September 29, 2011

Mengeksklusifkan Agama

Assalamualaikum

Semasa aku kecik, aku sekolah kebangsaaan macam korang semua, belah petang pulak aku sekolah rendah agama rakyat di Selangor yang dikelolakan oleh Jais. Aku tak pastilah ustaz dan ustazah yang mengajar itu dapat tauliah dari mana, tapi aku bersangka baik yang mereka semua orang yang tinggi ilmunya. Mereka mungkin belajar dekat Jordan, Al-Azhar dan paling koman pun Yaman macam ustazah aku.

Aku pulak, sejak dari kecik sudah suka bertanya-tanya, walaupun aku nakal macam yang korang baca dalam entry-entry lepas, tapi bila sampai bab belajar, aku akan ambil serius, semua benda yang aku tak faham, was-was aku akan tanya. Untuk kepastian, taknak nanti jadi salah faham sampai tua.

Aku ada beberapa perkara yang sampai sekarang aku akan ingat. Satu hari ustazah aku mengajar kami tentang Syafaat Nabi saw.

" Kamu semua tahu tak? barang siapa umat islam yang letak nama Muhammad depan nama dia, nanti dekat padang Mashar, orang tu dulu yang akan dapat masuk timbangan dan dapat Syafaat nabi"

" Tapi Ustazah, kalau letak nama Ahmad macam mana pulak?"

" kan saya dah cakap yang letak nama Muhammad"

" Tapi Ustazah, Rasulullah juga orang panggil dia Ahmad, dan maksud nama tu sama, yang terpuji"

" errrr.. errr maksud saya, sama la tu, siapa yang letak nama Nabi Muhammad ke Ahmad ke, dia dapat Syafaat Nabi"

" tapi Ustazah, ramai Sahabat Nabi tak guna nama Muhammad depan nama diorang, diorang tak dapat Syafaat nabi ke? diorang nanti duduk giliran hujung belakang kita ke Ustazah?"

" errrr.... errrr.. awak ni banyak tanya la Zulfikar"

Pada masa tu, aku tak boleh terima tokok tambah dalam hal demikian, mana mungkin seseorang itu dinilai kemuliaan dirinya dengan namanya. Allah swt mengukur ketaqwaan kita dengan amalan yang kita lakukan. Cara kita nak dapat Syafaat nabi adalah dengan banyak melakukan sunnah nabi, bersalawat kepada baginda dan ikut sehabis baik akhlak Rasul saw.

Mungkin korang yang muda-muda tak pernah dengar dengan pendapat macam kat atas, tapi kalau korang selalu lepak dengan orang-orang tua minum kopi, korang akan dengar macam-macam Versi agama, dan Jangan terkejut jika Sumber Israiliyat lebih banyak dari sumber yang sohih.

*************************

Pada satu hari, Ustazah aku ajar bab Tauhid, dan kemudian melarat sampai ke perihal gempa bumi. Dia cakap gempa bumi tu terjadi sebab...

" kamu semua tahu tak? bumi terletak di hujung tanduk lembu, dan lembu itu duduk di atas ikan Nun, Jika ikan nun tu bergoyang, lembu itu pun bergoyang lantas dunia pun bergoyang dan sebab itu jadi gempa bumi"

Pada masa tu, aku dah tarik muka dah dalam kelas, tapi kawan-kawan aku melopong-lopong seronok dengar cerita bumi atas ikan nun. Mana mungkin aku nak percaya, sedangkan aku baca buku dan tengok dokumentari, bumi ni bulat dan terapung-apung di atas angkasa. Takde pun ikan nun terapung atas angkasa.

Jenuh masa kecik aku duk belek buku national geographic kat library, duk cari ikan nun ngan lembu bawah bumi, haram tak nampak. Pada masa tu, walaupun aku kecik aku dah mula merasakan bagaimana hati aku kecewa ditipu oleh Ustazah. Kalau betul sekalipun Lembu tu berhinggut, mesti lah satu dunia yang gempa bumi, ni kenapa pulak gempa bumi dekat Kobe jepun je? Malaysia tak pulak gempa.

Tapi awas, pada masa itu, jangan tanya banyak dengan tok guru dan ustazah, sebab nanti dorang akan cakap...

