July 26, 2011

Kenduri Kahwin dan Anjakan Paradigma

Assalamualaikum..

Sudah selesailah kerja kahwin adik perempuan aku yang nombor 3, Zulliawanny dan Muhammad Hakim Bin Danapalan.

Ikan di laut asam di darat, dalam periuk bertemu jua. begitulah perumpamaan yang paling tepat untuk menggambarkan ikatan perkahwinan adik aku. Setelah bertahun-tahun menjalani proses pencarian jodoh, maka akhirnya ditemukan jugak dengan seorang lelaki 'saudara baru'.

Adik ipar aku adalah berketurunan campuran iaitu bapanya India dan ibunya Cina Hokkien dan mengikut budaya masyarakat Malaysia lebih popular disebut Cindian.

Keluarga aku bersyukur dengan perjalanan kenduri kahwin yang lancar dengan sokongan dari saudara mara, keluarga pihak lelaki dan kawan-kawan yang sporting.

Terima kasih juga diucapkan kepada kawan aku Nizam Jasni dan Sobri said yang banyak membantu kerja-kerja logistik.

Bagi pengikut blog aku selama ini sudah mengenali background keluarga aku yang terbuka dan tidak ultra koservatif melayu seperti yang dilemparkan sesetengah pengomen panas punggung di entry  Bersih 2.0 Pandangan dari jiwa marhaen yang menuduh aku berbaur racis dalam tulisan aku.

Aku saja tidak mahu take credit dan menggunakan kes adik ipar aku sebagai defend sebelum ini sebab bagi aku, it is not worth it untuk melaung-laungkan sifat anti racis yang mana ia adalah perkara normal dalam negara yang berbilang kaum ini.

Aku juga merasa sangat senang hati dengan pihak JAIS dan Jakim yang semakin lama semakin terbuka dengan pandangan Tajdid di mana bagi kes orang Mualaf tidak perlulah dibinkan dengan nama Abdullah, sebaliknya wajib ia dibinkan dengan nama bapanya yang asal bagi matlamat mengekalkan sahsiah dan susur galur keturunan. Sesuai dengan Firman Allah dan Sunnah Rasulullah.

Ini juga dapat memelihara hubungan baik antara anak dan bapak, walaupun berlainanan agama, namun hubungan anak dan ibubapa seharusnya tidak berubah selagi mereka tidak mengajak ke jalan kufur dan maksiat.

Sekalung tahniah kepada keluarga pihak lelaki yang secara jujur menikmati suasana persandingan mengikut adat Melayu dan Islam dan nampaknya mereka sudah melihat prinsip fundemental islam itu adalah luas, mudah dan bersikap menerima.

Selain itu, bagi tok imam/kadi dan saksi yang menjalankan upacara akad nikah juga sudah berubah cara perlaksanaannya, tiada lagi lafaz-lafaz yang menyusahkan seperti mahu membuli pengantin lelaki, sebaliknya selagi akad dan lafaz itu sudah berbunyi seperti penerimaan maka ia sudah jatuh sah tanpa perlu pun sekali nafas dan ayat yang rigid dan schematic.

Bagi diri aku sendiri, setelah sekian lama bergelumang dengan kerja kawin dan rewang sedara mara, aku makin melihat perlaksanaan islam itu semakin ke arah perlaksanaan yang syumul(sempurna/menyeluruh) dan wasathiah (kesederhanaan).


p/s nanti aku upload gambar kenduri kahwin lepas dah amik kat photographer, masalah line maxis broadband belum selesai jugak lagi, semalam aku buat eksperimen, online dalam kereta, cari spot 3g paling laju, rupanya 20 langkah depan rumah aku dah ada line 3g, nampaknya rumah aku termasuk dalam twilight zone, nanti kena buat surat rasmi suruh diorang cabut menara signal kedepankan sikit..huhhhh...



15 comments:

  1. jap lagi diorang mintak ko alihkan umah ko jauh sikit..

    ReplyDelete
  2. tahniah dapat adik ipor baru

    kalau gotong royong satu shah alam pun dengan rumah2 ko sekali boleh digalihkan =)

    ReplyDelete
  3. adik dah lepas.. Ni abang dok tunggu janggut kaler emas ker?? apapun tahniah sebab berjaya jugak ko jd abg ipar Nyah.. pasal line maxis ko tu.. Mak turut simpati (dalam hati mak gelak terkekek kekek) Takpe nyah.. ko kalau nak update ko draff dulu entri ko @ taip je secara offline.. pastu sesambil ko melangkah 20 langkah kedepan ko publish la...

    ReplyDelete
  4. tahniah! besar pahalanya tu. Semoga terus diberkatiNya.. :-)

    ReplyDelete
  5. hehe bersabar akan line maxis itu. rileks.

    Islam itu mudah dan sempurna. Sama - samalah mendalaminya ye dak? :)

    ReplyDelete
  6. tahniah utk adik,tak lama lagi dpt lah ank buah.kehkeh.

    er pasal line maxis memamg tak dapat nak cakap apa.haha

    ReplyDelete
  7. tahniah untuk adik ko weh..alhamdulillah dapat seorang saudara baru..bertambah lagi seorang umat Islam..^_^


    aku tak sabo nak tgk gambo kawen adik ko nih..cepat sket upload..

    ReplyDelete
  8. kira siap 20 langkah...

    muahahahaha...

    ko takyah mintak dorang cabut menara signal... request bubuh amplifier signal power2 sikit...

    untung juta2 tiap2 tahun takkan takleh customize signal amplifier kasik lagi mantap dan hebat... alaaa... beso mane la sangat shah alam tuhhh....

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah.. semua berjalan lancar...

    ReplyDelete
  10. tahniah dpt adik baru..eh adik ipor..=p

    pasal line maxis tu..senang2 ko bubar je maxis.ehehe(terus xonline kang)=p

    ReplyDelete
  11. muka adik ipo ko mcm india ker ,cina ker atau melayu..selalunya cindian mcm melayu..

    ReplyDelete
  12. cerita pasal akad nikah, aku rasa macam akad nikah omputeh sangat sempoi dan melibatkan dua2 belah pihak.

    ReplyDelete
  13. abang2 nya bila lagi..kekeke:P

    ReplyDelete
  14. demmm asal ko tak ckp ko ade adik ha??? cisss melepas sudah.....

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...