Dalam dunia yang serba moden ini, tidak dinafikan manusia mulai keliru. Apabila keliru mereka mula main sebat je apa yang ada langsung mengabaikan fungsi akal untuk berfikir. Kadang-kadang idea untuk berfikir itu sudah ada tetapi dikekang pula dengan masalah Taboo pemikiran.
Korang pernah dengar permainan telefon rosak? telefon rosak adalah analogi yang paling tepat untuk menjelaskan tentang situasi kekeliruan fahaman dalam sesuatu informasi.
" Salahudin, tadi aku jumpa mak kau kat pasar, dia pesan aku suruh bagitau kau, balik rumah nanti tolong masak nasik, dia bawak balik lauk dah siap nanti, terus boleh makan"
" baiklah Shamsuri"
" Salahudin, nasik dah masak ke belum? tadi mak ada pesan kat Shamsuri kan?"
" Eh Sudin dengar mak pesan, mak balik nanti, mak suh sudin tolong mak masak nasik dan lauk sama-sama dengan mak, nanti boleh makan sekali"
" kau ni sudin, belajar dah la malas, tolong kait kelapa sawit bapak kau tu pun kau taknak, tau duduk rumah main twitter, facebook, twitter facebook, padanlah dah tua macam ni pun tak kahwin-kahwin lagi, jangan kata nak tolong aku masak nasik! nak suruh faham pesan simple macam tu pun tak boleh, kau ni mengabihkan boreh aku je la"
" ala..mak ni, sikit-sikit nak marah, bukan salah sudin, Samsuri tu yang cakap tak terang... sikit-sikit salah sudin, sikit-sikit salah sudin..takmo kawan mak!"
" menjawab cakap aku, menjawab cakap aku!"
*************************
Apabila nak mencari second opinion, manusia pasca moden ini akan cepat-cepat klik google. Kalau lambat google nanti orang tau pulak yang kita ni bodoh. Apabila dah google, apa sahaja website (blog) yang terpa ke halaman pertama carian akan diklik, dan itu menjadi sumber utama maklumat mengatasi kebuntuan.
Sepanjang aku berblog ini, ada banyak entry post aku yang berkisar tentang kekeliruan dan salah faham masyarakat marhaen dalam memahami teks agama. Namun aku menulis atas kapasiti seorang Insan kebanyakan, bukanlah seorang ahli dalam agama.
Cuma kefahaman dan persoalan yang aku timbulkan adalah sama dengan apa yang korang semua fikirkan dalam otak juga. Cuma korang mencari-cari platform dan 'tukang mula' sebab bimbang orang akan marah korang dan tuduh korang sesat apabila menyuarakan pemikiran di dalam minda.
Untuk berbincang, berpendapat, bertanya soalan sama sekali tidak memerlukan korang untuk mendapat tauliah dari mesir, tidak memerlukan korang untuk berkelana sehingga ke Yaman. Kebanyakan persoalan dalam minda kita semua adalah berkenaan masalah Furu'iyah.
" chop chop chop, apakah itu masalah Furu'iyah Zulfikar?"
" masalah Furu'iyah adalah masalah ranting, masalah yang membabitkan hal-hal feqah, akhlak, ibadah yang mana jika berbeza pendapat sama sekali tidak akan membuatkan korang sesat dan terkeluar dari agama"
" aku masih tak faham Zulfikar"
" contohnya, masalah nak amik wudhu, masalah solat subuh baca qunut ke tak, masalah arwah dan tahlil, masalah bayar zakat guna beras ke duit. ia bukanlah masalah pokok akidah seperti wajibkan sembahyang 5 waktu sehari semalam, atau Tuhan itu berbentuk makhluk atau tidak, atau adakah Alquran itu makhluk atau bukan"
Kekeliruan berlaku kerana kurang keyakinan diri dan selalu memikirkan jika salah fikir akan berdosa. sedangkan antara kau dan aku, kita sama-sama selalu berfikir tentang ini dari kecil.....
" Mak, Nabi cakap selagi berpegang pada Alquran dan Sunnah, maka kita tidak akan tersesat sampai akhirat kan mak?"
