December 31, 2010

PREJUDIS

Assalamualaikum...
Kebelakangan ini aku melihat Trend manusia yang suka prejudis.. minat dengan hal-hal keburukan sanak saudara selebriti atau ahli politik..bukan apa, aku baru habis blogwalking ke blog-blog pasal isu-isu panas Artis. Aku tengok blog yang serupa mcm ni begitu meriah dan berpesta membuka keaiban orang islam yang lain, membuka keaiban anak-anak, anak saudara, kakak, abang, adik, sepupu kepada artis atau ahli politik, perlu ke?

Yang menjadi Artis Mak diorang, yang menjadi terkenal kakak-kakak diorang, yang berpolitik mak bapak diorang, tapi kenapa korang semua pegi bongkar keaiban anak beranak pulak? korang merasa puas dengan dapat menyiarkan keaiban itu??? dan yang turut membaca pun sama-sama merasa puas ibarat orang haus lepas jogging dapat minum 100 plus...

Ada kisah anak Datok ni bogel la, berdisko la...ada cerita anak pembaca berita cium mulut dengan awek la, korang tayang gambar kakak si Heliza seksi.. korang tayang anak menteri ni bercumbu, berdisko..yang sinis dan ironiknya, masa korang duk berdakwah dalam entry tu cakap pasal ingatla Islam...Ingat Tuhan, korang sendiri tak ingat Tuhan, tak ingat islam... Allah SWT melarang Umat manusia membongkar keaiban saudaranya...sesiapa yang menutup keaiban insan lain, Nescaya Allah akan tutup keaiban mereka semasa di dunia dan akhirat nanti.

Dalam pasal korang melaknat, menyumpah tak kira lah si Pengomen atau si penulis....sedap je korang maki, sumpah seranah bagai... korang taktau yang korang bantu Syaitan menjahanamkan umat islam yang lain...

Tapi cubalah kita nak nasihat si 'pencacai umpat ni'... dialog yang korang bakal dengar mesti mcm ni..

"aku bukan apa, aku nak sampai-sampaikan benda mcm ni sebagai peringatan untuk orang lain"
----->wei sebahuk!!!...Islam tak ajar korang nak mengingatkan orang lain dengan cara korang bersukaria dan berpesta memaparkan keaiban orang lain seumpama buaya meratah bangkai.

"aku bukan nak mengumpat, tapi benda dah sahih, dah berlaku depan mata, lagipun aku bukan cakap belakang dia, aku cakap depan-depan"
----> deyyy.... itu kira mengumpat la dey! ko ckp belakang ke, depan ke, benda sahih ke ade bukti ke tidak, selagi korang menceritakan keaiban orang lain kepada orang lain itulah dia MENGUMPAT....

"Biar padan muka dia, sapa suruh jadi artis, kan anak-anak ko jugak yang dapat malu. skrang rasakan, nak sangat jadi artis, belum akhirat lagi kau kat dunia dah rasa azab"
-----> Korang ni konon nak jadi wartawan dunia internet, nak jadi penyebar media..oh la... eh la, ape la... tapi korang sendiri takda etika kewartawanan.. apa kene mengena anak dia shoping peluk awek dengan mak dia berlakon jadi makcik jual nasik lemak??? apa significantnya??? entahlah, aku tak minat nak lebel2 orang mcm ni.. meluat.
Korang tu confirm ke tak kena azab???

Bak kata dialog dalam cerita p.Ramlee.. seniman bujang lapok...


p/s dakwah tak perlu kita nak bongkar keaiban orang lain..

December 30, 2010

Borak Teh Tarik Malaysia menang bola


Assalamualaikum....
Baru kembali semula berblogging selepas bercuti panjang bersama keluarga, malam ni sudah pastinya nak bersembang pasal kejayaan Pasukan Malaysia menjuarai Piala AFF suzuki yang mana perlawanan akhirnya berlangsung di Stadium Bung karno dan Stadium Bukit Jalil, aku bukan la Shebby singh ataupun Sarkawi Jirim nak mengulas bagai nak rak, cuma aku mahu masuk dalam arus persembangan yg sedang hangat berlansung, untuk mengelakkan Klise berlaku, aku cuba menganalisa dari sudut yang di luar perspektif :

1. Indonesia, Malaysia terkenal dengan unsur-unsur tahyul Hantu Raya, Khadam Jin, BOmoh, Saka, jenglot, Toyol dan sebagainya, kalau orang tua-tua cerita, pakai taring babi boleh kebal, kena tetak tak putus, kene hiris tak luka... ada bomoh boleh arah hantu raya angkat tiang seri rumah, tak pun ada yang boleh angkat perompak, campak atas kubur... tapi korang perasan tak? kenapa dengan kesemua kehebatan bomoh2 sunan kalimanwaloko waling kasumat birjaya Pathi seri kabungkasari ni tidak mampu mengarahkan hantu raya atau saka mereka untuk menyungkit kaki Khairul Fahmi penjaga Gol Malaysia? takpun tiup santau angin ke, bagi mata dia rabun tak nampak bola? jadi.. tak payah la pakai senjata moden Laser kaler hijau nak suluh-suluh mata kan? buat habis duit beli laser je, baik jamu pulut kuning ngan telur je kat hantu raya... hehehe

kesimpulan: bila aku tanya masa borak-borak, diorang jawab balik yang Malaysia punya bomoh lagi handal, tapi seingat aku, tok-tok nenek dulu ckp ilmu batin tak boleh nak rentas laut.. :) jadi aku simpulkan kat sini..samada hanturaya bomoh indonesia taknak dengar ckp malam ini, atau persatuan bomoh-bomoh indonesia melancarkan mogok besar ataupun semuanya cerita pasal benda ni tahyul dan kalau ada pun khurafat laknatullah...

2. Malam ini sangat Ironik, pusingan awal, Malaysia kalah 5-1 dengan sangat mudah kepada Indonesia, kemudian bernasib baik dapat masuk separuh akhir, kemudian berjaya mengalahkan Indonesia/Timnas (aku pun tak tau maksud timnas tu) 3-0 di BUkit Jalil, kemudian malam ini tewas dengan indonesia 2-1 namun ironiknya.. mlm ini tewas tapi Malaysia yang julang Trophi.. Syabas Malaysia Tanah Tumpah Darahku. PheeeEEeEEWWwwwit.....menang sebab aggregate 4-2...

Kesimpulan: permainan segala jenis sukan keputusannya sukar untuk di duga... dan mcm selalu ayat-ayat basi pakcik-pakcik di kedai kopi bila mengomen dan mengulas tanpa gaji " bola tu bulat, macam-macam boleh jadi" aku kadang-kadang naik meluat pulak dengan statement ni, mmg la bola tu bulat, takkan nak suruh main bola empat segi... habis tu badminton bola tak bulat tapi mcm2 boleh jadi jugak, F1 punya kereta tak bulat, mcm2 boleh jadi jugak.. eeeeeee
Jadi, moral of the story...jangan mengalah selagi belum wisel penamat atau mata sudah sampai ke akhir bagi permainan yang tiada wisel. :P

Aku dengan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pasukan Harimau Malaya, Malaysia.. kerana telah bermain dengan bersungguh-sungguh dan menjuari piala yang berprestij ini.

Tahniah kpd pengurusan pasukan negara.
Tahniah kepada barisan jurulatih yg diketuai Rajagopal
Tahniah kepada pemain
Tahniah Kepada PM kerana menjadi sangat sporting dan kerana memberikan cuti pada 31hb 12 2010
Tahniah kepada Rakyat Malaysia yang tak jemu-jemu dengan pasukan Malaysia.

DAN.....

Tahniah Kepada Pengalah...Iaitu TimNas, Indonesia kerana sudi kalah untuk memberikan kemenangan kepada Malaysia...

bak kata Khairul Fahmi " saya kene laser tapi takde ape2 pun" kekekekekkekeke

December 26, 2010

Bercuti dari internet

Pengumuman!!
Saya dengan ini mengumumkan akan bercuti dari internet sehingga 3hari berikutnya...
kerana bersama-sama dengan keluarga untuk bercuti-cuti Malaysia
akan ke Mersing Johor pada malam ini...
selamat berblogging dan selamat bercuti kepada mereka yang bercuti.
selamat Tahun Baru!!!
:) :D :P

Berhenti mengeluh!!!!


B.O.S.A.N .... perkataan yang akhir-akhir selalu ternampak di mata kita di wall-wall Facebook dan Blogging..ramai org yang bosan, bosan hari isnin, bosan hari ahad, bosan di facebook, bosan di YM, bosan di office, bosan di rumah, bosan di kolej, bosan dengan kawan, bosan dengan kekasih, bosan dengan mak kuat membebel, bosan dengan lecturer, bosan dengan bos, bosan hujan lebat, bosan jadi org miskin, bosan kerja kerani, bosan kerja banyak, bosan kerja sikit, bosan tak tau nak buat apa, bosan terlalu banyak kerja.

Nampaknya, wall facebook dan entry blogging digunakan sepenuhnya untuk menyatakan bahawa anda bosan, bosan dengan kehidupan anda... tidak pernahkah anda dalam seketika duduk diam selama 10 minit, merenung betapa beruntungnya hidup anda dibandingkan dengan kehidupan org lain yg lebih malang???

Aku menjadi mushkil dan jelik sebab selalu aku tengok orang yg sama, apabila update status Facebook atau Blog, hari ni dia cakap bosan bos bagi banyak kerja.. esok dia update ckp dia bosan dekat office sebab takde kerja. Aku naik jelik dan meluat, kadang-kadang aku buat kesimpulan yang manusia mcam ni memang bosan dengan life dia.

Hari ni kau cakap kau bosan dengan kehidupan yang tiada kawan. esok ko update status kau cakap kau bosan dengan kawan-kawan kau.
Hari ni kau cakap kau bosan dengan KL yang panas terik dan berdebu, esok kau bosan dengan hujan tak berhenti dari pagi sehingga malam.
Hari ni kau cakap kau dah bosan dengan Facebook, esok kau cakap kau bosan dengan Blog.
Hari ni kau cakap kau rindu kekasih kau, esok kau cakap kau bosan dengan dia.

Apakah yang kau mahu?
tidak retikah bersyukur..mendakap nikmat dan kehidupan ini seikhlas dan segembira-gembira mungkin?
Atau kau mahu orang lain mula berkata bosan dengan kau? oh mungkin kau sudah imune dengan budaya bosan.

Aku harap, sama-sama lah aku dan kamu, berhenti mengeluh bosan..mungkin jika anda berhenti berkata bosan dan mula menggunakan akal untuk berfikir tentang kehidupan ini..masa itu kau baru mengerti tentang hidup yang tidak pernah bosan.


P/s jika satu hari nanti nampak aku mula update status FB atau update entry blog dengan perkataan bosan dengan hidup..korang tegur-tegurlah aku seikhlas mungkin.

pssssttt: aku tidak mahu menjadi ketam mengajar anaknya berjalan.

December 25, 2010

IRONIK

Ironik sungguh hari ni, aku dapat la sikit rezeki lebih semalam, jadi hari ni aku nak membeli-belah.
Aku nak pegi Subang Parade, sebab dekat sana kalau sale boleh tahan murah....bila ada festival season la..sama mcam sogo dan The mall..the best kept secret utk kaki-kaki shoping di KL... kalau otai-otai shoping area KL, bila musim sale, diorang tak pergi KLCC, MIdvalley atau pavilion sebab sana mahal dan diskaun tak gila-gila. Jadi aku pun start la kereta nak pergi ke Subang Parade.. niat hati nak beli Wallet dan Kasut Badminton, sebab dah koyak....

Start je kereta, tengok signal minyak dah merah, dari seksyen 8, aku selalu isi minyak petronas dekat seksyen 6. sampai je petrol pump, bayar rm30...tarik la lever bukak penutup petrol, gedegak..gedeguk... macam biasa bunyi terbukak, pergi belakang cek tertutup lagi, hah!!! sangkut dahhh!!!! aisehmenn... cuba lagi, dari pintu seat driver ke belakang kat tmpat minyak tu aku rasa dekat nak 10kali ulang alik, konon-konon usaha pasti jaya.. last tak berjaya jugak, mintak balik duit dekat cashier..blah.. bengang punya pasal, merah-merah minyak tu rembat jugak pegi Subang.. nasib la, geram punya pasal, tak rasional pun tak peduli..

Sampai Subang Parade, beli la Wallet, Bantal peluk, berus gigi systema(aku suka berus gigi ni, bulu halus hehehe...first time guna tadi) sabun dan sabun muka, hajat hati nak beli kasut badminton Yonex tak kesampaian sebab kedai world sport tu dah tutup...

Balik tu, dengan semangat redha dan Tawakal.. aku pun balik ditemani signal warning petrol yang menyala-nyala..tak tergamak aku nak teruskan lagi, berhenti kat federal highway nanti tak basah ketiak ngan spender nak menapak cari minyak..huh ampunnnn.

Masuk la petronas federal Highway.. usaha jugak mcm tadi... Tang ni lah ironinya..duit ada dalam wallet, minyak ada dalam Pump....kereta dah ada kat petronas... tapi minyak tak boleh isi.... ciss...
Sedang aku mencuba sedaya upaya menarik Tuil minyak dengan berbagai gaya. Datang mamat Nepal Petronas tu... "takpa abang, saya tolong abang, abang masuk tarik itu bukak minyak, saya tolong bukak sini" sekali cuba je, terus terbukak... mat Nepal cakap "sudah boleh abang" aku pun terharu dan gembira sangat, aku pergi dekat dia, "bagus lah awak, terima kasih banyak, tolong saya" (sambul tepuk2 bahu dia) hehe... dia rasa dihargai terus bertambah semangat isi minyak dengan wipe cermin.. :)

Ironiknya satu lagi.. dalam banyak-banyak pekerja Malaysia situ.. Mamat Nepal yang berbudi bahasa tolong aku, dan berbudi bahasa untuk menghulurkan bantuan. budi bahasa budaya kita...budi bahasa budaya Nepal juga....

Kesimpulannya... Budi bahasa bukan terletak pada bangsa dan kefahaman kelompok, budi bahasa terletak pada ketinggian akhlak seseorang itu. budi bahasa terletak pada keihklasan dan akhlak individu.

