December 17, 2010

ayat atau slang yang dah hampir pupus part 1

Dalam melayari kehidupan di zaman moden ni, terpaksa la kita menyerap, berintegrasi dan berasimilasi dengan budaya satu-satu tempat, budaya yang paling senang diserap oleh seseorang adalah Slanga/slang  atau ayat2 bermusim.... namun lama kelamaan slang dan ayat bermusim akan pupus dan pudar di bawa oleh arus zaman.. contoh-contoh yang aku sendiri tahu adalah seperti berikut:

1. Pailang 

 Maksud: samseng, gengster, jahat, berlagak jahat, suka membuli. ayat pailang ini banyak di gunakan di pertengahan 80an dan mula pudar pada pengakhir 90-an, penggunaan banyak digunakan oleh budak2 umur 17tahun kebawah yang suka melabel gengster2 sekolah atau diri sendiri sebagai 'Chan Ho Nam' versi melayu... :)

Contoh : " Woi Samad, Ko pailang eh? pau-pau adik aku apa hal? ko ingat ko pailang aku takut la!!! kalau ko berani ko tunggu kat pagar balik sekolah nanti!"

2. Timing

Maksud: timing ni perkataan english yang diserap oleh orang melayu, bagi menyatakan akan perangai seseorang yg naik hangin, moody, merajuk, bengang tak kena tempat atau secara tiba-tiba...

Contoh: "Hek eleh Baharudin..orang elok-elok nak ajak kau lepak kedai Jamingan, kau pulak Timing... kecoh gila la kau ni Baharudin"

3. Action/act/ex

Maksud: berlagak, menunjuk-nunjuk.

contoh: "eleh, korang tengok la Hasyimah tu, mentang-mentanglah bapak dia baru beli proton saga, dah action/ dah nak act....nanti arrrr.. aku suh bapak aku tukar wira baru dia tau...huh"

4. "Boleh..boleh blah"

penerangan: ayat di atas digunakan oleh budak-budak yang sedikit kurang ajar bagi mengelakkan diri dari dikecek/pow oleh kawan-kawan sekolah, ataupun digunakan oleh awek-awek cun sekolah untuk mengelakkan memberi Nombor tepon kepada budak lelaki pailang yang mengorat.

Contoh:-- Farid :"Zainudin..zainudin, sikit arrr air oren.. sikit arrrr sikit arr.. boleh tak?"

Zainudin:" ko nak air oren ni Farid?.... boleh boleh....boleh blah!!!" hahahahaha

5. 'Cara'

Maksud: 'Cara' adalah satu experession perasaan untuk menyatakan benda tu Best, terbaik, seronok, dan meriah untuk di lakukan..perkataan 'cara' ini dikesan penggunaannya secara meluas di Ipta2, kolej2 komuniti, mat-mat rempit dan juga golongan level 25tahun kebawah...namun penggunaan 'cara' ni sangat la cepat menuju kepupusan kerana penggunaannya banyak mendatangkan kekeliruan dan org menjadi mcm bodoh apabila menggunakan perkataan ini utk meluahkan keseronokan..

Contoh:- Man Jembur: "woi woi.. jom lepak benteng woi.... hari ni ada budak mascom lepak sana la!"

Kama Mat Piah: " hek eleh lepak benteng mana cara man... lepak MacD la baru cara" 

Kawan2 : " MacD???? cara cara cara"

Begitu lah serba sedikit ayat2 dan slang yang hampir pupus ataupun telah pupus sama sekali, ini adalah bahagian pertama, dan akan disambung di lain entri, mohon rakan2 pembaca yg ada idea slang2 yang anda ketahui utk sama2 kongsikan :) "baru cara" hehe

9 comments:

  1. "eksen" tu masih digunakan sampai sekarang...

    ReplyDelete
  2. ha'ah laaaa.. betul betul.. patutnya Act / ex.... silap lak..potong 2 markah

    ReplyDelete
  3. sekarang ayat boleh..boleh blah tu orang guna cara lain pulak..
    tak boleh blah [TBB]

    cth ayat : hahah..statement ko tak boleh blah lansung

    baru je guna perkataan tak boleh blah dalam entri NI :P

    ReplyDelete
  4. Fina Fento: ha'ah skrg ramai org suke ckp tak boleh Blah... tapi skrg pun mcm menuju zaman kemerosotan....
    tak boleh blah betul bila ckp tak boleh blah... hehehe

    ReplyDelete
  5. Syafeika: slang yg mana yg tak pernah dengar ni?

    ReplyDelete
  6. hahaha..slang2.. bagus entri nie.. zul aku dah letak widget harga tu kat page aku haha

    ReplyDelete
  7. Shah: dah letak ke? aku minat widget tu.. tp aku taknak letak.. sebab harga web aku tak sampai 4 k pun... hahahahaha

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...