July 3, 2011

Kahak Dalam Pizza ; 'Customer Always right'

Assalamulaikum....

Kalau aku sambung main Angry Bird ni sampai besok pagi pun tak jadi kerja apa, apa pun tak boleh!! Naik cramp jari telunjuk aku duk tekan-tekan mouse nak bunuh babi pakai burung.

Betapa ironinya game angry bird ni, ada ke burung yang pandai terbang nak suruh kita lastik dia target ke babi? ni semua salah Ijam la ni, duk gi download angry bird kat laptop aku, kalau dia tak download kan, sampai sudah aku tak tau boleh main angry bird guna laptop,

Selama ni aku ingat nak main just kena guna android, iphone dengan ipad je. Jenuh pulak nak ke Rawang sana nak pinjam Ipad Zikry main angry bird.

"KLIK"

Haaa, kan dah kena pangkah browser chrome, sekarang kita fokus menulis blog. Kot kalau tak dapat untung duit nuffnang, dapat la berangan jadi artis blogger kan? kalau tak dapat jadi blogger famous, dapat sampaikan sedikit sebanyak ilmu dari pengalaman pun kira ok la jugak. takkan nak kaya asyik nak taip SEO je.. baik pergi kerja partime despatch, lagi cepat dapat duit kan.


**********

Tengok, pasal Angry bird je aku dah tulis sampai 4 perenggan!!! jangan layan angry bird tu jap. Jom baca infostory aku ni kejap.

Aku nak kongsi cerita kat korang semua apakah situasi yang korang jarang-jarang dengar dari dapur komersial.

Apakah itu dapur komersial?

Dapur komersial adalah dapur untuk sesuatu insitusi yang beroperasi demi menjana pendapatan. Contohnya dapur fastfood, hotel, cafe, restaurant, catering, warung dan macam-macam lagi lah.

Kita selalu dengar 'urban legend' pasal penganiyaan terhadap pelanggan. Kita selalu dengar rumors pasal ada tukang masak atau waiter yang dajal pelanggan dengan ludah makanan, kencing, jatuhkan atas lantai, dan macam-macam lagi.

Tetapi, kita tak pernah tengok dengan mata sendiri, samada kita paranoid atau kita dengar kawan kita sembang je kan? Macam aku jugak dulu, masa aku semester 1 di Uitm Dungun. Ada la sorang senior yang cerita kat aku pasal kisah horrible ni ;

" Damak, ko nak tau tak? ko ingat semua makanan kat hotel tu bersih sangat ke? nampak je bersih, tapi hampeh!"

" apasal pulak abang diman? diorang tak cuci tangan ke?"

" kalau setakat tak cuci tangan takpe lagi, aku sendiri pernah tengok Chef aku, dia dah nak habis shift dia, sekali ada customer datang wat complain-complain pasal beefsteak dia"

"Biasa lah tu bang, nama pun customer, customer always right ape!"

" Memang la customer always right, tapi right kat depan je la, tapi kat dapur hancur, ko tau? chef aku tu kan, dia amik beefsteak yang customer complain tak cukup masak tu, dia bawak masuk dapur, dia campak atas lantai dapur yang kotor tu kan? pastu dia pijak-pijak, lepas tu dia lompat-lompat, dia ludah secukup rasa pastu selamba je dia grill balik"

" errrghhh, tak caya la saya bang, ada ke manusia sanggup buat macam tu?"

" Hah, ko tak caya sudah, tapi bukan takat tu je la, dia dah grill beefsteak tu, pastu french fries tu dia toss balik ngan garam pastu saja dia lambung-lambung jatuhkan atas lantai, then dia kutip letak atas pinggan, hias lawa-lawa pastu jamu customer tu makan balik"

Anda tengok? betapa zalimnya tukang masak yang kurang ajar tu. kalau tak puas hati dengan complain customer majoritinya akan buat macam tu, tapi cerita kat atas tu hanyalah cerita atas cerita.

Sedangkan aku dah komited dalam blog aku, aku berusaha untuk tidak menyampaikan cerita atas dasar
"aku pernah dengar kawan kepada kawan aku cerita" sebab aku taknak bertanggungjawab dalam penyebaran fitnah.

