July 31, 2011

Buffet Ramadhan dan Pembaziran

Assalamualaikum...


Hari ni Ahad, Hari melihat anak bulan, jika anak bulan kelihatan maka isnin akan berpuasa dan jika tak selasa baru kita puasa.


Bila datang bulan Ramadhan, aku paling suka tengok dokumentari dekat TV, tak kisah la RTM1 ke, TLC 707 ke, National geographic, TV3 dan astro ria. aku suka tengok budaya orang negara lain meraikan bukak puasa, jenis-jenis makanan, cara sahur, solat tarawih dan macam-macam lagi.


Dekat Malaysia ni, semenjak economic boom dari tahun 1993 dan ke atas, rakyat Malaysia amnya dan Melayu khasnya dah mula mengada-ngada dalam berbelanja untuk bukak puasa. semua nak jadi hebat tunjuk terer bukak puasa buffet mana lebih mahal dan bervariety.


Bagi generasi kelahiran tahun 1980-1989, kami sempat merasa kehidupan apabila buffet Ramadhan itu menjadi satu kehebatan dan kemewahan, dan nasik tomato bazar ramadhan itu adalah modal bercerita dekat sekolah rendah.


" Wei Haidir, semalam kan, bapak aku bawak kami semua gi dataran merdeka, kitorang makan nasik tomato beli kat bazar ramadhan ~ ~ ~"


" Bestnya zul! bapak aku cakap sabtu ni kami nak pergi buke kat concorde, buffffeeeeetttttt"


" Uiyyoo bestnye"


" ada ziana zain nyanyi weihhhh"


" Uiyyyoooooooo, best la kau!"


mak mak akan masak berbuka, bapak akan balik dari kerja sambil bawak air bungkus balang beli kat tepi jalan, atau macam bapak aku akan beli ais cream soda, ibu sirap dan susu sejat carnation, sebabnya bila berbuka puasa sirap bandung aiscream soda adalah the ultimate recipe!


Kehebatan berbuka dengan Sirap bandung aiscream soda, sirap selasih (telur katak) dan air cincau potong sendiri tak dapat digambarkan keseronokannya, hebatnya seperti makan Foie gras dengan Black truffle. 


Walaupun kadang-kadang air cincau itu berbau bawang dan rasa pedas-pedas suam, sebab potong cincau guna pisau dapur yang tak basuh betul-betul, kengkadang pisau basuh betul tapi lupa nak basuh chopping board. tapi ia tetap heaven sebab jarang sangat dapat tengok lengkong yang belum dipotong kan.


Pada Zaman sekarang nak nak tahun 2000 ke atas, aku sedikit sebanyak mula rasa meluat dan jengkel bila kawan-kawan aku ajak bukak puasa dekat buffet ramadhan. wahima kawan-kawan baik aku iaitu Shahril Husin, Zikry, Chewe dan Opismate aku sendiri pun aku tetap mengomel secara jujur lambang aku memang malas sangat nak pergi buffet ramadhan.


aku selalu membebel bila Zikry ajak semua kengkawan bukak puasa buffet ramadhan, sebab aku memang dah lama berkempen taknak support industri yang membazir ni.


Buat kawan-kawan pembaca yang belum bekerja, anda tidak akan terkesan sangat dengan budaya buffet Ramadhan mungkin sebab korang kurang terdedah dengan budaya ini. macam aku jugak zaman-zaman study dulu. Aku jarang sangat pergi buffet ramadhan melainkan bila ikut keluarga aku, atau kawan-kawan bapak aku belanja.


Tapi bila dah masuk alam bekerja, nanti ramai la kawan-kawan, klien, office mate, supplier, keluarga akan ajak /organize majlis berbuka puasa Buffet Ramadhan dekat hotel-hotel berstar-star dan fancy restaurant. Kadang-kadang keadaan membuatkan kita tak dapat menolak sebab majoritinya nak pergi, kalau kita tak pergi nanti tak dapatlah spend masa dengan kawan yang lama tak jumpa kan. tapi dalam hati aku tetap meluat nak pergi buffet ramadhan.


****************************


Kenapa aku meluat dengan buffet ramadhan? kenapa aku tak sokong buffet ramadhan?


1) Buffet itu membazir, camonlah, sebagai seorang manusia normal, berapa banyak yang korang boleh makan dalam satu masa yg time framenya adalah dari 7.30 malam - 9.00 malam?


adakah 1 pinggan nasik, udang 5 ekor, 5 keping kambing bakar,  half bird ayam, 1 mangkuk ABC,  satu potong ikan tenggiri, sepiring mee goreng mamak, air bandung selasih, 2 tepung pelita, satu seri muka? segelas teh tarik? oyster mentah, sotong goreng, roti jala, agar-agar 7 warna, sago gula melaka? lompat tikam, puding jagung, cream caramel?


Seriously answer me, adakah korang boleh makan sebanyak yang aku listkan di atas secara jujurnya? aku gemuk, tapi perut aku berkapasiti manusia normal. bagi aku yang berbuka secara normal, ini list makanan berbuka aku (normally)


Sebiji Kurma, 2-3 gelas air, sepinggan nasik, satu jenis lauk, sejemput sayur, sepapan petai, secuit sambal belacan, 2 tepung pelita atau tauhu panas atau buah. selalunya aku akan makan banyak ni masa berbuka, sepinggan nasik tu korang bayangkanlah sepenuh mungkin, tapi maximumnya aku takkan makan lebih dari 1 sumber karbohidrat sebagai Main course.


Contohnya aku takkan makan nasik putih, pastu makan plak lagi mee kari, jarang aku buat buruk kelaku macam tu. Jadi, berbaloikah menu kita semua setiap kali bukak puasa tu untuk bayar sampai RM 65 per pax? itu baru harga average buffet ramadhan, dulu aku pernah makan buffet ramadhan dekat JW Marriot hotel tak salah aku RM 90/pax, Hilton PJ RM 88/pax.


Apa jenis makanan yang korang makan sampai kena bayar RM 90 satu kepala? tiram 20 keping? udang bakar 15 ekor? ketam fatty crab 5 ekor? seekor ayam panggang? separuh kambing bakar?


Wake up dear! sedarlah muslim semua, Buffet Ramadhan adalah satu kaedah pemasaran yang dilakukan oleh hotel dan F&B industri untuk generate maximum profit ke atas ketamakan pengguna. 


Hotel dah buat calculation dah bahawa seorang manusia takkan mampu untuk makan lebih dari apa yang aku listkan di atas, kecuali ada sejenis manusia yang makan sampai kembung, pergi toilet jolok sampai muntah, pastu makan lagi. tu kes terpencil.


Cuba korang darab, Zulfikar + Zikry + Isteri Zikry + Shahril Husin + Isteri Shahril + Chewe + Makwe Chewe + Ijam + Makwe Ijam X RM 65/pax (average buffet price) = RM585.00..


Kalau korang pergi makan dekat seafood restaurant, order lauk yang paling hebat, dan cukup untuk makan yang tidak membazir, enjoy the food dan ambience, bill yang datang pun tak lebih dari RM350, paling hebat pun RM250.


Aku pernah makan dekat restoren seafood yang famous di KL, lauk Ketam bangkang (muddy crab), udang Tohir, sizzling taufu, daging rusa, dan asparagus belacan pun tak lebih RM 150  untuk 3 orang makan. Even aku makan beef steak The Ship 6 orang pun bill tak lebih RM400. gila apa makan buffet kambing bakar 3 keping udang 3 ekor tambah ABC sampai nak bayar RM65 satu kepala?? 


Jadi rasionalkah bayaran kita untuk buffet ramadhan yang mana ia membuatkan kita membayar apa yang kita tak mampu makan? Ia adalah membazir! period.




buat sejenak, sebelum korang bayar harga buffet ramadhan overpriced tu, cuba korang tengok dan renung insan lain yang lebih malang, nak makan nasik pun takde. tak sebak ke rasa dada? nak lagi membazir bayar Rm45 satu kepala?


2) Buffet ramadhan punya lauk cliche, dan aku tak enjoy the meal walaupun lauk penuh sampai 4 buffet line,  bagi aku makan nasik putih, lidah lembu masak merah, siakap stim, udang blackpaper lagi membuka selera.




3) makan dalam keadaan tergesa-gesa sebab perasaan tamak dan bimbang, takut lauk habis, walaupun aku tak bimbang sebab aku pun dulu pernah kerja masak dan jaga buffet line, tapi aku kesian tengok kawan-kawan yang tak tahu.


Aku kesian dan tak sampai hati bila tengok kawan-kawan kita ambik lauk sampai penuh pinggan, ambik lagi nasik  beriyani satu set letak dalam satu pinggan lagi reserve atas meja, ambik lagi ABC sekali harung, ambik lagi satu piring letak 10 macam kuih, ambik lagi satu piring untuk letak 4 jenis kurma, ambik segelas sirap, segelas teh tarik dan segelas air kosong. opss lupa, ambil lagi sepinggang letak 4 jenis kek dan aiskrim.


Kadang-kadang rasa serba salah, nak jugak nasihat berdasarkan pengalaman aku yang belajar dan pernah kerja F&B ni. tapi rasa kekok menebal bila pikirkan nak berbuka puasa tu. orang sibuk nak makan, aku pulak sibuk nak berhujah. so tak jadi.


" Jep, amboi sakan amik makanan Jep, naik penuh meja, betul-betul balas dendam ni!"


