November 8, 2011

Drag Queen Malam Rabu

Assalamualaikum...

Selamat kembali bertugas selepas bercuti panjang sempena Hari Raya Korban dan selamat Hari Raya Haji kepada semua kawan-kawan pembaca.

Korang perasan tak aku selalu sebut Drag Queen Malam Rabu?

Penulisan-penulisan yang lepas seperti kisah Dedikasi buat Bootuck, Bagaimana gay menggoda lelaki lurus, Mengundang Fitnah dan Isu memerdekakan seksualiti menunjukkan aku seakan mahir dengan kehidupan seorang gayboy. Kalau korang nak tau kisah Bootuck, korang klik SINI.

Tetapi, mengapa Drag Queen Malam Rabu?

***************************

Pada satu hari Bootuck ajak aku pergi teman dia dan kawan-kawan lepak dekat KL, kebetulan pada masa itu aku syok dekat Risya,jadi ada lah peluang aku untuk berjumpa Risya bila keluar dengan diorang.

Pada masa dulu, KL sangat cemerlang gemilang dan terbilang dengan kelab malamnya, atau dalam istilah budak-budak disebut 'clubbing'. Nama-nama kelab yang femes adalah Orange, Beach, Nouvo, dan Backroom. Namun ada satu kelab khas buat golongan-golongan Gayboy, nama kelab itu ialah Velvet. Tapi banyak dah kelab-kelan malam ni dah melingkup dah diganti dengan kelab-kelab baru.

Sebagai seorang anak muda yang baru nak kenal dunia, aku mencuba-cuba untuk merasa pengalaman berclubbing, walaupun pada hakikatnya aku tak suka dunia clubbing kerana bagi aku ia tidak selesa, bingit, cover charge mahal dan senang cerita ia bukan dunia aku.

Satu malam tu, Bootuck bawa aku pergi lepak Taman Bunga Raya dan makan nasik lemak di warung tepi jalan. Semua yang lepak bersama memang jantan-jantan habis, dressing jeans rugged dan kasut Converse Chuck Taylor.

Bila sudah selesai makan, semua bergerak ke Sungai Wang Plaza, pada hemat aku mungkin diorang nak shopping beli baju.

Bila sampai dekat satu butik baju-baju couture, aku mula rasa pelik sebab semua jantan-jantan gagah yang lepak dengan aku makan nasik lemak itu sudah mula kehilangan skru terutamanya di bahagian pergelangan tangan dan juga siku, peha mula terkepit dan jalan mula terkepot-kepot.

Meskipun pada mulanya aku dapat agak bahawa diorang ni geng-geng nyah, tapi aku tak sangkalah dua orang lelaki jantan berjambang hijau itu mula menunjukkan sindrom lemah gemalai. Bila diorang dah ambil gaun nightdress, aku dah confirm dalam hati yang diorang ni nyah cover - siang - Syafiq - malam - Syafiqah.

Lepas diorang dah try baju nightdress putih lutsinar itu, aku terus ternganga tengok, Rizal sudah jadi Erin, jambang hijau telah hilang diliputi foundation setengah inci, kini Erin sudah buat magic, dadanya sudah mancung 32 A, punggungnya sudah bulat dan pinggangnya mula berbentuk anak dara sunti.

Bila aku tengok dekat-dekat barulah aku tau rahsia Erin di sebalik punggungnya yang bulat dan tonggek itu, rupanya dia pakai padding dalam girdle dia.

" Zul, okey tak bumper mak? kalau tak cukup mak nak tambah padding lagi ni nok"

" Cukup la tu, kang tebal sangat ketat pulak, mau biru muka kau"

" mesti kau terkejutkan Ikar, tengok aku?"

" tak terkejut aihhh... cuma rasa seram-sejuk je sikit"

" Mak malam-malam ada event je jadi Drag queen ni, hari biasa jadi barista dekat starbucks nok"

" tu aku tak heran sangat, cuma yang aku pelik, celah mana kau sorok belalai kau ha?"

" Choiiiiiiiiii!!!! kepit la nok!"

********************

Rupanya pada malam itu, geng-geng nyah itu sudah ada event besar, malam itu adalah malam pertandingan ratu cantik pondan dekat Federal Hotel Kuala Lumpur. Aku takdelah pergi join diorang, aku hanya lepak mapeley belakang Bukit Bintang je.