" Fitnah tu berdosa ye sayang-sayang sekalian... jika kita membuat, menyebar, mengiyakan dan mempersetujui fitnah maka dosanya lebih teruk dari membunuh,doooosaaaa tau...kalau dosa berat dari pahala...masuk mana adik-adik????

 "masuk neraaaakaaaaa abang zul"

" Paaaaannnndaiiiii, sayang adik adik semua, nah amik choki-choki ni makan elok-elok ye"

*************

Sekarang, kita beralih pulak pada pengalaman aku sendiri. apakah peristiwa yang sampai bila-bila akan terpahat dalam otak aku?

Disebabkan aku dulu ambil kos foodservice management, sudah tentulah aku nak timba pengalaman dari sektor industri makanan kan.

Masa aku cuti Semester, aku kerja partime kat Pizza hut macam yang pernah aku ceritakan seperti di SINI1 dan SINI 2

Aku kerja kat sana sebagai staff 'Front of the house' yang merangkumi tugas sebagai waiter, bartender dan penyambut tetamu, tapi kadang-kadang kalau dah penat sangat aku pergi basuh pinggan, tukar post dengan steward kat belakang.

" Yaaa! steward dalam term foodservice adalah pencuci pinggan, bukan steward/stewardess yang dalam kapal terbang yang serve nasik lemak Pak Nasser harga mahal nak mati tu"

Nak dijadikan cerita, pada satu hari tu, restaurant pizza hut dah nak tutup. waktu operasi standard ialah 10am -10 pm, dan silent policy bagi semua staff adalah menutup restoren seawal 9.40 malam. Maknanya...

Kalau ada lagi customer masuk dalam 9.45 malam ke atas, staff akan bekerjasama untuk buat helah samada cakap doh pizza dah habis, atau topping pizza dah habis, atau simply cakap....

" maaf encik, restaurant kami sudah mahu tutup, kami hanya ambil pesanan take away sahaja" (nampak tak perangai staff ni? punya la hamjad)

Pada satu malam, ada lah sorang hamba Allah ni datang, pukul 9.40 malam. Semua staff dah mula gusar, Staff 'back of the house' iaitu pizza-master atau tukang masak pizza tu dah siap simpan semua doh, dah kemas topping, dah basuh pan pizza, dah sental kitchen. Kiranya dah bersih berkilat la, tunggu nak punch out card pastu balik je.

Bila si Akak customer ni masuk, dia order la pizza satu set nak makan kat situ, maka dengan muka selamba toyanye akak cashier tu pun membuat muka semanis habis dan mula putarkan dialog template standard nak ngelat buat kerja...

" Maaf ye puan, kami sudah tutup, puan boleh datang lain kali, terima kasih Puan"

" apsal pulak awak ckp dah tutup pulak? mata saya ni rabun ke, bukan ke kat depan pintu tu cakap operating hours 10am till 10pm? are you trying to bluff me?"

" ye kak, memang la tulis sampai pukul 10 malam, tapi akak masuk dah 9.40, kitchen kami semua dah closing down kak"

" i dont care, i know my rights and u have to serve me, kalau dah ckp pukul 10 tutup, tutup pukul 10 lah, kenapa pulak u all taknak serve saya sekarang?"

" Baik kak, maaf kan saya, saya amik order sekarang"

ini ialah station pizza-master, dalam pan pizza ada benda kaler putih tu doh pizza, daging2 dalam insert tu adalah pizza topping, yang ada baldi hijau merah tu keju parut.

Dah lepas amik order semua, yang si akak cashier ni pun punch la fire order ke dapur, lepas dah punch order, dia pun gatal-gatal pergi masuk kitchen, dengan semangat perwirawati, dia pun bakor la si tukang masak.

Tukang masak kalau dah kena bakor apa dikenangkan sedara-sedara, membara la jiwa, bila dah kena petik dengan kawan-kawan seangkatan mula la naik minyak, terangkat-angkat bontot kene sungkik. Dari elok hamba Allah tu cool...bila kena bakor, terus merah mata, semangat nak jadi hero katekan....

