November 29, 2010

Sempurnakah awak di mata saya?

"sayang, awak cukup sempurna buat saya, saya terima awak seadanya, tapikan sayang, kalau sayang buat rambut style mohawk mmg style la....rambut syg skrg ni mcm gaya org tua la.." ini dialog awek kepada pakwenya sebab dia nak sangat ada pakwe yang berambutkan Mohawk dan bukan rambut belah tepi sepertimana yg dah biasa dibuat oleh pakwenya semenjak dari awal perkenalan. Aku nak cerita hal ni sebab aku nak kongsi apa yang aku tengok dan jelik pasal kapel2 zaman skrg.

K, fine.. aku taknak jd org tua perengus yg asyik nak merengus dan membebel tak puas hati pasal semua benda, aku cuma nak cerita pasal kehairanan aku....bagi yg nak amik berat aku ucapkan syabas, kepada yg taknak amik pusing, aku takde hak nak suruh korang ikut, sebab setiap manusia mempunyai pandangan dan prinsip masing2.

Korang percayalah, baik bagi lelaki mahupun perempuan.. sebenarnya apabila korang jatuh cinta pada seseorg itu, itu adalah kerana korang dah jatuh cinta pada dirinya yg sedia ada tu.. tak perlulah penambahbaikkan terhadap rupanya, perangainya, minat dia, hobi, lifestyle, budgetnya, dan prinsipnya.. selalunya apabila korang cuba menunjuk pandai nak mengubah BF/GF korang mengikut selera korang sendiri, nescaya nanti bf/gf korang akan jadi meluat atau dia akan potong stim!... sebab apa aku ckp mcm ni, sebab aku nak kongsi apa yg aku tau sedikit sebanyak.

Kalau korang dari awal dah ade niat nak ubah penampilan dia, maknanya korang dari awal bukan SYOK kat dia secara biologi iaitu tertarik pada pandangan fizikal demi melakukan proses pembiakan (sex) demi kelansungan hidup spesis (survival)....senang cerita mcm ni la, bila berlakunya cinta pandang pertama, korang minat pada rupa dia, samada bibir dia yg munggil, dagu yg runcing, mata yg bulat, dada yg berisi, pinggang yg ramping atau gempal.. punggung yg montok atau kurus kering.. itu semua adalah Preferences.. ciri2 yang korang minat secara semulajadi tanpa korang sedari, bila korang dah syok kat seseorang atas ciri2 itu, baru korang akan approach utk mengorat mcm kucing miang atau merak mengembang ekor(bagi pihak lelaki la) atau korang akan memberi hint or signal mcm burung merpati atau kucing betina golek2 pada musim mengawan (bagi pihak perempuan) so disini aku tak paham mcm mane wujud manusia yg kenal dan berkenan pada seseorang dan kemudia berusaha bersungguh2 utk mengubah fizikal pasangan dia bagi memuaskan hati sendiri atau hati kawan2... sebab nak menunjuk2 pasangan tu sangat cntik/hensem sebagai Trophy wife/ model Bf

"awak ni hensem tau, saya suke sangat tengok muka awak, tapi awak diet la sikit, kalau awak diet, kurus lagi hensem tau, saya bukan tak suke awak gemuk, tapi saya nak nasihat utk kesihatan awak dan utk kebaikan" ayat mcm ni bukan ayat dengan niat suci utk nasihatkan pasangan berubah ke arah yg lebih baik, tapi jelas bahawa pasangannya tak puas hati dengan apa yg ada pada BF dia, dan dia mengidamkan Bf yg tough demi memuaskan nafsu menunjuk2 dan kepuasan hati sendiri. kalau anda dari awal tidak suka akan tubuh badannya yg gemuk, dari awal lagi anda sudah tidak terpikat dengan diri dia, dan anda tidak ade chances utk memberi peluang pada mamat tu mengorat. sebenarnya anda bercinta dengan 'idea' dan imaginasi anda sendiri instead of menerima mamat tu seadanya.potong stim!

Jika anda jatuh cinta dari segi sikap pula, anda suka kepada lelaki yg sedia ada, yg pada awal perkenalan dan sesi romantik lelaki itu seorang yg manja dan keanak-anakan, anda menerima sifatnya dan anda selesa dengannya, tapi tanpa disedari dan secara tidak lansung anda ingin mengubah lelaki itu menjadi Matang dan hero anda, anda mahu dia menjadi Father figure anda, mana mungkin? kerana lelaki itu sudah berpuluh tahun hidup dengan lifestyle yg sedemikian, apakah ODD/percentage yang anda akan berjaya utk mengubah sifatnya mengikut selera anda sendiri? akhirnya pasangan ini akan menuju kehancuran dan pergaduhan kerana masing2 tidak puas hati dengan sikap masing2 dan mengimpikan pasangan akan berubah mengikut selere dan acuan perangai yg anda impikan dan imaginasikan...sekali lagi anda bercinta dengan idea dan imaginasi anda instead of menerima kekasih anda seada dirinya. potong stim!

" Honney, saya suke awak lasak2 dan aktif mcm ni tau... saya suke sangat perempuan yg sporting dan ganas2 mcm ni, tapi.... kalau Honey sometimes jadi ayu...lemah lembut, pakai baju kurung, jln sopan santun mesti lagi best kan honey? abg nak tengok la honey mcm tu, leh tak honey jd mcm tu?" kalau Gf dia yg lasak ini ikut pun saranan bf dia ni, percayalah dia takkan enjoy dengan diri dia yg ayu itu kerana dia merasakan FAKE, palsu dan merasa berbohong dengan dirinya sendiri pada setiap saat dan waktu, dan dia merasa lemas dengan hidup di dalam IDEA bfnye utk mendapat gf yg ayu dan lemah lembut.... sedangkan dirinya seorg yg lasak dan aktif dan dia perlukan Lelaki yg mmg suka perempuan lasak, lelaki yg suke perempuan aktif dan ranggi sebagai teman hidupnya. bukan lelaki yg mempunyai niat tersembunyi yg ingin merubah diri aweknya secara perlahan2 pada masa depan....anda perlu terima sifat, sikap, identiti diri pasangan anda seadanya, itu yg akan membuatkan pasangan bahagia hingga ke jinjang pelamin, hingga ke akhir hayat..

siapa yg pernah puas hati dengan pasangan sendiri???? TIADA!.. setiap manusia itu bukan sempurna, tetapi kelemahan dan kekurangan diri itu akan saling dilengkapi oleh pasangan masing2... jika BFnya seorang yg boros, Gfnya seorang yg Jimat akan menasihatkannya, dan akan membantu mengawal perbelanjaan...itulah namanya melengkapi... bukan dengan idea utk mengubah pasangan itu secara drastik menjadi seorang penjimat dalam tempoh setahun dua! apa anda sangka, nasihat dan idea anda selama 2bulan perkenalan dapat mengubah dirinya yg mungkin sudah 27thun idup sedemikian boleh berjaya? what is the odd?potong stim!

"Sayang, sayang ni suka sangat pakai jeans, lain kali keluar dengan saya cuba jangan pakai jeans... cuba pakai seluar hawai ke, khakis ke, slek ke.. kan smart...lain kali kalau sayang pakai jeans kuar dengan ucuk, ucuk takmo kuar!!!" apa anda ingat anda ibu Bf anda?? anda nak bagitau apa patut yg nak dipakai, dan apa yg tak patut pakai??? apa anda ingat BF anda ni PET anda, anda leh pilih baju apa utk dia gayakan pada hari itu???? camon la, be realisitik...pada cinta pandang pertama, pada masa anda jatuh hati dengan pasangan anda, anda perasan ke jeans dia tu? ke dia tengah pakai short khakis? ke tengah pakai suar surfing quicksilver????? lainlah kalau korang nak nasihat pasal kesesuaian etika berpakaian mengikut majlis dan acara... itu cerite lain.. tapi kod etika berpakaian dan minatnya terhadap fesyen itu adalah hak individu... bukan terpakse mengikut selere Gf/bf... percayalah, sekiranya korang pernah buat bende mcm ni...korang akan membuatkan pasangan korang idup dalam keresahan dan tidak puas hati, tidak selesa dan kebencian... dan ahirnya perhubungan ini akan hancur di tengah jalan. Potong stim!