Dipendekkan cerita, Erin and the gang kalah pada malam tu, bila diorang semua nak balik, diorang ajak lepak dekat Orange Club konon-konon nak release tension mengubati hati yang lara kalah pertandingan ratu cantik.

Sudah adat menumpang, aku pun ikutkan je, tapi aku tak berapa sedap hati sebab Erin dan kawan dia taknak salin baju, kecoh jugak dalam kereta suruh diorang ni salin pakai baju jantan balik, tapi diorang konfiden habis taknak salin, nak pakai jugak nightdress putih transparent kain lace tu...

" Nok..tukarlah baju kau tu Nok, tak sesuaila nak masuk Orange drag-drag ni, mak tak rela orang panggil mak ni mak hayam okeyh!"

" eee kau ni sally, kau tak tau ke malam ni malam apa?"

" malam ni malam rabu..dah tu kenapanya nok?"

" Malam rabu....malam rabu kan girl's night!"

" habis tu, kalau girl's night kenapa nok?"

" kalau girls night, haruslah gigirls masuk free kan?? tak payah bayar, apa ke lembap sangat kau ni nok??"

" Helloooo, girls night untuk girls okeyh, kau tu feeling sangat lah yang ko tu girls pakai nightdress tu??"

" Haruslahhhh, mak kan prom queen, marvelous gitu, baju lace okeyh! very very the Ratu"

" kau.... konfiden sangat... kalau kau kena halau dengan abang bonzer tu mak taknak mengaku kau kawan okeyh"

" eee mulut kau tu memang Laaahar..choiii"

Masa diorang duk sembang-sembang strategy nak masuk Orange club free  for girls night, aku dah ngekek-ngekek gelak, perasan gila yang dia boleh lepas. Konon - konon Erin tu muka gadis sangatlah sampai bonzer tak boleh perasan.

Bila dah siap parking semua, aku jalan jauh sikit belakang diorang, aku tengok je gelagat bootuck and the geng try nasib. Bila sampai depan night club, Bootuck lepas masuk dalam dengan bayar RM 35 cover charge, zetty semua pun lepas, bila sampai turn Erin ni, abang bonzer tu tengok dia atas bawah. Lepas dah tengok dia mintak IC.

Malang Erin sebab nama dalam Ic dia bukan nama perempuan, Muhd Rizal...

walaupun dia pakai nightdress lace putih transparent..

walaupun dia buh padding dalam girdle.

walaupun dia pakai bra span 32 cup A

Walaupun jambang hijau dia dah kena cover dengan foundation...

Tapi dia tetap jantan yang berbelalai gajah.

Malam itu dia bukan girl yang ayu yang menawan Kalbu...

Dia hanyalah Drag Queen Malam Rabu.


Nasib baik aku jalan jauh kat belakang sikit, terus aku blah gi lepak jauh-jauh kat jalan Pinang, kalau tak malam tu dah tentu aku  kena chop jadi bapak ayam bawak nyah cari pelanggan. 

Terus aku serik nak pergi lepak clubbing dengan diorang, tak dapat ngorat Risya pun takpelah, dari kena hambat dengan Bonzer. Sejak dari tu, bila aku teringat balik muka Erin gelabah menjawab status jantina sambil pakai gaun nightdress mesti aku senyum sorang-sorang.

Kenangan Drag Queen Malam Rabu.... Very very the Confident kan korang!


Gayboy mungkin berperwatakan jantan dan tidak pakai baju perempuan,  Pondan/Maknyah pula lebih suka pakai baju perempuan dan lembut-lembut feeling gigirl, Drag Queen pula susah nak jangka, ada yang Nafsu normal tapi bila datang mood  ghairah dia pakai baju perempuan, kadang-kadang dia Gayboy watak jantan, tapi dia pakai dress melaram mcm ratu..


P/s " weh nurul, apsal kawan-kawan kau dressing drag queen, pakai wigs bagai tapi kau taknak ha nurul?"
       " aku teringin sangat ikar nak pakai wigs, tapi tak boleh"
       " kenapa pulak?"
       " sebabnya, bila aku pakai wigs muka aku bukan jadi gigirl tapi jadi panglima hang tuah"

p/s II semua nama disebut di atas bukan nama sebenar.

