Filem Melayu, dari mana aku patut mulakan ayat pendahuluan aku ni? banyak sangat sudut yang boleh dikupas.
Meskipun aku tidak suka menonton filem melayu, tetapi tidaklah pulak terhakis sifat kemelayuan aku ini rasanya, sebab aku begitu mencintai pementasan Teater Melayu, Deklamasi Sajak, Puisi, Lagu Melayu Asli, Pantun, bidang penulisan Melayu, debat, Silat dan Zapin.
Cuma aku tidak suka menonton Filem Melayu di panggung wayang, bukan saja di panggung malah di TV pun aku tak suka tengok. Aku sembang je macam terer sangat tapi hakikatnya filem Hantu Kak Limah Balik Rumah pun aku haram tak tengok lagi.
Tapi yang peliknya, aku dan keluarga aku sangat menyintai filem-filem Tan Sri P.Ramlee, sampaikan tahap kami sekeluarga dari opah sampai ke cucu boleh hafal dialog filem P.Ramlee. Bila balik raya ramai-ramai berkumpul kami akan buat lawak sambil selitkan dialog lawak P.Ramlee.
Apa sebab jadi macam ni? satu saja sebab yang aku boleh jawab, Ia adalah berkenaan kualiti.
Kalau Kualiti bagus, Lagu super junior yang Super Simple tu ..tak paham sepatah haram, lagu dah bunyi macam lagu tamil pun orang boleh gila-gila minat, Hot Fm main lagu tu berapa kali sehari.
********************************
Apa yang aku jengkel tentang filem Melayu :
1) Mutu Filem
Kenapa Film Strip yang digunakan nampak macam filem lama tahun 1970-an, ataupun nampak macm iklan kempen Mari mengundi tahun 80-an, tak caya korang tengok filem bajet rendah terutamanya Arahan A Razak Mohaideen, Korang tengok mutu gambar itu sendiri, kabur, pencahayaan dull, cinematography tak best, aku susah nak describe la, senang cerita korang bayangkan mutu gambar filem terbitan 'filem negara' tu korang paham la maksud aku.
2) Mutu Suara
Kenapa Filem Melayu suaranya mesti Dubbing?
Atau Filem negara lain pun sama jugak dubbing cuma aku je yang tak tau. Tapi kenapa aku tengok filem diorang suara macam dirakam in real time?
Kenapa dari dulu sampai sekarang, filem Malaysia mesti nak dubbing, ketara habis kantoi dubbing, aku paling benci tengok filem Melayu bila bab suara dubbing ni.
Aku paling tak boleh terima dengan isu dubbing ni, dan ini adalah salah satu sebab utama kenapa aku tak suka Filem Melayu, berlakon dah bagus, tapi bila bab suara hancur, muka tengah kelam kabut penat tapi tone suara dubbing rileks je, mengah-mengah pun macam dibuat-dibuat.
sesiapa penggiat filem/pengarah/pelakon yang terbaca bog aku ni, aku harap dapatlah jawab soalan aku ni bagi merungkaikan misteri, kenapa mesti dubbing?
3) Aksi Kelam-Kelibut
Tidak dinafikan, terdapat beberapa pengarah filem yang berjaya membuat cerita yang sangat bagus seperti Afdlin Shauki dan Yasmin Ahmad dan aku sangat minat dengan hasil seni dia (afdlin). sebab tu aku banyak tengok filem dia, sudut kamera, cinematography dan film strip yang kelihatan moden dan mahal.
Jalan cerita dan sudut kreatif yang sangat menarik dan terkeluar dari streotype filem melayu, tapi bila bab klimaks je mesti fail. mesti jadi keadaan huru-hara. Filem yang asalnya sudah kelihatan mahal dan cerdik berubah menjadi adengan slapstik dan bodoh.
Aku bagi contoh macam cerita Baik Punya Cilok, jalan cerita best, ikan bercerita, lawak best, punch-line superb, pelakon skill acting power, tapi bila bab hero guna Pancing karen mula potong stim, ada pulak adengan karen-karen la, pastu kelam kabut hiruk pikuk masa adengan aksi, rompak, lari dari rompak dan gaduh-gaduh yang tak real.
