December 13, 2011

Cerita Hantu

Assalamualaikum...

Pada zaman kita kecil dahulu, ada beberapa aset kebanggaan budak-budak lelaki iaitu koleksi guli, kad kereta, batang aiskrim, kakak cun, kasut sekolah bertali dan juga koleksi kisah hantu.

Gila kau, pada zaman dulu siapa pakai kasut sekolah main ikat tali adalah pahlawan sejati, apa barang pakai kasut sekolah Velcro snap-snap ni, very the tadika. Ikat tali kasut adalah sempadan yang memisahkan antara anak mak dan anak serigala.

Tapi kehebatan kau jumpa hantu boleh mengatasi segala-galanya. Wahima kasut kau Pallas Jazz bertali, walaupun Basikal BMX kau boleh pusing tengkuk handel 360 darjah Haro Master, Walaupun kau ada kakak se-cun Raja Ema. Ia masih tidak dapat mengatasi ke'legend'an cerita hantu.

Apabila semua orang ingin jadi hebat dengan menceritakan kisah penampakan hantu mereka. maka bermacam-macam kisah yang akan kedengaran. Kehebatan telinga dan akal saja yang mampu mengasingkan kisah mana yang betul dan kisah mana yang direka.

***************************

Aku juga tidak terlepas dari kemabukan bercerita kisah hantu ini. Adab dan skill untuk bercerita kisah hantu perlu mempunyai beberapa elemen. Semua elemen yang aku listkan di bawah wajib ada untuk meyakinkan pendengar agar percaya cerita rekaan kita seperti benar.. elemen tersebut adalah...

1." Aku sumpah, aku tengok hantu tu dengan mata aku sendiri, aku tak tipu kau..buat apa aku nak tipu kau... masa tu kan......"

2. " Aku tak tau lah betul ke tak, tapi atuk aku yang cerita pasal hantu ni, dia yang nampak ada hantu ni kan..."

3. " Aku dengar kawan aku cerita pasal hantu ni, aku tak tau la betul ke tak, kalau dia tipu aku maknanya aku pun tipu korang la jugak...."

4. " Hantu ni tak wujud, yang ada hanyalah Syaitan dan Jin, syaitan dan jin ni lah yang jelmakan diri dia bermacam-macam rupa untuk mengganggu kita semua.. macam aku pernah nampak pada satu malam......"

5. " aku tak nampaklah rupa dia betul-betul macam mana, aku nampak sepintas lalu je, ada macam kain putih lalu belakang aku, bila aku pusing je tengok, benda putih tu dah hilang.....tiba-tiba...."

6. "Aku tak percaya hantu, tapi satu malam tu aku kena tindih dengan hantu, tak boleh bergerak, aku tengok dia duduk hujung katil, sesak nafas gila.. bila aku baca je ayat kursi terus aku boleh gerak.. terus aku lompat cepat-cepat lari..."

7. " Atuk sedara aku dulu pernah bela hantu raya... hantu ni rupa diaaaaa........"

Aku percaya 100% antara korang semua bila dengar cerita hantu dan menceritakan kisah hantu korang, korang akan gunakan sedikit sebanyak elemen-elemen pengukuhan cerita di atas kan ? okey mari kita baca kisah hantu aku dan kawan-kawan masa kecik-kecik dulu.

*********************

Cerita Hantu Hezrey Budak Kampung Bendahara

Mula-mula Hezrey jual minyak dulu, pada satu malam dia kayuh basikal dari masjid Kampung Sungai Tua nak balik rumah dia dekat Kampung Bendahara.

" Zul, kau nak dengar cerita hantu tak? semalam kan, aku balik rumah dari masjid, aku lalu depan kubur kat Taman Jasa tu kan, aku nampak ada lembaga putih duduk kat hujung pagar kubur tu tau tak?"

" hishh, kau ni Hezrey, ye ye je ada hantu kat kubur tu, entah-entah plastik sampah terbang ke, kain buruk ke, orang gila ke"

" betul Zul..aku sumpah, aku tengok dengan mata aku sendiri, aku bukan nak tipu kau, buat apa aku tipu kau, bukan dapat apa pun. Aku tengok hantu tu terbang dari pokok Jati ke pagar depan kubur tu"

" mana ada pokok Jati kat KL ni, Pokok Melur ada lah"

" ah lantaklah pokok apa pun, tapi masa tu bulu roma aku meremang, aku cepat-cepat kayuh laju-laju balik rumah, nasib baik kain putih tu tak tumpang belakang basikal aku..eee seram betul la"

*******************

Cerita Hantu Zulfikar Budak Kampung Sungai Tua Baharu

Mana boleh Hezrey je jual minyak, Zulfikar pun nak tunjuk hebat pernah nampak hantu, tak hero la kalau tak pernah nampak hantu kan.

