Bagi menjawab pertanyaan rakan-rakan pembaca, jadi aku akan hidangkan pendapat aku dari sudut pandang dan pengalaman aku dalam isu AUKU.
Demi berlaku adil dan telus, biarlah aku ceritakan latar belakang pendidikan aku sedikit sebanyak. Aku dulu belajar dekat tadika KEMAS, kemudian sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan, Kemudian sekolah menengah di sekolah Agama Menengah Tinggi, kemudian Sekolah Agama menengah (tak tinggi) dan kemudian sambung sekolah di Sekolah kebangsaan. Selain itu semasa umur aku 8-12 tahun juga aku belajar ilmu fardu ain di sekolah agama menengah Rakyat kelolaan JAIS.
Kemudian Aku melanjutkan pelajaran di UITM Dungun (sementara) kemudian ke UiTM Shah Alam untuk diploma, setelah tamat diploma aku menyambung pelajaran ke Ijazah Sarjana Muda Sains dengan kepujian di UiTM Shah Alam juga.
Jadi Anda semua bolehlah menilai kepelbagaian pergaulan dan betapa terdedahnya aku dengan pelbagai pendapat dari golongan Ultra Melayu, Keluarga Sekolah Pondok, keluarga ana - anta lughatul al arabiyah - syukran yazilan Ustazah, melayu pasca Mahathir moden dan era keceleruan UMNO lama dan UMNO baru hinggalah ketaksuban pemuda ABIM dengan lidah Madani Anwar Ibrahim.
************************
Marilah kita membaca kebenaran yang pahit yang perlu didengari oleh Pro Aspirasi (kerajaan) dan Pro Rebellious /Mahasiswa (pembangkang)
Pro Aspirasi (Kaki Kipas)
Sewaktu aku menuntut di UiTM untuk diploma dan degree, aku adalah pelajar yang aktif sehinggakan aku menjadi Ahli Jawatan Kuasa Perwakilan Kolej (JPK) bagi Kolej Meranti selama 2 penggal. Semasa itu aku menjawat jawatan presiden Blok B dan C dan juga memegang beberapa portfolio untuk sukan dan lain-lain aktiviti gotong royong.
Pada masa itu, aku sama sekali tidak pernah menceburkan diri dalam politik MPP iaitu Majlis Perwakilan Pelajar, kerana bagi aku MPP pada masa itu hanya sibuk hendak mengipas punggung pentadbir Universiti melampaui menjaga kebajikan para pelajar itu sendiri.
Mereka ini adalah Perwakilan Pelajar iaitu Wakil rakyat bagi pelajar. Sepatutnya mereka memanjangkan suara dan keinginan pelajar ke atas pihak HEP dan kuasa Eksekutif Pentadbiran UiTM, contohnya masalah parking motor tidak berbumbung, ganti rugi motor rosak akibat Pak guard mengunci motor tanpa meletakkan notis, hidangan makanan cafetaria yang tak sedap dan mahal, pembelaan diri oleh barisan peguam sebelum dijatuhkan hukuman saman sesuka hati dan macam-macam lagi.
Tapi sebaliknya mereka sibuk mesyuarat bagaimana nak kumpulkan student ramai-ramai bagi memeriahkan acara majlis perasmian dekat stadium dan nak pilih set sofa kerawang atau kotemporari design untuk Naib Canselor nanti.
Pada satu masa, aku pernah bertegang leher dengan Biro Aktiviti JPK kolej Meranti, aku agak bengang dengan mereka sebab setiap mesyuarat mereka akan cakap benda yang sama berpusing-pusing, kemudian gelak dan main-main. Masalah-masalah Blok kediaman yang mengalami isu kecurian dan kebersihan tidak diambil berat, sebaliknya mereka sibuk untuk membuat acara tarian poco-poco dan silat pulut pada setiap hari sabtu, semata-mata hendak memenuhkan kuota aktiviti. Masa ni dapatlah diorang nak mengenakan pelajar yang tidak aktif sebab tak cukup kumpul kupon kan.
