September 20, 2011

Akak Goreng Pisang dan Cermin Melengkung Pandang Belakang

Assalamualaikum...

Dulu masa kecik, aku adalah orang upahan untuk beli barang runcit oleh mak aku dan jiran. Aku pernah cerita dalam entry bertajuk ' ikar,gi kedai jap beli barang'

Biasalah, kanak-kanak kan? kalau beli barang, mesti dialog dia macam ni..

"akak, kelapa parut sebijik kak, nak putih je tau, mak cakap nak buat kuih"

"okey dik! lagi?"

"kak, Ikan kembung sekilo berapa kak?"

"Sekilo lapan ringgit dik, nak berapa kilo?"

"Okey, bagi ikan kembung sekilo ye kak, mak cakap kalau sekilo lebih daripada 9 ringgit jangan beli"

Apa yang korang nampak? setiap dialog itu dimulakan dengan penuh hormat orang yang lebih tua dengan panggilan Akak. sebab apa? sebab aku muda lagi masa tu, budak-budak umur dalam 8-9 tahun. akak tu pulak dah darjah enam kot, takpun dah sekolah menengah, tolong mak dia meniaga kedai runcit.

Tapi makin lama makin aku terbiasa, sebabkan dari kecik rutin jadi budak suruhan ke kedai beli barang, jadi dialognya pun tak pernahlah berubah sampai tua. Walaupun beli barang sendiri masa duduk rumah bujang.

"Kak, bagi goreng pisang seringgit, kopok lekor lak dua ringgit ye kak"

"baiklah DIKKKK, goreng pisang seringgit je ke DIKKKK?"

Nampak tak tulisan DIK itu adalah caps-lock dan 'K' nya banyak? itu untuk menunjukkan nada pembacaan  dialog akak tu berbunyi sindiran dan ada unsur-unsur bengang. Dik itu ditekankan nak bagi aku dengar lebih clear. Bila kena sound tepek mcm tu, aku angkat kepala pandang muka 'akak' goreng pisang tu..

Hambik kau, muka anak dara sunti, jerawat pun takde lagi, kain pun kaler biru  Uniform sekolah menengah tak sempat tukar lagi. Manalah hamba Allah tu tak bengang bila aku panggil dia kakak, dia budak sekolah menengah, aku pulak dah bermisai lebat, berjanggut gotti.. perasan muda betul. Mesti budak tu bila balik rumah dia kutuk-kutuk aku dengan BFF dia dalam status FB kan..

" Uols nak tau tak? ada mamat kertu berjambang bagai panggil aku AKAK kat warung mak aku tadi, bila masa pulak aku kawin dengan abang dia! peraaaasan!"

Mungkin jugak dia akan tweet benda ni, tapi tolonglah maafkan abang, abang tersasul, lepas ni abang panggil awak adik sayang ye.

"adik sayang, bagi goreng pisang seringgit, kopok lekor tu pun seringgit ye adik sayang"

Tapi kalau betul-betul aku panggil dia adik sayang, aku rasa bapak dia meniaga menu baru, Mulut Zulfikar Goreng.

Semenjak dari peristiwa 'akak goreng pisang' itu aku dah mula berhati-hati sampai sekarang, bila aku beli barang dekat tesco ke, guardian, Giant, kedai runcit seksyen 8, Kedai Nasik Campur dan pasar malam aku akan pastikan aku tengok muka salesgirl tu dulu, kalau muka dia muda lela, aku akan cepat-cepat tune balik kebiasaan aku dan panggil dia adik instead of akak.

ada dua kebaikan dari peristiwa akak goreng pisang iaitu

1. Aku dah mula rasa selesa tenung muka awek cun yang jadi cashier lama-lama, sebab nak pastikan dia tidak menjadi tua sebelum usianya.

2. Aku mula belajar menerima hakikat yang aku sudah tua.


*************************

Hari Jumaat lepas aku pergi Melaka, tidur dekat Alor gajah rumah kawan aku, tapi Friendly match badminton dekat Hang Tuah Jaya. Masa perjalanan dari Shah Alam ke Melaka macam biasa, takde apa-apa borak yang best pun sebab dalam kereta tu kawan-kawan aku dah baya bapak-bapak orang, ada la dalam 35 tahun ke atas, ada anak yang dah lima, dua, satu dan ada yang baru kahwin.

