November 29, 2011

Belajar Dari Alam - Gunung Rajah

Assalamualaikum...

Pada hari Jumaat yang lepas aku pergi menyertai ekspedisi mendaki Gunung Rajah, Bentong Pahang. Aku bertolak dengan 14 orang dari Geng DMG Trekkers, bergabung dengan Team BERNAMA dan Istana Budaya.

Pada hari Jumaat aku dah bertolak dari rumah pukul 6 petang, dan selepas sesi packing, borak, perjalanan dari  Batu Caves ke Bentong, membuat makluman mendaki balai polis, menunggu geng istana budaya dan sebagainya akhirnya kami mula mendaki dari kaki gunung pada pukul 3 pagi tepat.

Pendakian kali ini adalah yang paling hebat dan paling mencabar pernah aku lalui selepas beberapa ekspedisi yang lalu iaitu

1. Gunung Angsi
2. Bukit Broga
3. Gunung Datuk
4. Gunung Bunga Buah
5. Gunung Kinabalu ..... dan
6. Tanjung Tuan

Cabarannya adalah pada keperluan membawa peralatan bercamping di atas Base Camp Lata Hijau. Average beg bagi setiap peserta adalah dalam lingkungan 10kg-20kg, Namun bagi sesetengah yang sasa itu membawa hampir 40kg barang-barang.

Bagi mengelakkan korang semua mengalami keletihan mata membaca entry berbentuk karangan, aku sediakan isi melalui sistem point. Sebab nature pembaca tidak berminat sangat dengan entry journal perjalanan.

******************************

1. Aku adalah peserta paling koman, sebab aku bawak bagpack macam budak sekolah, isipadu aku rasa dalam 10liter je kot. aku hanya bawak  Tshirt 3 helai, Towel nipis, berus gigi, sabun, pisau lipat kecik pelbagai guna, stokin spare, snickers 2 bar, Revive dan botol besar air masak.

2. Aku terpaksa mengendong beg khemah menggunakan tangan dan sangkut di kepala di separuh perjalanan ke Base Camp Lata Hijau sebab beg aku kecik tak muat isi khemah, untuk tidak kelihatan mementingkan diri sendiri, aku wajib memikulnya demi berlaku adil. Terima kasih banyak sangat kepada Azlan Muhammad sebab tolong bawakkan ke separuh perjalanan lagi dengan sistem tukar barang, aku bawak sleeping bag dia plak yg lebih ringan.

3. Perjalanan melibatkan pelbagai route, panjat lereng bukit, lalu jalan lori balak dalam 40 minit, kampung orang asli, jalan tepi sungai dan berpuluh-puluh air terjun kecil dan besar.

4. Singgah rehat dan sarapan di suku perjalanan pada pukul 5 pagi iaitu selepas 2 jam berjalan di laluan balak.

5. Merentas anak sungai jeram, rehat sebentar di sana sambil mandi manda, di sana kemera Azlan Muhammad tercelup ke dalam air. Harapan nak posing kabur sekabur lense berwap, nak buat macam mana takdir, nasib baik ada banyak camera digital lain.

6. Singgah di Lata Naning, air terjun yang sangat sorga, best, air sejuk. view cantik, tanah landai. 20 minit sebelum sampai Lata Naning kaki aku dah Cramp di pangkal Peha (celah kankang) dan betis kanan.

7. Maju lagi sampai ke Lata Hijau, dikenali sebagai base camp untuk pendaki Gunung Rajah. Sampai sahaja, group awal (fast runner) dah siap pasang khemah untuk kami yang lambat dan tercedera.

8. Khemah best, semua best, cuma kecewa sebab sumber air jauh, tak macam base Latar Naning, camp site tepi air je.

9. Dalam hutan, apabila terdesak, pinggan mangkuk dibasuh dengan guna kaedah tiup.

10. Agak-agak keladak sangat dengan sisa milo boleh guna sistem lap dengan hujung baju, tapi buat dalam gelap dan pastikan rakan-rakan tak nampak. lepas tu terus boleh guna untuk masak megi.