" Khairul, tak panas ke hati kau woiiii, selamba je customer tu order lagi pizza kat kau kerol? apa dia ni buta ke taktau yang kita ni dah nak closing? ko nak biar je kerol? ishhk kalau aku, masak pompuan tu!"

" Celaka punya customer, sial, bodoh, takde otak, menyusahkan orang, takpe-takpe korang tengok apa aku nak bagi upah kat dia, malam ni dia makan Pizza special punya, extra cheese"

" hah ape lagi kerol, buat je buat je, kasi ajar dia sikit!"

Anda nampak tak betapa bahayanya si batu api? batu api ni kalau diterjemahkan dari bahasa arab dipanggil pengadu domba, sebab tu Rasulullah S.a.w benci kepada manusia pengadu domba ni, dia boleh burukkan keadaan.

Aku pulak masa tu budak baru, partime pulak tu tapi jujur aku cakap, aku dah larang diorang buat dah, aku cakap ;

" wei, tak baik wei korang buat macam ni, kesian la kat akak tu. korang sampai hati ke buat barang makan orang macam tu?"

" ahhh, orang macam ni nak kena ajar sikit Zul, bagi diorang rasa sikit. Tak reti bahasa ke yang kita dah nak tutup, berlagak nak mampus. sekarang kita tengok dia makan pizza ni selera ke tak kan?"

" Srootttttt.. srrottttt.. khrrooottt... KKkkHHhhhHHAAaaaKkkkkk TUuUuuuiiIIIhhhhh"

Pelepap kahak warna kuning campur hijau cair-cair pekat setepek jatuh atas doh pizza. Masa tu pizza tu dah ada sos tomato dah, lepas tu dia tabur topping, tak salah aku masa tu akak tu order hawaiian chicken. lepas dah ludah kahak atas pizza tu, baru dia tabur cheese parut atas ludah kahak tu.

sekadar gambar hiasan, buat rehat-rehat mata korang semua yang asyik membaca dari awal tadi tak habis-habis kan?

Lepas dah siap semua cantik-cantik, berkerumunlah semua staff kitchen dan waiter yang bebal nih. Diorang pun tekun tengok pizza tu jalan dalam conveyor oven. Lepas dah masak, waiter pun serve  Pizza Hawaiian chicken 'extra cheese' kepada akak customer tu.

Bila dah serve atas meja semua elok-elok cantik-cantik, waiter 3, 4 orang berkerumun menyorok side corner dinding ngintai customer tu makan. Customer tu makan dengan sungguh berselera, sekali gigit sekali tu jugak la berjuntai cheese yang panas dan cair tu...

sekadar gambar hiasan ; Pizza Hawaiian chicken

Aku tengok sepintas lalu je, lepas tu aku blah keluar amik angin luar, aku memang tak gemar dan setuju langsung dengan perangai dorang tu, perangai orang tak bertemadun, moral rendah, low kelas, tak educated, aniaya orang dan takde hati perut.

Jenuh la korang nanti nak cari akak tu kat padang masyar yg luas tu nak mintak ampun balik. Dunia diorang lepas la kan, akhirat tau la kecik ke besar kuasa Tuhan. Tak sampai hati aku tengok akak tu makan.

Tapi jujur aku mengaku, aku pun buat salah jugak, kenapa aku dah tau benda zalim berlaku depan mata aku  tapi tak halang dan selamatkan akak tu. sepatutnya sebagai manusia yang ada hati perut aku pergi la selamatkan keadaan.

Tapi keadaan masa tu, ishhkk susah aku nak describe la.

" eleeehhh Zulfikar , susah nak describe konon, takut cakap la takut"

" bukan takut je wei, serba salah, kekok, tergamam, bengap ishh semua ada la, kira tapau la"

Bila diorang tengok je akak tu makan sampai dah nak habis, semua waiter lari kelam kabut sambil ngekek-ngekek gelak masuk kitchen.

Diorang pun cerita la kat si Pizza-master ni, tukang masak pizza pun bukan main la happy kan, campur dengan perasaan bangga. bangga dapat pedajal orang, apa punya low class mentality, seronok bila buat dosa.