" ishh tu okey lagi Hezrey, kau nampak kelibat kain putih terbang je, kau nak dengar cerita hantu aku tak?"

" aik, kau pun ada cerita hantu jugak ke Zul? cerita ah cerita ah cerita ah!"

" erm macam ni, satu malam ni aku balik ngaji tau, masa tu aku mengaji kat Jalan Jasa 25, aku balik naik basikal masing-masing ngan abang aku, lepas tu kami lalu la kat depan kedai runcit kat Jalan Kekwa tu kau tau..."

" ha tau tau tau... pastu pastu?"

" Pas two, three.. hehehehe"

" bengong! tak lawak pun, sambung lah cepat, kang aku malas dengar kang!"

" ok ok ok, aku sambung. Pastu bila aku lalu satu tanah lapang ada banyak pokok pisang ni kan, aku rasa tengkuk aku meremang, pastu aku rasa basikal aku jadi berat je nak kayuh.. lepas tu dahi aku mula rasa berpeluh-peluh. aku rasa takut gila masa tu tau tak Hezrey"

" uihhh seramnya, pastu kau nampak hantu ke?"

" pastu aku try toleh belakang tengok kat pokok pisang tu, aku nampak apa kau tau? aku nampak ada satu lembaga perempuan, rambut dia panjang mengurai, baju dia putih kau tau tak?"

" hish, betul ke kau ni? sampai mcm tu sekali?"

" iye.. sumpah aku nampak dengan mata kepala aku sendiri, aku tak tipu kau. Hantu tu kan pandang aku, pastu dia pusingkan kepala dia dari depan sampai ke belakang sambil lambai-lambai aku...apa lagi, aku pun cabut la lari, kayuh basikal laju-laju. Nasib baik aku tak terkencing tau masa tu"

" Uish seramnya, kalau aku jadi kau masa tu, mesti aku dah terus pengsan dah"

" memang kau boleh pengsan punyalah, seramkan citer hantu aku?"

" seram seram seram..."

************************

Cerita Hantu Haikal Budak Taman Jasa Utama

Haikal adalah budak yang dulu sekolah di KL. Dia anak manja, semua orang tau dia pergi mana-mana mak bapak hantarkan, lagipun dia ni tak lasak, badan chuby-chuby dan baju dia putih bersih bernila. Aku harap Haikal tak jumpa blog aku ni, sebab aku tak ubah nama dia jadi bukan nama sebenar.

" Setakat kisah korang tu, takdelah seram mana. citer hantu biasa je tu, korang belum dengar lagi cerita hantu aku. korang nak dengar cerita hantu aku?"

" aik.. tiba-tiba kau ada cerita hantu gak ke Haikal?"

" ada, cerita hantu aku ni sumpah betul, aku tengok dengan mata kepala aku sendiri, aku tak tau kenapa aku boleh nampak hantu, tapi atuk aku cerita dulu yang keturunan aku boleh nampak hantu, lagipun atuk sedara aku dulu pernah bela hantu raya"

" Pergh, kiranya kau ni memang boleh celen Ghostbuster la Haikal eh?" kata aku kepada Haikal.

" kau ni nak dengar ke tak nak? main-main pulak"

" yelah yelah, bagi la dia can Zul, dia nak jugak!" celah Hezrey cuba memujuk aku untuk bagi can.

" Satu malam tu kan. Aku tidur la macam biasa, tetiba aku rasa ada banyak sangat nyamuk. Aku pun bangun la nak pergi pasang ubat nyamuk kan"

" pastu pastu?"

" Bila aku bangun je, aku nampak ada satu mata merah kat dapur, aku tak takut, aku tenung lama-lama mata merah tu, pastu mata merah tu bangun, nampak la satu badan dia, makin lama dia makin dekat...aku tengok kaki dia takde, tak jejak bumi..."

