Selepas aku dah confirm jadi kekasih hati si Meknor, aku pun mula kelam kabut, berdebar, gelisah dan yang sewaktu dengannya.
" ishhh, apa benda yang aku nak buat bila dah kapel ni ye? bila nak start panggil abang-sayang ni?"
" ishh, ni dah jadi kapel ni, first sekali nak buat apa ye? erm,sms kat dia cakap I Love U kot"
Punya la aku kelam kabut nak beraksi jiwang masa dah kapel tu, konon-konon macam nak ikut standard template report thesis la.
************************
First date dengan Meknor ni bagi aku boleh dikirakan agak memalukan jugaklah, disebabkan aku ni suka menulis secara jujur tanpa edit semula scipt, jadi aku kongsikanlah apa yang terjadi.
Bagi aku, kalau setakat lepak makan sama kat cafe hospital Selayang tu, itu bukan dating namanya, dating adalah pergi shopping mall, tengok wayang, window shopping, makan kat foodcourt, berangan ada anak-anak yang comel sambil tersenyum tengok baby jalan terkedek-kedek.
" pergh, stereotype betul mamat ni, tak modern thinking lansung"
Selain itu, dating juga mestilah dimasukkan unsur-unsur romance. Samada makan bersuap acah-acah, atau makan bersuap real. itu manja yang amat, rasa macam bawak baby jalan-jalan pulak.
Dating pertama jugak akan menimbulkan suasana kekok semasa kali pertama nak pegang tangan sambil jalan bersama.
" ishhk macam mana aku nak pegang eh? nak silang jari ke, nak tekup terus ke, nak pegang tangan kanan ke kiri, nak mintak dulu permission dari dia ke? ke spontan je sauk tangan dia dan pegang buat tak reti?"
" Ishhkkk bila boifren aku ni nak pegang tangan aku ni, ke aku yang nak start dulu atau aku mintak dia elok-elok suh pegang tangan aku. atau pun biar je sampai dia berani nak pegang sendiri"
"Macam bodoh je plak rasa nak pegang tangan mintak permission dulu, tapi kalau aku sauk je kang kalau dia terkejut tarik tangan dia balik macam mana? mau malu aku."
"ahhh aku ada idea, apa kata aku buat-buat terlanggar tangan dia pastu bila terlanggar akan berubah menjadi main langgar-langgar, pastu kaappp.. tangkap terus pegang tak lepas-lepas sampai 5 jam berikutnya"
Dan ketahuilah korang semua, bahawa berpegangan tangan di antara lelaki dan perempuan yang bukan Muhrim itu berdosa hukumnya, dan segala yang berlaku sewaktu zaman kebodohan itu hanyalah satu kebodohan yang nyata.
Wahima budaya berpegang tangan dan bermesra ini telah menjadi Hipokrit yang Dikompromi tetapi jika ia telah menjadi salah maka ia tetaplah salah.
****************************
Masa tu aku takde kereta, aku hanyalah average student zaman awal 2000, kami semua naik motor, dan naik motor masa study adalah satu benda yang cool.
Pada satu hari, Meknor ajak aku gi dating dengan muslihat yang nyata. muslihat yang sangat licik. Dia tunggu aku ajak dating tak ajak-ajak, dia nak ajak terang-terangan malu pulak rasanya..maka..
"Awak, sabtu ni awak free tak? saya cuti tau jumaat sampai ahad, saya ingat nak balik umah kakak saya kat pantai dalam tapi malas plak nak naik bas"
" erm, kalau macam tu, saya hantarkanlah nak?"
" okey jugak tu, kalau macam tu, boleh singgah kat midvalley, dah dekat dah dengan umah kakak saya"
" Okey set, sabtu pukul 10 pagi saya ambik awak kat hostel k"
Masa tu aku pun dengan gagah dah kemaruknya bawak motor dari Shah alam ke Selayang, kemudian patah balik pulak pergi Midvalley ngan Pantai Dalam.
Punya la komited kan? pakwe berdedikasi katakan! kalaulah sembahyang jemaah kat Masjid Negeri 5 waktu sehari boleh komited macam tu, mesti sejuk mata pak imam tengok saf penuh sampai ke tangga.
Sebelum keluar dating, aku check la wallet aku, nak pergi dating nih, mestilah kena bawak duit, kalau tak bawak duit, takkan aku nak bayar makan dengan acara stripper? mahu aku kena tendangan padu maut nanti.
Tapi masa tu, aku selak-selak wallet ada RM30.00, isi minyak motor RM8.00, budget makan foodcourt RM12.00 per couple. belen ada la tinggal RM10.00, habis tu korang rasa macam mana aku nak bayar tiket wayang?
Tiket wayang masa tu, paling murah harga RM 20.00/2 seats, belum lagi campur duit nak beli popcorn dan air yang harga dia RM9.90 per combo pax. Jadi modal tengok wayang adalah RM29.90, sedangkan duit dalam poket tinggal lah merah sekeping.