Tahap kelemahan mereka berpolitik sehingga setiap kali mesyuarat JPK, perlu mengutip RM 2.00 seorang dari setiap ahli JPK untuk membeli air kotak, Bihun Siam dan Karipap pusing Makcik Dining. Aku selalu menyarankan agar menggunakan duit tabung JPK yang telah dikumpul bertahun-tahun lama dan duit dari suntikan HEP dan Kolej, tapi mereka semua benak dan hanya mementingkan prestasi kejayaan save duit tabung di hadapan Pegawai HEP saja, mereka bukan mewakili suara pelajar marhaen, mereka tidak memperjuangkan hak dan kebajikan pelajar tetapi terbalik, mereka memperjuangkan keinginan pentadbiran Universiti dan enforcement ke atas pelajar semua.
Semua faktor di atas adalah sebab utama mengapa pelajar-pelajar Malaysia menjauhkan diri dari dunia politik MPP dan JPK di Universiti. Mereka memangkah wakil pilihanraya Universiti semata-mata kerana mahu keluar kelas yang bosan dan pergi mengundi di Foyer sambil ngorat awek, dan dapatlah habuan milo kotak dan gula-gila FOX kaler merah, kuning dan kalau nasib baik dapat karipap pusing.
Kesimpulannya, ada atau tidak wakil pelajar di dalam struktur pentadbiran Universiti tidak memberi sebarang makna wahima sebesar kuman pun kepada mahasiswa. Jika mereka dengar akan suara hati pelajar maka sudah pastilah pelajar tidak menjuihkan bibir kepada mereka. Tidaklah pelajar merasa annoyed dengan senyum kepura-puraan mereka membontoti lembaga pentadbiran universiti sambil tersengih memakai baju F1 berembroideri MPP di atas kocek mereka.
***********************************
Pro - Rebel ( Pro - Mahasiswa)
Pro rebel ini sangat popular di IPTA-IPTA teras di seluruh Malaysia seperti UM, USM, UTM, UIAM dan lain-lain yang aku malas nak sebut semua.
Mereka yang berada di dalam so called dark side ini adalah mereka yang mabuk berpolitik 24 jam 7 hari seminggu. Asalkan ada rapat umum pembangkang berdekatan dengan Universiti mereka, mereka akan sibuk menyebarkan Flyers, dan menyebar-nyebarkan maklumat tentang rapat umum itu.
Masalah ini menjadi lebih teruk sewaktu era 1998-2000 sewaktu Anwar Ibrahim terlucut jawatan dan dimasukkan dalam penjara kerana jenayah salah guna kuasa. Para Pro pembangkang yang berselindung disebalik nama Pro Mahasiswa adalah golongan yang seringkali terbabas matlamat perjuangan mereka.
Pada mulanya mereka bermula sebagai wakil rakyat mahasiswa dan menyuarakan hak-hak pelajar, namun lama kelamaan awan gelap berarak mendung, kuasa Darth Vader itu mula menyelubungi mereka.
Sepertimana kemabukan John Lennon semasa gerakan Flower Power yang menentang Perang Vietnam oleh USA, para wakil pelajar Pro Mahasiswa ini mula mencampur-adukkan hal politik negara dengan hal politik universiti. Mereka sudah menari cakpong dengan keghairahan politik. Mereka mula memasukkan unsur-unsur Anwar Ibrahim, Tuan Guru dan Ibrahim Ali di dalam setiap kempen mereka walhal matlamat kempen nak suruh tukar menu Ikan Jaket kat dining Hall je pun.
Bagi calon wakil pelajar yang berbangsa cina dan india pula, mereka mula mejual idea DAP di dalam setiap manifesto mereka, Masalah paling besar mereka adalah kelancangan mereka mahu menghapuskan hak-hak bumiputera oleh pelajar melayu dan menuntut kesaksamaan di antara semua pelajar. sedangkan kelangsungan hidup mereka dalam Universiti itu tidak pernah dipertikaikan pun oleh pelajar Melayu.
Semakin lama ia melarat ke agenda yang menyimpang dari matlamat sebenar akedemik. sepatutnya mereka belajar, buat assignment, hantar projek paper, hantar thesis, pergi jawab kuiz dan test dan kemudian lulus dengan cemerlang menggembirakan mak bapak yang mengharap anak mereka dapat mengubah nasib keluarga. Sebaliknya mereka sibuk dengan aktiviti kempen pilihanraya negara.
