May 30, 2011

Kebodohan Bersama Handphone




Assalamualaikum...

Korang ingat semua manusia ni memanjang je cool ke? memanjang je stylo? ingat semua manusia tak pernah poyo?salah tu, semua manusia pernah poyo, tapi kadang-kadang dia lupa yang dia poyo.

Ataupun dia sengaja memadamkan memori poyo dia dari ingatan. macam aku selalu tengok dalam movie hollywood, CSI, Criminals' mind ngan mcm2 lagi. dia cakap dalam sistem otak kita ni ada satu defend mechanism. Mekanisma ni akan menghalang memori kita untuk ingat perkara yang sangat trauma atau memalukan.

So nanti takda la kita semua rasa malu-malu sendiri bila teringat kebodohan kita di masa silam kan?

Masa muda-muda tu, kita ingat kita dah paling hebat la kalau buat something yang cool tu, padahal, kalau kita baring sambil letak tangan kat dahi..pikir balik......

" aduh, bodohnya lah apa yang aku buat dulu, rasa macam poyo gila, kalaulah aku boleh balik zaman tu, dah lama aku lempang2 diri aku sendiri"

*********************************

Kebodohan 1

Aku lahir tahun 84, jadi golongan usia kami adalah golongan yang paling rapat dalam revolusi kemodenan handphone. Dari saat excited rumah ada telefon sampai ke tahap takjub tengok Pakcik Rahim beli handphone besar macam alas kaki peti ais.

Zaman tu awal 90-an, ada handphone besar macam tupperware karipap korang tau tak? setakat Blackberry ngan iphone 11 korang tu?, kim salam je la kalau nak lawan henpon pakcik Rahim, Henpon dia boleh buat Jek kereta korang tau?

Zaman aku sekolah dulu, mana ada orang bawak handphone gi sekolah, paling hebat pun adalah sorang perempuan ni bawak motorola startec, tu dah paling hebat lah, nak nak pulak dia sorang je bawak handphone tu gi sekolah. canggih gila oi handphone boleh lipat-lipat, screen lampu hijau oi.





Perempuan tu bukan orang lain, kawan aku jugak. tapi lantak la dia, sebab handphone tu pun bukan boleh guna sangat, sebab tak tau nak call sape. Paling hebat pun dia call bapak dia bagitau sekolah dah habis, dia tunggu kat bus stop depan sekolah. kegunaan lain handphone tu tak lain dan tak bukan adalah........

" aku hebat, aku anak orang kaya, sebab aku mampu pakai Motorola Startec bawak gi sekolah. korang ada? mampu?"

Masa tu tahun 2000, aku form 4 masa tu, minah ni punyalah eksyen nak mati, 10 kali kejap bawak kuar Hp nak nunjuk, aku pun rasa tercabar la..

Nasib baik, abang aku masa tu study Uitm segamat, dia dapat duit Ptptn dia pun apa lagi, beli la Nokia 8210... dah takda sapa hebat lagi dah kat dunia ni, sapa yang pakai nokia 8210 masa tahun 2000 paling hebat di alam semesta....

apsal hebat? bukan boleh BBM pun, bukan boleh update status FB, tapi hebat sebab ada game snake!!!.. gila kau, game snake tu, makin banyak makan buah, makin badan dia panjang. pusing pusing, kona kona.. last2 terlanggar badan sendiri mati, lawak pun ada ular patuk diri sendiri kan.





Dah lah ada game snake, handpone tu pulak kecik macam 2 kotak mancis, Ya Rabbi... punya hebat!... dia punya vibrate pulak apa dikenangkan...... vibrate boleh ikut melodi ringtone.. kalau lagu tu rancak, vibrate dia rancak..kalau lagu tu slow vibrate dia pun slow, nasib baik zaman tu inul daratista takde lagi, kalau tak..mau henpon tu nari goyang gerudi..

Masa abang aku cuti sem Uitm Segamat, aku bodek la abang aku, nak pinjam handphone nokia ni, nak melawan si Iffah ni, ** haha baca dek kawan-kawan sekolah menengah aku ni, mau aku kena gelak....

Bodek punya bodek, abang aku kesian, dia bagi la pinjam sehari, aku pun jadi ntah mcm mana, memang poyo gila la... kalau poyo tu satu karakter manusia, mau dia resign nak bekerjasama dengan aku.

Aku boleh suruh abang aku call aku dari rumah, semata-mata nak bagi bunyi ringtone, bila ada call masuk barulah boleh bawak keluar handphone tu dari poket kan? kononnya tak obvious sangat la nak menunjuk yang kita bawak handphone canggih..

Yang aku tak tahan tu, punya la bodoh aku, aku boleh siap pasang ringtone setiap 10 minit, semata-mata nak tunjuk handphone tu menari pusing kanan, pusing kiri atas meja sekolah..

Punyalah bodoh aku, kalau la aku dapat balik semula zaman tu, dah lama aku amik handphone atas meja tu, aku hempuk2 diri aku sendiri. " woi berentila jadi peghak woi!!" nasib baik mesin masa doremon tu rosak, kalau tak, mesti korang tunggu aku betul-betul balik zaman tu kan.

**************************

Kebodohan Ke 2

Bila aku masuk Uitm untuk diploma, aku ni salah seorang orang yang paling tak high tech la, handphone pun takda. Bila nak call mak aku, aku kena guna public phone, pernah jugak aku try mintak bapak aku handphone. bapak aku buat muka selamba je cakap...

