Sebenarnya banyak benda yang tergolong dalam nasihat ni, tapi ni aku nak cerita pasal 2 perkara dulu yang rapat sangat dalam kehidupan aku sendiri.
topik kita pada hari ni adalah "Jangan mengaku tahu kalau tak tahu" dalam post entry kali ni aku nak cerita 2 je, sebab pembaca aku dah vote supaya aku tak meleweh-leweh sangat dalam menulis.
sebelum pergi ke 2 perkara tu, aku tau korang akan ckp banyak benda yang berkait dalam "jangan mengaku tahu kalau tak tahu nih contohnya :
- Jangan mengaku tahu masak kalau sebenarnya taktau
- Jangan mengaku pandai hukum bidaah kalau taktau
- Jangan mengaku pandai menjahit kalau tak tahu
- Jangan mengaku pandai tulis blog kalau hanya pandai tipu
- Jangan mengaku pandai nyanyi kalau suara macam tercekik tauhu
Eh banyak lagilah kalau nak tulis, Mau sampai lepas raya tak habis aku nak listdown benda ni semua. Tapi bagi aku ada 2 perkara yang harus "jangan mengaku seperti tahu", terus terang je kau tak tahu kalau memang taktahu.. sebab apa?
sebab 2 perkara ni kalau pandai-pandai mengaku tahu nanti akan membahayakan nyawa, samada nyawa sendiri atau nyawa kawan-kawan kita.
********************
1) Jangan mengaku pandai drive kereta manual/ motor ada clucth kalau anda sebenarnya tak tahu.
Berkatalah benar walaupun ego tercalar!
A) Dulu aku sendiri yg buat benda tak senonoh ni, malu la konon dah besar-besar nak mengaku tak pandai driving kan?
so bila aku tidur rumah kawan aku, kawan aku mintak tolong alih wira dia, dia nak keluarkan Honda stream abang dia sebab nak pergi kedai.
aku pun tak ckp yang aku tak pandai drive, aku masuk gear reverse, aku tekan minyak macam masuk gear 2, nasib baik aku tak hentam Honda stream abang dia, kalau tak, habis kereta remuk, poket koyak, muka pecah.
itu pun kira nasib baik je la, sebab punya la aku ni tak tau drive masa tu kan, sampai aku lupa nak lepas handbrake masa nak jalan..Memang nasib baik la, engine mengaum gila. tapi kereta jalan berat, macam mana pun panik la sebab tersengguk macam nak melompat! kalau tak?
"sakit dapat, malu pun dapat"
B) Tapi kawan aku sorang tu bernasib malang, dia ni mamat EX5, tak pernah bawak RXZ, tapi bila kawan mintak tolong gi kedai beli rokok, dia dengan nerves-nerves egonya, startlah engine RXZ bikin tu.
Dengan niat nak tutup nervous dia, dia remp motor tu kuat-kuat sambil buat muka sengih kerang busuk.
Wreeeeppp....Wreeepp... Wennggg wenggg.. wraaappp wrapp wrepppp wreeeppp... prepppp Ke Parit
Meloncat-loncat RXZ tu macam kuda, dia lepas clutch macam mana tah, RXZ tu lompat sampai masuk parit besar standard taman perumahan. Habis ranap duit dia RM700 ganti cover set dengan sepit udang. aku ingat lagi RXZ tu kaler Ungu2 biru. sticker putih. apa jadi kat kawan aku?
"sakit dapat, malu pun dapat"
*********************
2) Jangan mengaku tahu berenang kalau sebenarnya anda tidak tahu
Jangan sesekali korang menipu yang korang tau berenang, lagi haru biru kalau korang ckp korang terer berenang. Sebabnya banyak, salah satu adalah masa kita pergi piknik dengan kawan-kawan ada adengan kawan-kawan main-main berlakon lemas kan?
Berlakon lemas tengah laut, lombong, sungai dsbnya sebab nak seronok-seronok buat kawan lain panik.
" Azmi..Azmi ..cuba tengok Wan tu kat tengah laut tu, dia lemas laaa"
" aahhh lemas ape, dia main-main je tu, macam aku taktau, ko tak dengar ke dalam kereta tadi dia ckp dia terer berenang?"