Mereka berkumpul beramai-ramai berarak untuk Bersih 1.0 dan 2.0 wahima budak-budak yang pergi tu ada yang berumur 18, 19, dan 20 tahun di mana penglibatan mereka tidak significant dalam membuat perubahan pada PRU kerana mereka belum layak mengundi.
Sebaliknya mereka ketagih untuk memberontak dan berdemo. Dan perbuatan mereka ini dikenali dengan gelaran Rebel without a cause, okey aku tipu itu nama filem lakonan James Dean.
Dan Kebenaran Yang Pahit?
Kebenarannya, Pro Mahasiswa ini banyak yang syok sendiri dengan merasakan segerombolan mahasiswa yang menyokong mereka mewakili suara majoriti mahasiswa seMalaysia. Sedangkan jujurnya, mahasiswa kebanyakan tak pernah kenal pun mana satu wakil Pro Aspirasi dan mana satu Wakil Pro - Rebel. Kalau Jumpa tengah jalan nak pergi Library haram nak senyum pun. Lagi kenal muka pak guard langsi dari YDP MPP.
Sedangkan majoriti mahasiswa lebih hafal point bola snooker dari kenal apakah akta dalam AUKU.
Sedangkan majoriti mahasiswa lebih pening memikirkan samada 70 sen dalam poket itu lebih elok beli roti canai atau sebungkus megi kari.
Sedangkan majoriti mahasiswa lebih pening memikirkan samada RM 4.50 itu elok beli minyak 2T shell atau beli rokok Suria Gudang Garam.
Sedangkan Majoriti Mahasiswa lebih pening memikirkan samada nak curi parking tempat lecturer atau nak parking tempat student 2 km jauhnya dari dewan kuliah.
Sedangkan Majoriti Mahasiswa lebih pening pasal masalah muka jerawat -nak guna - T tree oil- atau- OXY, period datang lambat, masalah boyfriend keluar dengan Mimi Gay dan nak pergi kelas pakai Blous dengan Wedges atau Baju kurung kedah Cotton bunga kecik kaler merah daun hijau.
Kesimpulannya, Mahasiswa menyampah atau tak pernah ambil pusing pun dengan MPP Pro-mahasiswa yang telah terpesong perjuangannya dari memperjuangkan kebajikan pelajar ke sibuk menanamkan propaganda pembangkang ke dalam kehidupan akedemik harian student.
***********************************
Politik 3 suku.
1. UMNO jangan lupa yang Anwar Ibrahim itu diangkat dari mahasiswa yang pro-rebel, yang selalu berdemonstrasi bersama ABIM, worst come to worst Kerajaan harus mengambil berat akan segala suara mahasiswa kerana 3/4 pemimpin sekarang adalah yang lantang berjuang di zaman Universiti termasuk Tun Mahathir Mohamad.
2. Mahasiswa yang menurunkan bendera gambar Najib di perkarangan PWTC adalah Kurang Ajar, biadap dan Syok sendiri. PWTC itu adalah ibu pejabat UMNO, kau datang rumah orang kau jahanamkan harta benda orang semata-mata untuk meraih perhatian media, dengan harapan perhatian rakyat teralih ke isu ini. Itu adalah perbuatan yang juvenile. Aku rasa baik kau duduk study elok-elok dapat grade yang bagus-bagus, kemudian kau dah habis study nanti, kau ngadap Anwar Ibrahim dan kau lobi untuk jadi ketua AMK. period.tutup kes!
3. Jika orang datang rumah kau, cabut tayar kereta bapak kau, dan gantikan dengan tayar bercorak Boboiboy kerana tak puas hati bapak kau suka parking tepi corner taman block kereta org lain, agak-agak kau marah tak?
Jika UMNO pulak tak puas hati dan pergi berarak ke Markas Pas, Keadilan dan DAP, cabut bendera dan gantikan dengan bendera mereka. apa akan Jadi? saling berbalas-balas dan huru hara akan berlaku. Jangan jadi bengap.