Dan...... ironik boleh berlaku pada bila-bila masa, dan semasa terjadi kita hanya mampu mengeluh sambil tersengih.


p/s cuba korang try isi minyak cap kapak dalam kereta, apa jadi? :)

December 23, 2010

Jawapan balas yg menjatuhkan kualiti PR anda Part 1

Salam kepada semua kawan-kawan, maaf 2 hari off dari berblogging dan berinternet, sebab menguruskan isu tuntutan insuran yg melibatkan terpaksa bergerak ke banyak tempat dan agak meletihkan, namun hari ni kembali untuk bersama korang semua untuk berkongsi pendapat dan luahan Rasa Hati. Entry kali ni aku terpanggil untuk berbicara tentang Perhubungan awam, atau english di sebut Public Relationship (PR).. nak berkongsi pasal ni bukan apa, hari ni aku tersentuh dengan keramahan Makcik Kaunter JPJ Padang Jawa yang sangat mesra membantu dengan Ikhlas dan juga keramahan staf-staf AMbank Hq jalan Yap Kwan Seng, Tahniah aku ucapkan pada mereka yang ikhlas dan tawadhuk semasa membantu pelanggan dalam menyiapkan urusan-urusan yang terlibat. Namun di sini aku nak kongsikan bagaimana caranya untuk kita sama-sama memperbaiki lagi skill perhubungan kita dengan ahli masyarakat.

Mesti ramai antara korang yang terjumpa dengan sesetengah kawan yg begitu peramah, rasa seronok bersembang dengan dia, seronok bila dengar dia bercerita..dia selalu dapat menarik perhatian orang ramai, dan rasa begitu mesra dan seperti dah kenal lama.. tetapi sebaliknya ada jugak watak hitam yang apabila kita dekat dgn dia, bersembang dengan dia, kita akan panas Bontot dan rasa nak cepat-cepat blah, malas nak layan, sakit telinga, hati sakit, meluat, menyampah, bosan dan segalanya lah... disini aku kongsikan sedikit sebanyak apa yang aku tau lah..

Di bawah ini adalah senarai perkataan/ayat/eksperisi/tatacara/perlakuan yang sebolehnya di elakkan semasa bergaul dengan kawan-kawan dan juga kenalan profesional.

1. Suka hati aku lah!!!

Elakkan penggunaan ayat 'suka hati aku lah' semasa melawan hujah kawan-kawan, ayat 'suka hati aku lah' ini amat tidak sesuai di mana-mana keadaan dan situasi sekalipun kerana ia melambangkan sikap tidak matang, tidak sensitif dengan perasaan orang lain, anda pentingkan diri, dan anda bodoh semasa ingin mempertahankan hak anda. Guna kan perkataan lain, atau gurau senda yang agak pedas jika mahu, sindir menyindir lebih bermakna jika menyampah dengan orang lain, tapi elakkan 'suka hati aku lah'... sebab anda bukan monyet yang duduk dalam hutan, anda manusia, bermasyarakat, anda tak boleh nak ikut suka hati anda je, hati orang lain kalau tak suka macm mana? kalau kesukaan hati orang lain ialah menampor muka anda bertubi-tubi..boleh tak? kalau anda marah, sekali dia jawab balik "suka hati aku lah!!!" mcm mana? kan dah jadi gaduh maha hebat......

2.Aku...Aku..kalau aku... aku ada... aku.. aku dan aku...

Dalam skill komunikasi yang bagus, elakkan menggunakan perkataan yang banyak merujuk aku/diri sendiri, mengikut pakar komunikasi dan perhubungan awam, sesiapa yang apabila suka bersembang selalu menyebut "AKU" adalah seorang yang hakikatnya lemah dan Tin kosong, selalu merujuk diri sendiri dengan harapan dapat menyorok kelemahan diri dan merendahkan keupayaan orang lain walhal kebenarannya kemampuan takdelah sehebat mana pun...

contoh: "AKU korang tanya AKU????.. huh kalau AKU la yang jadi manager, dah lama AKU buang semua benda mengarut ni, AKU bukan nak ckp apa la, masa AKU kerja dengan Presiden negara pasir dua butir dulu, AKU hebat, AKU tak mcm korang semua. AKU lah yg paling power masa uruskan kilang projek juta-juta dulu..AKU setakat urus kilang mcam reban ayam ni..apa ada hal!!! (kebenarannya, P/0 dengan Invoice pun xtau nak baca dan bezakan.. :)

3. Bodoh, bengong, siot, doh, dowh, sial, syiot, ngong di setiap pengakhiran ayat.

Ha kesilapan ni selalu berlaku pada remaja-remaja dan juga tak terlepas juga orang dewasa yang masih belum meninggalkan zaman kebodohan remajanya. ramai jugak la kawan-kawan aku yang masa belajar dekat Universiti dulu suka sangat kalau bersembang ke, bercakap ke, mesti wajib nak habiskan hujung ayat dengan bodoh, bengong, siot, sial.. aku pun taktau mana syoknya cakap nak finishing ayat mcm ni... aku tak berapa nak fahamlah, tapi keluarga aku, kami adik beradik mak bapak ajar, jangan sebut-sebut bodoh2 bengong2 sial2 hujung2 ayat. sampaila kami dah tua bangka ni pun, kalau bersembang dengan adik beradik dan kawan mmg tak pernah, jarang nak sebut benda-benda ni semua, rasa janggal dan takda adab...masa belajar dulu, bukan lelaki je. tapi perempuan pun tak terlepas. sikit2 cakap nak finishing bodoh.., dohhhh... bengong...dah macam trend hape kebenda la pulak. elok la kita sama-sama muhasabah diri, aku bukan nak jadi ustaz, bergurau tu gurau jugak, kelakar tu kelakar, tapi apa kata bab menghabiskan hujung ayat dengan perkataan-perkataan yang tak elok tu kita sama-sama tinggalkan dan komited utk berubah.

4. Cakap English yang tak sepatutnya dicakapkan pun sebagai penyedap ayat konon..

Well... urmmm aaaaa.. urmmm huuuu.. haaapp.. hup hap hup hap well... bla bla bla.. bek bek bek bek well.. u know.. u know.. well.. ekceli ekceli i is like the brand very very the much..actually.. i think.. well.. pavillion blaa blaa gucci.. petaling? euuuwwww.. errmm eerrr aaaa beeekk bebebe be bebbeekk.. well actually, regarding.. u know.. i see i see well well .. well...

Anda tak nampak org putih pun banyak well well ni.... anda tak nampak high class pun... tetap jugak tangan bau sambal belacan..bermaruah lah..jika nak cakap english, cakap yang berkualiti seluruhnya, dan jika mahu ckp melayu cakap melayu dengan bermaruah.. anda tak akan nampak kampung kalau bertutur bagus dalam bahasa melayu. Percayalah, org menyampah kalau anda dok ekceli ekceli (actually) banyak-banyak.. eeee meluat.

5. Lupa nak ucap Tolong, dan Terima Kasih.

Anda tak jadi kuli pun kalau sebut tolong masa nak mintak pertolongan orang, dan anda tak nampak jutawan pun jika tak sebut Terima kasih... anda mintak tolong orang... sebut la tolong meskipun anda bos... atau anda senior atau anda lecturer... apa salahnya sebut perkataan TOLONG tu? dan selepas menerima apa-apa bantuan dan pemberian..biasakan sebut terima kasih.. sejuk hati orang yang menolong kita. baru lah orang suka berkawan dengan kita. takda la org cakap kita ni manusia takda adab, menyombong....

" Kak siti... tolong saya boleh tak? tolong buatkan nescafe O kurang manis Kaw ye kak Siti... buh gula jangan kacau mcam biasa ye.. terima kasih kak Siti"

ATAU

" Siti, nescafe O satu, cepat sikit... "

mana lebih sedap dan beradap???

anda mahu orang lain menghargai dan menghormati anda, anda hargai dan hormati orang lain juga...

anda tak suka orang kurang ajar dengan anda, anda jangan kurang ajar dengan orang.

sekian... nanti saya sambung di lain entry.. terima kasih...

:)

Pssssstt : saya suka minum nescafe sangat2 :) hehehehe


December 20, 2010

Tips mengenali penipu di Chatroom dan cinta internet

Assalamualaikum.
Selamat membaca dan selamat berblogwalking kepada bloggers sekalian. Hari ni rasa nak menulis dan berkongsi pengalaman serta pengetahuan tentang penipuan di dalam chatroom. Aku macm biasa apabila menulis hampir seluruhnya pakai pengalaman sendiri dan pendapat sendiri, jarang ambil copy paste dari orang sedaya aku, sebab itulah niat utama aku untuk ber'blog' iaitu berkongsi rasa hati. Matlamat yg lain itu kalau datang adalah bonus bagi aku. Sini aku nak kongsi tip bagaimana nak mengenali penipu dan mengelakkan diri ditipu di dalam Chat room.
Aku sudah bergelumang dalam dunia chatroom seperti Mirc, Ym, MSN dan yg terbaru adalah Chating di Fb sejak tahun 1999 iaitu hampir 11tahun, pada zaman awal perkembangan internet di Malaysia, web/ internet function yg paling mendapat sambutan adalah MIRC dan ia begitu menggiankan sehingga pelajar-pelajar sekolah sanggup ponteng hanya semata-mata utk bermain chating. Dlm dunia chating/maya ini ramai manusia yang mengambil kesempatan utk menyamar menjadi siapa yang dia fantasikan dan ada juga yang suka menipu dan mengambil kesempatan kepada mereka yang senang terpedaya. di bawah adalah beberapa cara yang aku sendiri perhatikan :

1. Telefon.
Jika kita minta no telefon, dia bagi, tapi bila kita nak call dia sering mengelak, dan alasan-alasan yang digunakan adalah, speaker telefon rosak, hanya boleh sms..tak boleh bersembang. alasan ini banyak dilakukan oleh lelaki yang menyamar menjadi perempuan semasa chating. Aku bukan nak diskriminasi tapi majoriti yang buat perkara ni adalah dari golongan Nyah dan Pondan. Namun terdapat juga lelaki sejati yang melakukan hal begini kerana mereka mempunyai sex orientation dari perhubungan chating dengan lelaki lain walaupun dia straight dan telah mempunyai keluarga bahagia. Ada juga wanita yang berusia yang menyamar menjadi gadis belasan tahun untuk saja seronok-seronok.

TIP: Jika anda dapat No Hp, try call terus secara mengejut selepas sms, dan jika dia engage/letak call anda, terus tak payah teruskan hubungan sebab ada sesuatu yg di sorok, atau anda boleh cuba buat video call secara tiba-tiba dan kalau dia terus matikan call. memang sah dia menyamar.Hentikan hubungan kerana ia tidak berbaloi utk diteruskan.

2. Webcam di Yahoo Messenger (YM)
Apabila sudah berkenalan di mana-mana Chatroom dan kemudian bertukar Id Ym, terdapat muslihat yang lebih ketara, apabila dia menceritakan susuk tubuh, rupa, dan bagaimana dressing dia. Orang begini akan berkongsi perkara yang paling detail dan paling rahsia tetapi apabila diminta utk berkongsi menonton Webcam, dia akan memberi berbagai alasan, dan alasan yang paling Femes adalah webcam dia rosak. Kepada desperado (kebanyakan lelaki akan memberi peluang dan masih berharap) akan bersabar dengan alasan begini sehingga bertahun-tahun hanya melayan chating tanpa peluang utk melihat muka yg sebenar.

TIP: jika korang buka Ym korang, korang perhatikan button webcam atau version terbaru ada button videocall di atas, jika ia enable maksudnya pihak disebelah sana berkemungkinan besar tidak mempunyai masalah Webcam. jika dia masih memberi beribu alasan dan sanggup bersumpah bahawa webcamnya rosak, amalkan petua begini, senang je.. anda klik je button videocall di atas atau ask to see webcam, kalau dia tak accept atau denied, maknanya dia sengaja taknak On webcam dia.. kalau betul-betul rosak kenapa dia takut nak accept kan? sebab kalau dia accept sedangkan mmg betul-betul rosak jadi tiada masalahlah, sebab memang orang tak boleh tengok webcam dia (gelap je). Jadi dia tak ikhlas dan memang sedang menipu. binggo.

3.MMS Gambar di Handphone.
Biasa lah, bila dah dapat no Phone, mesti mencari peluang utk bertukar-tukar gambar. ye lah nak cari pasangan nak jugak tau rupa mcm mana, sedap tak mata memandang, sesuai ke tak. alasan selalu diberikan oleh pasangan dalam bertukar gambar. bila nak mms je, alasan yang familiar adalah
"sorry la u, henpon i murah je, henpon cap ayam, tak boleh 3g, tak boleh mms"......"Ala awak, hepon saya rosak, tak boleh mms la awak" 
zaman sekarang ni susah nak jumpa orang yang masih pakai henpon takde mms, tapi takpe la kita bersangka baik.

TIP: anda try hantar mms kartun ke, teadybear ke, love2..upin ipin, atau anda hantar lagu2 kiut pada dia masa dia tak aware...kadang-kadang penipu ni akan terlupa apa yang dia tipu... lepas je send kalau dia tiba-tiba reply.. " awakkkk sweeeetnya mms awak bagi ni. comel la... saya suke sangat, terima kasih awak" haha masa tu dia dah tertangkap. Ohoooo nak suruh hantar MMS tak boleh pulak. bila hantar MMS kat dia, boleh pulak dia bukak tengok... kan dah kantoi.kalau terjadi perkara mcm ni, terus je melangkah pergi, tak berbaloi bagi peluang pada penipu mcm ni.benda paling ringkas dia boleh tak jujur, inikan pulak jika perkara yang lebih besar dan kompleks.