" ishhkk, kena la amik cepat-cepat zul, nanti lauk habis, rugi kita dah bayar mahal"


" mana ada habis jep, banyak lagi spare kat dapur"


" tuuu tuuu ko tengok tuu... udang bakar dah tinggal tray je, habis la ko tak merasa la udang bakar, sedap gila zul"


" eerrrrr.... kat dapur tu ada seperiuk terak lagi udang jep"


" ko mana tau?, baik kita amik cepat-cepat, sapa lambat rugi, ye ye je ko cakap ada lagi kat dapur!"


" errr....err... aku, ye lah jep, makan makan makan hehehe." (tak sampai hati aku nak berlagak cakap aku tau bila tengok muka dia semangat gigit kepala udang)


Sudahnya, kuih sepiring tak terusik, udang ada belen lagi 4 ekor, nasik tak habis setengah pinggan, teh tarik tak terusik, Oyster mentah tu jangan cakap terusik, hinggut pun takde.


Memang kita bayar, memang kita punya hak nak ambik lauk sampai penuh satu meja, memang takda siapa boleh halang dan persoalkan. Tapi kan Allah pernah berfirman dan Nabi Saw pernah berpesan :


Membazir itu saudara Syaitan. 


**************************


Sepatutnya konsep buffet yang sebenar mengikut buku teks adalah salah satu method jualan yang mana menggalakkan pelanggan merasa jimat dan beruntung dan ia akan menampakkan seakan-akan pembelian itu berbaloi dengan harga yang rendah.


Tapi ironinya yang berlaku masa buffet ramadhan viceversa , harga buffet menjadi over-pricing, sky rocket straight to the ceiling.  Dan yang menambahkan lagi kejengkilan dan kehairanan ialah masih adanya manusia yang mahu membayar benda yang tak perlu.


Sanggup membayar untuk buffet ramadhan yang memanipulasi satu hal, merasa megah dengan kemampuan untuk makan buffet hotel 5 star paling hebat adalah satu hal yang lain. Bagi aku, perasaan aku bila dengar orang bermegah pasal kehebatan buffet bukanlah merasa kagum sebaliknya aku rasa kesian dan hairan.


Jika sepanjang hari kita berpuasa untuk mendekatkan diri kita dengan Tuhan, belajar merasai bagaimana orang miskin kebuluran, kenapa apabila kita berbuka kita mahu jadi lebih teruk dari hari tidak puasa? 


Di manakah matlamat mahu insaf dan mengenang kelaparan insan lain? 


kenapa kita perlu menjadi rasaksa ketamakan apabila berbuffet ramadhan?


Dan aku harap Ramadhan kali ini dapat memberikan kelainan kepada kawan-kawan baik aku dalam buat 
're-union / gathering sambil berbuka puasa bersama-sama', aku harap aku tidak lagi di jemput ke buffet yang memaksa aku untuk membayar RM45.00 semata-mata nak makan sambil tengok seekor kambing tergolek-golek di atas bara api.


cukuplah sekadar kita makan nasik beriyani, nasik kandar, seafood atau nasik tomyam. takpun nak lagi jimat dan berkat, berbuka je dekat masjid negeri.




p/s korang jangan risau, kawan-kawan aku semua baca blog aku. aku bukan cakap belakang. hehehe.











July 30, 2011

Kemalangan dan Kemenangan

Assalamualaikum..


Semalam hari jumaat, hari yang sangat padat aku lalui. Disebabkan masalah sijil kesihatan untuk pengeksportan produk ke china yang masalahnya berbolak balik membuatkan tidur malam aku tak lena.


selalu je kadang-kadang aku tengok orang yang kerja rencam, aku berdialog sendiri atau dengan Ijam


" Jam, best kan kalau aku kerja macam tu, tak payah nak bawak masalah kerja balik rumah nak pikir sampai tak tidur"


" memang la jep, tapi diorang pun pikir best kalau dapat duduk dalam Opis besar ada aircond mcm kau tu jep"


" eh ye tak ye jugak la Jam, aku ni nak mengeluh-ngeluh pulak, penat weh kerja macam dorang, bersyukur2"


********************


Fikir punya fikir membuatkan aku tidur barang sejam dua je, awal pagi dah terjaga sebab panik nak meeting dengan Inspektor kesihatan Klang dekat Taman Botanic.


Lepas dah mandi dan sembahyang subuh, aku siap-siap awal pagi sebab memang niat nak tangkap IK sebelum dia keluar buat inspection serata klang, sebabnya sehari sebelum tu Staff dia dah pecah lubang yang bos dia akan keluar awal pagi sebelum pukul 9am ke kilang untuk ambik sampel.


Sepanjang perjalanan dari Shah Alam ke Klang, aku asyik dok fikir dan berdoa Mr bob akan lembut hati sign sijil kesihatan tanpa lawatan semula ke kilang. Sambil berfikir sambil tenung kit kat dekat seat sebelah. nampaknya sarapan aku pagi ni Kitkat-M.nasir berlakon-jadi hang tuah-berlakon jadi M.nasir-beli kitkat.


Dari pagi lagi lepas aku mandi tu, dada aku rasa tak best, dup dap dup dap dup dap, aku ni hypersensitive sikit bab-bab mcm ni, walaupun aku ni separa skeptical person tapi aku masih percaya sense aku. rasa tak sedap hati ni mesti ada benda tak best nak jadi.


Sampai dekat persimpangan Banting-Klang-Perlabuan Klang-wesport-flyover-atas KESAS, aku mula rapat ke lane paling kanan, sebab aku nak buat U-turn ke Pejabat kesihatan Klang di Taman Botanic. Bila aku dah rapat ke tempat nak buat U-turn, ada polis traffic suruh jalan terus dan buat u-turn dekat depan traffic light satu lagi.


Lepas je aku buat U-turn, aku semakin rasa tak sedap hati, aku masuk gear 2, masuk gear 3, sekali sampai dekat simpang pertama supposed to be U-turn tu, ada budak bawak motor yamaha lagenda kaler biru keluar melulu dari simpang trafic.


Aku tak sempat angkat kaki pijak brek pun, tak sempat angkat kaki dari pedel minyak pun, tau tau dah berdentum dengan motor tu, berpusing budak Yamaha Lagenda tu. Yang terpacul dari mulut aku


" Haaahhh!!.. Allah..    (3saat kemudian)......aisehman"


aku tak berhenti pun tengah-tengah inter-junction flyover tu, sebaliknya aku terus je drive cari tempat parking bahu jalan depan sikit. sebab aku paling benci manusia yang eksiden sikit tapi berhenti lane kanan konon-konon unsur drama nak publisiti murahan.


Bila aku dah benci takkan aku nak buat, jadi aku parking kat bahu jalan lepas flyover tu, aku keluar kereta, tolong angkat budak motor tu, carikan kasut dia yang dua-dua terpelanting dekat nak 10 meter jauh. bila dah sedar dari panik dan kelam kabut, baru la aku mula boleh berfikir.


2 polis trafic tinggalkan simpang diorang jaga, biar trafic light buat kerja, diorang meluru kat aku dan budak motor.


"Jalan punya besar awak pergi sondol motor tu kenapa encik?"


" eh sebenarnya encik, saya duduk lane kanan sekali tadi cik, budak ni yang keluar tiba-tiba"


Datang polis traffic satu lagi...


"  Bukan kereta ni salah, budak motor ni yang keluar masa ko tahan tadi, dia tak berhenti, main keluar je"


Masa tu aku dah yakin 100% aku tak salah, dan aku memang nampak tangan polis tu lambai-lambai main road  suruh jalan dan giliran budak tu memang tengah berhenti.


Mula-mula nak setel sendiri masing-masing tak payah buat report, tapi lepas calculate damages, mau dekat nak RM 500..polis Trafik cadangkan kami masing-masing buat report terbabas supaya claim insuran masing-masing.


" mana boleh dik, bukan saya salah, kalau saya claim insuran sendiri rugi la NCB saya dik, saya mana pernah claim lagi, dah 40% dah tu kot dik"


" tapi abang buat U-turn tadi"


" kenapanya kalau saya buat U-turn? yang awak jalan jugak polis suh berhenti kenapa? awak tak tengok kiri kanan dulu ke?"


" Habis tu macam mana bang? selesai macam mana?"


" entah, tapi polis tu cakap awak salah tadi, macam ni lah, tak kiralah macam mana cara nak setel, tapi kesimpulannya aku taknak keluar satu sen pun nak repair kereta aku"


" kalau nak setel berapa bang?"


" Bumper ni 150, tu pun halfcut, lampu satu set RM100, fender ni tak kisah la boleh ketuk cat balik, tu pun mau dekat nak 100, tup tap tup tap, paling kurang pun RM 400"


" alah bang, motor saya pun teruk gak tu bang, nak repair lagi, saya dalam wallet pun ada RM100 je bang, takkan tak boleh kurang lagi bang?"


" macam ni la dik, ko tu dah teruk eksiden, luka..apa kata kita gi hospital dulu, lepas dah tenang semua, baru kita fikir nak setel macam mana."


dalam masa 15 minit lepas tu, datang la rombongan cik kiah kat situ, dah macam ada pesta keamatan pulak aku tengok. Mak, Ayah, Abang, kakak ipar, supervisor kilang, kawan kilang dia 3 orang, polis trafic 2 orang.  


rupanya budak tu baru nak balik kerja dari shift malam, ngantuk sangat gamaknya, rumah dia dekat sangat dah nak sampai, agaknya dah hilang fokus, tu yang tak sabar main langgar je Trafik tu.