" Uiyyohh, macam seram je hantu kau ni"

" Pastu makin lama dia makin dekat ngan aku, aku pun lari laju-laju pergi ruang tamu umah aku, dia kejar aku dari belakang, Dia lompat-lompat laju-laju, tangan dia tegak terpacak ke depan, dia pakai baju macam org china zaman dulu-dulu"

" errrrr...errrrrrr..errrrrr.... macam tipu je cerita kau ni"

" betul, aku tak tipu, kau dengar dulu cerita aku ni. Pastu kan Hantu tu lompat makin laju. aku pun lari cepat-cepat masuk bilik mak aku, aku kunci pintu bilik, aku menyorok bawah katil mak aku"

" hurmmmmmmmph.. pastu?"

" Pastu hantu tu lompat kuat-kuat dia langgar dinding bilik mak aku, bilik mak aku roboh, pecah, dia pun lompat masuk ikut dinding roboh tu, aku pun takut gila, aku naik atas katil kejut mak bapak aku"

" pergh dinding bilik pecah hantu langggaaaarrrrrrr kaaaaannnnnnnn, ha sambung-sambung" kata aku dan Hezrey sambil urut-urut dada dan mencebikkan bibir.

" pastu, bapak aku cakap jangan takut, dia pun cepat-cepat amik kotak kayu atas almari, dia keluarkan pedang kayu peninggalan arwah atuk aku, mentera tulis atas kertas kuning dengan baju sakti. Dia suruh aku ngan mak aku pakai baju tu, hantu takut lah nak dekat ngan kami, sebab baju tu rendam dalam air yasin"

" bluerrrrrkkkkkkkk" aku muntah dalam hati.

"Pastu bapak aku pun terbang dari katil, terus ke Hantu lompat-lompat tu dia tampal azimat kertas kuning tu kat dahi hantu tu, hantu tu beku tak boleh bergerak"

" wuiyyyooooooooooo" sengih tawar.

" Pastu bapak aku baca mentera ngan ayat-ayat suci alquran, bapak aku jerit kuat-kuat, pastu bapak aku tikam perut hantu tu dengan pedang kayu sakti, hantu tu pun terbakar, ghaib"

" Kepala otak kau Haikal, ni cerita hantu cina. bukan cerita hantu betul. puih puih puih!" aku berkata sambil buat muka tak puas hati.

" Agak-agak ah nak bohong pun, cerita tak real gila. aku ngan Zul pun kau berani nak temberang eh?"

" ala rilek la woiii. korang buat-buat percaya dah arrr. standard ah reka cerita hantu"

" masalahnya cerita hantu kau melampau"

" alah, macam lah cerita korang tu real sangat, Hantu boleh pusing kepala konon, sah-sah kau amik cerita hantu sundal bolong kan kan kan?"

" Ah, kau tipu Haikal, cerita hantu konon. padahal hantu china tengok kat tv, macam ar kami tak tau. Jom Blah Hezrey, jangan kawan Haikal... "

" woi woi woi, nak gi mana?cerita hantu belum habis lagi ni woi!"

*************************************

Kesimpulannya, tiga-tiga ekor budak di atas membohong dalam cerita hantu yang disumpahkan adalah kisah benar. Walaupun elemen pengukuhan cerita digunakan secara kondusif, namun ia masih tidak boleh diterima logik akal.

Cerita Hantu Hezrey adalah kisah hantu stereotype hantu kubur lembaga putih terbang atas pokok besar.

Cerita Hantu Zulfikar adalah kisah hantu stereotype Sundal bolong pusing-pusing kepala, cekik tengkuk manusia.

Cerita Hantu Haikal adalah kisah hantu stereotype hantu cina lompat tangan tegak jadi beku bila tampal kertas azimat kuning.



Korang tengok bukti penampakan sosok-sosok ganjil yg dipercayai entiti hantu, lihat gambar manusia di atas yang tembus cahaya dan tidak solid, waduh terang-terangan hantunya menampakkan diri di hadapan mata kasar manusia. wajib dilapor kepada seekers ni.. wajib!


Dulu hantu cina semua rupa mcm ni tengok kat TV. aku syak Haikal banyak sangat tengok  filem hantu china la, gila. dia ingat kawan-kawan dia tak dapat trace ke hantu china yang dia cerita. Pffttt....