Jatuh cinta adalah berkenaan beberapa faktor yg dirangkul bersama menjadi satu perasaan, perasaan yg menarik dua individu utk menerima satu sama lain sebagai pasangan hidup demi memenuhkan matlamat biologi spesis iaitu membiakkan spesis manusia demi kelansungan hidup spesis.(survival)

Anda mungkin tidak cantik dimata Officemate anda, tapi anda menawan dan sangat cantik pada pandangan mamat penjual tiket wayang, sebab mamat tu suke perempuan berbadan gempal...

Anda mungkin tidak diminati oleh gadis yg anda nak ngorat sebab anda miskin dan hidung kemek, tapi mungkin anda diminati dan dinanti2kan oleh perempuan cantik anak jutawan yg sudah bosan hidup dlm protokol dan kesempurnaan...

Anda mungkin tidak diminati kerana anda seorg gadis tomboy di kampus anda, tetapi mungkin anda sangat diidamkan oleh lelaki yg sekarang tengah wall climbing di dinding batu caves sebab lelaki tu suke perempuan yg simple dan lasak.

Anda mungkin tidak diminati oleh gadis2 model kerana anda bersifat kebudak-budakan dan manja, tetapi mungkin anda dinanti2kan dan diimpikan oleh seorang Guru sekolah menengah yg mmg suke melayan kerenah budak2...

Jangan putus asa dengan diri anda dan cinta.. kerana cinta itu berdiri pada faktor dan pembolehubahnya sendiri.. tiada ukuran STANDARD dalam penilaian cinta.. semuanya hanya mainan minda dalam keinginan utk bersama dan saling menerima.

JANGAN BUAT PASANGAN ANDA POTONG STIM!!!!!! :)

November 28, 2010

Perjalanan hidup aku sebagai penghijrah bab 3

Aku sambungkan cerita pasal perjalanan hidup aku sebagai penghijrah dr bab yg lepas seperti yang telah dijanjikan. Dalam sedar tak sedar aku rasa cerita2 aku pasal penghijrahan ni sedikit sebanyak dapat membuatkan korang semua mengenali diri aku secara tak lansung, kepada yg dah kenal aku ni, aku harap segala cerita aku telli dgn apa yg dah aku sembangkan dengan korang semua. ok cukup dengan ayat pendahuluan, maka episod saga perjalanan hidup aku sebagai penghijarah pun diteruskan.......................

1989-1998

      Kampung Sungai Tua Bahru, tempat yg aku gelarkan kampung halaman bagi aku, kisah kat kampung ni terlalu banyak dan kalau aku cerita mungkin sampai 4,5 bab cerite dia je... kalau aku tak cerita tak lengkap pulak, kalau aku cerita semua banyak sangat pulak, so aku pilih event2 yg bagi aku menarik utk aku cerita, ingat dan utk kwn2 aku dengar. perpindahan ke sungai tua berlaku pada awal 1989, bukak album lama, sembang ngan mama & abah, baru aku pasan aku pindah sana awal tahun, sebab abg aku start darjah 1 kat SKSTB dr mula hari pertama. memori aku yang pertama pasal sungai tua ni bermula pada masa aku belum tadika lagi, sebab kami pindah sana sebelum bermula zaman tadika aku...aku tak berapa ingat mcm mana kami pindah ke rumah tu, tapi aku ingat masa saat cuci rumah, dgn getah paipnya, dengan penyapu lidi.. hehe :).. 

Rumah aku kat sungai tua ni adalah rumah lot kampung, rumah sewa jugak, sebab masa ni bapak aku tak fikir pun akan menetap lama kat KL sebab bapak aku dah bina sebijik banglo kat ipoh di atas tanah pusaka... so kami pun duduk rumah sewa, seingat aku kalau tak silap, sewe rumah tu dlm rm120 zaman 1990an... bagi kami ia agak murah sebab rumah tu besar...besar gila, sebab ape aku ckp besar? sebab setiap kali sedara mara datang dari ipoh, duduk umah kami semua ckp... "Besarnyee umah kamu awi...., boleh main badminton, boleh main kejar2 dlm rumah tu" ok.. takde la sampai boleh main badminton, tapi aku ngan abg aku pernah la main pingpong kat atas meja makan kat ruang makan rumah. ruang tamu pulak macam ade dua space, satu tuk tgk tv, dan satu tuk tetamu datang... identiti rumah ni yg paling aku ingat sampai skrg adalah grill depan, grill dia mcm grill kedai cina apek, jenis lipat kepit silang2..kalau korang tak paham, korang pegi kedai runcit kat kampung2 korang paham la. Sebelah rumah ni ada padang bola kecik...sebenarnya lot tanah tuk buat rumah lagi satu, tapi sebabkan tuan tanah tak tamak, dia biarkan je jd mcm laman tuk budak2 main... padang kecik tu la tempat aku main bola, badminton, bola cop, polis sentri, baling slipar, dan macam2 lagi la... dekat padang tu ada satu pokok mangga di depan tepi longkang, satu pokok jambu batu kat belakang... (hishhh aku cerita mcm ni terus terasa rindu kat sungai tua) depan rumah ade dua batu tembok tempat lepak2 makcik kampung borak2 sambil beli ikan kat lori ikan indon....ok cukup mmberikan bayangan dan klasifikasi rumah aku...

kat Kg Sg Tua Bru ni, aku ada kawan/geng kampung dari kecik sampai la aku pindah.. kawan2 ni la sedikit sebanyak membentuk keperibadian aku, saling mempercayai, tolong menolong..ishh aku bersyukurla ada kawan2 mcm diorang...Geng2 kami terdiri dari Abg aku atau dikenali sebagai Karnain, aku sendiri yg dikenali sebagi Ikar, Aji yg tua setahun dr aku, Amy (adik aji) yg muda setahun dari aku, Ruzai (kawan yg tenggelam timbul), ayoy(adik amy dan aji), Putra (kwn sekejap je then dia pindah, parent dia dr indon tak salah aku) heryanda (yg dibuli, anak manje) atiqah nadiah @kaklong (pompuan nakal anak org kaya) haslinda (anak pak harun)  dan lain2..... tapi untuk mengecilkan skop... geng ahli majlis tertinggi terdiri dari karnain, aku, aji,amy,ruzai.....yg best pasal geng2 kami ni... kami dari kecik dah belajar tentang profesionalisma, dan separation of entity.... masa kami kecik, geng2 rapat aku ni bergaul masa lepas habis sekolah dgn rapatnya, tapi masa sekolah rendah, kami rapat dgn kawan kelas kami saje... geng ni tak terbawak2 sampai ke sekolah walaupun kami satu sekolah kebangsaan dan sekolah agama. :) hehehehe.. ntah mcm mana kami boleh wat mcm tu taktau... mungkin sebab lain darjah ngan kelas kot. ishhhkkk banyak betul la kenangan masa kecik, taktau nak start dr mana......

    Abah ngan mama aku ni sporting tapi tegas, dlm sporting ada undang2..so kami dah biasa dengan prinsip dr kecik, dan aku n abg aku dr kecik respek mak bapak bukan sebab takut, tapi sebab logiknya undang2, hukuman dan keadilan..aku ingat lagi, masa aku kecik, bila hujan lebat je, abah kuar dulu perati guruh kilat dah berenti ke belum, kalau dia dah konfiden kilat guruh dah berenti, dia panggil aku ngan abg, dia bukak baju kami.. dia tolak aku gi kat padang sebelah rumah, suh main hujan.. apa lagi kami pun main la hujan dengan girangnya.. kdg2 dah mcm beruk pun ade, tapi aku peduli ape.. aku mandi hujan dengan bangganya sambil berlagak, sebab aku tengok amy, aji, ngan anak2 jiran semua melangut kat tingkat rumah tengok kami riang ria mandi hujan sebab abah bagi green light... sumpah aku ckp, antara benda yg paling aku suka sampai skrg ialah mandi hujan tanpa takut sebab bapak yg suh mandi.. heheheh...tapi dlm sporting tu ada undang2nya.. mak bapak aku takdela sporting tak bertempat... undang2 dia takleh mandi pastu lari kuar masuk rumah.. nanti berjujuih ayor hujan kat karpet... mandi je hujan sampai puas2.. then mak aku sidai towel kat besi tingkap kat porch kete.. :) zaman skrg besi palang tingkap pun dah susah nak jumpa kat rumah2 teres :(.... zaman skrg aku tengok susah mak bapak nak treat anak2 mcm ni, asal hujan sikit, jerit2 suruh masuk rumah, jgn main kat luar, nanti demam.. anak2 jd manje, jd tak adventure..hilang keyakinan diri, sebab tak pernah rasa byk benda dlm hidup.