" A'ah la Azmi, ermm biarlah dia, nanti dia penat, dia berentilah berlakon lemas tu kan, jom kita sambung makan karipap sardin nak tak? " (apsal dialog ni tanpa sengaja membuat watak menjadi seperti lelaki lembut? bygkan dia tengah duduk bersimpuh sambil menghulurkan karipap sardin kepada azmi)
Korang dah nampak dah bahana yg akan menimpa korang? kadang-kadang kita tak pandai berenang, kita lemas betul-betul kat tempat dalam, tapi disebabkan kita dah poyo-poyo mengaku terer berenang membuatkan orang tak percaya kita tengah lemas, orang ingat kita main main.
Sebab yang lain adalah. Masa piknik mandi manda, ada jenis kawan yang suka pedajal kawan lain tolak dalam air, atau benam kawan yg tengah berenang.
Tapi org yg suka pedajal kawan ni masih ada code of conduct, sama sekali tidak akan pedajal kawan yang awal-awal serender mengaku tak pandai berenang.
Tapi bila ada sesi interview dalam kereta, korang gi mengaku sungguh-sungguh plak korang terer berenang, ego sangat malu nak ngaku tak reti kan?
Jenuh nanti woi kalau kena benam dalam air dalam kat sungai tu. menggelupur nak tarik nafas, duk kayuh kayuh tak timbul-timbul, kuak punya kuak tak timbul-timbul, mau kenyang minum air sungai.
Teringat aku zaman kecik, bapak aku selalu berlakon jadi ikan jaws berenang tangkap kaki aku masa mandi laut. dan disebabkan tu jugak aku terus boleh berenang. sikit-sikit la, tak terer pun.
Dulu kami pergi piknik dekat Air terjun Gabai, dalam kereta, sebagai orang yang caring dan sayangkan kawan-kawan, aku tanya dulu diorang :
"ada sape-sape yang tak pandai berenang?"
semua senyap je, tapi aku tau Shahril Husin terer berenang, sebab aku pernah berenang dengan dia kat swimming pool uitm. pastu aku tanya la Zachary (Zachary bukan nama sebenar ekkekekeke)
" woi Zachary, ko pandai berenang tak?"
" eh ikar, aku pandai berenang weh, aku selalu lepak hotel ngan family aku, selalu berenang kat swimming pool tu, boleh la kalau nak seberang pool tu"
Sebenarnya Zachary hanya bermain dengan perasaan diri dia sendiri, pool hotel bukanlah hapus (dalam tak jejak), jadi, bila kau dah penat stroke swimming, ko akan berdiri tengah-tengah pool tanpa ada rasa desperate untuk survive.
Bila sampai kat air terjun gabai, tengah elok-elok semua orang berenang, Zachary peluk tubuh kesejukan atas batu di tebing tempat yg dalam. aku bengang la tengok orang peluk tubuh atas batu tepi waterfall kan, apa barang, nak peluk tubuh gi lepak sogo la kan.
aku tolak Zachary, dan hasilnya Zachary lemas di tempat yang dalam tu, lemas yang sangat real, nasib baik ada Shahril Husin tengah bersenang lenang mengapungkan diri melayan kentut di dalam air.
Zachary peluk, paut bahu Shahril dan benam dia sampai ke dasar, sebab dia telah melaksanakan rutin autopilot survival. kalau ada ranting reput pun orang lemas dapat capai dia capai jugak beb, kalau dapat rambut pun dia bleh renggut buat taktau je.
tindakan luar kawalan yang buatkan dia sambar apa saja. nasib baik semua orang selamat masa tu, walaupun shahril 2 kali kena benam dan suku baldi air dia telan.
" woi Zachary, apsal ko lemas? tadi aku tanya ko ckp ko pandai berenang"
" Ehehehehhehe, aku mana terer berenang kat sungai!!! swimming pool hotel boleh la ikar!!"
P/S aku ingatkan entry bersih 2.0 berhenti setakat 590 LIKES je semalam. hari ni aku cek, tengok dah 926 likes, adakah akan terus di 'like' sehingga mencecah angka 1000? wallahualam, nanti esok tengok la.
benda no.1 tu... aku pon tatau... hahah... aku bleh bawak moto... tapi moto mcm biasa2 je ah... ada clutch aku tak reti... skuter lagi la aku kekok... hahahh...
ReplyDeletebenda no.2 tu... nak kata terer... tak ah terer sangat... tapi asal boleh terapung pastu bleh berenang side dari hujung kolam ke hujung kolam tu orait ah kan... gaya bebas pon aku tak reti apatah lagi nak selamatkan orang... kang 2-2 tenggelam.
Aslina: ehehe, kalau mcm tu, nanti kita piknik aku tolak kau kat tempat dalam, tapi dalam keadaan berjaga2 la kan.
