September 25, 2011

Mengundang Fitnah

Assalamualaikum...

Jangan mengundang Fitnah, tapi kesilapan mengundang fitnah itu tidak boleh dijadikan alasan untuk tukang fitnah berpesta mengata orang. Fitnah Berdosa besar, lebih teruk dari membunuh.

Mungkin Zizan tak berniat nak kutuk Nabi Muhammad saw, cuma caranya itu disalah faham, script Hantu Bonceng itu script murahan dan perilaku dia berlakon menggelabah itu telah mengundang fitnah.

Mungkin Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah orang dalam Video tersebut, mungkin itu double dia, tapi faktor-faktor lain, dan kekaburan dia menjawab soalan untuk meyakinkan orang telah membuatkan dia mengundang fitnah.

Mungkin Tak logik Cincin  Datin Rosmah harga 78juta, dan bagi aku siapa yang percaya fitnah ni bebal, tapi perilaku dia yang hidup kelihatan mewah dan selalu berbelanja sakan telah membuatkan dia mengundang fitnah.

Mungkin Nik Aziz tegas dengan pendirian agamanya, dan dia  rasa dia berpegang dengan Tahalluf As-siyasi, tapi perilaku dia yang membenarkan Karpal singh dan DAP mencabar agama Islam membuatkan dia mengundang Fitnah.

Mungkin Mat sabu......... bla bla bla.. arghhh mat sabu bukan mengundang fitnah, dia memang teruk pun..

Aku jugak dulu pada satu masa pernah buat silap, dan kesilapan ini membuatkan aku lebih berhati-hati pada masa mendatang supaya tidak beri peluang pada orang untuk memfitnah, mungkin mereka itu memang suka memfitnah atau tidak sengaja memfitnah, tapi perilaku aku yang tidak berhati-hati telah membuatkan aku mengundang apa adik-adik?????

" Mengundang Fitnah Abam Zul!!"

" Bagus.. sayang korang semua, nanti abang masukkan korang dalam Bloglist dan promote blog adik-adik semua ye, jangan lupa letak header dan tulis tajuk abam zul blogger comel sepanjang zaman"

"Baik Abam Zul, kami buat habis baik!"

*************************

Mengundang Fitnah Satu

Pada tahun 2002 aku masuk UiTM Dungun, dalam entry lama aku dah banyak cerita pasal Uitm, jadi tak perlulah aku perincikan latar masa dan latar tempat dalam penulisan aku ini.

Aku study dekat UiTM dungun selama 1-2 bulan je sebab kepadatan student pada masa itu membuatkan kami semua boleh memilih samada untuk stay di sana atau transfer ke UiTM Shah Alam. Aku memilih untuk Transfer Shah Alam sebab aku bebai dan bengang bila tengok jadual kena pergi kelas kitchen pada hari sabtu. sepatutnya hari sabtu adalah cuti, kenapa pulak kena pergi kelas, lecturer jawab sebab terpaksa, student ramai sangat jadi kena tolak ansur, terpaksa masuk kelas kitchen pada hari sabtu.

Tapi sebelum itu, aku bahagia di kolej kediaman Gemia di Dungun, aku ada ramai kawan baik kat sana macam Mat Lan, Fadhil, Zizi dan ramai lagi, kat sana jugak kakak-kakak senior cun-cun dan diorang jugak ada beberapa kali puji aku comel.

" tengok sikit bibir damak...olooooo comel"

" comel ke kak? memang la comel, pakai lipstik nak berlakon jadi Mak"

" berlakon jadi mak?? oloooo comel... berlakon dalam pentomen jap lagi eh? chaiyok chaiyok!"

" okey kak, bye, habis berlakon jangan lari, belanja makan karipap pusing"

Korang tengok berapa kali dalam satu perbualan akak senior puji aku comel? tak lembik lutut kau bila akak cute puji kau comel? rasa terawang-awang tahu.

Tapi apabila kau sporting dan comel, kau bukan saja dipuji oleh akak-akak, korang juga akan mula menjadi buah mulut Ahkak-ahkak. Di Kolej Tenggol ada ramai senior lelaki yang tak berapa nak lelaki. Tapi jangan lah pulak korang anggap aku prejudis terhadap mereka.

