Kesan Placebo ni dia punya takrifan majoriti sudah tahu rasanya, bagi korang yang dari kecil study aliran sains wajib tahu apakah itu placebo? kalau sesiapa yang tak tau apa itu placebo effect, samada dia selalu main sms masa cikgu mengajar atau dia salah masuk kelas masa time kena masuk makmal bio.
Bagi berlaku adil dan mencapai maksud untuk berkongsi ilmu, aku akan terangkan maksud Placebo mengikut kaedah pemahaman aku, tidak perlulah pulak aku nak copy paste maksud placebo dari wikipedia, satu - samada korang takkan baca tulisan 'paste' itu, ataupun kedua - lebih baik korang taip je balik placebo dekat google search ye dak?
Placebo adalah satu kesan penyembuhan yang berlaku kepada pesakit akibat sangat yakin mempercayai samada ubat palsu, pembedahan palsu atau rawatan terapi itu berkesan ke atas mereka wahima ianya tiada kesan perubatan langsung.
"hurmmmmmmphhhhh????????"
"Jangan katakan korang, aku sendiri pun rasa berbelit-belit nak faham apa yang aku terangkan kat atas. Nak simplekan macam ni lah, baca contoh kes di perenggan bawah"
Placebo ni mcm ni, korang sakit kepala migrain yang teruk dan kerap, setiap kali korang sakit kepala migrain tu korang pergi jumpa doktor pakar mintak ubat prescription, setiap kali lepas korang makan ubat tu, 5 minit kemudian sakit kepala korang akan terus baik.
Tetapi pada satu hari, doktor tu sengaja nak test korang, bila korang sakit kepala, korang guling-guling depan dia, tapi kali ni doktor tak bagi ubat prescription yang betul, sebaliknya dia bagi ubat palsu yang diperbuat dari tepung ubi kayu. Ubat ni langsung takde nilai medicine, tapi dia buat seolah-olah sama dengan ubat sah korang, packaging dia, bentuk dia, cap brand semua sama. Bila korang makan ubat palsu tu, 5 minit kemudian sakit kepala migrain korang terus baik macam rawatan yang selalu.
Inilah sebenarnya yang berlaku pada Placebo efek, Ahli sains dah bersepakat bahawa placebo effect berkesan kerana keyakinan korang untuk sembuh, dan mungkin pseudo sains iaitu 'mind over matters' mengambil tempat. atau tubuh korang tertipu dengan penyembuhan oleh otak korang.
Maksud marhaennya : " jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan, jika kau fikirkan ragu-ragu usahamu tidak menentu, engkaulah apa kau fikirkan, terkandung dalam pemikiran, berfikir boleh melakukan, kau boleh... tabah apa kau usahakan, bertindak atas kemampuan berfikir boleh melakukan kau boleh... kau boleh... kau boleh.. kau boleh!!!!"
Dalam kehidupan harian kita sebenarnya banyak kesan placebo yang berlaku tanpa kita sedari, Pernah satu musim di mana ada kes Panadol dipalsukan dalam sekala yang besar, ramai orang tak dapat bezakan antara Panadol betul dengan yang palsu, tapi selalu kita tengok bila orang makan je panadol, lepas 10-20 minit dia akan cakap....
" baru lah lega sikit sakit kepala aku ini"
Sedangkan dia tak tahu panadol tu real ke tak, cuma dia rasa lega hanya kerana perasaan dan keyakinan dia terhadap ubat berjaya memberitahu tubuh dia bahawa dia sudah OK.
***************************************
Pada musim-musim nak periksa SPM ni, akan berlakulah banyak perbuatan Placebo Effect dengan upacara minum air yassin.
Biarpun budak tu tak sembahyang 5 waktu sehari semalam.
Biarpun mak bapak budak tu turun berjemaah kat masjid hanya setahun sekali iaitu sembahyang raya.
