Masa aku pulang ke rumah dari kampung pada hari sabtu lepas, aku singgah di R & R Behrang. Tidaklah dapat aku berhenti di R&R Tapah sebab kereta terlampau padat, dan dari tepi highway dah mula nampak kesesakan. Lagipun pada masa tu perut aku kenyang lagi lepas taram Thosai, Roti canai dan Nasik Lemak kat rumah Mak andak di Kampar.
Akibat dari resipi cocktail sarapan yang sangat rakus tersebut, di tambah pula dengan makanan malam sehari sebelum itu iaitu Jeruk maman dengan sambal belacan telah membuatkan perut aku bernyawa.
Kenapa Ia bernyawa? sebab aku rasa dia telah mempunyai satu perwatakan sendiri. boleh berbunyi-bunyi ibarat melodi indah yang tiada terperi. Apakah tandanya itu wahai pak nujum yang bijak laksana?
"Sudah tentulah perut itu ingin menyatakan bahawa dia mahu berak. nak cerita pasal nak berak pun ayat berpusing-pusing, No wonder lah kau boleh karang panjang-panjang..huh!"
Tapi sebelum berak, dah tentu aku rilek dulu, sambil makan mee kari chinese style, tapi foul sebab masin, lepas tu hantam pulak Pau Yikmun dan Ipoh white coffee ais. Tapi setengah jam sebelum gerak, aku rasa macam tak yakin dengan pertahanan tubuh. nanti tengah-tengah driving nak membuang, tak ke haru nak cari longkang.
" eh korang pernah berak tepi longkang tak sepanjang hidup korang?"
Jadi aku ambik kesempatan untuk lepaskan hajat dekat toilet R&R Behrang, Toilet dah la tak best, orang pulak ramai, toilet seat cover tercabut dan comot. Ada bekas kaki orang mencangkung atas tu. Bau jangan cakap la. Tandas mana pulak yang wangi ye dak?
Tapi disebabkan aku dah darurat, aku buat cool je pergi berak kat situ, cepat-cepat aku masuk dalam toilet seat jenis duduk, sebab ramai orang buat tak peduli, diorang tetap beratur depan pintu toilet cangkung, aku pulak jenis tak kisah, aku jenis praktikal, bukan sentimental.
Korang pernah tak rasa perasaan macam ni? perasaan di mana kelakuan asas hidup yang tersorok, yang korang belajar dari pengalaman sendiri dan korang jarang tengok orang lain buat, dan korang tertanya-tanya betul ke aku buat ni? standard ke cara macam ni? atau aku sorang je buat? contohnya seperti dibawah..
1) Aku sorang je ke orang Melayu yang berak duduk atas toilet seat dan tak mencangkung walaupun public toilet tu tak berapa nak bersih?
2) orang lain kalau berak toilet seat, dia tanggal seluar sepender dia semua sampai bogel atau dia turunkan seluar dan spender sampai paras lutut sahaja? kemudian duduk berak macam mat saleh dalam movie hollywood?
- kalau aku, aku akan tanggal semua seluar gantung kat pintu, tinggal stokin, kasut dengan baju je, aku tak reti buat macam orang putih berak sambil turunkan seluar dekat lutut atau ankle. Sebabnya aku rasa macam tersangkut je, pastu aku rasa macam seluar aku akan meleret kena kat lantai toilet yang basah dan kotor dan mungkin ada saki baki najis.
- lagi satu, bila aku berak, nanti nak basuh pulak, air paip plak meleleh kena kat seluar, habis seluar basah, pastu nanti keluar dari jamban, orang cakap aku terkincit dalam seluar pulak. tak ke haru nanti.
3) selalu Jamban awam takde sabun dalam toilet kan, jadi aku sorang je ke basuh tak pakai sabun, atau orang lain bawak sabun spare dalam poket, atau diorang amik sabun dekat sinki letak kat tangan? atau semua orang pun buat macam aku jugak.
4) Kalau aku berak, sekali bekalan air terputus, adakah aku sorang je yang akan beristinjak guna tisu dan buat tak reti je sampai rumah, atau orang lain akan jalan kengkang-kengkang pergi cari air jugak?