4.Gambar
Dalam zaman moden ni, 90% orang yang main chating, mesti ada FB... :) dan mesti ada email, dan mesti tau cara nak upload gambar :) .. senang kata, kalau budak muda 18thn keatas bila sentuh je keyboard. online kita dah tau dah dia ada FB atau Ym.. bila kita dah bersuai kenal dengan dia dan kita teringin nak kenal dia dgn lebih rapat, kita mintak la nak tengok Facebook dia. Bila dia ckp dia takda Fb, anda dah boleh mula agak dia sedang menipu, ok2 kita kena bersangka baik, bila dia ckp dia takda Ym.. pun kita dah mula mushkil..
TIP: Kalau dia takda gambar Ym dan Fb..taknak picture sharing dekat ym. cuba minta elok-elok dia emailkan gambar dia. kalau dia bagi macam-macam alasan juga. mmg sah dia menipu dan sedang menyorokkan sesuatu dari anda..tapi berhati2 jugak.. bila dia mms, email atau sharing picture dekat YM, kalau setiap kali mintak dia bagi gambar yang sama. Anda dah boleh hafal 3 picture yang dah di rotate, digunapakai berulang2, ada kemungkinan besar dia menggunakan picture orang lain. ini adalah trick biasa.. kalau nak elak benda ni terjadi, mintak pada dia picture terbaru, baru sahaja diambil mcm goreng pisang panas... pasti dia bagi beribu alasan.. seperti
" kamera henpon saya rosak, pict yang tu je ada awak"
"laptop saya kena virus la awak.habis hilang semua gambar saya, tinggal pict tu je awak"
" Ala, malas la nak tangkap pict baru, tengah tak mekap ni, belum mandi" (pict lama2 boleh pulak mekap2 kan... takkan sebulan mintak pun tak boleh nak bagi pict latest kan)
haaa kalau kes mcm ni, ada peluang besar la anda sedang bercinta internet dengan penyamar. jangan teragak2 lagi utk melangkah pergi.

5. Blind date / dating/ ajak jumpa
Perkara ini adalah kemuncak atau finale pada detik-detik perhubungan maya anda. penyamar dan penipu akan bermulut manis, berjanji utk berjumpa anda pada sekian-sekia tarikh. dan bercerita tentang keindahan semasa dating tersebut. apakah yang anda akan lakukan, tengok wyg, makan2, jalan2... tapi selalunya, bila tarikh yang dijanjikan, dia mula bagi alasan last minit, cakap dia ada emergency, sepupu eksiden motor, nenek mati, pakcik tenat, kapal terbang menjunam kat atas rumah dia, kakak sakit kanser tengah nazak dalam bilik pembedahan..alasan-alasan ini akan diputarkan dengan adengan teresak-esak (berkemungkinan akan menghala kepada point nak pinjam duit) kalau anda terima alasan mcm ni lebih dari 3 kali, ada beberapa kesimpulan yang anda boleh buat. pada masa ini anda patut sedar dan sedia angkat kaki, jangan layan lagi org mcm ni.
  • Penyamar/penipu mmg individu yang betul, tapi mungkin dia bagi anda gambar lama dia yg sedang slim dan menarik,tetapi pada masa itu dia telah gemuk atau mempunyai masalah pada tubuhnya, jadi dia melewat-lewatkan dan menangguh-nangguh sampai la dia berjaya kurus balik atau dapat pulihkan sebarang kecedaraan.
  • Dia adalah penipu dan penyamar yg nyata, yang mempunyai masalah sakit jiwa, dia suka hidup dalam fantasi tentang membayangkan percintaan yg dicipta didalam minda, sms, call dan internet. dia akan mereka-reka identiti tersendiri, dan fantasi lifestyle yg advance, dia takut untuk menghadapi dunia nyata dan hidup didalam dunia sebenar.
  • dia sedang pancing anda untuk menipu duit anda.
Tip: mintak alamat. atau pun, kalau dia ckp dia masa tu emergency kat mana, try acah dia.. cakap nak pergi masa tu jugak. kalau dia masih bagi alasan mengarut.. dan mcm2.. sah dia penipu.
cth:
Sabarudin: awak, awak kat mana? jadi ke nak jumpa lagi setengah jam ni? saya dah tunggu kat KLCC ni.
Zakiah Nanas: awaaaaaaakkkkkk.. sorry sangat sangat awak, saya emergency ni, kakak dua pupu saya punya anak angkat eksiden, teruk awak, skrg masuk ICU saya tak dapat nak datang KLCC skrg..
Sabarudin: apaaaaaaa???? eksiden? dekat mana? teruk ke?
Zakiah Nanas: teruk wak... sob sob sob... tulang belakang patah, dah macam huruf V dah badan dia. saya jauh ni, dekat Hospital Besar Seremban (selalunya penipu akan menggunakan trick mcam ni, dia sengaja sebut lokasi yang jauh utk buatkan anda putus asa dan harapan utk pergi)
Sabarudin: Hospital Besar Seremban???? okey2 tunggu kat sana, dalam sejam lagi saya sampai..saya gerak sekarang jugak, awak tunggu tau (masa tu anda buat kelam kabut, sambil tutup pintu kereta, rem2 minyak kereta bagi bunyi ekzos kuat-kuat) masa tu Zakiah Nanas kita akan terkucil dan kelam kabut ya Rabbi. Masa itulah dia akan terkantoi.
Zakiah Nanas: ehh tak payah lah awak jauh ni..... ehh tak payah lah awak, Menteri Keselamatan Dalam negeri tak bagi awak datang sini....eh tak payahlah awak, tadi masa saya on the way ke sini highway KL-seremban runtuh tak boleh lalu..... eh tak yah la awak, bapak saya tadi dah sewe private jet nak bawak budak tu pergi Brazil nak operate, saya tengah dalam private jet sekarang ni awak...ehh tak payahlah awak,anak angkat kakak dua pupu saya tu dah okey dah... dah elok dah, doktor tadi dah sambungkan tulang belakang dia, dah discharge dah, kami skrg kat Mcd tengah makan2...(hahahahahahahahahah kantoi)
Jadi kepada korang semua, pembaca2, kawan-kawan aku dan semua lah.. berhati-hati semasa menjalinkan Cinta internet, kemungkinan anda akan ditipu sewaktu anda benar2 dilamun cinta.
Wassalam....
pssstt: cuba cek kawan-kawan chating anda sekarang.. hehehehe

December 18, 2010

Sabarlah Tuanku, semua yang berlaku ada hikmahnya

Salam berbloging... salam bercuti kepada pekerja- pekerja yang mengambil cuti tahun, dan juga salam kepada budak-budak Ipta yg sedang cuti sem...kali ni aku nak kongsi kisah hikmah

Kisah ni aku dengar masa khutbah Jumaat 3 minggu lepas, aku dah lama dah nak jadikan entry, tapi tak sempat-sempat nak masukkan sebab ada banyak tajuk lain yang berbaris. Dalam banyak-banyak khutbah jumaat, khutbah kali ni yang paling menarik minat aku, masa tu aku dah mengantuk sangat, tapi bila khatib mula berkhutbah, aku terjaga dan segar bugar malah hampir seluruh jemaah segar bugar sebab tertarik dengan gaya, isi dan intonasi khutbah yg diberikan. Syabas aku ucapkan kepada Khatib jemputan di Surau Al ikhwan Tmn Samudra, Batu caves..kisah hikmah yang disampaikan adalah berbunyi begini:

** sebelum itu aku memberi peringatan bahawa kisah ini bukanlah dari Hadis Rasulullah Saw, riwayat para Nabi, atau pun Riwayat para Sahabat R.a.. kisah ini hanyalah kisah semata-mata yang mungkin terkandung iktibar di dalamnya..

Di sebuah Negeri yang sangat berdaulat, ada seorang Raja yang bijak mentadbir negara tetapi sangat taksub dengan benda Tahyul dan alamat keramat..Raja ini mempunyai seorang penasihat bertaraf perdana menteri yg sangat Tawadhuk, sabar, dan tidak suka mengampu..kisahnya bermula apabila Raja mendapat mimpi yg aneh dan kemudian Baginda bertanya kepada Perdana Menteri...apakah maksud mimpi tersebut...Perdana menteri menjawab "sabarlah tuanku semua yang berlaku ada Hikmahnya...

Kemudian Raja kene penyakit demam, Raja meminta Nasihat kepada perdana menteri, lalu beliau menjawab, "sabarlah Tuanku, semua yang berlaku ada hikmahnya..." Raja merasa jengkel dan meluat dengan jawapan perdana menteri. Asyik-asyik sabarlah, ada hikmahnya... "huh ingat aku bayar gaji, lantik kau jadi perdana menteri nak suruh ulang benda sama je ke? baik aku bayar gaji kat badut sarkis" raja bermonolog dalam hatinya.

Kemudian Raja mendapat bencana, negeri selatan ditenggelami banjir, nasihat diminta kepada perdana menteri dan seperti biasa, jawapan standard, "sabarlah Tuanku, semua yang berlaku ada hikmahnya"

Pada satu hari, Raja berlatih bermain pedang di halaman istana, sedang rancak bermain pedang, tiba-tiba kemalangan berlaku dan pedang jatuh lalu terpotong sedikit isi di anak jari kaki Raja..lantas dengan segera Raja mendapatkan perdana menteri untuk meminta nasihat dan menafsir alamat.

Titah Raja "wahai perdana menteri, kaki beta telah terluka dan tercacat sedikit kerana permainan pedang yg gopoh, apakah alamat semua ini?"

jawab PM " Sabarlah Tuanku, semua yang berlaku ada hikmahnya" 

Raja: "nampaknya Perdana menteri ini benar-benar menduga kesabaran beta!.. semua yang beta tanya jawapanya asyik benda yang sama, diulang-ulang seperti burung kakaktua... kini beta menjatuhkan hukuman kepada kamu Perdana menteri.. beta hukum kamu dikurung di dalam penjara sehingga hilang murka beta"

Lepas memenjarakan Perdana Menteri itu, Raja pun tergedik-gedik rasa nak memburu kijang di hutan belantara.. baginda membawa rombongan memburu ke hutan, sedang enak dan asyik memburu, dalam tak sedar, raja hilang dari gerombolan, akibat mengejar kijang dara. akhirnya baginda ditangkap oleh puak org asli ganas pemakan daging manusia ataupun dikenali sebagai canibal yg mengamalkan canibalisme... mcm cerita silent of the lamb Dr hanibal lecter tu.. makan org....eeeeuuuwww menakutkan....

Selepas ditangkap, puak Org asli ini ingin menggulai Raja sebagai Korban sembahan kepada Tuhan mereka.. sambil mereka pun sama-sama melahap daging korban tersebut... syarat korban lebih kurang sama dengan kerbau/lembu korban ... tidak boleh ada cacat cela, kalau cacat sedikitpun, maka korban akan tertolak dan mereka akan ditimpa bala kalau berdegil mahu korbankan juga.. 

Setelah di periksa, diselidik, macam seakan-akan sempurna.. habis dikelebek segenap celah yg ada, samada yang terjuntai atau tersorok diperiksa rapi... akhir sekali apabila dilihat di anak jari kaki Raja... sepotong isi sudah tiada, Cacat dengan erti kata yang ringkas....maka raja pun dilepaskan dari menjadi korban dan di halau keluar dari hutan..dipendekkan cerita...

Raja pun pulang ke istana...terus melompat-lompat mcm rusa jantan nampak betina... terus menggelupur mendapatkan perdana menteri...."wahai memanda menteri, keluarlah kamu dari penjara, beta sudah mengampuni mu dan amat terhutang budi dengan kamu, sesungguhnya kamu begitu pandai menafsir, sabar..dan semua yang berlaku ada hikmahnya, kalau tak dah lama beta jadi gulai masak kicap kat dalam hutan tu memanda menteri" brok brak brok brak bla bla bla Raja bercerita bersungguh..."

PM: "kan patik dah bilang, Tuanku sabar, pasti semua yang berlaku ada hikmahnya" skrg tuanku dah nampak kan hikmahnya??

Raja: "ya lah memanda menteri.. tapi beta nak tanya, apa pulak hikmahnya engkau ni masuk dalam penjara????"

PM: "sesungguhnya amatlah beruntung saya yang sabar dan percaya pada hikmah nya, kalau patik tidak dipenjarakan, tentulah patik akan mengiringi Tuanku memburu di hutan.. Tuanku tentulah sudah terlepas kerana jari tuanku Cacat ( perkataan cacat sengaja disebut kuat2, sambil mata mengerling ke raja lambang menyindir tahap tertinggi).. sebaliknya patikla yang akan digulai!! fuhhhhhh nasib baik... semua yg berlaku ada hikmahnya... pheeewwwww....

Raja: hahahahahahahaha.... sabarlah perdana menteri, semua yang berlaku ada hikmahnya

(berjalanlah mereka berdua sambil berpelukan, tangan raja di atas bahu, dan raja ajak lepak minum teh tarik di kamar baginda, kamceng gilalah mereka bersama-sama sehingga ke akhir hayat)

----Tamat------

psssstt: kalau benda dah jadi, janganlah korang menghabiskan masa asyik nak meratapi benda yg dah berlaku.. redha dan teruskan hidup... sabarlah, semua yang berlaku ada hikmahnya :)

wassalam.

December 17, 2010

ayat atau slang yang dah hampir pupus part 1

Dalam melayari kehidupan di zaman moden ni, terpaksa la kita menyerap, berintegrasi dan berasimilasi dengan budaya satu-satu tempat, budaya yang paling senang diserap oleh seseorang adalah Slanga/slang  atau ayat2 bermusim.... namun lama kelamaan slang dan ayat bermusim akan pupus dan pudar di bawa oleh arus zaman.. contoh-contoh yang aku sendiri tahu adalah seperti berikut:

1. Pailang 

 Maksud: samseng, gengster, jahat, berlagak jahat, suka membuli. ayat pailang ini banyak di gunakan di pertengahan 80an dan mula pudar pada pengakhir 90-an, penggunaan banyak digunakan oleh budak2 umur 17tahun kebawah yang suka melabel gengster2 sekolah atau diri sendiri sebagai 'Chan Ho Nam' versi melayu... :)

Contoh : " Woi Samad, Ko pailang eh? pau-pau adik aku apa hal? ko ingat ko pailang aku takut la!!! kalau ko berani ko tunggu kat pagar balik sekolah nanti!"

2. Timing

Maksud: timing ni perkataan english yang diserap oleh orang melayu, bagi menyatakan akan perangai seseorang yg naik hangin, moody, merajuk, bengang tak kena tempat atau secara tiba-tiba...

Contoh: "Hek eleh Baharudin..orang elok-elok nak ajak kau lepak kedai Jamingan, kau pulak Timing... kecoh gila la kau ni Baharudin"

3. Action/act/ex

Maksud: berlagak, menunjuk-nunjuk.

contoh: "eleh, korang tengok la Hasyimah tu, mentang-mentanglah bapak dia baru beli proton saga, dah action/ dah nak act....nanti arrrr.. aku suh bapak aku tukar wira baru dia tau...huh"

4. "Boleh..boleh blah"

penerangan: ayat di atas digunakan oleh budak-budak yang sedikit kurang ajar bagi mengelakkan diri dari dikecek/pow oleh kawan-kawan sekolah, ataupun digunakan oleh awek-awek cun sekolah untuk mengelakkan memberi Nombor tepon kepada budak lelaki pailang yang mengorat.

