December 30, 2011

Aku Dah Kabor Dah

Assalamualaikum..

Aku syak perempuan ni dia ada sixth sense la. Macam kucing dalam semak, kau ngendap dia dari belakang slow macam mana pun, bila dah dekat mesti dia terkejut dan pusing belakang tengok muka kau. Saat dia tengok muka kau tu, kau rasa macam loser sangat.

" aisehh kantoi, nak tangkap kucing pun fail.. ceh. Tahu je kucing ni aku nak tangkap dia kan!"

******************

Aku dah kabor dah 1.

Dulu, pada tahun 1996, iaitu semasa aku darjah 6, iaitu semasa aku berumur 12 tahun, iaitu semasa aku tinggal di Bandar Baru Selayang, Iaitu masa first time aku bermastautin di rumah teres berpagar, iaitu semasa aku belum kenal lagi dunia blog yang memaksa aku menulis begitu banyak perkataan 'iaitu'.

Masa tu, mak aku kiranya macam ghairah la dengan konsep halaman berpagar dan perasaan mempunyai teratori sendiri. Jadi mak aku pada awal-awalnya suka sangat mengunci pintu pagar halaman rumah tu. Maka bila rumah ada pintu pagar, ditambah dengan kerajinan mak main kunci-kunci dan kedegilan kau sebagai anak jantan yang malas bawak kunci apa akan jadi?

" Ikar, sebelum pergi sekolah tu, jangan lupa bawak kunci rumah, nanti takut mama keluar pergi amik adik nanti susah kamu nak masuk rumah!"

" Ala, malas la mama, Ikar balik nanti petang, mama dah ada kat rumah kan? Okey la ma, dah lambat nak gi sekolah agama dah ni, bye maaaaa" Salam cium tangan, masuk duit belanja dalam poket. Kelam kabut pakai kasut sekolah.

" Degil kamu ni ikar, kalau kamu bawak je kunci tu pun kenapa? berat sangat ke? lantak kamulah nanti tak boleh bukak pintu padan dengan muka kamu"

Tengok, dah nampak dah kan unsur-unsur sumpahan manja mak aku? walaupun bukan secara langsung tapi memang aku syak balik nanti akan berlakunya musibatul harami. Sudah pastilah musibat akan berlaku, kalau tak, maka takde modal la pulak aku nak mengarang entry subuh-subuh begini.

Lepas tu aku pun pergilah ke sekolah dengan hati yang senang dan riang, bak burung pipit bercanda berdua di atas dahan nan rendang.

Entah macam mana silapnya, hari tu aku tiba-tiba sakit perut. Masa on the way nak balik ke rumah, aku dah terkentut-kentut, kira-kiranya dalam 1 kilometer lagi nak sampai tu, aku dah terkentut-kentut sambil kayuh basikal.

Pijak Pedel kanan, punggung belah kiri terangkat je...Protttt.....

Pijak Pedel kiri, punggung belah kanan pulak terangkat.. Preett......

Dan situasi itu berulang-ulang sehingga nak sampai rumah. Sambil dahi aku berpeluh menahan nak berak, sambil kaki tangan terasa sejuk, bontot terkemut-kemut mempertahankan saki baki maruah seorang remaja dari terberak dalam seluar, aku mengayuh dengan lebih laju lagi ditemani bunyi prot pret prot pret prot pret. Kadang-kadang bunyi legend ditambah dengan tone plup plup plap plep.

Bila dah sampai depan pagar rumah...

" ahhhh sudah, kunci pulak takde, mama ni rajin benor pulak dia nak kunci-kunci pintu pagar, dulu duduk rumah sungai tua takde pagar pun selamba je" monolog aku dalam hati.

" mama..mama, assalamualaikum mama.. maaa bukak pintu maaaa. darurat ni..darurat!!!!"

Aku yakin 100% mak aku ada dalam rumah sebab, motor suzuki best dia ada, pintu papan tak tutup, terbukak, yang terkunci pintu grill je, pastu kain baju kering bersidai semua tak berangkat. Dah jadi habit mak aku kalau nak keluar rumah dia mesti angkat kain jemur, sebab takut basah ditimpa hujan.

Lepas terpekik dua 3 kali tak bersahut, aku campak basikal depan pagar rumah, aku panjat pagar tu sepantas Jean Calude Van Damme dalam filem Universal Soldiers. Lepas tu aku lari cepat-cepat pergi pintu grill. Nasib aku baik, sebab mak aku pun muncul depan pintu grill pastu dia bukak mangga pintu. Sambil bukak mangga pintu sambil dia bagi ceramah hal ehwal semasa 'Aku Dah Kabor Dah'

" Aku dah kabor dah... aku dah kabor dahhh... aku dah kaborrr dah kannn Ikaaarrrr...."

" ma cepat la maaaaa..."

" aku dah kabor dahhh, lain kali cakap aku tu jangan melawan. Bawak kunci rumah Ikarr.. bawak kunci rumah.. jangan degil....."

" ma bukak pintu ma.. seram sejuk dah ni ma.. bulu dah meremang ni ma, nak berak!!!"

" Aku dah kabor dahhhh........." belum sempat mak aku sambung ceramah dia, pintu grill tu pun terbuka.

Aku pun menderu laju tanpa segan silu.. Masa tu aku sempat bukak kasut je, tak sempat bukak stokin. Dengan sepantas Awan Terbang Son Goku, aku pun berlari masuk jamban.

Nasib baik rumah teres setingkat, toilet pulak straight je dari pintu rumah depan ke belakang, nyaris-nyaris nak terberak depan laman. Cuma senario yang tak boleh aku lupakan sampai sekarang adalah membayangkan rupa aku berak darurat sambil pakai stokin, bersampin, pakai songkok, baju melayu, Siap sandang beg sekolah lagi tu!... Nasib baik je sempat bukak seluar dengan spender sambil berlari dekat ruang tamu nak ke jamban.

" Kau bayangkan berak sambil pakai sampin sekolah agama warna hijau tu! dah macam pakai skirt. Siap pakai stokin.. huduh huduh huduh"

" Haaaa kan! Aku dah Kabor Dah!"

*************Tamat************

Semalam kami semua sambut birthday abang aku kat victoria station. Gambar kali ni lengkap 7 ahli keluarga aku, tu yg pakai spec tu adik ipar aku yang aku ckp cindian tu. Tengok mak aku, dia yang beria nak buat tanduk '29' atas kepala birthdayguy, konon nak bgtau umur 29 tahun la tu.



P/s I Next entry aku sambung kisah Aku Kabor Dah 2, 3 dan 4. Insyallah.

p/s II entah kenapa, berat hati aku ni, aku syak nanti ada komen yang cakap " eh ikar, apasal abang kau lagi hensem dari kau ha?"

p/s III eh eh ni rasanya first time aku letak gambar seluruh family aku kan... eleh ape nak sorok sangat ye dak? bukan artis pun.. 

December 27, 2011

Isu : Ucapan Hari Raya Agama Lain

Assalamualaikum..

Sejujurnya, aku merasakan aku tidak layak untuk menetapkan cara berfikir kepada kamu semua tentang masalah Ucapan Hari Raya agama lain ini kerana ilmu aku tidak mapan dan mengkhusus dalam perkara ijtihad.

Jadi pendapat aku tentang isu ini bolehlah dibaca sebagai sembang-sembang anak muda di tepi kali. Masalahnya adakah anak muda yang masih lagi lepak di tepi kali?

" kali tu apa Zulfikar?"

" Kali itu Sungai, sekarang kau dah faham kan apakah maksud nama wali songo yang berbunyi Sunan Kali Jaga?"

" Faham Zulfikar"

******************************

Nak ceritakan ayat pembuka sebagai justifikasi keseluruhan isi memerlukan penerangan yang panjang, jadi aku harap korang yang pembaca baru dapatlah menyemak sejarah hidup aku yang lepas di dalam entry post lama. Bagi pembaca setia sudah tahu bahawa diri dan keluarga aku adalah di dalam ruang lingkup Moderet, sub-urban -kampung tepian bandar- rasional- praktikal-fundementalis-dan kadang-kadang skeptikal.

Aku dibesarkan dengan masyarakat berbilang kaum, bukan sahaja keluarga induk, tetapi keluarga dari atuk nenek lagi kami amat bergaul dengan masyarakat cina dan India. Moyang dan nenek sedara aku fasih berbahasa Tamil walaupun mereka 100% Melayu.

Bapak dan aku pula boleh faham dan bertutur sikit-sikit bahasa tamil. Mak aku pula agak rapat dan faham dengan budaya masyarakat cina. Disebabkan dia dulu bekerja sebagai Jururawat Bersalin di Ipoh Chinese Maternity Hospital maka dia dapat membeza-bezakan dialek suku bangsa cina samada kek, Teochew, Hakka, Hokkien dan kantonis.

Adik ipar aku sendiri adalah mualaf yang berasal dari bangsa cina dari belah ibunya dan India dari belah Bapanya, menjadikan dia berbangsa Cindian. Kalau adik aku nanti dapat anak, jadi bangsa bagi anak dia adalah MeCindian. Haruslah haru biru nanti surat beranak itu.

****************************

Dulu-dulu, keluarga kami akan celebrate semua perayaan bangsa ini bersama jiran dan business partner bapak aku, kalau GongXi Fa cai, Kami akan melawat jiran kami dan dihidangkan Air kotak laici bersama limau mandarin. Hadiah limau pula jangan cakap, kalau setiap tahun baru cina, maka penuh satu stor dekat rumah dengan kotak-kotak buah limau.

Bila Deepavali, kami akan memenuhi jemputan dari kawan-kawan berbangsa India. Pekerja bapak aku ramai yang berbangsa india terutamanya Uncle Vellu, Sagheran dan Sudha. Samada tengahari atau malam kami akan melantak Vidhu Thosai, kari ayam, kari kambing, Idhli, Putu Mayam dan Rassam. Kalau nasib baik kami dapat makan Banana Leaf Rice.

Lihat! tak perlu masuk DAP dan Parti Keadilan Rakyat pun aku mampu merapatkan jurang di antara berbagai kaum di Malaysia ini. Pokok pangkalnya cara kita berfikir dan keterbukaan kita mengiktiraf kepelbagaian bangsa, bukan laungan kosmetik poster pilihanraya.

Jika tidak, masakan pula Allah berfirman bahawa Dia menciptakan manusia dari berbagai-bagai suku kaum dan bangsa agar kita dapat saling mengenali.