Aku baik dengan ahkak-ahkak ni, tapi diorang tak boleh baik sangat, nanti tangan merayap. jadi aku jarakkan diri aku dengan selalu menegaskan..

" abang ni baik hati, pandai bergaya pulak tu"

" panggil la akak, kau tak nampak ke  spegheti akak ni damak?"

" Eh silap, akak ni cute la, baik pulak tu, tapi saya straight, saya suka yang ori je kak"

" Eeee perasan la ko ni nok, ko ingat ko tu Kendu mak taste la kat ko, pleasee..tak kuasa mak, mulut lahar sangat"

" ehehehe, ala tu pun nak sentap, kata URTV, baru propa sikit dah sentap"

" ehhh, lebih pulak budak ni tau, kang mak gigit kang!! dah lah, meh tumpangkan aku nak pergi Gemia kejap, ada anak ikan mak nak pinjam buku"

Pada masa itu, aku dapat hadiah Honda EX5 dari bapak aku, aku bukan mengada taknak naik basikal, tapi bapak aku dah janji kalau masuk Universiti dapat hadiah motor.

Walaupun Ahkak Nyah itu berakhlak menentang arus sedemikian, tapi tak dinafikan ada kualiti yang baik pada diri dia, dia rajin tolong junior dia, samada pinjamkan buku teks, uniform atau pinjamkan mekap, Aku baik dengan dia pun sebab aku nak pinjam mekap lipstik sebab nak berlakon pentomen jadi mak kepada anak derhaka bertajuk "Sakaaaaratul maaauuttttt"

Walaupun ejaannya adalah 'sakaratul maut' tapi aku taip macam tu supaya masa korang baca korang terbawak-bawak nak sebut macam bunyi dalam radio pentomin yang bergema-gema tu kan.

Bermula dengan menumpangkan Ahkak Emilia atau emy itulah bermulanya diskusi fitnah terhadap aku. Dan aku tidak salahkan mereka, sebab aku sendiri yang mencampakkan diri aku ke lembah fitnah. Walaupun aku berfikiran positif dan mengharapkan kawan-kawan aku bersangka baik, tapi mereka tetap jua manusia yang suka kepada rumors. Baru penuh masa lapang kan? takdelah penat guling gelentang je dalam dorm. Fitnah pun mula tersebar....

" woi woi, korang kenal tak damak? korang kenal kan dia kan?"

" kenal kenal kenal, kenapa wei?"

" dia tu junior lagi dah pandai angkut pondan naik motor"

" mana kau tau jep?"

"semalam aku nampak dia bawak emilia naik motor dia datang gemia, dari tenggol"

" Ishh tak sangka lah damak mcm tu kan? teruk betul, dah takde perempuan lagi ke kat Uitm ni, sibuk ngan pondan"

Ibarat permainan telefon rosak, cerita fitnah itu yang bermula dengan method Cerita-kawan-atas-kawan telah mula berkembang dan berevolusi.

" Woi woi, Korang tau tak damak? korang kenal dia kan?

" kenal kenal kenal, kenapa wei?"

" Dia tu Junior lagi, tapi dah jadi anak ikan pondan kat tenggol, aku dengar cerita dia dah main dengan emilia, dengar cerita gak dia dah kapel dengan pondan tu weh!"

" Mana kau tau jep?"

" ade budak bagi tau yang kawan dia bagitau, dia nampak damak bawak pondan pergi gemia dari tenggol, Pondan tu siap peluk dia lagi, tangan plak duk gentel-gentel.. geli aku weh, sumpah aku tak sangka damak macam tu"

" perghhhh tak sangka betul aku, nampak macam straight, tapi layan Nyah kaaaaaaan! damak damak"

Tapi nasib baik kredibiliti aku masih berbaki, disebabkan PR aku agak baik dengan ramai kawan-kawan gemia, Fitnah itu dapat dipatahkan sebelum ia menjadi kanser, bagaimana ia reda?