" kamu banyak bertanya, kamu tak percaya dengan kuasa Tuhan ke? kamu kurang iman? kamu nak persoalkan kuasa Allah?"

Mereka menjumudkan minda anak murid mereka, dan mereka menghalang anak murid mencari ilmu melangkaui ilmu agama, mereka takut pengetahuan sains dan geografi akan membuatkan mereka tidak dapat menjawab soalan dan merasa tercabar. Lantas mereka menggunakan ke'eksklusifan' mereka sebagai Guru untuk mencapai status Mursyid yang tidak layak dipersoalkan.

Perkara inilah yang menjadikan Muslim seoalah-olah maju kebelakang, sepertimana Zaman gelap Kristian dan gereja, di mana pengikut mereka dihalang untuk mempersoalkan bible dan Paderi mereka, sehinggakan siapa yang mempersoalkan akan dituduh Ahli Sihir dan akan dibakar hidup-hidup. 

Amatlah rugi Umat islam sekarang yang hidup penuh semangat mencari agama, tapi mereka menjumudkan pemikiran mereka dan menolak dunia lebih dari apa yang Rasulullah saw buat pada zaman dulu.

**********************
Pada 1997, aku belajar dekat Sekolah agama Menengah Rawang, sebelum itu aku belajar dekat Sekolah Agama Menengah Sultan Abdul Aziz Shah batu 38 Sabak Bernam.

Semasa aku di Rawang, banyak ilmu yang aku dapat, ilmu Fekah, tauhid, sirah, hadis dan tak lupa juga ilmu silibus SPM. Tapi Ilmu agama yang dipelajari diluar kelas yang sedikit sebanyak mencorak pemikiran aku.

Pada masa itu di surau selalu ada tazkirah lepas solat jemaah Maghrib menanti Isyak. Diajarkanlah zikir, tahajud, munajat dan wirid lepas sembahyang, masa tu ada satu period di mana Masjid atas bukit baru hendak dibina.

Ramailah pekerja Kontrek dari Indon yang bekerja membina masjid tu, dalam ramai-ramai pekerja ni, terdapatlah seorang dua so-called Tok Sheikh Tarekat, perlahan-lahan mereka merapati murid-murid. Akhirnya ramailah murid yang mula memanjat bukit untuk berjumpa dengan kekonon Tok sheikh ini untuk belajar Ilmu Tauhid kesufian mengenal Tuhan.

" kamu kenal siapa Tuhan kamu? kamu mahu melihat Tuhan?"

" Nak Ustaz!"

" kalau kamu mahu belajar dengan aku, kamu mesti cari nama Allah yang ke-100"

" Haa!!? Nama Allah yg ke 100? mana ada ustaz, setahu saya ada 99 je nama Allah"

" Itulah yang membedakan kamu dengan aku, bagaimana kamu mahu beriman dan beribadat jika kamu tidak  mengenal Tuhan kamu, pergi kamu mencari nama Allah yg ke100, kalau dah jumpa baru kamu layak berguru dengan aku"

Korang nampak tak bertapa angkuh Tok sheikh ni? dan korang tahu tak implikasi dari Bidaah dalam Ibadat dan akidah ni?

Mula lah budak-budak semua tak khusyuk belajar kat kelas, mula lah tak khusyuk dengar tazkirah sebab berborak belakang surau, bincang apa nama Allah yang Ke 100. Bagi budak-budak yang dah dapat jawapan, mula lah mereka menjual agama mereka. 

siapa yang nak tahu nama Allah yang ke 100, kena belanja nasik Ayam kantin selama seminggu. Ada pulak yang suruh urut badan dekat Dorm baru dia bagitau nama Allah ke 100 itu.

Betul lah macam orang tua cakap, Cikgu Kencing berdiri, anak murid kencing berlari. Macam mana cikgu tu, mcm itulah anak murid dia. Kalau gurunya menjual agama dan mengangkat dirinya lebih mulia dari umat islam yang lain. anak muridnya juga mula menjual nama Allah ke 100 dengan harga sepinggan nasik ayam.