Lepas rombongan budak tu dah berlepas ke Hospital Klang, aku pun terus jumpa Inspektor Kesihatan untuk meeting, nasib aku baik dapat tahan dia dekat opis sebelum dia keluar buat kerja, lepas dah bincang merayu semua bagai, tapi dia still takde tolak ansur, tetap kena buat lawatan semula.


Selesai kerja dekat Office semua, aku bergegas ke balai polis trafik Klang buat report eksiden tadi ditemani Sobri. Eksiden pukul 8.30 pagi, report pukul 6 petang. Sarjan Kasim tegur aku, aku jawab elok-elok.


"Sarjan, saya memang nak buat report pagi tadi lagi, tapi mangsa dengan keluarga mangsa berkeras taknak dan nak bincang selesai sendiri tanpa report"


" owhh, bukan apa, kalau awak report awal, saya boleh pergi tempat kejadian, tangkap gambar kaca selerak mana yang patut, baru boleh buat keputusan kes"


" takpe sarjan, sarjan punya staff tadi ada 2 orang dekat tempat kejadian, diorang nampak semua, diorang yg jaga trafik pagi tadi"


lepas dia dah contact koperal tanya situasi kes, dia pun ckp keputusan akan keluar sehari dua lagi sebab dia nak pergi lawat budak motor tu dulu kat ward, sakit pinggang katanya.


" ermm, zul..awak nak claim insuran sendiri ke kereta yang rosak tu?"


" saya mana boleh claim insuran sendiri, kereta saya Third party sarjan.."


" betul jugak tu, mana boleh claim, habis tu macam mana?"


" saya tunggu keputusan kes dari sarjan la, kalau saya salah, saya keluar duit poket sendiri la bayar repair, kalau keputusan tunjuk budak tu salah, saya amik result report claim dekat insurance budak tu la sarjan"


" eh, awak tau ye detail procedure report ni?"


" banyak pengalaman dah sarjan"


Kalau korang nak tau aku dah involve dengan banyak sesi report kes eksiden sebelum ni, setakat ni aku tak pernah kena saman dan tak bersalah, semua salah orang langgar aku. kes-kes yang aku pernah report,


a) Mercedes Benz aku kena hentam bontot dekat federal highway, pastu depan melompat cium satria neo.
b) Mazda 3 aku kena sapu dengan bas ekspress masa parking tepi jalan dekat bawah office, habis bontot ranap.
c) Adik aku bawak kereta brek rosak langgar bontot wira dekat Higway Kesas tol sunway.
d) aku report ganti abang aku dalam kes Mazda 3 aku yang total lost pasal abang aku punya lesen mati. Klik SINI


Apa-apapun, semuanya insyallah baik-baik belaka, kereta rosak boleh repair, nyawa lebih penting, budak motor tu tak kronik dan sihat alhamdulillah, aku ingat tadi macam dia dah hilang nyawa dah, berpusing aku tengok melambung. Mintak-mintak pinggang dia tergeliat je bukan tulang retak.


Tapi kesian dekat kereta Toyota Corollah tua aku ni jugak, ni eksiden pertama dekat tangan aku, pecah dara nampaknya.











*******************

Dah selesai semua, aku balik dengan rasa bebal di hati pasal rasa macam semuanya tak menjadi hari ni. Tapi pikir-pikir balik, benda dah nak jadi, kalau duk pikir banyak-banyak pun bukan boleh undur masa, redha je la.

cuma bila balik, aku boleh tersenyum happy, sebab eksperimen aku selama ni membuahkan hasil, sambil tersandar dekat sofa tengok tv, aku bukak envelop satu persatu. Banyak statement bank dan kad kredit dari surat cinta.

tapi bila bab bukak envelop yang last, aku mampu tersenyum riang. At least ada jugak kemenangan untuk aku hari ni....











p/s 1 nak belanja semua pembaca blog rasa hati, kot nak bayar roti canai sorang sekeping pun tak lepas, apa kata aku balas dengan kesungguhan aku menulis untuk korang semua... aku menulis bukan semata-mata nak duit Nuffnang, ni jujur aku ckap ni, kalau nak cari duit makan, baik aku harap gaji kerja aku, tapi duit nuffnang ni menunjukkan kebenaran bahawa menghabiskan masa depan PC tulis blog itu memang boleh datangkan duit. aku selama ni rasa ragu-ragu jugak.


p/s ii next entry la aku cerita pasal 'aku dan blog' ye.


p/s iii Alhamdulillah, Subhanallah, Mashallah kalau boleh jangan lekang kat bibir, Kawan aku Adel Jeddah yang ajar aku.

July 29, 2011

Jenis-Jenis Lelaki dan Cara Memahami Part 2

Assalamualaikum...


Entry ini bersambung dari entry post Jenis-jenis lelaki dan cara memahami yang lepas.


Selepas aku dah terangkan sedikit sebanyak pasal Rockstar dan Sportsman, sekarang aku akan sambung lagi, adapun apa yang aku terangkan bukan sama sekali nak justify dan defend pakwe korang tu, tapi aku nak bagitau sifat-sifat lazim yang ada pada jenis-jenis lelaki.


Kalau korang rasa perkara tu tak tepat dan pakwe korang berlainan, mungkin pakwe korang tu tidak terletak dalam jenis yang aku bincangkan di sini. ok mari kita sambung pembacaan...


****************


3) Mamat Geeks


Apa itu geek? geek adalah golongan taksub atau obses berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara yang dia minat - ARC13 cakap.


Ada macam-macam jenis geek yang pernah aku jumpa dan aku tengok kat tv, ada geek star trek, geek sci-fi movie, geek toys, tapi yang paling popular di dunia moden ni adalah Techno/gadget geek.


Lelaki yang techno geek ni akan menghabiskan duit, masa, perhatian, tenaga dan segala-galanya untuk main game, internet, duduk depan komputer 18jam sehari, beratur panjang-panjang depan kedai semata-mata nak beli i-pad baru, tukar iphone 4 kali, tukar blackberry, dan boleh hafal berapa bilah kipas laptop bagi setiap model yang ada.


Setiap borak dia takkan lekang dari words mcm, processor, photoshop, dual core, i-7, window 7, DOTA, motherboard, low yatt, cooling pad, Unifi, broadband bla bla bla bla bla bla bla.....


Tak susah nak kenal samada pakwe korang ni geek atau tak, kalau korang tengok keadaan diri dia tak terurus dan makan tak tentu semata-mata nak complete habiskan level game, selalunya golongan geek akan dikaitkan dengan sikap anti sosial.


bila korang ajak gi tolong rewang kenduri dia taknak pergi, ajak pergi kenduri kawin dia malas, kalau dia nak pergi pun dia nak datang lewat, atau terlalu awal, dia akan makan cepat dan belah cepat, dia tak suka berkumpul dengan masyarakat. 


Mamat geek jugak akan cepat bengang dan panas baran kalau pc dia rosak, atau internet dia down, kadang-kadang awek akan jadi mangsa amukan sang Rajunatapa bila dia tak puas hati  kalah main DOTA, korang jangan terkejut kalau pakwe geek korang bagi nama kepada pc dia, iphone, ipad, ipod dan macam-macam lagi.


setakat ni, aku pernah jumpa 3 orang mamat geek hardcore dalam hidup aku, korang bayangkan USB port dekat pc dia dah sampai takde alphabet lagi dah, dari A sampai Z, sorang lagi member aku, dia boleh duduk depan pc dalam bilik dia 14 jam straight main championship manager.


Macam mana nak hendel pakwe geek? aku susah nak bantu lah, sebab aku yang rasa cukup mesra ni pun selalu gagal nak ajak geek berubah dari anti sosial jadi org bermasyarakat, apa yang aku boleh bantu hanyalah menasihatkan korang supaya tabah dan pasrah. Mungkin satu hari nanti korang jugak akan mula minat main PS3 bersama-sama sebagai aktiviti waktu senggang.








4) Desperado Ala Romeo


Ade jenis lelaki yang desperate untuk dapatkan perhatian dan kasih sayang perempuan, bukan sahaja kasih sayang dari awek dia, tapi kasih sayang dari semua makhluk yang bernama perempuan, 


Desperado Ala Romeo akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi hero depan perempuan, walaupun diorang berusaha bersungguh-sungguh namun belum mampu membuatkan dorang ni kelihatan hebat, sebaliknya orang macam ni akan kelihatan sadis.


Tapi dia masih percaya yang dia adalah lelaki idaman setiap perempuan, dia akan buat apa sahaja asalkan dapat kena jek. Lelaki jenis macam ni ramai, tapi dalam satu-satu kelompok tak boleh wujud lebih dari 2 orang Desperado, sebab persaingan yang timbul ibarat adengan perampasan takhta kerajaan majapahit.


Selalunya, awek kepada desperado kerap makan hati dengan kelakuan dorang, awek akan rasa diri tak special pun bila dibandingkan dengan perempuan-perempuan yang cuba diimpress oleh desperado, kadang-kadang tu sampai tahap adik, bakal mak mertua,ngan opah pun dia akan cuba bermulut manis dan layan abis.


Cakap je apa saja, tolong beli santan? pacak tiang sidai baju? belikan nasik lemak pukul 2 pagi kat pekan? tolong hantar amik kerja walaupun tempat kerja jauh 20km setiap hari? semua bisa diatur dong, Upahnya pulak, bukanlah menggadai body, bukan jugak bagi duit, cukuplah dengan puji-pujian dan perhatian spesel kepada dia.


