Pada satu masa begitu ramai kawan-kawan perempuan tanya aku...
" Zul, tanya sikit, lelaki ni nak faham dia macam mana ha? ko boleh bagi tips tak macam mana nak paham lelaki? aku blur la ngan boifren aku"
" kenapa dengan boyfriend kau? apa yang kau tak faham?"
" entahlah, aku faham lah dia suka futsal tapi, takkan tak boleh spend masa untuk aku, dia lebih utamakan futsal ngan geng-geng dia dari aku, kadang-kadang aku kecik hati la"
Okey, soalan kat atas adalah soalan lazim yang agak popular ditanya oleh perempuan kepada lelaki.
***************************
Kalau nak cerita type lelaki terlalu banyak, kalau nak listkan boleh buat buku, tapi aku akan bincangkan hanya beberapa jenis yang major, kalau ada permintaan nanti aku sambung dekat part yang lain.
Pada dasarnya, lelaki akan dibahagikan kepada beberapa jenis seperti di bawah :
1) Rock star
Lelaki jenis ni adalah jenis yang rileks, berfikiran terbuka, sangat suka muzik, dalam hidup dia muzik adalah segala-galanya, jenis rock star tegar yang akan hafal nama-nama band underground di satu-satu kawasan tempatan.
Kalau korang sebut Newboyz, scoin, justin bieber dan budak kacamata cepat-cepat diorang ni akan menjuihkan mulut dan buat muka meluat.
Seharusnya diorang ni akan menunjukkan kehebatan dengan tau pasal info-info band yang bukan mainstream, kalau zaman aku sekolah menengah dulu, seboleh-boleh diorang nak sebut carburetor dung, dead mushroom, OAG dan macam-macam lagi lah.
Dan diorang akan rasa kecewa kalau band-band underground/alternative/ indie pujaan diorang mula memasuki mainstream, kekecewaan tu kerana diorang takut akan digelar poseur bersama-sama dengan peminat-peminat majoriti.
" woi woi, sedap gila ahh lagu Linkin Park, aku minat gila wehh"
" Hek eleh, aku 2 tahun lepas lagi dah dengar dorang, masa tu dorang belum famous lagi, tapi skrg aku malas ahh nak follow diorang dah, baik aku layan SOAD!"
" Hahahaha buruk gila nama soad, dah macam bunyi Pak Sood, kau ni ketinggalan zaman la jep, linkin park ngan limp bizkit la baru cara"
" huuuhh poseur! kalau taktau takyah cakap, tu System of A Down, ko mana tau benda-benda macam ni, ko geng eddie hamid!"
Rockstar akan minat gila kat gitar, layan band music, gig, live band, dan suka tengok MTV live concert, diorang juga suka lepak dekat kedai kaset (zaman dulu) dan bagi diorang tak makan kenyang pun takpe, asalkan puas dapat pergi jamming.
Awek kepada rockstar toksah risau kalau diorang hilang tanpa dikesan, korang boleh cari diorang dekat studio jamming, lepak rumah bujang kawan atau pun diorang lepak Holiday Inn Subang Jaya gi dengar live band sorang-sorang sambil minum fresh oren RM 9.00 segelas.
Kalau korang nak ambil hati pakwe rockstar korang, korang boleh mula dengan belikan pick atau tali gitar Ernie ball untuk hadiah birthday diorang, ataupun bila lepak-lepak minum sesekali cuba sebut nama-nama band underground, dan percayalah diorang akan impressed dan terharu dengan usaha tu.
" Jai, jai, eh u tau tak, semalam kan masa i nak tidur kan, i dengar bunyi sayup-sayup gitar electric jiran i tau, tapi i jarang dengar la lagu tu kat hot fm, hitz pun tak pernah tau!"
" ye ke ucuk? macam mana bunyi dia ucuk, cuba humming sikit Jai nak dengar"
" ermmm takyah humming la, i tau lagu tu, tak salah i stairway to heaven, pink floyd kot"
"wahh terernya ucuk, tau gak ucuk eh? but Jai rasa bukan pink floyd, tapi Led Zappelin, Jimmy Page tu legend tu cuk..kalau dia solo perrghhh.... otai gila. Takpe-takpe nanti abang men lagu tu tuk ucuk ye "
" yeayyy, sayang abang!"