" betul wahai anakku yang bijak lestari"
" Tapi kan mak, Sazali dah lama berpikir tau mak"
" Pikir apa sayang?"
" Kalau semua ulamak dan imam mengikut Hadis dan Alquran, kenapa ada banyak Mazhab? kenapa kita ikut Syafie, orang Arab ikut Imam Hambal, Pakistan ikut Hanafi, india ikut Imam Malik mak?
" shuuuuuuhhhhh diam diam diam, jangan fikir pasal tu, Dosa!"
" Tapi, Sazali bukan pertikai, sazali tanya je mak, takkan tanya pun berdosa"
" hissshh kamu ni, kita ni bukan ahli, kita ni orang biasa-biasa je, mana boleh persoal benda macam ni, dah dah diam, kamu amik 2 ringgit ni, pergi beli sukun goreng depan simpang sana"
Inilah dia yang dinamakan taboo pemikiran, akal manusia dijumudkan dengan Dosa, walhal Rasulullah, Sahabat dan tabie tabiin dulu tidak pernah melarang kita untuk bertanya sesuatu jika kita tidak faham.
************************
Pada zaman dulu, aku begitu aktif berdiskusi dalam facebook tentang second opinion dalam memahami teks agama, Tiba-tiba ramailah so called 'bekas ustaz sekolah pondok' mengherdik aku seraya berkata.
" kau bukan ahli, kau tidak tahu, kau jangan mempertikaikan fatwa dan pendapat ahli-ahli agama dan Ulamak, mereka lebih tahu dari kau"
" masalahnya, aku bukan mengeluarkan Ijtihad aku sendiri, sebaliknya aku ambil pendapat Imam Ibnu Hanbal dan aku Cross check dengan pendapat dari Imam Syafie, takkan itupun kau nak kekang aku dari berhujah?"
" kau tu hebat sangat ke nak discuss-discuss Imam Syafie?"
" aku tak lah hebat, tapi kalau kita terus-terusan nak hujah macam ni, sampai bila tak habis, cuba kalau aku cakap pulak, kau tu hebat sangat ke sampai taknak iktiraf Imam Hanbali punya pendapat?"
" Tapi kau tak faham, nak berbincang masalah agama perlu bertalaqi dan ada ilmu, aku dulu nak belajar ilmu kalam Bismillah pun satu kitab 2 tahun baru khatam tau tak?"
" Kalau kau sendiri sebagai anak murid pondok pun mengaji Bismillah sampai 2 tahun baru layak nak bincang masalah lain, macam mana lah kafir dan orang jahil di ceruk hutan nak faham agama Salim? Sedangkan Rasulullah dulu memberi faham dan ajar arab badwi pun tak sampai masa setengah hari dan kemudian dia sudah memeluk agama. Macam mana kita nak lahirkan Da'e macam ni?"
" kau tak faham, kau budak mentah lagi, kalau kau nak sangat, kau fahamkan jelah tentang akidah guna surah qul huallah hu ahad tu, tak payah dah baca kitab-kitab akidah yang lain"
" astagha, ke situ pulak kau ni, kalau macam ni sikap kau, kau telah menyusah-nyusahkan agama, kau telah membuat agama menjadi rumit. Kerumitan ini membuatkan anak muda menjauhkan diri dari agama, dan kau membuatkan rakyat Marhaen takut untuk mempunyai pendapat sendiri dan terus-terusan menjadi taklid buta"
" aku malas layan kau, kau tu bukan bagus mana pun"
" ini bukan masalah aku lebih bagus atau tidak, ini adalah masalah sikap golongan agama yang membuat agama menjadi kompleks semata-mata mahu mengekalkan status Quo sebagai ahli agama yang berkedudukan, bila kau sorang je tau rahsia-rahsia dan hujah dalam agama, maka kau senang la nak buat orang sentiasa respek kau, dan kau boleh menjadi lebih special dari orang lain, padahal agama islam ni adalah agama yang logik dan mudah"
" kau jangan memudah-mudahkan agama Zulfikar!"
