, jgn terburu buru meninggalkan dia, solat istikharah dahulu dan minta petunjuk. Sesungguhnya pengetahuan Allah meliputi segalanya.

    Salam.
    HambaAllah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...