Tapi disebabkan rockstar ni terlalu mencintai dunia muzik, diorang cenderung untuk cari awek yang sekufu jugak, selalunya diorang akan kapel dengan gig chic, gadis yg suka live band dan at least gadis yang mencintai muzik yuna instead of tudung dia.
Bab jiwang? bab jiwang jangan risau, tak boleh lawan beb, muka ganas, jari kematu pegang tali gitar, tshirt jeans bundel, tengkorak lanun semua ada, tapi hati Ibnor Reza!" rock star sangat menghargai awek dan diorang jarang nak curang kalau dah cinta gila ngan awek dia.
So gurls kena la appreciate kesetiaan diorang, jangan tuduh diorang nak ngorat kawan-kawan band diorang pulak nanti.
********************************
2) Sportsman
Sportsman pulak adalah golongan yang mencintai sukan, antara ciri-ciri sportsman adalah diorang akan komited dengan jadual sukan diorang secara mingguan.
Jadual sportsman pergi bersukan selalunya berselang satu hari dalam seminggu, contohnya kalau dia main badminton dia akan ada fixed jadual, iaitu Isnin, Rabu, Jumaat. kalau bola pulak mungkin petang khamis dan Sabtu.
Sebabnya diorang buat jadual selang-selang untuk bagi badan recover dari penat, dapat spend diri untuk buat aktiviti lain, spend masa dengan family dan awek. bagi the real sportsman diorang jarang la nak bersukan tiap-tiap hari, kalau dah tiap-tiap hari tu dah boleh ngalahkan professional athlete dah tu.
Ramai orang samada lelaki dan perempuan yang keliru antara sportsman dan sports fan. sebenarnya perbezaannya agak besar la jugak walaupun nampak macam nak serupa. aku selalu teringat skrip filem apa tah aku lupa ;
" Are you doing or watching sports?"
" i am doing sports not watch it" (kata si heroin yang dingorat kat central park Newyork)
Sports Fan selalunya akan obses dan fanatik terhadap game atau team yang dia sokong, dia boleh hafal semua nama player Manchester United dari goal keeper, defender sampai striker, sampai coach, pembantu coach, pemain simpanan, dan at least manager and 3 former managers.
Sebaliknya, football player (sportsman) dia ambik tau jugak pasal team bola tapi tak secara precise dan detail. kadang-kadang tu siap tak tau lagi yang David beckham dah pindah Real Madrid. kadang-kadang orang tengah sembang pasal Christiano Ronaldo, dia boleh bantai hentam Ronaldo Brazil.
Aku tergolong dalam golongan jenis sportsman, jadual aku main badminton isnin, rabu dan jumaat dan aku ada banyak kelab-kelab badminton yang aku join. tapi kadang-kadang tu aku terlepas pandang lee chong wei baru menang open Taiwan, sebaliknya sports fan yang akan update aku.
Bagi lelaki jenis sportsman diorang akan ambik berat terhadap sports equipment macam berapa tegang tali reket yang optimum dan terbaik untuk bermain secara defensive ke attacking ke, akan tau brand reket, tali, kasut dan segala macam, bagi yang main bola pulak, diorang tau shin pad mana yang bagus, but bola mana yang sesuai tuk main kat padang itu padang ini, defend pakai stud berapa, striker stud berapa dan macam-macam lah.
sportsman akan selalu bersembang pasal friendly match, bincang pasal strategy permainan team sendiri dan pihak lawan, sukan tu dah jadi sebahagian hidup dia, dia bukan sekadar pergi main futsal pada malam minggu sebab join kawan-kawan yang ajak separuh mati.
sportsman bukan sekadar beli kasut futsal untuk main masa game company or fakulti organised, kasut-kasut diorang selalunya lusuh dan berjenama khusus untuk game tersebut, kadang-kadang brand tu agak asing bagi pasaran biasa, instead of Adidas, Nike dan Puma, diorang akan selalu sebut brand Mizuno, Asic, Salomon, Yonex, RSL, Apacs, Ascort, Head dan macam-macam lagi.