Jenuh la masa tu aku duk serabut kepala nak pikir solution nak selesaikan masalah aku, nak gadai gelang silver, aku takde gelang silver, nak jual buah pinggang? lagi la luar logik akal. nak jual handphone? desperate ngalahkan penagih dadah.
Akhirnya aku dapat ilham, aku call bapak aku mintak tolong bank in RM50 dalam maybank aku. Bapak aku setuju tapi dengan syarat kena tunggu sejam, sebab dia ada hal nak selesaikan sebelum pergi bank. Jadi aku pun bagitaulah kat awek aku.
" errmmm awak, cerita best lambat lagi lah awak, apa kata kita gi jalan-jalan dulu nak? nanti petang-petang sikit kita beli tiket k"
" okey dear"
aku pun buat la acara Sa'ie dalam midvalley tu. dari hujung utara ke selatan mall. dari tingkat atas ke basement. Dari kedai tilam Getha ke Jusco, pusing balik gi tengok kedai jual baju kartun, pusing lagi masuk kedai jam Tag Heuer, konon-konon macam aku kaya sangat la, nak tunjuk kat awek yang aku ade high taste, tau branded item kan...
Tapi sebenarnya dahi berpeluh ada RM10 je dalam wallet, masalah nak beli tiket wayang tak setel-setel jugak. lastly aku pergi ATM cucuk cek duit. cucuk cucuk dengan harapan ada la RM50 bapak aku bank in, tapi kecewa, ada balance RM 11.20 je.
Itupun gigih woi, cucuk jugak duk tekan kot-kot kalau boleh keluarkan RM10.00, mana mau nye!!!!
"Maaf baki anda tidak mencukupi untuk transaksi ini"
Aku call balik bapak aku, bapak aku cakap dia terlupa nak masukkan duit, dia cakap malam atau esoknya dia masukkan. Akhirnya mimpi ngeri aku menjadi nyata. Saat-saat dating foul yang pertama, macam mana aku nak selesaikan masalah aku ni..
Pastu aku bawak la awek aku ni turun floor by floor sampai satu tahap dia dah nampak jemu, dia pun tarik aku bawak gi depan kaunter tiket wayang. Dia ajak tengok wayang, dah penat asyik berjalan je katanya..
" haaa hambek kau Zulfikar, nak dating sangat duit ada 30hengget, bapak hantar Universiti suruh belajar, bukan sibuk bawak anak dara orang berjalan tak tentu hala.. nahhh rasakan!!"
Masa tu aku pasrah, detik demi detik berlalu amat perlahan, makin aku merapati kaunter tiket, satu persatu kapel berlalu lepas beli tiket..giliran aku makin hampir. aku makin lihat bencana merapati aku.
Aku dah bayangkan aku akan malu bila buat adengan 'korek-korek wallet duit takda nak bayar tiket wayang kemudian cancel tiket'. Aku dah bayangkan muka aku senyum kambing, sengih macam kerang busuk sambil tengok awek aku hilang keyakinan kepada aku.
Sampai satu tahap, aku dah tak mampu nak tahan rasa nervous lagi, aku pun menggunakan skill aku yang paling berharga iaitu berterus-terang!
" ermmmm Nor, sebenarnya kan, dari tadi lagi saya nak tengok wayang tau, saya dah penat nak jalan-jalan sebenarnya"
" habis tu, kenapa yang awak bawak saya jalan-jalan pusing satu midvalley tadi?"
" Tadi duit saya dah overbudget, saya ada RM30 je, dah lepas guna isi minyak motor, makan, semua tinggal RM10 je, so tak cukup la nak beli tiket wayang"
" Then???" (Meknor peluk tubuh sambil pandang daring kat aku)
" Then, saya call la bapak saya mintak tolong bank-in RM50, sementara nak tunggu duit masuk tu yang saya bawak awak jalan-jalan tu"
" Pastu?"
" Bila saya check tadi kan, saya tengok duit tak masuk pun lagi, jadi saya gabra la, rupenya bapak saya nak masukkan malam ni plak kata dia"
" Tu la, lain kali jangan nak ego sangat, jangan nak tunjuk hero sangat, sumpah saya cakap, dari awal tadi saya memang niat nak bayar tiket wayang ni, saya tau awak dah belanja makan semua kan, so saya la beli tiket wayang"
" Haaahhhh? ala, kenapa tak cakap awal-awal tadi?"
" belum sempat nak cakap saya tengok awak dah kelam kabut tak tentu pasal"
" hehehehe biasa la, lelaki wak, malu la kalau takde duit, pastu nak guna duit awek malu, malu malu malu"
" apa awak dapat kalau malu macam tu? kan dah separuh hari tawaf midvalley"
" hehehe"
" okey, jom beli tiket, dah sampai turn"
" ishhhhhkk.. ni yang sayang awak lebih nih"
" gaaaaaaaaaatal"
hahahaha.lelaki memang.ego je lebih.kehkeh.
