Double standard atau dlm bahasa melayunya pilih kasih/pilih bulu/ tidak adil/menilai seseorang pada ukuran yang berbeza. Double standard berlaku di mana2 sahaja selagi wujudnya seseorang yang tidak berkaliber memegang kuasa dan pada masa yang sama ingin menjaga kepentingan sendiri dan kuncu2nya.
Dalam umur aku yang baru suku abad aku telah menyaksikan banyak situasi double standard yg berlaku di sekeliling aku, aku nak cerita terang2 kat sini pun tak manis, tapi biar aku kiaskan sahaja, siapa makan cili dia la yg terasa pedas. aku kiaskan dengan persoalan yang begitu simple dan straight foward:
1. Anda cakap Bos A tak berhak utk membuat keputusan yg bukan didalam bidang kuasa dia, tetapi apabila menyentuh tentang kepentingan diri dan Bos B, anda skip soal itu, anda tidak mempunyai keberanian untuk 'membetah' dan bangun membetulkan keadaan. sedangkan kes yang berlaku terang2 telah melanggar akta, polisi dan undang2 yang anda sendiri rangka. Betapa tidak bermaruahnya org yg seperti ini. kot ye pun nak jaga kepentingan jgn la nampak sangat anda menjadi bacul
2. Org yg tidak amanah tidak diambil tindakan lansung, sebaliknya org yg komited terhadap kerja anda panggil banyak kali utk soal siasat dan discussion, padahal anda patut amanah dan berprinsip, tak kira siapa pun, tak kira apa kedudukan namun jika dah pecah amanah, melanggar polisi dan undang2 anda mestilah ambil tindakan, jika sekali anda tidak ambil tindakan terhadap org yg pecah amanah, di lain masa jika org lain buat kesalahan yg sama, anda jgn terlompat2 nak ambik tindakan dan menunjukkan taring.. bapak aku ckp jgn jadi "samseng taik kucing"
3. anda sorokkan kelemahan pihak yg anda sebelahi dan anda ungkit kelemahan org lain dengan harapan anda dapat melarikan perhatian org ramai dari ISU POKOK yang timbul.perkara telah jelas nyata dan terang, jika dia lemah, tidak mampu, TIDAK KOMPETEN dan merugikan harta organisasi, anda sepatutnya dari awal telah SACK atau pun menasihatkan supaya berhenti dari organisasi. sebagai contoh Umpanya anda nak jimat duit Kertas A4 dan duit beli setem rm 0.20 tapi anda tidak pikir pulak anda rugi bayar org sampai rm1000 -2000, sedangkan tiada sumbangan dalam memajukan organisasi pun.
Nasihat aku yang jujur dan ikhlas dan yang tidak mempunyai kepentingan, Berlakulah ADIL dan amanah meskipun ia kadang-kala begitu berat di bahu anda, Jika anda mahu PENGHORMATAN dr org bawahan anda, anda mesti buat ape yg anda cakap dan canangkan, jgn lah bak kata pepatah moden "cakap tak serupa bikin"
Jikalau pun anda tidak mampu untuk berlaku adil dengan seikhlas dan sejujur mungkin, cubalah untuk kelihatan adil dimata org bawahan anda, supaya anda suatu hari nanti tidak dipersoalkan apabila di persimpangan membuat keputusan, supaya suatu hari nanti apabila di neraca dan mahkamah Allah Azzawajal tidak ditanya tentang ketidakadilan anda. sesungguhnya ibadah dan ketaatan anda terhadap Allah SWT adalah hak anda bersendirian, namun HAK anda kepada HAK insan lain adalah dijawab sesama insan. hidup kita bukan semata2 didunia ini, namun hingga ke akhirat nanti. tiadakah anda mempunyai iman walaupun sekelumit dan senipis kulit bawang?