Kepada awek yang mempunyai pakwe bercirikan yang aku sebutkan diatas, ada beberapa tips yang korang boleh ambik simpan buat pedoman.
a) Jangan sesekali test pakwe korang dan letakkan mereka dalam dilema suruh pilih antara sports dengan korang. Ingat, JANGAN sesekali. Sebabnya walaupun mulut diorang pasti akan cakap diorang pilih korang tapi hati dia tetap sedih dan dilema mengenangkan jadual main dia yang terganggu.
Dulu aku pernah kena test dengan ex gf aku. asal hari isnin, rabu je mula dia meragam buat hal, tepat-tepat nak dekat pukul 9 pm, time aku nak start kereta pergi dewan badminton, time tu la dia akan call dan meragam nak bergayut, bila aku bertegas nak cakap dah nak pergi dewan dia mula merajuk dan mengamuk.
Lama-lama baru dia mengaku niat dia memang nak uji samada aku sanggup tak lepaskan badminton kerana dia, antara dia dengan badminton dan kawan-kawan badminton aku mana lebih penting, sanggup tak aku korbankan hari sports aku semata-mata untuk dia.
aku mula rasa annoyed, mula-mula aku boleh toleret, tapi cukup 3 kali dia buat hal dan memang nampak berniat jelas sengaja, aku mula rasa yang dia takkan memahami lifestyle aku dan aku perlu mencari lagi perempuan yang dapat memahami minat aku. dan akhirnya sebab kes-kes macam ni la yang membuatkan hubungan tu takkan berjaya.
b) Pakwe korang suka korang jadi penyokong, penonton, cheerleader dan moral support bagi diorang, korang la sumber kekuatan yang terlindung diorang, korang adalah spinach popeye diorang, koranglah tangkal azimat penguat tenaga sewaktu diorang beraksi, kalau korang nak amik hati bf korang yang suka sports, luangkan sikit masa pergi support diorang bersukan,
Tolong berhenti merungut yang dewan badminton atau padang bola tu banyak nyamuk, korang panas dan macam-macam lagi.
Dan satu lagi, elakkanlah perangai tantrum pergi muncung sedepa tidur dalam kereta sambil bukak aircond lambang protes nak balik cepat. kalau korang nak pakwe korang bertambah sayang, sekali sekala tu bergaul dengan geng/team mates lepas habis friendly match.
kalau korang merungut yang korang tak boleh ikut lifestyle mcm ni nampaknya memang ditakdirkan korang bukanlah pasangan yang ideal bagi pakwe korang.
c) Dalam hati sportsman, tidak sesekali diorang akan membandingkan priority antara kekasih dengan sports diorang, tak kira lah badminton ke, bola, golf, paintball, tenis, skateboard, yoyo, taekwando, bowling, mountain climbing dan lain-lain.
Sports itu semua hanyalah lifestyle diorang yang diorang dah terbiasa sejak dari kecik, mungkin akibat dibesarkan dalam keluarga yang suka bersukan,
sama sekali jika diorang pergi bersukan tak pulak ikut korang gi shopping tudung ariyani tu boleh menjadi indication level kasih sayang kepada korang.
biarkan lah dorang dengan jadual selang sehari dalam seminggu tu untuk sports yang diorang minat, dan remaining days tu untuk korang. percayalah diorang takkan boleh peluk racket dan bola pas kawin nanti, diorang tetap sayang korang separuh mati macam lelaki lain.
************************
Okey, macam biasa, sebabkan entry ini dah terlalu panjang, aku berhenti berehat kat sini, nanti aku akan sambungkan lagi di entry akan datang dalam part 2 yang mana aku akan describe jenis-jenis geeks, mat belia, ahli sastera, mat romeo dan lain lain.
p/s nampak macam ada harapan sikit la dengan maxis broadband ni walaupun hanya EDGE, jadilah dari aku terpaksa usung laptop aku kulu kilir macam hape depan rumah tu. bak kata Aslina, nanti aku nak report kat maxis suruh diorang tambah amplifier kat signal tower tu, kalau tak boleh, aku pas kes ni kat Aslina suh dia handel.. hehehe
masalah aku takde kaitan langsung ngan post ko.