Sama jugak dengan Filem Buli, jalan cerita dah best sangat, lawak pun dah best, shot pun dah lawa, tapi bila bab action dan klimaks, mulalah filem yang kelihatan intelek berubah jadi murah dan huru raya, nak-nak bab Pertandingan Kuiz siapa salah kena karen tu, Efek karen tu potong stim.
Sama la jugak cerita Merong Mahawangsa, bila sampai part Action/klimaks, mula nampak sangat menyedihkan, bab hero berperang dengan lanun, KELAM KABUT. anti klimaks.
4) Props
Isinya hampir sama dengan kat atas, tapi korang perasan tak kalau korang tengok filem melayu yang babitkan scene orang Asli dalam hutan, Mesti ada props baju orang Asli dari kain guni, ataupun kain ela corak harimau bintang. Pastu ada Tulang ukir dari gabus/polisterin.. cat bagi kaler kelabu sehabis baik macam tulang betul la kononya tu. Tengok Props Sifu dan Tongga, senario Beach Boys, aaahh ape sajelah yg babitkan scene orang asli.
Bila masa pulak orang asli buat baju guna kain guni? kadang-kadang siap ada cop guni kentang lagi, cuba la buat research, buat baju orang asli sehabis real, tolong adil dengan watak yang korang ketengahkan dan adil dengan penonton.
Banyak lagi kelemahan dari sudut props, contohnya hero bawak kereta mahal, tapi bila meletop kereta Nissan Sunny. Props Man Laksa, siapa pernah tengok cerita tu sampai habis? aku pulak bila sampai scene kat pentas tengah nak perform tu, aku terus tukar channel lain, apa punya murah betul, Ada pentas, pastu ada stall sikit, ada padang, pelakon extra dua tiga kerat, pastu nampak kosong je screen TV kita tu.
5) Skrip / dialog
Kebanyakan skrip dan dialog tidak melambangkan percakapan sebenar Masyarakat Malaysia, atau Masyarakat yang diwakili. Korang tengok dialog dalam filem 123 cinta, cuti-cuti cinta, dan banyak lagi, punya la flat dan tak hidup. Tu baru tengok dari Preview je. Nak cakap guna bahasa melayu Baku tak pulak, nak cakap guna bahasa rojak rakyat biasa pun tak jugak, senang cerita diorang ckp macam separuh baku dan separuh kekonon sempoi.
Kecuali aku bagi credit dekat Filem-filem karya Afdlin Shauki dan Yasmin Ahmad yang tak takut untuk membuatkan pelakon bercakap macam orang biasa yang bercakap dalam kehidupan harian. Tak kelihatan kekok.
6) Stereotype
Hari tu masa raya ada tayang cerita Hingga Hujung Nyawa, Erra fazira berlakon yang jadi orang tua tu, aku tengok la filem tu part nak habis, korang bayangkan scene dia asyik menangis je, Kat kubur nangis, kat tangga nangis, kat rumah nangis, di pangkuan riba nangis, stesen keretapi nangis, cakap nangis, kentut nangis, dukung baby nangis, depan mayat nangis, jadi orang gila nangis. Sengsara gila jiwa aku masa tu, rasa macam dibentak-bentak, terus aku amik remote tukar channel kartun tengok Shaun The Sheep lagi bagus.
Pastu korang tengok pulak cerita hantu filem Melayu khususnya arahan A.Razak Mohaideen keluaran David Teo. Tak Habis-habis menjerit.
Terserempak kawan menjerit, selipar hilang menjerit, Henpon bunyi menjerit, makan menjerit, hantu keluar menjerit, hantu terbang menjerit, pokok goyang kena tiup angin menjerit, semua menjerit... Lain kali jangan buat cerita hantu, buat cerita menjerit. senang.