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuannya" (Al Hujurat:13)
**************************

Apabila sudah meningkat dewasa, dan pelbagai maklumat boleh didapati dari internet, buku, guru dan kawan-kawan, maka aku terdedah dengan fatwa dan pendapat dari ulamak muktabar  yang mengatakan ia adalah Haram, Syirik, dan menggugat akidah jika kita meraikan Hari Raya Agama lain contohnya Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina ( ada pendapat mengatakan tahun baru cina tu tiada kena mengena dengan agama, ia hanyalah sambutan tahun baru kalendar cina)

Namun terdapat juga Fatwa dan pendapat dari Ulamak non-literalist, ulamak fundamentalist dan lebih Flexible yang menyatakan bahawa mengucapkan kembali selamat bergembira kepada kawan beragama lain hukumnya adalah harus dan tidak membuatkan kita rosak akidah dengan syarat.

1. Ucapan kita tidak mensyirikkan Allah.
2. Kita tidak membenarkan agama mereka.
3. kita tidak beriya-iya menyambutnya samada dalam keadaan sedar atau tidak, langsung atau tidak langsung.

Tapi walau bagaimanapun aku menerangkan, persoalan ini harus aku jawab demi menunjukkan bagaimana masyarakat marhaen berfikir dan memilih pendapat yang lebih kuat. soalanya adalah....

" Jadi, Apakah pendapat dan pendirian kau Zulfikar?"

" Pendirian dan pendapat aku adalah seperti yang aku terangkan di bawah ini "

1. Aku tidak pernah dan tidak akan mencerca agama, pegangan, perayaan bangsa lain.

- Kerana Allah berfirman jika kita mengutuk Tuhan mereka nescaya mereka juga akan mencerca agama kita kembali kerana sesama kita tidak faham agama masing-masing dan apa yang kita cakapkan.

- Kau tidak mahu sambut perayaan lain sudah, diam! tidak perlu engkau mencerca dan tidak perlu engkau berlaku kasar.

Katakanlah: "Hai orang-orang kafir,
Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.
Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.
Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku" ( Surah Al-Kafirun)

2. Jika kawan Kristian datang dekat aku dan ucapkan.......... 

"Merry Christmas Zul!" wink wink sambil wat muka comel, mate kedip laju-laju konon-konon cute nak hadiah le teeww...kurang-kurang pun kucupan mesra di pipi munggil..

aku akan jawab.. 

"Hai Eunice, Hai Stephanie, selamat bergembira. Selamat hari krismas, Enjoy your Holiday dan selamat tahun baru. moga-moga awak seronok bersama keluarga"

- Tidaklah pulak ia bermakna aku endorse agama Kristian itu mengangkat Jesus sebagai anak tuhan dan tuhan sekaligus, sebaliknya aku mengucapkan selamat kepada Eunice yang mahu beraya perayaan agama dia. full stop, tiada ulasan beranalogi dan bermetafora lagi.

3. Aku tidak ada nafsu nak pakai baju santa dan pergi parti krismas. Kalau pergi parti pun aku rasa ia bukanlah acara keagamaan, ia hanya parti keseronokan mereka berhari raya. Sama macam kita yang bakar lemang dan bagi angpau untuk menyambut raya. ia bukan acara keagamaan, sebaliknya ianya adalah acara dalam memeriahkan raya kita. Tapi aku memang tak pernah pergi parti krismas, sebab sesak padat dan banyak bau alkohol dalam club.

-Yang menjadi masalah, jika kau pergi Gereja, atau pusat masyarakat Kristian dan kau bersama-sama menyanyikan Gospel Hallelujah. Itu sudah terang-terangan kau merosakkan akidah Islam kau secara langsung atau tidak langsung. Sedar atau tidak sedar.

- Aku rasa korang tak perlu pun kot nak pakai baju dan topi santa tu, nak jadi open-urban bukan macam tu. Jadi terbuka adalah dengan memahami isu sensitif bangsa dan agama lain.

- Aku rasa tak perlu kot korang beriya nak hias pokok krismas, susun hadiah, pastu pagi-pagi bukak hadiah bersama keluarga tersayang. Korang just wish dan pergi jemputan open house itu dah memadai. Jiran nak belanja makan, kita makanlah kan. Berbuat baik sesama insan kan dituntut Tuhan.

4. Tidak perlulah kita berdebat pasal masalah 25 hb  Disember itu tarikh lahir Jesus atau tidak, atau ia adalah perayaan pagan yang telah digabungkan oleh maharaja rom atau adakah Santa Claus itu berunsur agama Kristian atau tidak kerana....

1) isu yg kita bincangkan disini adalah ucapan hari raya agama lain. bukan validity fakta asal usul Krismas.

2) Krismas ini sudah sebati dengan agama Kristian dan diiktiraf Vatican City sebagai upacara rasmi Agama Kristian. Jadi ia mmg disambut sebagai hari raya merayakan Lahirnya Jesus Christ ke dunia.

5. Jika orang Kafir memberi salam kepada aku, aku akan menjawabnya balik. Aku tidak akan mendoakan dia masuk ke dalam Neraka Sam. Aku rasa masalah kesempitan akal sesetengah umat Islam adalah suka mencerca agama lain. Aku bukan cakap sedap mulut, kau pergi baca blog-blog fanatik yang suka menghentam agama lain, dan komen-komen yang menghiris perasaan. Semua seakan lupa Firman Allah yang aku letakkan di awal perenggan di atas.

Mana mungkin kawan datang kepada kita..

" Salam sejahtera ke atas kamu wahai Zulfikar"

Kita jawab balik....

" Selamatlah kamu di dalam neraka Sam wahai Vellu"

Sepatutnya kita sentiasa mendoakan semua manusia, semoga Umat Islam itu sentiasa sejahtera, dan semoga umat Kafirun itu sentiasa terbuka untuk mendapat rahmat Allah.

Jadi, aku sudah jawab di mana pendirian aku dalam isu Ucapan Hari Raya Agama Lain ini. Bagaimana pula kamu semua?

Jika terasa goyah dan gayat dengan pendapat aku, mungkin kamu boleh baca pendapat dari Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin di sini : - DR MAZA . COM 

***************** tamat******************

Ini bukan Santa turun ke bumi dari north-pole, sebaliknya adalah pemburu bayang yang turun mencari belang tarungnya di atas bumi. Jaga kamu wahai Siluman Angkasa. Jurus Pukulan Maut alam semesta Jurus ke7!!!


P/s I seriously, gambar kat atas adalah antara pict yg paling aku suka dalam koleksi, gambar beberapa meter dari puncak Gunung Kinabalu, ditangkap oleh Encik Hairie Jasadi. Saat aku di atas awan.

p/s U walk the talk, cakap pungpang2 dalam blog dan dalam FB, tapi bila suruh baca doa selamat semua tolak-tolak panik nak bagi orang lain. suruh dakwah orang kafir semua segan, diam seribu bahasa. Kamonlahh.. takkan nak jadi Keyboard warrior je kot.


December 25, 2011

Homesick


Assalamualaikum..

Homesick itu adalah cocktail perasaan. Homesick itu mampu membuatkan manusia keliru. Samada kau mahu kelihatan comel dan sensitif kerana mempunyai kerinduan terhadap mak dan rumah, atau kau mahu kelihatan hati kering gagah perkasa bak siluman angkasa alam perwira berbelang-tarung tak rindu mak.

Pada zaman 1990-an, sebelum adanya zaman justification dan rasionalisma, homesick itu hanya untuk budak perempuan dan anak manja. Tiada ruang untuk budak lelaki nakal lutut berparut kena tar jalan untuk merasa homesick. Tak macam zaman sekarang, dah ada FB dan Blog untuk kita sama-sama berkongsi jiwa dan Rasa Hati.

" saya homesick.....saya okey!" Ini sekarang lah kan. Dulu siapa yang rindu mak kat asrama dikira tidak mempunyai kuasa super-saiya. Jadi tidak bolehlah nak buat Kamehameha.

Bukan semua orang hati komando, komando pun tahu erti rindu anak bini kat kampung. Kasih sayang paling tulus boleh diukur dengan tahap homesick kau. Homesick sebenarnya bukan pasal rindu tilam kat bilik, rindu masakan mak, rindu kucing atau rindu selimut hapak kat rumah. Yang tepatnya homesick tu adalah rindu mak. Aku ada kisah homesick aku yang paling teruk dalam hidup aku.

*********************************
Homesick dalam Keegoan.

Ego dalam kepura-puraan, masa tu aku duduk asrama dekat Sekolah di Sabak Bernam. Aku dari kecik sangat rapat dengan mak aku. Kalau tak takkanlah aku boleh menangis bila abang aku tipu mak aku balik kampung tinggalkan aku kan? macam yang aku cerita dalam entry INI

Pertama sekali duduk berjauhan dengan mak, Rasa dunia ni kelam, berarak mendung kelabu. Udara rasa kurang oksigen, dada berat, badan lesu tak bersemangat. Mata asyik berkaca, muka pulak monyok sepanjang hari.

Saat paling hebat semasa bersembang dengan kawan adalah saat di mana masing-masing mula mengakui bahawa mereka juga homesick sama macam kita. Terus hilang rasa beban kat dada yang selama ni kita fikir kita je budak lembik-anak manja-rindu mak-tak lalu makan. Rupa-rupanya kita tak berseorangan, kawan kita pun rindu mak jugak. Lega betul hati rasa, Yesss ada geng!


" Wei Mus, kau apesal ni, monyok je aku tengok 2, 3 hari ni? ko ada masalah ke?"

" errm, aku rindu tilam aku la, tilam kat asrama ni tak sama macam tilam aku kat rumah"

" wei, rilek la wei, lek lek...jangan la cam tu, aku ada ni, ko jangan lah sedih-sedih, aku tau kau bukan rindu tilam ko kan? ko rindu mak ko kan?"

" erm, tu lah Zul, aku rindu gila kat mak aku,tah mak aku sihat ke tak, bapak aku, kucing aku, rumah aku, aku rasa nak balik la Zul"

" Rilek Mus, aku pun macam kau jugak, aku rindu mak aku jugak. tapi kita kena bertahan, malu orang tengok kita monyok-monyok macam ni, ni aku ada duit syiling, kau pergi call mak kau. Nanti percayalah, bila kau dengar suara mak kau, mesti kau dah tak sedih lagi dah"

" Thanks Zul. Tapi ko taknak guna syiling ni ke? ko nak call mak ko gak kan?"