Jadi nasihat aku la kan. Bila korang tak puas hati dengan makanan yang restaurant serve, korang complain la elok-elok dan kalau korang ada keberanian dan percaya pada tukang masak kat dapur tu, korang pulang la balik suruh dia repair atau masak yang elok punya,

Iye lah, hak pelanggan kan? "customer's always right."

Tapi bagi aku pulak, walaupun aku ni jenis yang lantang dan memang suka mempertahankan hak aku, tapi bila bab pulang dan complain balik makanan ni, aku tewas la. Aku dah mula tak percaya pada tukang masak kat dapur lepas apa yang aku dah tengok dengan mata aku sendiri.

Sekarang ni, kalau aku tak puas hati aku complain dan return balik makanan kalau kitchen tu open depan mata, itupun aku closely perhati dari table.

Kalau kitchen tertutup aku ignore je lah, cuma aku akan complain dekat manager, samada mintak refund atau diskaun atas makanan yang tak sedap tu. Nak return makanan suruh repair atau masak yang baru...sorry.

Kepada Tukang masak, staff back of the house, yang kerja dengan barang makan orang, Harap kita semua bertanggungjawab lah. orang mungkin tak nampak, CCTV mungkin terlindung, tapi Allah sentiasa nampak.

Aku bukan Ustaz, bukan pak imam nak nasihat orang, rock tu rock jugak, melawak-melawak jugak, tapi bab menganiaya hak orang lain seboleh-boleh kita elakkan. semua manusia berdosa, Hari-hari kita buat dosa.Tapi Insyallah kalau kita betul-betul insaf bertaubat, kalau Allah redha dan kesian kat kita dia ampun dosa kita.

Tapi kalau kita aniaya hak orang lain, Tuhan takkan ampun dosa kita melainkan orang yang dianiaya yang ampunkan. Tapi kalau kita tak pernah Yakin yang dunia akhirat tu wujud, tak dapek den nak nolong.

" Lu pikir lah sendiri"

" apa kelas Zulfikar Oiiii, nabil dah habis musim la, dah tak main dah pikir-pikir sendiri ni"

" eh ye ke? kalau macam tu..... kita bakor je...kita bakor jeeeeee"

" ape benda lah bakor bakor ni, usop wilcha punya musim pun dah habis dah, dah lapok oi, Hantu kak limah pun dah balik dah rumah dia"

" Ishhkkk... tu tak boleh, ini tak boleh...... Ape pun tak boleh!!!!"

" hek eleh, dah basi wei, Jambu macam bagus, dapat no 4 je plak tu!"



" ye la ye la, korang nak sangat, aku tau.....



" Manisnya kurma ini!.... seeemmmmputttttt ~~~~ haaaa semput laaaagi..~~~"


29 comments:

  1. pasal batu api tu aku setuju.dorang ni la yang selalu melaga-lagakan api yang tak marak.ciss.

    kesian plak aku tengok akak tu tp tu la, kalau aku la yang jadi worker kat situ aku annoyed jugak la kot. dah 20 min before tutup apa salahnya kalau tapau kan.ni nak serve lagi kat situ *eh aku sokong sape ni?* wakaka

    tapi memang xbaik la buat sampai macam tu, sedangkan haiwan peliharaan lagi kita bagi makanan berkhasiat.sobss

    ReplyDelete
  2. sweetyMui2 : apa la akak tu kan? dah nak tutup sibuk lak nak serve2 kan? eeehhh aku pun terikut kau gak la, aku sokong sapa ni? ha? ha?

    hehehe

    ReplyDelete
  3. aku dulu keje kat kedai makan nasik ayam tu... kalo da dekat2 time nak tutup kedai, selalu memang manager datang lepak sama...

    dia bising jugak ah kalo kitorang refuse nak layan customer. so, ko cuma ada 2 pilihan, nak dengar dia bebel marah2 kitorang depan orang ramai atau serve je customer tanpa banyak soal, kdg2 customer tu bertuah dia yg blanja sebab closing.

    tapi moralnye keje kene ikhlas especially datang bab2 serve2 makanan ni. manager tu pon selalu sebelum start wat apape masa mula2 bukak kedai dia suh kitorang semua selawat dulu. kalo gado2 tak puas hati ke apa, nak maki2 kene kuar pegi luar premis dulu pastu carut ah puas2.

    pantang gila dia tu kalo kitorang cakap bende2 tak baek depan makanan. sebab tu kedai dia memang laris ah. bukan pasal guna pelaris. tapi sebab dia ajar kitorang buat camtu semua. malangnye tu lah... kalo dah nama melayu tu... orang mendengki je la keje dia...

    hmm... kesian uh kalo nak pikirkan balik pasal manager tu.