ReplyDeletewehh, ko nek motor ape weh?
honda wave 125s jek. bernama jonny. wakakakaka... cam gampang kan siap ada nama...
ReplyDeletesuka2 hati je nak tolak aku kat tempat dalam.
weh. ada ke sungai yang dalam? kat sini taman rimba penang tu paras pinggang je kebanyakkan. tu pasal abang aku suka heret kitorang semua pegi pisa. koman2 pon aku duduk kat tempat 1.5m je. rasa insecure plak kalo kaki tak jejak dasar bile da malas nak berenang walaupon bleh terapung.
hahaha..lagi lagi masa interview,,bila penginterview tanya soalan..pung pang pung pang hentam gebang padahal memang taktahu,sekali kena hentam balik terus terkebil-kebil macam tertelan taik cicak..haha
ReplyDeletepadahal penginterview akan ok je kalau kita kata tak tahu atau tak pasti.=)
Betul tak kata saya ni encik Ikar?
p/s:aku jadi konfiden kalau berenang kat tempat yang jernih airnya,boleh gitu?
Norina Omar : eeeeeeeee berenang tempat jernih nanti kencing nampak kuning.. wakakakakaka
ReplyDeletetapi tempat cloudy takut ade rasaksa bawah air kan kan...
pasal interview tu betul2... masa jawab kan main lagi pung pang2... bila suh buat kerja, tekan mesin potocopy pun taktau... ciissss
Aslina : uiyyooo 125 wave honda.... teringin arr nak nek motor ngan awek kan, tapi aku duk kat raga depan, pastu kena peluk takut jatuh kan kan kan.. eeee besnyeeee...
tah pape bagi nama kat motor... 1.5 meter??? errm bagi aku tak hapus lagi tu.. nak ngelat la tu kannnn
tinggi aku ah tu... ahahahah... sebab tu ah aku kat situ je... abes2 berani pon aku pegi ah sikit kat 1.6m... lagipon 1.8m tu takde shade... petang2 matahari terik *alasan*
ReplyDeletehoh... muat ke ko duduk dalam raga? anak buah aku yg 3 taon pon da tanak duduk dalam raga kat depan tu ko tau tak?
nanti aku sambung komen lain. nak siap2 pegi keje. ahahaha...
benda kt atas yg ko listkan semua aku xreti buat..
ReplyDeletedah laa...
bye..
Miss senget : ehhh kan orang johor pandai jahit?
ReplyDeleteala.. belajar la bawak keter manual. nanti leh la aku tumpang manje bila gi kluang.. ko leh bawak, aku duk sebelah sambil makan coki2.. :)
hahaha.motor ada clutch tak pernah bawak sampai sekarang.naik motor biasa je.dulu taknak naik ksuter rs mcm lemah lembut je tp bila dah baik best lah naik skuter cuma takleh rempit.hahaha
ReplyDeletedah kekok nak bawak manual.haha
kalau tak pandai berenang ms kecik kecik mesti tak suka ikut bdk laki mandi sungai.hehe
nin : dulu saya bawak keter auto... pastu keter total lost, bawak keter manual...
ReplyDeletebila bawak auto balik, mesti kaki kiri pijak angin cari clutch hahahahaha
hahaha.sama macam kakak saya.dah bawak manual bila balik kelantan suruh sy jd driver dia kata tak boleh bwk auto.hehehe
ReplyDeletehihi.....=)
ReplyDeletejgn mengaku hensem kalau tak hensem..<--aku la tu..=)
*pemenang digi wow award tu top 5 tak kira undi dah...DIGI yg pilih..utk top5 tu jer undian,
tgk artis cukup dah, perempuan stacy boleh kalahkan siti,lisa surihani...?? lps tu artis lelaki si cina mana menang kalahkan,paknil,faizal tahir,aizat...logik ker..??hee
sungai gabai?? bhahaha...lama gila aku tak mandi kat sana... ada orang pernah mati lemas kat situ...
ReplyDeletegila ah aku selalu mengaku reti bwk kereta pdhl tk reti. auto reti ah manual harammmmmmmmmm. auto pun aku dah lupa sbb dh lama gila tk bwk T_T
ReplyDeleteaku nak amek lesen lelaju. lepasni aku nak update entri 'WOI AKU RETI BWK KETA AUTO MANUAL WOI'. sadis.
memang ada member yang berlagak reti bawak tapi hakikatnya menjahanamkan motor itu dengan menyeret sesuka hati di tar jalanraya. terbaik.