" takpe-takpe, aku dah simpan ni sikit, ada 3 ringgit, tadi aku tukar kat Ko-op"

Dalam masa 2 minggu awal kat asrama tu, Ya Rabbi, jangan cakap la macam mana tahap murungnya aku rindu kat mak aku. Sampai tahap setiap hari call mak. Public phone tu dah macam benda paling mustahak. Zaman tu mana ada Handphone, yang ada handphone pun Pakcik Rahim, dia sorang je ada handphone kat kampung tu. Handphone dia kecik pulak tu, Hanya sebesar Batu Bata merah buat rumah.

Aku ingat lagi, masa aku masuk sekolah asrama kat Sabak tu masa bulan puasa. Jadi sebelum nak berbuka tu, dalam pukul 5 petang, kami semua dibebaskan dari Prep petang, berdesup kami semua lari pergi luar pagar sekolah, sebab kat depan sekolah tu ada kedai runcit. Kat kedai tu kami beli Ais 20sen, pastu  beli la kuih muih sikit untuk berbuka.

Lepas beli kuih semua, pergi beratur depan public phone, nak call mak. Punya panjang tunggu giliran sampai Ais 20 sen beli tadi dah cair separuh. Hari lain terus dapat pengajaran iaitu beli ais hanya selepas call mak.

" Hello, Mama.. Hari ni mama masak apa tuk berbuka?"

" Hello Ikar, Mama masak Ayam merah dengan Tumis bayam je, kamu makan apa kat sana berbuka?"

" Sini makan Gulai lemak labu, Ikan jeket goreng je mama, tak jeket.. Tempe, tak tempe, jeket, bosan dah  Ikar"

" erm, takpelah, kamu makan jelah apa yang deme bagi, nanti minggu depan sabtu ahad mama datang ngan abah kamu, kita buka sama ye"

" errmmm okey ma. bestnya kalau dapat makan buka kat rumah sekarang kan ma"

" Tak best pun, anak-anak semua takde, Karnain pun dekat rawang, Abah outstation, tinggal mama ngan Julia Ayin je. makan pun tak selera"

Masa dengar mak aku cakap dia pun tak selera nak makan, air mata dah berambu-rambu dah, dah bergenang macam kuah megi di tepian mangkuk yang penuh tunggu masa nak tumpah je. Masa tu duk la sorok muka kat public phone tu rapat-rapat, dengan harapan orang belakang tak perasan la muka kita nak nangis. Tapi hampeh, muka boleh disorok, bahu terhinggut-hinggut nampak juga.

Minggu depannya, mak aku pun datang nak lawat aku kat asrama, Ya Rabbi punyalah risau hati oi, dah lah jauh dari Selayang nak ke Sabak bernam, hati rasa tak tenteram je dari pagi sampai ke petang, sepanjang masa berdoa jangan la jadi apa-apa, jangan la kereta rosak ke, tayar meletop ke, Eksiden ke, Ishk memang teruk betul penangan homesick ni.

Bila sampai je mak ayah, dari jauh kau dah tunggu kereta, nampak je dari hujung jalan ada kereta iras-iras kereta bapak kita, hati punyalah berbunga-bunga. Alhamdulillah sampai jugak diorang dengan selamat. Terus rasa nak lompat-lompat. Tapi tak jadi lompat, sedar diri dah 13 tahun bukan 3 tahun.

Bila mak datang bawak Si'a terus rasa hilang sebak kat dada, aku taktau nak eja dia macam mana, samada Sia, Siya atau Sie'a, tapi dalam bahasa lain dipanggil mangkuk tingkat. Tingkat atas sekali mama bubuh ikan goreng, tingkat kedua bubuh sambal belacan dan ulam. Tingkat ketiga Gulai, gulai mestilah yang feveret aku, samada asam rebus nenas, atau asam pedas, gulai tempoyak, gulai lemak cili api dan macam-macam lagi. Tingkat paling bawah sekali bubuh nasik. Tapi mak aku selalu bawak periuk nasi je datang sekaligus, ikat dengan kain batik nak bagi tahan panas.

Peh, perasaan masa tu tak dapat nak digambarkan, aku rasa korang semua pernah rasa perasaan dia macam mana. Macam ada pelangi di hujung horizon langit, angin sepoi-sepoi bertiup syahdu diiringi bunyi burung-burung berkicauan, latar belakang adalah tasik yang luas di tepi padang yang rumputnya rapi seperti padang golf, di kiri kanannya kedengaran hilai tawa anak-anak kecil bermain basikal roda tiga sambil diperhatikan ibu mereka.

Masa tu baru kau faham kata-kata orang tua yang kau anggap hyperbola selama ini....

" Hilang sudah Rindu Dendam anakanda kepada bonda"

Masa makan tu, bukan main lagi laju aku suap nasik. Sekali sekala aku kerling mata tengok muka mak aku, senyum je dia duk tengok aku makan. Bapak aku pulak, tak habis-habis tambah lauk dengan potongkan mata-mata petai. Masa tu barulah kita menghargai sangat kasih sayang mak ayah kepada kita. Masa tu barulah kita merasai betapa beruntungnya nasib kita jika nak dibandingkan dengan nasib anak yatim piatu. lagi sedih kalau kita ada kawan yang mak dah takde. Rasa macam nak ajak dia kongsi mak dengan kita.

******************************

Apabila kau sudah merasa betapa bernilainya kasih sayang keluarga, barulah kau akan menghargainya sepenuh jiwa. Lepas dah kena penangan homesick tu, barulah kita tak rasa malu lagi bila mak ayah datang lawat kita kat asrama atau Kolej kediaman universiti.

Sebelum-sebelum tu, budak-budak lelaki ni yang perasan rocks ada yang jenis malu kalau mak bapak datang lawat kita, ada jugak yang macam tanggang, malu mak bapak datang naik kereta Datsun buruk. kadang-kadang ada yang pesan mak ayah suruh parking jauh-jauh, jangan parking depan kantin. Tapi mereka yang sebegini rupa lupa yang anak yatim tu sanggup tukarkan apa sahaja yang diorang ada kat dunia ni dengan keberadaan mak ayah yang menyayangi kita.

Dulu satu masa, mak aku pernah datang lawat aku masa aku camping pengakap, punyalah aku segan kawan-kawan pengakap aku tengok dari jauh. Mak aku datang nak hantar duit belanja, sebab sebelum pergi tu, aku terlupa ambik duit. Padahal duduk seminggu lebih dalam hutan, duit takde macam mana nak beli burger dengan bihun talam tepi jalan tu kan.

Tapi lepas aku kena penangan homesick tu, jangan katakan mak datang melawat ke kantin. mak aku datang melawat bilik kolej pun aku selamba je, dulu siap mak aku datang tidur rumah bujang kami lagi, Rumah bujang aku dulu memang heaven, Tak caya nanti tanya Shahril Husin, Zikry, Zulkifli Saadon dan Chewe.

" errmm eee tak malu, kau anak mak eh?"

" Tak malu aih jadi anak mak, jangan jadi gedik-gedik macam budak tak cukup akal sudah. Duk peluk teady bear pink, buat muka muncung, tangan gaya peace, pakai pijama sailormoon, tangkap gambar, upload kat FB.. letak Caption.......

" NiEw TeaDy bEar Titteww, Bf tittew BaGi taww, shomel x? Boifey tiTtew bg NaMa dier PuSshiee..cian tittew taw, duk JaUh cAnGaT eNgan bOifeY TiTtew, tPi xPeW, BiLeRw TitTew RiNdOo DiEw, TitTew PeYok PuSsHie Tittew KeTaT2.. RrrrRRrrrr  (^ - ^ Y) "




***********************************************

mangkuk tingkat aku serupa macam ni, ada kat dapur, tapi takleh nak tangkap gambar, henpon rosak balik.  sumber gambar dapat dari mamyharraz.blogspot.com

Gambar di atas adalah hasil photoshop oleh anasir-anasir freemason, jangan percaya jika anda terjumpa di mana-mana website. Kah kah kah,  kata dulang paku serpih, kata orang ............. dia yang comel. peh peh peh peh dannn peh!



P/S Moral of the story, sayangilah mak bapak kita masa mereka ada, gaduh-gaduh manja tu biasalah, buat riuh suasana keluarga. Sedangkan lidah lagi tergigitkan. "saya pernah homesick..saya okey!"

P/S aAaALoOoOrrhhh.. TiTtew Pun Nark CaKap TaT P/S ni gak, TiTtew RiNdOo Boifey TiTtew, TiTtew nak PeYok PuSsHiEe TitTew KeTat2. AuUumMmM.... ** Pangg.. haa amik, nak Tittew2 sangat!

December 23, 2011

Peta dan belon

Assalamualaikum...

Dulu aku pernah duduk sekolah berasrama selama setahun iaitu pada tahun 1997. Ada banyak peristiwa lawak  yang berlaku selama aku duduk asrama. Tapi ada satu kisah ni yang orang cakap the best compilation buat teman aku gelak sorang-sorang bila teringat balik.

Masa aku form 1, aku ada kawan sekutu yang amat rapat, nama diorang adalah Faizal dan Bari. Dalam Kelas itu juga terdapat 2, 3 ekor budak yang menjadi lawan kami, mereka adalah Azlan, Aizudin dan Topek Gagap.

Zulfikar, Faizal dan Bari adalah 3 orang budak yang suka buat lawak loyar buruk dan suka ngusik budak perempuan dalam kelas. Berbeza pula dengan pakatan Axis yang suka mempunyai abang angkat, cover hensem dan suka jadi mat romeo-cinta-sampai-mati-walaupun-belum-tumbuh-bulu-pahat-lagi.

Masa zaman asrama, benda yang paling heaven sekali dalam kelas ada 3 iaitu...

1. Kakak angkat / awek bagi coklat suh makan dalam kelas. gila seronok kawan jeles tengok.
2. Makan Nasik Lemak kat kantin tengah lapar kawan tak sempat ngecek.
3. Qada' tidur dengan amat lena masa cikgu tengah ngajar kat depan.

Abaikan nombor 1 dan 2, fokuskan kepada perkara 3. Tidur dalam kelas.

Aku adalah salah sorang yang suka sangat tidur dalam kelas masa cikgu mengajar, tak hairanlah bila aku tak paham nak jawab, aku boleh bantai salin soalan balik masa jawab kertas periksa bahasa arab. Pada satu hari, entah datang semangat apa kat aku masa kelas, aku tak mengantuk. Pada masa tu aku ingat lagi yang ia adalah masa periksa soalan paper geografi.