Contoh:-- Farid :"Zainudin..zainudin, sikit arrr air oren.. sikit arrrr sikit arr.. boleh tak?"

Zainudin:" ko nak air oren ni Farid?.... boleh boleh....boleh blah!!!" hahahahaha

5. 'Cara'

Maksud: 'Cara' adalah satu experession perasaan untuk menyatakan benda tu Best, terbaik, seronok, dan meriah untuk di lakukan..perkataan 'cara' ini dikesan penggunaannya secara meluas di Ipta2, kolej2 komuniti, mat-mat rempit dan juga golongan level 25tahun kebawah...namun penggunaan 'cara' ni sangat la cepat menuju kepupusan kerana penggunaannya banyak mendatangkan kekeliruan dan org menjadi mcm bodoh apabila menggunakan perkataan ini utk meluahkan keseronokan..

Contoh:- Man Jembur: "woi woi.. jom lepak benteng woi.... hari ni ada budak mascom lepak sana la!"

Kama Mat Piah: " hek eleh lepak benteng mana cara man... lepak MacD la baru cara" 

Kawan2 : " MacD???? cara cara cara"

Begitu lah serba sedikit ayat2 dan slang yang hampir pupus ataupun telah pupus sama sekali, ini adalah bahagian pertama, dan akan disambung di lain entri, mohon rakan2 pembaca yg ada idea slang2 yang anda ketahui utk sama2 kongsikan :) "baru cara" hehe

December 15, 2010

sewaktu ketika dulu semasa semuanya nyata dan indah

Pernah suatu ketika dulu, sewaktu insan tidak bersengkang mata, menahan punggung yang kebas melangut mengadap komputer utk mengupdate status FB dan upload picture, sebaliknya mereka bersuai kenal bersama kawan-kawan, menghirup secangkir kopi panas dan teh tarik dan bergelak tawa...

gelak tawa akan Hal-hal lucu tentang kehidupan yg sebenar, kehidupan dengan sentuhan,bauan, pandangan, hiruk pikuk yang nyata....

Bukanlah pandangan gambar yg diupload ke dlm Facebook picture album... bukanlah hiruk pikuk bunyi muzik dan video lawak di Youtube.

Suatu ketika dulu, sewaktu anak-anak tidak tertunduk mengadap laptop di meja makan, tidak duduk diam di depan Pc di dlm bilik terperap, sambil senyum simpul dgn lawak-lawak di blog beserta kebodohan status Fb kawan-kawan maya...

sebaliknya pada ketika itu anak-anak, duduk di batu-batu tembok di depan rumah mengadap jalan raya tar lorong kampung, melihat ibu membeli roti di motosikal babu roti, melihat adik kecil mengayuh basikal roda tiga. sambil menoleh  melihat adik perempuan bermain masak-masak sambil menuang air arang dari teko mainan.

Suatu ketika dulu, ayah kerap bermanja dengan anak-anak, menyuruh anak membantu menegakkan tiang penyidai rumah yang hanya senget sedikit. Si ayah mahu anak jantannya tahu bagaimana menggunakan penukul...

Bagaimana mahu mengetuk paku, bagaimana menggunakan playar untuk memulas dawai kasar penyidai...

sewaktu itu... si bapa bermanja sambil mendidik anak-anak jantannya bagaimana mencangkul perdu serai untuk mak yg sedang menggulai... gulai yg resipi dapat dari turun temurun nenek dan onyang, bukan yg di download dari website chefwan..

sewaktu itu anak jantannya tidaklah tangan melekat dengan BlackBerry Bold dan Curve hanya utk bermain BBM....

bergelak tawa tentang gosip-gosip kawan terkentut didalam kelas, atau bagaimana mamat hensem ditolak cintanya oleh minah kampung.

Sewaktu masa dulu, ibu bangkit bingkas mengejutkan anak2 di dalam bilik utk bangun pagi dengan goncangan kasih sayang di bahu dan ibu jari kaki..


"sayang, bangkit nak, hari dah tinggi, siaplah mandi, mari kita bersama makan tengahari"

bukan lah seperti kini.. ibu mendail nombor telefon anak di Iphone hanya utk mengejutkan mereka dari tidur yang kerap terlajak akibat berchating di malam hari....

sewaktu tanpa misskol dari ibu..anak bangkit sambil tersenyum melihat ibunya yg manis di pagi hari walaupun mata melekat dan susah dibuka, bibir menyatakan mengantuk lagi, tetapi hati seperti bunga kembang pagi mengetahui ibu menyayangi setiap hari.

Suatu ketika dulu mak sering bergaduh manja dengan Ayah di dalam kereta kerana ayah enggan mahu bertanya jalan kerana sesat... lantas ibu menurunkan cermin tingkap bertanya pada makcik di kedai runcit arah jalan ke rumah kenduri kahwin tanpa GPS atau GARMIN...

masa itu, ukhwah terjalin, salam bersahutan dan persaudaraan insan terasa begitu nyata.. bukan suara rakaman si gadis pada mesin penunjuk arah yg sebenarnya tidak perlu pun dibayar khidmatnya.

Sewaktu ketika dulu, dunia berjalan lancar Tanpa Facebook atau FB dan twitter atau tweety...

Sewaktu ketika dulu, kawan yang kita kenal bertepuk tampar dan menghilai tawa tanpa chating dan ip ym

Sewaktu ketika dulu, anak mengetuk paku di tiang penyidai sambil merungut-rungut manja.

sewaktu ketika dulu, laptop hanya utk tugasan assigment...

sewaktu ketika dulu diari begitu personal dan bukan menjadi status update utk dinilai dan dihukum manusia...

Kenapakah semua ini perlu berlaku? sedangkan kita insan mampu mengawal apa yang kita mahu?kenapa kita perlu benda yang kita tidak perlu...ayuh.. buat masa sedetik waktu.. angkat punggungmu dari kerusi itu.. cuba tegur jiran sebelah, tengok anak dia umur dah berapa tahun?

P/s: aku sebak .....

December 11, 2010

Perjalanan hidup aku sebagai penghijrah Bab 4



Assalamualaikum....

Kali ni aku menunaikan janji utk menyambung kisah perjalanan hidup aku sebagai penghijrah.. kali ni dah masuk bab4, moga aku terus istiqamah dalm menyiapkan agar satu hari nanti berguna juga sebagai jurnal diri aku dan generasi aku pada masa depan. Insyallah. sambungan kali ini berkisar pasal kehidupan aku di sekolah rendah.. Sekolah Kebangsaan Sungai Tua Baharu, SKSTB...

1989-1998 (sambungan)

Lokasi rumah aku dengan sekolah sangat dekat, ada la tak sampai 500 meter, selang 5,6 biji rumah je dari pagar sekolah, (agak tidak adil aku menceritakan semua tanpa letak gambar2 rujukan, tapi takpa satu hari nanti aku scan atau ambik gambar aku attach kat blog ni ye...saaabar) pada 1991, aku daftar masuk darjah satu, kenangan yang aku selalu ingat pasal hari pendaftaran ni, mak aku bawak la aku pergi daftar, masa daftar tu dah bayar yuran semua, dapat la list kertas A4 barang-barang dan buku yang wajib dibeli, jadi kami pun pergi la ke Koperasi sekolah (Ko-op) koop ni kecik je, bawah tangga blok 2 tingkat, sampai sekarang aku tak paham, kenapa sebuah program yg menguntungkan diberikan allocation premis dibawah tangga??? patutnya sediakanla satu rumah kedai atau stor yang lebih besar utk majukan bisnes..tapi xpe la, kita bincang di lain masa..kita abaikan. Anggap je kesedaran berniaga belum mantap dikalangan sektor awam pada masa tu. masa tu mak aku belikan lencana sekolah jenis kain yg ade pelekat, balik rendam dalam air, pastu tampal atas baju dan sterika..buku-buku tulis ngan alat tulis..

Bila nak ke kelas, mak aku hantar kat kelas 1 cempaka, bila dah nak masuk kelas aku bgtau mak aku, "mama, mama balikla, takpe, ikar leh tinggal sorang-sorang" hahaha dialog ni mak aku selalu ulang balik bila cerita kat anak sepupu dengan anak2 kawan yg selalu nangis takut berpisah dengan mak masa mula-mula masuk sekolah.bangga aku kejap..sebab aku tak mengade2/bukan anak manje..ataupun org mersing/jawe/johor panggil kememeh....heh....

Masa darjah satu, kawan aku yg pertama dalam kelas adalah Suraya, melayu tapi muka mcm amoi, rambut comel, potong straight kat dahi, belakang panjang mcm cendawan..hehe. dia la duk ngan aku dari darjah satu sampai darjah dua. Masa sekolah rendah ni, apa yang aku selalu ingat masa balik sekolah, ada kedai depan sekolah Jual makanan ringan/junkfood/jajan....selalu la aku menghabiskan duit aku main tikam kat kedai ni, beli jeruk, kopok goreng cicah sos, cekelat2 yang lansung tak berkhasiat dan tak tau status halal haram, tapi masa tu takde pun org duk sibuk cerita pasal halal haram sangat, masa sekarang ni la yang org duk sibuk pasal status halal, kalau secara sedar, pattern ni berlaku masa ada internet yg meluas, rakyat makin terdedah dengan maklumat. *nanti aku nak buat entry khas pasal halal haram ni dari sudut pemahaman aku k.

Masa aku kecik, mak bapak aku didik kami menabung mcam mana tau? haa.. dulu belanja sekolah kami 50sen..."dengar adik2 zaman modennnnn.. belanja abang dulu RM0.50 jeeee.." masa tu abah ckp.. "siapa yang boleh simpan 50sen sampai hari jumaat abah tambah lagi 50sen simpan dalam tabung" maksudnya, hari2 belanja jangan la sampai habis, belanja la 40sen, setiap hari menabung seposen, sampai hari jumaat ada la terkumpul 50sen.. so jumaat malam tu abah balik dari kerja, kami kumpul depan tv ke, lepas makan ke, abah nak tengok ada tak simpan 50sen, kalau ada, nanti dia bagi lagi 50sen, takpun dia amik 50sen tu dia tukar dengan syiling emas seringgit...pastu masuk dalam tabung BSN...kancil ngan gajah tak salah aku, bila masuk je ada bunyi2 muzik BSN... masuk duit tu lak depan mama ngan abah, bagi menjamin kami tak joli katak dengan duit tu. hehehe..kalau tak habis pergi kat makcik jual tikam...

Masa zaman duduk Sungai Tua jugak aku ngan abang aku ada belajar2 bisnes, ala bisnes main2, bukan bisnes cari makan betul pun....standard Up sikit je dari main masak-masak....ceritanya mcm ni, kami sekeluarga selalu balik Ipoh, Mak bapak aku pulak suka singgah tepi jln kat kampar, gopeng beli Limau bali tambun,Jambu Batu dengan jambu air ipoh yg femes tu, beli la sekali  kuah rojak yg sedap ya amat tu kan...bapak aku ni kalau shoping barang makan, dia suka beli banyak2 secara bulk, sebab dapat murah (economy of scale) ngan kami anak beranak kalau makan buah mmg selagi-lagi.. hehe... 

Jadi, satu hari, aku dapat idea masa tengah panjat pokok mangga depan rumah, masa tu musim buah, buah mangga berlambak-lambak, yang muda, yang masak semua bersepah-sepah. Atas tanah dah taknak kutip..dah jadi mengada-ngada nak makan buah yang petik je pulak...ye lah benda banyak, kalau dah takda mau kutip buah tepi pagar rumah orang....aku ckp kat abang aku, "kalau kita jual rojak buah ni best ni"....kami pun lari masuk dalam rumah, kumpul lidi satey yang dah disimpan secara istiqamahnya oleh mak aku kat laci dapur... basuh bersih-bersih..kami diam2 kat dapur, potong buah mangga muda yang masam tu, dalam dekat nak 20 biji, pastu potong buah jambu air, dengan jambu batu sikit.. jambu batu ni kami campur dengan jambu batu tak sedap yg tumbuh belakang reban rumah aku....sebab jambu batu mahal, sikit lak tu ....hehehe

Lepas dah potong, basuh semua, kami cucuk selang-selang.... mangga, jambu, jambu air,mangga.. kami titiskan kuah rojak yang sangat sedap tu... kami bubuh dalam plastik..pastu kami pi jual kat budak-budak kampung...especially budak-budak jalan kenanga... kami jual secucuk 20sen... laku habis..mcm goreng rojak panas... ehh silap.. mcm goreng pisang panas..kami jual..jual dan terus jual secara bersemangatnya, sampailah habis kuah rojak yg sedap...kami pun menjadi tamak dan semakin bersemangat, kami tak hiraukan kehabisan kuah rojak, aku dengan yakin, membancuh kicap kipas udang, cili api, gula dan sedikit belacan... aku tengok asal hitam, masin manis pedas boleh la.... TAPI.... nasib tak menyebelahi kami... rojak cucuk lidi satay kami second Batch tidak laku dan tidak mendapat sambutan hangat lagi...sebab rupa-rupanya pelaris dan resipi rahsia jualan meningkat adalah kerana keenakan kuah rojak Tambun... bukanlah kerana kehebatan kami mencucuk buah mangga secara berselang-selang itu... :( dan bukanlah kerana kehebatan kami memanjat pokok memilih buah mangga yang paling elok dan segar dari ladang rupa-rupanya....

Mak aku masa tu pelik tengok anak jantan dia 2 ekor ni semangat keluar masuk dapur, kelam kabut, diam je taknak cakap apa, masuk keluar pun ikut pintu dapur... "apa anak aku 2 org ni buat, sambil tengok diam2 kat pintu dapur...

"hah patutlah kuah rojak mama habis!.. kamu 2 ekor la ngerjakannya yeee..."

