Manusia ni akan jemu jika buat benda yang sama untuk masa yang lama, sering kali manusia tersilap dalam membezakan maksud antara Jemu dan Bosan.
Perkara yang jemu belum tentu bosan, mungkin ia seronok pada mulanya dan kemudian apabila lama-lama ia mula jadi menjemukan, tapi ia sama sekali tidak membosankan.
Perkara yang bosan memang tidak menyeronokkan hatta pada permulaan percubaan. Lalu ia menjadi jemu jika dipaksa buat untuk kali kedua ketiga keempat dan seterusnya.
Berbelit kan? jangan kata korang, aku pun baca 3 kali ayat kat atas sebelum sambung tulis perenggan yang ni.
Ramai manusia bila kita tanya.....
" kau apsal taknak main Facebook dah sekarang ni Samhuri Lajim?"
" Facebook? ahh bosan ahh"
" berapa tahun dah kau main Facebook tu baru kau sedar kau bosan Samhuri?"
" 3 tahun kot"
" lama nya untuk kau menyedari ianya membosankan?"
" errr sebenarnya aku bukan bosan, cuma aku jemu"
Nampak kan? Bosan dan Jemu adalah 2 perkara yang berbeza. Kalau kau dari awal adalah manusia yang membosankan, orang lain tidak perlu mengambil masa yang lama untuk merasa jemu.
Tetapi jika kau manusia yang Menjemukan, mungkin kau perlu pikirkan cara untuk membuatkan kawan-kawan kau tidak merasa bosan dengan kau.
***************************
MiRC
Bercerita pasal jemu dan hubungkaitnya dengan dunia cyber ni, aku teringat zaman boom internet iaitu 1999. Sebelum dari zaman itu, internet hanyalah perkataan Jargon budak-budak It dan software engineer.
Sebelum wujudnya minat kepada internet, orang ramai menggunakan komputer untuk main lukis pokok menggunakan windows paint dan bermain minesweeper dan solitaire pada waktu senggang. Namun Pada penghujung tahun 1999 nak masuk 2000, aku mula terpengaruh dengan kawan-kawan untuk bermain MIRC.
Mulanya aku memikirkan, aku takkan jemu dengan MiRC, sebabnya benda alah ni menyeronokkan dan tidak membosankan. Dari sini aku mula berjumpa dengan ramai kawan dan mengenali ramai jenis manusia yang suka bermuka-muka.
Ada lelaki mengaku perempuan, ada perempuan 'biaseje' menyamar Erra Fazira, ada yang mengaku kerabat raja. Ada juga budak sekolah yang menyamar jadi profesor. Pada masa itu yang paling glamour adalah A/S/L iaitu akronim untuk Age/Sex/Location.
Age yang paling popular pada masa itu adalah : 21 tahun,
mungkin kerana semua berfikir yang bila sebut 21 tahun orang terus berminat nak ajak pergi clubbing dan ajak main snooker atau ajar minum beer. atau boleh sembang politik sebab umur dah matang untuk mengundi.
Sex yang paling popular pada masa itu adalah : perempuan.
Malas nak eloborate panjang.
Location yang paling popular pada masa itu adalah : KL
atau lebih tepat lagi Bangsar atau Hartamas atau Damansara.... walaupun duduk dekat Jenjarom. sebab nak orang anggap kita stylo.
" U duduk mana?"
" jalom jalom"
" Hah? mana?"
" Jejalom "
" hah?"
" Jennnnnn.. Jaaaa.... Lommmmm"
" Owwwhhhhhhhhh Jenjarum" (sembang mak aku dengan jiran cina yang berkerja sebagai ahlong yang dibuang daerah dari Jenjarom ke Mersing)
Pada zaman itu, semua budak-budak sekolah ketagih nak main MiRC, habis duit belanja ke Cafe Cyber je, masa tu Cafe Cyber (cc) kenakan caj RM8.00 untuk sejam. tapi biasalah hukum penawaran mengatasi permintaan lama kelamaan caj menurun kepada RM5.00/jam.
Cuma yang aku selalu tak puas hati pada masa dulu adalah, penyalahgunaan terma Cyber Cafe. Sepatutnya dengan penggunaan cafe itu mewajibkan kedai itu menyajikan menu minuman dan snek berserta dengan kemudahan internet dan komputer. Sepanjang aku hidup ni, ada 2 je Cyber Cafe yang menepati piawaian ini dan yang lain-lain sepatutnya menggunakan nama Pusat Internet berbanding Cyber Cafe.