Sebelah aku adalah Aizudin, masa jawab kertas tu aku ingat lagi ada soalan suruh lukis peta apa tah atas kertas jawapan yang diberikan. Aizudin ni punya tak senonoh dia boleh bantai tidur dengan skill kepala letak atas meja sambil mulut menganga.

Masa tu pulak aku tengah selsema tahap 3 iaitu hingus dah pekat berwarna hijau kekuningan memenuhi ruang hidung setiap masa. Bila dah habis periksa tu, aku terpandang sesuatu yang sangat epic sehinggakan umur aku dah 20-an ni pun tak boleh lupa.

Aku nampak Aizudin tidur mulut ternganga, air liur meleleh atas kertas jawapan geografi, habis basah kertas jawapan tu separuh, lenjun sampai tahap macam air tertumpah. Ini adalah sangat hebat, aku selama ni anggap orang tidur air liur meleleh ni hanyalah rekaan pelukis-pelukis komik jepun je. Tak sangka pulak boleh tengok di alam realiti.

10 minit lepas tu, Cikgu bangun untuk kumpul kertas soalan, Demi menjaga maruah Aizudin walaupun dia musuh-manja, aku sepak-sepak la kerusi dia suruh bangun, Elok je cikgu sampai sebelah dia pun terbangun, saat dia bangun, dia tarik kepala naik atas maka berjerikatlah airliur basi bergantungan dari meja ke muka dia, rupanya air liur dia punya banyak sampai basah separuh muka dia.

Kertas jawapan dia habis basah, cikgu yang kumpul kertas tu geleng-geleng kepala sambil senyum sinis je tengok, nasib baik cikgu tu baik. Dia tak cakap apa-apa pun. Dia senyum dan diam je sambil jinjing kertas jawapan Aizudin.

Aku pulak keras perut tahan gelak, tak sabar nak tunggu cikgu blah. Elok je cikgu keluar kelas, aku pun apa lagi, panggil Faizal dengan Bari, pastu aku cerita semangat-semangat kat diorang pasal si Aizudin. Kami pun gelakkan dia sepenuh hati tanpa belas ehsan.

" woi woi, Pejal, tadi kan Din tidur keluar air lius basi, soalan suh lukis peta pakai pen, dia lukis peta pakai air liur.. wakaakakakakakakaka"

" hahahahah Din tak senonoh, geli siot, geli siot. eeeeee air liur meleleh. peta peta peta. yek"

" haha, ayok, nanti aku bagitau kakak angkat ko, ko buat peta kaaannn..."

Punyalah seronok aku gelakkan Din, tak ingat dunia, Masa tu si Azlan ngan Taufiq sekutu si Din tak dapat nak bekap dia, diorang pun join gelakkan Din.

Aku yang masa tu gelak separuh mati, tak sedar yang aku tengah berhingus padat dalam hidung, elok je aku nak tarik nafas dan sambung gelak untuk harkat seterusnya....maka terjadilah.....

" Ha Ha Ha haaaa Bluuuuuupppppppp.... pup!"

Baru suku gelak, tiba-tiba hidung aku mengeluarkan hingus belon! Besar gila hingus belon tu, meletop habis kena hidung ngan bibir. Ah celaka boleh. celaka dah.. habis reputasi habis. sedap-sedap gelakkan air liur meleleh Din, hingus ni pulak buat hal.

Yang menambahkan bahana, Din, Azlan, taufiq, Bari ngan Pejal semua nampak. Diorang semua tengah fokus kat aku masa aku nak start gelakkan din. Tak payah ceritalah malu dia macam mana woi.

" wakakakakaka, wakakakaka hahaha Zul gelak keluar Hingus Nobita kannnnnn!!!"

" eeehhhh eeehhhh Hingus belonnnnnnnn!"

" eeee Zul, comel la belon kau buat tadi, buat la lagi, buat la lagi. buat la lagi zul! wakakakakakaka"

Aku kelam kabut nak cover, terus defend balik...Sambil aku cepat-cepat tutup hidung guna songkok, aku syak ada saki-baki hingus kena songkok tu rasanya.

" wei wei rilek la wei, biasa arr tu hingus belon, mana boleh lawan air liur peta Din tadi woi" aku usaha sehabis baik bagi mengalihkan bahan ke Din semula.

" Ahhhh takde takde, Peta din dah tak lawak, Belon kau lagi lawak! hahahahaha"

" Ntah Zul, cute gila ah hingus belon ko, first time aku tengok wei, aku ingatkan ada dalam doremon je, tak sangka lak leh tengok real-real"

Habis, jahanam, kalau lah aku boleh undur masa sikit je lagi, kalau aku boleh undur masa awal 30 saat mesti aku dah hembus hingus tu keluar tingkap, takdelah jadi hingus belon.

Nasib baik masa tu dah hujung tahun, lepas je habis exam tu, aku pun pindah ke sekolah Mersing. Nasib baik je tu, kalau tak mestilah aku akan dibahan sepanjang zaman persekolahan. 

Mungkin juga aku akan menempa nama sebagai Zul Nobita-hingus-belon-meletup. Fuhhh nasib baik pindah sekolah. fiuuuuu~~~





Aku syak belon aku macam ni kot masa tu. tak sempat pulak nak ukur guna pembaris besar macam mana.

 *************************


p/s I Moral of the story, jika nak gelak bahan orang, pastikan hidung anda tak penuh hingus. Hingus nobita yang belon kat hidung tu rupanya boleh terjadi di dunia nyata.

p/s II selain air liur peta ngan hingus belon, kentut berbunyi dalam kelas juga adalah bahan yang paling best buat lawak. oh lupa taik hidung tergantung jugak best.

December 21, 2011

Aku, AUKU dan Politik 3 Suku.

Assalamualaikum.

Bagi menjawab pertanyaan rakan-rakan pembaca, jadi aku akan hidangkan pendapat aku dari sudut pandang dan pengalaman aku dalam isu AUKU.

Demi berlaku adil dan telus, biarlah aku ceritakan latar belakang pendidikan aku sedikit sebanyak. Aku dulu belajar dekat tadika KEMAS, kemudian sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan, Kemudian sekolah menengah di sekolah Agama Menengah Tinggi, kemudian Sekolah Agama menengah (tak tinggi) dan kemudian sambung sekolah di Sekolah kebangsaan. Selain itu semasa umur aku 8-12 tahun juga aku belajar ilmu fardu ain di sekolah agama menengah Rakyat kelolaan JAIS.

Kemudian Aku melanjutkan pelajaran di UITM Dungun (sementara) kemudian ke UiTM Shah Alam untuk diploma, setelah tamat diploma aku menyambung pelajaran ke Ijazah Sarjana Muda Sains dengan kepujian di UiTM Shah Alam juga.

Jadi Anda semua bolehlah menilai kepelbagaian pergaulan dan betapa terdedahnya aku dengan pelbagai pendapat dari golongan Ultra Melayu, Keluarga Sekolah Pondok, keluarga ana - anta lughatul al arabiyah - syukran yazilan Ustazah, melayu pasca Mahathir moden dan era keceleruan UMNO lama dan UMNO baru hinggalah ketaksuban pemuda ABIM dengan lidah Madani Anwar Ibrahim.

************************

Marilah kita membaca kebenaran yang pahit yang perlu didengari oleh Pro Aspirasi (kerajaan) dan Pro Rebellious /Mahasiswa (pembangkang)

Pro Aspirasi (Kaki Kipas)

Sewaktu aku menuntut di UiTM untuk diploma dan degree, aku adalah pelajar yang aktif sehinggakan aku menjadi Ahli Jawatan Kuasa Perwakilan Kolej (JPK) bagi Kolej Meranti selama 2 penggal. Semasa itu aku menjawat jawatan presiden Blok B dan C dan juga memegang beberapa portfolio untuk sukan dan lain-lain aktiviti gotong royong.

Pada masa itu, aku sama sekali tidak pernah menceburkan diri dalam politik MPP iaitu Majlis Perwakilan Pelajar, kerana bagi aku MPP pada masa itu hanya sibuk hendak mengipas punggung pentadbir Universiti melampaui menjaga kebajikan para pelajar itu sendiri.

Mereka ini adalah Perwakilan Pelajar iaitu Wakil rakyat bagi pelajar. Sepatutnya mereka memanjangkan suara dan keinginan pelajar ke atas pihak HEP dan kuasa Eksekutif Pentadbiran UiTM, contohnya masalah parking motor tidak berbumbung, ganti rugi motor rosak akibat Pak guard mengunci motor tanpa meletakkan notis, hidangan makanan cafetaria yang tak sedap dan mahal, pembelaan diri oleh barisan peguam sebelum dijatuhkan hukuman saman sesuka hati dan macam-macam lagi.

Tapi sebaliknya mereka sibuk mesyuarat bagaimana nak kumpulkan student ramai-ramai bagi memeriahkan acara majlis perasmian dekat stadium dan nak pilih set sofa kerawang atau kotemporari design untuk Naib Canselor nanti.

Pada satu masa, aku pernah bertegang leher dengan Biro Aktiviti JPK kolej Meranti, aku agak bengang dengan mereka sebab setiap mesyuarat mereka akan cakap benda yang sama berpusing-pusing, kemudian gelak dan main-main. Masalah-masalah Blok kediaman yang mengalami isu kecurian dan kebersihan tidak diambil berat, sebaliknya mereka sibuk untuk membuat acara tarian poco-poco dan silat pulut pada setiap hari sabtu, semata-mata hendak memenuhkan kuota aktiviti. Masa ni dapatlah diorang nak mengenakan pelajar yang tidak aktif sebab tak cukup kumpul kupon kan.

Tahap kelemahan mereka berpolitik sehingga setiap kali mesyuarat JPK, perlu mengutip RM 2.00 seorang dari setiap ahli JPK untuk membeli air kotak, Bihun Siam dan Karipap pusing Makcik Dining. Aku selalu menyarankan agar menggunakan duit tabung JPK yang telah dikumpul bertahun-tahun lama dan duit dari suntikan HEP dan Kolej, tapi mereka semua benak dan hanya mementingkan prestasi kejayaan save duit tabung di hadapan Pegawai HEP saja, mereka bukan mewakili suara pelajar marhaen, mereka tidak memperjuangkan hak dan kebajikan pelajar tetapi terbalik, mereka memperjuangkan keinginan pentadbiran Universiti dan enforcement ke atas pelajar semua.