**********************

Politik agama ni bukan susah nak faham, Sebenarnya semua manusia nak jadi ekslusif, semua manusia nak rasa jadi special, rasa lebih hebat dari kebanyakan orang. Jika semua manusia melakukan apa yang Nabi saw ajar, mengikut contoh dalam Alquran dan Hadis maka mereka tidak dapat merasakan berbeza dengan orang lain sebab semua orang tahu apa yang terkandung dalam Alquran dan Hadis.

Jadi macam mana mereka mahu nampak lebih mulia dan hebat di mata manusia yang lain? macam mana nak buat orang kagum?

Mulalah mereka mencipta ilmu ghaib dan ajaib dalam Islam. Ada yang cakap dia jumpa Allah swt dalam mimpi, ada yang cakap tok guru dia mursyid tahap pegang kunci syurga, ada yang cakap dia terer sebab dia tahu rahsia nama Allah yang ke seratus.

Ada yang berlagak cakap dia berzikir 10,000 kali sehari, menyebut nama Allah setiap masa dalam setiap perbuatan dan helaan nafas. Ada yang cakap tok sheikh kepada tok sheikh kepada tok sheikh kepada tok sheikh kepada tok heikh kepada tok sheikh dia pernah bersalam dengan Nabi Saw, dan barang siapa yang bersalam dengan dia, seumpama dia bersalam dengan Nabi saw, dan barang siapa yang bersalam dengan Nabi akan terus masuk syurga. 

Jadi... dia pun terangkatlah darjat lebih tinggi dari orang kampung dia. Bila darjat sudah lebih tinggi maka dia boleh buat apa sahaja dan cakap apa sahaja, kemudian dia akan disanjung oleh orang kampung,  dan dia pun dengan mudah mempergunakan orang kampung. Padahal Hadis "orang yang bersalam dengan Nabi masuk Syurga itu adalah Hadis Dhoif tapi orang kampung taktau mana yang dhoif dan mana yang sohih"

Ada yang cakap tok sheikh dia boleh jalan atas air, ada yang cakap tok sheikh dia pergi mekah buat haji naik Kuda ajaib, pejam mata zikir 1000 kali semalam, nanti terbang terus ke Makkah. 

Padahal Nabi Muhammad semulia-mulia manusia, paling banyak Mukjizat pun naik Unta beramai-ramai dengan sahabat berkelana dari Madinah ke Makkah untuk menunaikan Haji. Inikan pula dapat terbang naik kuda ajaib hanya kerana terer zikir 1000 kali satu malam? agaknya kalau terima Wahyu turun dari langit tahap mana ajaib dia aku tak dapat bayangkan.

Tapi awas, kalau korang mempersoalkan keajaiban Tok guru mereka, jika korang bangun dan bersoal jawab dengan tok guru mereka, mereka akan menjatuhkan hukum yang maha hebat kepada korang.

"engkau wahabi, engkau liberal free thinker, engkau illuminati, engkau freemason, engkau agent yahudi, engkau tak faham, engkau munafik, engkau fasik dan engkau setan besar dalam ini negeri"

Padahal kita hanya tanya mereka menggunakan Silibus sekolah agama rakyat darjah 5, bukannya soalan berat dari Yusuf Al-qaradawi pun, bukannya soalan dari Hassan Al-bana dan Syed Qutub, bukanlah soalan tauhid dari Ibnu Tammiyah dan Ibnu Qayim, jauh sekali nak berlagak sebagai Mujaddid. Hanya soalan ringkas dari buku tauhid dan Feqah silibus Darjah 5-6 sekolah agama rakyat.

Aku bukan mempersoalkan Karamat Wali dan Kasyaf orang alim, aku sebagai pengikut ahlu sunnah wal jamaah wajib percaya akan wujudnya Karamat Wali. Tapi sehebat-hebat karamat wali ia tidak akan mungkin lebih hebat dari Mukjizat Nabi, kerana nabi saw sebaik-baik manusia, kekasih Allah, Jika Allah mahu nabi itu terbela lebih dari apa yang patut, mestilah seluruh keajaiban langit dan bumi Allah beri pada Rasulullah.
**********************
Trivia entry post kali ini...

1. selama korang hidup apakah pendapat paling pelik dan korang mushkil dalam agama?
2. agak-agak apa jawapan Tok Sheikh pasal nama Allah yg keseratus itu?


p/s jenuh pikir, tapi taktau nak tulis p/s apa kali ni. tak sedar dah tulis p/s dah pun.