Lama kelamaan, MiRC ini mula menampakkan kesan jemu apabila sudah hilang sensasi thrill dan adventurenya, apabila aku dah boleh mengagak segala skrip dan helah chaters.
CopaCabana : hye awak.
Cute_Pinses : Hye U
CopaCabana : ASL please
Cute_Pinses : 21/f/Bangsar
CopaCabana : Ramai betul chaters duduk bangsar hari ni kan? U bangsar jalan Telawi ke Maarof?
Cute_Pinses : U ingat i tipu ke? k bye.
Dan akibat selalu diperdaya oleh pondan, perempuan yang menyamar Hot, dan kerani menyamar CEO Celcom, akhirnya aku malas dah nak bukak MiRC, ternyata MiRC tidaklah bosan tetapi ia menjemukan.
********************************
Friendster & Myspace
Tiba-tiba tak tau dari mana datang, benda ni muncul masa zaman aku belajar dekat UiTM Shah Alam. Friendster ni timeframenya adalah selari dengan Myspace. Yang membezakan Friendster dan Myspace pada masa itu adalah ia lebih diminati oleh student Universti tak kisahlah IPTA atau IPTS, manakala Myspace pulak banyak dari budak sekolah dan hipsters.
Yang aku ingat pada masa itu, semua orang yang ada akaun Friendster berlumba-lumba untuk mengumpul jumlah Friends, pada mereka siapa yang ada paling ramai friends adalah orang yang Hot stuf. Pada mulanya Friendster berkembang dengan sangat maju.
Selain daripada mengumpul Friends, Friendster juga digunakan untuk menayang-nayang motor baru bapak belikan, menunjuk gambar kapel bemesra bagai tiada hari esok 'aku-ada-bf-maknanya-aku ni laku-bukan-macam-kau-muka-takde-orang-nak'.. dan tangkap gambar depan kereta sport orang lain depan KLCC kemudian letak kat Friendster dengan harapan kawan percaya itu kereta kita or atleast bapak kita punya.
selain dari itu, matlamat penggunaan friendster adalah kabur.
Selepas mula jemu dengan Friendster aku mula godek-godek fungsi friendster yang lain dan pada masa inilah aku menemui platform BLOG. Di sini aku mula mengarang kisah-kisah syok sendiri bersama dengan Zulkifli Sa'adon dan kami bertukar-tukar baca. Aku pulak selalu paksa kawan-kawan kelas aku baca hasil penulisan blog aku pada masa itu.
Ada la setakat 6-7 orang je yang baca blog friendster aku pada masa tu, dan aku setiap hari berangan yang pada satu masa nanti blog aku akan dibaca oleh ribuan manusia dan hits view boleh mencecah ratus ribuan.
Saat Friendster mulai jatuh adalah apabila ia mula meniru Myspace dalam aplikasi mengubah Skin layoutnya, bila dia membenarkan usernya mengubah CSS dan layout, maka berlakulah situasi di mana page kita jadi hang, tulisan herot berot susah nak baca, font jadi terlalu kecik dan kabur akibat dari kontras colour yang teruk,
Web mula menjadi berat dengan effect salji turun, Bola naga dragon ball berpusing-pusing, dan ada cursor love berantai melompat-lompat macam slinky spring. Lama kelamaan, pengunjung jadi meluat nak bukak laman friendster orang itu, orang itu sendiri rasa putus asa nak repair kerosakan dan dysfunctional CSS yang dia over-godek. Akhirnya akaun Friendster itu dibiarkan sendiri sehingga semua antara kita terlupa ID dan Passwordnya.
Kisahnya sama dengan Myspace, cuma myspce lebih parah apabila ramai bohsia mula letak gambar bogel, lelaki desperet dan perasan playboy mula letak gambar pakai spender dan tangan posing letak kat belakang kepala. Bertambah meluat apabila Myspace mula jadi website lelongan pelacur dan gay yang memasarkan aset secara percuma.
******************************
Facebook
Ramai dah mula jemu dengan Facebook. kenapa ya?
Macam mana pula aku mula kenal Facebook?
Pada satu hari di PWTC, ada kawan aku yang berpangkat kakak, dia delegasi sama dengan aku pergi ke Arab Saudi. Apabila semua balik ke pangkuan rumah masing-masing, konon-konon taknak lah terpisah terus, jadi masing-masing bagi idea.