ReplyDeleteWOOH! seksa woo kena tekan dengan orang lemas!! aku pernah kena tekan, kayuh habis pun mata je timbul. Boleh budak tu peluk bahu aku, mana gaya aku nak berenang!
aku terajang dia dalam air, aku tarik nafas, aku toleh, dia dah kat tepi. kuat jugak aku terajang rupanya. HAHA
kalau hanya tahu makan tauhu jgn mengaku tahu buat tauhu.. kan Nyah. Bila org kutuk, mula cr kelebihan diri yg takde kena mengena dengan isu yg org kritik utk membuktikan dia pun hebat. walau benda tu dah mention berpuluh kali dlm entri tetap la dia nak sebut bagi sampai berjuta kali. Dari kagum rasa muak pula org baca.
ReplyDeleteIsu bersih masih hot nyah.. ko jgn terkejut kalau blh dpt vote 'Like' cecah 2k nanti. Even entri bersih yg telah di propaganda kat entri mak pun still mendapat views yg byk smpai skrg walau org tak vote like pun. bermakna org masih mencari & membaca pasal isu tu.
hahahahha..hambek..jgn nak jadi bodoh sombong..x baik taw..
ReplyDeletesaya tau bawa kete manual dan auto..
saya tak pandai berenang..
saya reti masak sikit2 jek..
saya manusia yg lemah..
sekian..heheheh
ok la aku mengaku:
ReplyDelete1. aku dah lupe cane nk bawak kete secara manual sbb kete aku auto :D
2. aku mmg tak pandai dah tak tahu berenang. macih.
yang no satu tu saya boleh eksen tang ada lesen jer..tapi mmg tak reti nak drive..yang no 2 tu serius orang tak tanya pun saya cakap awal awal saya tak reti berenang..takut nanti dibuatnya saya jatuh kat air takde lak org nak selamatkan..hehe
ReplyDeleteUjang : baru aku tau yg top5 dipilih juri.. hehehe ok clear dah.. memang digi jahat!!! hahaha.. pssttt tapi BE digi paling tinggi dalam nuff aku kakakakaka.
ReplyDeletePB : aku pun dengar ade rmai org lemas kat situ.. phewww sib bek member aku tak arwah.
AzzaSyzna: eheheh, aku bygkan ko bawak manual mesti gear satu sengguk2 kan kan kan :)
Haikal : hahah, tapi aku panik gila bila tengok kawan aku tecungap2 dalam air tu.. kakakakakka..aku mana tau dah dia ngaku dia terer berenang...
ReplyDeleteko terer la, pernah merasa kena benam real2 mcm mane kan...
Lekat Lekit : ko ni asyik bagi bygje pasal ni, meh cni bagi aku nama blog tu aku nak gi tengok apeke kesahnya nyah oiiii
patutla byk org sakit hati, sebab ada org ubah tajuk entry aku, letak kat NOTE FB la...
Bamba's : jom gi sunway lagoon nak? kui kui...
Jue : adik pompuan aku pun tak reti bawak manual.. tapi adik bongsu aku pompuan gk, bawak manual mcm racer... aku pun kagum..hahaha
Ernie : ni apsal tak reti drive ni? lesen tu buat ape? ambbbboiiihhh bese dia nih..
kalau awak jatuh dlm air, nanti saya tolong ye. dont worry bebeh!.. hehe
setuju! kete manual mmg dah xsuke, berenang pun mmg xpenah nak pandai! haha
ReplyDeleteBiasa la Mak Nyah.. selain ratu miming kesayangan Mak cikgu shida tu.. yang lain2 mak memang tak suka nak bagi publisiti kat blog mak.. Ko je nasib baik Nyah, mak rela berkongsi publisitinurhaliza dgn ko. Tu pun mak hari2 dok tulis dalam buku 55. Royalti nanti mak collect.. tabung Nuff ko pun dah nak penuh tu.. dah cashout nanti mak antaq invoice yer... wakakakakakaka
ReplyDeleteterbaiklah cik lekit!!ko dengo tu ikar..mak buyung dah buat hajat tu,ko takleh main2,kang anak dia keluor dia nanges2 teriak nama ko aiyokkk tatayokk
ReplyDeleteamir aizat : bawak beskal suke tak? :)
ReplyDeleteLekat lekit : business minded betul.. takleh kontra je ke dengan ruang iklan aku sewakan tuk kau ni? hahaha
NOI : aku dah ckp dah, nanti anak dia keluar hensem mcm muka aku.. terkenan katenyeeee
nice blog, nice say :)
ReplyDelete