November 23, 2011

Potong Stim

Assalamualaikum

Potong stim tidak semestinya masalah besar, potong stim bukanlah isu negatif sangat, potong stim terjadi apabila korang excited sangat melakukan sesuatu perkara, tetapi tiba-tiba ada aral melintang yang membuatkan korang terus hilang keterujaan.

Saat kehilangan keterujaan itu dinamakan potong stim, tapi ia bukanlah membawa kepada masalah, cuma korang sudah takde mood nak teruskan lagi perkara yang korang sedang lakukan itu. Seringkali dalam perkara-perkara Potong Stim ini tidak menyabitkan mana-mana pihak bersalah, ia hanya potong stim!

Di bawah aku senaraikan perkara potong stim dari sudut pandang, pengalaman aku dan pengalaman orang di sekeliling aku, takpayah lah korang nak sentap-sentap sangat, kalau ada kena dengan korang sendiri, senyum je lah baca sorang-sorang depan pc.

**********************************

Perkara-perkara Potong Stim.


1. Main Facebook curi wifi Macdonald, duduk dalam sejam sekali dapat ngorat awek, tengah chat gedik-gedik, sekali pup bateri habis, kelam kabut selak beg laptop, charger pulak tak bawak!

2. Makan nasik dengan ulam petai, nasik belum habis, petai dah yilek. Try nak kunyah kulit petai, tetap tak sedap.

3. Tengah gelak-gelak tengok maharaja lawak, sekali tersedak pedas, makan sambal bakso petang tadi.

4. Tengah main-main sms, loving-loving, romance-romance sekali pakwe terus tukar mood ajak sembahyang maghrib.

5. Minat dekat seorang awek, kepala gila-gila dan sempoi, layan sampai naik rindu, hari-hari kalau boleh nak sembang dengan dia, terus jatuh cinta dan ajak kapel. Tapi hari ni bila kau declare kapel, esok dia terus berubah jadi Calon Isteri Ustazah Pilihan.

6. Tengah korek hidung sambil drive, dapat taik hidung yang seketul besar, tengah adjust-adjust jari nak gentel, sekali kereta depan brek, kelam kabut kau pun brek, tekan clutch, tangan kiri nak tukar gear, terus taik hidung ketul besar jatuh atas karpet, habis hilang modal nak gentel sambil drive.

7. Dah adjust sofa 3-seater baik punya, lipat-lipat bantal bubuh dekat handrest, tukar channel HBO, bancuh kopi panas dalam tumbler mahal, nak tahan panas lama katakan, pakai short feveret, baju tidur nipis, ready nak baring tengok movie 2, 3 jam... sekali kawan call baru sampai dari kampung ajak lepak minum, kalau tak datang putus sahabat. terus campak teady bear atas sofa, potong stim lah.

8. Nak bersin, tapi tak boleh, try jugak ambil bulu ayam geli-geli kat hidung pun tak dapat bersin jugak, elok  ngadap muka awek rapat setengah inci, masa tu lah nak bersin.

9. Keluar dengan awek, muka awek cun sangat macam Bunga Cinta Lestari, sembang pasal masa depan, cerita pasal berapa pasang anak, anak nanti nak bubuh nama apa, sekali kunci kereta jatuh bawah meja.. Tunduk ambik, bangun-bangun tengok muka awek ada taik hidung tergantung dekat hidung dia. Nak tegur segan, tak tegur kesian.

10. Bangun-bangun tidur hari ahad, dah set dalam minda nak rilex, nak bangun pukul 2 tengahari, sekali mak ketuk pintu  pukul 10 pagi suruh bangun pergi beli santan.

11. Duduk rumah bujang, teringin hujung minggu nak masak sendiri ramai-ramai makan dengan kawan, buh beras dalam rice cooker, masak lauk satu macam. Sayur dua macam, ulam, sambal belacan. Sekali dah ready nak makan, bukak-bukak rice cooker tengok ada pulut. Salah beli rupanya pergi beli beras pulut.

