Assalamualaikum..
Dari kelmarin aku nak update entry, tapi maxis broadband buat hal, "frequently disconnecting" jenuh aku remove maxis autoread dan macam-macam instruction aku follow, tapi semua janji tinggal janji.
Aku dah call maxis center 2 kali, tapi tak boleh selesai, last aku bawak modem broadband aku pergi maxis center kat SACC mall Shah Alam, kot kot la modem atau simcard yang rosak. tapi lepas cek semua ok. Maknanya menara signal dekat area seksyen 8 ada problem, jadi aku pun pasrah.
Maxis dan Astro satu mother company dan BOD yang hampir sama, adakah memang pengurusan diorang ni angkuh dan bongkak? apa dia ingat customer bayar bill tu Ufti ke? Maxis, sila bertanggungjawab dengan kelemahan anda, jika servis kurang memuaskan sila kembalikan rebat tunai!
******************
Entry kali ni aku nak kongsi cerita pasal berapa banyak nickname yang pernah kita pakai. Aku yakin ramai antara kita yang ada nickname. Rasanya semua nickname aku, aku tak pilih sendiri kot, tapi orang yang bagi.
Nama Penuh aku : Mohamed Zulfikar Ibni Mohamed Hazri
Jangan tanya aku kenapa nama aku pakai Ibni, mungkinkah aku anak raja yang low profile? owhhh aku bukan jenis manusia yang hidup dalam delusi macam si prince lukmanul hakim bolkiah yang menyamar jadi anak raja Brunei tu.
Bapak aku yang bubuh Ibni tu sebab nak kan bunyi arab-arab katanya.
Jadi nama penuh aku dalam ic adalah Mohamed Zulfikar Ibni Bin Mohamed Hazri. Tapi lepas aku tanya ustaz-ustaz dan jabatan pendaftaran negara, it's okey untuk aku gunakan je Ibni dan takyah mention lagi BIN itu sebab maknanya adalah sama.
IKAR
Daripada nama Mohamed Zulfikar ini, aku dipanggil Ikar dekat rumah, panggilan manjalah tu senang cerita, ramai orang tanya aku kenapa nama aku macam nama perempuan?
sebenarnya adik beradik aku semua nama depan mula dengan Zul ; Zulkarnaen Alsideq, Zulliawanny dan Zulfahrina, jadi jika aku berkeras nak nama Zul dipanggil kat rumah, mau semua adik beradik aku toleh bila mak aku panggil.
Jadi senang sangat la nanti kalau nak mengelat cuci jamban kan!
"Zul, jangan lupa basuh toilet dulu sebelum keluar main!"
"zzzzuuuppppppp..deeeshuummmmm"
Berdesup semua orang lari pergi main kejar-kejar dengan harapan mak aku maksudkan zul yang lain kan?
sepatutnya, nama aku berbunyi IKA instead of ejaan IKAR, aku je saja tulis nama aku IKAR, supaya R itu dapat sedikit sebanyak memberikan aku sebutan yang maskulin dan jauh sikit dari Ika si peminat kaler pink.
Ikar ni, kawan-kawan rapat dan keluarga yang panggil, dan panggilan Ikar ni dekat UITM dipelopori Oleh Zikry dan rakan-rakan dan akhirnya merebak, sebab dorang dengar abang aku panggil aku ikar masa datang lepak-lepak dekat kolej meranti.
Dan akhirnya, almost semua orang dekat fakulti panggil aku Ikar samada kawan atau pun lawan termasuk lah lecturer, sampai kadang-kadang aku rasa sentiasa disayangi dan dimanja-manja dengan panggilan ikar yg sangat cute itu. kekeke
Dulu aku ada ramai gak la kawan lembut kat kolej, aku saja je la nak bakar line, bagi diorang sentap sikit.
" wei Anwar ( bukan nama sebenar) aku segan wei orang panggil aku Ikar, macam nama perempuan!"