   Masa aku kecik kat sungai tua ni, aktiviti harian aku dah boleh hafal, pagi2 sebelum pegi sekolah, mak aku bagi rm4, gi Kedai makcik som, beli nasik lemak... wat breakfast, kalau kedai makcik som tutup, pegi kantin sekolah agama beli nasik lemak, aku dr kecik kalau sarapan mmg suka makan nasik lemak, sebab mengenyangkan, so takde la kat sekolah sebelum rehat aku dah lapar..jd dr kecik sampai besar aku tak suke sangat mkn roti canai as a breakfast. kalau aku sarapan mesti cari nasik lemak takpun lontong..wahhh mengenyangkan..bila dah masuk fakulti hotel baru aku tau ia dinamakan BRUNCH.. kalau makan breakfast lewat dan berat. Aku start tadika masa umur aku 6 tahun pada tahun 1990 di tadika kemas kampung sungai tua baru.. cikgu sekolah tadika aku nama dia Cikgu Zawiyyah, cikgu ni jugakla cikgu ngaji muqaddam aku mlm2. aku ingat cikgu ni sebab dia sayang aku, hehe aku taktau la aku syok sendiri ke ckp dia syg aku sedangkan cikgu mesti sygkan semua murid dia kan... masa sekolah tadika ni ada 3, 4 memori atau peristiwa yg aku takleh lupa.yg sedikit sebanyak mempengaruhi peribadi aku sampai la aku dewasa..

Masa tadika ni, aku first diperkenalkan dengan game Bola sepak dan sedikit undang2nya yg ringkas...ade gol, ade line OUT... kalau bola out kena la baling masuk padang pakai tangan.. aku lak baru belajar main bola. aku tak paham sangat, asal bola 0ut je, aku kutip bola tu ngan tangan, aku bawak sampai depan tiang gol, aku lempar masuk bola dlm gol pastu jerit... GOAAAALLLLLL.... hahahaha, pastu kwn aku rampas bola ckp, "main bola mana boleh pakai tangan la, pakai kaki je" aku jd keliru masa tu sebab masa out kau ckp boleh lak pegang bola ngan tangan baling balik masuk padang kan... so dari kecik aku dah tau aku ni jenis tak malu nak tanya kalau tak tau, kalau aku tak puas hati, mesti aku tanya sampai paham.. last2 aku ngan budak ni jd kawan kat tadika sebab kami satu kepala, yg aku takleh lupa pasal dia ni sebab dia pernah nak tunjuk kuat kan, dia koyak kertas kecik2, dia buat bulat2 pastu dia kunyah dlm mulut, then telan...motif dia sebab nak tunjuk kuat &  nak impress kawan2 ngan budak pompuan. pastu dia suh aku try buat, aku ckp taknak la... "kerje gila, nanti kertas gulung2 dlm perut" haha

Masa tadika jugak la, aku ingat, cikgu zawiyyah menguap besar2.. kat tangan dia ada kotak kaler Luna, dia tengah susun2 sambil ikat ngan getah gelang, masa dia nguap dia tutup mulut dia ngan kotak kaler Luna tu, aku pun tanya, "cikgu, kenapa cikgu nguap cikgu tutup ngan kaler cikgu?" cikgu zawiyyah jawab "kena la tutup zulfikar, kalau kita nguap taktutup mulut nanti setan masuk perut beranak" " owhh memang kene tutup ngan kaler luna ye cikgu?" cikgu cakap tak semestinya tapi tutup la pakai tangan... pastu aku ckp oooo paham.. aku pun gi lepak2 kat tadika, aku pun try tutup2 mulut aku ngan tangan, pastu aku perasan banyak space2 terbuka yg setan leh masuk dlm perut..jd aku pun paham bende tu simbolik je.. takkan setan nak masuk dlm perut kan....tutup tu bagi beradap la....dr situ aku kenal diri aku, yg aku sampai besar takkan senang2 nak taklid buta dan ikut je apa kata ustaz, benda2 ngarut merapu takde dalil, takde nas, aku akan tanya balik kat ustaz sampai aku puas hati, kalau takde dalil, ustaz2 main taram je, jangan harap aku nak percaya... tak caya tanya Zulkifli Saadon, sampai la aku besar kat sekolah menegah aku selalu berhujah ngan ustaz uzet.. hehehe (*patoh pale)

Masa kat tadika jugak, aku dah diajar tentang kejujuran, masa aku nak konvo tadika, aku jln2 jumpa wallet sorang pakcik, aku tak ambik, aku bagi kat mak aku, aku ckp jatuh dari poket pakcik tu.. mak aku pun bagi kat pakcik tu.. la rupenya dia Dato' ADUN yg dtg tadika tu utk upacara bagi sijil.. :) aku tak dapat upah ape pun, sebab datok tu takde duit dlm wallet dia.. ade pun not2 besar.. ahhh masa tu aku bukan tau ape pun.. janji balik rumah dapat main, dapat makan dapat tengok kartun heppi la kan kan kan......hah tak lupa kat sekolah tadika, makanan yg makcik Noor masak sangat la sedap. menu paling sedap kat tadika adalah bubur nasik... ngan bubur gunting/cha cha.. sedap gila, sampai banyak kali aku citer kat mak aku, mak aku suh bungkus bawak balik sikit... hahah... aku pun bawak la balik dgn penuh excitednye.. lari2... panggil "mama..mama..mama... ni bubur ikar bawak balikkkkk".. gedebukkkkk kaki tersandung simen pecah depan rumah.. jatuh depan mak aku, pecah plastik bungkus.. bertebaran bubur nasik bercarrot makcik noor kat porch parking kereta... mak aku dapat selamatkan sikit je... yg still dalam plastik atas tanah, dapat la makan 2, 3 sudu buat lepas kempunan... :D

masa aku kecik, yang aku pasti, mak bapak aku selalu suruh main kat luar dengan kawan2 dengan syarat2 dan terma.. hehehehe...

1. Jangan keluar dr kampung Sg tua & Taman Jasa

2.Balik rumah kena sebelum magrib, sebelum gelap dalam pukul 6.30 mcm tu dah balik dah, paling lewat 6.45petang.

3.jangan suka masuk rumah org, jangan mintak makan kat rumah orang.

4.jangan pegi mandi sungai, paya, tasik, lombong, parit dan seumpamanya..sebab mak aku phobia pasal budak mati lemas.

5.Nak pergi mana2 bagitau. boleh main mana nak, tapi kalau tempat tu tak familiar sangat kene balik rumah mintak permision :) huhuhuhuuuu

6.jgn lintas Main Road... main road yg aku maksudkan, jln besar yg betul2 sibuk kat depan masuk kampung aku... org lalu lalang dr KL nak ke Ulu Yam.....bahaya wooo jln tuuuuu....banyak eksiden.