Pantang bagi mamat desperado adalah, 


a)korang diharamkan puji lelaki lain lebih bagus dari dia, korang diharamkan senyum-senyum dan sembang-sembang lawak dengan lelaki lain, 


b)korang tak boleh gelak bila lelaki lain buat lawak, korang jangan ckp lelaki lain lagi terer drive dari dia, korang jangan ckp yang Zulfikar lebih pandai berkata-kata dari dia, jangan puji blog Rasa Hati, kalau dia ade blog, puji blog dia saja dan dia akan merasa puas dan akan sanggup buat apa saja pada korang.


Senang cerita, Desperado Ala Romeo ni tak boleh orang lain lebih di depan audience perempuan dari dia. dia mesti nak jadi Numero Uno di depan awek, bakal mak mertua, classmate perempuan, lecturer perempuan, officemate perempuan. Dia Mahu jadi hebat dengan cara yang desprate.


Korang jangan terkejut kalau aku cakap kawan aku yang desperado ni pernah melutut bagi jambangan bunga depan orang ramai, situasi itu tidak nampak hero mcm adengan filem korea, tapi menimbulkan rasa kekok yang memualkan. Sampaikan kita rasa kita pulak yang malu bila tengok adengan-adengan ala muzikal dia tu.


5) Aku saja yang betul / Hollier than thou


Lelaki jenis 'aku saja yang betul' ni adalah satu sumpahan kepada perempuan, lelaki jenis ni mempunyai pakej yang boleh dikira baik untuk dibuat suami, financial tersusun, pembersih, kemas, kerja stabil, kereta baru, sikat rambut, pakai kemeja, hormat orang tua, rajin bermasyarakat.


Tapi, walaupun pakej agak lengkap, awek tetap selalu makan hati. Makan hati dengan sikap bila berbalah sentiasa nak menang, taknak mengalah, ego tinggi melangit, susah nak mintak maaf.


Lelaki jenis ni merasakan dia tak pernah buat silap, lelaki jenis ni selalu tengok perempuan dia macam barang dan bukan manusia. Dia rasakan perempuan dia macam batang pokok yang takde perasaan. Lelaki jenis ni ada sangkut paut dengan jenis lelaki Desperado Ala romeo tapi ia adalah version lebih kompleks dan lebih advance.


signal yang korang boleh trace di awal perhubungan adalah dengan cara menggunakan kaedah driving. cuba dalam satu-satu masa anda buat adengan nak drive. first word yang keluar dari mulut dia....


" awak nak drive? awak jangan mengada lah! perempuan bukan boleh percaya bawak kereta, nanti eksiden naya!"


kemudian kalaupun dia mengalah bagi korang bawak kereta, korang akan drive macam dalam neraka, korang akan dengar dia membebel mengalahkan pegawai JPJ lapar nak balik cepat hari jumaat.


" Awak ni pandai drive ke tak? kenapa bawak kereta ke kanan ke kiri, mcm orang mabuk ni.... brekk breekk breekk brekkkkk!! u ni gila ke? signal mana? signal mana? jangan lah follow rapat sangat dengan kereta depan tu, kang cium bumper kang awak nak ganti? jalan lahhh... terhegeh-hegeh, tunggu apa lagi lama-lama kat simpang nih? keluar la kepala tu dulu, slow la u nih tu la mengada nak bawak sangat, sebab tu i tak suka perempuan drive!"


Lelaki jenis ni jugak suka banding-bandingkan korang dengan mak atau kakak dia,  dia akan ckp korang masak tak sedap macam mak dia, kakak dia lagi pandai lipat kain dari korang, tudung adik perempuan dia lagi matching dari tudung korang.


Walaupun korang gembira sebab pakwe korang ada proton inspira, suka action pakwe korang yang kerja stabil dan stylo, tapi jauh dalam hati korang rasa sengsara sebab selalu pendapat korang tak ada makna bagi perhubungan, korang macam takde hak untuk menyuarakan pendapat. 


Dan janganlah buat-buat terkejut, kalau di alam rumah tangga nanti, lelaki jenis ni akan selalu angkat tangan, lelaki jenis mcm ni jugak akan jadi cemburu buta, wahima korang senyum tengok anak jiran umur 5 tahun sekalipun.


macam mana nak handel? errmm, susah jugak sebab dia jenis tulikan telinga dengan nasihat dan pendapat, tapi dari pengalaman aku, orang macm ni hanya boleh diajar dengan cara "fight fire with fire", sebab bagi aku, alang-alang korang asyik kena buli dan seksa, ada baiknya korang bangun berdiri mempertahankan diri dan maruah, kalau dia membangga diri, korang cerita jugak benda yang sama bagi dia rasa diri tu 'takdelah bagus sangat'


" U bukan tau apa, apa yang i ckp betul, u tu salah, i taulah sebab i kan kerja Chemical petrokimia setelit nasa technologies Mechanical engineer, u tu perempuan buat cara perempuan, belajar tinggi-tinggi last last duk ceruk dapur jugak"


" Laaaa.. rupenya kerja u tu mcm tu je, apsal tak ckap awal-awal, Pakcik sepupu i kerja macam tu jugak, u kenal tak? nama dia Profesor Emeritus di Raja Dato dr Kamsani Kamsana, i rasa dia bos kepada bos u kot.. he such a very nice guy, takde macam u, semua nak betul je. dia pandai respect perempuan ngan pandangan orang lain tau!"


*******************

Tamat untuk part 2, mungkin lepas ni ada entry part 3, tapi mungkin diselang-selikan dengan entry nostalgia, sebab dah lama korang tak baca cerita nostalgia aku kan? 

ada banyak lagi jenis yang nak diterangkan, dan ini hanyalah kupasan dari sudut pandang pengalaman aku, aku sendiri malas nak ulas kalau aku tak tau, nanti aku kelihatan seolah-olah hollier than thou plak.

July 28, 2011

Jenis-Jenis lelaki dan Cara untuk Memahami

Assalamualaikum..

Pada satu masa begitu ramai kawan-kawan perempuan tanya aku...

" Zul, tanya sikit, lelaki ni nak faham dia macam mana ha? ko boleh bagi tips tak macam mana nak paham lelaki? aku blur la ngan boifren aku"

" kenapa dengan boyfriend kau? apa yang kau tak faham?"

" entahlah, aku faham lah dia suka futsal tapi, takkan tak boleh spend masa untuk aku, dia lebih utamakan futsal ngan geng-geng dia dari aku, kadang-kadang aku kecik hati la"

Okey, soalan kat atas adalah soalan lazim yang agak popular ditanya oleh perempuan kepada lelaki.

***************************

Kalau nak cerita type lelaki terlalu banyak, kalau nak listkan boleh buat buku, tapi aku akan bincangkan hanya beberapa jenis yang major, kalau ada permintaan nanti aku sambung dekat part yang lain.

Pada dasarnya, lelaki akan dibahagikan kepada beberapa jenis seperti di bawah :

1) Rock star

Lelaki jenis ni adalah jenis yang rileks, berfikiran terbuka, sangat suka muzik, dalam hidup dia muzik adalah segala-galanya, jenis rock star tegar yang akan hafal nama-nama band underground di satu-satu kawasan tempatan.

Kalau korang sebut Newboyz, scoin, justin bieber dan budak kacamata cepat-cepat diorang ni akan menjuihkan mulut dan buat muka meluat.

Seharusnya diorang ni akan menunjukkan kehebatan dengan tau pasal info-info band yang bukan mainstream, kalau zaman aku sekolah menengah dulu, seboleh-boleh diorang nak sebut carburetor dung, dead mushroom, OAG dan macam-macam lagi lah.

Dan diorang akan rasa kecewa kalau band-band underground/alternative/ indie pujaan diorang mula memasuki mainstream, kekecewaan tu kerana diorang takut akan digelar poseur bersama-sama dengan peminat-peminat majoriti.

" woi woi, sedap gila ahh lagu Linkin Park, aku minat gila wehh"

" Hek eleh, aku 2 tahun lepas lagi dah dengar dorang, masa tu dorang belum famous lagi, tapi skrg aku malas ahh nak follow diorang dah, baik aku layan SOAD!"

" Hahahaha buruk gila nama soad, dah macam bunyi  Pak Sood, kau ni ketinggalan zaman la jep, linkin park ngan limp bizkit la baru cara"

" huuuhh poseur! kalau taktau takyah cakap, tu System of A Down, ko mana tau benda-benda macam ni, ko geng eddie hamid!"

Rockstar akan minat gila kat gitar, layan band music, gig, live band, dan suka tengok MTV live concert, diorang juga suka lepak dekat kedai kaset (zaman dulu) dan bagi diorang tak makan kenyang pun takpe, asalkan puas dapat pergi jamming.

Awek kepada rockstar toksah risau kalau diorang hilang tanpa dikesan, korang boleh cari diorang dekat studio jamming, lepak rumah bujang kawan atau pun diorang lepak Holiday Inn Subang Jaya gi dengar live band sorang-sorang sambil minum fresh oren RM 9.00 segelas.

Kalau korang nak ambil hati pakwe rockstar korang, korang boleh mula dengan belikan pick atau tali gitar Ernie ball untuk hadiah birthday diorang, ataupun bila lepak-lepak minum sesekali cuba sebut nama-nama band underground, dan percayalah diorang akan impressed dan terharu dengan usaha tu.

