May 14, 2011

Isu : Rahsia di Sebalik Nama Muhammad, merepek

Assalamualaikum..

Sebelum kita bergelak tawa dan sengih sorang2 dengan entri- entri nostalgia, di sini aku nak menulis pasal kejelikan aku terhadap salah faham muslim tentang tanggapan interpretation rahsia tersembunyi dalam ilmu islam.

Sedang aku menelaah satu persatu blog untuk mendapatkan ilmu dan pandangan kawan-kawan blogger, aku terpaku dan rasa sangat jengkel, meluat dan seperti tak percaya dengan apa yang aku tengok..

Namun aku terpaksa menerima perbezaan pendapat di kalangan kita, cuma apa yang aku kesalkan, sikap sesetengah blogger yang suka menyampaikan sesuatu mengikut hukum 'syok sendiri' tanpa ada asas yang kukuh dan kajian yang mendalam.

Tolonglah jadi penulis yang bertanggungjawab, janganlah sampai-sampaikan bidaah dan benda mengarut yang macam ini. rosak agama dan akidah kita nanti.

cuba anda tengok gambar ini....



Rajah 2 : Rangka manusia yang dibaringkan kemudian seboleh-boleh diusahakan untuk membayangkan tulisan Muhammad, kalau anda tutup dengan tangan tulisan Muhammad di bawah, anda dapat teka tak rangka manusia baring itu represent apa?????????

Mengikut penulis2 teori kajian nama Muhammad yang aku taknak sebutkan namanya, terdapat banyak rahsia keajaiban dalam tulisan nama Muhammad itu sendiri, dengan nama itu menunjukkan seperti orang tengah sujud.

yang kedua, penulis menunjukkan tata rajah rangka manusia yang dibayang-bayangkan dengan menyerupai tulisan Muhammad. Kemudian beliau menyatakan ini satu keajaiban. sesiapa yang setuju dengan penjelasan di atas?

Terdapat beberapa point yang akan aku bincangkan di sini :

1. Adakah dengan kajian pada tulisan ini akan memberi faedah dan menambahkan keyakinan akidah kepada penganut Islam? adakah dengan perkara mengarut seperti ni adalah intipati ajaran Islam? adakah dengan terbongkarnya rahsia tulisan Jawi Muhammad ini akan mengangkat martabat islam dan memajukan tamadun islam?

Islam bukan berkenaan kajian tulisan meyerupai rupa makhluk, islam adalah cara hidup, akidah, penyerahan diri kepada Tuhan, wahyu, kisah-kisah tauladan,penerangan tentang hari pembalasan dan adab-adab etika hidup seorang insan di dunia untuk ke akhirat.

2. Kajian seumpama ini sudah lama ditegah oleh ulama' besar dunia islam samada sarjana dari Madinah, Kaherah dan dunia Islam moden. Perkara seperti ini tidak mendatangkan manfaat kepada Muslim, ia hanyalah bidaah, perkara reka-rekaan untuk suka-suka. adakah ayat-ayat dalam Alquran dan Hadis yang endorse perkara macam ni?

3. Rasulullah SAW, Para Sahabat, dan golongan zaman selepas sahabat iaitu tabi' tabiin tidak pernah ajar benda macam ni, jikalau benda ini mendatangkan manfaat sudah lama sarjana-sarjana dan ilmuan-ilmuan Islam zaman dahulu kala sudah menghuraikan perkara ini.

4. Tulisan dengan rangka manusia dalam rajah 2 itu tidak sama pun dengan Tulisan Muhammad, ia hanyalah bayangan yang direka2 untuk memuaskan hati pencipta bidaah ini.

5. Tulisan Jawi Muhammad pada Rajah 1 pun tidak menyerupai orang sujud sama sekali, totally mengarut.. Huruf Dhal itu bukan mcm Dhal, tapi mcam huruf Lam... memang sangat memalukan dunia ilmiah Islam.

6.Kalau betul nak sama kan semua, baik lukis awan larat terus. apa significantnya tulisan Muhammad dengan Gambar Rangka Manusia?

7. Kalau anda menganggap benda rekaan ini tepat dan menunjukkan bukti keagungan dan keajaiban, anda silap, Bagi Allah SWT, semulia2 manusia disisiNya adalah yang paling bertaqwa, bukan yang paling pandai mencari makna tersembunyi dalam tulisan jawi.

8. Maksud Muhammad Adalah "Yang Terpuji" maksud itu sendiri sudah terlebih mulia dan bermakna berbanding bayangan rekaan orang tengah sujud dan rangka manusia.

9. Untuk menjadi muslim yang bagus dan manusia yang berguna, kita dituntut menuntut ilmu, belajar semua ilmu yang ada di dunia, memahami Alquran, mendalami Hadis... bukan suruh buat kajian tulisan jawi menyerupai rangka manusia.

10. Dengan benda begini yang menular dikalangan muslim akan hanya mendedahkan org munafik dan musuh islam terhadap senangnya memasukkan pelbagai interpretasi dalam segala kitab suci Islam, bagaimana kalau musuh islam menyamar dan menyebarkan tulisan Jawi Allah dan Muhammad menyerupai benda yang tidak elok?