Ia reda dengan sendirinya apabila mulut-mulut puaka itu sudah kehabisan modal, dan ditambah dengan endorsement dari kawan-kawn aku yang menyatakan aku cukup sejati. Kalau tak cukup sejati lagi, meh aku taruk segenggam dua cenderahati di dahi..

" ala kau Zulfikar, statement nak Cover leetteeww, tak boleh blah, mana aku nak tau kau sejati? apa bukti?"

" Takde bukti, terserahlah kat kau nak percaya ke tak, cuma nak pesan, fitnah itu lebih teruk dari membunuh, dari kau fitnah aku lebih baik amik pisau ni tikam belakang aku, tapi make sure aku mati betul-betul, kalau aku mati main-main jaga kau"

Tapi yang penting, diri aku sendiri pun patut dipersalahkan jugak kerana perilaku aku telah mengundang fitnah. Sebab itu Orang selalu pesan supaya jangan menfitnah dan mengumpat dan juga jangan mengundang fitnah.

*************************

Mengundang Fitnah Dua

Masa aku praktikal dekat Intekma Resort, aku attached dekat Department Hot Kitchen, sebelum tu aku attached dekat F&B, Coffee house dan Housekeeping.

Nak dijadikan cerita, masa dekat hot kitchen, ada kawan aku yang nyah, nama dia Ayu. Aku baik dengan Ayu walaupun kadang-kadang aku meluat dengan sikap dia yang lupa diri.

Disebabkan aku suka menyakat Nyah dan suka bergurau, aku selalu ajuk-ajuk Ayu bila habis kerja. Ala macam korang duk ajuk-ajuk punch-line pondan macam "sentap mak nok" dan " Tak kuasa mak"

Pada satu hari, acting aku menjadi-jadi, mungkin aku terminum kopi kacip fatimah yang ada estrogen atau aku seronok sangat sebab dalam akaun ada duit bapak aku masukkan, jadi gedik lebih.

Dari sekadar mengajuk Ayu macam biasa dengan ayat-ayat standard Nyah.......

" Wahhh kau.. keeeeelas kau nok, walaupun muka kau kertu tapi rambut tetap hazel nok!"

" Haaaruslah!... kau ingat mak tak mampu ke? mak kalau tak color rambut mak, mak tak keluar rumah tau, kau mampu??

" Tak mampu mak nok!"

Daripada sekadar menyakat macam tu, aku terlebih-lebih pulak pergi menari Cha-cha gaya Cikgu Linda Jasmin dekat Koridor Kitchen. Dengan Niat nak buat lawak, sekali datang Chef tenung aku dari jauh.. agak-agak lama baru aku perasan.

Dalam hati aku berdebar-debar, "ahh sudah, jadi cerita lah pasnih ni adoiiii"

Memang tepat jangkaan aku, lepas tu Chef tu pergi jaja cerita dekat akak-akak kitchen helper. Aku dengar diorang soksek-soksek...

" Zetty, kau nak tau tak Ty... Si Zulfikar tu rupenyeeeeeee Aww! rupa je misai jambang lebat, tapi patah kau tak Zety"

" Ishhhk abang ni, saya tengok takde lah, dia straight la bang"

" Straight kepala hotak kau Ty, kalau straight kenapa semalam aku tengok dia boleh menari Bosannova dengan ayu, bukan main rancak lagi kau tau tak?"

" dia gurau je tu kot bang"

" eh taklah zety, sah dah dia tu aww.. habislah pecah lobang dia"

Tapi aku pun suspek abang chef tu aww, sebab bila dia minum guna gelas mesti jari pinkie dia lentik, pastu bila jalan mesti nak kalis kalis rambut dulu, tapi aku taknak la fitnah dia, mungkin jiwa dia berpewatakan lembut tapi masih  bernafsu normal. bersangka baik itu kan bagus.

Berbalik pada soksek-soksek tu. Perrghhh masa tu, kecoh kejap dekat hot kitchen perihal fitnah ni, tapi nasib baiklah wabak fitnah ni tidak sempat berkembang biak. Mungkin sebab  kisah aku mengajuk nyah itu tak cukup kuat untuk dicompare dengan EX5 ruget aku kot. Gila...Nyah nak bawak EX5 ekzos bocor. Buruk benor rupenye wei.