Tu belum nak discuss pasal salah faham dan streotype watak penghalau hantu, mesti nak ada ustaz pakai kepiah, pegang tasbih, kumat kamit....
" aku tau dari mana asal - usul mu. aku adalah keturunan anak adam, kau adalah iblis syaitan... aku tau mana asal - usulmu, keluarlah dari tubuh anak adam ini, jangan kau ganggu dia. aku tau mana asal-usul muuuu aku tau mana asal-usulmu,asal usul, asal usul..bla bla bla bla bla asal usul..bla bla bla asal usul"
Tak habis-habis, cliche, bosan tah hape-hape, script lemah, cubalah bawak perubahan. Pergi baca buku seram novel-novel 80an, tengok apakah kisah sebenar nasik kangkang tu mcm mana, macam mana nak buat minyak dagu, macam mana kisah santau sebenar.
**Nanti next entry aku kongsikan kisah yang aku baca masa dalam perpustakaan sekolah rendah.
7) Kelogikan Cerita
Dekat dalam rumah mekap tebal-tebal, pakai maskara bagai dari pagi sampai malam, logik ke?
Keluarga Melayu, mak melayu, bapak melayu, maid 'Mak mah' melayu tapi makan nasik kat rumah pakai sudu Garfu, Logik ke?
Dah lah, malas dah nak sembang panjang-panjang. Korang tambahlah dalam ruangan komen.
********************************
Kritikan dan Komen termasuk dalam 'Consumer Preferences'... Pelanggan dan pengguna tidak perlu menjadi pakar untuk mengkritik produk yang dihidangkan kepada mereka.
Jadi tidak perlulah aku melayan komen yang berbunyi...
" Ala.. Kau cakap macam pandai sangat, cakap macam bagus, kalau bagus sangat try buat filem sendiri tengok!"
Takkan nak kritik power window proton selalu rosak nak kena jadi engineer buat satu power window plak kan?
p/s orang ckp muka aku macam Bob Azrai, ada plak ckp mcm Afdlin Shauki, tapi aku paling suka bila orang ckp muka aku macam Gerard Butler....
mak aku cakap pulak....
" Tak payah perasan la ikar, muka kamu tu tak ubah macam Hamid Gurkha"
Terus potong stim.....
paling setuju no 7.setuju bangat.kahkah.apekehal tido pun pakai eyeshadow,bulu mata palsu,lipstik merah.pastu berlakon jadi orang kampung.hakhak.
ReplyDeleteeh betul lah kalau org gaji je mesti nama 'Mak Mah'hahahaha.
hamid gurkha?kahkahkah
hahaha....
ReplyDeleteassalamualaikum bang hamid gurkha... kah kah kah...
pertamanya saya nak bagitau bang hamid gurkha yang entry abg ni memang sangat membukakan mata dan minda saya tentang filem melayu...
kalau tidak saya cuma nak berhibur je...tonton dan enjoy...part2 mangkuk hayun dan mangkuk bocor yang bang hamid cakap tu memang saya setuju sangatlah...
tapi bang hamid kena tahu... pompuan yang paling banyak bagi duit free kat tokey2 filem tu...hahaha...laki pulak bagi duit sekadar nak dapat aweks... filem tu bermutu ke tak ke...lain cerita... hak hak hak...
sekian...
yang ikhlas...
-Adik Aaron Aziz-
i byk berkwn dgn actor, even bro aflin. nnt la citer psl diorg.
ReplyDeletehurm...rata2 diorg sdn pon x minat filem melayu gak.Tp x kan nk buat kenyataan kt surat khabar an.bahayee!
mke u mcm mama & abah u lar!pe daa..
Hamid Gurkha kan femes!!
ReplyDelete*cuba compare jalan cerita drama Korea & drama Melayu masa kini. jangan lupa, perasankan mekap dramatis wanitanya juga.. ;)
eh...
ReplyDeleteko lagi kurus dari afdlin?? sejak bila..?? kakakak.. :P
nasib aku jadi penganggur..kalo aku jadi retis, sentap ngn entry ni..xmo dah datang blog ko..
wehuuu~~
scene jerit2..memekak2...nangis2...