"ala mama, ikar ngan karnain buat bisnes ni, jual rojak.... laaaaaku mamaaaaaa" (sambil menjuih2 kan mulut, tangan terangkat2 lambang semangat dan ekspresi muka macam ahli parlimen tengah berdebat) "ha'ah mama...kitaorang dah jual banyak cucuk, ramai kawan2 beli, diorang cakap sedap maaaa" (abg aku pulak bagi backup)

Rupe-rupenya mak aku garang acah-acah je, dia ngan bapak mmg dah tau pasal kami jual rojak ni, diorg saja buat tak nampak. tengok kami duk kelam kabut kejap naik pokok mangga, kejap panjat pokok jambu batu..lari masuk dapur... lari keluar...bagi kat budak-budak nak beli kat dapur.. simpan duit dalam tabung..tapi abah bagi jugak business consultation.. " kamu jual secucuk bape sen?" aku jawab "20sen abah" abah cakap rugi.. hehe, kuah rojak sebekas je dah baper ringgit, jambu batu tu dah la mahal, hahahaha tapi abah sporting, dia cakap takpa la asalkan kreatif, berusaha, tau mcm mana nak cari duit... dia pun support, tapi lepas tu dia dah tak beli kuah rojak banyak-banyak dah.. hahaha dia cakap kalau nak meniaga, buat kuah rojak kicap je sudah, 20sen bukan untung pun pakai kuah rojak sedap ni!.... :P :)

Apakah significantnya cerita pasal bisnes rojak di atas??heh..., significant  nya. sejak dari itu ia menjadi satu trend dan fenomena yg Hebat di Jalan kenanga dan jalan2 jiran yg lain di Kg sungai Tua baharu...ada anak-anak cikgu besar duduk kat kuarters sekolah dekat ngan rumah aku pun mula meniru kami, diorang jual Fish cake, Fishball cucuk kat lidi, goreng, simbah dengan sos cili... jual kat budak-budak kampung. mula-mula laku, tapi takda repeat buyer, sebab mahal, secucuk kecik tak salah aku 50sen...besar seringgit...zaman 90an.. budak-budak kampung mana ada pegang duit banyak-banyak, paling banyak duit belanja ais pop dengan air sirap sehari 20sen.. lebih ada, tapi duduk dalam tabung... jadi kejap je anak-anak cikgu besar tu bisnes, lepas tu gulung tikar. ada budak dari Row jalan sebelah lak, jual Tikam, yang ni lebih Advance, dia pergi beli papan tikam kat kedai whole-seller, dia gantung kat handel basikal, ronda 1kampung, jerit "tikam..tikamm...sapa nak tikammm" hahaha (nanti entry lain aku sambung cerita pasal tikam)

Ada jugak budak-budak kampung jual karipap goreng, hehe tak pasal-pasal mak diorang kena layan kerenah anak, goreng karipap sebab anak terikut-ikut trend nak meniaga.. :) .... tapi masa zaman dulu, yang paling otai sekali meniaga adalah makcik belakang rumah aku... dia jual aiskrim bubur kacang, milo, assam boi dengan sirap... ais krim ni bungkus dalam plastik panjang, keraskan dalam petiais, jual kat budak-budak.. sebatang seposen / 20sen, business sampingan jual ais ... dulu bukan semua org kampung ada peti ais, lagi pulak bukan ramai yang buat ais dlm freezer, sebab space kecik, lagi elok simpan ikan ngan ayam :)

Tapi musim berniaga di kg sungai tua bharu amatlah menyeronokkan dan meninggalkan kenangan manis buat aku..aku ingat detik itu sebagai saat-saat pembelajaran tentang kehidupan..

Di kampung sub-urban mcm Sungai tua yg berada dalam gugusan kampung kawasan selayang, batu caves, dan gombak menjadi tempat pilihan bermastautin penghuni-penghuni kotaraya KL...kampung-kampung pinggiran mcm ni populasi dia bercampur-campur dengan pelbagai etnik, bangsa, kerakyatan dan negeri. dekat kampung sungai tua tu ada ramai orang minang yg berhijrah dari negeri sembilan dan Acheh, padang... ramai jugak orang kelantan, ada jugak ramai orang2 indon sejati, samada yang mendapat kerakyatan, ic merah, yang pendatang haram pun ada.. orang india pun ramai dekat area2 selayang, batucaves, cina tak ramai sangat dalam ceruk-ceruk kampung melayu tu..

Uniknya kampung sub-urban mcm ni, budaya-budaya hawker ataupun dipanggil penjaja / peniaga jalanan ini diterapkan dalam masyarakat orang bandar, budaya ni datang dari masyarakat Indon. dekat jalan depan rumah aku, hampir setiap malam kecuali malam pasar malam akan ada basikal roda tiga bergerak yang menjual bermacam-bermacam makanan... 

Ada abg rojak buah...rojak buah ni, dia bawak naik basikal becha roda tiga side tepi... pastu ada display box kaca, dia susun la buah nenas, mangga, sengkuang, timun, jambu batu kat cermin tu.. bila kita nak beli, dia lecek la cili api dlm mixer bowl / mangkuk seramik atau term org putih panggil salad bowl..pastu dia masukkan paste rojak, otak udang, kacang tumbuk, dah kelentung kelentang dia tenyeh-tenyeh kuah rojak tu, dia potong hiris-hiris buah2 semua laju-laju masuk straight dalam mangkuk.. gaul gaul.. dah rata.. dia bungkus dalam plastik, tapi org kampung selalu bawak mangkuk sendiri dr dapur. dah siap bagi terus masuk dlm mangkuk...

Ada jugak abang Satay.. "sataaaaaayyyyyyy" jeritan panggilan yg sinonim bila abg satay lalu.. becha dia sama dengan becha abg rojak, haaa lupa nak bagitau, sumber lampu diorg ni pakai pelita kebaid... atau bahasa inggeris Carbide ... kebaid ni ada jual kat kedai runcit, rendam dalam air paip.. pastu gas dia keluar, lalu ikut corong pelita kebaid tu.. pasang api nyala la ...budak-budak skrg dengan budak bandar ada yang tak tau apa pelita kebaid ni...nak imagine pun susah kan...selain buat pelita, kebaid ni guna untuk peram pisang dengan apa-apa buah yang boleh diperam..letak bawah para dapur.. bubuh pisang setandan.. campak kebaid... tunggu 3,4 hari masak ranum la...

Jadi anda sudah tau pasal perjalanan hidup aku yang berkisar pasal pengalaman berniaga masa kecik, yang telah mengasuh aku untuk terjun ke dalam bidang bisnes pada masa sekarang. betul la orang ckp, dengan Blog ini kadang-kadang mampu utk memberi sedikit sebanyak pemahaman tentang seseorang.. jangan kecewa cerita ni tak habis lagi, bab 4 ni adalah babak yang sedikit je kalau nak bandingkan dengan cerita hidup zaman kecik aku....

Rojaaaakkkkkk.....rojakkkkkkk... sape nak beli rojaaaaaaaaaaaakkkk!!!!!

Bersambung......


p/s pssssttt....gambar pelita kat atas tu la pelita kebaid.. hehehe


December 9, 2010

Dedikasi Utk BooTuck

Assalamualaikum
Entry kali ni aku dedikasikan khas utk kenalan aku, yang berubah kpd kawan dan kemudian sahabat, meskipun kadang-kadang seperti lawan tapi tidak pernah memperjudikan persahabatan, semuanya kerana mungkin salah faham dalam berkawan.......

Biarlah aku kenalkan dia hanya sebagai Bootuck (agak fancy dan ngada2 sebutan nama ni, aku tak berapa suka, kalau nak sebut botak just taip botak, tapi atas kehendak empunya diri, aku eja jugak nama dia sebagai BooTuck) kenapa aku nak kongsi cerita pasal si Bootuck ni? sebab bootuck banyak juga mempengaruhi hidup aku, dan kisah dia dan aku akan tercatit dlm diari hidup aku sampai aku mati...

ye, semua yg rapat dengan aku tau aku ada ramai kawan dan bermacam jenis, ada kawan karib bujang, kwn sekerja, kawan sekolah menegah,kawan badminton, kawan mapeley dan mcm2 lagi la... nanti aku buat entry-entry tentang kawan-kawan aku.. skrg aku akan cerita pasal si bootuck...

kisahnya... aku dulu study UiTm dungun, dan kemudian atas beberapa sebab aku transfer ke UiTm Shah Alam.. di uitm shah alam ni masa diploma aku belum ada kawan lagi, kawan hostel, jadi aku selalu la merayau-rayau cari kawan, cari point2 utk start cari geng....

kemudian aku kenal dengan Shahril Husin dan zikry, dari sini la aku belajar-belajar lepak dekat Blok D kolej Meranti, dan dari sini aku mula kenal dan rapat dengan si Bootuck. Sebab masa ni zikry and the geng berlainan kelas dengan aku dan dia masa ni sibuk dating dengan awek... so selalu hilang gi tengok wayang la, dating la, kawan rapat aku yg sorang lagi Debe pulak Masuk Rotu @ Palapes.. jadi dia masa tu selalu la lepak kat kolej perindu..disebabkan dia ni part 1 masa tu, selalu kena row call atau dlm sebutan melayu panggil rokol...

Jadi dlm masa-masa ini dan berbagai pemboleh ubah aku pun mula kenal dengan Bootuck....
Aku jd boleh lepak dengan bootuck sebab mamat ni suka sembang lawak, suka gelak, suka menari lagu RnB dan apa2 lagu pun la.. siap ada radio hi-fi kat dlm bilik dia kat meranti tak salah aku la..

Aku suka hang out dengan si bootuck ni sebab dia ni walaupun sembang lawak, lawak mencarut, suka enjoy tapi dia jenis yg macam aku.. iaitu bila bab study kami serius.. kami tak jeopardize atau dlm bahasa melayu memperjudikan study kami hanya kerana nak seronok.

Alhamdulillah aku ni dianugerahkan Allah dengan akal yg cepat tangkap ilmu-ilmu bak kata org putih Fast learner la, sama juga dengan Botuck. walaupun selalu melawak, tapi bila bab bincang pasal ilmu-ilmu kami terus boleh Switch Mode.. study mode.. aku suka mcm ni sebab takkan nak 24jam enjoy je masa kat Universiti, bab belajar kene belajar

Tapi sumpah aku ckp... Botuck ni mmg lawak.. dan selalu buat aku gelak, bukan aku je, tapi ramai la yang mmg happy dengan kerenah dia.... jadi the strongest character si botuck ni adalah Pak lawak, suka bergaya, easygoing, serious pasal study dan jugak quite sensitif. Banyak kenangan pasal aku dan dia ni, dulu aku selalu lepak bilik dia, walaupun masa tu aku duduk block B, tapi aku selalu usung bantal pergi rumah member2 aku dan kadang2 aku tidur kat lantai kat bilik Botuck....

Aku ni budak kampung, datang dari Mersing, walaupun aku pernah duduk Kl, tapi usia remaja aku lama dekat Mersing, jadi aku mmg la mentah dan tak tau pasal Clubbing dan dunia malam kat KL masa tu..

Dalam umur aku 18-19 thn la Botuck la yg sudi bawak aku pergi merasa mcm mana nak clubbing, aku akan ingat peristiwa ni, sebab tercatat dalam sejarah hidup aku, aku belajar clubbing dengan si Botuck.. Peristiwa yg aku tak boleh lupa... aku tanya la Botuck..


"eh kalau kita nak masuk club2 ni kita kene bayar entrance fee ye?" pastu dia senyum, dia jawab balik kat aku...
"bukan entrance fee la ikar, clubbing tak sebut entrance fee, dia panggil cover charge"

aku asyik ingat je dialog tu.. takkan lupa punya... nasib baik aku tak pergi tanya direct kat bonzer tu..."bang entrance fee berapa bang?".tak pasal-pasal aku kena gelak depan orang ramai..

masa tu kelab yg aku pergi ORANGE, femes gila Orange masa tu, sekarang dah jadi hape pun aku taktau dah ...So korang dapat tengok la si botuck ni, walaupun mulut dia kadang-kadang mcm lahanat, tapi dia paling pandai jaga hati kawan ngan maruah kawan.Dia tak malukan kawan dia depan org ramai.

Tapi tu dulu la, masa aku culture shock, kejap je aku sibuk-sibuk terkinja-kinja clubbing tu, sebenarnya aku bukan suka pun life mcm tu, dalam tu bising ya amat,negro ramai... nak borak pun tak best, bayar dah la mahal.. zaman tu paling murah cover charge sampai rm35... minum coca-cola sambil tengok org nari dan kita pun nari la sikit2...bagi yg minum beer... dapat la segelas beer, tak mabuk pun minum dengan cover charge dapat segelas tu, bila nak repeat gelas lain, kene tambah lagi duit.. last-last duit Ptptn pun habis.. duit belanja mak bapak bagi pun seminggu je yilek kariwalek.....

Lama-lama aku kawan dengan dia, aku makin rapat, dia ajak aku lepak rumah dia dekat Rawang, tak boleh lupa. masa bangun tdo dah tengahari tu, perut aku lapar, boleh si botuck ni goreng Onion ring je..jamu dia ngan aku sekali, masa aku dah habiskan onion ring tu, aku duk tunggu la, bila masa lak mamat ni nak bawak aku pegi makan ni? kang aku masak nasik kang, saja je... tahan punya tahan hilang sabar aku tanya, 


"wei takkan makan bawang je? nasik takde ke?"


" la ko tak kenyang lagi ke? kalau ikut aku, aku dah kenyang dah makan tadi.. takpa-takpa, ko tunggu jap aku masak"

jadi kami pun masak la sama-sama. lauk masa tu aku ingat lagi, nasik putih, sayur baby bokchoy dengan sos tiram,udang dan fish kek ke hape tah....mak botuck ni baik, peramah, kakak dia pun baik-baik semua.. cuma bapak dia pendiam ngan aku tak berapa paham sangat, bukan aku je tak paham, botuck pun selalu ckp yang dia tak paham perangai bapak dia.