12. Duduk rumah bujang, teringin hujung minggu nak masak sendiri ramai-ramai makan dengan kawan, buh beras dalam rice cooker, masak lauk satu macam. Sayur dua macam, ulam, sambal belacan. Sekali dah ready nak makan, bukak rice cooker tengok elok je beras terendam dalam air, rupanya lupa picit button cook.

13. Rumah banyak nyamuk musim-musim hujan ni, dari KL dah ingat 15 kali nak singgah beli ubat nyamuk dekat kedai runcit, sebelum sampai rumah berjaya juga beli ubat nyamuk lingkar. Sampai rumah nak pasang ubat nyamuk Mancis takde, Lighter takde gas, bukak api dapur pun takde gas jugak. Nak ketuk batu depan rumah guna skil pengakap pun batu basah kena hujan.

14. Nak rehat-rehat baca blog, sekali bukak blog ada pulak pop-up iklan, kena klik dulu sebelum boleh baca blog, kalau tak klik blog hitam. Bengang, mencarut depan Laptop 2, 3 bakul tapi sayang blogger tu tak boleh dengar pun.

15. Benci dengan Maxis Broadband sebab bayar mahal tapi bandwith 6GB je, terus isi borang daftar UNIFI, RM 149.00 dapat 30GB, set tarikh pemasangan, sekali kontraktor datang nak pasang hujan lebat pulak, terus tunda bulan depan, tapi maxis dah sumpah seranah awal-awal, siap taknak bayar lagi bil.

16. add friend dengan seorang perempuan cantik, layan punya layan hati berbunga-bunga, rasa macam jatuh cinta. Tidur malam terkenang akan saat-saat bahagia yang bakal diciptakan bersama. sekali selak album dia yang lama-lama, ada gambar dia bersanding. Bukak lagi album lain ada tajuk my baby, ada gambar anak lelaki dia tengah shuffle.

17. Nak pergi main futsal, sekali dah sampai court, baru perasan terbawak but padang stud 6.

18. Hari ni pergi Jakel, beli kain Chiffon Paris paling mahal, kain bunga kekwa besar dengan strawbery kecil. Dalam Malaysia ni ada satu gelung kayu tu je, itupun mahal nak mati, satu meter RM120. Dah siap tempah sebulan, bawak pergi opis nak melaram, sekali tengok pantry maid Neng Suriyati pakai jugak, sama sebijik. Saling tak tumpah.

" waduhh, kok ibu pakei baju yang sama juga dengan saya ya buk!"

" ahh diamlah kau!"

" mesti mahal ni deh, kok kalau dibeli di jakel harganya dua tiga ratus ringgit ya buk!"

" mestilah, ni Chiffon Paris tau tak!"

" kok sama, tapi saya beli di bandung enggak mahal buk..hanya 200 ribu rupiah"

19. Lepak dekat mamak, tengok bola, tak minat sangat bola tapi ikut jugak sebab nak sekepala dengan boyfriend. Bf tengok bola, kau tengok BB main twitter, sekali Goal kau terus lompat sorak, tapi sayang kau sorak Indon yang skor.

20. Sakit perut, ni kalau kentut mau meletup puas ni, tapi malu nak kentut dekat ruang tamu rumah bakal mak mertua, bangun lari jauh sikit pergi bilik tengah, elok tutup pintu je terus kentut lepas kuat-kuat tak pandang kiri kanan dah, lega! Sekali pusing belakang tengok bakal Mak Mertua duduk atas katil tengah tekun sulam manik dekat baju kurung sambil tangan kiri kepit hidung, geleng-geleng kepala dia tengok kau, kau pulak senyum macam kerang je.

21. Bawak Ipad pergi lepak mamak, cari port hujung-hujung, bukak cerita porno, tengah khusyuk tengok diam-diam, pusing belakang..beratur mamak 4 orang join tengok sambil lidah semua menyentil.

22. Kelas petang start pukul 1.30, Zuhur masuk pukul 1.20. Dari kolej siap-siap ambik wuduk, lepas wuduk pakai foundation tebal-tebal, lipstick, dan maskara mabeline, sampai fakulti ingat sebelum masuk kelas nak pergi sembahyang dulu, sekali naik tangga terkentut. aduh malasnya nak tepek-tepek mekap balik..