4. Panglima Ludah itu sangat kelakar kelakuannya, salah kata-katanya, kau nak politik-politik lah, kau nak semangat patriotik lantaklah, kau nak tarik perhatian pemimpin dengan semangat juang kau tu lantaklah, tapi aku yang tengok video klip tu dalam youtube merasa malu sendiri. Nampak benar poyo dan semangat tak tentu hala. Aku rasa kalau dia upload video dengan cara sindiran yang penuh sarkastik seperti Tun Mahathir lebih mendalam kesan di hati mahasiswa-mahasiswa semua. Kau berhak untuk merasa marah, tapi cara kau tu kelakar. Ayat kau 'panglima perang' dan 'ludah muka' itu terlalu retorik dan mentera semerah padi sangat wey.
5. Politik Domestik Universiti berbeza dengan Politik Umum negara ye sayang!
6. AUKU mana boleh dimansuhkan, Pinda bolehlah. AUKU tu bukan pasal melarang mahasiswa dari politik je, tapi ia melibatkan segala-galanya tentang pentadbiran dan undang-undang kecil Universiti.
7. Aku menyokong Mahasiswa tidak dikekang dari politik. justeru klausa dalam AUKU itu boleh dipertimbangkan untuk dipinda.
8. Mahasiswa yg umur 18,19,20 tahun jangan sibuk hal politik umum lah! Kau pergi cerita politik domestik Universiti sudah. " eee aku benci la Pakgad tu, dia saman aku sebab tak pakai kad matrik, nyampah dowh"
9. "Kami menurunkan bendera secara beradap" itu kenyataan bodoh, bendera adalah panji egois kepada puak-puak berjuang, kau sentuh panji orang, tak kira la beradap ke, sambil menari inang ke, sambil zapin pekajang ke, tapi yang kau gatal nak turunkan bendera orang buat apa? apa ingat rakyat bayar cukai suruh kau pergi cabut bendera orang.... guna hujah bayar cukai konon, ntah kau tak pernah tengok borang cukai. puiiii...
10. Dalam gelanggang silat ada etika, lawan tak campak pasir dalam mata, dalam main bola ada etika, lawan tak pukul kaki lawan dengan kaki meja, dalam debat ada etika, lawan tak buat bising masa pendebat tengah berhujah. Dalam ngorat awek ada etika, lawan tak pergi cium mulut kau masa kau tengah ayat gadis itu. Berpolitik pun ada etika. Kalau semua main redah je, pergi duduk dalam hutan kawan dengan monyet.
11. Sesiapa yang cakap meletup-letup pasal AUKU dan kebebasan berpolitik, tapi dia tak pernah daftar pengundi dan tak pernah mengundi, dia Bodoh!
*************************
p/s I kalau dah berani sangat, demonstran sangat, takyah la merayu-rayu supaya UPSI tak mengambil tindakan kepada Adam Adli dengan menggunakan akta dalam AUKU, kata berani. Berani tak balik maghrib masa mak menjerit, berani...balik bila betis kene besit.
p/s III saya membuka sesi perbincangan sekarang.
nt blog ang top beb... macam blog papagomo or tukartiub.. ekeke
ReplyDeleteAngah : jujurnya aku harap blog aku tak beridentitikan politik, sebab aku tak suka kawan juih2 mulut. hehehe
ReplyDeletebagus.. elakkan kontroversi.. kalau entry yang bersifat berat mcm ni, pasti akan ada 3 puak.. penyokong dan pembangkan.. dan satu lagi tunggu nak tengok ang jatuh ja.. pembaca ang ramai.. hehe
ReplyDeleteangah : itulah harga yang perlu dibayar untuk sedikit pendapat didengar. tapi pembaca aku mana ada ramai. sikit je.
ReplyDeletent aku market.. kejap je dtg.. hehe.. aku ada satu page pembangkang.. hehehehe
ReplyDeletekah kah kah, kau punya market memang besar pun, nak nak page2 ko, ratus2 ribu. takyah market2 lah. segan aih..
