Semalam hari jumaat, hari yang sangat padat aku lalui. Disebabkan masalah sijil kesihatan untuk pengeksportan produk ke china yang masalahnya berbolak balik membuatkan tidur malam aku tak lena.
selalu je kadang-kadang aku tengok orang yang kerja rencam, aku berdialog sendiri atau dengan Ijam
" Jam, best kan kalau aku kerja macam tu, tak payah nak bawak masalah kerja balik rumah nak pikir sampai tak tidur"
" memang la jep, tapi diorang pun pikir best kalau dapat duduk dalam Opis besar ada aircond mcm kau tu jep"
" eh ye tak ye jugak la Jam, aku ni nak mengeluh-ngeluh pulak, penat weh kerja macam dorang, bersyukur2"
********************
Fikir punya fikir membuatkan aku tidur barang sejam dua je, awal pagi dah terjaga sebab panik nak meeting dengan Inspektor kesihatan Klang dekat Taman Botanic.
Lepas dah mandi dan sembahyang subuh, aku siap-siap awal pagi sebab memang niat nak tangkap IK sebelum dia keluar buat inspection serata klang, sebabnya sehari sebelum tu Staff dia dah pecah lubang yang bos dia akan keluar awal pagi sebelum pukul 9am ke kilang untuk ambik sampel.
Sepanjang perjalanan dari Shah Alam ke Klang, aku asyik dok fikir dan berdoa Mr bob akan lembut hati sign sijil kesihatan tanpa lawatan semula ke kilang. Sambil berfikir sambil tenung kit kat dekat seat sebelah. nampaknya sarapan aku pagi ni Kitkat-M.nasir berlakon-jadi hang tuah-berlakon jadi M.nasir-beli kitkat.
Dari pagi lagi lepas aku mandi tu, dada aku rasa tak best, dup dap dup dap dup dap, aku ni hypersensitive sikit bab-bab mcm ni, walaupun aku ni separa skeptical person tapi aku masih percaya sense aku. rasa tak sedap hati ni mesti ada benda tak best nak jadi.
Sampai dekat persimpangan Banting-Klang-Perlabuan Klang-wesport-flyover-atas KESAS, aku mula rapat ke lane paling kanan, sebab aku nak buat U-turn ke Pejabat kesihatan Klang di Taman Botanic. Bila aku dah rapat ke tempat nak buat U-turn, ada polis traffic suruh jalan terus dan buat u-turn dekat depan traffic light satu lagi.
Lepas je aku buat U-turn, aku semakin rasa tak sedap hati, aku masuk gear 2, masuk gear 3, sekali sampai dekat simpang pertama supposed to be U-turn tu, ada budak bawak motor yamaha lagenda kaler biru keluar melulu dari simpang trafic.
Aku tak sempat angkat kaki pijak brek pun, tak sempat angkat kaki dari pedel minyak pun, tau tau dah berdentum dengan motor tu, berpusing budak Yamaha Lagenda tu. Yang terpacul dari mulut aku
" Haaahhh!!.. Allah.. (3saat kemudian)......aisehman"
aku tak berhenti pun tengah-tengah inter-junction flyover tu, sebaliknya aku terus je drive cari tempat parking bahu jalan depan sikit. sebab aku paling benci manusia yang eksiden sikit tapi berhenti lane kanan konon-konon unsur drama nak publisiti murahan.
Bila aku dah benci takkan aku nak buat, jadi aku parking kat bahu jalan lepas flyover tu, aku keluar kereta, tolong angkat budak motor tu, carikan kasut dia yang dua-dua terpelanting dekat nak 10 meter jauh. bila dah sedar dari panik dan kelam kabut, baru la aku mula boleh berfikir.
2 polis trafic tinggalkan simpang diorang jaga, biar trafic light buat kerja, diorang meluru kat aku dan budak motor.
"Jalan punya besar awak pergi sondol motor tu kenapa encik?"
" eh sebenarnya encik, saya duduk lane kanan sekali tadi cik, budak ni yang keluar tiba-tiba"
Datang polis traffic satu lagi...
" Bukan kereta ni salah, budak motor ni yang keluar masa ko tahan tadi, dia tak berhenti, main keluar je"
Masa tu aku dah yakin 100% aku tak salah, dan aku memang nampak tangan polis tu lambai-lambai main road suruh jalan dan giliran budak tu memang tengah berhenti.