5) aku sorang je ke berak sambil berangan dan dapat idea nak update entry pasal berak dekat R&R atau orang lain pun berangan mcm aku?
Banyak betul persoalan aku wahima tengah berak je pun kan? Tapi cuba lah korang tolong jawabkan sedikit sebanyak, kot kot boleh tenang jiwa aku terhadap misteri berak ni.
**************
Ilmu Feqah asas silibus darjah 5 Sekolah agama rakyat menyatakan bahawa cara-cara beristinjak ada beberapa cara iaitu :
1. Menggunakan air, basuh sehingga diyakini hilang bau, warna, rupa dan rasa.
2.Hilangkan Najis menggunakan benda kering seperti daun, batu dan kayu. Caranya adalah :
- Sapu najis dengan menggunakan 3 ketul batu/kayu/daun atau kertas, atau gunakan tiga penjuru yang berlainan pada satu batu/kayu itu sahaja sehingga diyakini hilang Bau, warna rupa dan rasa
3. Tidak menjadi syarat perlu bersuci kembali menggunakan air selepas beristinjak dengan bahan selain air.
4. Tidak menjadi Syarat perlu memastikan air tiada dahulu sebagai sebab untuk beristinjak dengan bahan selain air.
Dulu kawan aku selalu silap sebut Istinjak dengan Samak. hahahahaha, gila kena samak setiap kali lepas berak.
*****************
Sepanjang aku hidup ni, ada beberapa jamban public terhebat pernah aku jumpa. maksud aku jamban public adalah ia benar-benar public dan easy excess untuk orang ramai, tak payah lah nak mention pulak jamban JW Mariot, Shangrila, dan Holiday Inn.
Public toilet itu adalah di R&R Sungai Buluh highway NKVE, Jamban di Masjid Putrajaya, dan Jamban KL Convention Center dekat KLCC. Kalau sekilas ingatan, 3 toilet ni yang aku boleh ingat tanpa guna kaedah ingat lama-lama sambil tanya ahli keluarga. kalau ingat lama-lama tu maknanya Jamban tu tak berapa best cuma korang usaha nak bagi best je.
Toilet R&R Sungai Buluh luas, lantainye kering, ada blower setiap jam, ada banyak jamban dan ada tempat shower. Bak kata kawan aku Wan Narezuan...
" syok woi berak dekat RNR sungai buluh, bila hang berak, angin lalu bawah pintu tiup hang... layan je"
KLCC- Kuala Lumpur Convention Center |
**************
Tapi peristiwa yang paling lawak dan ngeri pada aku adalah kenangan berak beramai-ramai dekat Masjid Putrajaya.
Masa Zaman kami study dekat Uitm dulu, kami selalu keluar overnight, tah hape dicari pun kami taktau. Dari malam sampai ke pagi duk sukat jalan dari Shah Alam - KL- Subang - Pj, Advance sikit pergi Putrajaya.
Satu malam tu kami bertiga lepak Bangsar, makan dekat mamak apa tah nama dia, lepas makan kami pun gerak ronda-ronda, agak dah jemu kami buat keputusan nak lepak buang masa dekat Putrajaya, tapi dalam perjalanan perut kami semua sakit secara serentak, Sah-sah Food Poisoning.
Tapi Lecturer aku, Puan Saidatul marah betul kalau kami cakap Food poisoning, dia cakap istilah tu tak tepat bagi seorang graduan Food Service management.
" U all semua bukan kena racun tau! kadang-kadang u all sakit bukan sebab effect poison, tetapi beberapa faktor lain, Jadi sebagai orang yang study dan belajar HACCP, u all from now kena panggil keracunan makanan itu sebagai Food borne Illnesses, baru tepat..faham?"
" Faaaaaham Cik Shai"
Bila dah sakit perut, kami bersepakat nak berak bersama-sama dekat Masjid Putrajaya, punya best toilet tu wei, bersih, lantai kering, ada angin debush-debush masuk. Cuma yang tak bestnya, ada seorang hamba Allah bernama Shahril Husin.