Semua faktor di atas adalah sebab utama mengapa pelajar-pelajar Malaysia menjauhkan diri dari dunia politik MPP dan JPK di Universiti. Mereka memangkah wakil pilihanraya Universiti semata-mata kerana mahu keluar kelas yang bosan dan pergi mengundi di Foyer sambil ngorat awek, dan dapatlah habuan milo kotak dan gula-gila FOX kaler merah, kuning dan kalau nasib baik dapat karipap pusing.

Kesimpulannya, ada atau tidak wakil pelajar di dalam struktur pentadbiran Universiti tidak memberi sebarang makna wahima sebesar kuman pun kepada mahasiswa. Jika mereka dengar akan suara hati pelajar maka sudah pastilah pelajar tidak menjuihkan bibir kepada mereka. Tidaklah pelajar merasa annoyed dengan senyum kepura-puraan mereka membontoti lembaga pentadbiran universiti sambil tersengih memakai baju F1 berembroideri MPP di atas kocek mereka.

***********************************

Pro - Rebel ( Pro - Mahasiswa)

Pro rebel ini sangat popular di IPTA-IPTA teras di seluruh Malaysia seperti UM, USM, UTM, UIAM dan lain-lain yang aku malas nak sebut semua.

Mereka yang berada di dalam  so called dark side ini adalah mereka yang mabuk berpolitik 24 jam 7 hari seminggu. Asalkan ada rapat umum pembangkang berdekatan dengan Universiti mereka, mereka akan sibuk menyebarkan Flyers, dan menyebar-nyebarkan maklumat tentang rapat umum itu.

Masalah ini menjadi lebih teruk sewaktu era 1998-2000 sewaktu Anwar Ibrahim terlucut jawatan dan dimasukkan dalam penjara kerana jenayah salah guna kuasa. Para Pro pembangkang yang berselindung disebalik nama Pro Mahasiswa adalah golongan yang seringkali terbabas matlamat perjuangan mereka.

Pada mulanya mereka bermula sebagai wakil rakyat mahasiswa dan menyuarakan hak-hak pelajar, namun lama kelamaan awan gelap berarak mendung, kuasa Darth Vader itu mula menyelubungi mereka.

Sepertimana kemabukan John Lennon semasa gerakan Flower Power yang menentang Perang Vietnam oleh USA, para wakil pelajar Pro Mahasiswa ini mula mencampur-adukkan hal politik negara dengan hal politik universiti. Mereka sudah menari cakpong dengan keghairahan politik. Mereka mula memasukkan unsur-unsur Anwar Ibrahim, Tuan Guru dan Ibrahim Ali di dalam setiap kempen mereka walhal matlamat kempen nak suruh tukar menu Ikan Jaket kat dining Hall je pun.

Bagi calon wakil pelajar yang berbangsa cina dan india pula, mereka mula mejual idea DAP di dalam setiap manifesto mereka, Masalah paling besar mereka adalah kelancangan mereka mahu menghapuskan hak-hak bumiputera oleh pelajar melayu dan menuntut kesaksamaan di antara semua pelajar. sedangkan kelangsungan hidup mereka dalam Universiti itu tidak pernah dipertikaikan pun oleh pelajar Melayu.

Semakin lama ia melarat ke agenda yang menyimpang dari matlamat sebenar akedemik. sepatutnya mereka belajar, buat assignment, hantar projek paper, hantar thesis, pergi jawab kuiz dan test dan kemudian lulus dengan cemerlang menggembirakan mak bapak yang mengharap anak mereka dapat mengubah nasib keluarga. Sebaliknya mereka sibuk dengan aktiviti kempen pilihanraya negara.

Mereka berkumpul beramai-ramai berarak untuk Bersih 1.0 dan 2.0 wahima budak-budak yang pergi tu ada yang berumur 18, 19, dan 20 tahun di mana penglibatan mereka tidak significant dalam membuat perubahan pada PRU kerana mereka belum layak mengundi.

Sebaliknya mereka ketagih untuk memberontak dan berdemo. Dan perbuatan mereka ini dikenali dengan gelaran Rebel without a cause, okey aku tipu itu nama filem lakonan James Dean.

Dan Kebenaran Yang Pahit?

Kebenarannya, Pro Mahasiswa ini banyak yang syok sendiri dengan merasakan segerombolan mahasiswa yang menyokong mereka mewakili suara majoriti mahasiswa seMalaysia. Sedangkan jujurnya, mahasiswa kebanyakan tak pernah kenal pun mana satu wakil Pro Aspirasi dan mana satu Wakil Pro - Rebel. Kalau Jumpa tengah jalan nak pergi Library haram nak senyum pun. Lagi kenal muka pak guard langsi dari YDP MPP.

Sedangkan majoriti mahasiswa lebih hafal point bola snooker dari kenal apakah akta dalam AUKU.

Sedangkan majoriti mahasiswa lebih pening memikirkan samada 70 sen dalam poket itu lebih elok beli roti canai atau sebungkus megi kari.

Sedangkan majoriti mahasiswa lebih pening memikirkan samada RM 4.50 itu elok beli minyak 2T shell atau beli  rokok Suria Gudang Garam.

Sedangkan Majoriti Mahasiswa lebih pening memikirkan samada nak curi parking tempat lecturer atau nak parking tempat student 2 km jauhnya dari dewan kuliah.

Sedangkan Majoriti Mahasiswa lebih pening pasal masalah muka jerawat -nak guna - T tree oil- atau- OXY, period datang lambat, masalah boyfriend keluar dengan Mimi Gay dan nak pergi kelas pakai Blous dengan Wedges atau Baju kurung kedah Cotton bunga kecik kaler merah daun hijau.

Kesimpulannya, Mahasiswa menyampah atau tak pernah ambil pusing pun dengan MPP Pro-mahasiswa yang telah terpesong perjuangannya dari memperjuangkan kebajikan pelajar ke sibuk menanamkan propaganda pembangkang ke dalam kehidupan akedemik harian student.

***********************************
Politik 3 suku.

1. UMNO jangan lupa yang Anwar Ibrahim itu diangkat dari mahasiswa yang pro-rebel, yang selalu berdemonstrasi bersama ABIM, worst come to worst  Kerajaan harus mengambil berat akan segala suara mahasiswa kerana 3/4 pemimpin sekarang adalah yang lantang berjuang di zaman Universiti termasuk Tun Mahathir Mohamad. 

2. Mahasiswa yang menurunkan bendera gambar Najib di perkarangan PWTC adalah Kurang Ajar, biadap dan Syok sendiri. PWTC itu adalah ibu pejabat UMNO, kau datang rumah orang kau jahanamkan harta benda orang semata-mata untuk meraih perhatian media, dengan harapan perhatian rakyat teralih ke isu ini. Itu adalah perbuatan yang juvenile. Aku rasa baik kau duduk study elok-elok dapat grade yang bagus-bagus, kemudian kau dah habis study nanti, kau ngadap Anwar Ibrahim dan kau lobi untuk jadi ketua AMK. period.tutup kes!

3. Jika orang datang rumah kau, cabut tayar kereta bapak kau, dan gantikan dengan tayar bercorak Boboiboy kerana tak puas hati bapak kau suka parking tepi corner taman block kereta org lain, agak-agak kau marah tak? 

Jika UMNO pulak tak puas hati dan pergi berarak ke Markas Pas, Keadilan dan DAP, cabut bendera dan gantikan dengan bendera mereka. apa akan Jadi? saling berbalas-balas dan huru hara akan berlaku. Jangan jadi bengap.

4. Panglima Ludah itu sangat kelakar kelakuannya, salah kata-katanya, kau nak politik-politik lah, kau nak semangat patriotik lantaklah, kau nak tarik perhatian pemimpin dengan semangat juang kau tu lantaklah, tapi aku yang tengok video klip tu dalam youtube merasa malu sendiri. Nampak benar poyo dan semangat tak tentu hala. Aku rasa kalau dia upload video dengan cara sindiran yang penuh sarkastik seperti Tun Mahathir lebih mendalam kesan di hati mahasiswa-mahasiswa semua. Kau berhak untuk merasa marah, tapi cara kau tu kelakar. Ayat kau 'panglima perang' dan 'ludah muka' itu terlalu retorik dan mentera semerah padi sangat wey.

5. Politik Domestik Universiti berbeza dengan Politik Umum negara ye sayang!

6. AUKU mana boleh dimansuhkan, Pinda bolehlah. AUKU tu bukan pasal melarang mahasiswa dari politik je, tapi ia melibatkan segala-galanya tentang pentadbiran dan undang-undang kecil Universiti.

7. Aku menyokong Mahasiswa tidak dikekang dari politik. justeru klausa dalam AUKU itu boleh dipertimbangkan untuk dipinda.

8. Mahasiswa yg umur 18,19,20 tahun jangan sibuk hal politik umum lah! Kau pergi cerita politik domestik Universiti sudah. " eee aku benci la Pakgad tu, dia saman aku sebab tak pakai kad matrik, nyampah dowh"

9. "Kami menurunkan bendera secara beradap" itu kenyataan bodoh, bendera adalah panji egois kepada puak-puak berjuang, kau sentuh panji orang, tak kira la beradap ke, sambil menari inang ke, sambil zapin pekajang ke, tapi yang kau gatal nak turunkan bendera orang buat apa? apa ingat rakyat bayar cukai suruh kau pergi cabut bendera orang.... guna hujah bayar cukai konon, ntah kau tak pernah tengok borang cukai. puiiii...

10. Dalam gelanggang silat ada etika, lawan tak campak pasir dalam mata, dalam main bola ada etika, lawan tak pukul kaki lawan dengan kaki meja, dalam debat ada etika, lawan tak buat bising masa pendebat tengah berhujah. Dalam ngorat awek ada etika, lawan tak pergi cium mulut kau masa kau tengah ayat gadis itu. Berpolitik pun ada etika. Kalau semua main redah je, pergi duduk dalam hutan kawan dengan monyet.

11. Sesiapa yang cakap meletup-letup pasal AUKU dan kebebasan berpolitik, tapi  dia tak pernah daftar pengundi dan tak pernah mengundi, dia Bodoh! 




*************************

p/s I kalau dah berani sangat, demonstran sangat, takyah la merayu-rayu supaya UPSI tak mengambil tindakan kepada Adam Adli dengan menggunakan akta dalam AUKU, kata berani. Berani tak balik maghrib masa mak menjerit, berani...balik bila betis kene besit.

p/s III saya membuka sesi perbincangan sekarang.

December 20, 2011

Malam Paling Panjang Dalam Hidup Aku

Assalamualaikum...