Bila dah nak sampai, kami keluar ke tol exit Simpang Empat. Sebelum teruskan perjalanan kami singgah jap tepi toilet tu, tunggu kereta-kereta konvoi lain dan ambil kesempatan untuk kencing dan basuh muka.

Aku pulak duk lah tenung cermin besar bulat melengkung tepi jalan tu yang diletakkan untuk kegunaan kereta tengok blindspot simpang kereta nak keluar. Bila aku tenung lama-lama.. aku mula nampak sesuatu yang membimbangkan...

Kebimbangan itu mampu membuatkan dada aku berombak, nafas menjadi pendek, mata mulai kabur dan pemikiran menjadi serabut, begitu kuatnya kesan imej yang terpampang pada cermin besar melengkung tersebut. Aku seakan-akan tak percaya.

" selalu aku tengok takde pulak dia ikut aku, tapi ni tepi highway kat cermin besar depan orang ramai la dia mula nak muncul, kau pergi main jauh-jauh boleh tak?"

Begitulah kata hati aku. Macam Dialog Puaka Nyang Rapik tak? mesti korang dah berdebar-debarkan baca sambil bayangkan..padan muka korang, dah pagi buta tak reti nak tidur.

Sebenarnya aku terkejut besar bila aku nampak uban 2, 3 helai atas kepala aku masa tenung cermin tu, aku buat tak peduli, tepi jalan raya pun tepi jalan raya lah, aku cabut gak buang jauh-jauh uban tu.

Aku cuba sedapkan hati dengan beberapa teori yang paling masuk akal.

" agaknya sebab masalah Syampoo Head And Shoulders itu hari kot, kerap sangat testing macam-macam syampoo tu yang rambut beruban tu. kejap H & S lah, Herbal Essential la, Clear for men, last-last Dove anti dandruff gak guna.. ni efek chemical ni"

Fiuuuu~~~ fiuuuu~~~~

" mungkin sebab aku stress kot, banyak sangat pikir masalah kerja, nanti hal kerja dah selesai mesti hilang uban nih"

Sebenarnya cermin itu cermin sakti, sebabkan dia melengkung, besar dan tinggi atas kepala, dia dapat reach ke kawasan atas kepala yang selama ni tak pernah  dapat tengok bila pakai cermin muka biasa. Tapi Alhamdulillah, takde kesan-kesan botak tengah, depan dan tepi lagi. Masih boleh terima dengan masalah uban yang dikatakan 'masalah terpencil itu'

Panjang pulak tulis, kalau cakap je aku dah mula tua kan senang, pendek je, cuba try.....

" hah uban? aku dah tua!!"

Pendek je kan? itulah keindahan menerima hakikat.

**************************

"Adik, bagi saya test bau Lacoste baru tu dengan Jean Paul Gaultier dik!"

"adik? eeee sukenya, eheheh ehehehe, akak dah tua la dik, panggil akak je la"

" eh tak percayalah dah tua, tengok macam baru lepas SPM!"

" Ye keeeee?? seronoknye, hik hik hik, pandai je awak ni, akak dah 30 lebih tau, nak masuk 35 dah"

" tak percaya lah kak, mesti akak ada petua awet muda ni, meh la ajar sikit.. sikit pun saya tak nampak tua kalau akak tak bagitau tadi tau!"

" ala, ngade, nak jek akak la tu"

Tengok? senang je kan nak ngorat awek perfume dekat shopping mall? leh dapat after shave free. :)

korang try la dekat lecturer korang, sure nanti dapat carry mark tinggi.

***********************

In case korang tertanya-tanya cermin melengkung pandang belakang tu macam mana rupa dia, atau  nama betul dia adalah 'Safety Mirror' 



p/s Tulisan bintang (****) pembahagi dah banyak, ceritanya tak habis-habis lagi.

23 comments:

  1. ada gak sales girl yg tahap makcik, suka panngil kita KAKAK.. terus rasa x nak beli kn...

    ye, saya hampir tertipu. nak tido sekarang!!

    =))

    ReplyDelete
  2. takpe zulfikar, anak saya damia yang umur 3 tahun tu pun kadang2 ada jugak sehelai dua uban.

    ReplyDelete
  3. i slalu rse dah tua . . . mayB ramai adik2 + cousn pgil i kakak , walaupun kiut cam dak 17 thn ( jeles x? ) hehee

    ReplyDelete
  4. aku dah mula panggil orang adik,sebab pernah kena sound jugak aku panggil dia akak.nyampah.

    terimalah kenyataan ikar,yang uban tu sudah mula selesa di atas rambutmu.Weh,jauh ko g main badminton.Ada menang tak?