29 comments:

  1. Jawapan yg paling i nak tahu, ustaz hensem kt sekolah dulu tanye
    " Mampu kah Allah sbh wtl mencipta batu, tetapi batu ni sgt berat sehingga dia( Allah sbh yg maha berkuasa ) tidak mampu mengangkat nya? "

    yg 99 pun x habis kenal maksud, nk cr yg ke - 100 . Mungkin die sruh u cari sbb nk sruh u faham, kenal maksud 99 nih kot..

    ReplyDelete
  2. aku ada satu cerita yang ustaz aku masa sekolah agama bagitau, tapi nanti aku tanya kat ustaz kolej betul ke tidak. tapi yang pelik, ustaz sekolah agama selalu nak salam murid perempuan. dia kan bukan muhrim. mana boleh salam. sebab tu aku selalu buat-buat tak nampak ustaz tu.

    ReplyDelete
  3. Puteri ika : ada nama ke 100 tu.. tapi tak logik gila....jawapan batu tu nanti kita bincang...

    ARC : ustaz sauki mana plop ni?

    Huda_no : Ustaz tu gatal agaknya... la ckp ada satu cerita, pastu tak cerita.. cepat la cerita cik huda oiii

    ReplyDelete
  4. eh, lupa. bila bicara pasal agama ni, teringat kelas fiqh islami. hal fiqah ni memang bukan just baca, hafal ikut buku. kena faham, apply feqah dgn situasi. akidah kena mantap,dan selalu pertahankan, dan fiqah perlu difahami, bukan hafal. baru kita faham kenapa ibadah itu penting dan ibadah itu bermanfaat. wallahualam.

    ReplyDelete
  5. eh, kena cerita ke. pernah dengar tak pasal kononnya iblis itu asalnya malaikat? cerita tu la.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah xpenah jumpe ustaz or tok guru mcm tu lg..

    ReplyDelete
  7. Huda : owhh pasal Iblis tu.. ermm ok2 paham dah.... kalau orang yang fanatik mazhab padahal dia sendiri tak pernah baca kitab mazhab tu mcm mana pulak Huda?

    CikLan : baguslah lan. eh pasal hudud dan masalah agama tu, aku tulis entry lain k...

    ReplyDelete
  8. owh, itu dia kena balik belajar lg. sedangkan imam-imam mazhab pun tak pernah cakap mazhab diorang true way of life. mazhab pun ikut Al quran dan sunnah kan...

    ReplyDelete
  9. yang pasal batu berat tu, sila rujuk Hamka Keretamyata topik Paradoks

    ReplyDelete
  10. dasyat tu berzikir 10 ribu kali, hebatlah, dalam setiap helaan nafas lak tu, kagum kagum :-)

    sy masa kecik2 penah gak pertikai org tua,

    puncanya, kalau nak buang air dlm hutan kena minta izin drpd datuk nenek cucu nak buang air

    masalahnya smp skrg masih ada yg amal :-(

    ReplyDelete
  11. tak boleh jawap pn soalan trivia tu..

    tak penah lagi jumpa pendapat pelik n musykil dalam agama..

    ke aku lupa eh??

    ReplyDelete
  12. emm.. dlm hal ni, 1st skali kena tau serba sedikit mindset org kita. Kalo sudi jengok kt sini, http://muhasinthehouse.blogspot.com/2011/08/malay-culture.html
    ni sikit2 n asas pemikiran melayu.. dari pemahaman dan pembacaan aku...