"Apa yang penting sangat handphone tu? kamu ada business balak juta-juta ke?"

Dan bagi aku, itulah kata-kata penamat untuk aku melanjutkan lagi permohonan tender handphone bagi suku tahun kedua. Zaman tu, kalau mak aku nak call untuk melepaskan rindu terhadapa anak kesayangan yang sangat comel lagi manja ni kan, aku bagi no phone kawan satu bilik dengan aku...

Tapi masa tu, kawan-kawan sporting, takde hek takde huk, bagi je dengan penuh rasa ikhlas. Dia faham aku ni orang susah datang pulak dari ceruk kampung. so bila mak aku call tanpa petunjuk awal, kawan aku ni akan jerit dari hujung wing...

" Damakkk.... Mak kau call ni!!!!!" berhambatlah aku pergi kejar kawan aku ni dengan harapan dapat merapatkan silaturahim antara mak dan anak yang telah lama terpisah jauh..

Tapi, bila dapat je PTPTN RM 2500.... perkara pertama sekali aku beli, Handphone NOKIA 8250 butterfly.. taknak kalah tuan-tuan. taknak kalah, apa kelas pulak 3310 kan?





Masa tu, handphone tu harga Nauzubillah mahal, RM980 untuk Zitron set, aku beli kat kompleks kotaraya kat pudu tu. No pertama aku pakai pulak Digi, Starter set RM68.00...

Tapi yang menjadi ultimate kebodohan bagi aku, yang aku susah nak maafkan diri aku....

Aku boleh pergi pasang tali, gantung kat tengkuk Puan-puan!... bayangkan, betapa bodohnya kebodohan tu, rasa kalau boleh pergi balik masa tu, nak je aku jerut tali handphone tu...takpun rentap bagi putus, biar tersembam atas tanah.

Tapi, aku masih waras, masa tu pergi fakulti ngan jalan2 KL takde la gantung kat tengkuk, cuma bila balik naik Bas je gantung, punya lah nak bagi semua orang nampak handphone nokia 8250 tu ada mentol lampu biru woooiiii!!!!!.... takde sape lagi hebat dah...!!!...bila call masuk je, satu bas ada cahaya biru.. okey, aku tipu... takda la satu bas...cuma aku yang perasan sendiri.

Nasib baik ada kawan aku mententeramkan keadaan. Nama dia Khairil Adnan, dia cakap....

" Huiyyoooo Handphone 8250 butterfly!!!... ni kalau gantung kat tengkuk pun takpe, takde orang marah... tapi kalau handphone 3310 nak gantung kat tengkuk.. kena gi cek IJN!!"

" Apsal lak kena gi IJN kahiril?.. apa kena mengena?"

" Habis tu, dah besar batu bata gantung tengkuk, sekali langkah, melantun handphone kat dada.. cukup 40 kali henpon tu hentak dada, gugur jantung!!!"

Walaupun Khairil cuba meng'cool' kan aku dengan statement tu, aku sedar diri. Nampak gayanya, gantung handphone tu tak cool. slow slow aku cabut tali handphone tu, simpan dalam poket dan kembali semula ke alam nyata. Ya kawan-kawan, akhirnya aku kembali ke pangkal jalan.

********************************

Ha tu baru kisah aku dengan handphone, belum kisah Sharil Husin punya handphone, besar mcam remote TV woi. Erricsson kaler oren, kalau letak kat menara Uitm, boleh nampak dari masjid Shah alam, punya besar dan bersinar handphone tu.

Tu belum lagi handphone Chewe, brand Pentac, ada lampu klip-klip kaler biru kat antena, konon-konon lampu signal menara kapal terbang. kalau dia lepak depan TV, kami semua cover handphone dia guna kusyen, lampu menara peninjau tu distract perhatian tengok drama.

Belum lagi nak cerita pasal top-up, main miskol-miskol, sekali sms 20sen, bayar airtime rm50 sebulan dan mcam2 lagi la, beruntungla kita zaman skrg ni, Topup Handphone pun dah murah.. dah jimat..

Tapi yang ironinya, ada pulak fesyen membazir balik macam zaman dulu, Bayar RM 60 atau RM 2.00 sehari semata-mata nak memastikan status Fb terupdate 24 jam.. tapi itulah dia dunia, demand and supply, selagi ada permintaan selagi itu ada penawaran.


p/s Jom Buat trivia, berapa banyak handphone yang korang dah tukar-tukar dari dulu sampai sekarang, dan model apa korang pakai mula2 dulu? berapa harga? sapa dapat jawab, aku bagi hadiah kasih sayang di angin lalu.....




May 29, 2011

Kami Diperdaya oleh Jek

Assalamualaikum...

Korang ingat tak masa kecik-kecik dulu, macam mana cara mak bapak kita nak suruh kita makan sayur?

Atau, macam mana mak bapak kita nak suruh kita makan nasik sampai habis?

Aku tak tau macam mana korang dulu, tapi kalau ikutkan kaedah abah aku, dia selalu guna kaedah jek

Jek tu macam pujian, ampu atau kipas seseorang dengan niat untuk membuatkan orang tu merasa bangga dan semangat tak tentu pasal.

Kaedah Jek selalu digunakan oleh staff2 bawahan untuk ampu bos- bos supaya menaikkan gaji tanpa berfikir 2 kali atau pun memberikan bonus 13 bulan setahun kepada mereka.

Jek juga digunakan oleh kawan-kawan sebaya dan sekerja untuk memerangkap korang bagi membeli goreng pisang depan Maybank untuk minum petang. Jika tiadanya jek, maka tiadalah goreng pisang untuk dimakan sambil mengumpat bos di waktu petang.