11. Saya Mohamed Zulfikar Ibni Mohamed Hazri dengan penuh sifat bertanggungjawab dan tegas, menyatakan bahawa 'kajian rahsia di sebalik Nama Muhammad menyerupai Rangka dan orang tengah sujud' adalah merepek, tidak ilmiah, bukan dari satu cabang pengajian agama Islam, bukan tuntutan agama, bukan lambang keajaiban, bukan Rahsia tersembunyi ilmu filsafat, Ia juga tidak harus dipercayai dan disebar-sebarkan oleh muslim.

Dengan ini saya secara terbuka akan menerima komen yang ingin bertanyakan pendapat atau berbincang mengenai perkara ini. sekian terima kasih.


P/s aku ada komen dekat salah satu blog blogger Malaysia yang menyebarkan kajian benda mcm ni, tapi aku cari balik entry tu dah hilang...**mungkin sebab terdelete dek masalah blogger.com kot.

25 comments:

  1. pehhh memangla aku setuju sangat. memangla nampak serupa tapi apa faedahnya?

    ReplyDelete
  2. http://seriouslybyme.blogspot.comMay 14, 2011 at 12:46 PM

    aku juga sgt setuju dgn entri saudara. Cuma aku tak pandai nak perjelaskan seperti yang saudara buat. Syabas dan semoga mereka yang diluar sana boleh mandapat manfaat sedikit dari maklumat ini.

    Bro, font tulisan tu agak ranggi sangat la.

    ReplyDelete
  3. kajian2 macam ni la buat orang mcm mak yg masih tadika dlm ilmu agama jd keliru.. kita dah la cetek ilmu lepas tu di sogok dgn fakta2 kajian macam ni.. jadi keliru & ada yg percaya bulat2. entri ni memang bagus Nyah..

    ReplyDelete
  4. sbb tu kita kena tahu hakikat penciptaan manusia ini yg serba lemah dan tak boleh nk mempersoalkan keagungan Allah. kalau kata beriman dengan rukun iman dan Islam, kenapa nk buat benda2 ni lagi. nk persoalkan apa? nk buktikan apa lagi? dah tahu akal manusia terbatas.. lepastu nk buat teori sndri, tu yg wujudnya bidaah dan cerita2 mengarut ajaran sesat sume ni. nauzubillah

    ReplyDelete
  5. ya Allah..makhluk Allah mana la yg buat kajian mengarut macam ni?hmmm..

    daripada dok kaji menda2 merepek macam ni baik la pergi tuntut ilmu agama bagi kuat iman di dada..pelik2 betulla manusia ni kan..dah byk sangat kot masa terluang dia..T_T

    ReplyDelete
  6. Rasanya xda faedah kot. Lebih baik selawat ke atas Rasul kita byk2...

    Entry terbaru -> Lambang Salib Pada Logo Monster Energy... (",)

    ReplyDelete
  7. perghh... festime kot tau ada kajian ngarut psl kalimah muhammad.. merepek2 ja diorang nih... ada byk bnd yg lebih bermanfaat dlm Islam nih utk dikaji tp bkn tulisan mcm ni..

    bnd2 bidaah mcm ni la bleh buat org taksub, then percaya bnd2 khurafat n paling bahaya syirik.. nauzubillah..

    ReplyDelete
  8. terbaek la ikar..

    org skrg suka sngt tambah2 dalam agama..terlalu membicarakan soal cabang sedangkan pkok pangkal masih goyah

    ReplyDelete
  9. mengenai pakaian untuk mendaki gunung kinabalu tu, tepulang kepada pendaki, mana yang mereka rasa selesa dan memudahkan pergerakan semasa mendaki. Seluar pendek tiada masalah untuk permulaan pendakian dari kaki gunung ke final pit stop di Gunting Lagadan (tempat untuk berehat, makan dan tidur sebentar sebelum sambung pendakian yang biasanya bermula pada jam 1 or 2 pagi). Masa memulakan pendakian pada waktu pagi tu yang kena pakai pakaian yang betul2 kalis sejuk kerna cuaca serius sangat sejuk di atas sana lebih2 lagi bila berangin. sejuk menusuk hingga ke tulang okeh!

    ReplyDelete
  10. merepek je orng ni.. pandai2 nak buat isu~

    ReplyDelete
  11. bab sujud tu aku setuju gak. Tanda Baginda seorang hamba dan pesuruh Allah. sujud kepada Tuhan yang Esa. tapi bab baring tu?????

    ReplyDelete
  12. ARC : inilah yang dinamakan syok sendiri...

    seriuslybyme : ok thanks, aku dah ubah font nih.. :)

    Lekat lekit : kalau nak study agama mendalam.. bermula dengan akidah dulu.. bukan kajian benda mepek mcm nih..

    Nazihah isa : contoh mcm ni la yg memulakan idea mengkultuskan manusia.