    ReplyDelete
  4. aslina : ko kerja kedai nasik Ayam Pak Mal ke wei?

    ReplyDelete
  5. sekarang kan dah tersebar yang klip video budak kfc tu,
    my sis RM Pizza Hut kat Pasir Gudang,nak kena siasat jugak kat dia ni kot2 ada buat naya kat orang.Tak baik tauhu!

    ReplyDelete
  6. tak baik ar buat gitu, derang ni tak rasa bersalah ke.. huhu. nasib baik ko keluar, sekurang2nye ko dh nasihat derang..

    cerita ko membuatkan aku takut nak mkn kat luar.. haha

    ReplyDelete
  7. bila tgk video budak kfc lap ayam kt kasut, aku xnk makan kfc..

    bila baca cerita kau, aku xnk mkn pizaa..

    isk..

    tapi jap lg, aku buat2 lupa cerita2 tu, aku makan jugak lagi...

    hahahaha...

    padahal makan nasi telur kicap kt umah pun da sedap...

    ReplyDelete
  8. sebab tu la aku tak gemor makan kat luar..

    ReplyDelete
  9. huhu,psiko jat bc ni.huhu.agknya nk amek tkg masak pasni pun kena ketatkn syarat utk tkg masak.

    ReplyDelete
  10. ni laki aku sendiri cerita masa dia keja kat hotel abis SPM dulu.. kengkawan dia pedajal satu geng cina yang komplen teh sejuk.. dorang apa lagi pakat kencing dalam jug teh.. pastu campur air teh kemudian hidang kat customer. Aku tanya laki aku.. ko pun join kencing ker.. dia ckp dia tak join tp dia tengok mcm ko la Nyah tak kata apa2. Mak pun pernah pedajal kawan masa kecik minum air kencing ni.. aduhai.. masa tu sgt budak (blm akil baligh) & nakal. tp baru seteguk dia minum, kitorang (mak & kawan baik mak) gelak. tak abis la.. nyesal memang nyesal tp kes tak puas hati jugak la. Yg pasti bukan mak & kwn baik mak yg kencing. kita ada org upahan lain.

    ReplyDelete
  11. Mesti akak tue makan sampai jilat jilat jari.

    uwaaa asal kejam sgt tukang tukang masak nei.huhuhu

    ReplyDelete
  12. norina omar : tauhu tauhu... tak baik kan, kalau tengok video KFC tu kir ade ampun la kan selek tepung ayam kat kasut..ada byk lagi horror...

    Jue : errmmm tapi makan kat luar kdg2 tu sedap kan jue?

    Miss senget : lepas ni gi dating kene masak nasik, pastu buh dalam mangkuk tingkat la kan :)

    Cik sha : eh sama la. sha masak kari mlm ni tau.. nanti kita makan sama2.. :P

    Zati : mcm mana syarat yg ketat tu? nak dengar sikit leh tak? :)

    Lekat Lekit : ko kencingkan minum org? teringat aku dulu kene naya minum air longkang, diorang letak dalam tin cincau...

    Elyana : mmg dia jilat jari pun.. kesian kann?? semmmputtt~~~

    ReplyDelete
  13. aku susah nak setuju la part customer always right ni...tak tau naper...

    ReplyDelete
  14. tamlegend : perspektif Customer always right dalm entry di atas adalah dalam bentuk sarcasm...

    aku pun tak setuju jugak, tapi quot tu dari buku marketing dan service yg terkenal.

    ReplyDelete
  15. baca sambil makan donut Big Apple.......kembang tekak la wei!!!!!!!
    pengalaman tgk depan mata sendiri ada.tp malas nak cakap.

    ReplyDelete
  16. senang je nak buat dose kan? x sabar, tmbah de batu api. . .heh

    ReplyDelete
  17. Nadia Rani Rai : alaaa citer la citer la citer laaa....