    bidaah yg org kita amal, asalnya utk tujuan baik.. betul tak? cuma mslhnya pengamal ni x reti beza yg betul ngan salah, fakta atau rekaan.. perkara yg kita terima masih senang kita ikut membabi buta.. so, org2 yg kita nmpk fanatik ni, act kita kena kesian, sbb niat asal diorg ni nk mendektkn diri dgn tuhan.. tp dah mcm terpesong, so pendektn yg kita guna kena lebih pada nasihat.. bukan memperlekeh... bab ni aku x maksudnkan ko.. tp org2 yg komen artikel ko (erm, post sblm2 ni kot..) senang sgt nk hentam org.. Rasullulah pon sgt lembut cara dia berdakwah sbb baginda tahu, berjaya atau tak dakwah tu bergantung pd keredaan Allah.. pasal org2 yg fanatik pakai jubah ngan serban.. itu bagus sbb rs kecintaan mereka pada rasul (Nabi pernah ckp paling syg pada umat yg hidup x sezaman dgn baginda tapi menghidupkan amalan baginda), tapi yg salah dgn org2 ni fanatik smpi hentam org yg x ikut berpakaian mcm mereka.. itu je.. jadi jgn le kita hentam org2 fanatik ni secara keseluruhan, sbb masih ada kebaikan yg mereka buat.. (tebu walaupun bengkok tapi tetap manis kan? kenapa nk buang tebu yg bengkok?) alah, dulu2 time sek kita wat karangan.. tajuk plak yg kita suka, asalnya betul tapi lama2 meleret lari dari tajuk.. mebe kita x pernah mcm ni, tp ada je kwn2 kita yg gitu kan? kalo karangan pun kita senang lari dari tajuk sbb syok sgt mengarang, inikan plak amalan dan kepercayaan.. lepas ni kita bincng plak cm mana nk atasi mslh ni..

    ReplyDelete
  13. aku try komen, tapi macam tak ada idealah lak. nampak sangat aku bukan golongan pemikir. aishh.

    ReplyDelete
  14. oh..! nampak sangat pengetahuan agama saya sangat cetek..

    ReplyDelete
  15. aku faham dengan komen muhas tuh... (angguk2 tanda membenarkan...) ... aku sendiri pon pernah hentam orang walaupun sendiri bukannya betul sangat... gila menghentam sampai tak ada isi... eh...ada ke?

    kau pernah dengar Hadis Qudsi tak ikar?? Dari situlah kebanyakan pengetahuan sufi ini diperolehi... bukannya rasulullah tak pernah berbicara mengenainya...

    Hadis Qudsi ini adalah firman ALLAH yang di perolehi oleh Rasulullah melalui mimpi... sebab itu ada dalam sesetengah hadis bunyi macam ni..

    Diriwayatkan dari si fulan bin si fulan bahawa dia telah mendengar Rasulullah bersabda : "Allah berfirman....."

    Itulah salah satu contoh hadis Qudsi...

    Pengetahuan sufi...hanya mereka yang punya daya akal yang tinggi sahaja boleh mempelajarinya...jika tidak...ia akan sesat lagi menyesatkan macam AYAH PIN~~!!

    ReplyDelete
  16. bez ni entri.. n ya btul, kdg2 otak jd tbatas nk btanya bila dpt jwpn yg xmmenuhi kehendak soalan.. huhu

    ReplyDelete
  17. bahaya kalau guru agama bagi pendapat @ ajar benda yg memesongkan ni pada budak2. kalau budak2 cerdik cam ko x pe la Nyah.. kalau budak2 ala2 dungu macam aku, nganga je.. sgt bahaya. Tp teringat aku 1 kes kt sekolah rendah dulu, adik aku cerita cikgu dia (cikgu ni pmpuan, pakai purdah tp bkn guru agama.Ms tu tgh top Al-Arqam.. dia kata ms bulan mengambang blh nampak muka iman mahdi..

    ReplyDelete
  18. dah habis baca entry ni.. dah habis baca komen-komen ni tapi ai tak tau nak komen apa.. dalam kepala ni risau andaikata cikgu yang ajar anak hanya ajar sambil lewa.. oh.. risaunya..

    ReplyDelete
  19. aku baca entri ni smpai habes..pastu aku pulak rase pening bile memikirkan ade golongan yg sebegini..uhuhu..


    semalam ade aku berdiskusi perihal agama dengan somebody yg berkongsi pengalaman dia mengerjakan umrah msa Ramadhan tempoh hari..banyak jugak input yg aku dapat..nanti ade peluang aku share pendapat aku kat belog oke..

    ReplyDelete
  20. aku pun tak pernah jumpa ajaran2 sesat ni..cuma sekarang ni,aku rasa aku perlu pegi kelas lagi samada fardu ain atau tauhid nak polish balik ilu yang sedia ada..
    kat sekolah ramai ustad so seronok kalau dah keluar topik nak berbincang..