Tapi Air Yassin adalah wajib setiap kali muncul minggu periksa besar. Nak nak musim SPM. Nampaknya air yasin, air penerang hati, air berkat tok imam dan air tahlil ini menjadi satu kaedah last resort kepada pelajar untuk bergantung harap.
Walaupun 2 tahun tak pernah buka buku sejarah pasal isu Malayan Union, walaupun nak selesaikan persamaan kimia ibarat melukis batik canting, walaupun tak dapat bezakan antara karangan surat rasmi dan autobiografi, tapi mereka tetap mempertahankan Air Yasin mereka.
Tak percaya cakap aku? Cuba try kaedah aku ni...
Tanya dekat diorang
" Nabi ada buat ke jampi-jampi air Yasin ni? Nabi ada buat ke bukak air mineral berbotol-botol letak depan jemaah Tahlil nak suruh air tu jadi air penerang hati? siapa yang cakap air ni boleh tukar budak benak jadi scorer SPM 10 A1?
Pasti diorang akan jawab..
" Kau mulut jangan kurang ajar sangat, walaupun nabi tak pernah buat, tapi dosa ke kalau aku nak buat? salah ke kalau nak buat? yang kau sakit hati sangat kenapa?
Ataupun dia akan sindir balik dengan jawapan macam ni..
" Nabi zaman dulu naik Unta je, mana ada naik kereta, kalau semua benda tak boleh buat, kau jangan naik kereta la, kau naik je Unta"
Atau lebih kasar dia akan jawab macam ni...
" Kau wahabi! kau sesat! kau masuk neraka!"
Tapi jangan terkejut, kalau ada orang-orang terpelajar yang akan jawab penuh lunak dan berbudi bahasa seperti ini....
" Air penerang hati ni bukan satu usaha nak ubah pelajar jadi pandai terus tanpa baca buku, air penerang hati yasin ni tujuan dia nak bukakkan hati dan terangkan akal supaya dapat belajar dengan lebih istiqamah dan jadi lebih fokus masa belajar"
Tapi walau macammana pun jawapan yang diberikan, ramai orang terutamanya ahli koservatif yang cuba mempertahankan ritual rekaan ini, walaupun dulu aku salah seorang jemaah yang bersungguh-sungguh mempertahankan ritual rekaan ini, namun semakin dewasa dan semakin minda aku terbuka, aku mula menjawab diri aku sendiri tanpa perlu bertikam lidah dengan sesiapa....
" Anak cina tu, tak pernah minum air yasin, tak pernah minum air tahlil penerang hati, siap makan babi lagi, tapi boleh pulak score 10 A1s straight"
" Bangsa Yahudi semua pandai-pandai sebab belajar sungguh-sungguh, takde pulak dia pergi mintak air yasin"
" Orang eropah dah lama maju dan menjadi moden pada zaman dulu, dah beribu tahun dia keluar dari zaman gelap gereja papal's regime, orang eropah jadi maju pada era renaissance dengan mencontohi Umat Islam pada zaman keagungan kota ilmu baghdad dan andalusia, tapi kita umat islam zaman sekarang pula yang menolak kerasionalan hanya kerana nilai sentimental air yasin tu"
***********************************
Above of all, aku bukan buka doktrin baru, aku bukan nak ajar korang semua ni pasal ajaran sesat, cuma aku menzahirkan persoalan korang sendiri yang ada dalam benak hati selama ini.
Majoriti pembaca blog Rasa Hati menggemari penulisan di sini kerana entry-entry yang menyentuh perasaan dan persoalan gelap yang jauh paaaaaling dalam di benak sanubari anda semua, tapi anda was-was nak kemukakan soalan sebab bimbang ia akan berselisih pendapat.
Dan kini aku memilih untuk menjadi wakil kepada korang semua untuk bertanya kembali kepada diri kita sendiri.
Sampai bila kita mahu bergantung harap pada Air Yasin sebagai Placebo Effect kita?