    Wan Zuliya : batu api tu la yg sama2 tanggung dosa..kalau tak mamat tu kool jeee

    ReplyDelete
  18. buh dalam mamngkuk tingkat, leceh...kene basuh..

    buh dalam polistrin sudah.. hahaha..
    tapi mcm x mesra alam laa plak kan..

    eh..sapa nak gi deting?

    kita dengan kakak madu eh?? :P

    ReplyDelete
  19. mmg xpatutla dia buat mcm tu, sebab dia diamanahkan utk masak benda yg halal n baik kasi pelanggan makan...

    akak tu pun satu hal, xbleh cakap baik2 ke?

    kalu kedai dah nak tutup tu, sebagai pelanggan sekalipun, timbang rasa la sket, lainla kalu kedai 24jam n lainla kalu awak tuh mengandung, mengidam bebenor...

    kalu mengandung tu, xsempat wat muka kesian pun diaorg kesian dulu... :) pengalaman sendiri, tp dah org buat baik tu, sila reti bahasa, bungkus bwk balik rumah...

    ReplyDelete
  20. salamkenal zul.pertama kali LM singgah sini.tergama dan rasa nak pitam baca kisah ni semua.Tapi LM percaya ia mmg berlaku dlm masyarakat kita yg semestinya islam.sbb t mmg sejak dr dulu saya tak pernah percaya pd tukang msk.hantar air salah pun saya tak complaint tau.sbb saya sgt gerun mereka buat dajal.silap ambik order ku telan jua..tak sedap saya tolak tepi tak mkn.sb saya tau bkn semua manusia jujur dlm tugas mereka.sy sangat takut termakan bahan ludah,kahak dan sebagainya..tp jika sudah ketentuanNya..saya redha je la..sbb saya tak tahu dan nmpk..

    saya tau anda tergamam dan tak mampu nak halang akak tu dr mkn pizza tu.jika saya pun pasti saya akan terkedu dan tak tau nak buat apa..huhu,mmg rasa berdosa kan?tapi tak mampu nak kata apa.

    ReplyDelete
  21. sabrina: komen awak adil :)

    Lydia Miza : tu baru sikit je kak... kalau nak cerita pasal banquet, hotel semua kang takut jadi phobia plak nak makan kat luar.. hehehe

    ReplyDelete
  22. as salam..
    hm..da benarnya. walupun tak pernah order sendiri sampai jadi lagu tu, ada memerb yang pernah kena. dia nampak, terus blah.

    betul la sampai pukul 10 kan, kalau dah tahu, kenapa tak dikunci terus pintu tu. pintu kan yang menghbungkan pelanggan dengan restoran. hehe. kalau kawe, cukup korum, pegi pintu, kunci. tukar sign closed. always right macam mana pun, polisis tetap polisi. pelanggan yang harus faham. hehe

    macma kfc la, pernah sekali pergi terlewat baru nak melangkah masuk, dia pegang pintu, kata, sudah tutup dan terus kunci pintu. haha~ cukup

    terharu

    =_="

    AMANAH IS AMANAH. POLISI?

    O_O

    Tutorial Posting Entri ketika Dashboard Tak Boleh Di Akses.


    by : http://fadzli-rt.blogspot.com

    ReplyDelete
  23. AMARAN ORDER air kt kedai mamak dkt umah korg>>>
    - JGN order air teh or kopi.Psl diorg bancuh pkai stokin,wlaupon bersih,tp last stock punye die perah* pkai tgn je der..eeuu!!!

    ReplyDelete
  24. wah..memang ade rupanya orang begini..tak sangka, citer yag betul rupanya..kesian la pelanggan tu..

    ReplyDelete
  25. geli tekak baca entry nih.uuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  26. Tapi berdosalah wat camni..zul patut halang perbuatan diorang tu..

    ReplyDelete
  27. tgh search tntg nak keje part time kt pizza hut...
    tp bnde yg xpatut pulak terbaca...gelii jerr...eeuuuww...

    ReplyDelete
  28. Perut akak tengah penuh masa baca entry ni, rasa nak terkeluar balik.. berair airmata.. huhuhu..

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...