    ReplyDelete
  21. aku tak pernahlah pulak jumpa ajaran2 sesat ni..

    tapi kalau kat sekolah,best sebab ramai ustad2 yang aku boleh ajak sembang2 pasal agama.

    aku rasa aku kena g semula kelas fardu ain n tauhid,kasi polish balik ilmu yang dah berlumut

    ReplyDelete
  22. ada satu ustaz tanya kenapa org ISLAM berpaling tadah daripada al-quran?

    banyak sangat ustad2 merujuk dengan tulisan2 manusia ...ada banyak kitab di rujuk...kenapa ketepikan al-quran?

    dan satu lagi adakah benar belajar memahami al-quran tanpa guru akan jadi gila?

    ustaz tu tanya mana buktinya belajar memahami al-quran tanpa guru boleh gila?

    dia minta buktikan 1 jer...dan semua orang tak boleh nak jawap!

    Ustaz itu cakap ini semua bertujuan menidak dan menakut2kan umat islam daripada kaseh dan cinta kepada al-quran.

    dan aku setuju dgn pendapatnya...kerana di sana nanti kita sendiri akan menjawap semua persoalan dan bukan ada sesiapa yang tolong.

    ReplyDelete
  23. biasanya kita bertanyakan soalan untuk menyokong fakta supaya kita lebih muda mempercayai tetapi kadangkala disalahertikan oleh tenaga pengajar sehingga dituduh mempersoalkan agama. hmmm...

    ReplyDelete
  24. ARC : aku pun terpengaruh gi baca paradoks smlm ...

    wanita tudung hijau : ye lah kan? bila masa lak atuk nenek kita duduk dalam hutan tu kan... pelik betul .. siap suh selawat lagi sebelum kencing pun ade...

    Sunah sakura : HU

    missenget : ko lupa sebenarnya.. sbnarnya sangat byk tau..

    MuHas : aku dah jawab dekat blog kau..

    haikalblank : ko tengah mood honeymoon kot.. rumah dlm kampung aman damai, best sangat...

    Akak tips : takde la, pendapat kat atas tu atas dasar common sense je..

    Anti Penyesat Jalan : aku dah tau hadis qudsi tu dari tahun 1997 kot... hadis qudis juga ada dalam bukhari muslim, kitab imam besar mazhab.

    Hadis qudsis tiada masalah dan ia adalah hadis yg diperakui, yg menjadi masalah adalah sesetengah ahli sufi memilih utk amalkan yg dhoif dan palsu....

    Nur Hani : kita taknak tanya sebab kita takut cikgu marah kita.

    Lekat Lekit : kau dah bagi salah satu contoh yg mashur.. aku pernah dengar ustazah aku cerita mcm tu juuggak.. bulan mengambang nampak muka imam mahdi..(syiah)

    aizamia : galakkan anak2 belajar dengan cara banyak bertanya.

    cik sha : aku tunggu kau update pasal umrah tu. tak sabar nak baca

    NOI : ada banyak noi, ko yang terlepas pandang.. cuba ingat balik..

    big dadys : aku suka komen ko, komen ko ade isi dan aku setuju... org islam especially org2 tua dan ustaz pondok memomokkan manusia supaya yak belajar alquran direct dengan tuduhan leh jadi gila..

    padahal diorang takut diorg hilang fungsi dalam msyarakat.

    littledolphine : kadang2 ustazah takut kalau anak murid banyak tanya diorg rasa tercabar dan malu tak dapat jawab.

    angah : baru separuh berat.. :)

    ReplyDelete
  25. yg pasal nama tuh pernah jugak dgr ustaz/uztazah bercerita tapi yg bumi kat tanduk lembu tadak plak dgr sbb masa darjah 4 blaja sains cikgu dah ckp bumi tuh sfera n kena hafal nama2 planet tuh...ustzh xde chance nk kelentong kut..kiki

    ReplyDelete
  26. Yussida : "Ustazah takde Chance nak kelentong" ---- wakakakakaka

    hehehehe, zaman saya tu dah ade pelajaran sains, tapi ustazah ckp tu propaganda gereja.. hahahaha

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...