Aktiviti kami geng2 masa petang2 adalah...tangkap anak ikan longkang, ikan kecik yg warne silver kilat2, perut bulat,mate besar. rupa dia mcm ikan bilis sbelum kering, aku taktau korang yg dr kecik duduk rumah Taman ngan duduk bandar pernah tengok ke tak anak ikan ni, tapi kalau kat parit2 ngan longkang2 kampung mmg banyak, kami 4 orang meranduk la longkang depan rumah, belakang rumah, longkang taman jasa, gi cari anak ikan yg paling besar ngan paling banyak warna... dapat kami simpan dalam botol plastik, takpun dlm botol kaca 100plus...tapi aku selalu heran la, apsal setiap kali tangkap ikan tu simpan dlm botol.. mesti dia mati dua hari lepas tu.. bangun pagi tengok dah terbalik.. terapung dah dalam botol..pastu aku pikir2.. aku ganti air paip ngan air longkang... haa masa ni dia tahan lama la sikit, 2-3 hari.. pastu tetap mati.. aku pun tak paham kenapa yg kami syok sangat tangkap anak ikan longkang ni..yang aku ingat, start je budak2 kampung sebelah beli ikan laga kat pasar borong selayang harga rm5 sekor, kami dah start bosan main tangkap anak ikan. sebab dah tak adventure and takleh nak bersaing ngan ikan laga dr pasar borong.. :(

Kemudian zaman kami sibuk main bola cop, main bola cop ni motif dia tak kuat, yg aku tau sebab nak cop kawan2 sampai hati puas... hahaha. bola cop tu best pakai bola tennis, dulu masa kat kampung, setiap budak2 atau setiap rumah ada sebijik bola cop, kalau takde tak best, sebab kalau bola ilang nak pinjam bola susah. :) bola tennis tu... lambung tinggi2 pastu dia jatuh bam 3 kali, pastu rebut, sapa dapat dia rembat baling laju2 kat kawan dia... sape tak dapat bola lari la lintang pukang.. haha... aku takkan lupa yg aku baling bola tu kuat gila kat Aji, kene area burung dia, sampai senak, dia balik ngadu kat mak dia (makcik aton) mak dia datang report kat mak aku.. pastu marah aku.. ape ikar ko ni buat anak makcik... :) hehehe aku jawab tanpa rasa takut.. "sorry la makcik tun, tak sengaje... saya baling macam biasa, aji tu yg lompat tiba2, mana tau leh kene kat situ.." :P maaf mampu mengubati segalanya.... jgn takut tuk mintak maaf.

bersambung......

aku rasa cerite ni patut dibuat sambungan di lain entry, sebab panjang sangat... nanti hilang mood org nak baca... so nantikan sambungannye.... :)

November 26, 2010

Aku Bukan Hero

Pertama sekali, aku mintak maaf kpd semua pembaca yg sudi baca tulisan cincai aku ni sebab aku banyak tak sebut betul2 watak yg aku tengah ceritakan sebab nak jaga sensitiviti dan keaiban org.. mcm yg kwn2 kenal aku, aku ni agak outspoken dan sarcastic, tapi bab2 nak aib org aku slow sikit, sebab seKOBOI2 aku, aku takut jugak dengan seksa kubur dan api neraka. mohon Tuhan jauhkan. Dalam aku berhujah, berdebat, bertarung, 'ber' tidak puas hati tidak bermakna aku nak jadi hero atau nak sentiasa menang, aku cuma nak bagitau bahawa ada sesuatu yang tak betul berlaku, ada sesuatu yg sangat salah sedang dibiarkan bermaharajalela sebaliknya org yg ikhlas dan bekerja separuh mati dijadikan Kambing Hitam....

Dalam sesuatu masyarakat sentiasa ada satu watak 'antagonis' / jahat/ musuh, watak jahat ni perangai dia lebih kurang sama. Bagi yang mahu melihat dan mahu mendengar, watak jahat ni dia seorang yg busuk hati, apa yg orang lain ada, dia mesti nak ada... kalau tak dapat cara baik, dia akan buat ikut cara jahat..tapi dia sentiasa iri hati dengan ape yg org ada, tak kisah la dalam bentuk kebendaan ke, perhatian ke, kewangan ke, kehenseman ke.... wahima "Jeans bundel" harga rm10 pun kalau boleh dia nak iri hati.
contohnya: kalau dalam syarikat, ada staff yang dapat kereta syarikat, watak jahat ni akan iri hati, dia akan usaha samada dalam cara baik seperti bekerja sungguh2 atau mintak elok2 dekat bos, kalau dia tak dapat jugak, dia akan buat cara jahat, selalunya dengan menggunakan cara jahat ni akan berjaya sebab dia menolak semua prinsip dan unsur2 bemasyarakat.. dia akan menghasut, memfitnah, mengampu dan bermuka2.. org mcm ni mula2 bos akan seronok melayan sebab dia akan memperkudakan dirinya sendiri utk bos agar dia dapat menrealisasikan matlamat dia....org yg macm ni tidak akan segan utk mejual maruah dia sendiri demi kereta cabuk, atau demi duit barang seratus dua...dia akan fitnah mcam2, dia akan cucuk bos, dia akan hasut.. dia akan reka bermacam cerita tanpa segan dan ada sedikit diskaun pun...

" bos, bos tau tak, mamat sekor tu bukannya baik sangat, dia pernah kutuk bos depan saya, mcm2 dia ckp kat bos, dia ni sebenarnya bos, nak menjahanamkan syarikat, dia nak makan duit supplier, dia nak songlap stok kat belakang, dia nak claim mcm2, baik bos jaga2 org mcm ni bosssss" huhhh... dialog2 mcm ni la dialog pengampu, dialog penghasut dan penfitnah. tapi sedihnya cerita2 mcm ni yg lebih dipercayai oleh bos berbanding Khidmat setia dan ikhlas pekerja lama, yg bekerja 3 tahun, 10tahun, 12 tahun...yg mana tak makan duit syarikat single cent pun.....

Aku bukan nak jd Hero.......
Cuma aku kekok, canggung, pelik, hairan mushkil semua ada laaaaa...sesuatu masalah berlaku dan kita semua nak selesaikan masalah, ada la 2,3 orang try nak jdi Hero dan troubleshooter, panggil staf yang tak berkenaan, soal sana, soal sini, siasat sana siasat sini.. kelam kabut masuk opis sana, masuk opis sini, pegang kertas memo..kibar sana.... kibar sini...laungkan etika kerja dan akta buruh.. tapi kesalahan yg aku rungkai sesohih2 alam.... dengan bukti kukuh, tak pulak pegi siasat & ambil tindakan... bahgian kira2 dah gempur, pemasaran dah terjah, Hr dah tanya... tapi masalah yg dikemukan, bukti dan salah laku yg dilaporkan, masih tidak diambil tindakan... Camon la tuan,encik,sir......YANG BENAR TETAP BENAR, YANG SALAH TETAP SALAH.. aku dengan rendah diri dan seikhlas mungkin aku ckp...

-"start your car and go there. tengok sendiri dan siasat mana yg patut... semua dah jadi caca merba"-

Aku bukan nak jd hero, aku hanya tanya 2, 3 soalan je :
1. Kenapa suspek yg telah dilaporkan dan diberi amaran tidak dibuat siasatan dan diambil tindakan?
2. Kenapa berlakunya 'double standard'?
3. Kenapa jalan penyelesaian sering kali menindas org yg tak bersalah???


Saya dengan ini mengundur diri dari arena pertarungan sang kelembai dan si Luncai..moga yang kalah tak tenggelam dengan labu nya, moga yang menang tidak menyumpah org menjadi batu....