Mula-mula nak setel sendiri masing-masing tak payah buat report, tapi lepas calculate damages, mau dekat nak RM 500..polis Trafik cadangkan kami masing-masing buat report terbabas supaya claim insuran masing-masing.
" mana boleh dik, bukan saya salah, kalau saya claim insuran sendiri rugi la NCB saya dik, saya mana pernah claim lagi, dah 40% dah tu kot dik"
" tapi abang buat U-turn tadi"
" kenapanya kalau saya buat U-turn? yang awak jalan jugak polis suh berhenti kenapa? awak tak tengok kiri kanan dulu ke?"
" Habis tu macam mana bang? selesai macam mana?"
" entah, tapi polis tu cakap awak salah tadi, macam ni lah, tak kiralah macam mana cara nak setel, tapi kesimpulannya aku taknak keluar satu sen pun nak repair kereta aku"
" kalau nak setel berapa bang?"
" Bumper ni 150, tu pun halfcut, lampu satu set RM100, fender ni tak kisah la boleh ketuk cat balik, tu pun mau dekat nak 100, tup tap tup tap, paling kurang pun RM 400"
" alah bang, motor saya pun teruk gak tu bang, nak repair lagi, saya dalam wallet pun ada RM100 je bang, takkan tak boleh kurang lagi bang?"
" macam ni la dik, ko tu dah teruk eksiden, luka..apa kata kita gi hospital dulu, lepas dah tenang semua, baru kita fikir nak setel macam mana."
dalam masa 15 minit lepas tu, datang la rombongan cik kiah kat situ, dah macam ada pesta keamatan pulak aku tengok. Mak, Ayah, Abang, kakak ipar, supervisor kilang, kawan kilang dia 3 orang, polis trafic 2 orang.
rupanya budak tu baru nak balik kerja dari shift malam, ngantuk sangat gamaknya, rumah dia dekat sangat dah nak sampai, agaknya dah hilang fokus, tu yang tak sabar main langgar je Trafik tu.
Lepas rombongan budak tu dah berlepas ke Hospital Klang, aku pun terus jumpa Inspektor Kesihatan untuk meeting, nasib aku baik dapat tahan dia dekat opis sebelum dia keluar buat kerja, lepas dah bincang merayu semua bagai, tapi dia still takde tolak ansur, tetap kena buat lawatan semula.
Selesai kerja dekat Office semua, aku bergegas ke balai polis trafik Klang buat report eksiden tadi ditemani Sobri. Eksiden pukul 8.30 pagi, report pukul 6 petang. Sarjan Kasim tegur aku, aku jawab elok-elok.
"Sarjan, saya memang nak buat report pagi tadi lagi, tapi mangsa dengan keluarga mangsa berkeras taknak dan nak bincang selesai sendiri tanpa report"
" owhh, bukan apa, kalau awak report awal, saya boleh pergi tempat kejadian, tangkap gambar kaca selerak mana yang patut, baru boleh buat keputusan kes"
" takpe sarjan, sarjan punya staff tadi ada 2 orang dekat tempat kejadian, diorang nampak semua, diorang yg jaga trafik pagi tadi"
lepas dia dah contact koperal tanya situasi kes, dia pun ckp keputusan akan keluar sehari dua lagi sebab dia nak pergi lawat budak motor tu dulu kat ward, sakit pinggang katanya.
" ermm, zul..awak nak claim insuran sendiri ke kereta yang rosak tu?"
" saya mana boleh claim insuran sendiri, kereta saya Third party sarjan.."
" betul jugak tu, mana boleh claim, habis tu macam mana?"
" saya tunggu keputusan kes dari sarjan la, kalau saya salah, saya keluar duit poket sendiri la bayar repair, kalau keputusan tunjuk budak tu salah, saya amik result report claim dekat insurance budak tu la sarjan"
" eh, awak tau ye detail procedure report ni?"