11. Menu kami malam tu di camp site adalah Sardin Tumis, Kari ayam, sayur kacang panjang dan carrot tumis bawang, Murtabak Meggi, Cucur Bilis, Cucur Kodok, serunding ayam dan daging, nasik himpit, milo panas, mocha, kopi kau, ikan bilis goreng bawang dan nasi putih.

12. Suku dari makanan malam itu masih elok dimakan untuk sarapan.

13. Manusia dan haiwan semua perlu berak, yg bezanya adalah manusia malu nak berak bila orang perhati.

14. Pertama kali dalam hidup aku, aku berak berjemaah seramai 3 orang di air terjun Gunung Rajah. wah sangat mesra dan bersemangat setiakawan, cuma kami tidak peluk dan bergandingan bahu je. kalau tak boleh tangkap gambar bubuh dalam frame.

15. Mandi sungai di atas bukit adalah perkara best.

16. Dalam hutan, lelaki boleh mandi pakai spender tanpa rasa malu, Darurat. seluar dah habis. lagipun gelap.. pehhh alasan banyak.

17. Minum air sungai tu tak best, ada orang cakap minum air sungai tu adalah heaven, tapi percayalah, minum air masak kat rumah lagi heaven.

18. Separuh kerisauan aku adalah takut pangkal peha aku kena hamstring dan tak boleh jalan balik, separuh kerisauan aku adalah takut kena keracunan sakit perut cirit birit sebab minum air tak masak.

19. Beg aku bertambah berat bila nak turun dari nak naik. pelik.. tapi sebab kena bawak kanvas khemah dan towel baju semua dah basah.

20. Selipar spare adalah wajib! masa daki dan Camping, jangan ciben selipar orang lain. Selipar adalah spare jika kasut terkoyak masa turun gunung.

21. Kasut yg terbaik utk daki gunung di Hutan Hujan adalah kasut noreh getah RM8.00 sepasang, atau sandal outdoor tahan lasak macam TEVA atau Colombia. 3 kali ganda lebih sesuai dari pakai kasut fancy. sebab bila hujan dan lecah kasut anda akan berat dan tak selesa.

22. Amalkan sifat kendiri yang tinggi. Dari naik sampai turun kalau boleh bawa beg sendiri, Jika ada orang offer untuk bantu itu adalah bonus dan dia adalah manusia berjiwa suci.

23. Beg Encik Zumy dan Azlan adalah beg paling berat, aku tolong angkat kejap je rasa macam angkat tong gas! ini bukan metafora. ini betul-betul berat.

24. Jangan bawak beg mcm beg sekolah, sebab penyeksaan beban kat bahu tu hanya Tuhan yang tahu, melabur pada beg yang bagus adalah penting untuk pengagihan berat yang samarata pada tubuh dan bahu. 

25. Jika terdesak, manusia akan mementingkan dirinya dahulu, kemudian baru mementingkan orang lain. Ini fitrah makhluk hidup. Membuktikan sesiapa yang rela berkorban di waktu terdesak adalah manusia mulia.

26. Sepanjang mendaki, aku hanya berjumpa dengan 3 ekor haiwan di depan mata. Katak melompat melintas jalan, Ular tedung ketam tebu mati kena pakuk kepala tengah jalan dan anjing orang asli, selain dari tu tak nampak haiwan lain.Jangan tanya serangga, serangga banyak. oh lupa ada berudu dalam lopak Air Terjun Naning.

27. Jangan bawak barang melebihi keperluan. bawak barang paling basic sahaja. untuk survival hidup. Ulang ni sepuluh kali masa nak packing untuk daki dan camping.

28. Mendaki sambil camping adalah perkara yang BERBEZA dengan camping dekat campsite hutan tepi jalan atau tepi pantai. Berbeza sangat.