Ada yang suggest buat Email group. Ada yang suggest buat YM group, ada jugak yang suggest buat website, tiba-tiba akak Rozita ni bersuara...
" U ols... apa kata kita buat facebook account and then kita add je lah, nanti kita senang la nak update apa-apakan? u ols ada facebook tak? ada tak ada tak?"
" Apa barang Facebook, Facebook untuk orang tua-tua la kak, kita main Friendster la kak, saya ada friendster, add me k" kata aku dengan yakinnya.
" sorry i takde Friendster, i ada Facebook je, kalau u nak u add i k, Rozita"
Pada masa aku menjawab tu, aku tak sangkalah pulak FB ini akan berkembang maju macam sekarang ni, masa tu tahun 2008 tak salah aku.
Dan kini, hampir semua orang ada facebook, tapi korang jangan terkejut kalau aku cakap yang ada 3, 4 orang kawan rapat aku yang selalu aku bersms dan berjumpa lepak tak pernah ada facebook dan kalau ada pun tak pernah nak add aku.
Dan jangan hairanlah kalau aku cakap aku tak add Abang dan Adik perempuan aku, Aku juga dah remove adik bongsu aku, bukan apa, segan bila kita menggedik sekali adik duk baca kan.
" Aduh sakitnya demam, rasa nak pengsan, siapa yang nak tolong picitkan kepala aku ni?"
" eeee mengadanya abang ikar ni! nak muntah ayin.. wek wek wek"
Ini tak boleh jadi, kalau selalu macam ni, hilanglah kredibiliti aku. Baik aku tak add adik beradik sendiri. Sekarang sudah jadi silent policy dan semua adik beradik saling memahami dalam hati. Semua tak nak add sesama sendiri dan semua tak hingin pun nak stalk wall masing-masing.
Pada masa akan datang, Facebook juga akan menjemukan. Apabila semua manusia merasakan wilayah privasi mereka semakin sempit. Apabila merasakan menipu Awek memerlukan penelitian yang halus untuk mengelakkan awek check time update status.
" abang, abang buat apa tadi lama tak reply sms ayang?"
" abang tidur la yang"
" tidur apanya, ayang tengok selang 5 minit update status, abang tidur sambil menaip eh?"
" errr..errr....errrr"
***********************************
Twitter
entah, aku taktau, ia bukan Jemu, cuma aku bosan. Aku tau ramai yang main Twitter, dan aku sendiri main twitter, tapi nafsu aku tak memuncak, dan aku selalu tercari-cari apa yang aku nak dalam twitter tu.
Bak kata adik bongsu aku.
" Twitter ni abang ikar, dia macam sms, tapi sms public. semua orang boleh baca sms kita"
******************************
Blog
Buat masa ni aku belum jemu untuk berblog, dan aku tak pernah bosan. Tapi percayalah satu masa nanti ia mungkin akan menjemukan.
******************************
Kesimpulannya, kesimpulannya korang boleh dapat dengan baca perenggan pendahuluan aku di atas.
Ringkasanya pula adalah begini...
Manusia fitrahnya adalah ingin bermasyarakat, segala jenis aplikasi Internet yang membabitkan perhubungan sesama manusia akan menarik minat manusia untuk mencuba dan menggunakannya.
MiRC, Yahoo Mesengger, Email, Skype, Myspace, Friendster, Facebook, Blog dan Twitter, semuanya membabitkan hubungan sesama manusia.
Selagi mana ia tidak berlebihan dan menceroboh sempadan privacy korang yang melampau, korang masih boleh bertoleransi dengannya. Namun apabila sampai tahap kau berak takde air kau istinjak pakai tisu pun nak update kat status Facebook, kau nak buat entry, kau nak tweet.. mungkin ia adalah permulaan kepada perhatian yang menjemukan.
****Saya rehatkan kes saya****
Saya tidak menaip sambil ketuk gendang, ketuk gendang seronok, tapi kalau lama-lama ia menjemukan. Gambar sewaktu menjadi Liasson Officer untuk artis percussion dari Sierra leon |
P/s manusia selalu buat kesilapan, belajar dari kesilapan bisa mendewasakan..
P/s II Bisa.. bisa.. bisa.. yang aku tau ulor je yang berbisa! nak bisa saanggaat!