17 comments:

  1. haha, Ratu cantik mayah...woit, geli aku bace tadi...huhu

    ReplyDelete
  2. rebellion : kau baru baca dah geli, aku tengok dan bergelumang masa tu seram sejuk bulu tengkuk aku, rasa nak balik tahan teksi tau tak..haha

    ReplyDelete
  3. cuba bayangkan kau pakai wig + mekap seperti perempuan *kahkahkah

    ReplyDelete
  4. aku ade pengalaman mcm ni gak, kwn ajak kuar lepak2 mlm hari, skali dia bwk aku lepak kat gurney di penang dgn geng2 yg aku sangkakan ok, lepaih2 tu jd transformers, tobat dh aku xjoin kwn aku tu :-)

    ReplyDelete
  5. kadang2 susah kita nak selami hati orang macam ni kan? bukan kehendak mereka sebenarnya tapi mungkin faktor lain yang mempengaruhi!

    tapi saya respek awaklah sebab boleh terima kawan yang macam tu..

    ReplyDelete
  6. aku terbayang kalau la ko nak cover misai & janggut ko Nyah.. agaknya ko pakai purdah kot. Yelah.. takat foundation 18 inci tebal pun blom tentu dapat cover.. wakakakakaka. Aduhai Nyah.. kelas ko! Nasib baik ko tak terpengaruh kan?? wakakakaka

    ReplyDelete
  7. mujur laa ko tak terdrag sekali kannnn....


    kalo tak, rupa apa laa aku jumpa aritu.. :p

    ReplyDelete
  8. GR : takyah bayang, aku pernah buat dulu, cuma tak pakai wigs la, pakai tudung berlakon jadi mak kepada anak derhaka sakaratulmauttttt.. hahaha

    Azat : sama la kes kita ni.. ni namanya kes terjebak wakakaka

    Mas Saari : diorg manusia gak.. tapi geli tetap geli.. kekekeke

    blog tips kurus : akak ckp kat sape ni? hahaha

    Suria Lekat lekit : wakakaka pakai purdah.. aku kena pakai purdah dengan tali pinggang belly dancer la nyah.. wakakaka

    Miss senget : ala ko ckp mcm tu, sentap la wei.. dah la aku jln lemah lembut bak kate kooo...

    ReplyDelete
  9. gaya bahasa ko ..bila aku baca dah mcm nyah ..hehe

    kawan aku ada sorang membe pengkid.beria budak pengkid tu cakap..pose tahun ni dia nak pose penuh.siap janji lagi tu..
    tapi masalahnya walaupun pengkid tu beria janji nak pose penuh tapi boleh ke??miahahaha..

    ReplyDelete
  10. bhahahahahaha... nape eh nyah2 ni perasan yg derang ni mcm pompuan btol. Tolong la.. tukar cane pun, kelakian tu tetap nmpk sbb dh mmg ciptaan Allah begitu..

    p/s: tp golongan ni baik2 kan..
    p/: syukur la dh tak pegi lg, dan yg penting tak terpengaruh.. klu x.. huwaa...

    ReplyDelete
  11. hahaha...kelas dorang tau..alat mekap je pun kalah pompuan tulen..tp best jugak kwn ngan dorang ni...:)

    ReplyDelete
  12. festime dgr term 'drag queen'... ada jugak makhluk macm tu ea...

    sedeyh tgk golongan-golongan yg x bersyukur nih.. doakan la moga diorang sempat bertaubat

    ReplyDelete
  13. ayoooo tekezut ingtkan ikar yg drag tadi :P

    ReplyDelete
  14. dalam aku membace dan mengamati entry kau ni, aku terfikir sesuatu.. ape beza pondan ngan bapok... ngan lelaki berperwatakan lembut..?

    ReplyDelete
  15. pjah : ala pjah, dia nak feeling2 boboy la tuuu :P

    Jue : kalau terpengaruh.. habis arrr. tak dapat lepak mapeley..hahaha

    bintang hati : best kwn ngan dorang, tapi kena tau limit..

    AD : kalau ikar drag.. haruslah drag afeez sekali.. hahaha

    Sam Banjamin : ada bezenya kot.. ke sebutan je.. ce ko wat entry huraikan

    ReplyDelete
  16. err..aku ade la berkawan dgn lelaki lembut2 ni..tapi tak pernah lak tgk dorg transform jadi gegirl bile malam..haha..

    tapi aku ade sorang kawan lelaki yg lembut terus forever transform jd gegurl..siap ade 'nasi lemak' ori oke sebab makan pil hormon..kulit putih mulus..dress up pun seksi nak mampos..belalai die aku tak pasti die bedah jadi v ke tak..tapi totally nmpk mcm gegurl..kalah gegurl ori..dah ade 'suami' pulak tu..erk..(-_-")

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...