23. Selang sehari basuh toilet bersih berkilat dan wangi, itu memang habit kau, tiba-tiba datang penyakit malas, tak basuh toilet seminggu, bau hancing dan berdaki, dan dan masa tu lah awek datang rumah terus lari pergi pinjam toilet nak berak.

24. Semangat sangat satu hari bangun dengan azam baru, nak sampai ofis pukul 8.45 pagi, kalau boleh nak siap sarapan semua dekat mamak bawah ofis. Maka azam terlaksana, sampai awal, 8.15 dah lepak mamak, order nescafe tarik kaw dan nasik lemak sotong kembang. Dah selesai makan tunggu kawan-kawan opis dan Kak Waty bukak grill pintu, pukul 8.45 tak sampai, 8.50 tak sampai, 9.00 tak sampai, 9.30 tak sampai....10.00 pun tak sampai, rasa gusar di hati, call kawan..

" Hello Noor, Apsal takde orang kat opis ni?"

" Opis pe kebendanya Zul?"

" Opis lah, korang semua pergi kursus team building ke? apsal tak bagitau aku awal-awal? notis mana?"

" Team building kejadahnya Zul... hari  ni Holiday la. Hari Jadi Sultan Selangor! yang kau rajin sangat pergi kerja kenapa? kacau jelah aku nak tidur..dah ar blah blah blah..bye"


25. Tengah drive kereta dekat federal highway, sekali keluar lagu feveret Aisheteru, terus rasa semangat-semangat nak nyanyi tapi tak tau lirik, hanya tahu lirik sikit-sikit dekat chorus itupun hujung-hujung. Memang potong stim.

menunggu sesuatu yang duduudududu... bagiku
saatku bersabar dan terus bersabar....
nanananananananna dirimu...
ba ba ba  ba  bu bu menunggu..
amphh amph amph ku jalani
nananana sepi tanpamu...
nananana penggantimu..
saat kau jauh DI SANAAAAA

gelisah...nanananana kabar mu kucurigaa
nananananana sia sia..
nananananannanananan bertahan
dum dum dum cemburu...
apakah sama yang kau rasakannnnnn...

walau.....
jauuuhhh....
dekat.....
pejam kan matamu...
eemmm eme ememem 
eemmm emmmm emmmm rasakan...
dan rasakan A A A A AKUUUUUUUUU

walau..nananana Jauh.....
bila bila bila pejamkan matamu
rapuuuhhh....
terhapus ruang dan waktu..
Pada Ketulusan AI AI AI AISHETERUUUUUUUUUUU

UuuUuuUuuuu AI AI AI AISHETERUUUUU
Uuuuuuuuuuuuuuuuuu Terruuuuuuuuuuu

**************************

Berapa kali aku nak cakap, aku ni kucing siam, bukan kucing parsi, aku nak ikan ikan ikan, taknak friskies, Potong Stim!
(Abun, kucing aku yg telah pergi)


P/s nantilah buat entry pasal dusun durian.


P/s II harap-harap tak demam, antibodi dapat melawan, jumaat ni nak pergi daki gunung dan camping dekat Gunung Rajah. Janganlah potong stim. amin...


P/s III kalau korang rasa nak kongsi, taipkan peristiwa potong stim di ruangan komen. baru ada aktiviti sikit. tetiba pulak rasa macam motivator kursus team building.

30 comments:

  1. potong stim tengah bergayut habis kredit... -.-

    ReplyDelete
  2. peh, mcm mana boleh lupa kredit habis..TQ.. :)

    ReplyDelete
  3. ptong stim tengah dok khusyuk jawab paper tbe2 mase da tamat.

    ReplyDelete
  4. tengah makan nasi lemak kerang sekali jumpa lalat tepi timun. potong stim!!

    ReplyDelete
  5. tapi xpotong stim pon bace entry kau nih, terbaik lah, tak pernah mengecewakan, ngeee :-)

    ReplyDelete
  6. hahahahaahaha...

    no 4 tu ok pe...
    no 5 tu pun ok jugak...

    yg no 15 tu, padan muka..
    nk berserampang dua mata sangat kan.. :p


    potong stim bila tengah mimpi best2 terjaga..tengok jam pulak baru jam 5pagi.. napa tersedar ntah..