" aku bukan memudah-mudahkan agama, sebaliknya Agama islam itu adalah agama mudah yang menghapuskan falsafah mengarut, akidah berbelit-belit dan hafalan yang tidak perlu pun"
***********************
Untuk berbincang tanpa rasa takut, kita mesti mempunyai keyakinan diri, untuk mempunyai keyakinan diri kita mesti mempunyai sesuatu yang kita yakin untuk diperjuangkan.
Untuk mempunyai sesuatu yang yakin untuk diperjuangkan kita mesti mempunyai Ilmu, untuk mempunyai ilmu kita mesti menuntut, untuk menuntut kita mesti mempunyai buku dan guru.
Untuk mempunyai Buku dan Guru kita mesti tidak tidur dalam kelas, Untuk melayakkan kita tidak tidur dalam kelas masa cikgu mengajar kita jangan Ponteng sekolah!!!
Jika kita tidur dalam kelas itu yang jadi ustaz talakkan suami isteri kerana suami terminum susu isterinya dan kemudian isterinya berubah menjadi ibu susuan maka mereka diharamkan dari berjimak. (tapi takpe masalah ini kita akan bincang dalam entry lepas ni)
Sebelum kita berani untuk mengiyakan persoalan dari benak hati kita dari kecil, kita mesti memecahkan taboo permikiran. Penat kan nak scroll atas balik dan cari kesimpulan dan ringkasan bagaimana mahu pecahkan taboo pemikiran?
Tidak mengapa sayangku, meh aku tolong korang simpulkan, aku cuba simplify kan tanpa scroll atas balik demi keadilan.
Petua Memecahkan Taboo Pemikiran..
1) Semat dalam hati bahawa bertanya dan berbincang itu tidak berdosa.
2) Jangan takut untuk berbeza pendapat.
3) Jangan lekas menyesatkan orang jika mereka mempunyai pendapat lain yang bersumber.
4) Jangan ikut sahaja membabi-buta tanpa menyemak pendapat kedua.
5) Jangan mengangkat orang yang petah berbicara itu menjadi maksum
6) Jangan campur adukkan agama dengan Politik
7) Jangan mempunyai sifat dendam dan nafsu untuk menghentam orang kerana cemburu dengan dia semasa mengeluarkan pendapat.
8) Jangan baca separuh dan terus lompat ke kesimpulan, macam korang duk buat masa baca novel.
9) Jangan menilai Akal orang dengan penampilan pakaian mereka. Taqwa bukan tentang jenama, Taqwa adalah tentang fahaman tentang apa yang kita anuti.
10) Jangan Berilmu tanpa amal, dan beramal tanpa Ilmu.
****************************
Amacam? sekarang korang lega kan setelah tahu bahawa manusia lain pun berfikir seperti korang juga?
Dan aku yakin, jika ada pembaca yang baca tulisan aku skip-skip pasti akan komen di bawah....
" Zulfikar, Kita ni menuntut ilmu jangan baca buku je, kita kena ada guru, tanpa guru syaitanlah akan menjadi guru kita"
Lamanya lah aku tak pergi bercuti, hujung tahun ni ada cuti 14 hari, aku ingat nak bercuti tepi pantai lah - awana cherating, Naik banana boat itu jika jatuh memeritkan hidung. |
**************************
p/s aku akan hasilkan entry selepas ini tentang salah faham agama yang sudah menjadi norma dalam masyarakat kita.
p/s aku suka kalau pembaca aku mempunyai keyakinan diri untuk memberikan pandangan mereka di ruangan komen. Pertukaran pendapat mengembangkan lagi tamadun ilmu manusia.
p/s jangan asyik baca gossip artis je, kadang kala perlu juga bahan baca ilmiah demi kelangsungan minda.
catatan yg bgus..
ReplyDeletebagus.
ReplyDeleteSOkong Ikar ;)
ReplyDeleteNadh suka baca pndapat pikar. Btoi la tu kan? Tny x salah. Tp nk jwpvkna fikir. ;)
ReplyDeletemungkin aku bkn org yg betul utk membicara ttg islam. insyallah aku suke mendengar, selagi ia x berat & mengelirukan.
ReplyDeletenicely done, well explained. nanti aku komen panjang2 dia boleh jadi satu blogpost baru. :D jazakallahu khairan kathsira
ReplyDelete^^ btul2 jgn tidoq dlm kelas tu
ReplyDeleteOMG sy akn ke sana... doakan yea n_n
ReplyDeletenice entry..