" kak jue... ya Allah kak Jue... Lawanya tudung kak jue ni, dari tepi kan saya tengok Kak Jue sebijik macam Hana Tajima tau Kak jue. Bila masa Kak jue beli tudung ni? mesti Ariyani ni kan kan kan?"

"alaaahhh kau ni Zul, nak jek akak la tu kan, macam la akak tak tau trick kau tu, dah masak sangat dah ngan kau nih"

" eh tak lah kak jueeee.. sumpah saya cakap, tudung kak jue ni serupa sangat mcam hana tajima, baju ngan seluar pulak macam Yuna, ishkkk memang kena la kak jue..."

" ye ke zul? betul ke ni? akak bukan nak perasan cun tau, tapi masa akak nak keluar rumah tadi, abang jiman kau cakap mcm tu jugak tau. Dia cakap tudung akak macam Yuna, kalau kau pun cakap mcm tu, maknanya betullah tu.. Yuna kan kawan Hana tajima.. kira sama la tu kan kan!!"

" Haa kan saya dah cakap, saya bukan nak tipu kak jue tau, cuba kak jue bayangkan, kalau kita duduk borak sambil makan goreng pisang, mesti mcm gaya yuna ngan hana tajima lepak kat paris kan kan kan? kak jue banje la goreng pisang depan maybank tu...pisang goreng dia sedap la kakkkkk"

" errmmm.. ade-ade je kau ni zul, ye lah ye lah, nah rm10, ko beli goreng pisang abu 5ringgit tau, ingat akak nak goreng pisang abu je tau, goreng pisang awak akak taknak!! hik hik hik"

" ok kak, belen lagi 5 ringgit ni kak?"

" ermm, ko amik la buat duit minyak, ada lagi belen tu kau beli kopok lekor ye..hati-hati jalan, tak sabar nak sambung sembang pasal Yuna ngan kau..cepat sikit tauuuuu"

Maka terperangkaplah sudah Kak Junaidah Wagiman dengan perangkap Zulhelmi Samad dengan Jek di waktu senggang.

Tapi takpe, dengan jek itu, kakjue akan bahagia untuk 12 jam seterusnya sambil menunggu Abg jiman kembali dari kerja. Beranganlah Kak jue dengan Tudungnya sambil menyanyikan lagu wanita semasa.

****************

Dulu, aku jugak selalu jek lecturer aku, tapi bukan niat nak ampu diorang supaya aku dapat anugerah dekan tiap2 sem kan, tak pernahnye aku dapat. pointer pun nasib tak repeat paper je.

aku suka Jek lecturer sebab, aku suka tengok reaksi diorang, ye lah dari dressing puan-puan tu kita dah tau yang matlamat dia nak nampak hebat di mata student dia dan rakan sekerja kan.

ada satu musim fesyen tu, aku tak tau apa yang dah rasuk lecturer-lecturer aku, sampai tahap 3, 4 orang pakai tudung masuk dalam baju kurung, semata-mata nak tayang rantai emas baru diorang.

Tapi lecturer paling suka kena jek bab Umur diorang...............

" ok kelas, semua bangun dan bagitau umur masing-masing ya"

dipendekkan cerita semua orang dah bagitau umur masing-masing, aku pulak mula pasang perangkap jek..

"Puan, puan ni dah tau umur kami semua, puan pulak bagitau la umur puan, tak fair la puan je yang tau umur kami semua..."

" Kalau awak pandai, berapa umur saya?"

" dari pandangan mata saya ni puan, dari saya tengok gaya puan nih, muka puan ngan susuk tubuh puan lah kan, saya rasa puan ni 29 tahun, paling tua pun 32 tahun, betul tak puan?"

Padahal semua orang dah boleh agak umur puan tu dah 40-an keatas...

" ishkk, awak ni mengarut la Ikar, ada ke saya umur 29tahun, ilang akal ke apa? u all tau tak anak sulung saya ada yang dah nak sebaya dengan u all tau tak?"

" ishkkk, Puan jangan la tipu, puan jangan main-mainkan saya, tak percaya la, takkan la puan tua sangat"

" iyaaaa ikar, saya ni dah 42 tahun tau tak?"

" Hahhh apa????? 42 tahun, tak percaya langsung...magicnya, saya mati-mati ingat puan 29tahun, paling tua pun saya agak-agak tadi puan 35 tahun, tu pun saya tak berani nak agak, sebab puan nampak muda sangat la.. trendy lak tuu"

Maka puan pun terperangkap dengan Jek yang sangat bermuslihat tu, dan kenyanglah aku dan member2 aku makan nasik kat cafe fakulti"

*******************************


Dulu masa Kecik, bapak aku suruh aku ngan abang aku makan sayur sekali dengan nasik. Tapi biasalah budak-budak mana suka makan sayur, kalau boleh aiskrim pedel pop tu nak dibuat lauk makan ngan nasik kan.

Jadi macam mana caranya bapak aku nak menggalakkan kami makan sayur dengan semangat yakin boleh? ini namanya soalan retorik, soalan yang sudah mempunyai jawapan, tapi zulfikar masih mengada-ngada mahu tanya.

Sudah tentulah dengan kaedah Jek!

Tapi masa kecik, kami mana tau apa maksud jek kan, so bapak aku secara terus terangnya menggunakan istilah jek itu tanpa sorok-sorok.