Sampai bila kita mahu jadi takut untuk menghadapi peperiksaan seperti manusia normal yang lain?
Sampai bila kita mahu menyedapkan hati bahawa kita akan hafal Jadual kimia hanya dengan minum air yasin?
Sampai bila kita mahu angguk-angguk di depan so-colled Ustaz yang menjual air yasin pada harga dua ringgit sebotol dengan menggunakan tiket agama untuk mencari keuntungan dan dibelakangnya kita muncung bibir pula?
Sampai bila kita mahu terus membohongi jiwa kita dan anak-anak bahawa "jangan bimbang dengan SPM, selagi air Yasin ada maka hati kau akan terang?"
Sampai bila kita mahu jadi hipokrit, depan jamaah tahlil kita senyum-senyum dan peluk air yasin itu, tapi bila dalam kereta nak balik rumah, kita sendiri ckp dalam hati kita..
" alah si Zul tu, baca bukunya malas, homework addmath malas nak buat, aku bawak balik air Yasin 10 gelen pun belum tentu nak terang hati dia"
****************************
For your childrens' future sake, tinggalkan placebo effect korang, angkat buku teks tebal itu dan mulalah membaca. Tinggalkan FB tu, dan mulalah membuat latih tubi matematik moden. Jika anak bangsa lain boleh score straight As walaupun mereka makan pork chop, sudah tentulah kita anak-anak islam boleh lebih berjaya dengan Rahmat Tuhan di samping kita.
Kalau malas baca buku, malas belajar, kau siram air yasin 7 telaga sakti, dari 7 benua alam, dari 7 lautan dan 7 embun malam pun takkan berjaya membuatkan kau hafal jadual kimia dan formula inersia.
********************
" Awie, mak sakit kepala betul la awie oi, kamu ada penedol tak?"
" Mak sakit kepala ke mak? nah amik makan Panadol awie ni.. makan dua bijik, pastu minum air masak ni ye mak"
" gluppp..gluppp ahhhhhhhhh"
" dah telan dah mak?"
" Udoh, uuuuuuhaiii baru lah hilang sakit kepala aku ni awie"
" ai mak.. beragak la sikit mak, ubat tu belum lepas anak tekak mak lagi, takkan terus baik kot"
" iyeee betul awie woooi, udoh ilang sakit kepala aku ni wie oi"
" Placebo la tu ikar kan?"
Tafsir sendiri, semua ada akal, semua belajar agama, takkan semua nak feed. common sense. |
LINK berguna untuk (wajib untuk pencerahan) Baca : http://bin-sahak.blogspot.com/2008/08/air-yasin-untuk-lulus-periksa.html
p/s I Wahyu pertama kepada Nabi Adalah Iqra' iaitu bacalah, Nabi belajar dengan Malaikat Jibrail sampai hafal, bukan Nabi mintak Air Jampi.
p/s II Placebo Effect dianggap berjaya dan berguna hanya apabila rawatan palsu itu berjaya menyembuhkan penyakit seperti rawatan sebenar, jikalau minum air yasin masih bebal tahap rumput karpet, itu bukan placebo effect, itu namanya 'BanyakCengkadakBelajarMalasMinumAirYasinTerusNakdapatJawabAddmath Effect'
Weuhuuuuu ikar.double best entry kali nei sebab baru sy faham pasal air yasin and sama waktu dgn nya.
ReplyDeleteJadi mcm air air lain yg konon2 tok guru khatam 10 kali quran oun sama eh?erm erm erm.
aahhh first commentator...
ReplyDeletesama jugak, semua tu sama...tapi nak hendel isu ni kena elok2.. taknak menyakit hati mana2 pihak. :)
Entry ini agak berat..
ReplyDeletessh nk sedarkan org lain sbb benda2 ni dh sebati dlm hidup derang especially org tua2 :)
ReplyDeleteselamat berSPM ikar..