November 21, 2010

Perjalanan hidup aku sebagai penghijrah bab 2

Okey sambungan bagi kisah hidup aku yg berpindah-randah, aku sambung balik kisah aku dari duduk di Klang kampung jawa,

1986-1989 sambungan..
ade beberapa memori yang tak dapat aku lupakan di Kampung Jawa Klang ni, salah satunya, aku pernah tengok budak2 remaja kampung main polis sentri versi ganas dan real, masa tu tak salah aku umur aku 4 tahun, aku ngan abang aku tengah ronda2 belakang rumah nak lastik cicak, sekali aku nampak budak2 muda duk kejar kawan dia, kawan dia lintang pukang lari, yg kejar tu aku rasa polis la kan, dia tak dapat tangkap 'pencuri' yang lari tu, dia ambik tungkul kayu terbakar separuh saiz besar betis dewasa, dia hayun sekuat hati, 'kelepuk' kene tepat tang tulang belakang 'pencuri' yg lari tu, menggulupur member, lepas dia menggulupur atas tanah,'polis' ni pun tangkap ramai2, sumbat masuk dalam reban ayam belakang rumah mak mah (mak Rasyid yg aku ckp pembuli tu) rumah mak mah ni sebelah rumah aku, aku pegi jenguk2 reban ayam tu, aku tengok 2ekor pencuri dah kena tangkap dan sumbat dlm keadaan bogel, mulai dari saat tu la aku jd phobia dgn permainan 'POLIS SENTRI' ni, bagi aku budak2 kampung jawa tu punya version polis sentri sangat menakutkan dan agak ganas... kalau aku....mau aku jerit2 nak kuar reban ayam tu. confirm penuh hama..hahaha

Dekat Klang jugak pengalaman first aku makan fast food A&W, hahaha aku tak boleh lupa bab ni, kalau tak salah aku, bapak aku bawak satu family makan A&W kat PJ rasanya, yang watkan aku tak lupa pasal A&W ni sebab ape? sebab masa tu, bapak aku belikan aku Frisbee @ piring terbang yg main baling2 tu cap A&W.. mcm happy meal McD zaman sekarang la... kami punya la syok main, bawak balik rumah main depan padang rumah ngan abg aku, sekali datang si Rasyid haram jadah ni, rampas frisbee A&W tu... dia baling sekuat hati atas bumbung rumah kami, saat tu la aku paling dendam dgn si Rasyid..aku ingat lagi frisbee tu kaler merah nak keoren-orenan..Rasyid ni perangai jahat dia adalah, dia busuk hati, apa mainan budak lain yg baru beli, dia mesti nak, bila dia mintak kat mak bapak dia tak dapat, dia mula buat perangai, dia curi org punya, dia sorokkan, dia jahanamkan, dia baling dlm longkang, jahat dia ni... moga Tuhan ampunkan dosa dia... :)

Masa aku duduk klang ni, saat kami makan mewah dengan seafood, sebab ada tokey ikan selalu bagi mcm2 seafood, ketam bangkang/batu/mud crab... udang lobster, udang tohir, sotong besar lengan, ikan2 gred A mcm bawal cermin, kerapu, siakap, jenahak, tenggiri dan mcm2 lagi.. boleh ckp selang sehari, tokey cina ni hantar makanan sebab dia nak pujuk bapak aku jgn marah dia parking lori ikan depan kilang ais, ngan dia nak jd kawan baik bapak aku, sebab nak pastikan bekalan ais tuk lori ikan dia tak pernah putus, zaman tu, zaman supplier kontrol buyer. bukan mcm zaman skrg, supplier dah ramai, buyer la kontrol supplier skrg ni.banyak songeh lari carik supplier lain kan...

Kat klang jugak aku belajar bahawa zaman dulu lagi dah wujud persefahaman antara kaum, bapak aku baik dengan cina, india, singh, jawa, org putih dan mcm2 lagi, dan sekaligus buatkan kami sekeluarga baik dengan berbagai kaum, so kami takde la canggung dan phobia sangat dengan perbezaan kaum, kami makan je kari kambing & ayam yg Vellu masak masa open house, sebab dia jamin halal, dan kami tau dia jujur, dia mmg beli kat org melayu, kami pegi makan seafood BBQ umah bos cina & supplier selamba je, sebab kami yakin halal, dan diorg ni menghormati sensitiviti org islam, siap bagi air kotak,ngan jaring BBQ set baru sebab sebelum ni diorg dah bakar babi panggang atas set lama....hahahahahaha
Antara sebab aku jauh berjalan dan dah terbiasa ngan percampuran berbagai kaum la, kawan2 aku ada yg takleh terima sikap keterbukaan aku, dulu aku pernah kene kritik dgn kwn2 sekolah menengah sebab pegi makan Thosai kari ayam sempena deepavali kat Umah Vellu n pekerja (india) bapak aku, aku masa tu tak marah, sebab aku tak paham kenapa kwn2 aku kritik sangat masa tu... hehehehe lama2 baru aku paham yg diorg tak biasa makan bila org kafir yg masak wahima benda tu dijamin Halal... camon la.. Nabi SAW pun makan masakan org Yahudi bila dia jamin halal, dan bekas arak atau kuali tak perlu la disamak kalau dah dibasuh bersih sehingga hilang kesan, bau dan rasa.. itu fatwa ye, bukan fahaman libral semata2.. :)

Memori lain yg agak terpahat pada minda aku adalah, aku di masukkan ke tadika di Kampung Jawa pada umur aku 4 tahun... sebab salah faham mak aku kira umur. zaman dulu, budak2 masuk tadika masa umur 6 tahun, jarang sangat la ade budak umur 3,4,5 tahun yg dah masuk tadika mcm zaman skrg nih, zaman skrg nih, adik sepupu aku umur 4 tahun mak dia dah hantar masuk tadika, aku pun tak paham kenapa. pandangan aku adalah tetap, budak2 kecik sangat umur 5 tahun kebawah tak payah la masuk tadika, biarla diorg membesar kat rumah, main2 dan bermanje dengan mak dan adik beradik, itu lebih penting tuk bina keyakinan diri, tuk rapatkan kasih sayang antara mak dan anak dan adik bradik yg lain. dan kajian dari Universiti antarabangsa pun ckp, pendidikan pra sekolah utk budak2 bawah 5 tahun takda significant, cukupla sekadar pendidikan tak formal oleh ibu dan ayah. berbalik pada cerita aku.....

Abg aku lahir tahun 1982 pada hujung bulan 12..30hb..... kalau ikutkan umur dia baru 5 tahun, tapi kalau ikut tahun lahir dia dah 6 tahun.. so mak aku masukkan dia kat tadika Kg jawa masa umur dia 6 tahun, mak aku ingat aku umur 5 tahun, sebab mak aku selalu bygkan aku beze ngan abg aku setahun je dek hujung tahun beranak punya pasal, aku lak lahir bulan febuari. alkisahnya.. aku masukla tadika masa umur aku 3 tahun nak masuk 4 tahun.. aduh, sadis segaraga!.... aku pun ape lagi, masa kat tadika tu asyik nangis je bekepit ngan abg aku..hahahahahahahahha.. takleh lupa.last2 3 hari je masuk tadika... cikgu tadika tu ckp.. "kak, amik la balik dia ni kak..muda sangat lagi, baru 4 tahun, macm mane nak belajar asyik nangis je duk kat abg dia" huhuhu.. mak aku astaghfar panjang sebab baru sedar dia dah silap kira tahun... :) hehee..
Dan last sekali, masa duduk kat Klang la, aku dapat parut kekal aku yg pertama, kaki aku kene ekjos panas motor jipang bapak aku, dia baru balik kerja, aku ngan abg aku kelam kabut nak pegi sambut.. bapak aku naik tangga.. aku lak pegi panjat motor... sebelah kaki panjat tongkat, sbelah betis lekap ekzos.. meeeemang lazat.smpi ke tua parut tu ade.. tapi makin tua makin kecik parut tu.. :D hehe

Mid 1989 - 1998

Pada pertengahan tahun 1989, bapak aku dapat rezeki lagi, dinaikkan pangkat jadi executive operasi, kene pindah masuk opis kat headquaters Cold storage kat sungai besi KL.. masa tu bapak aku rasa jauh nak berulang dari Klang ke sungai besi, jadi dgn itu kami pun berpindah ke Kampung Sungai Tua Baru, Batu caves Selangor Darul Ehsan..alamat dia aku ingat lagi....terpahat :) rumah paling memberi kenangan manis :
NO 57 Jalan Kenanga,
Kampung Sungai Tua Baru
68100, Batu caves
Selangor Darul Ehsan.
pada aku, kampung ni lah yang aku anggap sebagai kampung halaman aku, walaupun aku tak dilahirkan kat sini,kami adik beradik takda kampung halaman sebab family kami selalu berpindah randah. Jadi bagi kami adik beradik, kami membesar dlm tahun2 yg significant iaitu saat mengenali dunia, saat kenal kawan. main2, sekolah tadika, rendah, semua kat sungai tua. jd bila aku berborak dgn kawan2 dan diorg mula cerita pasal kampung halaman, aku akan terus direct set mind aku yg aku membesar di sg tua, segala2 pasal idup zaman kecik refer perkara yg berlaku kat sg tua..... dan cerita tentang sungai tua akan diabadikan dalam entry khas, kerana banyak pengalaman dan erti hidup yang aku dapat dr hidup di sungai tua... so cerita ni akan bersambung ke bab yg seterusnya dia entry yg lain.... stay tuned.... bersama nantikan kisah selanjutnya..... :) hehehe

-----Bersambung....................