Pada hari sabtu lepas, aku mendaki dan berkhemah lagi di salah satu gunung di Banjaran Titiwangsa.
Pine Tree Hill terletak di dalam kawasan Fraser Hill, Pahang, namun kedudukan sebenar Pine Tree Hill terletak di antara dua sempadan negeri iaitu Pahang dan Selangor sebab dalam hutan tu kami terjumpa dengan banyak batu sempadan pemisah negeri.

Seperti kebiasaannya, sudah menjadi lumrah pendaki untuk merasa serik pada setiap kali tamat misi mencapai puncak. Namun acapkali akan pergi mendaki jugak, mungkin sebab minat dan seronok bermesra bersama kawan-kawan. Tetapi pada trip kali ni, aku tidak akan melupakannya sebab ia bakal menjadi malam yang paling panjang dalam hidupku.

******************

Mulanya kat rumah, aku dah rasa tak sedap hati sepanjang malam sebelum pergi ekspedisi sebab ada gaduh-gaduh manja dengan mak aku.

" Ikar, kamu esok nak mendaki pergi pukul berapa?"

" pukul 7 ke 7.30 pagi kami gerak la mama" perkataan kami itu digunakan sebab abang aku nak join camping kali ni, kiranya ini adalah aktiviti mendaki gunung bersama abang buat kali pertama.

" Kamu keluar la awal sikit, lepas subuh tu, 6.30 je kamu cabut pergi, takde la lambat sangat"

" Ala rilek la mama, Ikar tau la kerja Ikar, bukannya first time gi hiking, dah 7-8 buah gunung dah ikar pergi ma"

" Cakap orang tua melawan, berlagak, cuba kalau aku cakap tu dengar, kalau tak betul pun, cuba jawab balik elok-elok. Bukan main eksyen lagi kamu ye!"

" bukanlah nak berlagak Ma, dah kumpulnya nanti pukul 9 pagi, dari Shah Alam nak ke Rawang tu bukan jauh mana, ikut highway Guthrie tu tak sampai 20 minit pun ma, pegi awal-awal kang wat sejuk pagi-pagi je buat apa"

" Lantak kamu lah, kome tu dah besor aku bela"

Bermula dari sini lah aku mula rasa macam tak best dan akhirnya perasaan tak best itu menjadi nyata. Keesokan paginya aku pun bergeraklah ke Rawang, tapi sebelum kunci pintu rumah, aku cepat-cepat lari pergi bilik mak aku. Salam cium tangan dulu mama ngan abah, demi mencari berkat dan mendapatkan kemaafan secara tak langsung.

" Mama, Abah, Ikar pergi dulu ye" aku salam cium tangan dengan harapan mak aku tak merajuk dan melempiaskan sumpahan sang tanggang secara tak langsung.

" ha ye lah, kamu pergi jaga diri elok-elok, jalan elok-elok, selamat pergi selamat balik, jangan nak seronok sangat, Ingat diri"

" Okey Mama, Ikar pergi dulu" Aku pun blah dari bilik tu dengan hati yang amat lega, lepas dapat restu dan doa bonda.

*********************

Pada hari pendakian itu seperti biasa dialognya akan berbunyi begini...

Pendakian bermula pada pagi hari pukul 11 pagi bla bla bla bla, kemudian kami melalui denai-denai bla bla bla, cabaran mendaki bla bla bla seramai 18 orang bla bla bla bla. Dan akhirnya kami pun sampai ke Campsite di 3/4 puncak pada kira-kira pukul 3 petang.

Dipendekkan cerita, akhirnya kami semua seramai 18 orang telah berjaya menawan Puncak Pine Tree Hill dengan jayanya dan separuh lagi antara kami berjaya juga menawan puncak kembar yang dinamakan Twin Peak. Pada pukul 4 petang kami pun turun ke campsite untuk aktiviti memasang Khemah.

Kami bermula memasang khemah pada pukul 5 petang, pasang khemah dalam keadaan hujan dan angin kuat. Sesiapa yang dah biasa outdoor, fahamlah akan keadaan campsite tu macam mana, dengan lumpur yang macam bendang, takde langsung ruang bersih, semuanya comot dengan lecah macam tempat babi berkubang.

Selepas siap pasang khemah semua, maka turunlah separuh dari pendaki ke Twin Peak, dan ramai-ramailah kami semua mula berehat-rehat dalam kesejukan malam di dalam hutan.

Nak bayangkan sejuk dia? korang bayangkan Fraser hill tu sejuk macam mana, pastu tambahkan darjah kesejukan sebab kami naik ke altitude lebih tinggi, lepas tu tambah lagi dengan hujan lebat dari pukul 5 petang sampai 9 pagi, lepas tu tambah dengan hembusan angin monsun selaju 20-30Km,

Tambah lagi dengan kedinginan malam dalam hutan yang penuh pokok balak, tambah lagi dengan baju yang basah di badan, tambah lagi dengan tak bawak sweater, tambah lagi dengan khemah yang tak cukup, 5 orang di antara kami termasuk aku tidur di khemah terbuka yang tidak mempunyai dinding.

Korang bayangkan macam mana aku mengharungi malam tersebut. Malam itu penuh penyesalan.

" kenapalah aku action sangat dengan mak aku semalam?"

" kenapalah aku action sangat taknak bawa baju sejuk?"

" kenapalah aku bersetuju ikut trip kali ni walaupun aku dah tau sekarang musim hujan?"

" kenapalah aku action taknak cop tempat dalam khemah dome tu?"

" kenapalah malam ni lambat sangat nak siang?"

Malam itu adalah malam paling panjang dalam hidup aku, secara harfiahnya tentulah bukan sebab malam di negeri 4 musim itu lebih panjang pada musim sejuk, malam di Kutub Utara juga mungkin lebih panjang pada musim sejuk iaitu selama 6 bulan dan tak siang-siang langsung.

Tetapi secara metaforanya, malam itu memang aku rasakan sangat panjang. Keadaan angin yang bertiup ribut, dah bunyi macam angin taufan, bersiul-siul! Pokok-pokok balak di sekeliling kami menari-nari ditiup angin ribut. Aku rasa je macam ada pokok nak tumbang malam tu, menakutkan!

Semua antara kami mengigil kesejukan. Masa tu aku teringat tengok dokumentari kat astro pasal pendaki yang terperangkap dalam gua akibat ribut salji, kawan-kawan dia mati sebab kena Hypothermia, aku ingat tips yang doktor tu cakap, kalau badan menggigil tu selamat lagi, sebab mengigil adalah mekanisma tubuh secara automatik untuk memanaskan badan. Tapi kalau badan berhenti menggigil ia petanda buruk. mungkin tubuh telah mula shutdown. Nasib baik takde sesiapa yang kena hypothermia.

Nak buat unggun api tak boleh, kayu api semua basah lenjun. Aku cuba untuk memanaskan badan dengan membakar Lilin askar sebanyak satu kotak campur dengan sampah-sampah plastik yang terkumpul. Dapatlah rasa panas kat tangan dan kaki untuk 10 minit.

Kaki tangan kecut dan kebas bak tiada perumpamaan lagi. Bukan sahaja kaki dan tangan sahaja yang kecut, malah semua di badan pun turut kecut tahap maksima. Pada masa itu biarlah Inul Daratista datang bergolek-golek atau Tiz Zakiyah datang membawa kata-kata cinta, aku tidak pedulikan ia, aku hanya mengharap agar hujan berhenti dan siang datang dengan cepat.

" Iye ke kalau Inul ngan Tiz datang kau tak heran Zulfikar? agak-agaklah, over tu!"

" aku main-main je, saja nak besar-besarkan cerita, kalau dorang datang memberi dakapan hangat, sudah pastilah aku menyambutnya dengan mesra" aummmm

**********************

Malam itu, setiap kali aku tengok jam tangan, aku rasakan macam dah 2 malam aku duduk situ, dari pukul 8 malam nak ke 9 malam tu rasa macam 4 jam. Pada mulanya semua orang sayang nak bukak sleeping bag, sebab sayang takut kena lumpur atas kanvas khemah.

Tapi betul la cakap orang tua-tua, manusia kalau dah terdesak sanggup buat apa saja. Malam tu semua bukak sleeping bag dan bentang atas kanvas berlumpur, dan kami semua mengkerekot dalam sleeping bag macam ulat beluncas dalam kepompong. Tapi sayang, kejap je selesa, 15 minit lepas tu, sleeping bag jadi macam pampers budak, basah lencun kena air hujan.

Buat kedua kalinya aku tidur dalam kebasahan, selain dari Jamboree pengakap tahun 1996. Malam itu semuanya mengatasi segan. Kami semua mengkerekot tidur rapat-rapat antara lelaki. Setiap kali terjaga, Mat John akan hulur rokok untuk memanaskan badan. Punya nikmat haba puntung rokok tu tekup dalam tangan.

Setiap kali terjaga, aku mengharapkan matahari memancar terik bersama senyuman flora dan fauna. Namun itu semuanya impian Sang Rajunatapa. Malam itu teruslah kami bermandikan hujan sejuk banjaran Titiwangsa bersama tiupan laju angin monsun Pantai Timur yang rakus merobek asa anak muda yang ghairah mencabar alam di tengah malam.

Sepatutnya aku yang sudah mempunyai ilmu geografi telah menasihatkan semua agar tidak camping di dalam hutan di banjaran Titiwangsa pada hujung suku tahun terakhir, Tetapi, keghairahan untuk berseronok dan menghadapi cabaran memudarkan kerasionalan minda. Takpelah, janji seronok dan semua ini adalah pengalaman berharga.

Dan kami semua pada malam itu senyum tawar. Walaupun kami berjaya menawan puncak dan pulang dengan selamat ke kaki gunung, namun pengalaman malam itu tidak akan kami lupakan. Ia adalah malam paling panjang dalam hidupku.

************************

DMG Trekker 2011 / Geng Gunung DMG di pintu gerbang Pine Tree hill. semua semangat bagai tiada hari esok!

Yang tengah posing perasan macam menantu pilihan itu adalah abang aku, manakal sebelah nya  pula  berjersi no 9 itu adalah Artis Jemputan dari Bangalore yang di undang untuk memeriahkan majlis.

Tapak khemah kami sebelum meneruskan pendakian hingga ke puncak, masa ni belum hujan lebat, baru renyai-renyai.

Tahniah kepada semua DMG trekkers, korang semua best, Ini dah puncak yang keberapa kami tawan pun aku dah lost count.

Keadaan denai hutan yang berlumut, itu menandakan Gunung itu sejuk.

