November 13, 2009

kecantikan

kecantikan ayat berakhir bersama Hayat.
kecantikan budi seiring bersama bakti
kecantikan rupa terikat dengan cinta
kecantikan laku perlu dengan Fardhu
kecantikan insan wajib dirangkul iman...
kecantikan Sabar sering berkata benar
kecantikan dunia manakan sama dengan SYURGA..

Mohonku kecantikan menuju kesempurnaan
mohonku kecantikan menghindarkanku ketakburan
mohonku kecantikan ini bisa mendewasakan..

Engkau,aku,kamu,dia,kita semua cantik,
cantik dari erti kata yang sebenar,
yang keluar dari waktu yg berdetik.

antara benci dan sayang

Aku takut menjadi perengus,

Aku takut menjadi pembenci,

Aku takut menjadi pendendam.

Dari hasil aku dikhianati oleh kepercayaanku,

dikhianati oleh sangka baikku,

dikhianati oleh simpati dan sifat ihsanku,

maafkan aku pada insan yg merasa aku menjadi pembenci, bukan salahmu tetapi salahku jua..

aku akan kembali mengutip benih2 kelunakan dan kemesraan yg telah lama dibazirkan di tanah kegersangan

November 8, 2009

Gelombang pemikiran di luar kotak

Ramai anak muda yg sudah penat dan menyampah dengan taklid buta dengan org yg bergelar 'ustaz' yg terlalu survival dan struggle dalam mempertahankan ibadah bidaah, anak2 muda kebanyakannya tidak berlapang dada dalam majlis sperti Tahlil, Talkin, Arwah, doa beramai2 selepas solat,yassin malam jumaat dan berbagai lagi.
Dan anak muda tidak gemar akan majlis2 bidaah begini bukan kerana trend atau malas, tetapi kerana naluri dan fitrah yg sering mempersoalkan kewajaran ia.
Kenapakah di dalam mempertahankan majlis bidaah ini ulamak2 tradionalis bermati-matian mempertahankan kewajarannya? sedangkan mengamalkan Islam yg wajib dan sunnah itu lebih mudah, logik dan fitrah? Saya sentiasa memikirkan, ulama skrg ini lebih ingin menegakkan keputusan yg POPULAR atau yg HAK?

Ramai kita begitu keras dan tertutup dalam mempertahankan amalan bidaah yg diamalkan masyarkat dalam memberi alasan dan asbab demi menjaga kemaslahatan ummah di Malaysia, tetapi apabila pendapat Ulama besar dan imam besar yg tidak menyebelahi mereka di dalam mempertahankan amalan bidaah itu mereka langkau kerana ingin menjadi Popular dikalangan jemaah yg mengakui mengikut aliran Mazhab syafiee atau mazhab lain, sedangkan di dalam Kitab Al-Umm yg dikarang oleh Imam As-Syafiee, beliau telah mengharamkan kenduri arwah kerana bersabit dengan meratapi mayat.

Dan semua Ulama dan imam besar telah bersepakat dalam hal ni, tidak kira samada ulama melayu seperti Syheik Daud alfatani, atau Ulama arab dan keseluruhan nya. Kenapa bersabit perkara begini kita tidak ingin akui bahawa seluruh Imam dan ulama besar telah bersepakat utk menolak, kenapa sering kali kita mengeluarkan hujah seakan2 kita ingin popular di hadapan ma'mum dan pemerintah?berlapang dadalah di dalam mengamal kan sunnah.berbuatlah sedikit asalkan ia sunnah, tinggalkanlah ia walaupun ia banyak jika ia Bidaah..

Adakah menolak Bidaah/bidaah hasanah, dan mengeluarkan pendapat tentang amalan Furuk, maka kita menjadi kufur? kita menjadi sesat? adakah kita menghukum org yg mengamalkan amalan bidaah dan furuk sebagai sesat?

saya berlapang dada dan bersedia untuk ditarbiyah jika ada Ustaz2 yg telah nampak saya condong ke arah sesat.
adakah kemegahan Islam itu berlandaskan Debat dan hujah yg tidak bertepian?
adakah keindahan iman itu apabila kepuasan dapat menjatuhkan nilai estatika seseorang?
adakah apabila Malaysia tidak berpegang kepada mazhab syafie maka muslimin Malaysia menjadi kufur, sesat, terpesong dan wahabi?
Adakah Mazhab mampu melangkau Alquran dan hadis?