ReplyDeletep/s : haha,ala tulis lah tulis lah.kehkeh
aishh..rasanya macam kena sambung lagik je ni!
ReplyDeletelelaki lelaki sekelian..sebenarnya tak semua perempuan masa first date nak lelaki yang bayar semua.(eh,yeke tak semua?)
sebab masa first date ni lah nak tunjuk yang kita ni (orang perempuan) ada sikap toleransi,kira hipokrit jugaklah tu.
Boleh dikira sebagai hipokrit yang kompromi ke?
Elyana : a'ah lelaki memang ego...
ReplyDeletep/s insyallah saya akan tulis.
Norinaomar : ehehehe, ala..kena sambung lagi ke ni? nanti ending tragic kang? hehehehehe
kita paham yang perempuan pun nak bayar, tapi sperti yg cikgu ckp,
IA ADALAH HIPOKRIT YANG DIKOMPROMI!
:)
hahahaha..agak sama ngan kisah kami yg lain..lelaki ego..so moral of the story,kalau nk dating,dating ujung bulan..Boleh gitu??hehe..
ReplyDeletehehehe..tu la ego lagi..:P
ReplyDeleteargghhhhh! gila ah cite kau! rase macam aq pon masyuk dalam kesah kau ni! aq baru je bace tiga2 episod hari ni.. memang superb ah bro! thumbs up!
ReplyDeletep/s:mau kalah Hlovate ni~ngehngeh
woit ikar... bila kita nk "dating" nie.. hahaha
ReplyDeleteasyik postpone jer.. v;P
bhahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaaa...
ReplyDeletelawak la weyy.. aku tak henti gelak baca entry ko nih sampai mak long aku pandang pelik kat aku sbb gelak sensorang, poyos, xde duit sebok nak dating.. hahaha
awat xcrita pasal p dating naik bas tue..lagi menarik ikar. hehehe awek dok tunjuk2 keta hint soh ko bawak keta..hehehehe
ReplyDeleteErnie : kalau nak dating, hanya bila ada duit, kalau takde duit. bawak bekal mangkuk tingkat :)
ReplyDeleteFayad : ego dan lelaki tak dapat dipisahkan :P
Bloger glew : TQ.. Hlovate tu sape?
AD : tunggu citer wyg best ok! :)
Jue : ammmoihhh kau ni jue.. kan main lagi kalau dapat gelak yeee
Nizam Jasni : kena cerita ke pasal tu? hahaha
Nyah sampai 1 tahap ko terpikir nak jual buah pinggang tu mak tacing, Nok... kalau la ko boipren mak masa tu confirm la mak reject time tu.. yelah.. takut mak dpt laki krg 1 buang pinggang semata2 nak beli tiket wayang. wakakakakakakaka :D
ReplyDeleteahahh... apsal eh asal dating je mesti kat shopping mall pastu tengok wayang...
ReplyDeleteaku, first date duluuuuu... dier datang umah kot ngan makcik dia semua bercuti ke negeri aku. wahahahh...
pastu ex2 aku yang selepas2 tu... first date semua setakat jumpa tak sampai setengah jam... sebab aku malas nak kuar lama2... ada je la alasan aku bagi... nak kena cepat la sebab ada hal itu ini... dah alang2 dia ajak kuar kan sekali harung je setelkan hal aku... konon2 laa... tapi, orang offer nak hantar aku tanak... hahaha...
first date aku paling adventure adalah main snooker. aku la menang. apa ada hal kan...
hahahahahahahahaha...
ReplyDeletegelak guling2..
kalo aku jd meknor tu..
ajak balik terus..!!
hoi..kejang pipi aku dok tersengih dari awal pembacaan smpai habes..lawak oi..
ReplyDeletekalau aku jenis tak kesah share sama2 duit makan ke wayang ke..kalau die blnja aku makan, wayang aku belanje la..takkan tu pun nak berkire kot kan..kata sayang..;p
aduyai...malu wei...hahaha.tu sebab la aku tak nak bercinta zaman belajar dlu...nagbis duit mak pak jo...huhu.
ReplyDeletep/s : lmbt baca entri ko. sebab entri ko tak pernah jumpa lagi yang ringkas dan padat...jadi mengamik masa y lama untuk dibaca dan dihadam..ni baru jumpa kesempatan nak baca...ape2pun mmg berbaloi luang masa nak baca..,.keep ur style..berjela pun berjela lah...janji best..
"bila la nk pkai duit u buat beli tiket wayg i.."hehee
ReplyDeletenoty statement,aBaikan!
oke la tu . aku pena date dgn sum1 , ade patot kalo ak nak minum ak baya sendri . duid minyak keta pn aku yg kena suppot . mmg teruk22.
ReplyDelete