" Okey la tu Ikar, kau tak payah gedik gedik mintak orang panggil, dorang dah panggil kau Ikar, feminin gitu, aku ni nama Anwar.. susah weh aku nak nama gugurl, jenuh aku suh diorang panggil aku Sally, haram tak lekat.eeee mak nak sangat nama sally nok, ayu gittuuewww"
" Hangguk kau Anwar, kau ingat aku ni bengkok-bengkok ke? aku straight okey!"
" euuww ko straight tapi kau kendu ok!"
Kendu tu apa? sampai sekarang aku blur, mungkin datang dari perkataan orang putih kot, Can Do!
ZUL
Nickname Zul ni tak payah eloborate panjang-panjang lah, common sense je pun, kawan-kawan sekolah menengah, sekolah rendah, badminton, geng kereta, officemate semua panggil aku Zul, ia adalah nickname yang dirasmikan.
DAMAK
Masa aku masuk Uitm Dungun selama lebih kurang 1-2 bulan, aku dapat nama damak ni. Zaman dulu dah menjadi trend bahawa korang tak boleh pilih, guna atau promote nama sebenar korang.
Jadi junior akan pergi jumpa senior untuk sesi pemberian nama dan suai kenal. Zaman sekarang aku taktau lah ada lagi ke tak tradisi macam ni, tapi kat uitm shah alam dah takda dah, sebab senior dan junior Uitm Shah Alam tak rapat, semua buat hal masing-masing.
Masa sesi suai kenal dekat dorm senior tu, ramai la junior yang kena buli-buli manja, ada yang kena duduk dalam locker jadi jam burung, ada yang kena pakai skirt buat gaya ala-ala nyah dan macam-macam lagi.
Aku pulak masa tu, disebabkan PR aku baik dengan senior, aku tak kena buli, cuma diorang suruh aku berlakon sambil ucap dialog-dialog filem Nordin Ahmad, Seri Mersing.
Disebabkan aku masa tu menetap kat Mersing, jadi senior pun letak nama aku damak, damak tu watak hero dalam filem sri mersing tu, jadi aku takde la annoyed sangat dengan nickname yang aku dapat berbanding kawan-kawan aku yang lain. Nama hero la pulaaakkk.....
Mat Lan kawan aku masa tu dapat nama sodok, sebab dia dari Kelantan, orang panggil buldozer kereta sodok, tapi haram tak melekat pun nick name tu, sebab nama tu tak sedap bila sebut. lagi senang sebut Mat Lan atau Lan.
Ada kawan aku dapat nama Kotex, dari mana asal pun aku tak ingat, cuma aku ingat dia ni kerek sikit dengan senior, so senior tensen bagi dia nama Kotex, singkatan jadi Tex, sampai sekarang nama dia orang panggil Tex, sampai aku pun dah tak tau nama betul dia apa.
Kawan aku sorang lagi dapat nama Gelugok sebab dia asal dari Gelugor Penang, bila senior tanya
"Hang asal mana Fadhil?"
"Gelugok!"
"Gelugok, Gelugok.....Gelugur la! aahh senang, ko amik la nama kau Gelugok"
Tapi, kawan aku dari Sarawak, Mac Arthur Kutalungan, bangsa Iban tak salah aku. Disebabkan kat perkampungan rumah panjang banyak Tuak, jadi nama dia jadi Tuak.
Tapi disebabkan, nama tu tak best, jadi budak-budak perempuan tetap panggil dia Mac, konon-konon ada kawan overseas la macam Mac Anthony..
So, nama nickname Damak tu melekat dekat kawan-kawan aku yang study dekat dungun kemudian transfer dekat Uitm Shah Alam. Kadang-kadang tu aku rasa macam ada krisis identiti pulak. Kejap orang panggil Ikar, kejap orang panggil Damak,
Kadang-kadang, yang lebih mengelirukan bila Aleng, Tun, Fadhlinur dan Azie panggil aku singkat je...
"Damak, mak.....mak, ko dah siap belum part assignment bahagian kau tu?"
" Apa mak mak?! tak kuasa mak nok!"
nickname aku byk giler
ReplyDeletefamily & spupu: iza, ija, ja
kwn: jue, eza
anak sedara: busu, busyu, shijah, su, busu ija
sekian.