    Cik Sha : betul sangat tu.. org mcm ni pencetus bidaah yg menyesatkan..

    BUdak Botak : setuju!... dan aku dah baca pasal salib kat monster tu..

    iyou : bidaah permulaan penyesatan agama..

    ReplyDelete
  13. Yusida : soal cabang bagi diorg lebih thrill.. tapi akidah ke laut...

    Luna Lanun : thanks... sweter tebal perlu bawak tak?

    G3 Lina : kalau tak baca kita tak pasan kan?

    Riff : mencintai nabi, dan mengagumi kebesaran tuhan bukan dengan interpret tulisan berbentuk sujud..

    ReplyDelete
  14. bagus2...

    lepas ni, ada apa-apa isu, try foward kt kamu saja la..

    abes kene kupas smpai licin..

    ReplyDelete
  15. drpd buat kajian tah pape ni, baik kaji al-Quran, saintis barat bole kaji Quran, nape kita sebagai umat Islam tak nak buat. Kita sume tau dalam Quran tu byk rahsia2 yg Allah bg, tp umat Islam tetap lebih suka buat kajian yg tah pape ni.. huhu <---- komen sendiri, tp tetiba terasa mcm batu besau jatuh atas pale.. kihkih

    ReplyDelete
  16. misssenget : jangan bagi isu susah sangat tau.. nanti pengsan

    Jue : takpe.. ada kesedaran xpe..kalau tak kaji itu lebih baik dari membuat bidaah mcm contoh yang kita bincang di atas.. :)

    ReplyDelete
  17. benda2 yang tiada faedahnya mmg paling di minati sesetengah umat islam yang kurang bijak...

    ReplyDelete
  18. Sebab itu korang jangan kaitkan antara islam dan sains. Aku tak berapa suka kaitkan antara sains dan hukum dalam islam.

    Ilmu sains hanyalah setitik dari ilmu Allah dalam rahsia menciptakan Alam ini.

    ReplyDelete
  19. BigDaddy : umat islam skrg ni suka benda2 yg Hype.. sedangkan asas kehidupan beragama dorang taknak amik tau..

    Minda Malay : setuju sangat dengan komen kau...benda gahib yg musababnya hanya Allah yg Tahu, takyah la kita manusia ni sibuk2 nak kaji..

    ReplyDelete
  20. Jgn terburu - buru membuat sebarang cerita atau komen, cuba bersikap terbuka kerana ilmu Allah itu luas dan tiada sempadan, ada yg anda tahu org x tahu, ada yg anda x tahu org lain tahu, hanya jauhari yg mengenal manikam, hanya Allah yg mengenal Allah tiada yg lain, masing-masing telah ditentukan oleh Allah bahagiannya, jaga dan peliharalah rahsianya. Jangan sampai diketahui oleh org2 yg mengakui dia pandai tapi bodoh, dia rasa dia alim tapi jahil, dia rasa dia tinggi ilmunya sedangkan cetek pemikirannya, mereka hanya suka menyalahkan org lain dan merasa dirinya amt benar. . . Sedangkan tiada yg salah. . . Semuanya adalah benar kerana semuanya datang dari zatNya. Kepada semua penjaga rahsia jgn pecah amanah, jgn sampai ada org mengatakan kamu ini sesat dan gila. . . Biarkan mereka dgn pemahaman mereka, diantara beras dan antah, kan beras lagi banyak, beras d makan menjadi tahi, beras d tanam xkn tumbuh, sedangkan antah di tanam. . . . ? Lu pikirlah sendiri(yg faham je). . . Buatlah keje masing2 , dan jgn suka nk buat keje org sedangkan diri sendiri masih fana. . - syatahama-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat setuju..bagi yg mengerti dia mengerti..sesungguhnya segala kefahaman datang dari-Nya.

      Delete
    2. Tabarakallah ya ikwan..

      Delete
  21. Syatahama : jika semuanya benar, maka takda garis panduan syariat dalam hidup beragama..

    kalau benda ni benar, zaman nabi dan para sahabat lagi telah diajar.

    kalau zaman itu tidak di ajar, mungkin zaman tabiin...tapi tetap tak di ajar...

    mungkin zaman tabiee tabieen... tetap jugak tak diajar...

    ini semua bidaah yang merugikan yang berselindung disebalik ilmu filsafat dan usul..

    jangan kata saya tak kaji ilmu usul filsafat dan tarekat, saya rasa saya lebih universal dan flexible..

    tapi dalam membenarkan kejahilan berlaku hanya kerana syok sendiri yang tak diendorse oleh nabi.. saya tak boleh toleret.

    p/s terima kasih dengan pendapat anda, saya hargai. dan saya belajar dari itu.

    ReplyDelete
  22. confession:
    ilmu agama saya masih kurang. saya tiada komen. tapi kita semua kena sentiasa menambah ilmu dengan guru yang bertauliah. :-)

    ReplyDelete
  23. perghhh..dasat..

    1st time jumpa blogger yang berani cam gini..
    err..

    respek ahh..

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...