Keadaan malam yang sangat Tragis dan Dramatik. hanya ini gambar yang berjaya ditangkap. Nampak Khemah dapur yang tidak berdinding ini? sedih kan? Taknak sedih jangan masuk hutan, pergi Lepak Pavillion buat rambut spike!

****************************

P/s handphone aku short keypad, sebab basah kena hujan.
P/s II bulan 1 tahun depan, kami semua akan ke Gunung Api, Gua Mulu Sarawak.

December 16, 2011

Songlap - Duit dan masa aku disonglap

Assalamualaikum...



Semalam 15/12/2011, setelah terpengaruh dek Trailer yang di-upkan di BlogSerius, aku pun tertarik dengan cerita Songlap. Filem yang dilakonkan oleh Shaheizy Sam dan bla bla bla bla bla. Diarahkan pula oleh bla bla bla dan diterbitkan oleh bla bla bla bla.

Aku pergi menonton di TGV Sunway Piramid dengan seorang kawan aku. Dengan harapan setinggi gunung bahawa cerita ini akan meninggalkan kesan terkesima dan teruja. Aku yang dari Office Batu Caves terus ke Sunway piramid tanpa pulang dahulu ke rumah demi menepati janji dan waktu tayangan.

Dengan anggapan memuncak bahawa cerita ini paling koman pun akan setaraf dengan Spinning Gasing atau sekurang-kurangnya Sepet atau paling cokia pun KL Gengster. Tapi aku kecewa sangat, filem ini berada di ambang yang sangat runcing untuk jatuh ke tahap memualkan.

Buat pembaca blog ni selama ni, korang faham bahawa aku bukanlah pengkritik filem, tapi cerita ini adalah cerita yang tidak berbaloi untuk dilaburkan. Buat habis duit aku RM24.00 je tengok cerita yang membosankan ni.

Garapan jalan cerita yang stereotype tentang 2 beradik anak muda KL yang hanyut di bawa arus moden kehendak hidup yang mencengkam, anak pelacur yang hilang arah mencari makan, mula buat kerja jahat dengan ceburkan diri dalam sindiket jual bayi. Ada gadis yang hamil anak luar nikah perlu diselamatkan dari bapak haruan, dan dari situ jalan cerita dibentuk.

Filem yang sangat stereotype dengan skrip yang lemah dan aksi yang anti-klimaks. Skrip dia macam nak buat ala-ala penulisan sarkastik, tanpa banyak imbuhan dan ayat berbunga-bunga, tapi sumpah bosan.

Kesimpulannya, matlamat cerita itu sudah bagus, tapi pengisiannya tak penuh, cubit sana sikit, cubit sini sikit, ambil adengan pelacur sikit, adengan menari breakdance sikit, isap dadah sikit, main judi sikit, last-last ending, semua penonton keluar muka masam dan mengeluh tak best.

Dengan sifat bersangka baik kepada pembikin filem Nasional, aku tadi telah mengenepikan untuk menonton Mission Imposible - Ghost Protocol, Puss in Boots, dan macam-macam lagi hanya untuk merasa kecewa dengan filem Songlap ini.

P/S sorry penerbit dan staff produksi Songlap, aku tak mampu bagi komen positif, tapi sekurang-kurangnya Trailer korang dah berjaya membuatkan aku labur RM 24.00, Syabas Trailer Dept. apeee pun tak boleh.

P/S II Dari 5 bintang, aku bagi 1.5 bintang sahaja.

P/S III untuk review yang lengkap dan ulasan yang lebih adil boleh KLIK di sini http://hansrollodepelicula.blogspot.com/2011/12/review-filem-songlap.html

December 13, 2011

Cerita Hantu

Assalamualaikum...

Pada zaman kita kecil dahulu, ada beberapa aset kebanggaan budak-budak lelaki iaitu koleksi guli, kad kereta, batang aiskrim, kakak cun, kasut sekolah bertali dan juga koleksi kisah hantu.

Gila kau, pada zaman dulu siapa pakai kasut sekolah main ikat tali adalah pahlawan sejati, apa barang pakai kasut sekolah Velcro snap-snap ni, very the tadika. Ikat tali kasut adalah sempadan yang memisahkan antara anak mak dan anak serigala.

Tapi kehebatan kau jumpa hantu boleh mengatasi segala-galanya. Wahima kasut kau Pallas Jazz bertali, walaupun Basikal BMX kau boleh pusing tengkuk handel 360 darjah Haro Master, Walaupun kau ada kakak se-cun Raja Ema. Ia masih tidak dapat mengatasi ke'legend'an cerita hantu.

Apabila semua orang ingin jadi hebat dengan menceritakan kisah penampakan hantu mereka. maka bermacam-macam kisah yang akan kedengaran. Kehebatan telinga dan akal saja yang mampu mengasingkan kisah mana yang betul dan kisah mana yang direka.

***************************

Aku juga tidak terlepas dari kemabukan bercerita kisah hantu ini. Adab dan skill untuk bercerita kisah hantu perlu mempunyai beberapa elemen. Semua elemen yang aku listkan di bawah wajib ada untuk meyakinkan pendengar agar percaya cerita rekaan kita seperti benar.. elemen tersebut adalah...

1." Aku sumpah, aku tengok hantu tu dengan mata aku sendiri, aku tak tipu kau..buat apa aku nak tipu kau... masa tu kan......"

2. " Aku tak tau lah betul ke tak, tapi atuk aku yang cerita pasal hantu ni, dia yang nampak ada hantu ni kan..."

3. " Aku dengar kawan aku cerita pasal hantu ni, aku tak tau la betul ke tak, kalau dia tipu aku maknanya aku pun tipu korang la jugak...."

4. " Hantu ni tak wujud, yang ada hanyalah Syaitan dan Jin, syaitan dan jin ni lah yang jelmakan diri dia bermacam-macam rupa untuk mengganggu kita semua.. macam aku pernah nampak pada satu malam......"

5. " aku tak nampaklah rupa dia betul-betul macam mana, aku nampak sepintas lalu je, ada macam kain putih lalu belakang aku, bila aku pusing je tengok, benda putih tu dah hilang.....tiba-tiba...."

6. "Aku tak percaya hantu, tapi satu malam tu aku kena tindih dengan hantu, tak boleh bergerak, aku tengok dia duduk hujung katil, sesak nafas gila.. bila aku baca je ayat kursi terus aku boleh gerak.. terus aku lompat cepat-cepat lari..."

7. " Atuk sedara aku dulu pernah bela hantu raya... hantu ni rupa diaaaaa........"

Aku percaya 100% antara korang semua bila dengar cerita hantu dan menceritakan kisah hantu korang, korang akan gunakan sedikit sebanyak elemen-elemen pengukuhan cerita di atas kan ? okey mari kita baca kisah hantu aku dan kawan-kawan masa kecik-kecik dulu.

*********************

Cerita Hantu Hezrey Budak Kampung Bendahara

Mula-mula Hezrey jual minyak dulu, pada satu malam dia kayuh basikal dari masjid Kampung Sungai Tua nak balik rumah dia dekat Kampung Bendahara.

" Zul, kau nak dengar cerita hantu tak? semalam kan, aku balik rumah dari masjid, aku lalu depan kubur kat Taman Jasa tu kan, aku nampak ada lembaga putih duduk kat hujung pagar kubur tu tau tak?"

" hishh, kau ni Hezrey, ye ye je ada hantu kat kubur tu, entah-entah plastik sampah terbang ke, kain buruk ke, orang gila ke"

" betul Zul..aku sumpah, aku tengok dengan mata aku sendiri, aku bukan nak tipu kau, buat apa aku tipu kau, bukan dapat apa pun. Aku tengok hantu tu terbang dari pokok Jati ke pagar depan kubur tu"

" mana ada pokok Jati kat KL ni, Pokok Melur ada lah"

" ah lantaklah pokok apa pun, tapi masa tu bulu roma aku meremang, aku cepat-cepat kayuh laju-laju balik rumah, nasib baik kain putih tu tak tumpang belakang basikal aku..eee seram betul la"

*******************

Cerita Hantu Zulfikar Budak Kampung Sungai Tua Baharu

Mana boleh Hezrey je jual minyak, Zulfikar pun nak tunjuk hebat pernah nampak hantu, tak hero la kalau tak pernah nampak hantu kan.

" ishh tu okey lagi Hezrey, kau nampak kelibat kain putih terbang je, kau nak dengar cerita hantu aku tak?"

" aik, kau pun ada cerita hantu jugak ke Zul? cerita ah cerita ah cerita ah!"

" erm macam ni, satu malam ni aku balik ngaji tau, masa tu aku mengaji kat Jalan Jasa 25, aku balik naik basikal masing-masing ngan abang aku, lepas tu kami lalu la kat depan kedai runcit kat Jalan Kekwa tu kau tau..."

" ha tau tau tau... pastu pastu?"

" Pas two, three.. hehehehe"

" bengong! tak lawak pun, sambung lah cepat, kang aku malas dengar kang!"

" ok ok ok, aku sambung. Pastu bila aku lalu satu tanah lapang ada banyak pokok pisang ni kan, aku rasa tengkuk aku meremang, pastu aku rasa basikal aku jadi berat je nak kayuh.. lepas tu dahi aku mula rasa berpeluh-peluh. aku rasa takut gila masa tu tau tak Hezrey"

" uihhh seramnya, pastu kau nampak hantu ke?"

" pastu aku try toleh belakang tengok kat pokok pisang tu, aku nampak apa kau tau? aku nampak ada satu lembaga perempuan, rambut dia panjang mengurai, baju dia putih kau tau tak?"

" hish, betul ke kau ni? sampai mcm tu sekali?"

" iye.. sumpah aku nampak dengan mata kepala aku sendiri, aku tak tipu kau. Hantu tu kan pandang aku, pastu dia pusingkan kepala dia dari depan sampai ke belakang sambil lambai-lambai aku...apa lagi, aku pun cabut la lari, kayuh basikal laju-laju. Nasib baik aku tak terkencing tau masa tu"

" Uish seramnya, kalau aku jadi kau masa tu, mesti aku dah terus pengsan dah"

" memang kau boleh pengsan punyalah, seramkan citer hantu aku?"

" seram seram seram..."

************************

Cerita Hantu Haikal Budak Taman Jasa Utama

Haikal adalah budak yang dulu sekolah di KL. Dia anak manja, semua orang tau dia pergi mana-mana mak bapak hantarkan, lagipun dia ni tak lasak, badan chuby-chuby dan baju dia putih bersih bernila. Aku harap Haikal tak jumpa blog aku ni, sebab aku tak ubah nama dia jadi bukan nama sebenar.