Masa kat Fakulti Hotel dan Perlancongan, aku ngan Botuck ni selalu la dapat perhatian dari kawan-kawan dan orang ramai.. aku nak sebut ayat pendek je (aku ni ngan botuck femes) tapi segan la pulak, nanti orang ckp masuk bakul angkat sendiri...

aku dulu ramai la kawan, asal aku duduk ngan botuck kat cafe, ramai la datang berlonggok dan dengar kami jual minyak.. buat lawak mencarut... lawak lecturer, lawak makNyah... macam2 la... si Botuck ni dressing ngalahkan model, baju nak ketat-ketat, seluar nak rapat-rapat takde flip... kasut nak jongkit-jongkit...

aku pulak budak kampung, pakai jeans tak pun khakis, dengan tshirt kolar cap renoma.. agaknya botuck kesian tengok dressing aku, dia bagi la hadiah baju Guess... dia ckp reject shop, abg dia beli salah size. aaahhh lantakla janji baju guess..aku sarung je...

pastu dia bawak pegi klcc ngan midvalley, teman dia shoping baju, sekali la dia jadi image konsultan.. kejap je aku ikut dressing Code dia, pastu aku malas ikut dah...takmau nya aku nak pakai baju kemeja fit2 corak bunga ngan polkadot.. buat sesak nafas aku je.seluar sempit sampai nak seluk poket pun terangkat-angkat bontot...tapi anyway, thanks untuk baju guess tu.. aku suka

Aku ingat aku kawan lama dengan dia, sebab kami takda sebab nak gaduh, kami rapat suatu masa dulu... nari lagu RnB sama-sama.. konon-konon kelas tarian la dlm meranti tu... nyanyi lagu utk masuk pertandingan nyanyian kat kolej dan macam-macam lagi la...

tapi tak lama lepas tu..rumors pun datang melanda, khabar angin tersebar luas, cakap aku ada ckp buruk belakang dia, dia pulak cakap buruk belakang aku, aku tau siapa kacang hantu yang sakit hati dengan kami berdua.. ada la orang yang cucuk-cucuk..

kami pun mula masam muka.. masa tu aku cukup sedih sebab aku ni bukan jenis manusia yang suka benci-benci orang.. aku ramai kawan tu masa Uitm.. tapi ada org dengki ngan kami, mungkin sebab banyak tarik perhatian orang, ada orang cemburu, sebab hamba Allah tu mungkin tak dapat perhatian dari perempuan-perempuan fakulti, dan cemburu tengok kami terlalu rapat...

ada yang cakap aku rapat-rapat dengan orang yang dia suka... camon la, benda paling tak logik.. botuck sendiri tau aku ni jenis mcm mana.. aku tak suka apa yang dia suka... period.. pembaris lurus ni.... champion mahai tatak juai punya....

Anyway botuck, kalau ko baca blog aku ni, kau faham la yang satu masa dulu.. kau adalah chic and guys magnet, orang selalu rasa happy bila bersembang dengan kau dan dengar lawak-lawak ko..dan ko juga tak kedekut ilmu...

ada orang yang tak suka gabungan kita dua, dan org itu rasa terancam, kalau kau dah matang dan boleh berfikir rasional.. mungkin kau akan lupakan pasal masa lalu, sebab dalam hidup aku, kau salah sorang kawan yang sedikit sebanyak meninggalkan kesan dan mempengaruhi hidup aku.

Psst: lupakan sesiapa yang tak hargai kau... teruskan hidup, walk your head held high.. orang yang tak appreciate kau adalah orang yang suka mengambil kesempatan ke atas kau.

December 8, 2010

Soalan yang sangat bangang ditanya Oleh wartawan

Assalamualaikum...

Kali ni aku nak expresskan pendapat aku tentang soalan-soalan wartawan terhadap responden-responden sama ada dalam berita atau hiburan sensasi seperti Melodi di TV3, Buletin Utama, berita perdana, astro awani ataupun soalan-soalan pensyarah di Universiti yang selalu tanya soalan yg tak perlu ditanya sebab jawapan dia akan mendatangkan marah, ataupun jawapannya sudah dapat dijangka. Soalan-soalan sebegini kalau dalam bahasa politiknya dinamakan soalan Retorik, kalau dalam bahasa akademik dipanggil 'FEED' question, dalam bidang kewartawanan dinamakan soalan provokasi dan dalam bidang hidup seharian dinamakan soalan bodoh.

Kenapa aku nak ketengahkan isu ini? sebab aku makin nyampah dengan soalan wartawan-wartawan melodi dan juga soalan wartawan berita Tv3 dan Rtm... contoh-contoh soalan adalah seperti dibawah :

  1. Makcik, apakah perasaan makcik terhadap bencana dan kehilangan  yang telah berlaku pada anak makcik?

soalan ini ditanya oleh wartawan kepada sorang auntie india masa tragedi anak dia lemas ekoran jambatan runtuh di sungai kampar.. kira setahun 2 lepas. nak tau makcik tu jawab apa?

Jawapan: "saya rasa sangat sedih dengan kejadian ni... sob sobb..tapi saya tidak putus asa, saya harap anak saya masih hidup, sobb sobb... walaupun saya tau mustahil, tapi saya harap anak saya selamat..."

Ulasan aku : soalan mcm ni tak patut ditanya, ni soalan bodoh, kalau dah anak dia lemas jatuh jambatan, takkan la perasaan makcik tu gembira pulak kan? ataupun bangga... patutnya makcik tu jawab mcm ni je depan cameraman tu, rampas microfon, sengih nampak gigi, jawab... "Makcik merasa seungguh bangga dan terharu dengan kejayaan anak makcik jatuh lemas di tragedi jambatan runtuh ni, makcik rasa nak melompat keriangan dan kalau boleh nak buat party ladies' night malam ni di rumah makcik, aawak semua jemput datang la ye"

Lain kali nak tanya, tanya la .... kenapa makcik merasakan anak makcik selamat jika dibenarkan datang ke program perkhemahan ini ke? atau pun tanya... selepas ini makcik nak ambil tindakan apa dan kepada siapa perkara ini harus dipertanggungjawabkan.

Soalan Kedua

2. Pakcik, pakcik datang dataran merdeka ini untuk melihat perhimpunan perarakan merdeka ye pakcik?adakah pakcik rasa perarakan ini perlu kerana ini dapat menaikkan lagi semangat patriotisma di kalangan rakyat pakcik? apa pendapat pakcik.... (ini dinamakan feeding question) soalan yg dalam soalan dah ada jawapan, tunggu pakcik tu nak mengiyakan je...hampeh...

Jawapan:  Ye.... Saya datang sini hari ni nak tengok perarakan hari merdeka... benda ni mmg patut diadakan selalu untuk mengajor anak-anak muda erti kemerdekaan dan semangat sygkan negara, issshhhh zaman pakcik dulu susohhh... masuk hutan, tembak komunis, kawan pakcik beghape orang yg mati kena tembak... bukan senang nak merdeka... kalau boleh pakcik memang nak datang sini tiap2 tahun, tapi apakan daya pakcik duduk jauh....(soalan yang telah dijangka akan dijawab sebab soalan tu memang menghala ke arah jawapan ni)

Cuba kalau pakcik tu jawap mcm ni: ehhh pakcik datang ni saja la, nak cari duit lima kupang pakcik jatuh semalam, nak cari semalam tak jumpa gelap, siang2 mcm ni senang sikit nak cari.. tapi susah jugak ramei bebenor manusia hari ni, apa ke nama acara ni? seronok jugak yeee... ada kereta bunga2, ada kereta kebal... (kalau pakcik tu nganjing jawab mcm ni dah tentu editor edit rakaman ni, tak tunjuk kat TV kan?)

Sepatutnya : Pakcik, apakah pentingnya Perarakan dan sambutan hari kemerdekaan diadakan saban tahun? apa yang pakcik paham tentang majlis yang diadakan pada hari ini???

Jadi kepada pembaca yg disayangi, saya mengingatkan diri saya sendiri dan kawan2 semua.. agar berfikir dulu sebelum tanya.. Jangan nanti dah Jadi General Manager pun, tak tau nak tanya soalan.. org Perak ckp "bodoh melantun-lantun, bodoh tak boleh di ajar, cerdik tak boleh diikut"





December 7, 2010

kisah aku yang sedang berdiet

Entry post kali ni macam cerita basi, 'happily ever after cinderella story' tetapi aku masih mahu untuk bercerita sebab nak meraikan kejayaan aku menurunkan berat badan yang realistik setelah usaha yang sungguh-sungguh tanpa kenal jemu dan putus asa. 

pagi tadi aku bangun dari tidur, lepas gosok gigi semua, keluar toilet, berdiri depan cermin tubuh, (aku cakap cermin tubuh sebab cermin tu panjang boleh nampak dari kepala sampai ibu kaki) aku meleraikan ikatan towel aku.... aicehhh dah mcm plot serita 2 Alam Ddr Rozmey lak, tak pun macam cerita Dalam Botol . hehehe ....sambung balik, aku tengok mcam ada tanda2 kejayaan pada perut aku, ada nampak sedikit kontrast pada bawah dada dan Pusat... jadi aku pun berkata-kata kecil dalam hati.. illusion optic kot ni... tapi apa aku nak heran.. aku ada alat jitu yang boleh mengesah kan fakta...ia dinamakan.... Alat Penimbang Elektronik.....(sebut mcm doremon keluarkan pintu sukahati dari poket dia ye)

Dengan selamba dan penuh keyakinan aku naik atas penimbang tu.. haha segalanya terjawab, Berat aku dah Turun 3 kilo, 3 kilo turun dari hasil usaha aku seminggu, walaupun usaha aku hampir sama sebelum ni tapi aku ada buat beberapa penyusaian dan perubahan sedikit...nanti aku kongsikan kat bawah...aku takda la syok sendiri dengan penyusutan badan, sebab kawan abang aku datang tumpang tidur rumah ni pun cakap "eh ikar, muka ko sekarang nampak panjang sikit, dulu masa ko pergi JB nampak bulat(sambil menggayakan tangan kat pipi dia dan kembungkan pipi)"  eermmm adakah aku ber'delusi' atau ianya benar? atau adakah Reza hanya ingin ambik hati aku? oh tidak rasanya sebab aku baru lepas timbang dan mmg fakta aku dah turun 3 kilo dalam masa seminggu.

Untuk rekod : aku adalah atlit peringkat negeri bagi Game badminton, aku pernah mewakili daerah Mersing secara MSSD dan juga mewakili daerah sebagai wakil daerah OPEN untuk single dan bergu, dulu masa zaman 18tahun kebawah aku specialist utk single, dan sekarang aku lebih aktif bermain bergu. Masa Uitm jugak aku adalah wakil  badminton Fakulti Pengurusan hotel dan perlancongan untuk sukan Uitm. jadi aku bermain badminton bukan sekadar riadah, aku bermain dengan serius dan mempunyai jadual yang padat dan berdisplin setiap minggu. setiap minggu aku akan bermain hari isnin, selasa, rabu dan jumaat, dari pukul 9 malam hingga 12mlm.. Hari isnin adalah optional sebab aku beriadah je layan kawan-kawan lama ajak main..Aku mendapat latihan intensif Badminton dari Bapak aku sendiri yg mana dia adalah wakil Melayu Perak badminton single dan double, dan beliau banyak kali mewakili Syarikat lamanya cold storage dan juga banyak memenangi Open tournament di sekitar lembah klang pada tahun 80-an hingga lewat 90-an...

Apakah significantnya cerita pasal badminton di atas??? mesti ramai tanya, "apa kena mengena, mamat ni sibuk cerita dia wakil badminton, sebab nak berlagak ke? ingat bagus sangat ke" takda la, aku cerita sebab nak bagi faham kawan-kawan aku dan pembaca pasal tahap permainan badminton yg mcm mana akan dikongsikan sebagai tip-tip nanti.. jadi takda la dialog dan imaginasi org yang ingat aku main badminton 3 kali seminggu macam main pukul-pukul bola depan laman rumah, atau sewa court sambil main nak tunjuk hero depan awek-awek..takda la aku kena jawab.. "ingat aku gemuk mcm ni aku main badminton tak boleh kejar bola ke" atau pun aku kena menjawab macam-macam soalan sinis "eh zul@ikar, ko main badminton kalau ko jumping smash mesti mendarat lantai pecah kan?" atau pun ada org bagi alasan mcm ni " ye ke main badminton level-level kau boleh bakar kalori, aku ni lagi la tough, fit, dan terer main futsal. sabtu ahad main mcm nak gila pun taknak turun berat badan aku ni"

Ok lupakan kisah badminton...sekarang aku kongsikan tip menurunkan berat badan yang ideal, rasional dan tidak menyeksakan lansung..

  1. Makan yang penting sahaja 2 @ 3 kali sehari iaitu sarapan,tengahari dan malam bagi menghilangkan kelaparan dan mendapatkan tenaga, aku hanya makan tengahari dan makan malam, tiada makan di antaranya, tiada snacks, goreng pisang, roti canai, meggi, biskut merri cicah milo, roti sapu peanut butter cicah nescafe sambil tengok TV....
  2. kurangkan atau elakkan Minuman terlalu manis, paling penting elakkan sama sekali Air tin berGas, minuman yang ada susu pekat manis...benda lain korang nak minum lantak la asalkan korang bahagia, jangan mabuk sudah.. Haram :) jangan seksa sangat diri korang dengan minum air suam je... camon la kita ada life ok!... lepak mamak order Teh O, Nescafe O okey ape.... takyah bubuh gula equal pun takpa... enjoy your drinks :)
  3. bersenam, bersenam, bersenam.....bersenam macam yang aku dah cerita panjang lebar perenggan-perenggan kat atas.. bersenam sampai jantung korang berdegup laju, baju seluar berpeluh sampai perah keluar air.. bersukan benda yang korang minat, kalau kawan taknak join takpa, takyah ajak dorang dah.. korang bersenam benda yang korang minat, nanti korang akan jumpa kawan kat tempat yang korang bersenam tu ok? contohnya: korang minat main Frisbee.. tapi kawan-kawan korang taknak join, diorang ckp main mcm pondan, tak rock, tak 'band Hujan' la ... abaikan. korang ambil Frisbee korang yg terperuk dalam stor tu, korang pegi taman tasik, main baling sorang-sorang, pastu kutip.. untung-untung ada NORA DANISH lalu situ, dia pulak suka frisbee..boleh dia jadi tukang sambut, main baling2 ngan korang... dah dapat bonus awek mak jan...awek Gen2.... :)
  4. Tidur yang cukup, aku tidur cukup sampai hilang ngantuk, sebab bila badan penat, dia akan bagi False signal, signal yg menyatakan badan penat dan memerlukan kalori dan gula lebih bagi menjana tenaga dan membaik cell2 badan. so tubuh korang menipu korang, dan korang pun rendam meggi, takpun korang sapu jem atas roti tengah2 malam, korang ngap ngap makan cicah milo sambil baca blog aku ni ha......hehe kantoi :P

Moral of the story: kalau kawan korang takda yang menyokong hobi dan minat korang semua, just tinggalkan utk masa hobi anda tu, perbanyakkan dan perluaskan kawan berlainan skop.. mungkin kawan karib anda tu kawan terbaik masa minum kat mapeley....mungkin ada kawan baik bagi skop berJamming, atau 'bercybercafegaming'.......