P/s III Di sana gunung, di sini gunung, di tengah-tengah Pulau Jawa, Wayangnya Bingung, Dalangnya lebih bingung, namun yang penting kita bisa ketawa.... -OVJ
p/s IV apa yang korang paling jemu sekarang dalam Internet?
walaweyh..
ReplyDeletesmpai ke hujung pun aku tak dapat bezakan jemu ngn bosan..!
acc fb aku pn x add abg kakak adik sedara mara kwn2 sekolah..
blog tu pun kalo bole tak nak diorg tahu..
kau main2 je kan tak dapat beza bosan dengan jemu?
ReplyDeleteaku bosan dengan twitter...hape kejadah entah...
ReplyDeleteaku mula bosan dengan blog bila takde idea nak update atau blog aku follow tak diupdate
ReplyDeleteCik Ila dah melalui semua benda2 yang ditulis kat atas tu..termasuklah,dunia Hi-5 dan Tagged...dan sekarang..ke arah pembentukan Google+ ....Agk2 zmn anak2 nnti apa benda lagi keluar..huhu
ReplyDeleteyg pastinya aku x pernah rasa bosan & jemu baca blog rasa hati...:)
ReplyDeletefriendster aku pernah register tp x pernah buka, dah lupa pun pasword dia..akaun tagged pun dh setengah tahun kot x buka..aku xde skype & twitter..rajin update kat fb je...
sama la aku pun x add adk beradik atau sedara mara kat fb tu..masing2 buat hal sendiri..blog lg la dorang x tau...hehehe
semua kejadah lman sosial aku layan kecuali yg mIrc tu..yg tu aku agak ketinggalan ,jakun dan tak pernah pun nak cuba guna mIrc tu.lalala..
ReplyDeletesekarang perasaan jemu dah kat fb.tweeter aku dh lupa pasword dan kene reset balik psaword lama.buat pasword baru.
yg pasti..blog belum lagi rasa bosan.lalala
best. kronologi cte ikar sama mcm sy lalui. cume part bertweet tu yg missing part psl sy xsempat nk 'berkenalan' ngn ap tu udah TERjemu pd fb. . jd scr oto kaum kerabat fb sumer maleh layan. . smp skg lom dpt terima kenyataan bukak lappy semata2 nk siapkan 'keje' skola. itu yg bikin belog pulak. aduii.
ReplyDeletemric penah layan masa belajar kat uitm dulu... friendster ngan myspace tak pernah layan pun!
ReplyDeletefacebook dan twitter agak menjemukan dah sekarang!
tak pernah bosan dengan blog!!
dulu siap buat blind data MRiC punya pasal dan paling best mamat tu sekepala.. ngam.. kehkehkeh..
ReplyDeletefriendster: penah ada account tapi langsung tak ingat dah, myspace pulak tak pernah teringin nak try pun
Facebook dan twitter.. ntah.. dah tak berapa nak layan.. sebab bosan..
setakat ni masih setia dengan blog sebab blog lagi best dari FB..
hmmm akak bosan bila baca entry yg terlebih panjang... huhuhu~ xlarat weii..akak baca separuh jalan je dik.. ehhehehe jgn marah :)
ReplyDeleteturutanny semua same...cume beza time line je...hahhaha..n x main twitter...xterasa nk main...terlalu banyak sangat social engineering..=) makin lame makin sng nk dpt private information seseorang...
ReplyDeleteorg je xsedar...=)
p/s;xsgka bace gak smpai abes..
I LAYAN FB BILE BOSAN.
ReplyDeleteI LAYAN U BILE JEMU ;P
xpenah ade mirc atau myspace acc..fs dah delete acc..fb n blog dah jemu
ReplyDeletetwitter je blom tp mmbosankn :D
saya ada fb tahun lpas.masa form 5.mak slalu off internet tnpa warning apa2 sbb saya selalu leka.hahaa.terima kasih mak,kalau tak saya tak ada di universiti sekarang. :)
ReplyDeletejemu blog tu da makin menghampiri aku la...adohhhhhhhhhhhh
ReplyDeletenafsu bro, hahaha, manusia berubah dipengaruhi sekeliling, x nak ketinggalan, mengejar ape yang di depan, keciciran benda yanag dikendong, da dapat bosan, ari2 makan same, nak gak makan luar, kan? kan? hahaa...