P/S I Untuk rujukan pendapat aku tentang hantu dalam blog ini anda boleh klik di entry :
Aku Skeptikal Pasal Hantu dan Kisah Hantu Nostalgia : Hantu Susu

P/S II meh kongsi cerita hantu paling legend korang pernah dengar meh.

34 comments:

  1. hahahaha lawak gilababi kalini. aku gelak bebetul dlm bilik. eh tp antu Taman jasa tu ade wey...masa balik kelas malam, aku jumpe dulu

    ReplyDelete
  2. '.. kalau dia tipu aku, maknanya..'
    sapela yg mulakan frasa ni ye...? (",)

    ReplyDelete
  3. ARC : ko biar benar, hantu tmn jasa tu rupe dia mcm mana wei? seram la pulok...

    Blog tips kurus : frasa ni dak dak kampung mulakan dulu, dengar dr org tua2 yg ckp masa sembang.. :)

    ReplyDelete
  4. Hahaha... mase kecik2 dulu disebabkan aku rapat dgn cousin2 lelaki maka aku pon sikit sebanyak ada kepercayaan yg sama. Except bab kakak cun tu tukar sket sbb abg aku paling kacak dlm kampung. Hehe...

    Bab citer hantu... dulu semua suka bukak citer kne tegur ngan hantu jepon takde kepala sbb padang dlm kmpung aku org tua2 ckp tmpat jepon pancung kepala. Tah betul tak wallahualam. Tapi penah la tnampak kelibat takde kepala tuh. Seminggu gak la demam.

    ReplyDelete
  5. Haha..so true..skali renung mcm kita-kita ni lalui zaman kanak-kanak riang yang hampir serupa jerk jalan ceritanya...tak kisahlah cite apa; cite antu ke cite pi mengaji ke, even cite kene balun dgn mak pun ampir sama..ish ish ish..ajaib sggh!

    ReplyDelete
  6. dulu ada orang kata rumah abah yg selalu tinggal kosong tu berhantu..

    tapi kitorang adik beradik xpenah nampak ape2..

    cuma kalo tido kt tmpt2 jrang tido tu, mimpi mmg pelik2 laa..

    ko rasa camne..??

    hahahahhaha..

    ReplyDelete
  7. hahahaha.dulu ms study dekat uitm pilah ada sebijik rumah yg takde org duduk.kalau nk balik rumah sy kena lalu rumah tue.

    punyalah berlari kalau lalu depan rmh tue.selang berapa bulan ada buat derma darah kat situ,elok je takde pape.tue semua perasaan je dan org suka menambah2 kan cerita.wakakaka

    ReplyDelete
  8. Dulu masa kecik kalau gaduh sikit nanti aku panggil abang aku yang tingkatan 5 tu...budak ni sorang pulak nanti aku paggil abang aku jugak..abang aku dah keje..maka aku yang takde abang ni pulak nanti aku panggil atok aku.. sebanb abang korang kene la hormat atok aku yang tua tu..ahahahaha

    ReplyDelete
  9. hahaha.. sume iter nak gebang je kan.. ialah kalau cter betol2 xseram la kan :)

    ReplyDelete
  10. aku berkawan dengan hantu bang.cerita aku lagi lejen~keh keh~

    ReplyDelete
  11. cerita hantu ni aku pn byk koleksi masa zaman budak2.. tp cerita hantu paling best aku & kawan baik aku suka sgt jd hantu lepas abis ngaji.. kawan2 yg balik selepas kami balik mesti lintang pukang lari dgn hantu buatan kitorang.. tiru hantu2 dlm tv juga. ikat kain putih dgn tali gantung kt pokok.. bila org lalu je.. gerak2 kan.. mungkin kawan2 sepengajian aku masa tu rasa itulah hantu paling seram.. dia x tau hantu sebenar adalah siti & suria budak nakal kg.. wakakakakakka
    p/s : teringat anak buah aku yg selalu dera aku sampai pukul 3 4 pagi layan tgk vcd cerita hantu lompat (hantu cina)...

    ReplyDelete
  12. HAha, gelak sorang baca entri ni, gile lawak, ni nak request abg zul buat cite ni... kene recall balik cite hantu zaman budak2 nih, macam2 cite hade, :P

    ReplyDelete
  13. cita hantu ni memg bnyk versi,,tp aku plg suka cita Nang Nak jugk,,hantu yg paling loving,,hehehe,,

    p/s selain tu suka wat2 jadi kena rasuk hantu,,tarik rambut panjang kat depan muka pastu ngusik adik2 sebelum tido masa kecik2 dulu,,skg ni usik ank buah plak,,;P

    ReplyDelete
  14. hehehehe...lawak betul cerita hantunya, menipu sungguh!

    macam2 cerita hantu yang pernah dengar, tapi semuanya susah nak dipercayai..