    ReplyDelete
  7. no 12 tu memang selalu terjadi... potong stim betul! lagi potong stim kalau kena masa nak buka puasa! grrr

    tengah syok taip entri kat blog, idea mencurah2 tiba2 black out, tak sempat save entri tu! arggghhhh...memang potong stim!!

    ReplyDelete
  8. hahaha...yg no 12 tu pernah terjadi pd bln puasa hari tu...

    semua lauk pauk dah terhidang, member semua dah ready nak buka puasa...

    sekali buka periuk nasi elok je biji2 beras tu dlm rice cooker...suis dah tekan, button cook dah ditekan..rupa2 nyer wayar periuk tu tercabut...hadoiii...

    ReplyDelete
  9. tengah elok2 download movie.. 100% download..setelah tngu 2-3 jam..then buka file..


    FILE CORRUPT!

    mmg ptg stim nak campak laptop rasanya!

    ReplyDelete
  10. potong stim bile tengah mimpi baik punyaaaaa, tetibe orang kejut grrr

    ReplyDelete
  11. Ffffuuu, mamat ni jiwang terus sekrang ni.. kkekeeke

    ReplyDelete
  12. yg no. 12 tu, biasa terjadi kt mak. bukak rice cooker, tengok elok jer beras berenang2.

    yg last, biasa kena kat aku la.. semgt nk nyanyi sorng2, kuat2 dlm kereta, nak lepas tensen, tp tk ingt lirik.. ishh..

    ReplyDelete
  13. hahah..keras perot aku gelak baca entri ni..

    kenapa orang cakap potong stim eh? stim tu natang ape sebenarnye?

    ReplyDelete
  14. no 9 gn 21 tu mmg taleh blah hahah :p

    ehem/ ni msti slh satu penah dibuat ye dak. haha

    ReplyDelete
  15. sentap aku, smp ati kate gitu T_T
    potong stim x? haha

    peristiwa potong stim:

    tgh2 teruja nak blk tepat2 kol 6 skali bos kate 'why so early?' sambil tersenyum. mencik!

    tgh syok tgk tb, crite pun dh smp klimaks tetiba iklan, haktuih sungguh kahkah

    ReplyDelete
  16. Nyah baik ko ngaku semua tu di adaptasi dari pengalaman ko sendiri.. kan??kan?? kan??

    Paling potong stim kalau nak update blog.. idea tgh melimpah ruah, dah terbayang2 ayat2 power nak tulis.. sekali baru clik new post shahila dah bunyi alarm... ek.. ek.. ek.. pergi layan dia dulu, lepas dia tido, ayat2 power pun hilang.

    ReplyDelete
  17. komen kak lekit mcm ade kaitan dgn sy.kah kah kah.Baru nak nulis konon2 ayt puitis sekali imani mintak buat kan susu.lepas tue join sekali dia tgk tv.

    lagi potong stim tgh tido nyenyak sekali celcom hantar mesej iklan dan lps tue mata dah takleh lelap.rs nak baling je hp.kehkehkeh

    ReplyDelete
  18. perut tengah lapar, masuk dapur goreng keropok lekor.
    baru sekejap goreng, tetiba gas habis.
    potong stim betulll.

    ReplyDelete
  19. Aku ngah sedap-sedap chatting ngan awek cantik kat fb...tetiba bateri kong...dem~!

    ReplyDelete
  20. nurpiska : saya jrg tak cukup masa. selalu kuar dewan sejam awal..haha

    Aesya : nasib baik tepi timun, kalau dalam sambal kerang boleh nampak?

    Nazrul : ia akan potong stim kalau kau baca sambil bawka motor dekat LDP.. haha

    missenget : hari tu aku mimpi jadi anak angkat Ctnurhaliza.. pastu terjaga sebab nak kencing..

    mas Saari : skrg dah ada auto save kan? pakai dashbord baru ke lama?

    Bintang hati : saya sendiri dah 3, 4 kali jadi.. paling tension kalau dah lapar sgt kan..