" Jai, jai, eh u tau tak, semalam kan masa i nak tidur kan, i dengar bunyi sayup-sayup gitar electric jiran i tau, tapi i jarang dengar la lagu tu kat hot fm, hitz pun tak pernah tau!"

" ye ke ucuk? macam mana bunyi dia ucuk, cuba humming sikit Jai nak dengar"

" ermmm takyah humming la, i tau lagu tu, tak salah i stairway to heaven, pink floyd kot"

"wahh terernya ucuk, tau gak ucuk eh? but Jai rasa bukan pink floyd, tapi Led Zappelin, Jimmy Page tu legend tu cuk..kalau dia solo perrghhh.... otai gila. Takpe-takpe nanti abang men lagu tu tuk ucuk ye "

" yeayyy, sayang abang!"

Tapi disebabkan rockstar ni terlalu mencintai dunia muzik, diorang cenderung untuk cari awek yang sekufu jugak, selalunya diorang akan kapel dengan gig chic, gadis yg suka live band dan at least gadis yang mencintai muzik yuna instead of tudung dia.

Bab jiwang? bab jiwang jangan risau, tak boleh lawan beb, muka ganas, jari kematu pegang tali gitar, tshirt jeans bundel, tengkorak lanun semua ada, tapi hati Ibnor Reza!" rock star sangat menghargai awek dan diorang jarang nak curang kalau dah cinta gila ngan awek dia.

So gurls kena la appreciate kesetiaan diorang, jangan tuduh diorang nak ngorat kawan-kawan band diorang  pulak nanti.

********************************

2) Sportsman

Sportsman pulak adalah golongan yang mencintai sukan, antara ciri-ciri sportsman adalah diorang akan komited dengan jadual sukan diorang secara mingguan.

Jadual sportsman pergi bersukan selalunya berselang satu hari dalam seminggu, contohnya kalau dia main badminton dia akan ada fixed jadual, iaitu Isnin, Rabu, Jumaat. kalau bola pulak mungkin petang khamis dan Sabtu.

Sebabnya diorang buat jadual selang-selang untuk bagi badan recover dari penat, dapat spend diri untuk buat aktiviti lain, spend masa dengan family dan awek. bagi the real sportsman diorang jarang la nak bersukan tiap-tiap hari, kalau dah tiap-tiap hari tu dah boleh ngalahkan professional athlete dah tu.

Ramai orang samada lelaki dan perempuan yang keliru antara sportsman dan sports fan. sebenarnya perbezaannya agak besar la jugak walaupun nampak macam nak serupa. aku selalu teringat skrip filem apa tah aku lupa ;

" Are you doing or watching sports?"

" i am doing sports not watch it" (kata si heroin yang dingorat kat central park Newyork)

Sports Fan selalunya akan obses dan fanatik terhadap game atau team yang dia sokong, dia boleh hafal semua nama player Manchester United dari goal keeper, defender sampai striker, sampai coach, pembantu coach, pemain simpanan, dan at least manager and 3 former managers.

Sebaliknya, football player (sportsman) dia ambik tau jugak pasal team bola tapi tak secara precise dan detail. kadang-kadang tu siap tak tau lagi yang David beckham dah pindah Real Madrid. kadang-kadang orang tengah sembang pasal Christiano Ronaldo, dia boleh bantai hentam Ronaldo Brazil.

Aku tergolong dalam golongan jenis sportsman, jadual aku main badminton isnin, rabu dan jumaat dan aku ada banyak kelab-kelab badminton yang aku join. tapi kadang-kadang tu aku terlepas pandang lee chong wei baru menang open Taiwan, sebaliknya sports fan yang akan update aku.

Bagi lelaki jenis sportsman diorang akan ambik berat terhadap sports equipment macam berapa tegang tali reket yang optimum dan terbaik untuk bermain secara defensive ke attacking ke, akan tau brand reket, tali, kasut dan segala macam, bagi yang main bola pulak, diorang tau shin pad mana yang bagus, but bola mana yang sesuai tuk main kat padang itu padang ini, defend pakai stud berapa, striker stud berapa dan macam-macam lah.

sportsman akan selalu bersembang pasal friendly match, bincang pasal strategy permainan team sendiri dan pihak lawan, sukan tu dah jadi sebahagian hidup dia, dia bukan sekadar pergi main futsal pada malam minggu sebab join kawan-kawan yang ajak separuh mati.

sportsman bukan sekadar beli kasut futsal untuk main masa game company or fakulti organised, kasut-kasut diorang selalunya lusuh dan berjenama khusus untuk game tersebut, kadang-kadang brand tu agak asing bagi pasaran biasa, instead of Adidas, Nike dan Puma, diorang akan selalu sebut brand Mizuno, Asic, Salomon, Yonex, RSL, Apacs, Ascort, Head dan macam-macam lagi.

Kepada awek yang mempunyai pakwe bercirikan yang aku sebutkan diatas, ada beberapa tips yang korang boleh ambik simpan buat pedoman.

a) Jangan sesekali test pakwe korang dan letakkan mereka dalam dilema suruh pilih antara sports dengan korang. Ingat, JANGAN sesekali. Sebabnya walaupun mulut diorang pasti akan cakap diorang pilih korang tapi hati dia tetap sedih dan dilema mengenangkan jadual main dia yang terganggu.

Dulu aku pernah kena test dengan ex gf aku. asal hari isnin, rabu je mula dia meragam buat hal, tepat-tepat nak dekat pukul 9 pm, time aku nak start kereta pergi dewan badminton, time tu la dia akan call dan meragam nak bergayut,  bila aku bertegas nak cakap dah nak pergi dewan dia mula merajuk dan mengamuk.

Lama-lama baru dia mengaku niat dia memang nak uji samada aku sanggup tak lepaskan badminton kerana dia, antara dia dengan badminton dan kawan-kawan badminton aku mana lebih penting, sanggup tak aku korbankan hari sports aku semata-mata untuk dia.

aku mula rasa annoyed, mula-mula aku boleh toleret, tapi cukup 3 kali dia buat hal dan memang nampak berniat jelas sengaja, aku mula rasa yang dia takkan memahami lifestyle aku dan aku perlu mencari lagi perempuan yang dapat memahami minat aku. dan akhirnya sebab kes-kes macam ni la yang membuatkan hubungan tu takkan berjaya.

b) Pakwe korang suka korang jadi penyokong, penonton, cheerleader dan moral support bagi diorang, korang la sumber kekuatan yang terlindung diorang, korang adalah spinach popeye diorang, koranglah tangkal azimat penguat tenaga sewaktu diorang beraksi, kalau korang nak amik hati bf korang yang suka sports, luangkan sikit masa pergi support diorang bersukan,

Tolong berhenti merungut yang dewan badminton atau padang bola tu banyak nyamuk, korang panas dan macam-macam lagi.

Dan satu lagi, elakkanlah perangai tantrum pergi muncung sedepa tidur dalam kereta sambil bukak aircond lambang protes nak balik cepat. kalau korang nak pakwe korang bertambah sayang, sekali sekala tu bergaul dengan geng/team mates lepas habis friendly match.

kalau korang merungut yang korang tak boleh ikut lifestyle mcm ni nampaknya memang ditakdirkan korang bukanlah pasangan yang ideal bagi pakwe korang.

c) Dalam hati sportsman, tidak sesekali diorang akan membandingkan priority antara kekasih dengan sports diorang, tak kira lah badminton ke, bola, golf, paintball, tenis, skateboard, yoyo, taekwando,  bowling, mountain climbing dan lain-lain.

Sports itu semua hanyalah lifestyle diorang yang diorang dah terbiasa sejak dari kecik, mungkin akibat dibesarkan dalam keluarga yang suka bersukan,

sama sekali jika diorang pergi bersukan tak pulak ikut korang gi shopping tudung ariyani tu  boleh menjadi indication level kasih sayang kepada korang.

biarkan lah dorang dengan jadual selang sehari  dalam seminggu tu untuk sports yang diorang minat, dan remaining days tu untuk korang. percayalah diorang takkan boleh peluk racket dan bola pas kawin nanti, diorang tetap sayang korang separuh mati macam lelaki lain.

************************

Okey, macam biasa, sebabkan entry ini dah terlalu panjang, aku berhenti berehat kat sini, nanti aku akan sambungkan lagi di entry akan datang dalam part 2 yang mana aku akan describe jenis-jenis geeks, mat belia, ahli sastera, mat romeo dan lain lain.



p/s nampak macam ada harapan sikit la dengan maxis broadband ni walaupun hanya EDGE, jadilah dari aku terpaksa usung laptop aku kulu kilir macam hape depan rumah tu. bak kata Aslina, nanti aku nak report kat maxis suruh diorang tambah amplifier kat signal tower tu, kalau tak boleh, aku pas kes ni kat Aslina suh dia handel.. hehehe





July 26, 2011

Kenduri Kahwin dan Anjakan Paradigma

Assalamualaikum..

Sudah selesailah kerja kahwin adik perempuan aku yang nombor 3, Zulliawanny dan Muhammad Hakim Bin Danapalan.

Ikan di laut asam di darat, dalam periuk bertemu jua. begitulah perumpamaan yang paling tepat untuk menggambarkan ikatan perkahwinan adik aku. Setelah bertahun-tahun menjalani proses pencarian jodoh, maka akhirnya ditemukan jugak dengan seorang lelaki 'saudara baru'.

Adik ipar aku adalah berketurunan campuran iaitu bapanya India dan ibunya Cina Hokkien dan mengikut budaya masyarakat Malaysia lebih popular disebut Cindian.