    ReplyDelete
  15. hahaha,seyes lawakla ko ni damak... ade gamba kenangan langkawi kita lg..aduh rindu kamu semua... ;)

    ReplyDelete
  16. hahaha,seyes lawakla ko ni damak... ade gamba kenangan langkawi kita lg..aduh rindu kamu semua... ;) ~~tunz

    ReplyDelete
  17. Nampak sangat.. Hahaha.. aku penah gak nampak, tapi buat tak nampak jak

    ReplyDelete
  18. panda dengan kau jiran ke weyh? nape aku tatau pon antu taman jasa ni? hihi

    ReplyDelete
  19. err..err..seumur hidup aku..tak pernah lagi aku jumpa hantu..tobat tkmo..nauzubillah..


    kisah hantu aku paling legend aku pernah dgr suara antu nanges je..ade aku cite kat belog aku..kui3..

    ReplyDelete
  20. kahkahkah... kesemua cerita itu sgt skeptikal. Cite yg same mase kt skolah dulu...

    ReplyDelete
  21. hehe lawak jee..mcm2 je bebudak kang..org dewasa pon sama..selalu over bila bercerita..

    ReplyDelete
  22. Ingatkan bercerita pasal hantu ni terjadi pada aku dan kawan-kawan aku jer..rupa-rupanya memang macam tu budak-budak ek..patut pun berlambak filem hantu..haha

    ReplyDelete
  23. Aslina : aku rasa ko berhalusinasi je kot, apsal lak tentera jepun yg xde kepala? diorg yg pancung org, bukan org pancung diorang...

    Sufeenan : era kita tak jauh sangat awak. apa yg awak alami sya pun alami. cuma saya lebih gebang sikit je.hehehe

    Missenget : mmg mimpi pelik sebab korg tak biasa tmpat tu, dan korg anggap rumah tu seram..

    Nin : manusia mmg suka tambah cerita, baru la syok kan.. haha

    Azwan Azmi : aku bygkan atok ko datang bawak pedang samurai nak libas abg2 diorg hahaha

    Taufiq : gebang tu la best kan. baru dapat tarik perhatian..

    Mat Gebu : Ada, tapi nanti kau tak ke dapur pulak mat, asyik duk baca blog je. baca hantu seksi.haha

    Bujal : memang lejen ah kalau tahap kawan ngan hantu.. memang lejen. memey ah

    Suria lekat lekit : kau ni mmg nakal. jahat betul.. hehe zaman kita selalu tgk hantu cina kan? zaman skrg dah takde dah..

    Mumtaz : takyah request. awak je la cerita kannnn

    missina : ko lagi jahat dari aku, siap wat2 kene rasuk.. kesian adik2 ko lari lintang pukang kan...

    Mas saari : 10 cerita hantu, 11 takleh percaya. haha

    Tunz : apsal gambar kita amsa ni leh jadi telus cahaya ha? ko tau tak?

    Akim : ko nampak macam mana? (pancing)

    tfa : dia dulu junior bertingkat2.. skolah kat skolah rendah aku, tapi tak penah jumpa. pastu dia duk nakhoda. kg sebelah. haha

    cik sha : erm, hantu nanges? tah tah ada org kene pukul ngan laki kot...

    Farah : see... kan saya dah ckp. ramai ckp cerita hampir sama je.

    Alexa : over masa bercerita adalah seni yg sangat best.. haha

    fnd : aku rasa dia pengasas Troll kat Malaysia la...

    Alan Rizque: kan aku dah ckp. cerita hantu ni stereotype je kebanyakannya.

    ReplyDelete
  24. aku pernah jumpa sekali je masa kat sekolah. Baru aku taw kenapa orang boleh sampai terikut hantu dan tak lari. Aku bila nampak pocong tu dengan mata merah, aku tak takut langsung dan jadi blur.

    aku boleh pergi jalan slow ke arah dia. untung masa tu ada member aku perasan dan tarik aku dari situ. gila siot. kalau tak dah ke hutan belakang sekolah dah.