    Cik Bambam : terus rasa nak beli VCD cetak rompak kannnnn

    tfa : tdo balik cpat2 dgn harapan dapat smbung mimpi..

    Akim : musim serabut jiwa la...haha

    Aya Yus : mesti kau isi lirik2 yg takde tu mcm aku gak kan Aya? haha

    Cik Sha : stim? ala malu la nak terangkan.. ko agak2 je dah la..

    Puteri Ika : jom mandi pool!

    EZAn Idma : taik idung tu dah dua kali terkena ngan awek.. haha

    Jue : sentap tang no berapa? hahaha
    kene tegas ngan bos, jawap.. deyyy OT mana? ot mana????

    Lekat Lekit : tu sib bek Lala yang ek..ek..ek.. kalau bapak lala yang ek.. ek.. ek... mcm mana?

    Nin Ahmad : lain kali offline henpon kalau masa cuti2.. saya selalu buat.. haha

    atiqah : lain kali sediakan kayu api belakang dapur..

    PB : kalau awek tak cantik ko potong stim tak?

    ReplyDelete
  21. .. sampai 25 contoh. hehe!

    *kenapa STIM???

    ReplyDelete
  22. mak aihh, banyak benor citer potong stim dia.

    tapi no 16 tu, haha. kesian ;)

    ReplyDelete
  23. tengah sedap2 tidodiwaktu hujan yang sejuk...tetiba ada bangla mane tah dok bising2..

    putu mayam..karipap..
    putu mayam..karipap..

    hooo..rasa nak g sepak je..

    ReplyDelete
  24. Potong stim.

    Lokasi: Toilet Ofis

    Aktiviti: sedang menjalankan ativiti perkumuhan skala mega dengan penuh kestiman.

    Tiba2 pintu toilet kena ketuk.

    TOK TOK TOK!

    Reaksi: buat x port sambil berdehem. ehem! ehem!

    Makcik Cleaner: eksekuis Encik, toilet ni sumbat, xboleh pam.. Kalau pam NNt die melimpah..

    Ketika itu dunia dirasa kecil...kubikel ini semakin sempit..

    tiada lagi pergerakan nikmat di rasai di usus besarku.

    STIM KU DIPOTONG.. halfway lagi untk penamat.. Ohhhhh

    pastinya makcik akan berdiri depan pintu dan melihat aku keluar..sambil meninggalkan hasil kumuhan mega disitu.

    dan selepas ini dia bergosip dengan rakan sekerja.

    ohhh...

    Hilang lagi stim kerja untuk sebulan..

    Pesanan ikhlas Pada unit Engineering.

    LAIN KALI TUTUP AJE TANDAS YANG ROSAKK JANGAN BIAR TERBUKAK!!! JANGAN POTONG STIM!!

    ReplyDelete
  25. Potong stim:Syok baca entri lama kat blog org, refresh terus not found, mencik r..

    By: jerung

    ReplyDelete
  26. potong stim bile--> pepgi bukak blog rasa hati ni tetiba bos ade kat blkag..demmmmmmm..teros tkan X

    ReplyDelete
  27. Blog tips kurus : ni pun sib bek tahan. kalau tak mahu 35 contoh... stim sebab panas melampau.. air berubah menjadi wap..

    Nurul Iman : no 16 tu benar terjadi wakakaka

    pjah : Bangla jual putu mayam ngan karipap??? advanceee

    hang Kebun : cerita kau best.. masa ko berat tu keras ke cirit? uewwww.. jap bygkan mkcik cleaner setelkan masalah ko mcm mana.. makcik tu mesti potong stimmmm

    Jerung : blog sape? blog i ke?

    Aszhanie : lainkali rekemen bos tu baca.. terus dia ikut jugak tiap2 pagi.. kekeke

    ReplyDelete
  28. tengah syok baca dah masuk pulak psstt 1 2 3 tu.. aduh.. takde sambungan lagi ke.. potong stim betullah..

    tapi jangan buat entry durian.. terbau-bau nanti sebab tak suka, habis potong stim.. mau ku tak baca entry tu nanti.. hahaha..

    ReplyDelete
  29. bila nak buat cerita pasl kucing plak??saya suka kucing..comel je Abun tgok

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...