ReplyDeletewah agak curious dgan persoaln yg ditimbulkan pasal suami yg terminum susu isterinya dan isterinya pulak jadi ibu susuannya..
tak sabar nak tau jwpannya.. hehe..
tulisan & pendapat ko sentiasa membuka mindaku...good job bro...:)
ReplyDelete6) Jangan campur adukkan agama dengan Politik
ReplyDelete9) Jangan menilai Akal orang dengan penampilan pakaian mereka. Taqwa bukan tentang jenama, Taqwa adalah tentang fahaman tentang apa yang kita anuti.
yg 2 ni plg popular terjadi & aku setuju dgn ko Nyah.
Kau ni serupa macam aku jugak kan, suka tulis pepanjang pepanjang. Sungguh tak kpop hokay!! Hahaha. Thanks ya, saya follow blog awak sekarang (ayat kpop tak?)
ReplyDeleteDan tetiba blog aku jadik kunjungan blog kekanak. Esok aku nak jual cover handphone kpop, mesti laku. hahahahahaahahahahahahahah, eh kau nak jadik share partner tak?
udacun : tenkiu..
ReplyDeleteNadzri : tepatnya, tanya tak salah, jawab pikir dulu...
ika : jgn panik, insyallah tak keliru
Insheerah : semoga awak bejaya nnti kat mesir :)
Redzuan : terima kasih banyak2... ko komen pnjang aku cilok nnti wat entry wakakaka
Biey : nanti saya explain dekat next entry k :)
Bintang hati : sesame lah kita, tenkiu
Lekat lekit suria : bila agama cmpur politik mulalah jadi assobiyah. pendapat akan bias defend puak sendiri
Hazrey : aku bygkan ko ckp ni sambil menari Kpop dan menyanyikan lagu super simple. hahahaha
awana kijal ke awana cherating? sbb kat cherating takde awana rasanya.. kalau pergi kijal,kemaman tu dekat dahla dengan rumah aku.. berbeza pendapat la bagus.boleh mencambahkan idea.. kita tak boleh memaksa orang terima pendapat kita kan
ReplyDeleteno. 10 itu sangatlah penting. takut sia-sia je amalan tu nanti..
ReplyDeletePart ni...
ReplyDelete6) Jangan campur adukkan agama dengan Politik
dari dlu lg aku blur...mmg blur..
nape ko ckp camtu lak?..care to explain more?
aku nk bg pendapat sendiri pon..kdg2 xsure itu pendapat atau x...takot lebih kpd emosi lak kan...
http://maribinablog.blogspot.com/2011/11/terkini-cara-pasang-fungsi-threaded.html
ReplyDeleteUntuk kotak komen yang stailo gile kool.
perghhh..standing ovation..clap clap..;p
ReplyDeletesebab tu aku suka baca belog ko walaupun entri memang cecah lantai..dah la aku ni membaca selow..baca setiap butir ayat nak bagi hadam betul2 dalam otak tu kemaen lama lagi amik masa..kah3..
bab mazhab tu kan dah lama bermain2 kat pikiran aku..pasal yg tu jugak la aku pernah tulis dalam komen kat belog ko dalam satu entri tu kengkonon nak berhujah dalam belog..tapi tu la..sampai kesudah tak tertulis..takde idea lagi..kui3..
isi yang padat dan idea yang bernas! i like...
ReplyDeletetak salah nak menyuarakan pendapat atau pandangan dalam bab agama ni selagi kita berpegang pada al-quran dan sunah!
jangan asyik ikut cakap orang... orang kata berdosa kita pun anggap ianya berdosa!
no 8)
ReplyDeletebila baca separuh itu yang maksudnya tak sampai.. maka kenalah habiskan baca baru faham apa yang cuba disampaikan..
setuju2.. bkn senang nak ubah pemikiran org lain, especially kalau org tu rasa pendapat dia betul, ilmu agama dia tinggi katanya. Kalau kita bagi pendapat kata kita nak pesang org lak adess..
ReplyDelete