ReplyDeletekompom x dpt dipisahkan ngan cite melayu...
even lau blakon jd org mskin pon...muke kne mekap2 la..bulu mate x tinggal..nk mati pon muke penuh mekap gak..atdoiiiii..btol2 plastik....
pastu lau scene mkn..msti nk tnjuk restoren yg kelas2..xde nye kat warung2 tepi jln...cite klaka ke..cite seram ke..cite cinta ke....hmmm still x de prubahan...
tp aku x ade la boikot sume cite melayu..kdg2 ade je filem melayu yg aku lyn kat wayang terutama cite2 aflin....cite kak limah...hmmm at least ley gak pecah perot gelak kan....tp ye la kite sebagai penonton nk la tngk satu pmbaharuan dr filem melayu..
ye x hamid gurka??? hahahah
hmmm sume cite melayu jln cite same je....
kalau aflin shauki buat tu MESTI tengok la..yag pasal dubbing tu aku pun pelik..sampai nenek aku pun perasan dubbing2 suara ni.lol
ReplyDeletesuka afdlin shauki jugak..filem dia simple tp sampai..
ReplyDeleteehhh..ada lar iras bob azrai!! hahahha
aku syak la kau bikin ini entry kerana bersangkut paut dgn gambar di bawah tu kan...keh3!
ReplyDeleteFilem melayu kepada aku ada yg bagus dan ada juga tidak tetapi adalah sedikit kemajuannya.Dulu aku lansung tak pandang filem2 melayu ni tetapi sejak akhir2 ini aku rasa aku sudah boleh layan filem tempatan...
KL GENGSTER...boleh tahan, Hantu kak limah...fun, Raya tak jadi...boleh la...
ada kemajuan senang cerita...
Filem P.ramlee best sebab tiada sekatan seperti sekarang jika kita amati betul2... filem2 beliau terlalu banyak bahasa2 kasar gila tak hengat...
Aku rasa tidak sesuai utk budak2 sekarang yg semakin bijak2...
silap2 kita tak boleh nak tangkis...keh3
bahaya tak?
ahahaha... setuju sgt ngan no. 6, sikit2 asal usul.. menyampah lak, itu je la dialog plg kerap derang ckp dlm cite hantu, rsnya hampir sume kot gula dialog ni..
ReplyDeleteaku pon suka aflin.. sbb dia comey... comey giler.. hihi
p/s: zulfikar.. aku tau asal usul mu.. :p
macam hamid gurka... okay arrr tu.. hencemm apa.. hehe
ReplyDeleteperh. sangat betul. aku pernah tanya lecturer aku tentang isu dubbing, sebab aku pun benci giler dengar suara dubbing ni. lecturer aku kata, sebab cuaca malaysia yang buatkan susah nak tangkap suara pelakon. tapi, kenapa kitorang buat video assignment okay je? telemovie tu okay je? and aku rasa, mutu sesetengah telemovie di malaysia lebih bagus dari filem. serius.
ReplyDeleteada yang ok ada yang tak ok.. part tak ok tu amik remote tukar je channel lain..
ReplyDeleteeh.. dah lama tak tengok shaun the sheep.. ooo.. patutler.. ai dah unsubscribe channel kartun rupanya..
yang last sekali.. gelak dulu.. kehkehkeh.. takde contoh lain yang diberikan..
Persamaan kita Nyah.. aku pun suka karya Yasmin Ahmad & Afdlin Shauki & paling aku rasa nak muntah filem razak Mohiden.. Filem dia aku rasa filem sampah yg menyemak panggung. Bab makeup dalam filem.. tu la Nyah dr pagi smpai ke tido maintain je make up tu.. aku bygkn kalau aku pratikkan kt umah camtu.. mau laki aku cr pmpuan lain yg x suka make up langsung. Yelah.. tiap2 bln nk kena topup bedak bagai.. yg blh pakai 3 bln jd 1/2 bulan..