Terlalulah bersungguh2 golongan yg mempertahankan Mazhab yg mana kebenarannya org awam hanya memahami mazhab ini di dalm ruang lingkup Fekah, ibadah dan syariah sahaja, tetapi bab usuluddin, tauhid dan penghujahan prinsip2 ketuhanan itu semua muslim bersepakat tak kira apa mazhab pun bahawa ianya mengikut Alquran dan hadis. saya belajar sekolah agama di selangor, mata pelajaran agama di sekolah rendah dan menengah, aliran agama di sekolah menengah agama, pelajaran agama di Universiti, tiada pun mempersoalkan akidah dan tauhid mengikut mazhab2, mengapa golongan tradisional mempersoalkan akidah dan ketuhanan dr konsep mazhab? dan menghukum kesesatan hasil pemahaman melalui Alquran dan Hadis.
saya kenal Allah, saya kenal Rasul, saya kenal Islam seperti mana telah diterangkan didalam Al-quran dan Hadis, tidak pula ada ustaz yg mengajar saya menyatakan bahawa "mengikut mazhab syafiee/hambali/hanafi/maliki bahawasanya Allah itu adalah begitu dan begini" (hanya sebagai contoh)

Yang telus, ringkas, dan jujur, pertentangan fahaman mazhab lebih berkisar tentang, fekah,ibadah dan syariah sahaja, dan ahlul sunnah wal jamaah telah beriktikad bahawa semua muslim boleh mempraktikkan fekah melalui fahaman mazhab yg mereka ingini setelah mereka secara sedar memikirkan mana nas yg lebih kuat, mudah dan sesuai.

Kenapa mahu kafirkan dan sesatkan Fahaman yg tidak anuti dan tetap dengan salah salah satu mazhab? kenapa sesatkan dan menekan golongan yg tidak mengambil ijtihad mazhab Syafie di Malaysia?kita ini beragama Islam atau beragama mazhab?

Apabila Ulamak tradisionalis mengambil Fekah atau pendapat dr mazhab lain tidak pula ia menjadi pertentangan, cth : pemberian zakat fitrah menggunakan wang tunai, imam syafie berkeras dlm hal ni untuk menggunakan makanan ruji sesuatu tempat itu sahaja.
cth: solat jumaat itu bukan wajib tetapi sunat muaakad (mazhab syafiee) sedangkan kita org Islam menganggapnya sebagai wajib.

Saya tak tuduh sesiapa suka atau telah mengkafirkan org, perlu kenali pandangan saya, saya tidak berpandangn mengkafirkan atau menyesatkan sesiapa sahaja, saya cuma menimbulkan pertanyaan dan bertanya tentang priority Ummat islam dalam mencari dalil dan nas di dalam Alquran dan Hadis. Saya sangat berlapang dada dalam berbincang perkara tersebut, hatta saya sudah pergi ke Arab Saudi pun, saya tidak pernah mengenali dan faham apa itu wahabi atau manhaj salafusolleh, saya hanya org awam yg tidak alim dan faqih dalam tarjih atau ingin mujtahid, saya cuma mengeluarkan persoalan ringan tentang amalan2 ibadah dan fekah, yg sama sekali tidak menyentuh tentang akidah.

Perkara yg seperti ini telah merencatkan pemikiran kaum Islam di mana2 sahaja, yg mengambil alasan Tafakuf kepada pendapat ustaz, sedangkan dalam hal asas dan mudah ia boleh difahami oleh sesiapa sahaja, cthnya : saya dan rakan2 yg ingin mendekati dan lebih mendalami ajaran Islam,takkan saya tak boleh faham perbezaan air suci untuk wuduk? takkan saya terpaksa berpegang pada pandangan air mustakmal? saya perlu mencari ilmu, sebab itu adalah tuntutan agama.Islam datangnya secara mudah, dan agama suci ini menjadikan semua org mudah dan luas dalam menjalani kehidupan.Kenapa anak muda semakin jauh meninggalkan ibadah dan ajaran??? kerana terlalu banyak ritual dan majlis2 yg tidak syariat dan tidak sunnah pun diberi priority untuk mengukur keimanan dan keilmuan seseorg..