" banyak pengalaman dah sarjan"
Kalau korang nak tau aku dah involve dengan banyak sesi report kes eksiden sebelum ni, setakat ni aku tak pernah kena saman dan tak bersalah, semua salah orang langgar aku. kes-kes yang aku pernah report,
a) Mercedes Benz aku kena hentam bontot dekat federal highway, pastu depan melompat cium satria neo.
b) Mazda 3 aku kena sapu dengan bas ekspress masa parking tepi jalan dekat bawah office, habis bontot ranap.
c) Adik aku bawak kereta brek rosak langgar bontot wira dekat Higway Kesas tol sunway.
d) aku report ganti abang aku dalam kes Mazda 3 aku yang total lost pasal abang aku punya lesen mati. Klik SINI
Apa-apapun, semuanya insyallah baik-baik belaka, kereta rosak boleh repair, nyawa lebih penting, budak motor tu tak kronik dan sihat alhamdulillah, aku ingat tadi macam dia dah hilang nyawa dah, berpusing aku tengok melambung. Mintak-mintak pinggang dia tergeliat je bukan tulang retak.
Tapi kesian dekat kereta Toyota Corollah tua aku ni jugak, ni eksiden pertama dekat tangan aku, pecah dara nampaknya.
*******************
Dah selesai semua, aku balik dengan rasa bebal di hati pasal rasa macam semuanya tak menjadi hari ni. Tapi pikir-pikir balik, benda dah nak jadi, kalau duk pikir banyak-banyak pun bukan boleh undur masa, redha je la.
cuma bila balik, aku boleh tersenyum happy, sebab eksperimen aku selama ni membuahkan hasil, sambil tersandar dekat sofa tengok tv, aku bukak envelop satu persatu. Banyak statement bank dan kad kredit dari surat cinta.
tapi bila bab bukak envelop yang last, aku mampu tersenyum riang. At least ada jugak kemenangan untuk aku hari ni....
p/s 1 nak belanja semua pembaca blog rasa hati, kot nak bayar roti canai sorang sekeping pun tak lepas, apa kata aku balas dengan kesungguhan aku menulis untuk korang semua... aku menulis bukan semata-mata nak duit Nuffnang, ni jujur aku ckap ni, kalau nak cari duit makan, baik aku harap gaji kerja aku, tapi duit nuffnang ni menunjukkan kebenaran bahawa menghabiskan masa depan PC tulis blog itu memang boleh datangkan duit. aku selama ni rasa ragu-ragu jugak.
p/s ii next entry la aku cerita pasal 'aku dan blog' ye.
p/s iii Alhamdulillah, Subhanallah, Mashallah kalau boleh jangan lekang kat bibir, Kawan aku Adel Jeddah yang ajar aku.
xdapat belanja orang lain..
ReplyDeletedapat belanja aku sorang pun cukup sangat2 da..
aku jadi wakil yeeee~~
alhamdulillah takda ape2 kan kau dan penunggang motor tu..
alhamdulillah dapat rezeki..u deserved it.
ReplyDeletedan alhamdulillah ko dan budak tu tak pape..
aku punya kes eksiden tu pun dah setel..
Wahhh..rezeki menyambut ramadhan, syukur alhamdulillah...boleh tukar kete kan mcm tu..:-)
ReplyDeletesalam perkenalan. 1st time mama singgah sini
ReplyDeletebaguslah u dh ada experience. mcm mama ms terlanggar orang, gelabah panik..tak report polis..padahal org tu yg salah sebab masuk jalan 1 way kan.
tak pasal2 melayang rm600..kalau report, tak de lah kena keluar cash cmtu kan. at least saman ke..baru 300..
huhu..dugaan betul masa tu :(
aku pun same, sixth sense kita kuat ar, klu hati rasa semacam, memang ade benda tak best jadik..
ReplyDeleteok, pasni klu jadik pape kat aku, aku nak mintak tlg kat ko.. haha, sbb aku mmg fail bab2 ni, roadtax pun abg long aku yg setelkan.. hakhak
aku gisau giler klu terlanggau org, kot2 le terlanggau samseng kang, naye haku.. aku dh le penakut & kuat menangis.. haha
alang2 ko tulis besau2 kat wall aku ajak pegi pasar malam... apa kata blanje aku je kat pc fair...
ReplyDeletewakakaka...
bese ah slalunye 6th sense kite btol...
tapi ape bleh buat kan bende da jadik... mujur gak budak tu takde apape sangat...
sian keta ko... hehe...
panjang lebar mak baca kisah ko Nyah alih2 cek Nuffnang jugak ko attach kat hujung2.. sama2 la Nyah. Mak pun br sekali merasa dpt cek dr Nuff ni. Tp mak x kisah.. walau org lain ribu riban dah cash tp mak ttp tulis blog dgn kupas kupis & hot & spicy tu
ReplyDeleteTahniah dapat cek tu. ehem!