ReplyDeleteadoyaiiii... 1 perkataan jer 'jemu' ko leh wat 500 patah perkataan... hebat laa.. konpem bahasa melayu A++!
ReplyDeletepasni buat entri psl 'ayu' lak dari segi pentaksiran ko.. ^^
aku harap kau ikar tak jemu dengan blog.
ReplyDeletepenah kapel ngan bdk yg chat kat mirc....eeeee.....ahhahahaha...sembang pnya sembang rupe2nye 1 skolah ngan abg sendri...knl plak tuh...atdoiiiii...tp x lme...2-3 bln je kot....bosan ngan die..hahaha
ReplyDeletefndster ...myspace...n ape ke jadah sume menatang adek badik tu tu mmg x penhh layan...fb je satu2 nya layan..tu pon lelama jemu gak....
yes...x penah jemu ngn rasa hati.....
Serius tak sempat dengan zaman MiRC.
ReplyDeletefrenster,myspace memang tak ingat password pun.kah kah kah.
dah 3 tahun lebih main fesbuk,dan start ade budak2 emo dah mula rasa bosan dgn fesbuk.
Twitter memang awesome kalau ada membe ramai menyembang.kalau tak best jugak boleh luah apa yg di rasa.kah kah kah.
blog?benda yang paling paling dan susah kot nak kenal erti bosan.
nah sekali panjang gila komen.hahaha
aku jemu dgn org yg update status selang 2 minit
ReplyDeletetp aku tak pernah jemu berblog
ReplyDeletePB : twitter kena ada kaki nyembang br tak bosan
ReplyDeleteAzwan Azmi : bila aku takde idea aku akan bercerita kisah silam...
cik Ila : zaman anak kita nanti, jadi mcm cerita Surrogate kot..
Bintang hati : semua taknak adik badik tau pasal kegiatan kita kat cyberspace kan. haha malu...
pjah : mirc adalah utk org tua. jgn bosan baca blog aku eh..
syagibuaniQ : umur kita sama ke ibu?
mas saari : cayalah, harapnya blog bertahan lama kan Mas..
aizamia : sama la kita, banyak kali buat blind date ngan kwn mirc..hehe
CMA : ala akak ni, bosan lak, membaca kan bagus,cikgu adik ckp kat sekolah.
dark : tahniah sebab berjaya habiskan pembacaan.. :)
IBu Gebu : baca sambil menerap tau Ibu..
Ika : sian i, penghilang jemu.. hehe
Alexa Yussida : apsal privatekan Blog? ada masalah ke?
Sunah : rehat dulu, refresh, jgn paksa diri
Anakanda Hainey : semoga Blog berubah ceria
Aszhanie : terima kasih pasal tak jemu.. hehe ni yg lagi rajin nak update nih..
Nin Ahmad : awak belum reti kencing kjat toilet lagi mirc dah mula start boring.. hahahaha
Ezan : org yg update selang 2 minit, dia ada keybord lekat kat jari..
jemu pasti tiba nanti...
ReplyDeleteakaun social aku yg betul2 aktif skang ni cuma FB dengan blog je la..tu pun dah agak jemu dgn fb walaupun salu buka..haha..blog je aku tak pernah rasa bosan dan jemu..
ReplyDeletetwitter mmg aku takkan daftar..ape jadah le nak update 24jam kat situ..byk lagi perkara pekdah aku leh buat kot dr membazir masa update status kt twitter..aku bukan jenis doplohpat jam nk ngadap tenet..aku boleh je tak hadap internet berhari2..
zaman mirc, FS, myspace aku pernah lalui..tp akaun FS & myspace aku dah deactivated..mirc dah berjaman tgl..kui3..
ASL pls?
ReplyDeletehahaha aku rindu ayat tu. dari MiRC, aku beralih ke kampungchat. harhar.
benda yang paling menjemukan di internet sekarang ialah gossip dan fitnah. mentang2 fb ni mesra pengguna, ia juga disalahguna sebagai mesra cerita mengarut.
*untung tak dengar lagi ayah pin hidup kembali dari kubur.
masalah juga bila aku sudah terlebih bermasyarakat di facebook. hahaha.
ReplyDeletetapi bila jemu aku tutup semua dan duduk senyap2. :D
ibu folo entri2 ikar yg lepas, ikut perkiraan ibu. .ade psamaan umo di situ :D ibu t'jupe' rasa hati ms ibu tgh jemu dgn pesbuk.
ReplyDelete