    - cerita haikal hantu segamat-

    KAHKAH

    ReplyDelete
  25. Itu kelakor....bhabhahaha...

    ReplyDelete
  26. Aq ngan ank buah aq pnh wat puje antu....wat main2 je....aq sikat rambut 5 kali ank buah aq pgang cermin....ktorg buat sampai abis tp x gne lilin pon gne torch je....abis wat tu...ktorg tido..
    Bgn pagi kak ipar aq cite ade bende merangkak kat dinding bilik die...ktorg tkt la...ptt la aq terjage pagi2 bute dgr sore bdk menangis...rpe nye adik ank buah aq....ketua tmpt ni kte mmg tpk perumahan ktorg keras....hutan tebal dlu....lps mlm to...ktorg blk kg mak aq...2 buah kete....aq, ank buahaq, kak aq, ngan abg aq yg sorg lg ni naik kte lain....sebuah lg kete abg sulong aq, kak ipar aq, mak aq n ank buah aq yg lain....abg sulong aq sampai dlu...ktorg mkn burger dlu....ktorg pon sampai dpn umah trs abg sulong aq panggil kak aq..abg aq dgr kak aq mrh ank buah aq yg lain....abg aq psg surah ruqyah kuat2 pastu azan kat setiap penjuru rmh....kak ipar aq ni mmg bleh nmpk sume ni...die ckp antu dtg dr kg opah aq...antu nmpk kak aq tu yg bleh sme ngan kak aq....pastu kak ipar aq kte antu kat umah aq ni tmpng badan aq...esok pulak aq bgn nak solat subuh ank buah aq ckp kaki aq lebam biru...tekejut aq....seram siot....2 minggu lps tu tgl aq, kak aq , mak...ktorg bce yasin....rse lain je....pg esok kak aq plak lebam kat peha....aq dah mimpi ular hitam besar...mak aq sakit tengkuk..jumpe doktor kte x de pepe....ktorg tgh cri ustad utk pagar umah...sbb bende tu x de la lme sgt jad....tlg spe yg tau ustaz bleh ubat org kne sihir...area perak.....fb aq wanie kun(aiman afif lover)...

    ReplyDelete

  27. hai gan ayo gabung bersama kami di situs terbaik kami hanya
    di game online domino 99 Dan kalian bakalan menangkan banyak hadiah menarik
    ayok segera bergabung ya gan.

    ReplyDelete

  28. hai gan ayo gabung bersama kami di situs terbaik kami hanya
    judi dadu online Dan kalian bakalan menangkan banyak hadiah menarik
    ayok segera bergabung ya gan.

    ReplyDelete
  29. Yuk Gabung di NAGAQQ: AGEN BANDARQ BANDARQ ONLINE ADUQ ONLINE DOMINOQQ TERBAIK

    Yang Merupakan Agen Bandarq, Domino 99, Dan Bandar Poker Online Terpercaya di asia hadir untuk anda semua dengan permainan permainan menarik dan bonus menarik untuk anda semua

    Bonus yang diberikan NagaQQ :
    * Bonus rollingan 0.5%,setiap senin di bagikannya
    * Bonus Refferal 10% + 10%,seumur hidup
    * Bonus Jackpot, yang dapat anda dapatkan dengan mudah
    * Minimal Depo 15.000
    * Minimal WD 20.000

    Memegang Gelar atau title sebagai Agen BandarQ Terbaik di masanya

    Games Yang di Hadirkan NagaQQ :
    * Poker Online
    * BandarQ
    * Domino99
    * Bandar Poker
    * Bandar66
    * Sakong
    * Capsa Susun
    * AduQ
    * Perang Bacarrat (New Game)

    Tersedia Deposit Via pulsa :
    Telkomsel & XL

    NAGAQQ: AGEN BANDARQ BANDARQ ONLINE ADUQ ONLINE DOMINOQQ TERBAIK

    Info Lebih lanjut Kunjungi :
    Website : NagaQQ
    Facebook : NagaQQ Official
    Kontakk : Info NagaQQ
    linktree : Agen Judi Online
    WHATSAPP 1 : +855977509035
    Line : Cs_nagaQQ
    TELEGRAM : +855967014811


    BACA JUGA BLOGSPORT KAMI YANG LAIN:
    agen bandarq terbaik
    Winner NagaQQ
    Daftar NagaQQ
    Agen Poker Online

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...