Begitu sucinya pikiran aku masa kanak-kanak, aku selalu ingat Jek itu adalah kuasa Jet enjin pesawat pejuang tu, tapi kenapa aku boleh tau pasal enjin jet tapi bukan Jek ampu tu?

Sebab masa kecik, aku ngan abang aku suka tengok cerita Airwolf, helikopter airwolf tu guna kuasa jet untuk terbang laju, selain tu jugak, masa kami kecik2 kami ada kad koleksi kereta, kapal terbang, motor superbike dan kapal selam yang sangat kool.





Aku takkan boleh lupa, macam mana situasi dan kaedah Jek yang dibuat oleh bapak aku secara terang-terang di siang hari kepada kami..

" Wah pandai la anak abah ni makan nasik sampai habis, ni nanti boleh besar cepat nih"

" Abah, abah tengok la karnain makan sayur ni sampai habis abah"

"wah terer la Karnain ni, ni Jek kereta kebal ni! makan sayur sampai habis ni Jek kereta kebal ni!"

" abah, abah, ikar pun nak Jek jugak"

" Ikar nak jek apa? Abang Karnain dah cop Jek kereta kebal dah, dia makan sayur sampai habis"

" ikar nak Jek kapal terbang Bah.. !!"

(gila bayangkan Jek kapal terbang besar mana? ada ke jek kapal terbang?)

" Kalau Jek Kapal terbang, kena makan Sayur ni habis jugak, pastu tambah nasik lagi, makan kenyang2!"

" Okey abah, tengok ikar makan sayur ni eh!!"

Jadi, aku pun dengan penuh semangat kombatnya, makan la sayur bayam merah tu cicah sambal belacan sampai habis, ikan kembung goreng pun habis aku makan, siap tambah nasik lagi, semata-mata nak kan jek kapal terbang.

Pada masa tu, aku ingat aku lagi pandai dari abang aku, sebab dalam pemikiran aku yang konon-kononnya genius ni..................

" Apelah karnain ni gi cop Jek kereta kebal, kereta kebal mana ada guna engine Jet, kapal terbang logikla ada enjin jet, jek kapal terbang lagi best!...taknak la jek kereta kebal"

Kadang-kadang tu, kami berdua adik beradik selalu gaduh bila nak mintak Jek dari bapak aku....

" Karnain cop jek kapal terbang kali ni!!!!!"

" Ala karnain, mana boleh amik jek kapal terbang, tu ika dah cop lama dah dari dulu, karnain amik je la jek kereta kebal"

" ye lah, ye lah, karnain punya jek kereta kebal power... jek kereta kebal kuat, kena tembak ngan peluru tak tembus!!"

" Jek kapal terbang lagi power, jek kapal terbang boleh terbang laju laju, tembak torpedo kat kereta kebal, habis meletop jek kereta kebal karnain"

Tiba-tiba bapak aku sampuk dari jauh sambil sengih sorok2 pandang muka mak aku...

" hah, sapa yang kuat makan sayur ngan rajin tolong abah ngan mama, abah nak bagi dia Jek keretapi pulak.. sapa nak???"


Ini Adalah jek kereta dalam bahasa Malaysia, Kalau bahasa Inggeris dinamakan Car Jack, Jack ini digunakan untuk angkat kereta ke atas, namun Jek juga digunakan untuk angkat manusia dengan puji-pujian sampai terangkat bontot ke atas.


Dan kisah Jek bapak aku adalah kisah Jek yang paling Epic... Kehandalan bapak aku jek anak-anak dia secara terang-terangan dan mendapat hasil yang memuaskan, sampai kami besar, semua adik beradik makan semua sayur dan ulam-ulam, lauk pun tak memilih dan cerewet.

Kalau bapak aku tak Jek kami adik beradik, mesti kami makan nasik lauk ayam merah bersayurkan pedel pop gamaknye....




p/s Siapa ada kisah jek, meh kongsi dengan aku kat ruangan komen, aku percaya semua orang ada kisah memperdaya dan diperdaya dengan jek kan!!...

sapa-sapa rasa kisah jek ni dekat ngan korang, sila klik butang like kat bawah ....


May 28, 2011

Dara, Kebenaran Yang Selama ini Terlindung


Assalamualaikum.....


"Razak, apa masalah kau sebenarnya Razak? Lina tu aku tengok dah baik sangat dah Razak, apa yang kau cari sebenarnya?"

"Aku nak cakap serba salah la Zam, aku..aku...aku sayang Lina tu..."

" laaaa, dah kau sayang, yang kau pergi clash dengan dia kenapa? kesian aku tengok dia tau tak Zak, apa yang kurang kat dia? cuba bagitau aku, dah la lawa mcm lisa surihani, kerja pulak engineer, umur pun bukan la tua sangat, baru 25 tahun, pandai masak, pandai kemas rumah, pandai amik hati orang tua...apa lagi yang tak kena Razak???"

" Aku tak boleh nak cerita la Zam, nanti akan mengaibkan orang, takpe la, biarlah rahsia. Biar hanya aku dan dia je yang tau sebabnya kami clash"


Pada pendapat korang semua, hasil daripada perbualan dua orang sahabat di atas, apa yang korang dapat agak? adakah Lina itu seorang Alien, yang sangat misteri, misteri seperti dalam cerita Men In Black 3, yang tak mampu diceritakan oleh Razak kepada sahabatnya? atau pun Lina itu adalah dari keturunan puteri Bunian?