ReplyDeletemasalah aku adalah selalu je ex2 aku yg sebelum ni aku dapati hobi dorang adalah tak sama mcm lelaki lain.
sumpah aku rimas doh kalo sikit2 nak phone, sms, nak tau aku buat apa la semua.
padahal kalo takde wat apape, aku tido je kejenye. dun worry lah aku nak curang ke pe ke benda.
tido plak jenis pengsan terus. tak caye tanye ex-roommate masa aku kat hostel. siap dah pakat2 nak baca yaasin dah sebab risau aku boleh tido sehari suntuk tak bangun2...
Hohoiiiii..
ReplyDeleteentry ni macam nk tunjukkan cara untuk memahami diri kau dengan lebih persis lagi..
ok2..aku paham..
bole kite kawen??
lepas kawen je, terus meragam pelik2..
betoi tu miss senget..laki nie kan time bercinta ja perangai elok, then lepas kawen tunjuk sumer belangnya.. ( dah kena kat diri sendiri ).. asyik2 keja..keja..keja..sampai terabai anak bini..
ReplyDeletehehehe..pkwe kte mcm tergolong jenis pertama..bab setia tu betul kot..aiyakkk:P..kte bukan jenis yg lyn muzik indie..mengapa ku dipilih???hehehe:P
ReplyDeletesila sambung part 2 segera..;p
ReplyDeletelaki aku takde ciri2 yg ko sebut nyah tp aku tau laki aku suka apa. Dia lbh minat jual & beli.. So, aku tak kisah sbb menjana income. Dia pn tau aku lebih suka teater.. Jadi dia akan temankan aku tgk teater kalau ada masa terluang. Aku pun tau dia suka apa.. jadi aku tak merungut sgt bila dia buat apa yg dia suka. Yg ptg.. hormat apa yg pasangan kita suka, insyaallah takde masalah.
ReplyDeletehahaha ang da jadi prof lelaki ke ikar??
ReplyDeletedlu pun ph buat entri..
"10 perkara yg merimaskan lelaki.. "
10 perkara yang boleh merimaskan lelaki
HAHA untung pink floyd. kalau khatty ferry yang nyanyi, mampus. tapi kalau ada yang kata pink floyd, memang kena cucuk tulang belakang dia. HAHA
ReplyDeleteyeah, aku pun rasa golongan rockers ni biasanya setia.
Err...dalam ganas2 layan lagu pak SOAD, lagu 'such a lonely day' tetap disimpan buat tidur. hehe
*pergi-pergi gig, tapi konsert ana rafali pun gua supoort gak. HAHA
BAGAIMANA LAK KALAU LELAKI YANG JENIS KALAU BERCAKAP NAK MENANG JE..PASTU BILA KITA CAKAP SESUATU YANG BETUL, DIA RASA TERCABAR..DIA NAK KITA ORANG POMPUAN NI SETUJU JE KE DENGAN CAKAP DIA..HUH!!JENIS KERAS KEPALA...
ReplyDeletewahhh....yeke rockstar ilang lepak jamming..yeke rockstar nie setieee...yekeeee?????
ReplyDeletehakhak.. aku tak penah ade bf, so aku tak tau la camni perangai lelaki2 diluar sn.. abg2 aku plak bukan kaki bola, music.. derang hanya minat ngan kerja jek, aku rasa ni salah satu jenis lelaki gak ni.. hehe
ReplyDeletekalau lelaki yg jenis poyo tu camne, ek? langsung tak boleh nak faham...tepuk dahi jer lah dgn poyonya tu.
ReplyDeletepoyo lelaki sebab nak control sifat pemalu atau apa?
cik fiefy suka entry ini :) tp x kan 2 types of bf je ade.. kehkeh..
ReplyDeleteala bro..2 type je kew?
ReplyDelete24hoursman@glueman..
Copman..(Cop stamp tue)hehehe..