November 20, 2010

Perjalanan hidup aku sebagai penghijrah bab 1

perjalanan hidup aku mmg jauh, jauh berjalan luas pemandangan bak kate org tua2, aku tak nafikan, aku dah duduk di bermacam2 tempat, dan berjumpa berbagai2 ragam manusia... so tak boleh nak salahkan aku kalau aku yakin, confident sangat bila aku citer pasal fakta2 atau pengalaman perjalanan aku..aku ni jujur orgnye, kalau bercerita tak suke menokok tambah, dan tak suke reka2 cerita, aku cerita apa yg aku tau, dan dari sumber yg aku baca, lihat atau dengar sendiri, sumber atas sumber seperti "kawan aku pernah cerita yang kawan dia" tu tak pernah aku jadikan sumber kisah hidup, takut nanti jadi GEBANG.... hehehehe...

Aku tau ramai antara kawan2 aku yg pernah duduk di pelbagai tempat dan ade yg pernah duduk oversea pun, so org yg jauh berjalan ni aku mmg respek sebab diorg ada COMPARISON, BENCHMARK, KAYU PENGUKUR utk mengukur tahap sesuatu ketemadunan penduduk di satu2 tempat.ok la panjang sangat aku punya intro, sampai 2 perenggan, tau dek cikgu aziz sure aku kene kutuk sebab fail, mana ade pendahuluan dua perenggan..hehe.

1984-1986 IPOH,PERAK

Aku dilahirkan di Ipoh Perak, di Ipoh Chinese Maternity hospital. Hospital bersalin swasta yg juga tempat mak aku pernah kerja sbg Nurse bersalin. then semua adik beradik aku dilahirkan di hospital ni jugak dan disambut oleh Dr Ranjit Singh kalau tak salah aku, sebab mak aku selalu citer dan nama dia melekat dlm otak kami adik bradik. Lepas tu Abah,Mama, abg aku (car9) dan aku hidup di rumah kampung Lim garden selama 2 tahun. mak bapak aku duduk lama la kat sini, tapi aku duduk kat ipoh ni sampai umur aku 2 tahun je, so aku takleh nak gebang banyak pasal ipoh sebab aku tak tau apa2 lagi masa umur aku 2 tahun, kut kalau aku tau skrg ni sebab tiap2 tahun kami sekeluarga balik raya kat Ipoh. Kalau ikutkan pemerhatian aku, ipoh ni rakyat dia sangat simpel, ringkas, hati baik, garang sikit, SEMPOI (trademark yg selalu digunapakai bagi membayangkan org IPOH) tapi bagi aku yg paling sinonim dengan org ipoh adalah PAK LAWAK....makanan paling sedap kat ipoh adalah Nasik kandar wanngey ( abah aku ckp Nasik kandar bus stand tg rambutan) ade org ipoh ckp nasik Ganja.. sebab dia sedap sampai org ketagih nak makan kat situ hari2.

selain dari tu, paling sedap di carta aku adalah Kueyteow goreng Kerang. kalau tanya aku, aku suke Not kueyteow kerang. kueyteow sini lain ngan Charkueyteow penang, sini dia hitam mcm kicap, kerang banyak, sepinggang dekat nak segenggam, kerang dia plak separuh masak, fresh2, tak kecut, bila gigit... creettt air kerang terpancut dlm mulut.. Rombek nallareke.. ammaaa...
mee kari chinese pun sedap sangat...senang citer yg sedap ni makanan stall/hawkers la... laichikang, laichikang ipoh ade kembang semangkuk, ada telur puyuh rebus, biji teratai dan mcm2 lagi. hissshhh aku nak citer pasal makan ke pasal perjalanan hidup ni??? dah mcm lari tajuk je.....

satu lagi kemegahan budak2 ipoh adalah motor kapchai, kalau kat manjoi tu, boleh ckp tak sah kalau rumah tu takde sebijik Honda EX5 atau C70, rumah sepupu aku je ade 3 EX5... silih berganti sebab kat sana unsur negatifnya adalah kuat sangat kecurian motor.. pantang lePa kata org perak..aku takleh tahan bila makcik aku kejar pencuri curi ayam tengah bertenggek atas alang pintu rumah... hahahahahaha...Sepupu aku umur baru darjah 2-4 dah melahu2 bawak motor... sweenggg sana.. sweng sini... yg best tu, bila balik rumah, mlm je sebelum tdo buat aksi stunt, rem motor naik tangga masuk dlm rumah...simpan kat dlm, kalau tak sapan, yilek kadiwalek...pooliau...kene kebas.

Fakta: manjoi adalah gugusan kampung melayu terbesar dlm Malaysia. yg aku tau la, ni bukan aku google or search, ni aku try memori aku sendiri, siapa org manjoi/ipoh yg tau aku salah boleh betulkan... dalam manjoi ade beberapa kampung lain seperti:
  1. Kampung sungai tapah
  2. kampung sungai tapah tambahan
  3. kampung tengku hussein
  4. kampung ahmad said
banyak lagi, dia main tambahan, baru, lama, aku taknak poyo2 sebut, kang salah org gelakkan aku, aku taip yg aku confirm je :). kat ipoh/lembah kinta juga banyak lombong/tasik, bekas lombong bijih timah dulu2 kala. wat masa ni aku taip pasal ipoh Had ni je la, nanti aku akan buat entry lain khas citer pasal kampung halaman je k....

1986-1989 Klang Selangor
Masa umur aku 2 nak masuk 3 tahun sampai la umur aku 5 thn, bapak aku pindah ke Klang, utk rekod, bapak aku bukan JOB HOPPERS, bapak aku loyal worker dengan Cold storage dr muda sampai nak 40an, bapak aku dinaikkan pangkat dan ditawarkan bekerja sebagai supervisor kilang ais di bandar klang selangor, nak citer pasal Klang ni, banyak gak buat aku tersenyum dan cerite nya panjang jugak, aku rasa kali ni bab 1 mungkin akan cover bab ipoh dan klang je kot. ok memori yg tulen yg sohih pasal klang dr sudut pandang aku ye......

Aku pindah klang umur aku 2 tahun nak ke 3 tahun, so aku da mula ingat sikit2 pasal klang. bapak aku cari rumah kat area kampung jawa... Jalan Uganda...mula2 kami duduk rumah 2 pintu bekembar, siapa yg duduk area kampung2 Urban (kg2 di bandar) tau la sistem rumah sewa kat bandar... tuan rumah akan optimizekan segenap ceruk tanah dan membuat banyak pintu utk mengutip sewa paling maksimum yg boleh.

so kami sekeluarga tinggal di rumah sewe dua pintu di kampung jawa, kenangan aku pasal rumah ni adalah; sinilah first memori aku pasal mainan ding dang... toys zaman dulu yg femes bagi budak2.. bapak aku belikan aku n abg aku dingdang, kami sonok makan coklat bulat2 biskut tu, dalam ade mainan tangan getah melekit, kami pegi belakang dapur, kami balik tangan getah tu kat dinding, dgn tak sengaje kami dapat tangkap lalat. lalat tu melekat..hehehe...lepas tu kami pindah ke rumah lot yg lebih besar, duduk rumah 2 pintu tu dlm 2 bulan je kot, tempat bertapak. rumah lot ni best, mcm rumah kampung, ada tangga batu, rumah ibu, rumah anak, rumah dapur, jamban kat luar, tempat mandi kat dlm.. :) nostalgia. dekat kampung jawa ni sah sah la aku bergaul, bergelumang dengan org jawa. jawe yg pior.. dekat klang la tempat aku mula kenal kuih kapit atau kuih sepit atau dikenali juga kuih gulung, ada wak sebelah rumah aku, isteri dia rajin buat kuih sepit, sepit real2 depan rumah kat anjung, sambil bakar kat tungku batu cina. aku ngan abg aku selalu melangur makcik tu bakar kuih sepit.. pastu dialog kami pun kuar "makcik.... makcik buat ape tu?" dr pertanyaan itu maka kami pun kenyangla makan kuih sepit setengah balang. hahaha..