ReplyDeletesbb tuh yus suka tgk cite kat laptop,bila dah bosan terus cepatkan atau tgk je beginning n ending..mmg bosan yg amat..kalo kat tv cpt2 tuka tgk channel nat.geography..lagi best tgk minatang !
ReplyDeletemmg ada kekurangan filem2 hari ini dgn yg dulu2 tetapi percaya atau tidak masa dulu2 pun filem P.ramlee ramai yg tak suka...
ReplyDeletehamid gurkha..haha..terbaik..
ReplyDeleteyang ko sebut kat atas bru filem melayu..cuba ko kupas cerekarama plak..lagi haru aku tangok..xbanyak cerita berkualiti..tangkap muat semata2 nak tyng untuk slot "cerekarama malam sabtu"
bab klimaks tu..memang aku hangin tol kalo citer dah best bila klimaks ngn ending citer hampeh..penat je duduk dpn tv.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteaku minat filem jepun banding filem melayu nie. citer melayu yang tak luput dalam ingatan aku ialah filem P.ramlee..
ReplyDeletebanyak info yang aku dapat dalm entry ni mr Hamid Gurkha..heee
Benar sebenar-benarnya.
ReplyDeleteDalam rumah pun mekap bagai..
Lagi satu kalau kt tv: saya jenis tak gemar sgt tengok cerita yang sedih melampau-lampau, nangis teriak semua, dera2 mak la anak la(waktu raya banyak cerita camni). raya2 mau gembira. hehe.
p/s: Sy salah sorang yg suka Mr.Simple Super Junior tu keh3
yeahhh..
ReplyDeletemacam gerard butler tu yang tatahan tuuuuu, tapi ada iras2 sket la. hik hik.
baidewei, filem melayu memang pilihan terakhir la kalau nak tengok di pawagam. stereotype, balik2 citer cinta n hantu, komedi plak yang ala2 senario lawak dibuat2. hadoi, letih melayan tu..
tapi memang bab kualiti, afdlin n yasmin terbaik ah! nak invest tengok banyak2 kali pun kurang sket berkiranya tu. hehe..
ummm, perasan tak kalau gua cakap yang filem melayu zaman sekarang ni lighting tak cantik? even tengahari buta pun tak terang. kebanyakan cerita melayu gelap. ace compare ngan lord of the rings. scenery best, gamba terang.
tapi tu lah kan. filem melayu ni banyak tangkap muat jer, then pakai artis2 yang terhangat masa kini di pasaran buat pelaris. skrip, jalan cerita, tarikan mostly out.
fuh gitu! hoho..
a'ah...ambe suker post deme hari nih..ntahnye....aper kes tido memalam pakai makeup bagai..org biase kalu blh nak buangkan makeup xmok asik jerawat...ape da.pastu kalu kene yg best..10 citer lain..10x rumah samer j jadi mgsa.huhuhuh..kan3?tp ku suker citer aziz m osman xxray la...tu je ambe rase best
ReplyDeleteNin : tu belum tengok kalau kak nita plak yang berlakon mcm mana kan.. cuba bayangkan kalau dia jadi nenek kat bendang?
ReplyDeleteAdik Aaron aziz : perghhh adik artis masuk blog aku weiii...
sebenarnya betul gak ckp ko. org masuk wyg bukan nak tengok movie. tapi nak berendek kan.. hahaha
Puteri Ikar : perghh kawan afdlin, nanti kim salam dia, ckp nak banje dia gi num kopi la.. kalau dia nak la.. haha
Blog tip kurus : Filem Melayu nak compare dengan sinetron korea pun segan tau kak..
Misssenget : ko tau tak dulu org ckp muka aku sama mcm afdlin masa dia kurus cerita soal hati tau dakkk??
Asz : tu belum tengok lawak senario skrg, asal buat lawak je nak jerit2 nak terkejut2. rimas gila, bagi aku tu dinamakan lawak basi dah.. modal dah habis..