Keluarga aku bersyukur dengan perjalanan kenduri kahwin yang lancar dengan sokongan dari saudara mara, keluarga pihak lelaki dan kawan-kawan yang sporting.

Terima kasih juga diucapkan kepada kawan aku Nizam Jasni dan Sobri said yang banyak membantu kerja-kerja logistik.

Bagi pengikut blog aku selama ini sudah mengenali background keluarga aku yang terbuka dan tidak ultra koservatif melayu seperti yang dilemparkan sesetengah pengomen panas punggung di entry  Bersih 2.0 Pandangan dari jiwa marhaen yang menuduh aku berbaur racis dalam tulisan aku.

Aku saja tidak mahu take credit dan menggunakan kes adik ipar aku sebagai defend sebelum ini sebab bagi aku, it is not worth it untuk melaung-laungkan sifat anti racis yang mana ia adalah perkara normal dalam negara yang berbilang kaum ini.

Aku juga merasa sangat senang hati dengan pihak JAIS dan Jakim yang semakin lama semakin terbuka dengan pandangan Tajdid di mana bagi kes orang Mualaf tidak perlulah dibinkan dengan nama Abdullah, sebaliknya wajib ia dibinkan dengan nama bapanya yang asal bagi matlamat mengekalkan sahsiah dan susur galur keturunan. Sesuai dengan Firman Allah dan Sunnah Rasulullah.

Ini juga dapat memelihara hubungan baik antara anak dan bapak, walaupun berlainanan agama, namun hubungan anak dan ibubapa seharusnya tidak berubah selagi mereka tidak mengajak ke jalan kufur dan maksiat.

Sekalung tahniah kepada keluarga pihak lelaki yang secara jujur menikmati suasana persandingan mengikut adat Melayu dan Islam dan nampaknya mereka sudah melihat prinsip fundemental islam itu adalah luas, mudah dan bersikap menerima.

Selain itu, bagi tok imam/kadi dan saksi yang menjalankan upacara akad nikah juga sudah berubah cara perlaksanaannya, tiada lagi lafaz-lafaz yang menyusahkan seperti mahu membuli pengantin lelaki, sebaliknya selagi akad dan lafaz itu sudah berbunyi seperti penerimaan maka ia sudah jatuh sah tanpa perlu pun sekali nafas dan ayat yang rigid dan schematic.

Bagi diri aku sendiri, setelah sekian lama bergelumang dengan kerja kawin dan rewang sedara mara, aku makin melihat perlaksanaan islam itu semakin ke arah perlaksanaan yang syumul(sempurna/menyeluruh) dan wasathiah (kesederhanaan).


p/s nanti aku upload gambar kenduri kahwin lepas dah amik kat photographer, masalah line maxis broadband belum selesai jugak lagi, semalam aku buat eksperimen, online dalam kereta, cari spot 3g paling laju, rupanya 20 langkah depan rumah aku dah ada line 3g, nampaknya rumah aku termasuk dalam twilight zone, nanti kena buat surat rasmi suruh diorang cabut menara signal kedepankan sikit..huhhhh...



July 22, 2011

Maxis, Menguji Kesabaran Pengguna Marhaen

Assalamualaikum,

Nampak gayanya, masalah Maxis broadband aku belum selesai, aku dah call 6 kali ke maxis careline, dan semua jawapan hanyalah jawapan retorik yang tidak sedikitpun membantu aku. Bagi aku jawapan diorang tu lebih kepada soothing my ears dari solving problem.

Sampai satu tahap, aku sendiri jawap kat diorang dengan kaedah kronologi bermethodology...

Trut..trutt..truttt...
Hai, terima kasih kerana menghubungi maxis, tekan 1 untuk bla bla bla, tekan 2 untuk bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan kami..tekan 3 bla bla bla.. tekan tekan tekan tekan tekan tekan..arggh tekanan!

Untuk pengetahuan anda, perbualan anda akan dirakam untuk membantu kami meningkatkan mutu perkhidmatan kami pada masa akan datang.... beeepp beeepp beeepp.... ( mesin yang jawap) 

Apa dia ingat kita bayar dia beribu setahun, dia untung berbillion selama ni, dia nak suruh recorder mesin entertain kita? apa mahal sangat ke nak bagi Human Touch dalam perhubungan pelanggan? 

Apabila kapitalis mula mencengkam, maka segala social contribution hanya menjadi jalan pengecualian cukai yang direkodkan.

" Saya Danny, ye selamat petang encik, bagaimana saya boleh membantu dan menceriakan hari encik?"

" Saya Zulfikar, saya nak buat aduan pasal masalah broadband saya takda line dekat rumah saya"

" boleh bagi saya nombor akaun atau ic atau no broadband encik?"

" awak takpayah la amik no ic saya, amik je no bband saya, 012-314****"

" sebentar ye encik biar saya semak dulu akaun encik"

" Danny dear, takpayah la awak susah payah nak cek akaun saya tu samada saya dah kena suspend ke tidak, dah 3 tahun saya pakai maxis ni tanpa suspend"

" Maafkan saya encik, apa saya boleh bantu encik Zulfikar?"

" Macam ni lah, awak boleh bantu saya dengan mendengar masalah saya sampai habis, jangan potong cakap saya boleh?"

" Ye encik, baik encik"

" Meh saya terangkan kronologi dulu ye, pada hari sabtu yang lepas, saya ada masalah broadband, saya disconnect selalu dan line internet iaitu GPRS, EDGE, WMHDA or what so ever called semua takda,

Then saya call careline awak, semua jenis mak bapak troubleshooting saya dah buat dan follow, sampai tahap saya remove driver dan semuanya dan install semula.

Lepas tu, saya dah ikut nasihat kawan-kawan awak suh pergi buat cek modem dekat servis center, saya dah pergi maxis dealer di Shah alam, dan esoknya saya dah pergi Maxis servis center di Selayang, jadi awak tak payahlah suggest saya supaya cek lagi modem dan simcard saya, awak tolong dengar lagi ye......"

"Baik cik"

" lepas saya cek di Shah alam, diorang ckp modem dan simcard takde problem. masa saya check dekat kawan awak nama Ken dekat selayang pulak, dia selamba badak cakap modem saya rosak dan mesti ditukar tanpa sempat dengar penjelasan saya"

" Apa penjelasan encik ya?"

" dekat rumah saya ada 2 maxis broadband dan 1 digi, 1 digi tak boleh guna, 2 maxis broadband ada masalah yang sama, similar, same, serupa!... iaitu "frequently disconecting"

"Ya encik, saya sudah nampak ke mana masalah encik ni"

" dengar dulu boleh?, okey danny, secara comparison methodology, conclusionnya bukanlah simcard atau broadband sesiapa yang rosak dekat sini, malah laptop sape-sape pun tak rosak. jadi saya nak awak klik mouse dekat tangan awak tu. tolong check"

" check apa encik?"

" awak check adakah signal internet broadband 3g, edge atau pekebenda lain dekat shah alam ni ada masalah"

" Encik duduk dekat mana?"

"saya duduk dekat Seksyen lapan, jalan bla bla bla bla strok belasbelas bla bla bla Shah Alam"

" err.. err.. err encik. shah alam punya signal dekat area U12 ada masalah encik, dan Signal kawasan Shah alam sesetengah tempat macam seksyen lapan memang ada masalah connectivity sampai  25 hb Julai 2011 encik"

" Haaaa Danny, kan senang terus terang macam tu, jawab soalan saya dengan jawapan yang tepat, tak payah la nak suruh saya follow troubleshooting awak tu buat kali yang ke 7, kalau dari awal-awal bagitau yang signal broadband ada masalah kat shah alam, takda la saya banyak kerja nak call banyak kali, nak pergi naik turun servis center awak"

" maafkan saya encik dengan kesulitan yang encik alami"

"lagi satu, tolong bagitau bos awak, staff dekat Maxis Servis center sunway piramid tak cukup, kalau pergi sana sejam setengah belum tentu kena entertain"

" baik encik"

" Lagi satu, lain kali kalau ada masalah teknikal dari pihak maxis, boleh tak ambil langkah proaktif bagi notice dekat pelanggan? dan kalau masalah tu datang dari syarikat awak, bagi rebate tunai kalau setengah bulan rosak, buat apa pelanggan bayar kalau tak boleh guna? baik saya bayar brother busking dekat jalan doraisamy, layan lagu Bryan Adams!"

" Saya mintak maaf encik. okey semua masalah dan aduan encik saya telah rekodkan, sila salin nombor aduan ye Encik Zulfikar... C 9642****....apa lagi yang saya boleh bantu encik?"

" Okey, takda itu sahaja, terima kasih Danny!"

" Terima kasih kembali Encik Zulfikar, saya Danny, harap saya telah membantu encik dan menceriakan hari encik"

" Okey, Assalamualaikum"



**edited letak gambar : ini la rupa modem aku, abang aku puna pulak modem baru, letak gambar sikit baru segar mata lepas membaca kan..


July 19, 2011

Berapa banyak nama yang korang ada?

Assalamualaikum..

Dari kelmarin aku nak update entry, tapi maxis broadband buat hal, "frequently disconnecting" jenuh aku remove maxis autoread dan macam-macam instruction aku follow, tapi semua janji tinggal janji.

Aku dah call maxis center 2 kali, tapi tak boleh selesai, last aku bawak modem broadband aku pergi maxis center kat SACC mall Shah Alam, kot kot la modem  atau simcard yang rosak. tapi lepas cek semua ok. Maknanya menara signal dekat area seksyen 8 ada problem, jadi aku pun pasrah.