di Klang juga la mula2 aku kenal Nasik ambeng, kenangan ni yg aku takleh lupe la... kami budak2 makan kat anjung rumah kalau kenduri2 kat kampung jawe, kat area rumah aku ada pembuli bernama Rashid. walkisahnya, aku, abg, rashid and 2 lagi budak2 yg semua lebih tua dr aku makan satu talam... org tua2 pulak nak menakut2kan budak (nyakat) ckp sape tak habis makan tak boleh balik, then budak2 sebahuk ni pulak, tak habis semua tolak kat bahagian aku, last2 aku pun menangis la memohon simpati pakcik2 dan mak aku, supaya aku diselamatkan dr dibuli. hehe... org jawe ni sangat rajin, rajin kemas rumah, rajin cari duit, rajin berniaga, rajin menjahit, rajin masak, RAJIN JAMU ORG MAKAN, RAJIN LAYAN TETAMU, rajin gotong royong, tahap setia kawan yg tinggi..

masa aku duduk klang, bapak aku selalu bawak kami jalan2 kat shah alam, hahaa, masa tu shah alam tak mcm skrg, shah alam masa tu takde ape2, yg ade PKNS, UITM, Masjid shah alam dan taman tasik...bukit cerakah...masa tu taman tasik tak mcm sekarang, tanah merah lagi, rumput belum tumbuh, pokok2 yg besar rendang skrg ni hanyalah anak2 pokok yg kene sendal ngan kayu 2inci dlm pasu and dlm petak batu ikat. masa tu org aktif main hobi lumba bot remote control kat tasik tu.. kami selalu cuti2 pegi tengok sambil makan aiskrim cornetto diri atas batu pokok2 bunga tu... :)......

-----akan bersambung di Bab yg lain pada masa akan datang, insyallah, aku dah ngantuk sangat ni, nak tdo.. nanti aku sambung siapkan, lagipun kalau panjang2 sangat taip, muntah lak nak baca-----

November 13, 2010

Tuhan Beri dan Tuhan ambil

Tuhan beri kepadaku nikmat dan Tuhan ambil....dan hati ini tidak henti2 mencari redha. Hati ini mengucapkan syukur pada apa yg telah diberi dan apa jua yang telah diambil. sesungguhnya dari Allah ia datang dan kepada Allah jua ia kembali, Ya Allah aku mohon padamu kurniakanlah padaku galang ganti yang lebih baik dari apa yg telah Kau ambil, sesungguhnya segenap yang berlaku padaKu maha suci Allah hanya Kau yang mengetahui hikmahnya, dan jgnlah kau serahkan diriku ini pada diriku walaupun hanya dalam sedetik waktu.

Pada masa 'itu' aku begitu yakin bahawa jika aku pandai menguruskan harta dan aku berusaha mencari harta, masakan aku boleh kehilangan semuanya? aku seakan2 merasakan begitu kebal dari kehilangan. aku begitu asyik dengan kemegahan harta dunia. Namun kuasa Tuhan itu maha besar, jika bukan rezeki, telah tertulis di loh mahfuz dan Hak Allah untuk menarik, satu persatu nikmat itu hilang terlepas dari genggaman. walaupun aku berpura2 mengatakan bahawa semuanya masih dalam genggaman namun satu persatu terlepas dan cicir ibarat menadah air hujan di telapak tangan. cicir dan berjujuran air itu samalah seperti kehilangan satu persatu kemegahan duniawi aku.

Tapi aku masih ada sedikit kudrat dan iman, hari demi hari aku cuba memperkukuhkan iman dan kepercayaan aku kepada Tuhan. pengajaran dan hidayah datang dari tempat dan cara yg tak diduga..

sedang aku memandu di jln2 berlopak dan sesak di Pandamaran, Klang, aku melihat kiri dan kanan, lantas satu pandangan bagai merobek2 hati dan berbagai persoalan melanda dalam otak aku. aku sedang melihat kaum cina sedang menyembah berhala dengan memasang colok yg berkepul2 asap. terbongkok2 mereka menunduk dan menyembah berhala yg diperbuat dr batu, ada nyonya yg melutut seakan memohon sesuatu.. padahal mereka bukan tak tahu bahawasanya mereka sedang menyembah patung batu!.. padahal mereka sangat tahu yang patung batu itu tidak boleh memberi apa2 nikmat kepada mereka secara direct, tetapi mereka tetap menyembah patung batu yg mereka anggap sebagai Tuhan mereka.. tidak kiralah patung itu Dewa Kuan ying ke, dewa maharaja kuning ke, patung buddha ke, tetapi mereka yakin dalam hati mereka bahawa Manusia ini didalam dunia memerlukan Tuhan, Fitrah semulajadi manusia adalah mencari Tuhan. mereka percaya bahawa ada satu kuasa yg lebih besar, yang tidak dapat difahami dan disentuh secara lahiriah yang mengawal akan nasib,untung rugi, ajal, kelahiran, rezeki, kudrat, nyawa, roh, kepandaian, kebodohan, kesempurnaan, kecacatan dan pelbagai persoalan subjektif yg lain. mereka paham bahawa semua persoalan ini tidak dapat dikawal oleh kuasa manusia dan kuasa alam semulajadi atau saintifik melainkan semata2 kuasa ketuhanan.. itulah fitrah manusia.. tidak kira agama Hindu, Buddha, Taoism, Confucius, org asli, dan semuanya.

lantas dengan itu perasaan bercampur baur, ketakutan, iman, terharu, sedih, terpana dan berbagai lagi menampar2 dan menjentik hati aku:

  • kalaulah org cina yang kafir itu pun mempunyai iman terhadap berhala batu mereka, mereka mempercayai ada satu kuasa besar yg mengawal nasib mereka, padahal mereka bangsa yg mementingkan duniawi..namun hal ketuhanan mereka tetap menyembah Tuhan, Inikan aku, aku sebagai org islam yg mendapat Nikmat dan Rahmat yang lahir sebagai org islam, yg telah mendapat petunjuk dari ALLAH subhanahuwataala namun aku engkar dengan arahan Allah utk menyembahNya. aku buat tak endah terhadap kemurkaan Allah, aku pandang ringan terhadap Kuasa dan balasan Allah. aku tak malu pada Tuhan. pada masa itu semasa aku berfikir tentang perkara tersebut bulu roma aku naik dan aku merasa kesyahduan yg teramat sangat. aku malu menjadi manusia engkar dan kufur nikmat pada Allah.. dan selepas itu aku bertaubat dan aku kembali membentangkan sejadah.
  • Akidah, Iman kepada Allah perlu kukuh dan percaya pada kuasa Allah yg mengawal nasib makhluk di Dunia ini.... setiap manusia melakukan dosa setiap hari, setiap manusia cuai. tetapi sebagai manusia yg beriman kepada Allah, jgnlah lupa untuk menyembahnya kerana solat itu disyariatkan kepada manusia untuk kebaikan manusia sendiri. jika dengan Allah pun engkau tidak segan dan malu, tidak bersyukur dengannya, apatah lagi hubungan engkau sesama insan?
  • nak karoke? nak dating, nak shoping, nak main bola, nak main karom, nak main poker, nak goreng gitar kapok, nak tengok wyg, nak racing kereta, nak mengampu bos, nak jumpa klien, nak betul tayar motor,nak free hair, Tapi solat kene jaga!.. sesungguhnya manusia tidak lepas dari dosa, tetapi jgnlah berhujah "aku/kau dah buat dosa tak guna pun semayang, takde pahala, Tuhan tak terima semayang kau. buat ape kau semayang kalau ko asyik fitnah org, asyik main judi, asyik tengok wyang" hujah ni tak boleh pakai sama sekali.... kalau ada kawan2 yg suka ckp mcm ni (aku percaya ramai yg ckp mcm ni) tolong ingatkan dia solat itu kewajipan, yg menetukan solat itu diterima atau tidak adalah Hak Allah, dan bukan manusia yg menentukannya.
Dengan ini aku mengingatkan diri aku sendiri dan mengingatkan kwn2 aku, walaupun anda rock, walaupun anda sempoi, ganas dan western, tapi jgn lah anda abaikan iman dan akidah anda pada ALLAH. sesungguhnya jgnlah jadi makhluk yg tidak tau mengenang budi...