Shahril Husin ini ada satu hobi pelik, dia suka nyakat orang masa berak, selalunya dia akan rakam kawan-kawan dia berak guna Henpon berkamera nokia dia... ada dua kaedah dia buat dajal, satu dia nyulur tangan ikut bawah pintu jamban, atau dia ikut atas pintu.....
Tapi disebabkan aku dah kenal lama dia, aku tau dia takkan tertahan godaan nak rakam kawan berak, jadi aku pastikan dia masuk jamban dulu, bila aku dah tengok dia selamat masuk jamban, aku pun masuk pulak.
Sumpah masa tu berak aku tak tenang, salah satu peristiwa berak paling tak tenang dalam hidup aku, sambil berak sambil pasang teling dengar bunyi pintu terbukak ngan flush, takut Shahril Husin keluar awal dan rakam gambar kami. Masa berak tu mata pandang-pandang atas pintu, ada tak tanda-tanda tangan jahat berserta Henpon kamera, pastu tengok-tengok pulak bawah pintu, ada tak tangan menyulur... perghh ngeri gila ahhh....
Tapi disebabkan aku suka makan sayur, jadi aku takde masalah sembelit. Aku pun jadi orang first selesai berak antara kami bertiga, tapi sangkaan aku tepat, lepas aku, Shahril Husin plak keluar jamban sambil sengih-sengih betulkan seluar dia, pastu dia datang dekat-dekat telinga aku..
" wei wei Ikar, mana Chewe wei?"
" tu, depan tu, belum habis berak lagi"
" hehehehehe, jom record gambar dia nak?"
Sambil dia cakap, sambil dia sengih-sengih keluarkan henpon nokia dia...Aku pulak, walaupun aku sporting dan suka nyakat orang, tapi aku tak sampai hati nak rakam gambar orang tengah meneran. serius ni aku tak sampai hati, malu ngan geli rasanya.
Tengah Shahril sedia nak hulur tangan atas pintu jamban chewe, aku dah gelak ngekek-ngekek, sekali Shahril tak jadi nak rakam ikut atas pintu tu sebab mungkin tak sampai hati kot.
Tapi kami sempat jugak rakam chewe keluar dari jamban, sambil buat muka panik macam watak kartun Arnab baru keluar dari lubang sarang, kepala pusing kiri kanan cari shahril, takut kena rakam masa berak. tangan plak jinjing kasut, nampak sangat chewe berak sambil bukak kasut, teruk betul, berak pun bukak kasut ke?
Tapi yang tak bestnya, Video tu dah kena delete ngan chewe, kalau tak mesti best gila aku upload letak kat entry ni kan??
Aku tak tau lah sekarang macam mana, lepas kahwin ni Shahril Husin ada lagi ke tak hobi rakam gambar kawan tengah berak.. mungkin kena buat reunion balik la, pastu buat scene kawan-kawan sakit perut, tengok dia tergoda ke tak nak rakam.. hahahahahahahahhaha
Gambar ini di tangkap malam kejadian, kiri Shahril Husin, Kanan Chewe. Best tak kualiti gambar henpon kamera nokia dulu2? |
P/s Tandas Awam mana paling best korang pernah pergi dalam Malaysia ni?
Tandas R&R dekat pantai bersih.tapi tak tahu ape nama R&R tue.kehkeh.
ReplyDeletepaling best dan syok adalah tandas kat rumah sendiri.kehkeh
kelakar gile entry you...hehhehehe...
ReplyDeletedetail betul ko cerita cara ko berak..
ReplyDeletehahaha...
aku penah gi RnR mana ntah..ada japan/korea punya pelancong..
duk beratur kt satu tandas..dengan pintu x bertutup, diorang cangkung je depan kawan2 diorg..
next..next..n next..
terkejut aku..!
tandas awam dlm tmn tasik perdana,dkt bkt aman tu, dulu tiap2 mggu jogging situ, kebersihannya terjaga, berbaloi bayar
ReplyDeletedan tandas awam di masjid2 besar, bersih wpun free.
tandas awam RNR PLUS pun ok, wpun free tetap bersih. sistem pengaliran udara yg efisyen. tandas cepat kering
cett.. pasal ni buat nk cite detail2..