Maxis dan Astro satu mother company dan BOD yang hampir sama, adakah memang pengurusan diorang ni angkuh dan bongkak? apa dia ingat customer bayar bill tu Ufti ke? Maxis, sila bertanggungjawab dengan kelemahan anda, jika servis kurang memuaskan sila kembalikan rebat tunai!


******************

Entry kali ni aku nak kongsi cerita pasal berapa banyak nickname yang pernah kita pakai. Aku yakin ramai antara kita yang ada nickname. Rasanya semua nickname aku, aku tak pilih sendiri kot, tapi orang yang bagi.

Nama Penuh aku : Mohamed Zulfikar Ibni Mohamed Hazri

Jangan tanya aku kenapa nama aku pakai Ibni, mungkinkah aku anak raja yang low profile? owhhh aku bukan jenis manusia yang hidup dalam delusi macam si prince lukmanul hakim bolkiah yang menyamar jadi anak raja Brunei tu. 

Bapak aku yang bubuh Ibni tu sebab nak kan bunyi arab-arab katanya.

Jadi nama penuh aku dalam ic adalah Mohamed Zulfikar Ibni Bin Mohamed Hazri. Tapi lepas aku tanya ustaz-ustaz dan jabatan pendaftaran negara, it's okey untuk aku gunakan je Ibni dan takyah mention lagi BIN itu sebab maknanya adalah sama.

IKAR

Daripada nama Mohamed Zulfikar ini, aku dipanggil Ikar dekat rumah, panggilan manjalah tu senang cerita, ramai orang tanya aku kenapa nama aku macam nama perempuan? 

sebenarnya adik beradik aku semua nama depan mula dengan Zul ;  Zulkarnaen Alsideq, Zulliawanny dan Zulfahrina, jadi jika aku berkeras nak nama Zul dipanggil kat rumah, mau semua adik beradik aku toleh bila mak aku panggil.

Jadi senang sangat la nanti kalau nak mengelat cuci jamban kan!

"Zul, jangan lupa basuh toilet dulu sebelum keluar main!"

"zzzzuuuppppppp..deeeshuummmmm"

Berdesup semua orang lari pergi main kejar-kejar dengan harapan mak aku maksudkan zul yang lain kan?

sepatutnya, nama aku berbunyi IKA instead of ejaan IKAR, aku je saja tulis nama aku IKAR, supaya R itu dapat sedikit sebanyak memberikan aku sebutan yang maskulin dan jauh sikit dari Ika si peminat kaler pink.

Ikar ni, kawan-kawan rapat dan keluarga yang panggil, dan panggilan Ikar ni dekat UITM dipelopori Oleh Zikry dan rakan-rakan dan akhirnya merebak, sebab dorang dengar abang aku panggil aku ikar masa datang lepak-lepak dekat kolej meranti.

Dan akhirnya, almost semua orang dekat fakulti panggil aku Ikar samada kawan atau pun lawan termasuk lah lecturer, sampai kadang-kadang aku rasa sentiasa disayangi dan dimanja-manja dengan panggilan ikar yg sangat cute itu. kekeke

Dulu aku ada ramai gak la kawan lembut kat kolej, aku saja je la nak bakar line, bagi diorang sentap sikit.

" wei Anwar ( bukan nama sebenar) aku segan wei orang panggil aku Ikar, macam nama perempuan!"

" Okey la tu Ikar, kau tak payah gedik gedik mintak orang panggil, dorang dah panggil kau Ikar, feminin gitu, aku ni nama Anwar.. susah weh aku nak nama gugurl, jenuh aku suh diorang panggil aku Sally, haram tak lekat.eeee mak nak sangat nama sally nok, ayu gittuuewww"

" Hangguk kau Anwar, kau ingat aku ni bengkok-bengkok ke? aku straight okey!"

" euuww ko straight tapi kau kendu ok!"

Kendu tu apa? sampai sekarang aku blur, mungkin datang dari perkataan orang putih kot, Can Do!


ZUL

Nickname Zul ni tak payah eloborate panjang-panjang lah, common sense je pun, kawan-kawan sekolah menengah, sekolah rendah, badminton, geng kereta, officemate semua panggil aku Zul, ia adalah nickname yang dirasmikan. 


DAMAK

Masa aku masuk Uitm Dungun selama lebih kurang 1-2 bulan, aku dapat nama damak ni. Zaman dulu dah menjadi trend bahawa korang tak boleh pilih, guna atau promote nama sebenar korang.

Jadi junior akan pergi jumpa senior untuk sesi pemberian nama dan suai kenal. Zaman sekarang aku taktau lah ada lagi ke tak tradisi macam ni, tapi kat uitm shah alam dah takda dah, sebab senior dan junior Uitm Shah Alam tak rapat, semua buat hal masing-masing.

Masa sesi suai kenal dekat dorm senior tu, ramai la junior yang kena buli-buli manja, ada yang kena duduk dalam locker jadi jam burung, ada yang kena pakai skirt buat gaya ala-ala nyah dan macam-macam lagi.

Aku pulak masa tu, disebabkan PR aku baik dengan senior, aku tak kena buli, cuma diorang suruh aku berlakon sambil ucap dialog-dialog filem Nordin Ahmad, Seri Mersing.


Disebabkan aku masa tu menetap kat Mersing, jadi senior pun letak nama aku damak, damak tu watak hero dalam filem sri mersing tu, jadi aku takde la annoyed sangat dengan nickname yang aku dapat berbanding kawan-kawan aku yang lain. Nama hero la pulaaakkk.....

Mat Lan kawan aku masa tu dapat nama sodok, sebab dia dari Kelantan, orang panggil buldozer kereta sodok, tapi haram tak melekat pun nick name tu, sebab nama tu tak sedap bila sebut. lagi senang sebut Mat Lan atau Lan.

Ada kawan aku dapat nama Kotex, dari mana asal pun aku tak ingat, cuma aku ingat dia ni kerek sikit dengan senior, so senior tensen bagi dia nama Kotex, singkatan jadi Tex, sampai sekarang nama dia orang panggil Tex, sampai aku pun dah tak tau nama betul dia apa.

Kawan aku sorang lagi dapat nama Gelugok sebab dia asal dari Gelugor Penang, bila senior tanya

"Hang asal mana Fadhil?"

"Gelugok!"

"Gelugok, Gelugok.....Gelugur la! aahh senang, ko amik la nama kau Gelugok"

Tapi, kawan aku dari Sarawak, Mac Arthur Kutalungan, bangsa Iban tak salah aku. Disebabkan kat perkampungan rumah panjang banyak Tuak, jadi nama dia jadi Tuak.

Tapi disebabkan, nama tu tak best, jadi budak-budak perempuan tetap panggil dia Mac, konon-konon ada kawan overseas la macam Mac Anthony..

So, nama nickname Damak tu melekat dekat kawan-kawan aku yang study dekat dungun kemudian transfer dekat Uitm Shah Alam. Kadang-kadang tu aku rasa macam ada krisis identiti pulak. Kejap orang panggil Ikar, kejap orang panggil Damak,

Kadang-kadang, yang lebih mengelirukan bila Aleng, Tun, Fadhlinur dan Azie panggil aku singkat je...

"Damak, mak.....mak, ko dah siap belum part assignment bahagian kau tu?"

" Apa mak mak?! tak kuasa mak nok!"


July 17, 2011

Kencing Malam Dan Keampuhan Pertahanan

Assalamualaikum..


Macam mana aku nak ceritakan pasal kencing malam ni ye? macam mana aku nak huraikannya sehingga ia menjadi sesuatu hipokrit yang dikompromi?


Kerana kencing malam itu adalah top secret, rahsia terhebat terhadap kemachoan seseorang, kencing malam adalah the last frontier yang mana jika ia terbongkar akan membuatkan seseorang itu mengalami ganguan emosi yang  tak terhingga hebatnya.


Sebelum mengutuk orang, baik aku menceritakan sejarah aku dulu. kami adik beradik 4 orang dah diajar oleh bapak aku, setiap malam sebelum nak tidur, mesti kena pergi kencing sampai tos, bapak aku akan bawak aku ngan abang aku.


" Karnain, Ikar, jom kencing, kencing dulu sebelum tidur"


" ala abah, ngantuk la, nak tidur"


" Ehem, bangkit gi kencing dulu, kang kamu kencing tempat tidur, abah suruh tok mudim kerat burung kamu"


Bunyi 'ehem' berdehem itu adalah trademark bapak aku, kalau dia dah start ehem kasar tu, maka aku ngan abang aku terus hilang ngantuk, melompat bangun dari katil sebab takut.


adik-adik perempuan aku pulak, tugas mak aku yang bawak diorang pergi jamban tiap-tiap malam untuk kencing sampai tos sebelum tidur.


Perkara ni dah jadi rutin dah sampai nak masuk sekolah menengah, kadang-kadang dah besar tua bangka macam ni pun, kalau berkumpul satu keluarga, abah akan merindui rutin dia mendidik kami masa kecik, bila kami mamai-mamai bangun tertidur kat sofa nak masuk bilik tidur, dia secara naturally akan cakap....


"Karnain, Fikar pergi kencing dulu sebelum tidur, pergi pergi, dah nak tidur dah ni"


Abang dengan aku selalu segan  tapi kami takde lah pulak pelik sangat, sebab kami faham yang abah teringat zaman-zaman mendidik kami kecik-kecik dulu, dan kami tak hek tak huk pun, layankan je.