Amboi ko Nyah banyak betul nama ko yer.. Macam Mak ni kecik2 sedara mara byk panggil Ya jer tapi meninggkat besar jadi suria. adik2 panggil kakya.. Kat sekolah suria juga, Dulu mak suka chatting guna nickname Abbyfunny sebab dulu mak minat abbyfana. Lekat la nama abby tu di kalangan kawan2 yg kenal dr chatroom sampai sekarang walau dorang tau nama aku takde kena mengena pun dgn abby tu. Lepas tu masuk alam kerja keriji ni semua malas nak sebut suria.. dah byk panggil su pulak. Setakat ni mak takde nama jantan Nyah.. Dengan bangganya nama betul mak Nursuria hasil ilham Mak aku yg memang suka cerita tamil (Mak aku fasih tau bahasa tamil). Laki aku jer jarang aku dgr dia panggil nama aku.. dulu masa bercinta dok ber aku kau jer.. mana sempat nak ada nama manja2 mcm org lain. Mula2 kawen janggal jugak nak bersayang2 sbb tak biasa.. tp asyik kena marah je dengan kaum kerabat.. so skang ni blh la bersyg2 skit. Tp nickname kita laki bini ni mcm2. Ikut situasi je nak pggil.
ReplyDeleteJue : nak panggil Busyu..nak panggi, busyu!!!!.. busyuu busyu.. ala manja nyaaaa :)
ReplyDeleteSuria lekat lekit : hahaha, apa ye nama manja2 korang kat umah?? ko mesti panggil laki ko baby kan?
laki kau panggil kitkit... kekekek :)
tak bleh.. tak bleh.. kanak2 je bleh, yg tua2 tak bleh :p
ReplyDeletealaaa. dekut la Jue nih :(
ReplyDeletekawan2 pgil aku pjah.kadang2 sukasuki diornag pgil aku jah.(macm makcik2 plak..wakaka)
ReplyDeletepinyu sbb nick name aku dlm fb ngn tweewt pinyu pjah.
bila diorng mals nk pgil mane aku..diorang pgil la pinyu ..xpun nyu..
kad ward..akak2 staf nes pgil akau fizah/fiza sbb nama aku kat kad matrik hafizah.
mcm budak baik je bile akak2 staf pgil aku name tu...wakakaka..
kat umah dpt nama bru..cik de..tu kiranya pangkat makcik yg bru dpt anak sedara..hohoho
kadang2 kawan aku pgil aku ojah.ni kes salah taip nama.nak tulis pjah tp tertkn huruf "o" tu yg jd ojah tu..lekat la nama tu..
saya takde banyak nickname kot.. family panggil uteh, kawan2 skolah menengah, matriks, sampai uni sume panggil uteh. sampai staff ngan lecturer pun panggil uteh. kawan skolah rendah je panggil fatehah, sampai kengkadang bila orang sebut nama fatehah tu saya tak layan sebab tak biase dengar. hahahahaha.
ReplyDeleteselain tu.. nurul and adik. tapi dua nama ni my parents je panggil. tak tahu le kenape.
hahaha.kat sekolah dgn u semua orang panggil nin.tapi kalau just dgr nama xpernah tgk ejaan nama sy ade yg tertukar kata nama sy wani.sobsob.
ReplyDeletekat rumah panggil fazren atau kak lin.kalau panggil nin semua akn pandang sbb yang perempuan kat depan semua ada nin.haha.
kalau anak buah panggil cik lin tapi wanita egois special sikit panggil sy alin.hahaha.
setakat xde lagi nickname pelik yg sy dpt dr membe2.hee
hahaha.kat sekolah dgn u semua orang panggil nin.tapi kalau just dgr nama xpernah tgk ejaan nama sy ade yg tertukar kata nama sy wani.sobsob.
ReplyDeletekat rumah panggil fazren atau kak lin.kalau panggil nin semua akn pandang sbb yang perempuan kat depan semua ada nin.haha.
kalau anak buah panggil cik lin tapi wanita egois special sikit panggil sy alin.hahaha.
setakat xde lagi nickname pelik yg sy dpt dr membe2.hee
tetiba buat pasal nama jugak?