    ReplyDelete
  5. hi abg tua,
    uban itu satu petanda tahu?

    *inaikan je. hehe!

    ReplyDelete
  6. jadi..terimalah hakikat ye abang cheppp

    ReplyDelete
  7. aku kalo panggil orang adik, orang pandang aku atas bawah..

    ReplyDelete
  8. hehehe..baru sedar ey umur dah lanjut..haaaa tunggu ape lagi kawen la cepat..tak sabar nak makan nasi minyak ni..:P

    ReplyDelete
  9. Bila aku tengok cermin,







    aku nampak BRAD PITT

    -ARC

    ReplyDelete
  10. org tak sedar diri memang camtu, perasan baby2 lagik, mau kene lesing dl baru dia sedar :p

    si ARC ni lagi teruk perasaan dia..

    ReplyDelete
  11. Terima kasih, pekerjaan yang baik! Ini adalah hal yang saya harus miliki.

    ReplyDelete
  12. dulu kan Nyah masa aku sekolah menengah aku paling tak suka org pggil aku adik.. kdg2 yg pggil aku adik tu br ting 3 walhal aku dh ting 5. aku rasa betapa kerdilnya aku time tu. Bila masuk awal 20an.. aku selalu kena gelak sbb budak2 skolah suka ngorat aku.. lg la rasa diri ku begitu tak berharga.. tp skang aku mula terima hakikat dan panggilan adik tu ada juga mula berbuyi akak dah.. :D

    ReplyDelete
  13. hurm..bab abg dan kaka ni LM dah terbiasa.sbb tu smpi skrg klu org tua setahun pun gatal jek nak pggl akak..adoii..dan plg geram klu org tu lbh tua tp pggl kita akak.haha..org pompuan ni psl panggilan akak ni sgt2 la ambik peduli kan?

    ReplyDelete
  14. kau ni kan bro..kalau bukan menaip panjang2 memang tak sah... haha...

    ReplyDelete
  15. hahaha...teori tambahan " orng matang nie selalu beruban. biasalah tu" <-- nie untuk sedapkan hati jer. lain kali ko guna minyak kelapa selalu. :-)

    ReplyDelete
  16. aku nih...

    over sket...

    pegi kenduri kawen. kat hall sekolah sebab mak pengantin adalah pengetua skolah tu. budak form 4 yang bertugas jage bunga telur pon slambe panggil aku adik.

    apa ada hal kan...

    padahal aku bestfriend pengantin pompuan. menantu pengetua skolah terbabit.

    ohh cukup selambaaa...



    kalo pegi pasar ke atau mana2 pon, bila aku bahasakan diri kakak sebab aku tau yg meniaga tu memang confirm lagi muda dari aku... dorang mampu sengih je lepas tu panggil aku adik... selambeeee jugaaakkk...

    ReplyDelete
  17. dulu tak suka kalau orang panggil ai kakak.. macamler dia muda sangat dari aku.. hahaha.. tapi sekarang tak heran dah sebab dah jadi 'remaja purba' dah pun..

    Melaka..
    Persimpangan Alor Gajah menuju ke A'Famosa kampung mak ai.. Alor gajah pulak ayah ai.. dah lama tak balik ni.. oh.. aku masih ada kampung rupanya..

    tang uban.. wah.. nak kena carik cermin ajaib itu.. tapi setakat ni takde lak komen kata ai ada uban.. ke nak jaga hati.. isk2..

    bab ngorat.. dulu terer.. ;)
    sekarang lagi terer.. hahaha..

    ReplyDelete
  18. wlpun aku masih muda.. aku sgt suka org panggil aku kakak.. hehehe :p

    ReplyDelete
  19. aku cuma rasa kasihan dgn mereka yang terasa sudah hampir tua .....keh3

    ReplyDelete
  20. sy pon bengang kalo org yg ag dewasa pnggil akk..haha bajet muda remaja selamanya je :p

    ReplyDelete
  21. hahaha..tu pasal kalau orang kata muka muda lelaaaa..'ahkak' tak caye..

    ReplyDelete
  22. abg manis.apa pasat bley slh tgk ni?hahha

    ReplyDelete
  23. hahaha..baca ni teringat lak insiden aku g lunch kat kafe td..akak depan aku tetibe tanye.."adik ni baru first year ke?"

    huahuahua..terus kembang hidung perasan mude..;p

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...