Tapi korang jugak ada kawan baik dalam skop bersukan, beriadah dan bermain aktiviti yang korang minat... jangan kecikan skop kawan anda dan luaskanlah horizon pemikiran anda....tapi kalau kawan-kawan anda tu pun sama minat dan sukan dengan anda. tu dikira nikmat dan bonus....

jangan bimbang takda kawan, kawan tak lari punnn... pengalaman aku sendiri, kawan-kawan karib aku 6 tahun study kat UiTM shah alam suka main futsal...Shahril husin tu terer nak mati main futsal, tapi aku tak minat sangat futsal, it is ok!... takde heartfeeling pun... aku pegi main badminton yang aku minat sangat bersama kawan-kawan badminton aku yg keluar dari skop kawan karib...takda istilah "kau taknak join main bola ngan kami, ko bukan geng kami" kalau korang ada kawan yang keluar ckp mcm tu, maka amat rugi lah korang dan amat sedihla jenis-jenis kawan yang mcm tu.. ok?

Moral of the story 2 : korang takkan senang je kurus dengan minum Jusmate 5, atkins diet, carbo diet, puasa, tahan makan gila-gila(boleh la kurus tapi seksa Nauzubillah) cuba belek kotak jusmate5 ddr Rozmey korang tu, ada tak dia cakap jus ini kena ada displin, pagi makan 2 keping roti je,makan apple, kena bersenam secarta displin, aku BET ada.. hehehe sebab aku dah baca kat kotak bapak aku punya... abah minum kejap je, then terperuk dalam kabinet!..


--------adakah aku mampu mencapai target berat aku ?????? moga aku istiqamah-----

Insyallah.

December 6, 2010

Musim Demam


Entry kali ni berkisar pasal musim demam, sebab apa aku nak cerita pasal demam? pasalnya mana-mana je aku pergi laman web sosial berjaringan atau dikenali sebagai social network website atau pun senang cerita Facebook, twitter dan berbagai-bagai lagi la... termasuk juga Ym, mm, zm,lm dan segala m yang ada......semua status update kebanyakannya berbunyi begini:

"aku demam, tak larat nak bangun"

"mengadap Facebook sambil selsema dan Demam"

"Online sambil bertemankan tisu di tangan dan hingus di hidung"

Ha lebih kurang mcm tu la contoh-contoh status update yang dapat di kesan. Polar dan Pattern ini dikesan banyak berlaku pada awal bulan 10 merebak ke bulan 11 dan seterusnya 12....kenapa jadi mcm ni? sebabnya hujung-hujung tahun ni musim hujan, musim tengkujuh, kalau kat area lembah klang lak, ade fenomena hujan asid, hujan mertua kejar menantu...

"hah!!!!! hujan mertua kejar menantu??? ko bior benor ikar.. jangan sebut main taram je" tak aihhh mana ada aku taram, betul la tu, pepatah tu orang tua-tua selalu ckp untuk menerangkan keadaan hujan di mana hujan lebat yang sekejap... dia datang sekali dalam masa tak lebih dari 15 saat atau 30 saat.. lepas dia dah praaakkkkkk jatuh berderai atas bumbung kita, terus awan hujan tu belah mcm tu je.....mcm mak mertua kejar menantu dia kantoi tengah main judi pakau kat pondok kebun pisang... kejar2 acah je... lepas tu baik balik.. :)

Berbalik pada Demam, aku pun baru baik dari demam, baru baik 4hari je nih, semalam adalah hari terakhir hingus aku meleleh, sekarang dah kering jadi taik hidung dah.. :) demam selsema yang merunsingkan, tapi demam kali ni aku rasa lain, sebab aku tak batuk sikit pun.. selalu 3 serangkai, demam, batuk dan selsema..

Entry yang panjang tapi tak berapa nak significant ni untuk membincangkan pasal petua pandai-pandai sendiri yang ramai orang zaman moden buat untuk lekas baik dari demam. korang semua biasa dengar tak dialog doktor tak berapa nak doktor mcm ni :

"aku kalau demam kan, aku tak ikutkan sangat sakit tu, aku tak manjakan badan, orang lain tidur selimut rehat-rehat, aku takkkkk....aku bangun pergi jogging, pergi main futsal, bagi badan berpeluh..nanti kebah la demam tu sebab berpeluh..."

aku ni jenis selalu menghormati pendapat orang lain, tapi bab pendapat mcm ni, aku sound balik... demam tu sebab badan kita weak, simptom dari badan kita sedang tewas melawan kuman, bakteria, patogen-patogen dalam badan... jadi timbul la sakit kepala, suhu badan naik, badan jadi lembik..lemah longlai...Itu petanda  semula jadi tubuh badan kita yang nakkan kita berehat ..bagila Can kat tubuh untuk bekerja memulihkan balik badan... yang korang degil pergi terloncat-loncat lagi bersenam buat apa? nak jatuh tumbang? nak Bp drop? ahhh lantak korang la....

Heheeee dulu masa aku budak-budak pun aku try jugak teori mcm ni, sebab konon-konon nak jadi doktor tak rasmi la buat preskription sendiri... demam-demam pakai sweater pastu pergi kayuh basikal, nak dapat peluh... Astaghfirullah....

sekarang tidak lagi... :)..... aku kalau demam sekarang ni, aku ikut kata badan aku secara semulajadi...back to the nature.. kalau tengah tengok TV, dia nak lentuk tidur, aku layankan je mata tu tutup dan tidur.. kalau kat ruang tamu sejuk, aku masuk bilik amik selimut berbungkus la tengok TV... kalau lapar asyik nak makan je, aku buat muka selamba je makan banyak kali... pikir aku "ni sel-sel tubuh badan nak bina balik ni, perlukan banyak protein dan tenaga uuntuk generate new cell dan replacing process"

Jadi, kawan yang dihormati sekalian.. bila korang demam, makan panadol, ubat selsema dan rehat sehabis boleh yeeee tidur kat rumah tu puas-puas.... takyah nak degil-degil membuktikan teori anda bersenam masa demam tu betul...kawan-kawan pun bukan suka punnnn anda demam-demam datang main futsal dengan badminton..dah lah boleh berjangkit, main pun tak bagus, menyusahkan partner, pastu nak melayan simpati korang lagi yang merungut demam dari awal masuk padang dan dewan sampai la nak balik...

Nota mengade2 : aku bila demam suka makan ayam goreng ngan fresh oren :) .... tak suke makan bubur nasik....


December 5, 2010

Rajin dalam Malas..

"Ikaaaaar... ikaaar... bangun, alih kereta kamu cepat, tuan rumah tu datang nak tengok rumah dia" aku selalu parking kereta depan rumah kosong kat depan rumah aku, owner dia beli rumah tu tapi sampai sekarang tak duduk lagi, aku pun menggunakan ruang secara optimum la :)

Aku pun bangun dengan keadaan mamainya, nak kata awal pagi takda la sangat, jam baru menunjukkan pukul 12.30 tengah hari.. :) lepas mengalihkan kereta Toyota corolla 'cikgu' yg aku sayangi, aku pun masuk ke bilik semula dengan segera dan menyambung tidur.. bukan aku ni kuat tidur cuma, aku baru pulih dari demam dan baru nak Qada' tidur. :) dek kerana sambung tidur, aku bangun agak lewat, bersiap-siap kemudian ke Klang untuk lepak bersama kawan sekaligus makan tengahari yg agak tak berapa nak tengahari iaitu pukul 6 petang!

Kat rumah takda masak sebab parent aku nak ke Sarawak untuk menghadiri majlis convocation adik bongsu aku di Uitm Samarahan Sarawak.. lepas makan di Klang, aku bergegas pulang sebab nak hantar parent aku ke LCCT. naik airasia.. 6.45pm dari Shah Alam dan tiba di LCCT pukul 7.30, lepas hantar mama abah, aku pun pulang dalam keadaan sakit kepala, entah kenapa, rushing sangat kot...

Balik rumah tertidur kejap, bangun dan tengok Tv, lepas tu masuk bilik surfing internet, blogwalking, bukan setakat walking je tapi reading gak blog2 yang mempunyai pembuka kata menarik!....

sedar tak sedar dah pukul 3 pagi, tapi perut aku lapar sangat, sebab aku baru sedar aku makan sekali je hari ni iaitu pukul 6 petang...Nasik kandar subaidah yang tak berapa nak kandar...nasik mamak je sebenarnya..aku kecewe sebab tak sedap macam Nasik pelita or Hakim kat Shah Alam ni...

pukul 3.30 pagi, aku start masak Daging goreng Kicap sichuan style, daging banyak dalm freezer baki korban hari tu.. Sup sawi ringkas dengan telur (poach) berlada sulah....pastu selak tudung rice cooker, ingat nasik elok.. rupanya... nasik bahagian atas elok, tapi bahagian bawah dah naik Bas mini ( ba alif si) ha ha haaaampeh (gelak berselang dengan kekecewaan) kena la masak nasik baru..

jadi, hari ni aku makan malam pada pukul 4.30 pagi ditemani abang aku, tapi bukan nak bias la kan... nasik panas kembut-kembut(mak aku dan org perak selalu ckp kembut2) :)
Daging goreng kicap sichuan style dan sup sawi ringkas sangat la sedap... betui habaq hanggg .. sedap sungguhhh... tak bohong aihhh.... :)

----aku taktau la aku masak tu sedap ke atau aku lapar sangat kan----

December 4, 2010

Kisah Rm16.00

Duit bukan segalanya..ayat yang cliche (basi) digunakan banyak kali oleh org , tapi masih lagi significant dan bererti. Hari ni aku mulakan dengan RM16.00 di dalam wallet... itu pun saki baki duit pinjam dari abang, adik dan mama... abah pulak bagi bantuan dengan Term of credit :) ... segala mcm bil-bil rumah dimasukkan ke dalam jurnal perbelanjaan dan akan dilunaskan apabila masuk gaji..

Alkisah, aku dua bulan ni tersangatlah pokai dan miskin tahap Nauzubillah, sebab aku guna duit saving aku untuk beli Kereta Toyota Corolla Limited edition model Ae92 tahun 1990, aku terpaksa beli kereta tu dengan cara cash sebab dalam keadaan desperado, utk menggantikan kereta Mazda3 aku yang dah menjadi sejarah, akibat kemalangan yg menjurus kepada total Lost.. so demi untuk memudahkan aku bergerak mencari makan, aku pun terpaksa jugak beli kereta second hand yg murah sebagai transport galang gantinya. semalam 3/12/2010 genap 2 bulan kereta Mazda3 kesayangan aku disemadikan. Lantaklah dengan kereta tu dan jangan di kenang lagi, aku pun seronok sekarang pakai kereta takda hutang ni, enjin pun sedap, laju, Aircond sejuk sebab baru repair tukar compressor :) body solid, suspension ok.. keseluruhannya aku berpuas hati sangat, Alhamdulillah.

Jadi modal habis semua utk start from zero adalah RM 12,000... budak bujang biasalah, bukan banyak menyimpan, gaji sikit, hutang banyak, simpan sikit-sikit.. untuk hari susah di masa depan, sekarang ni dah kena bencana dan susah la dan aku pun guna la tabungan.. Fikir punya fikir, aku tak jadi nak beli Kereta baru atau mahal-mahal, sebab aku dah ada target nak pakai kereta apa pulak di masa depan, buat masa sekarang aku pakai kereta murah, duit lain simpan banyak-banyak balik dalam bank, nanti nak kahwin senang.. dah ada duit hantaran.

Ini semua sebab aku dah dapat pengajaran.. dulu aku bayar Mazda3 aku sebulan Rm1300... jadi setiap bulan bila dapat gaji, aku bayar kereta, belen tinggal la ciput. kat situ la nak makan, situ la nak bayar rumah, bil, bagi mama&abah, spend utk hobi aku badminton, bayar duit ahli kelab badminton (dewan dan shuttlecock), bayar duit bola golf kat driving range, jenjalan... Jadi aku terpaksa banyak compromise benda dalam hidup aku kerana komitmen aku terhadap instalment kereta yg TERLALU TINGGI... aku dah taknak buat kesilapan lagi sekarang, sekarang aku nak hati tenang pakai kereta cash, tapi poket ada banyak belen keping- keping kertas untuk lebih selesa dan senyum tanpa pikir bank nak call suruh bayar kereta.. :)

Hari ni berbekalkan RM16.00, aku ke office bersama kawan aku Sobrie Said, di dalam ketakutan dan seram sejuk, minyak isi rm15, tol federal highway rm2.20 pergi balik dari Shah Alam ke Batu Caves.sampai kat office lunch kami berdua makan nasik lemak 2 bungkus sorang ngan air teh ais.. RM 6.00....... aku ada rm16.00, kwn aku ada RM20.00 tolak tambah.. pup pap pup pap... tinggal la dlm wallet keping-kepingan biru seringgit je.... :(

Naik Office....Tarrraaaaaa ada magik yg berlaku, staff office.... Al-Aliff memberikan cek gaji...tapi masa tu belum tenteram sebab nak cashkan cek kat port klang. jadi kami berdua bertemankan duit keping-kepingan biru seringgit itu membawa kami melayang terus ke port klang dengan semangat istqamah dan jihad yang tinggi... semangat kami adalah!!!!!!
"sampai ni minyak ni kat port klang, takkan tak sampai kut....banyak..."

Terima Kasih Tuhan, akhirnya sampai dengan selamat walaupun signal minyak merah menyala berkali2..... dengan itu....hasilnya... duit Note rm50 berkeping-keping dan berlipat-lipat di dalam wallet aku :) dan terus mood aku jadi best, udara jadi bersih, alam jadi terang, panas jadi sejuk, lapar jadi kenyang, masam jadi senyum, sedih jadi riang...

Balik rumah, aku salin baju semua. mama abah balik, aku sambut dengan upacara perlunasan hutang piutang dan bayar bil-bil yg termaktub. selepas selesai upacara.. aku pun menyimpulkan tuala di pinggan ke bilik air sambil nyanyi lagu P ramlee...