sebagai contoh perkara yg telah menghambat jauh pemuda2 dan remaja dalam beribadah dan mendekati Islam adalah seperti ini;

Ramai pelajar, golongan muda tidak mahu bersembahyang jemaah kerana apabila di dalam jemaah yg kecil, bapa atau saudara yg menjadi imam, akan menyuruh makmum(si anak atau sedara) wirid dan berdoa selepas sembahyang, bukan semua pemuda hafal doa panjang(khas), bukan semua tahu aturan wirid dan zikir lepas solat, dek kerana takut malu dan keimanan dipersoalkan oleh imam dan jemaah, ramai budak2 muda melarikan diri utk bersolat jemaah, pelajar2 di asrama ada yg menyorok di hostel, budak2 di sekolah menengah lari menyorok di blok2 kelas untuk mengelakkan solat jemaah kerana bimbang nanti malu disuruh doa dan wirid, disamping itu, wirid dan doa lepas solat itu sangat panjang dan budak2 muda merasa bosan dan sering mempersoalkan pekara tersebut.

Kenapakah perkara yg dianggap bidaah hasannah ini yg terlalu ditekankan utk dilakukan, tetapi cara ibadah yg betul mengikut sunnah seperti diterangkn di dalam mazhab tidak pula bersungguh2 untuk diajar. Apabila ada kenduri memberi makan yg mengandungi tahlil dan arwah, yg banyak dtg adalah golongan2 tua,bapa2 dan makcik2. Golongan muda menjauhkan diri dan memberi berbagai alasan kerana fitrah mempersoalkan majlis tersebut,sebab mereka mengetahui semasa belajar di sekolah agama rakyat, pahala tidak sampai pada yg telah mati. Kenapa apabila org menolak bidaah sebegini maka ia dilabelkan wahabi, kurang iman, sesat, membawa ajaran songsang, keluar mazhab dan tidak mementingkan maslahat ummah?

Adakah tahap keimanan, keilmuan,tawadhuk,istiqama
h dan semangat Islam seorang muslim dinilai dari ibadah2 bidaah ini?Adakah keilmuan dan keimanan diukur dengan pandainya membaca doa lepas solat dan wirid, diukur dengan kekhusyukan bertahalil dan ketepatan berwuduk????SAYA TIDAK PERNAH SEKALI PUN MENUDUH MANA2 IMAM,ULAMAK,FUQAHA,USTAZ SEBAGAI SESAT,KAFIR ATAU MENYELEWENG..APAKAH UNTUNG BG UMAT ISLAM KITA MENYESATKAN IMAM2 DAN FUQAHA2 TERDAHULU????

November 2, 2009

munajatku tentang dugaan

didini hari aku cuba pejamkan mata namun tidak bisa, kucuba hembuskan nafas lega jua tidak berdaya, kucuba ukirkan senyuman di kala sendirian masih tak kesampaian, ku hamparkan sejadah, padaMU jua tempat ku mengadu Oh Tuhan.gemersik hati ini tak pernah aku bersangka buruk padaMU, mungkin rancanganMU sebesar alam masih tidak jua ku ketahui. Ya Rabbi jgn sesaat kau serahkan aku pada diriku.Amin

maksud tergapai dek telinga yg tuli

Apabila hati tidak terbuka untuk menerima,

Apabila mata tidak terbuka utk melihat,

Apabila telinga tidak bersedia utk mendengar,

Mulut pula sudah tidak bisa ingin berbicara,

Apakah kuasaku ini utk menyampai?

Kata dilempar maksud tak tercapai, mulut tersenyum air mata berderai, tangan terbuka namun Jiwa berkecai.

Berusaha jua aku utk tersenyum, Namun hatiku jauh merudum.

keindahan palsu dihujung pelangi

"Ku sangka emas dihujung pelangi, tetapi hanya emping jagung yg menguning"

indahkah emas yg diharapkn berbanding pelangi yg terpampang?

Atau hanya membiarkan pelangi itu hilang pabila berhenti gerimis petang?

Lantas kubiarkan saja pelangi pergi dan aku masih menggenggam ringgit dan kupang. :)

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...