----JGN DAH TERHANTUK BARU NAK TERNGADAH-----

November 12, 2010

Double Standard

Double standard atau dlm bahasa melayunya pilih kasih/pilih bulu/ tidak adil/menilai seseorang pada ukuran yang berbeza. Double standard berlaku di mana2 sahaja selagi wujudnya seseorang yang tidak berkaliber memegang kuasa dan pada masa yang sama ingin menjaga kepentingan sendiri dan kuncu2nya.

Dalam umur aku yang baru suku abad aku telah menyaksikan banyak situasi double standard yg berlaku di sekeliling aku, aku nak cerita terang2 kat sini pun tak manis, tapi biar aku kiaskan sahaja, siapa makan cili dia la yg terasa pedas. aku kiaskan dengan persoalan yang begitu simple dan straight foward:

1. Anda cakap Bos A tak berhak utk membuat keputusan yg bukan didalam bidang kuasa dia, tetapi apabila menyentuh tentang kepentingan diri dan Bos B, anda skip soal itu, anda tidak mempunyai keberanian untuk 'membetah' dan bangun membetulkan keadaan. sedangkan kes yang berlaku terang2 telah melanggar akta, polisi dan undang2 yang anda sendiri rangka. Betapa tidak bermaruahnya org yg seperti ini. kot ye pun nak jaga kepentingan jgn la nampak sangat anda menjadi bacul

2. Org yg tidak amanah tidak diambil tindakan lansung, sebaliknya org yg komited terhadap kerja anda panggil banyak kali utk soal siasat dan discussion, padahal anda patut amanah dan berprinsip, tak kira siapa pun, tak kira apa kedudukan namun jika dah pecah amanah, melanggar polisi dan undang2 anda mestilah ambil tindakan, jika sekali anda tidak ambil tindakan terhadap org yg pecah amanah, di lain masa jika org lain buat kesalahan yg sama, anda jgn terlompat2 nak ambik tindakan dan menunjukkan taring.. bapak aku ckp jgn jadi "samseng taik kucing"

3. anda sorokkan kelemahan pihak yg anda sebelahi dan anda ungkit kelemahan org lain dengan harapan anda dapat melarikan perhatian org ramai dari ISU POKOK yang timbul.perkara telah jelas nyata dan terang, jika dia lemah, tidak mampu, TIDAK KOMPETEN dan merugikan harta organisasi, anda sepatutnya dari awal telah SACK atau pun menasihatkan supaya berhenti dari organisasi. sebagai contoh Umpanya anda nak jimat duit Kertas A4 dan duit beli setem rm 0.20 tapi anda tidak pikir pulak anda rugi bayar org sampai rm1000 -2000, sedangkan tiada sumbangan dalam memajukan organisasi pun.

Nasihat aku yang jujur dan ikhlas dan yang tidak mempunyai kepentingan, Berlakulah ADIL dan amanah meskipun ia kadang-kala begitu berat di bahu anda, Jika anda mahu PENGHORMATAN dr org bawahan anda, anda mesti buat ape yg anda cakap dan canangkan, jgn lah bak kata pepatah moden "cakap tak serupa bikin"
Jikalau pun anda tidak mampu untuk berlaku adil dengan seikhlas dan sejujur mungkin, cubalah untuk kelihatan adil dimata org bawahan anda, supaya anda suatu hari nanti tidak dipersoalkan apabila di persimpangan membuat keputusan, supaya suatu hari nanti apabila di neraca dan mahkamah Allah Azzawajal tidak ditanya tentang ketidakadilan anda. sesungguhnya ibadah dan ketaatan anda terhadap Allah SWT adalah hak anda bersendirian, namun HAK anda kepada HAK insan lain adalah dijawab sesama insan. hidup kita bukan semata2 didunia ini, namun hingga ke akhirat nanti. tiadakah anda mempunyai iman walaupun sekelumit dan senipis kulit bawang?

November 1, 2010

Aku gagahkan diri

Malam ini aku gagahkan diri aku untuk kembali berkarya di dalam laman blog yang telah agak lama aku tinggalkan, begitu banyak peristiwa yang berlaku pada aku yang memerlukan aku untuk memberi perhatian lebih kepada dunia nyata, dunia di luar alam cyber, pertama sekali aku agak panik kerana aku sendiri terlupa ID dan kata laluan blog aku sendiri, tetapi setelah bertenang dan akhirnya aku mengingatinya semula.
Biarlah karya kali ini berkisar tentang keinginan aku untuk menulis semula dan kemudian baru aku akan bincangkan perkara yang lebih serius atau lebih terperinci, tetapi sebagai permulaan aku akan memberi gambaran sedikit sebanyak apa yang telah terjadi pada diriku sepanjang penyepian aku. Tetapi aku masih lagi aktif mengemaskini Facebook kerana ia agak ringkas dan tidak memerlukan masa dan tumpuan yang lama untuk menyiapkan satu2 penulisan.
2,3 bulan kebelakangan ini banyak perkara yang membabitkan aku dan segala macam peristiwa yang agak besar berlaku padaku, teman2 rapat aku yang tau akan perkara terjadi meredhai penyepianku dan kepada yang tidak tahu perkara sebenar mungkin keliru mengapa aku kurang aktif dalam menulis semula, Maaf juga kepada saudara Zulkifli Saadon yang mungkin tertanya-tanya. tapi nanti bila kita berjumpa di depan teh susu yang berbuih mungkin panjang ceritanya. Pada awal bulan 10, kereta kesayangan aku telah terlibat di dalam kemalangan yang mengakibatkan kemusnahan total (total lost, lagi senang faham) kereta mazda 3 aku telah terbabas di federal highway dan melanggar besi penghadang tepi highway, kemalangan melibatkan abang aku dan kawan nya, abang aku selamat dan hanya cedera sedikit di kepala yg memerlukan 7 jahitan, sementara kawan dia patah tangan, patah tulang rusuk dan retak kaki. kedua-dua mangsa kini selamat dan beransur pulih. aku pula tidak terlibat lansung kerana aku duduk di rumah main FB, abang aku pinjam kereta aku.

Dalam masa 2 hari aku menyelesaikan tentang report polis, insurans, kemudian beli kereta baru, kereta second hand sebenarnya, beli Tunai Rm10k demi mengelakkan aku dari patah kaki untuk pergi kerja. dan kemudia berbagai-bagai cerita yang membuatkan diri aku sibuk. aku dah cerita secara ringkas tentang perkara besar yang berlaku, di kemudian entry aku akan berkongsi lagi pengalaman hidup dan perjalanan kerohanian aku dalam mencari Iman kepada Tuhan.

p/s stroke penulisan aku agak kucar kacir dan di dalam mode keliru buat masa ini, mungkin kerana telah lama meninggalkan ia. Harap ilham dan seni tulisan kembali dalam masa 2 , 3 minggu ini, terima kasih kepada Zulkifli Saadon kerana tulisan2 anda telah berjaya menyemarakkan keinginan aku untuk menulis semula..

---dah maju dah ko skrg ye zul :) ----

Hidup Dalam Kepalsuan

Assalamualaikum Kisah ni aku yakin berlaku pada tahun 1990, sebab kejadian ni berlaku semasa aku tadika, aku tadika umur 6 tahun. Masa aku...