di antara punca sy resign x bapa lama dulu..Bos x adil, tak pandai mengasingkn personal & profesional (skandal jer.. semua dia betul), mcm awk ckp org yg terang2 slh.. di butakn mata, di pekak telinga, di bisukn suara tp mencari kesalahan org lain utk menutup kesalahan org yg di sebelah dia.. punca staff resign byk.. lepas sorang.. sorang blah then yg trbaru dia sendiri hntr resign letter maybe di nasihatkn berhenti sbb.. byk org komplen kot. ntah la.. tp selepas sy resign someone dr HQ.. ada call soal siasat.. trkejut bila someone tu ckp sy kena terminate sbb mslh umah tangga pdhal sy resign dgn sendiri.. yg pelik dr mana dtg isu rumahtangga sy?? x penah plak sy berkongsi cerita peribadi dgn mereka2 itu..
ReplyDeleteitulah yg terjadi kepada manusia yg hanya tau nak jaga periuk nasik dia je sampai lupe pasal prinsip amanah, harga diri, maruah, ckp besar, tunjuk power dekat org yg takleh bagi2 apa2 effect, tadi bila ade kaitan dengan owner terang2 wat salah pun tak berani angkat muka..
ReplyDeleteselama 10 tahun saya bekerja opis.. selama itulah saya bsabar .. sikap bos, sikap kawan2 opis .. hanya saya panjatkan doa padaNYA semoga saya kuat untuk hadapi semua ini .. punca inilah saya resign sendiri .. dan sekarang baru diorang buka mata dan sedar siapa yg salah dan siapa yg betul .. allah senantiasa bersama org2 teraniaya
ReplyDeleteMakbudak: Allah sentiasa bersama org yg dianiaya... semoga sabar menjadi teman baik... ada kawan2 office ckp kerje je as org yg makan gaji dan lupakan pasa nak perjuangkan prinsip.. saya kurang bersetuju.
ReplyDeleteselamat kembali menaip saudara ku...
ReplyDeleterakan2 blogger semua.. memperkenalkan sahabat saya zulfikar hazri... kawan sejak sekolah menengah dulu... tahniah zul, lama aku tunggu post dari kau.. hari ni dapat jugak...
double standart... aku rase tak perlu pandang jauh... diri aku sendiri dah alami kesan penyakit double standart ni... harap tahun 2011 ni semuanya baik... sebab sekarang sedang mempercatur semula... cuba membuktikan kepada semua, untuk berjaya tak semestinya perlu men'jilat' mane-mane pihak yg suka di'jilat'... aku pun tak kebulur untuk menghormati orang2 yang double standart ni...
ape pun.. tahniah zul.. entry baik... point baik... "siapa makan cili, die terasa pedas!"
zul: terima kasih untuk masa kau baca post aku..aku harap memang ade yg suka makan cili dan suka makan pedas..
ReplyDeletep/s terima kasih kalau ko ade promote blog aku, aku dah seronok menulis balik
as salam..
ReplyDeleteskrg sdg berlaku.. semata2 nk jage periuk nasi sendiri, dan kekangan bajet company, sanggup ampu management utk sack org yg xbersalah... kononnye kerana gji die tinggi sgt... bile di kate revenue company yg xmantap dan itu adalah tanggungjawab die, disoalnya balik adakah itu tuduhan terhadap diri dia? kata yg teraniaya, m telling d fact.. dgn hati yg sakit terus merengus pergi.. sape yg mkn cili die lah terase pedasnye.. huhu
lps tu, difikirnya utk buang semua org yg die rase die x ngam... diberi alasan kerana poor performance.. pdhl kerja yg dilakukan oleh org tersebut melebihi ape yg patut... terus terkedu, have no reason anymore.. isk3...
smg kita jauh dr amalan2 yg karut..
ye la NUmara.... dunia ni tidak selalunye indah... politik pejabat ibarat sampah, nak2 politik family business.lagi kartun
ReplyDeleteMohon share
ReplyDelete