ReplyDeletegile ko byk makan.. bak kate oghang melake, giler metekedarah ko nih, patut sakit peghot..
aku memilih toilet sket, klu ade bende yg tak sedap mata memandang, jgn harap aku nk masok, nak muntah haku.
toilet plg best.. kat uia.. haha, sentiasa bersih, dr toilet mahallah sampai ke toilet kuliyyah..
tp aku geram sket klu kat mahallah, pg punye le bersih, bile tghr dh start kotor, kesian aku tgk makcik cleaner tuh, kene sentiasa bersihkan toilet, amende tah yg derang buat smp kotor gitu.
amek ko pjg giler komen aku.. miahahaha
ape ke hantu betul perangai si shahril ni rakam orang berak..ahaha..
ReplyDeleteaku kalau tandas awam ni milih sket..sebab aku pembersih kot..kalau nak terberak sekalipun, tapi aku tgk tandas kotor ke, takde paip air ke memang 'potong stim' terus..aku rela tahan berak..bhahaha..
tapi aku setuju yg tandas rnr sungai buloh best!
aku xpaham apsal chewe cuak sgt. atau memang normal cuak mcm tu?
ReplyDeletejadi kalau normal kenapa kisah chewe dijadikan penutup?kenapaaaa?
hahaha..tak ingatlah jamban mana yang best.jamban korek tanah lagi nostalgia weiii
ReplyDeletetandas awam PUTERI Specialist Hospital,LARKIN.tp yg paling best tandas awam IPOH Specialist Hospital.wangi senantiasa.
ReplyDeletep/s : dlm nursing kiteorg gne term 'bowel open or bo' untuk berak. :D
aku akan bukak sehabisnya bila menelaah di jemban kerana risaukan seluar basah. habis kena gelak orang nanti. HAHA
ReplyDeleteehem, jamban canggih2 ni segan aku masuk. aku pernah diketawakan awek pramugari dulu sebab tak jumpa tombol nak bukak paip kat sinki.
Hahahahaa. Puan Shai adalah serang lecturer yang garang. Tapi enjoice belajar Food Safety kelas dia.
ReplyDeleteWell, kaau jamban, aku lagi prefer jamban cangkung. kalau betul2 dah takde, bedal je la yang ada seat pun. Tapi yang penting aku tak cangkung atas toilet seat. orang gila je buat mcm tu.
jamban pun jadi.. ko semakin hebat zul... syabas!
ReplyDeleteelyana : tandas kat rumah bukan tandas public sayang....
ReplyDeleteMiss Moots : kelakar? senonoh tak cerita pasal berak?
Missenget : pengalaman ko lagi hebat.. ada banyak semak samun tak masa tu?
Wanita Tudung Hijau : tandas taman tasik perdana??? hari pernah masuk.. best.. tema taman.. mcm wedding garden lak kan.. haha
Jue : sebenarya aku tulis pasal ni sebab dapat ilham lepas sembang ngan ko pasal aku nak pergi berak.. hgahahahahaha
Cik Sha : ajar la sikit mcm mane ko leh tahan berak? tak berdiri ke bulu roma ko?
ARC : ko tak cuak ke kalau ko berak ada orang rakam? alamak.. ko buat soklan penaklukan mantik la..
Yuyuy : berak kat spital adalah perasaan paling selamat, kekonon ada sanitizer 24 jam kan... haha
Haikal : sama la ngan aku.. tak reti aku nak biar seluar kat ankle.. masa dlm flight, semangat nak gi jamban sebab nak cerita kat org berak kat atas awan mcm mana.. hahaha
Irshadim : hahaha, Cik shai memang garang pun.. tapi garang2 manje.. kekeke
Sam banjamin : thanks kat ko la, ajak aku beblog balik :)
Hahahahahahahahahahahahaha!!!!!
ReplyDeleteAku ingt citer tandas putrajaya tue..
korg citer mase dok umh bujang tue..
aku pon suka r&r sg buloh tuh..heheheh
ReplyDeletekalau tengok tandas kotor, kompem aku muntah dulu. aku lebih sanggup muka aku bertukar kaler hijau sebab tahan berak daripada bergelumang dengan suasana yang buat aku pitam 30 tahun dengan bau najis yang mashaAllah. ah. grr. >.<
ReplyDelete