ReplyDeletetak la.. hehe.. tp masa aku kat u dulu.. aku tak paham pun auku tu apa.. cuma sign ja aku tau.. haha.. aku suka pas memerintah kedah, tapi selangor bagi la umno dpt balik.. haha.. tender susah dapat dowh.. ekeke..
ReplyDeleteaku tau dulu auku tu apa, tapi malas nak amik pusing...
ReplyDeletekawan2 aku yg kontrekter skrg ni semua mengeluh, dah takde projek tender. kontrektor pro pembangkang ke kerajaan semua harap BN dapat balik selangor. aku bukan buat cerita, ni kwn2 bdminton aku duk ngeluh kat kedai kopi. hehe
bos aku lagi la.. haha.. dah la abang dia kena charge court kes rumah seksyen 7.. pening dia.. haha..
ReplyDeleteAngah : kah kah kah, last2, semuanya politik ni kembali ke cari makan.
ReplyDeletep/s eh apsal kita berbalas komen macam tengah chating nih? hahahahaha
haha.. nt org len pun takut nak komen.. hahaha.. padam padam.. ekeke
ReplyDelete1 lagi,majoriti mahasiswa tak amek pusing sebab balik je kelas terus buka fesbuk,twitter,blog takpun you tube.mana boleh guna perkataan majoriti mahasiswa tak setuju.heh
ReplyDeletetak kisah lah nak sokong parti mana pun janji jangan nak taksub sangat lah.selain berpolitik banyak lagi benda boleh buat.hargai masa muda.haha
mahasiswa nak berpolitik?? boleh silakan.tapi tolong la jangan bawak balik ideologi politik diorang dlam kampus.kalau dah bawak balik ideologi politik tu.mmg akan wujud keadaan yang tak aman dalam kampus.nanti akan muncul la dialog begini dlm bilik.
ReplyDelete"bodoh la parti A"
"bongok parti A la bagus sbb parti A yang bagi ko masuk u..bla..bla..bla"
akhirnya gaduh..dah muncul keadaan tak aman di situ.. Sekian. Pendapat orang kecil. :-)
Mas tak suka sangat bab politik ni sebenarnya tapi sebagai rakyat yang layak mengundi Mas kena ambil tahu jugak...
ReplyDeletetak salah nak berpolitik tapi kita jangan terlalu taksub... sanggup bermusuh demi nak pertahankan parti yang disokong...
yang paling kesian tu..sama2 bangsa melayu..sama2 beragama Islam..tapi bergaduh/cari pasal sesedap rase hanya kerana berbeza ideologi politik..apakah?(-_-")
ReplyDeletemelayu memang suka melayu 'jatuh'..ngok je..macam takde kerja lain yg lagi berfaedah nak buat..(-_-")
bebudak U yg belum cukup umur dan masih belum layak mengundi tak payah nak cakap besar sgt pasal politik negara la..politik dalam U pun ntah ambik tahu ke tidak..sebok nak tunjuk lagak konon hero kepada rakyat..sighhhh..(-_-")
dari segi perilaku mereka nampak masih belum matang...tetapi jika diperkatakan mereka belum matang...sudah tentu mereka marah,kerana mereka pelajar menara gading, namun yang pastinya mereka kurang perincian dalam pelbagai sudut, mereka bertindak hanya dari satu sudut...dimana mereka telah dipergunakan untuk kepentingan orang lain dan atas dasar kurang perincian itulah mereka terpilih untuk dipergunakan, namun tak mereka sedari...sungguh sedih
ReplyDeletesokong sangat pendapat bro, x sia2 link blog ni lam blog gua...
ReplyDeletemasalah boyfriend keluar dengan Mimi Gay... keh keh keh... Kinky!
ReplyDelete4. Panglima Ludah itu sangat kelakar kelakuannya, salah kata-katanya, kau nak politik-politik lah, kau nak semangat patriotik lantaklah, kau nak tarik perhatian pemimpin dengan semangat juang kau tu lantaklah, tapi aku yang tengok video klip tu dalam youtube merasa malu sendiri. Nampak benar poyo dan semangat tak tentu hala. Aku rasa kalau dia upload video dengan cara sindiran yang penuh sarkastik seperti Tun Mahathir lebih mendalam kesan di hati mahasiswa-mahasiswa semua. Kau berhak untuk merasa marah, tapi cara kau tu kelakar. Ayat kau 'panglima perang' dan 'ludah muka' itu terlalu retorik dan mentera semerah padi sangat wey.