Takpun mungkin sebab muka aku ni takde langsung potensi nak jadi Miss Universe kot.

" takpe, nanti Mak pakai susuk, mesti melets... curlasssst kau nok! main dengan mak? susuk berlian tau tak? kau hadooo??? nan hadddoooo"

Tengok!!! aku buat lagi, kang orang ckp aku blogger Nyah kang, tak pepasal..mampus.



aku rasa gambar ni dah recycle kot. aku pernah guna rasanya, tapi lantaklah, dalam album aku ada pict ni je pun masa kitchen, pict lain ade kat dak pompuan kot.. sapa ada nanti tolong upload FB k...tenkiu








p/s korang jangan selalu ajuk-ajuk Nyah dan perempuan gedik yang suka eje leetteww, sajeww sukeww tu banyak sangat tau, nanti org salah paham kalau 1st time kenal korang, ataupun korang lama2 jadi selese dengan ajuk tu, korang pun tak sedar telah berubah menjadi Nyah atau Perempuan gedik Ittewww...

p/s/s tengok aku dah buat ittewww lagi, baru je lepas nasihat.

28 comments:

  1. Haha fitnah mmg bahaye

    tp part mak nyah xthn nk gelak. Ade ke kate auwww. Tgk grg je ritu

    ReplyDelete
  2. selamat pagi Iffah : ada wat lawak aww masa study2 dulu.. hahaha, garang ke? mana ade garang, comel kannn?

    ReplyDelete
  3. Hahahaha.tuelah suka perasan comel kan orang dah tuduh auwww.

    masa sekolah menengah sy ade kwn yg auww tapi dia baik gila.sy suka usik dia sampai dia ckp 'kau nei nin suka tau usik aku,tapi aku xkish sbb ko usik usik manja'hahahahaha.


    kwn baik sy sekarang,lembut tapi berjiwa normal.hahahahaha.

    tapi lelaki yg lembut kebanyakannya baik,bercakap pun lembut je.i suka tau. :)

    ReplyDelete
  4. Nin Ahmad : wahahaha, saya suka kawan ngan nyah sebab diorng lawak.. lawak lucah pun banyak...hahahahahaha

    ReplyDelete
  5. membaca entri ko kali ni selepas makan nasik lemak seringgit embuatkan aku terlupa jantina ko sebenar,hahahaha

    ReplyDelete
  6. Noi : ko jgn wat lawak noi.. takkan ko lupe aku jantina ape.. seram ni noi... kemonnnn u r my freeenn hahahahahhaha

    ReplyDelete
  7. patut la ramai org-org macam tu ngurat ko...

    ReplyDelete
  8. kat gym gua ramai yg bengkok... lu nak berkenalan nokss??? hahahahhahaha

    ReplyDelete
  9. Agak kau Nyah aku selalu panggil ko Nyah ada orang salah faham tak??

    ReplyDelete
  10. dlu sek gugu ade member yg ala2 sotong tp bila dia b'ckp,tu diaaaaa pedasnya bahasa.. langsung x mcm sotong pulak.

    ReplyDelete
  11. hahaha.
    terbaik.
    betul lah.
    fitnah tu memang satu dosa.
    tapi mengundang fitnah juga satu perkara.
    tapi as long as kita tahu benda yang kita buat tu betul.
    tak salah di sisi agama.
    cuba sedaya upaya untuk elak apa taik yang orang akan kata.
    pada gua itu tak mengapa.
    tapi kalau saja-saja bergambar berpeluk dengan penkid.
    botol arak atas meja.
    apa dok.
    dah macam "jemputlah-fitnah-gua-jemputlah".
    tapi bab bonceng pondan tu.
    pada gua itu kelakar.
    haha!

    ReplyDelete
  12. hahaha..
    memang tak sesuai kot jd nyah.. muka jantan giler kot

    hahaha
    apapun fitnah tu perkara biasa.. bisalah kalau kita tak sahih satu2 perkara,,, dan perkara tu memusykilkan..

    anggaps aja orang caringt entang kita.. hahaha

    ReplyDelete
  13. curlaaaaaaaaaaaaasssssssssssstttt nkoooo abang cheppppp! hahaha~

    best pulokkkk kakak froggy baca...