Bukan tu sebabnya, soalan retorik sangat, kalau dah taknak bukak aib, clash tiba-tiba tu apa lagi kalau bukan sebab Razak rasa tergugat lepas tahu yang makwe dia telah hilang dara kepada lelaki lain.

Macam mana Razak boleh tahu yang makwe dia bukan lagi anak dara? adakah Lina itu janda? atau Razak ada sesi 'test drive' sebelum kahwin, atau Razak kerja Doktor pakar sakit puan dan kebetulan Lina datang check pap smear kat Klinik dia?

Tidak para hadirin dan hadirat sekalian, majoriti sebab utama pakwe tau adalah kerana sikap rela hati makwe mengaku yang dia dah hilang dara.

Persoalanya, adakah perempuan wajib melakukan sesi pengakuan hilang dara sebelum berkahwin, especially 2, 3 minggu sebelum kenduri di jalankan?

Ataupun, pengakuan dosa ini dilakukan sebab rasa bersalah yang menyelubungi hidup si gadis?

Kebenaran pasal dara yang selama ini terlindung :


**********************

Kebenaran Pertama

Lelaki bujang, tidak mampu menilai samada perempuan itu dara atau tidak, tidak kiralah masa dating, atau masa malam pertama. Ini adalah kebenaran.

Kebenaran yang lebih lanjut... sedangkan doktor pakar puan pun tidak tahu samada perempuan itu gadis dara atau pun tidak hanya dengan melihat dengan mata kasar pada waktu malam, di dalam bilik yang gelap, sambil diri dipenuhi rasa ghairah dan kepala dah penuh air.

Even, Bidan yang dibantu oleh ilmu 7 jenis bunga yang mempunyai 7 kelopak dikutip dari 7 hutan pada masa 7 malam pun tidak dapat meneka dengan tepat samada perempuan itu masih mempunyai dara atau tidak dengan pandangan mata kasar.

Jadi apakah rasionalnya perempuan pergi mengaku dia sudah tiada dara kepada pakwenya? ini adalah satu perbuatan bodoh yang dilarang oleh Agama, perbuatan ini dinamakan membuka keaiban diri sendiri dan menayangkan kejahilan kepada umum.

Sekali lagi, aku ingin mengingatkan, Islam bukanlah seperti agama Kristian yang mempunyai konsep Confession atau sesi pengampunan dosa. Korang tak perlu mengaku dan meluahkan kesilapan dosa korang kat Pak Imam atau tok Guru hanya untuk mendapatkan keampunan... INI SALAH.

Korang perlulah bertaubat; solat taubat, berdoa memohon keampunan dan kemudian insaf dari mengulangi kesilapan yang lalu. Takda sesi mengaku dosa ye adik-adik.

************************

KEBENARAN KEDUA

Adakah selaput dara itu penting bagi pihak lelaki?

Selaput dara itu tidak penting bagi lelaki, nak nak lelaki bujang yang tak pernah sentuh perempuan, malahan lelaki bujang itu sendiri tidak tahu pun apa itu dara.

Jadi, apakah yang penting?

Yang penting adalah maruah 'Dara' itu. Kesucian itu, maruah seorang lelaki yang mahu perempuannya exclusive untuk dirinya.

Jika anda sudah kehilangan dara sekalipun, berilah saki baki maruah yang tinggal kepada kekasih anda. Manusia mana yang tidak melakukan dosa? Manusia itu lemah dan sering terdedah pada dosa.. mohon ampun dan teruskan kehidupan. Berikan keyakinan pada pakwe anda.

Apabila perempuan Volunteer mengaku bahawa dirinya sudah kehilangan dara dekat bekas kekasih lamanya, maka kekasihnya akan merasa tercabar, nak nak pulak kalau bekas pakwe perempuan itu lebih nampak gagah, maskulin dan hebat dari dia. Lagi la mamat ni panas hati..

"Razak, errmm Razak... tarikh tunang kita tak lama lagi kan baby. Ayang dah tak sabar nak tunggu detik-detik bahagia kita bersama Bie"

" Ye la Ayang, Bie pun dah berangan-berangan dah ni nak kongsi hidup dengan ayang, bie nak sehidup semati dengan ayang, bie sayang ayg sangat, bie dah tak pandang perempuan lain dah, I truly deeply madly love you Lina"

" Tapi baby....ayang ada something nak bagitau baby ni, tapi ayang takut, ayang takut nak cerita, ayang takut baby tak dapat terima kenyataan ni"

STOPPPPPPPPPPP!!!.... kalau korang sayangkan hubungan itu, kalau korang sayangkan pakwe korang, kalau korang taknak pelamin angan korang musnah, jangan sambung hasrat hati korang nak mengaku yang korang dah hilang dara dengan bartender Modestos masa ladies nite. tolong la Lina, jangan teruskan hasrat hati itu lina..

Tapi kalau korang degil.........

"apa dia Lina, it is sound like serious matter, Apa lagi pasal u yang i taktau? pasal parut apendiks kat perut tu ke? atau pasal u ada masalah berdengkur?

" bukan tu dear, parut apendiks ngan bedengkur tu hanyalah kuman kalau nak bandingkan dengan kebenaran yang sebenar. ini adalah tentang kesucian diri i di mata u darling"

" errr, apa dia Lina, katakan saja, luahkan, i janji i takkan marah, takkan lari dari u, takkan tinggalkan u tak kisah lah apa pun yang terjadi. i terima"

"sebenarnya sayang............i...i.....i...... i dah takde dara"

" Hahhhhhh????? takde dara???? siapa lelaki tu Lina?"