ReplyDelete*SUMPAH GELAK2 BACE NI...AHAHAHA
*MENTERA SEMERAH PADI ? :DD
Betul apa ko cakap tu.aku rasa adam adli tu manusia bodoh.pergi turun bendera tu buat apa?matlamat nak antar memorendum je pun.aku sokong kebebasan mahasiswa.tapi kalau dah tindakan bodoh macam ni.buat malu orang kampung je.akal pendek.patutlah dia tak menang kerusi dekat upsi.sebab tindakan semua tak fikir dulu.tu sebab aku malas nak join demo yang mahasiswa buat ni.mesti ada yang nk tunjuk hero.jangan nak tunjuk hero.dan lagi satu.belajar dulu undang-undang.kalau dah belajar undang-undang baru kau faham tindakan engkau salah.dan juga belajar dulu sains politik.baru engkau faham matlamat tidak menghalalkan cara....nway bro zul..blog ko sangat bagus bagi aku.teruskan penulisan yang hebat camni
ReplyDeletesaya sendri xpnah tahu ada AUKU kalo xkawan ngan dak2 yang cenderung ngan politik kat u neh...n sampai skang xtahu kandungan dalam AUKU....hehehe
ReplyDeletekadang2 pemerhati bebas lebih baik dari mereka2 yang taksub ngan politik, pikiran pun tak berat sebelah..yang mana baik kita sokong, n yang x kita bantah....
p/s::opsss..lom cukup umo g...hehe
Bagus dan nice gila entri kali ni. Bukan apa, kadang2 aku meluat jugak dengan member2 aku yang terlalu taksub politik. Sikit-sikit najib, sikit sikit cukai sikit2 kerajaan. Sembang kencang, tapi apa yang dibuat ? Cakap mulut ja tak guna. Padahal umur pun tak sampai 20 lagi. Puii sekali lagi. AKu tak ludah aku menyampah tengok orang macam ni
ReplyDeleteAkim, suka cara awak menulis 😀
DeleteSalam,
ReplyDeletenicely written... Saya tertanya2 pula pendapat tuan blog tentang isu video hudud tu...
nice..
ReplyDeleteaku suka buah fikiran abang chep sebab dari semua aspek pun abang chep tengok...kata abang chep tentang AUKU, pun memang betul juga, memang takleh mansuh, hanya boleh pinda sahaja...
cumanya kadang2 yang terlebih2 dalam berkata itu ini tu, diorang tak kaji dengan teliti macam mana yang abang chep ni buat...
aku dulu MPP...dan aku Pro-Mahasiswa...
masing2 buat kerja tak fikir panjang..itulah jadinya..dah tahu pemikiran kanak2 lg makanya xperlulah nk wat hal kt rumah org..dan xperlu jugak nk mengugut mcm gaya kanak2 bergaduh.sigh.
ReplyDeleteHaha..
ReplyDeleteTak penah kesah pun ngan MPP kat U dulu. Entah mana efeknya kepada student pun taktau. Kenal pun tidak, huahua..
Rasanya cam dah cukup banyak masalah yang perlu dipikirkan oleh bebudak U sendiri, termasuk la nak deting kat mana (tetibe), nak makan megi lagi ke, nak pi kelas tak (haha).
Student tu, buatla cara student. Kan ke kewajipan nak belajar bersungguh-sungguh?
Ini yang banyak sebok melaram ngan duit PTPTN then pointer nyawa-nyawa ikan then taknak bayar balik. Cakap berdegar-degar, tapi takut bila nak diamik tindakan. Apedaa..
my point of view:
ReplyDelete1)tak ambik tahu langsung pasal politik = tak bodoh
2)terlalu taksub dgn politik = bodoh
3)turunkan bendera sbb konon2 nya tu lambang perjuangan ko yang suci nan murni = tersangat bodoh....