ReplyDeleteaku doakan ko yg terbaik..!
kekekeke..
lama dah x minum air yasin..
saya dulu masa nak hadapi peperiksaan memang tak pernah minum air yasin ni, cuma doa dan usaha untuk berjaya dalam peperiksaan!
ReplyDeletekalau ada buat kenduri doa selamat pernahlah mandi dengan air doa selamat je! minum memang tak pernah..
Esok nak SPM ni abg Zul, nak air Yasin leh? ( tak bukak satu hapa pon) :P
ReplyDeletejerungxnaklogin
macam sorang patient aku..psychology pain..sebenarnya tak sakit tp beria mintak pethine.last skali aku bagi je saline..trus diam..haha..suka sangat kot nak kene inject..hardowhai..
ReplyDeletemasa nak exam dulu..mak aku suh minum air yasin bacaan dr tok imam a.k.a tok guru ngaji aku..tak nak minum tapi kene minum jugak sbb nak dapt berkat mak yang susah2 untuk kita..berkat dr mak lagi penting dr anggap air yasin tu boleh bagi effect budakbodohbolehjadipandai.=p
mungkin tu salah satu usaha di samping usaha2 yg lain kot.. Yelah, kalau harap air jampi jer.. memang sampai ke kubur pun ko x lulus SPM, ye tak? Makcik aku dulu pun ada pernah org minta air penerang hati sebab anak dia nak ambil SPM.. masa aku nak nikah makcik aku bg laki aku minum air jampi jugak guna ayat2 al quran supaya tak gemuruh walau aku tgk laki aku rilex jer dr sblm akad nikah smpai la lepas akad nikah.. sekali lafaz jer tu. Pun camtu aku x anggap benda ni sebab air jampi tu.. sebab laki aku memang jenis 'Yakin Boleh'.. kekekekke
ReplyDeleteSalam ziarah. Amat tertarik dgn entry-entry di sini. Pandangan ikhlas yg sebenarnya mewakili suara ramai di luar sana. Keep on writing ya!
ReplyDeletebaru tahu nie. rupanya aku pun pernah kena placebo ni
ReplyDeleteOk. Selalunya Yasin ni akan jadi usaha terakhir ak lepas yg lain2.. Ustaz pernah ckp, Yasin sesuai dibaca ketika kita menghadapi saat genting dgn harapan di beri pertolongan drpd Allah.. Katakanlah bila kita dah study gila2... Smpi exam kita bc la Yasin, lepas tu jwb exam.. Takde plak ustaz tu sentuh pasal air Yasin. Emm, honestly zul, kalo aku tgh ada mslh, ak baca Yasin, selesai ak dok termenung jap, alhmdulillh ak dpt petunjuk cm mana nk selesaikn mslh tu.. Adakah ak dlm kategori Placebo?
ReplyDeleteMuhas : Baguslah baca Yasin. Yasin dan seluruh Quran adalah rahmat, petunjuk dan penenang hati..
ReplyDeleteBaca quran di saat serabut adalah sunnah dan disuruh oleh Allah dan Rasul. Baca Quran di saat munajat dan mencari pedoman adalah tuntutan agama..
baca Yasin, Fatihah, albaqarah dan ayat2 lazim dan lain2 adalah amalan yg baik dan dituntut, ia bukan Placebo, ia adalah kekuatan iman (kepercayaan)
TAPI, percaya pada air yasin sebagai penerang hati, sebagai placebo efek adalah bidaah. ia adalah isu yang berlainan..
Nabi saw, sahabat, tabie tabien, ulamak dahulukala, ulamak moden semua tak buat upacara air yasin, kecuali ulamak nusantara dan sesetengah ulamak tarekat dan kesufian di yaman.
Kalau Air Yasin tu elok, takyah debat2 dan tegang2 urat, Nabi dan Sahabat dulu dah buat. bukan takde yasin dan air zaman dahulu.