" Jimmy, Bartender kerja modestos jalan P.Ramlee tu...tapi Razak, i sumpah, it is just one night stand, takde melibatkan perasaan cinta, lagipun hal ni dah lama sangat jadi.... 3 tahun sebelum i jumpa u Razak"

" But why u tell me pasal ni Lina. seriously i tak perlu tahu pun, bila u cerita macam ni, u buatkan hati i jadi kecewa sangat, kalau u tak cerita pun, i takkan tahu, dan bila u cerita u bukak pekung dada u sendiri, are u expect me to accept it dalam sekelip mata lina?"

"Tapi Razak, u dah janji takkan tinggalkan i walau apa pun yg terjadi"

"I rasa, i perlukan masa lagi untuk kita berdua Lina, i perlukan masa untuk terima hakikat ni"

Haaaaa... kan dah clash, kalau anda diam je, takda la jadi adengan mcm ni. walaupun dia terima anda sekalipun, tapi lepas tu pandangan dia terhadap anda sikit sebanyak tercalar.

Lelaki merasakan egonya tercabar, lelaki akan mula berfikir yang bukan-bukan, dia akan mula paranoid, dia akan mula fikir Jimmy akan datang majlis kenduri kawen, sambil bawak kawan-kawan dan gelakkan kat depan pelamin....

"Hahahaha, bodoh punya Razak, kawin dengan bekas aku, cuci mangkuk la kau, aku dah rasa dah bini kau tu"

Padahal, orang gila je yang berani terjah kenduri orang buat mcm tu.


***********************

KEBENARAN KETIGA

Berhenti dari assuming bahawa lelaki moden sudah tidak pentingkan hal dara

ATAU....

Berhenti dari menyedapkan hati dengan buat persoalan retorik :

"virginity, isn't it matter?"

Yes, Virginity is matter!!!!, bagi lelaki religious, kolot, modern, urban, profesional, kampung, bandar, orang putih, orang hitam atau orang kelabu... YES dara itu penting..

walaupun ada lelaki urban dan 'konon-konon terbuka' cuba untuk menjadi hero dengan menyatakan...

"nahhhh.... virgin? siapa peduli lagi perempuan tu virgin ke tak, kalau dah sayang kawin je la"

Sebenarnya lelaki itu gila bayang atau dia tengah susun ayat nak ngorat korang untuk ajak korang tidur semalam.

Sebenarnya, jauh dalam sudut hati dia, dia masih menghormati tentang idea 'kesucian dara' dan of course la dia mahukan perempuan 1st hand sebagai isteri.

Exclusive, Tidak berkongsi dengan orang lain, 'aku hebat sebab isteri aku dara'. Ini semua adalah fitrah semulajadi spesis jantan, perasaan ini develop secara semulajadi tanpa perlu diajar dengan falsafah atau didikan seks.

JADI.. jangan buat pengakuan korang dah takde dara kepada lelaki, ia akan memburukkan lagi keadaan....please stop it!

*************

KEBENARAN KEEMPAT

Lelaki bujang yang innocent tidak tahu pasal dara.

Jika lelaki bujang tau bezakan anda dara atau tidak jawapannya samada dia sendiri sudah tidak teruna, pernah pecahkan dara atau pernah langgan bohsia.

Jadi lelaki yang bermaruah tidak akan sama sekali kemukakan soalan ini

" awak.. awak... awak dara lagi tak?" memang makan pelempang kalau lelaki tanya mcm ni.

" awak.. awak.. awak pernah buat seks tak?" jangan kawin dengan lelaki mcm ni.

"awak.. awak.. dara tu mcm mana ye? boleh tunjuk kat saya tak?" Tahan teksi dan balik rumah, jangan dating dengan dia.

*************************

Bak kata Abah aku..

" kalau kamu sendiri tanya pasal dia dara ke tak, maknanya dia pun berhak tanya kamu teruna ke tak. Kalau kamu tau dia dara ke tak, maknanya kamu dah pernah buat"

"habis tu mcm mana Abah?"

" Kamu tak berhak tanya dia ada dara ke tak, kalau kamu dah sayang dia, kamu terimalah dia seadanya, benda yang lepas tu biarkan, tutup buku lama dan bukak buku baru. Dalam dunia ni mana ada manusia yang tak buat dosa Ikar"



P/s cerita di atas tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati, kalau kena mengena sekalipun, gila ke nak mengaku. ahahahahaha

selain dara si perempuan, dara juga boleh dijumpai pada minyak zaitun, minyak kelapa, syarikat penerbangan, ikon agama dan juga album madonna. Tapi raja segala Dara adalah milik si Buah Zaitun...

May 26, 2011

Budak Berhingus Sepanjang Tahun

Assalamualaikum..

Selepas beberapa kali entry di blog ini bergelumang dengan isu-isu kritikal, kini kita kembali ke entry jenis memori zaman kanak-kanak.

Tadi aku lepak kedai mamak, lepas balik main badminton, kami selalu lepak-lepak minum dan makan, masa aku tengah syok syok menyuap nasi kari ayam goreng tu, aku nampak la budak depan meja aku, dok tenyeh-tenyeh hidung dia yang berhingus sambil main laptop rembat wifi mamak tu.

Bila aku tengok tu, aku tergelak sorang-sorang sebab aku teringat kawan-kawan aku yang selsema sepanjang tahun. seingat aku, kawan aku yang hingus tak berhenti-henti tak ramai, antaranya chewe, Faiz, Fuad dan amin secrew. Dan disebabkan hingus ni diorang telah berjaya memahat kenangan dalam memori aku, lantas memenangi tiket pertama menjadi watak dalam cerita blog rasa hati, hahahaha

Cerita ini dinamakan trilogy selsema sepanjang tahun.