ReplyDeletemelle : aku buat petang tadi :)
ReplyDeleteataupun memang kita ada telepati yg membuatkan kita befikir sama?
amcam gerun tak diagnosis aku melle?
oooo aku tak perasan. tapi aku drafting dua minggu lepas.
ReplyDeletekira ilham allah nak bagi sama la. =D
nama tu macam doa kan? kena panggil nama yang elok maknanya. :)
ReplyDeletetak kuasa aku nak pggil baby Nyah.. kang silap sebut lain lak jadinya.. wakakakaka.. dlm perut baby, takkan luar perut pun nak jd baby. kekekeke
ReplyDeletehahaha nama - nama gelaran memang pelik2 dowh. ada yang namanya sontot pun ada. selamba je. HAHA
ReplyDeletenama gelaran aku paling top :
1)blank - sebab orang kata muka aku tak ada perasaan.
2)PAPA - sebab orang kata aku ni gaya berpakaian stok orang2 tua. dem. HAHA
name saya gayahspears...
ReplyDeleteorang salu panggil saya gayah ja :) hihi
Kalau nama yang ko dapat Damak tu aku panggil nama blok.
ReplyDeleteKat rumah :NOI,Cik Noi,sebab aku pelat Nor jadiklah Noi
Matrik:Kecik..
Nama blok: Kompang,sebab masa orientasi aku main kompang masa persembahan nasyid.Nasib baik tak lekat nama tu,Hodoh benor
Sampai sekarang orang sekeliling aku panggil aku Noi.
p/s:Ada senior aku nama blok dia Kenyap,singkatan untuk Kentut Senyap katanya..haha
hai MAK! ahaha..lawak wei..macam aku panggil mak aku pulak..;p
ReplyDeletehehehe..
ReplyDeletekte ade 3 nickname mase sekolah rendah fayyadhah..naik sekolah menengah fayad..family semua panggil acik..cuma ade beby tu orang panggil kakak..:P hahahaha
loser salah satu nama panggilan aku
ReplyDelete"mak, sedapnya mak masak.."
ReplyDeletekata aku pada mak aku..
weh..byk tu nama pgilan ko..
pggilan aku sikit je..
shila,sill,nur,ila,nget... muahahaha...
nur ngn ila tu mcm x bole blah sgt..aku jarang rasa nama tu utk aku.. ayu kot.. T__T
1st time aku pggl ko Zulfikar..saya awak lagi tue..hahahaha..
ReplyDeleteSgt bersopan aku nie kn?
hahahahaha...
Zaman skolah mcm2 nme aku dapt..
Tp xbyk yg lekat lme..
Just, 'Ijam'- fmly,ko n kwn2 Uitm.
Bob @ Sir - Mse kje kenny Even da resign pn still pggl aku Sir..
Mox - Kwn2 kmpung..
Hahahaha...
Entry ko sume mengungkap nostalgia lame la bro..hahaha
nama glemer i tiz zaqyah u~ ada org caya x?? ekkekejke
ReplyDeleteTips Kurus : betul sangat tu.. tapi gelaran ni memang sunnah. sebab budaya org arab suka bagi gelaran..
ReplyDeleteHaikal : sib bek blank bukan blur...wahh papa.. mcm gelaran kapel mapel je kan.. papa mama.. ke ammak? hahah
GayahSpears : gayah, nick ko mmg keeeelas...
Cik Sha : jgn panggil mak, nanti mak patah nok.. hahahaha
Fayad :waaahh ade beby yang panggil kakak? mesti comel ngan manja kan beby tu? kekekeke
Nurarnida : kenapa kelam sangat nick tu? huhuhuuuu
Misssenget : Nget, apsal balik swak tak inpom aku?
Ijam : ko memang skema pun mula2 aku jumpa ko.. hahaha rambut siap belah tengah hahaha
Bambam : hai Tiz... ehh tiz tu bukan mcm nama pelakon ke? hurmmmm....
akupun teringinkan nama y ala2 gugurl mcm ko la ikar...auuuwww...tp apakan daya ku...muka maskulin sgt..ahaks
ReplyDelete