Kenapa aku macam terlupa baca entri ni =.="
ReplyDeleteEmm... Ak act menunggu2 kalo ko akan buat entry ttg OWC (Obidient Wives Club) yg hangat di perkatakan tu... Huhuhu..
ReplyDeletesape tah pernah cakap kat aku, nak lulus peksa bukan dengan minum air bacaan yasin kena sembur-sembur dgn ustaz..p baca buku nun ha..;p
ReplyDeletetapi ada org cakap air bacaan yasin ni molekul air die jadi mampat..bile minum perasaan dan hati boleh jadi tenang..so, lebih fokus untuk study..ntah..aku pun tak reti la benda2 tu semua..
minum air yassin..tp x baca buku.. nan hado jugak kesan eh.. =.='
ReplyDeletetanpa usaha takkan berjaya..
ReplyDeletecik sha : molekul mampat? tu mitos je tu... yg ada kesahihan adalah air zamzam yg dibacakan alquran.. bkan hanya yassin..
ReplyDeletetapi tu pun diragui...wallahualam
"Membaca Yasin dan Ayat2 Al quran kepada Air adalah sebenarnya NANOTEKNOLOGI.. ini berhubung kait dengan frekunsi2 dan getaran2 khasiat dari ayat2 yang dibacakan secara betul kepada air tersebut."
ReplyDeletepetikan direct dari seorang siswazah sains gunaan UiTM yang juga kawan aku yang suka makan megi lawan ngan budu.
PESAN MORAL 1 :
ReplyDeletePeneliti JEPUN melakukan percobaan :
- segelas air minum yg dilontarkan kata-kata KOTOR, SUMPAH SERAPAH, MAKIAN kemudian
diteliti bhw molekul airnya berubah mjd KUSAM, PUCAT, TIDAK BERSERI
- segelas air minum yg dilontarkan kata-kata BIJAK, LANTUNAN LAGU YG MERDU,
kemudian diteliti trnyata molekulnya berubah mjd BERSINAR INDAH, BERWARNA-WARNI
begitu pula jika hal tsb dilakukan dg AIR ZAM-ZAM yg memiliki molekul TERINDAH di antara benda2 lainnya...
- PESAN MORAL 2 :
Kaum Yahudi itu memang sudah DKUTUK sm Allah SWT mjd ORG2 PINTAR...! ibarat kata sekalipun tidak belajar...tp krn sudah TERTULIS DI AL-QURAN bhw bangsa YAHUDI adl bangsa yg PINTAR
Yang bukan islam tu mmg Allah bagi juga kemudahan pada diaorang, mmg la dia x minum air yasim tp adalah jugak usaha diorg kita taktau buat ritual2 utk tenang hati.
ReplyDeleteAir yasin mmg bukan air magic tapi ia adalah satu usaha manusia ni bertawakal selepas berusaha. Yang mati matian x berusaha hanya minum air semata tu lah golongan placebo.
Air ada molecules unik bila dibaca ayat yang indah seperti ayat quran mmg bertambah unik bentuknya. Sbg cth air Zam Zam. Rasulullah SAW sendiri penah bg org sakit minum air zam zam.
Semua datang dari kuasaNya. Air adalah benda hidup juga that's why org baca yasin kepada air juga dgn hrpan hati jd tenang dan hajat makbul juga sbb baca yasin juga adalah utk menyatakn hajat kita. Kita berusaha jangan sampai menyimpang. That's it.
*Saya pun masa SPM ke apa tak pernah ambil air yasin tp baca yasin adalah. Tapi pernah bg air doa2 dan air yasin kpd org sakit sbg usaha lain dan tawakal. Tp kalau plajar yg malas dan hnya harap air yasin je.. Hmmm biarlah, siapa tahu dgn minum air yasin tu pon Allah bg dia hidayah utk tenang dan rajin?