******************************

Mangsa Pertama : Fuad

Sejujurnya aku tak ingat nama dia Fuad ke Farid, tapi perasaan aku lebih kuat mengatakan Fuad, ala letak la nama dia Nurnilam Sari sekalipun, sapa pulak yang nak datang cek betul ke idak ye tak?

Fuad ni, bukan kawan rapat selongkang dan sepanjat pokok dengan aku, cuma dia ni geng aku la. Fuad ni kawan setuisyen. Aku pernah gi belajar tuisyen kat rumah dia kat Sungai Kertas.

Apa yang aku tak boleh lupa pasal Fuad sebab dia la orang pertama yang membuatkan aku menimbulkan teori 'selsema sepanjang tahun'

Masa tu Darjah 5, aku ingat lagi masa tu dia kena selsema awal tahun..selsema teruk sampai dia tak datang sekolah 2, 3 hari jugak la. Bila dia datang je sekolah balik, dia terus selsema dan berhingus sampai habis darjah 6, korang bayangkan!, dia asyik pegang tisu lap hingus sampai darjah 6, lama tu wei. bukan nak gebang la.

Disebabkan aku adalah kanak-kanak normal yang diselubungi dengan perasaan ingin tahu, aku tanya dia.

" wei Fuad, ko ni asyik berhingus je, ko kena selsema sepanjang tahun ke? bila ko nak baik ha? agak-agak hingus ko kalau kumpul-kumpul boleh jadi busut tak?

" hotak ko Zul, mana aku tau bila nak baik, dari hari tu kena selsema sampai sekarang aku tak baik2. dah macam2 ubat aku makan dah, ahh lantak la hingus ni, aku dah imune dah"

" baik ko gi cek Fuad, Tah tah ko kena AIDS kot...wakakaka" (aku pun lari laju2 gi lepak kat kelas sebelah)

Banyak jugak la memori pasal Fuad ni, tapi yang paling aku tak boleh lupa, dia main bola sepak 'tin F&N penyek' kat koridor kelas sekolah agama. korang dapat bayangkan tak apa yang aku cuba sampaikan ni? amik tin coke tu, pastu korang pijak jadi penyek, pastu tin penyek tu jadi bola, main la sepak-sepak kat koridor tepi kelas tu.

Tapi satu hari tu, Nasib Fuad malang, dia jadi golkeeper, dengan semangat Khairul Fahminya dia duduk mencapap mcm katak untuk halang bola tin dari masuk gol, sekali datang si malaun mana tah, rembat tin tu sekuat hati, jadi tersepit la Tin yang tajam-tajam tu ke kawasan Mahkota Kejantanan yang belum berbulu itu.

Maka, hari tu.. seluar Sekolah agama Fuad yang bewarna putih bertukar menjadi merah berdarah, seakan-akan budak perempuan yang datang bulan salah catit tarikh kat kalendar. Kesian sangat aku tengok Fuad masa ni, menangis2 dia.

Dia menangis bukan kerana sakit, tapi dia menangis kerana menahan malu ustazah menyapukan minyak gamat Langkawi ke scrotum nya. Harap-harap Fuad sudah kahwin sekarang dan mempunyai anak yang comel dan ramai, dan harap-harap jugak Fuad tak minat baca Blog. kurang-kurang pun dia tak jumpa blog Rasa Hati ni. hahahahahahha



************************


Mangsa Kedua : Faiz

Faiz Budak Nerd, atau budak Geek. Aku pun tak tau mcm mana nak bezakan nerd ngan geek, hentam je lah. walaupun dia nerd, tapi dia sporting. dia selalu lepak kat rumah main sega saturn.
Dalam Kampung Sungai Tua dan Sungai Kertas, dialah antara orang pertama yang mempunyai Komputer peribadi cap IBM. Lantas dia selalu tunjuk skil dia lukis buah apple kat komputer sambil sengih yang maha hebat.

Faiz juga turut dijangkiti dengan selsema sepanjang tahun. Setiap masa dan ketika dia akan bawak sapu tangan 'pejabat' dalam poket ke mana saja. Astaghfirullah... korang bayangkan sejenak bagaimanakah rupanya sapu tangan tu bila penuh hingus yang dah kering?

Ada yang kaler kuning terang, ada kuning cair, ada yang takde kaler, ada yang kaler hijau cendol dan ada juga kaler kuning nak keperang-perangan... Keras dek usia yang dimamah waktu, duduk terasing dalam poket sunyi Faiz, menantikan tuannya mengambil dan membelainya di hidung dengan seraya muzik berkumandang..... PrreeeetTttTtttt....

" Macam mana kau tau detail kaler hingus-hingus Faiz kat sapu tangan tu Zul?"

hahaha, sebabnya, sebab ada satu musim dekat-dekat nak cuti sekolah, ada banyak sarkas tayang kat TV, Bila ada sarkas maka akan ada apa kawan-kawan????

"SINGAAAAAAAAA....... abang Zulfikar"

Salah adik-adik, bila ada sarkas, maka akan ada la silap mata, nak nak pulak masa tu banyak ahli silap mata datang buat show kat sekolah kan? kat pentas kantin, sambil diorang tutup keliling kantin dengan kain hitam, punya busuk perut, taknak bagi budak-budak yang takde duit beli tiket tengok curi-curi kan..