Gudman..(Nie aku la kot..hahahaha)
utk keterangan lanjut gelaran2 diatas
ko tnye kt aku tau..
hehehe..
p/s: cik fiefy pn ade disini la..hehehe
Aslina : pakwe kau cemburu mungkin sebab dia kurg self confidence atau dia kurg kasih sayang dari kecik. :) so dia nak manja2 ngan ko...
ReplyDeleteMisssenget : yeayyy!!! kaaawen...nanti ikut aku men badminton dak?
Miss no body : bukan laki je, semua manusia macm tu, bukan setakat masa bercinta, tapi sebelum dapat apa saja akan usaha.. tapi dah dapat, jemu simpan bawah tangga.
Fayad : mungkin dia memang suka kamu walaupun kamu tak suke indie.. nanti senang dia nak suh dodoi anak lagu ct.. kekeke
cik sha : ai ai kapten.
Suria lekat lekit : entry ni baru suku, ada lagi, laki kau jenis business minded.. ehehehe
Adfeez : agak2 boleh kalahkan prof madya razak mohaiden tak ad? haha
Haikal : nampaknya ko adalah lelaki jenis rockstar..ehehe, meh layan lagu sebarang dua.. waterfall satu1
ReplyDeleteernie : tu mr always right, nanti saya kupas di part 2.
Asyieq : mesti ko kantoikan pakwe ko ngan curi2 gi dating kan kan? pakwe ko lak rockers kan kan?
Jue : ermmm oh abang ko lelaki 'marhaen'... hehehe ko taknak try ade boipren kee??? :P
Ika : sila search kat box search atas tu, saya dah kupas pasal poyo dalam blog nih
Fiefy : ni baru part 1, nanti ade sambungan, dah panjang sangat.
Ijam : gluemen tu pebenda pulak? meh nanti citer kat aku.. hahahah fiefy tu gf ko eh? haha
hoi hoi... baru aku perasan nama aku ada kat situ... wakakakaka...
ReplyDeleteko edit lain ke hapa... apsal semalam aku baca time ni yg p/s tu takde?? gelabah laa aku nak handle amplifier... suh dorang hired aku dulu ah... hahahaha...
sports fan nei memang kena faham jiwa kan kan.
ReplyDeletesports fan nei memang kena faham jiwa kan kan.
ReplyDeleteamboi
ReplyDeletehehehe rock star seyes bro mmg tul la....kami mmg minat muzik walaupun aku x reti main gitar...aku tau guitar hero je....tp tu yg wat kami serasi...hehe tiap2 mlm ade org dodoikan tido nyanyi sambil main gitar....terbaek bro...
ReplyDeleteterbaik
ReplyDeleteBf sy selalu pentingkan kawan2 dia...bila ajak jumpa atau keluar dia slalu ckp malas...tp bila kwn2 dia ajak keluar..dia xpenah tolak...sy slalu kecik ati ...bila dia susah....org ptama yg dia cri..adalah sy...sy slalu nangis bila pikir kan psl ktoeg...dia keras kepala...dia je betul..hurmmm...
ReplyDeleteurm part aku pulak.. bf aku ni jenis yang sangat la soft. bkn soft fizikal ye..tp hati.. aku pown soft jgk..tp bila dgn dia aku kalah.korang bayangkan lah kalau setiap kali gaduh dia yang nangis bkn aku.. mcm mana tu? lagi satu ssh nk dnga dia ckp kuat..alahai... mmg xde suara kelakian laa.. manje dia terlebih dri aku.. tapi he is the best.. kalau dia ni tergolong dlm jenis apa pulak?
ReplyDeleteassalam..boleh tny tak?sy pening dengan seorang lelaki ni...mula2 mcm serius dengan sy..siap ajak pergi jumpa mak dia..dia de ckp de bgthu family dia..ni dlm tempoh perkenalan lah..lepas tu senyap..sy tak fham dia lh..skrng ni dh keje jauh pd saya...bila tny pe status hngan keteorg..dia tak mengiakan dan tidak menidakkan..mcm ne tu??konfius sy...huhuhu
ReplyDelete