ReplyDeleteKalau sesape ade masalah kes kemalangan,boleh kontek En Zul yg berpengalaman luas ni.. :-)
peh menarik betol kes eksiden tuh..nasib baik xde pape..dah lali tgk kes eksiden kat ward haritu ..huhu...
ReplyDeletedapat betol eh?ingtkan depa auta je psl nuffnang..hawhaw...:D
banje mamy... *tetibeee*.... semalam kol ingat nak banje maman tp org tuh tak angkat... xpeee takdok rezki kamoo ekkk.... heheheheh :D
ReplyDeletenak ice ceram mcd!!!
ReplyDeletedpt cium pon jd la..
ReplyDeleteerk..bkn cium i,cium cek tuh..hehee
pergh, aku baca dari awl sampai akhir, tapela, asalkan kau selamat. dah selamat belanje ar aku cool blog. kita kan sedare. kan?
ReplyDeletedemmm pjg cite ko, tp aku leh habiskan.... hahahaha.... bapak aku pnh ckp... kita takyah la nak tunjuk terer kat jln raya, sebb kite sume nie same jer... kalu kite tak langgar org, org lak yg langgar kite.... kan2?? ati2 bro... aku syg g kat ko.. hahaha
ReplyDeleteaku ikut azeya, nak coolblog gak boleh? HAHAHA
ReplyDeleteMisssenget : jangan tamak... heepp tak baik..kongsi ngan adik2 cekelat tuuu.. :)
ReplyDeletenoi : alhamdulillah, pissttt sambung cerita budak comot tu weiii
Mat Gebu : Alhamdulillah, sokongan dari ko jugak mat...
Mama : ha tu la, ramai gak kawan mintak nasihat mcm mane nak setel kalau ade kes eksiden, kalau rosak sikit setel sendiri ikut sapa salah. tapi kalau rosak teruk takde guna setel sendiri, baik claim je.
Jue : lagi kuat ko nangis, lagi org kesian jue.. ko ade dejavu tak selain 6thsense?
Aslina : pc fair? beli apa? mouse pad ok? wakakakaka
Suria lekat lekit : tapi ko otai nyah, cek nuffnang takde tapi exybite ade, heartbeat ade.. tinggal innnity je belum pacak kann
Blog tip kurus : ahahah kena buat entry mcm mane nak ajar buat report lepas nih haha
Alexa : lama tak nampak, bz kerje ke doc?
dapat betul, aku selama ni eksperimen la, nak tengok mcm mane gaya boleh dapat duit blogging nih.. alhamdulillah.
JM: ala,semalam banyak masalah, mood semua ilang ..sorry mamy
Puteri kinkies shizuka : apa salahnya kalau cium u punnnn~~~ :P
Cik Azeya : cool blog tu menatang ape wei? hahaha
Petai : tu aku setuju, tak kita yg wat salah, org pulak yg hentam kita.. cisss
Haikal : sekali lagi....coolblog tu ape??? hahaha
klu org kesian xpe, ade yg xthn, bg penampar free lak kang.. haha
ReplyDeletedejavu ada juga beberapa kali, tp tak byk ar, tak silap aku, ade 3,4 kali je sepanjang aku hidup.. hakhak
tp 6thsense aku kuat la wey.. siyes, kdg2 aku takut giler, klu tak sdp ati, aku buat2 hepi.. taknak terima kenyataan.. takut sgt.. tak putus2 aku doa, kot2 la jadi ape2 kat family aku.. huhu
tp bagus gak kan klu 6thsense kuat, kita bole berhati2 sebelum benda buruk berlaku.. hehe
Berderau darah aku ko call pagi2 cakap excident..
ReplyDeleteSeb baik skit je..
xpe jep..
Corolla ko tu keras..
klu wira xpn nk contoh mahal skit honda accord..
aku penah tengok terbarai bumper..
kne 'touch' skit je dh barai..
hahahaha
Terima kasih sebab b'sungguh2 menulis. Saya pun sungguh2 membaca. haha.
ReplyDelete