Sweetymui : sama la kita, mesti tengok kalau afdlin buat filem.. kecewe tak kecewe belakang kire.
Cik Bambam : kan dah ckp. sama kan mcm bob azrai?? :P
Republic aku : bagi aku filem melayu yg bagus adalah Sepi, Cinta, puteri gunung ledang... ko kerje filem gak kan? ce citer...
Jue : secara tak lansung ko nak ckp aku comel la tu kan jue kaaannn hahaha
Cik Moon : tapi taknak la Hamid Gurkha KAK!!!
huda_no : aku baca kat forum tadi, diorg ckp dubbing sebab camera kita guna kuno, so bunyi sangat bising, tu yang rakam gambar bisu pastu dubbing.. leh terima ke?
aizamia : camne lak unsuscribed? sian dak akak ngan dak adik tak dapat tgk katun.. :(
Lekat lekit : sebenarnya rumah aku dah ban movie a razak mohaideen, movie dia takde kualiti.. pastu bila ckp mcm terer.. movie tah hape2..bikin malu professor je..
Alexa Yussida : skrg ni pakai astro beyond pun best, rakam dulu.. bila part tak best... terus foward x 16.. hahaha
pjah : aku cerekarama lagi lah tak tengok.. hari tu tengok intan payung lisa surihani berlakon.. okeyla, tapi kawan dia yg extra tu overacting tahap monyet.. ade ke pernah manusia makan sekali harung 10 pinggan nasik ayam????
Hainiey : P. Ramlee terbaik.. apsal malam ni Hamid Gurkha dapat credit.. dia mana pandai tulis blog la T__T
atiqah : cuba bagitau saya lirik lagu tu maknanya apa... selalu dengar mcm bunyi tamil nyanyi jee hahahaha
Akak Eskrem : Film Strip yang producer pakai jenis stok lama.. filem tahun 2011, tapi gambar mcm zaman cerita badul. kusam. kabur, gelap... bosaaaaannn
missalongwani : sama la kita.. masa zaman xxray tu, boleh tahan la meriah dia punya kepelbagaian idea.. skrg semua stereotype.. tak best gila ahh.. ade ke tidor main guling2 ngan anak atas katil pakai lipstick merah, at the same time pakai pijama.. tak logik gila...
tengok clash of the titan..senang..kraken tu nampak macam real real je kuar dari 'laut' tu...hahaha
ReplyDeletebig dadyz : filem moden ape yg dulu org tak suke pastu org jadi suke? agak2 ade tak? mcm filem p ramlee?
ReplyDeleteAnis : okey, dulu dah tengok.. jadi moral of the story nye ape? :)
btol3.... tp bg aku yg baik kite sokong yg x elok kite tegur...
ReplyDelete*harap2 pengarah2, produser2 or pelakon2 bace n amek dr sudut positif
perh. tu je alasannya? ceh. tak apa. tunggu huda ni jadi penerbit filem. tak main la dubbing-dubbing. tapi yang lebih membimbangkan, fenomena filem kat Malaysia yang ringan-ringan kandungannya, yang adakalanya sangat tak berkualiti dari segi nilai, jadi box office. bukankah media mempengaruhi masyarakat?
ReplyDeletehai hamid gurkha! hahaha..;p
ReplyDeleteaku dari kecik smpai dah tua ni minat gile cite p.ramlee..sebab ade byk pengajaran..
movie skang?hmm..tak jumpa lagi kot yg betul2 berkualiti..tahap2 drama kat tibi je..aku rasa drama cerekarama tu lagi berkualiti kot dari movie2 yg ade..boleh macam tu?wahaha..
hamid gurkha pun orait gua rasa.. masih macho.. tengok muka pun nak tergelak..
ReplyDeleteapa kono eh yop? kah3
dah byk filem2 kita yg guna suara direct dr lokasi.yg dubing2 ni mulut ntah kat mana,suara ntah kat mana,dgn bunyi nafas konon2,tersgt lah x real.
ReplyDelete