" Setakat kisah korang tu, takdelah seram mana. citer hantu biasa je tu, korang belum dengar lagi cerita hantu aku. korang nak dengar cerita hantu aku?"

" aik.. tiba-tiba kau ada cerita hantu gak ke Haikal?"

" ada, cerita hantu aku ni sumpah betul, aku tengok dengan mata kepala aku sendiri, aku tak tau kenapa aku boleh nampak hantu, tapi atuk aku cerita dulu yang keturunan aku boleh nampak hantu, lagipun atuk sedara aku dulu pernah bela hantu raya"

" Pergh, kiranya kau ni memang boleh celen Ghostbuster la Haikal eh?" kata aku kepada Haikal.

" kau ni nak dengar ke tak nak? main-main pulak"

" yelah yelah, bagi la dia can Zul, dia nak jugak!" celah Hezrey cuba memujuk aku untuk bagi can.

" Satu malam tu kan. Aku tidur la macam biasa, tetiba aku rasa ada banyak sangat nyamuk. Aku pun bangun la nak pergi pasang ubat nyamuk kan"

" pastu pastu?"

" Bila aku bangun je, aku nampak ada satu mata merah kat dapur, aku tak takut, aku tenung lama-lama mata merah tu, pastu mata merah tu bangun, nampak la satu badan dia, makin lama dia makin dekat...aku tengok kaki dia takde, tak jejak bumi..."

" Uiyyohh, macam seram je hantu kau ni"

" Pastu makin lama dia makin dekat ngan aku, aku pun lari laju-laju pergi ruang tamu umah aku, dia kejar aku dari belakang, Dia lompat-lompat laju-laju, tangan dia tegak terpacak ke depan, dia pakai baju macam org china zaman dulu-dulu"

" errrrr...errrrrrr..errrrrr.... macam tipu je cerita kau ni"

" betul, aku tak tipu, kau dengar dulu cerita aku ni. Pastu kan Hantu tu lompat makin laju. aku pun lari cepat-cepat masuk bilik mak aku, aku kunci pintu bilik, aku menyorok bawah katil mak aku"

" hurmmmmmmmph.. pastu?"

" Pastu hantu tu lompat kuat-kuat dia langgar dinding bilik mak aku, bilik mak aku roboh, pecah, dia pun lompat masuk ikut dinding roboh tu, aku pun takut gila, aku naik atas katil kejut mak bapak aku"

" pergh dinding bilik pecah hantu langggaaaarrrrrrr kaaaaannnnnnnn, ha sambung-sambung" kata aku dan Hezrey sambil urut-urut dada dan mencebikkan bibir.

" pastu, bapak aku cakap jangan takut, dia pun cepat-cepat amik kotak kayu atas almari, dia keluarkan pedang kayu peninggalan arwah atuk aku, mentera tulis atas kertas kuning dengan baju sakti. Dia suruh aku ngan mak aku pakai baju tu, hantu takut lah nak dekat ngan kami, sebab baju tu rendam dalam air yasin"

" bluerrrrrkkkkkkkk" aku muntah dalam hati.

"Pastu bapak aku pun terbang dari katil, terus ke Hantu lompat-lompat tu dia tampal azimat kertas kuning tu kat dahi hantu tu, hantu tu beku tak boleh bergerak"

" wuiyyyooooooooooo" sengih tawar.

" Pastu bapak aku baca mentera ngan ayat-ayat suci alquran, bapak aku jerit kuat-kuat, pastu bapak aku tikam perut hantu tu dengan pedang kayu sakti, hantu tu pun terbakar, ghaib"

" Kepala otak kau Haikal, ni cerita hantu cina. bukan cerita hantu betul. puih puih puih!" aku berkata sambil buat muka tak puas hati.

" Agak-agak ah nak bohong pun, cerita tak real gila. aku ngan Zul pun kau berani nak temberang eh?"

" ala rilek la woiii. korang buat-buat percaya dah arrr. standard ah reka cerita hantu"

" masalahnya cerita hantu kau melampau"

" alah, macam lah cerita korang tu real sangat, Hantu boleh pusing kepala konon, sah-sah kau amik cerita hantu sundal bolong kan kan kan?"

" Ah, kau tipu Haikal, cerita hantu konon. padahal hantu china tengok kat tv, macam ar kami tak tau. Jom Blah Hezrey, jangan kawan Haikal... "

" woi woi woi, nak gi mana?cerita hantu belum habis lagi ni woi!"

*************************************

Kesimpulannya, tiga-tiga ekor budak di atas membohong dalam cerita hantu yang disumpahkan adalah kisah benar. Walaupun elemen pengukuhan cerita digunakan secara kondusif, namun ia masih tidak boleh diterima logik akal.

Cerita Hantu Hezrey adalah kisah hantu stereotype hantu kubur lembaga putih terbang atas pokok besar.

Cerita Hantu Zulfikar adalah kisah hantu stereotype Sundal bolong pusing-pusing kepala, cekik tengkuk manusia.

Cerita Hantu Haikal adalah kisah hantu stereotype hantu cina lompat tangan tegak jadi beku bila tampal kertas azimat kuning.



Korang tengok bukti penampakan sosok-sosok ganjil yg dipercayai entiti hantu, lihat gambar manusia di atas yang tembus cahaya dan tidak solid, waduh terang-terangan hantunya menampakkan diri di hadapan mata kasar manusia. wajib dilapor kepada seekers ni.. wajib!


Dulu hantu cina semua rupa mcm ni tengok kat TV. aku syak Haikal banyak sangat tengok  filem hantu china la, gila. dia ingat kawan-kawan dia tak dapat trace ke hantu china yang dia cerita. Pffttt....


P/S I Untuk rujukan pendapat aku tentang hantu dalam blog ini anda boleh klik di entry :
Aku Skeptikal Pasal Hantu dan Kisah Hantu Nostalgia : Hantu Susu

P/S II meh kongsi cerita hantu paling legend korang pernah dengar meh.

December 11, 2011

Uya Distro

Assalamualaikum...

Hari ni, aku tiada aktiviti di rumah, Jadi setelah dijemput oleh Lucifer Abdullah melalui event facebook untuk memeriahkan pelancaran buku-buku baru oleh Publisher Lejen Press di Uya Distro itu aku pun bersetuju, kot la kat sana nanti ada awek yang sedang menanti jodoh boleh juga aku membahagiakan hatinya yang telah lama gersang, ketandusan kasih sayang di lembah yang hening tidak bertepian.

Uya distro terletak di seksyen 15 Subang jaya, disebabkan dekat, maka aku pun tanpa bermalas-malasan pergi ke sana semata-mata untuk memberi sokongan dan galakan kepada anak muda yang menceburkan diri ke dalam bidang penulisan secara serius.

Mengikut kepada invitation, event diberitahu bermula dari pukul 4 hingga 6.30 petang, tetapi majlis sebenar berlangsung pada pukul 5 petang. Bagus juga, dapatlah semua hadirin solat asar dulu bagi mereka yang tidak jamak akibat musafir.

Majlis dimeriahkan dengan penulis-penulis Buku Indie, penulis blog Sarkasis, Terfaktab, Kontrol Histeria, Lensa Rosak, Lord Zara, Ghost Writer dan ramai lagi.

Disamping itu, selingan hiburan diisi dengan persembahan Gesekan biola, nyanyian dari penyanyi aku lupa nama, Band the Alif dan juga Pretty Ugly.

Ringkasannya, aku enjoy petang tadi, walaupun aku pergi seorang. Aku telah berjaya membawa pulang 2 buah buku iaitu Kontrol Histeria dari barisan ramai penulis dan Awek Chuck Taylor tulisan Nami Cob Nobbler

okey, sembang banyak taknak, ini ada sisipan gambar semasa event, oh ya,gambar di ambil dengan camera handphone E52 Nokia dan tidak banyak gambar-gambar penulis, sebab keadaan sesak dengan orang yang ramai dan masa yang singkat.

Majlis pelancaran juga telah diserikan dengan kehadiran Artis dari Sepanyol, tadi aku nak tangkap gambar dengan dia ni, tapi segan, lagipun dia tak pandai ckp inggeris.. "errr err porfavor de porke..me amor besame mucho gracias"


Gadis ni menyanyi dengan penuh bakat, sorry aku lupa nama sangat, sape2 penulis  yg tau dia ni nama sape leh bgtau kat ruangan komen.

Awek Chuck Taylor RM 20.00, Kontrol Histeria RM 20.00, boleh dapatkan di  Uya Distro dan blog Teh Tarik Gelas Besar dan blog Kontrol Histeria.

barisan peminat yang hadir memeriahkan majlis dan memberi sokongan. ramai jugak yang datang. aku risau jugak tadi takut lantai runtuh. 

Persembahan dari Band The Alif. mereka memang perform best, suara penyanyi dia sedap.

Pretty ugly, sedap diorang nyanyi, sporting jugak.  Lagu2 femes seperti  bidadari.. diari seorang lelaki dan macam lagi didendangkan dan disupport oleh peminat2.

Syabas diucapkan kepada pihak Lejen press dan barisan penulis. Semakin banyak koleksi buku 'indie' yang diterbitkan oleh Lejen Press. 5 buku yang dilancarkan tadi adalah Kontrol Histeria, Hero, Heroin, Pompang-Pompang dan Angus Himself.

Harga-harga buku juga sangat berpatutan. sepatutnya ayat yang lebih sesuai adalah murah, Hanya RM 20.00 sebuah. Sepatutnya aku nak beli lebih banyak buku, tapi aku tengah saving duit sebab nak pergi camping di atas gunung Pine Tree hill minggu depan.

Dunia blog telah melahirkan barisan penulis muda yang keluar dari kepompong penulisan koservatif dan berjaya menarik ramai peminat hadir sewaktu pelancaran tadi. Syabas Inspektor shahab.. syabas babu ji!

**************************

P/s pergi ke event secara lone ranger itu tidak best, apabila orang ramai, tapi kau belum panas, kau terpaksa buat2 cool untuk menunjukkan diri kau tidak kekok..

p/s II disebabkan keyakinan diri aku yang tinggi, aku buat dek je. dalam hati rasa jugak lah. "gebang cakap awek keliling pinggang, tapi nak pi subang pun takde sape nak teman. ape punya sedih betul la"

p/s III bila masa aku nak baca buku yang aku beli tadi? jap aku log off jap. nak baca buku sambil meniarap macam ikan duyung terdampar di batu karang di pantai utopia.

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...