******************************

Tapi, aku ni boleh jatuh hukum menipu la kalau aku cakap aku tak pernah terbabas terkencing tempat tidur kan? habislah hilang kredibiliti tulisan aku dalam Blog Rasa Hati jika aku cuba twist cerita aku. Jadi aku cuba menggunakan hikmat 'buat dek' sambil mengharapkan simpati pembaca. simpati dari Hipokrit yang dikompromi.


Bagi diri aku sendiri, aku pernah paling teruk terkencing malam masa aku darjah 2. Kesnya, aku mimpi tengah kencing tepi parit sambil bersiul-siul, punya sedap, punya lega melepaskan aliran suam tepi parit, tapi makin lama, rasa suam berubah menjadi sejuk, sedar-sedar seluar tidur aku dah lencun.


Kelam kabut aku masa tu, aku boleh cari kunci grill, bawak masuk Miow, kucing aku. dengan penuh muslihat keampuhan pertahanan, aku kurung kucing dalam bilik aku, dengan harapan aku boleh meletakkan beban pembuktian ke atas kucing tersebut.


Tapi hampeh, satu sen pun tak laku, mak aku selamba je..


"Ikar, kamu kencing tempat tidur ke?"


"ehh mana ada mama, miow yang kencing, dia terkurung dalam bilik semalam"


" kamu jangan nak membohong, rumah ni tak pernah kucing tidur dalam rumah, lagipun macam la mama tak tau beza hancing kencing kucing dengan orang, hishhh hancing pering!"


" errrr...errrr..errmm...ngaaaaaaa"


" kamu pergi jemur tilam tu"


Kesian Miow yang tak berdosa tu, tapi takpe miow, aku dah selalu tolong gaulkan nasik ngan ikan bagi kau makan, apa salahnya sekali sekala berjasa walaupun keampuhan pertahanan itu goyah.






**********************

Masa aku form 1, aku sekolah kat Sekolah Menengah Agama Sultan Abd Aziz Shah batu 16, Sabak Bernam, entah betul entah tidak nama sekolah tu, aku tak berapa ingat. Sebab aku sekolah kat situ tak sampai 2 bulan.

Masa kat sekolah ni, aku ada seorang kawan, nama dia Khaidir, anak orang kaya, dia dari Manjalara Kepong. satu hari, si mamat Khaidir ni ajak aku ngan 2, 3 orang kawan-kawan borak. 

makin lama borak, makin ia membawa kami kepada matlamat penjustifikasian. apa yang si Khaidir ini cuba sampaikan?

" korang nak tau tak? masa aku kecik-kecik kan aku kena sorok ngan orang bunian"

" Hoh! sorok ngan orang bunian? macam mana tu?"

" Masa aku kecik, orang bunian culik aku dari mak bapak aku, pastu diorang bela aku jadi anak angkat"

" habis tu macam mana kau boleh sekolah kat sini? apsal tak sekolah kat tempat bunian  tu Khaidir?"

" mak aku sedih sangat, mak aku panggil bomoh suh amik aku balik"

" pastu pastu pastu?"

" lepas dah macam-macam usaha buat, last last bomoh tu dapat la amik aku balik, tapi ada beberapa syarat la"

" Uiyyohhh terer gila bomoh tu kan, ada syarat? syarat apa plak khaidir? mesti kau dah besar nanti kau kena kawin ngan anak orang bunian kan?"

" Takde lah macam tu wei, cuma bomoh tu cakap, dalam masa sebulan aku mesti ada terkencing malam, paling kurang la, dalam setahun tu 30 kali aku akan terkencing masa tidur"

" Mak datokkkk!! sampai macam tu sekali Khaidir, kesian kau kan, kau tak pergi berubat ke?"

" Tak boleh berubat dah, memang dah macam ni syarat dia, so aku nak bagitau awal-awal la kat korang, kalau satu hari nanti, aku terkencing malam, harap korang faham la ye? aku bukan mengada-ngada, dah memang tu sakit aku, kena buat dengan orang bunian"

Mula-mula, aku dengan kawan-kawan rasa simpati sangat, tapi bab ayat last tu kan, aku rasa macam nak buat sepakan capoeira je dekat rusuk dia, banyak cantik!! dah memang kau jenis kerap kencing malam, kau nak salahkan bunian pulak, 

Mamat Khaidir ni lagi terer kan wei, dia salahkan bunian in advance, aku rasa sekarang mesti dia dah jadi lawyer kan?

*******************

Masa aku Tingkatan 1, aku sambung sekolah dekat Sekolah Agama Menengah Rawang, aku sambung sekolah sini sebab sekolah kat sabak tu pack gila, dengan jauh sangat mak bapak aku nak datang melawat tiap-tiap minggu, biasalah, anak manja kan? tak datang melawat tiap minggu mau aku nangis telefon mak aku.

Masa kat Rawang, ada banyak kisah epic kencing malam, ada yang kencing malam secara marathon, ada yang kencing malam sampai tingkatan 3, ada yang tidur atas lantai sebab takut nak jemur tilam lagi. 

ada jugak yang kantoi jemur tilam kat koridor, budak perempuan kat hostel bertentangan nampak, siap jerit lagi.

" ahahahahaha, weeeiii, jemur tilam keee? kencing malam la tu! hahahahh kaaaantoiiiii"

Tapi kesemua kisah epic ini tidak dapat melawan kisah Si Madun. Madun ni satu dorm dengan aku, dan dia jugak kawan aku cuma aku tak suka sangat perangai kedekut dia. 

Korang bayangkan lah, dia boleh makan meggi sambil meniarap bawah katil! setakat kisah hebat makan meggi dalam locker?,

Aku rasa aku lagi respek madun yang makan menerap bawah katil, sebab aku bayangkan tak menitik ke hingus dia dalam mangkuk meggi tu kan...punya istiqamah si madun tu.

Nak dijadikan cerita, pada satu subuh yang hening, Madun telah melompat straight dari tingkat atas katil double deckernye. Dubbb!!! bergegar jugak la simen tu.

Aku tersedar, aku bukak mata kecik-kecik, aku perhati je apa kena si madun ni, memang patut pelik la, kalau tengah pagi subuh kawan lompat straight dari katil 2 tingkat kan.

Pastu aku tengok dia kelam kabut bawak tupperware putih dia, pergi amik air panas kat hujung koridor tingkat 2. pastu aku tengok dia panjat balik katil dia, dia godak-godak bancuh air, pastu dia letak tupperware tu atas locker sebelah katil dia, dia sambung tidur.

Esoknya, kecoh satu dorm, sebab kan hari tu ahad, jadi kami semua bangun lambat, kecoh dengan suara abang Faizal....

" weeeihhhhhh apa bau hancing menyengat ni!!!"

semua dalam dorm mula tarik nafas panjang-panjang, cuba cari bau hancing tu..snif sniff sott sott.. memang kantoi la bau hancing tu kan, dah macam bau jamban central market.

Kisah horor pun bermula bila si Senior faizal tu mula buat seram, dia punya rajin, boleh dia cek satu persatu tilam, last last kantoi bau hancing tu kat tilam madun, cuma madun ni otak penipu. 

Dia dah ready awal-awal, dia terbalikkan tilam dia. siap bubuh bedak lagi banyak-banyak kat tempat kencing tu.

" woiii celaka kau madun, kau kencing tilam eh?"

" mana ada bang!!! mana ada kencing!"

" Habis tu ni apa ni tompok kuning ni, lembab lagi pulak tu?"

" Ni semalam air teh O saya tumpah semalam bang, tak sedar, jatuh dari locker ni"

Madun cakap sambil tangan tunjuk Tupperware separuh penuh atas locker dia, sambil muka gelabah. punya lah dia ni otak penipu.

" banyak la kau punya teh O tumpah!, kau jangan nak mengencing aku madun, kot ye pun takkan Teh O bau hancing!"

" ada bau ke bang? saya tak bau pun.."

" sudah la kau madun, kau pergi angkat tilam kau sekarang, kau pergi jemur depan koridor tu, selagi tak kering, tak hilang hancing, kau tidur atas lantai, aku haramkan tilam kau tu masuk bilik nih"

" tapi saya dah bubuh bedak bang"

" mana hilang bau dia madun, dah dah kau pergi jemur cepat!"

Baru la aku paham, kenapa pagi subuh tu madun melompat straight dari dabel deker dia, rupanya dia terkejut menggelabah terkencing masa tidur.

Rupa-rupanya yang dia kelam kabut malam tu, bancuh air semua bagai hanyalah menyediakan helah keampuhan pertahanan untuk hari mendatang.

*************

Punya la malu kalau kencing malam, keampuhan pertahanan mesti di set dengan kemas dah teratur. ada yang tuduh kucing kencing atas katil, ada yang tuduh bunian buat syarat, Tapi Madun terbaik, dia mencuba sehabis baik membuat segalanya nampak logik.

Tapi sayang seribu kali sayang, sampai kiamat pun Teh O tidak akan berbau hancing.








p/s aku rasa, semua orang ada experience pasal 'eksiden' kencing malam kot, cuma segan tak segan je la nak mengaku. tapi kalau dapat kongsi kisah kecik-kecik ramai-ramai best jugak kan. :) 

Tempoyak 101

Assalamualaikum. Apakah sakti benar tempoyak ini? Tempoyak ini mitos atau urban legend dia banyak, sama banyaknya ia dengan mitos ...