"dengarlahhhh.. Oh jeritan batinkuuuuuu, memekik-mekik, memanggil-manggil... nama mu selaaaaaluuuuuuuuu bla bla bla dudududud dadadadad nanananana nunununu"

sampai dapur, aku pun ckp kat mama... "kalau ada duit ni kan ma... terus boleh nyanyikan, suara jadi sedap, tarik pun leh tinggi" di sambut hilai tawa ikhlas dari mama dan abah... terus aku ke bilik mandi.....


KeceBbbbUuuuRrrrrRRr......sambil sambung lagu P Ramlee....

December 3, 2010

Beruntunglah kamu........

Beruntunglah kamu jika kamu mempunyai sahabat
yg sama-sama mengharungi zaman senang dan susah.
Yang terkena tempias tapi tidak mengeluh dan menjerit payah
Yang masih tersenyum dan menemaniku dengan ketawa berdekah.

Aku melupakan kepayahan sementara
sebab dia selalu nasihat pasal hidup umpama roda.
Bunyi Memang Cliche, tapi memang itu yang aku rasa,
aku kembali ke tempat mula.
Mencari pecutan dan daya
untuk momentum seperti dahulukala
merasa diri seperti di puncak dunia.

Aku dulu ingat pernah dah jumpa sahabat.
tapi dia bukan sahabat, dia hanya teman berseronok menunjuk hebat.
Bila aku tidak mampu untuk menemani berbelanja
mulutnya juih dan bermasam muka.
mengeluarkan kata nista
"apa ni takkan itu pun tak mampu Manager"
"Gaji ribu riban, takkan nak seronok pun segan!"
cuba engkau hilang harta dalam sekelip mata!
Jangankan nak seronok, nak senyum pun derita.

Beruntunglah aku yang kini mempunyai sahabat
yang berkawan bukan kerana mencari keseronokan dan keuntungan.
Kerana aku bukan lagi kawan yg tebal dengan kad kredit bermacam cap dan brand.
Aku bukan lagi jejaka di puncak dengan kereta hebat nilai ratus ribuan,
bukan juga kawan yg kasut ditanah ratus-ratusan.
Bukan lagi yang membayar rm1o utk kopi secawan,
Malang sekali untuk Tag Heuer 5ribu di lengan.

Aku kini hanya pemuda yang lebih senang minum di warung dan mamak.
aku tidak lagi membayar rm100 ke karoke hanya untuk melalak.
bukan lagi yang membayar fresh oren rm24 hanya untuk berlagak
yang menabung duit hanya untuk kembali bertapak....

Orang pernah berlaung berulang-ulang.
Tentang dunia berputar ibarat roda dan roller coster,
aku kini telah merasa dan sedang merasa...
Tapi aku tidak pula rasa terseksa,
kerana aku merasa bebas dan terlepas...
Dari Beban menggalas dan kawan yang berpura-pura.

Baruntunglah kamu jika kamu mempunyai sahabat,
Yang dulunya melihat kamu hebat...
selang masa berlalu melihat kamu sedikit melarat.
tapi masih lagi sama-sama mengharung trafik dan berehat.
Sahabat yg dalam gurau menasihat
Tentang keringkasan hidup di dunia yang menjerat.
kini aku merasa beruntung mempunyai kamu sebagai sahabat.....

Beruntunglah kamu dan aku yg sering didampingi sahabat yang hebat

December 2, 2010

Cinta realiti, biarkan aku jatuh cinta dan kau perlu bagi HINT saja.

Ok, aku jujur ckp, aku bukanlah mat romantik, mat bunga yg suke bercinta dan ber'couple' setia, bekorban apa saja.. aku adalah aku, aku suka kawan dengan ramai perempuan, aku suka keluar jalan2 (dating la tu dlm makna lebih ringkas) tengok wyg, window shoping, borak2, dan bergelak tawa (ini didalam proses memilih gadis utk dicinta),

tetapi aku adalah manusia yg susah utk beri komitmen utk mengikat perhubungan ke paras yg lebih serius.... KERANA....

Prinsip diri aku sendiri adalah, jika aku belum jatuh cinta, dan aku tidak jatuh cinta dengan semulajadinya dan aku tidak menjadi angau akan dia, dan aku tidak merasakan tangan terkulai, terawang2..ketawa dengan lawak yg tak lawak dan aku tidak mengghairihinya.. maka aku tidak akan memaksa diri aku utk melafazkan cinta... ('declare' la senang ckp)...

dan aku tidak terpaksa dan tidak juga merasa terpaksa utk mempunyai hubungan dalam satu2 masa dengan mana2 gadis bagi memuaskan hati kwn2 aku yg kerap bertanya... "ko takda awek ke??" atau aku perlu utk mempunyai Gf yg telah di declare bagi mengikut trend zaman skrg.

Aku adalah aku...aku mempunyai ramai kawan perempuan yg aku ajak keluar dan selalu ber'sms', tapi aku belum 'decide' dengan siapa aku nak bercouple sebab ape??? sebabnya senang je..."aku belum Jatuh cinta"

dan anda tidak perlulah menjadi penasihat kasim pantalon 25% utk menyuruh aku utk berkapel dengan siapa, bila dan dimana...aku bahagia dengan hidup aku yg begini dan aku bangga dengan prinsip aku yg begini....

Dalam panjang2 kisah aku, teman tapi mesra, skandal, dan cinta monyet, aku akui aku pernah benar2 merasai betul2 jatuh dan merasai kemanisan cinta dengan dua insan (ex gf la senang citer), aku merasa bertuah utk merasa terawang2 dengan berbagai2 hormon dan neurotransmitter yg berlegar2 didalam otak aku pada masa itu....

Jika aku benar-benar jatuh cinta, biarkan aku sendiri yg mengoratmu...engkau perlu bagi hint je, pandai2 la aku susun ayat, susun strategi, belanja wyg dan makan, tersengih-sengih 2,3 jam depan kau, jln nak mintak pimpin.. sms beratus2 dlm sehari, suke peluk teady bear, guling2 atas katil sambil calling kau, senyum sorang2 baca sms, dan mencuba utk mendapatkan cinta kau.

aku akan memberikan komitmen seandainya kau juga jatuh cinta pada aku, sekiranya cinta ku ini tidak berbalas, aku teruskan saja melangkah, dan tidak sedikit merasa malu..

tugas aku untuk mengembangkan ekor bagai si merak utk menggoda sudah selesai.. tugas aku utk bersiul seperti pipit mengorat betina telah selesai.. tugas aku untuk menghantukkan kepala dan tanduk seperti kambing gurun pada musim mengawan juga telah selesai..

jika kau tidak jugak memilih aku dan terus memalingkan muka mencari jantan alpha yg lebih maskulin dan secure..aku tidak merindui byg kau. TETAPI....
Tolonglah jgn paksa aku utk Jatuh cinta dan melafazkan cinta disaat aku tidak ikhlas mahukannya.....

Pada saat ini aku sedang mencari cinta...bukan mencari couple sbg Trend...aku mencari cinta utk terus dijadikan isteri sebagai peneman hidup selamanya..

CINTA adalah tindak balas secara biologi pada satu2 makhluk/spesis yg menunjukkan keinginan utk berasmara bagi meneruskan kewajipan dan survival satu2 spesis utk membiak..

cuba pada satu saat anda melupakan segala teori, falsafah doktor2 cinta, falsafah rome yunani.. petikan ayat2 cinta dari novel yg sering anda baca sambil terguling dan tertiarap atas katil, falsafah dari wall2 facebook dan blog2 dan anda renungkan apa itu cinta dr segi rasional dan logik...

Cinta adalah signal keghairahan terhadap dua insan..keghairahan utk memadu asmara... dan jika aku je yg Ghairah sebaliknya yg perempuan tu buat dek je dan tak syok lansung..itu dah bukan cinta, itu syok sendiri...

Sebab tu, kalau korang tengok dokumentari.. binatang2 sanggup mati bergaduh pasal nak tunjuk kejantanan dan sifat alpha (menguasai) mereka yg power agar si betina akan jatuh cinta pada mereka dan membiarkan mereka dingawan..

Sama lah jugak, kalau korang tengok mamat2 kat Centrel Market,sekolah menengah atau Dataran Merdeka gaduh bertumbuk pasal nak dapatkan Awek atau nak mempertahankan awek dr dingorat oleh lelaki lain....

sama la ngan kambing dan bison yg gaduh2 hentak tanduk kelepuk kelepak tu....kambing mana yg menang akan dapat hak utk mengawan dan kambing betina bagi greenlight... yg kalah akan berundur malu dan mencuba lagi di musim mengawan yg lain, yg nasib malang akan cacat atau mati....(ini baru betul2 mati kerana CINTA)
Sama la jugak kalau tengok lelaki yg kalau nampak perempuan, dia akan siul2, dia akan swit2, dan akan ckp kuat2 nak tarik perhatian kat shoping complex bila awek lalu "hai kaklong!!! jln sorang je keeeeee...."

haaa tu sama la ngan burung pipit ngan merbuk yg tengah bunyi2 utk tunjuk suara dia sedap utk pikat burung betina.... kalau suara dia sedap, burung betina akan syok kat dia.. jadilah suami isteri atau pakwe makwe....

sama kes jugak dengan katak yg bising masa panggil hujan tuuu... tu bukan panggil hujan, tu tengah berlawan suara sapa paling kuat ngan merdu bertujuan nak bermadu asmara...

Kalau tengok burung merak jantan (peacock), dia kibar-kibarkan ekor dia, kembang-kembangkan bulu sambil menari, pusing kiri pusing kanan.. getar2 ekor, getar2 badan.. tinjat2 kaki... pusing2...

tunjuk bulu dia yg pling lawa, colorful, kembang, lebat dan berkilat... yg merak betina (peahen) pulak bulu dia dull je, coklat2 dan tak menarik, dia takde la buat adengan2 ni semua, dia cuma bagi HINT dan menjadi juri utk memilih yg tercantik dan terlayak bagi menjadi CINTANYA dan pasangan hidupnya...


Benda ni samala ngan lelaki2 yg akan bermegah2 dengan jam tangannya, bajunya yg kemas dan cantik, dada yg berotot, seluar jeans yg cantik... Rambut spike, mohawk dan sikat kemas... pakai kasut croc ori, kasut nike ke, converse, jack parcell, lacoste.. aaaa tu semua tu mcm merak la...

Itulah FITRAH CINTA dan tiada sesiapa yg bersalah dan aku tidak judge sape2 pun .itu lah dia cara memikat gadis utk dijadikan pasangan cinta. aku punbtak terlepas dr ape yg aku bentangkan berjela2 kat sini.

Kalau tengok dari segi penguin pulak. penguin jantan akan bina sarang tuk bertelur dari batu2 bulat kat pulau. penguin jantan yg bina sarang batu yg paling cantik, teguh, dan selamat tuk penguin betina bertelur dan membesarkan anak mengharungi musim sejuk...Penguin betina akan pilih jantan yg baik dlm pembinaan sarang...

Contoh tu sama la dengan lelaki2 yg mengorat perempuan dengan showoff kereta2 mewah dia, kereta2 cantik yg di mekap dan di pasang aksesories..

Tayang kat dataran shah alam mlm2 minggu... lelaki yg menayang wallet tebalnya di atas meja Starbuck, lelaki yg menggoyang2kan Jam rolex atau Tag heuernya..

lelaki yg membawa gadis2 calon teman cinta ke kawasan kondominiumnya, atau menunjukkan rumah teresnya, atau menunjukkan banglo familynya...

semua ni adalah cara mengorat dengan aset dan jaminan masa depan yg cemerlang gemilang dan terbilang kepada gadis2 calon cinta.

kalau gadis merasakan secure dan terjamin dengan aset2 yg dipertontonkan mungkin lelaki2 bertuah ni mempunya pelung mendapatkan ibu bagi waris2 genetiknya, ini bagi melunaskan kewajipan utk meneruskan kelansungan biologi spesis manusia..

Tetapi.. The ultimate factor.....Manusia itu tidak sama dengan haiwan secara total, kerana manusia ada fitrah mencari Tuhan...

Tuhan SWT menurunkan wahyu melalui pesuruhNya SAW.... bagi menunjukkan akhlak contoh kepada manusia, akhlak terbilang sebagai manusia yg hidup dalam kesederhanan dan kesopanan wahima dalam mencari pemilik rahim utk pewaris genetik kaum adam. ibu yg akan membesarkan khalifah bumi..


Namun korang perlu ingat.. akhlak dan ketaqwaan menjadi Faktor utama tetapi Rasul SAW dan Agama kita sangat adil pada fitrah cinta manusia... diberikan kebenaran memilih dari pertimbangan yg aku sebutkan berperenggan2 diatas plus ketaqwaan kepada Allah dan Akhlak yg indah Dari Rasulullah...

(bagi pembaca2 aku yg bukan beragama islam boleh rujuk akhlak2 yg telah diberikan guideline oleh pesuruh2 yg anda kagumi samada Sidharta Gautama Buddha, Rahma dan Krishna, Jesus and his Apostle, confusios atau master TAO anda)


Jadi moral of the story???
  • gigirl takyah la terlalu gedik dan berusaha mengiklankan diri anda utk mendapatkan cinta.. kerana FITRAH cinta.. yg jantan akan berusaha mencari perhatian anda, dan menggoda anda..

  • Kurangkan brightness gincu anda dan kurangkan ropol skirt anda...kerana??? kerana ingat syarahan saya yg diatas :) (berangan jd lecturer psikologi)....Peacok yg berbulu kembang dan colorful..bukan Peahen...singa jantan yg berbulu kembang di tengkuk dan bukan singa betina, ikan laga jantan yg ekor bewarna terang dan kembang bukan Ikan laga betina :)

  • Lelaki takkan ngorat anda kerana jawatan kerja anda, status bapak anda, rumah banglo anda, jenama kereta anda atau berapa besar sport rim original anda.. lelaki/jantan hanya mahukan Gadis utk bermadu asmara, atau bahasa manisnya CINTA..

  • Tidak salah memilih pasangan hidup kerana hartanya, rupanya, keturunannya, atau kekuatan / kejantanannya... tetapi akhlak dan hidup bersederhana yg dituntut utama oleh agama. (ketaqwaan)
sekian buat masa ini, nanti aku akan kongsikan lagi apa jenis fikiran yg selalu bermain dlm otak aku. INGAT!.. biarkan aku jatuh cinta.. kau cuma bagi hint saja :)

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...