29. Pertama kali dalam hidup, aku dan kawan-kawan lelaki berjaya buat unggun api besar walaupun kayu api semua basah kena hujan lebat. Kami guna teknik lilin askar, salai kayu api dan minyak tanah. 

30. Aku tak berjaya sampai ke puncak Rajah sebab kaki injured teruk, terpaksa berhenti bermalam di Lata Hijau sahaja, sementara 8 orang yang lain meneruskan pendakian ke puncak pada pukul 4 pagi.

31. Masa turun bukit, aku terpaksa berlari laju sebab nak elak sampai waktu malam, sebab bateri Torchlight habis Noorbaya pinjam bawak naik puncak.

32. Lagi setengah jam nak sampai ke kaki bukit, ada segerombolan pemancing berhenti dan menunmpangkan aku menaiki motor EX5, dan aku hadiahkan coklat snickers yang tak berusik untuk bekalan anak dia kat rumah. aku offer nak bagi duit Tukar tiub kalau-kalau pancit dia taknak. terus pecut laju pergi.

33. Manusia yg baik dan mulia ada di mana-mana, bandar, hutan, kampung, orang asli, orang tak asli, lelaki, perempuan, kawan baik, kawan tak berapa baik, Bos, Kuli, Bos besar, Bos kecik, jika memang hatinya suci dia tetap akan suci.

34. Masuk hutan jangan sombong, nak sombong terjun lombong.

35. Masuk Hutan jangan gedik, nak gedik pergi shopping mall.

36. Dalam Hutan aku serik, mental down kejap, aku menjerit "Ini Kerja Gila, tobat taknak buat dah" Tapi kalau ada ekspedisi lagi, insyallah join punya, nak nak dah beli sandal ngan beg Karrimor baru.. weeehuuuu..

ini gambar aku amik dari Fb Kak Nonie, dia syok la dah sampai puncak, Tahniah! gambar-gambar yg lain tunggu kawan2 upload dan tag pas aku rembat, aku update k.

p/s Entry ni tak bergambar sebab aku takde mood nak tangkap guna handphone, aku mengharapkan gambar dari camera kawan-kawan Geng DMG TREKKERS yang lain. nanti dah ada aku upload lain.

p/s 2 terima kasih dan tahniah kepada semua Geng DMG Trekkers yang sporting, semangat waja dan berhati mulia, sayang korang semua.

23 comments:

  1. missing every moment of it...
    (btul ke BI aku tuh)

    ReplyDelete
  2. Cik Lan : betul la tuhh.... :) badan aku sakit lagi. aduhhhh..haha

    ReplyDelete
  3. En Abg Zul,
    bagaimanakah caranya nak daftar jadi ahli kelab pnjt gunung ini? Apakah T&C??

    *gigih baca sampai habis.. ternyata antara yg berhati mulia itu adalah yg sedang menaip ini. hihi!

    ReplyDelete
  4. Apa perasan incek bila gagal sampai ke puncak..???







    aku asik pesan jgn lupa turun je aritu kan..ptut aku pesan, naik sampai puncak dan turun dengan elok~..

    ReplyDelete
  5. perghhhhh terbaiklah zul

    korang mmg pendaki tegar naik gng time musim hujan

    eh, hujan ke tidak kat sana?

    tahniah dan teruskan perjuangan

    jgn 'gantung beg' ya

    ReplyDelete
  6. syoknya daki gunung... tapi tak syok bila tak berjaya sampai ke puncak kan?

    ReplyDelete
  7. woww!! best nyer..bila buat outdoor aktiviti selalu kata kat diri sendiri, ini first & last aku join..tp bila dah habis mesti rasa nak join lg...hehehe

    rindu nak mendaki & camping2 mcm dulu..x tau la bila boleh join lg...