Yang benar, bekas mahasiswa...
entri kau panjang terpaksa aku baca 2 shift.. ko pepaham je la kan..
ReplyDeleteAku baca sampai habis.. memandangkan aku masuk U turn back je... maka byk benda jugak aku x paham.. tp aku setuju bab etika yg ko sebut.. hidup ni semua ada etika.. kalau takde etika sampai simpang 4 mesti berdentum kat tengah2.. tp manusia ni walau ada etika di tetapkan.. normal la kalau ada yg langgar. kalau tak, takkan wujud saman langgar lampu merah. benda kecik mcm tu pn org susah nk ikut.. apatah lg benda besar. Selalunya org terlebih pandai ni yg suka langgar etika.. yg skema bendul ni pulak nampak bijak sbb kebanyakkan golongan camni yg jarang langgar etika @ undang2
Good entry!! Well said! Politic is not dirty but the people in politic are themselves dirty.
ReplyDeleteNak tunjuk hero tak kena tempat. Budak-budak sekarang ni mostly buat dulu sebelum fikir. Tu yg mcm-mcm gejala sosial bersepah sana sini.
ps: Buat malu bangsa je!!! Budak U tu yg buat keje tak pakai otak. Tak tahulah apa nak jadi....
NIN : ala lupa nak tulis pasal student asyik online pesbuk jeeee..
ReplyDeleteAzwan Azmi : mahasiswa yg bebal adalah mereka yg campuradukkan politik dalam Universiti dgn politik negara.
mas saari : rakyat malaysia yg layak.wajib mengundi sebagai menuhkan hak rakyat.
ciksha : perasaan tak mahasiswa cina india takde pun pergi demo, perasan tak?
apaajanews : pelajar selalunya suka rebel, sebab mereka rasa rebel itu cool.
Mohd Faiz : terimakasih utk bloglist tu. :)
Hangkebun : dulu kat kolej Jati ada pondan nama MIMI.. ewwww ewww
Anis : ayat pahlawan kuno katekaaannn hehe
hikayatkeji : betul2, matlamat tak menghalalkan cara.. owh dia tak menang kusi kat UPSI eh? thnks tuk info.
saya hyda : majoriti student taktau pasal auku, kalau tau pun malas nak amik pusing..
Akim : aku sama mcm kau, aku meluat masa zaman bljr dulu ada kawan merosakkan mood dgn bukak cerita politik.
eli : nanti saya ulas pasal hudud di entry yang berselang lepas ini. insyallah.
KakSunah : tu diaaa, ahkak MPP sudah mari... pro mahasiswa lagi tuu...gip me pai!
Alexa Yusidda : eh kat Russia sana korang aktif tak berUnion?
akak eskrem : gip me pai, yg masuk U je tau, bahawa student takpenah amik peduli pasal MPP.. wakakaka..
Anon : setuju dengan anon mahasiswa ni, TQ
Lekat lekit Suria : biasa la nyah. budak2 suka rebel. rebel takperlukan rasional.. hentam kromo je janji lawan penguatkuasa. tu je
Unaizah : terima kasih, perasan tak budak cina india tak join demo mahasiswa ni? kan kan kan hurrrmmphhh
Kahkah aku baca entry ni smp habis wei. Aku sndiri tak perrcaya aku mampu habiskan. Haha. Perbuatan biadap tu dh mggmbrkan org tu bagaimana. Entah lah perngai lain juga ye dak.
ReplyDeleteBlogwalking dari suaraserak.blogspot.com
ReplyDelete:)
Pilihanraya nak dekat dah itu pasal sengaja ditimbulkan satu isu yg berkemungkinannya mahu dijadikan modal politik semasa berkempen kerana pada hari ini macam tiada isu yang cantik dan bagus untuk memburuk2kan pihak kerajaan...
ReplyDeleteahahahahaha.... kau memang pedas...makan dalam nih...
ReplyDeletetapi mahasiswa yang berkelakuan macam tu memang bebal tak reti2 nak belajaq..belum abis blajaq lagi dah sibuk2 nak memandai... palahotak dia!
tak minat politik...
ReplyDelete