    ReplyDelete
  14. eeeewwwwwww!!! tak suka ejaan fancy macam itu! 'tak sesuai!'

    *si JEPP tu mulut tak insuran betul! (tumpang emo..)

    ReplyDelete
  15. bab kau bonceng pondan tu memang tak menahan...hahahaha...

    sumpah aku takleh berhenti gelak nih...kah kah kah...

    ReplyDelete
  16. missenget : ape yg patutnya shila??

    Lediagli: taknak, mak nak yang ori jeee..

    Lekat lekit : setakat ni belum ade apa2 kegusaran.. hahaha

    cik gugu : pondan mulut mmg puaka.. hehe

    Boxer kedut : tu ponden bonceng, ko bygkan kalau aku yg bonceng? tak ke haru?

    Ikhram : sib bek ko ckp muka aku jantan... selamat mak nok! hahaha

    Sunah Sakura : Kak Froggy suke ye?? amboi kanmain lagi dieeee

    Blog tips acik : eewwww baru la comel kan?haha

    Anti anak ikan : ko bygkan lebih2, jangan nanti ko teringin plak..

    ReplyDelete
  17. panjaang gila cita fitnah ko beb! hahaha... paling best nyah tu... haih!

    "perkataan yang baik itu sedekah"

    kempen terbaru: jauhi fitnah!

    ReplyDelete
  18. dalam diorang duk fitnah2 tu, diorang tak perasan yg ko sebenarnya kretif... orang yg kreatif dan spoting je boleh buat mcm tu... eleh.. senang cakap jiwa seni... org jiwa seni ni, senang nak selam hati orang.. dan senang nak absorb suasana walau kat mana pun tercampak... ape diorang tau.. ade mak kesah?

    ReplyDelete
  19. fitnah ni.. ibarat kita bunuh 1000 org muslim woo..
    be a man..

    ReplyDelete
  20. lebih baik diam-diam jer lau nak elak fitnah berlaku.

    hehehe.. aku ingat ko memang pandai menari

    ReplyDelete
  21. abam zul..wahaha..come lote demo..

    lawak nyah memang byak lucah..kekadang yg tukang dengar lak yang malu..=p

    ReplyDelete
  22. aku sudah banyak baca tulisan2 kau dan ianya hebat2 terutama sekali yg berbau politik.

    Cuba kau tulis cerita penuh tentang tok2 guru atau ustaz2 yang tidak boleh di tegur dan di perbetulkan.Kenapa dan mengapa org2 yang berupa islam ini begitu teruk sangat sikap dan caranya.


    Islam sangat mulia tetapi org2 islam yang paling celakaz sekali sifat2 mereka .Kalau orang2 arab lagi kurang ajar dan biadap.

    seeloknya org melayu di perkenalkan dgn org2 arab ini dan baru mereka tahu dan faham kenapa sampai hari ini negara arab dan org orab tidak mampu bersatu dan duduk semeja!

    israel hebat kerana kebodohan dan kebebalan orang arab!

    ReplyDelete
  23. uiittt panjang..letih ahkakkk nak baca dekk nonnn...

    ReplyDelete
  24. ehem.. so ko betul2 lurus la kan..

    tp kan aku suka je kwn ngan derang, derang suka tolong org :D

    ReplyDelete
  25. good point.kadangkala kita tak sedar yang kita MENGUNDANG fitnah.kena behave elok-elok lepas ni. o.o

    btw i find this post funny.dont know why. haha :D

    ReplyDelete
  26. hahaha..aauwww!

    aku rase takde manusia pernah terlepas dari difitnah kot..kalau baik kena fitnah jugak pe..biase la, manusia ni kebanyakannye perangai memang asyik nak medengki je..kalau dah baik pun difitnah, lagi la kalau jahat..kan?

    ReplyDelete
  27. eh?? Senior aku kah ni? aku culinary arts uitm dungun tahun 2006~

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...