    ReplyDelete
  8. aku paling xsuka msk hutan cz psl toilet.. aku tahan buang air besar smp la umah aku sdiri.. 3 kali jer kencing dr jumaat smp ahad.. risau klu cirit birit cz minum air sg n masak pun xcuci brg2.. ape pun mmang enjoy.. pengalaman yg xble nk lupa smp bila2.. plg rindu tang gelek ko tue n cerita tumpang motor org asli.. sumpah lawak siot..!!

    ReplyDelete
  9. baru perasan ko byk entri psl ekspidisi^^

    lenkali spare sepeket WET TISU.. byk kegunaan. antaranya: cuci pinggan, 'basuh berak', penyegar muka dikala keletihan dll - pengalaman sebulan berperang dlm hutan^^

    ReplyDelete
  10. dah lama gila aku tak aktif masuk hutan ni..gunung tak pernah lagi aku panjat..setakat ni bukit je aku mampu..haha..tapi serius rindu gila nak aktif camni..masalahnye mampu ke eh? badan dah semakin membesar ni..haha..

    ReplyDelete
  11. ahh, sungguh alami, pasti sangat nyaman walaupun ada liku untuk merentas hutan!

    ReplyDelete
  12. Belum pernah mendaki gunung tp klw berpeluang mmg nak sgt tp larat, ker...?

    ReplyDelete
  13. Ada puteri gunung rajah dak ? kekeke

    ReplyDelete
  14. dasyat tu..dengan beg yg berat fuhhhhhhh....tak larat dan tak minat nak panjat gunung ne...

    ReplyDelete
  15. hanya mampu membayangkan sebab takde gambar.. hikhikhik..
    tapi betul.. bawak yang betul2 basic bukan nak bercuti kat tempat peranginan berat bagai bawak beg..

    ReplyDelete
  16. minum air sungai tu..perghhh..muntah hijau balik..sungguh pelik rasanya..
    tp air perigi sedap..rasa macam minum air milo(tipu je..miahaha)

    ReplyDelete
  17. wah. bnyakknya tips untuk pegi mendaki. elok jdikan panduan sebelum mendaki.

    kau pernah berak beramai-ramai di sungai? tak cayalah aku.

    ReplyDelete
  18. blog-tips kurus : join je kami bila kami nak pergi lagi. sekali trip bayar duit ration rm50 lebih kurang.

    missenget : kecewe, tapi tak sedih, sebab puncak tertinggi SEA aku dah sampai :)

    Wanita betudung Hijau : Hujan lebat malm camping ngan masa turun..baiklah! tq

    Mas Saari : a'ah tak syok..

    Bintang hati : nanti ikut aku gi daki gunung Pine tree hill nak?

    Noor Gnal : gelek tu mahal, pro, nak tengok lagi kena bayar noor..

    Cik Sha : jika kau fikirkan kau boleh, kau [asti boleh melakukan!

    Fifiey : sanat seronok, boleh ketagih.

    Akim : takde kerje lain kau. perempuan perempuan perempuan....

    anitadiana : kalau beg berat lagi, memang tak minat jugak la kot.

    pjah : air sungai ok la kalau terdesak, tapi tyak sedap!

    Ika : macehhhh

    aszhanie : Gunung Datuk tu pun susah kan?? kan kan kan..

    Hainey : betul, berak beramai2.. siyes...

    ReplyDelete
  19. bro, ajak la aku sekali, lama xmasuk utan kot, plsssss

    ReplyDelete
  20. huhhh...susah gak..da la lau da smpi atas nk ambik air kne turun bwh cikit ...seksa wooo lau mlm2 nk ter'berak....hahahaha...tp mlm2 sumpah sejuk gile ok....

    ReplyDelete
  21. adakah krem sebab tak buat excersice utk stamina?

    masa kat hutan la kita akan kenal perangai sebenar kita dan orang berhati mulia =)

    jemput ke blog: tips persediaan utk orang masuk dapur kita

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...