Bila ada musim silap mata, ada la pulak kanak-kanak yang poyo dan semangat lebih. diorng ni mula la nak buat silap mata dekat kelas kan... kenapa ye diorang nak buat silap mata dalam kelas semangat-semangat ni kawan-kawan?

"Sebab nak tonjolkan kehebatan diri dan menambahkan sumber pendapatan Abg Zulfikar!!!"

Sekali lagi, Salah ye adik-adik. diaorang nak ambil perhatian anak-anak gadis dara sunti yang sangat comel di kelas, dengan harapan dapat ajak dating dekat kantin sambil makan choki-choki. maklum la raya nanti nak tunjuk kad raya dari awek kan..

Okey, bila nak buat silap mata, mestilah nak kena ada duit syiling 50sen ngan Kain sapu tangan kan?

Agak-agak korang la, sape ye yang selalu bawak handkerchief ke sekolah pada bila-bila masa? beeetul kali ni jawapan korang semua, mesti lah Faiz.

" Faiz, pinjam sapu tangan, aku nak buat magic ni" (kata si Arzizi)

" AH, aku mana ada sapu tangan la"

"Ko jangan nak tipu la Faiz, aku selalu tengok ko bawak handkerchief, meh la pinjam kejap, kemut la kau nih..cepat la jap gi dah nak rehat, sape plak nak tengok magic aku"

" Malas ah aku nak bagi sapu tangan aku, ala....azizi kalau kau buat magic tak pakai sapu tangan tak boleh ke?"

" bak la sini, kalau ko tak bagi, aku taknak geng ko"

"Nah..jangan nyesal~~~~"

Arzizi ambil saputangan Faiz yang sangat comel tu, berlipat dengan kemas, Arzizi duduk depan kelas, depan kami semua sambil sengih-sengih cakap dia ada magic yang sangat ajaib. dah la magic kan, ada ajaib pulak tu.

Bila Arzizi bukak je lipatan sapu tangan tu, dan bentang sambil pegang hujung kiri kanan dengan ibu jari dan jari telunjuk dia, maka terlihatlah apa yang selama ini mejadi mimpi ngeri kepada Faiz. habislah rahsia rupa hingus Faiz terlihat dek kawan-kawan kelas.

"EEeEEeeeEEeeeEEe.. Hingusssssss, banyaknyeeeeeeee"

" Hahahaha, kan aku dah cakap, aku taknak bagi pakai, ko degil jugak, padan muka!"


***********************


Mangsa Ketiga : Amin Screw

Kenapa nama Amin ni...Amin screw? sapa dapat jawab? sebab dia pandai pasang screw? sebab bapak dia tokey kilang secrew? sebab muka dia mcm screw? salah...

sebab, masa sembahyang kat surau, dia tension dengan hidungnya selalu berhingus, tak berhenti-henti sepanjang tahun jugak.

Bila dia Qiyam dan baca Al-Fatihah boleh tahan lagi, dia akan lap-lap hidung dia guna lengan baju melayu.

Tapi bila sujud, macam mana dia nak buat? dia tenyeh hidung kat karpet? jenuh Amin memikirkan solution demi solution..(bila masa pulak english ada pengulangan kan?)

Akhirnya dia menjumpai solution yang inovatif, bila dia dapat idea ni, aku bayangkan atas kepala dia ada lampul mentol yang bernyala, dan tangan dia telunjuk naik ke atas sebelah muka dia.

Amin pun cepat-cepat pergi toilet, amik tisu toilet, gulung-gulung..gentel-gentel jadi tajam kat hujung...

Lantas dengan penuh Istiqamah, Amin dengan penuh rasa tawadhuk men'screw' tisu itu ke dalam hidung nya.

Kemudian, Amin tanpa rasa bersalah, meneruskan sembahyangnya rakaat demi rakaat tanpa rasa sangsi lagi. Kami pulak kawan-kawan dia gelak ngekek-ngekek, ada yang pegang2 perut... ada yang jatuh melutut kat simen luar surau, ada pulak yang terguling-guling...

Pesta gelak kami hari tu.....

" woiiii tengok woiii... Amin.... Skrew lubang hidung dia pakai tisu woooooiiiiiii"

Melekat la nama Amin screw selama-lamanya sehinggalah detik dan waktu si Zulfikar menghabiskan entry merepeknya pasal selsema sepanjang tahun dengan lambang noktah ini [.]




P/s cerita pasal chewe takda, kena mintak permision dulu, dia dah la selalu jenguk blog ni, karang dia baca dia sentap mcm mana? hahahahahahhaha kalau hang baca ni We, hang setuju, sila like. hehehehehe



May 23, 2011

Mula Memahami Penaakulan Mantik


Assalamualaikum..

Mantik ;

Adalah satu ilmu bahas akal, ilmu jalan fikiran tentang sebab dan kejadian yang terbit daripadanya.

(takrifan kamus dewan edisi 4)

Jadi, kalau mengikutkan akal yang tak berapa nak dewan ni, ilmu mantik adalah ilmu logik akal, untuk mendapatkan kelogikan bagi satu-satu situasi yang mana kesimpulannya berhubung kait secara terus dengan sebab-sebabnya.

"Apa ni Zulfikar? ko terangkan lagi teruk berbelit-belit dari Dewan Bahasa terangkan, kau ni tau ke tak? ke kau goreng je lebih?"

Yelah, aku cuba 'marhaen'kan maksud mantik ye, maksudnya ialah cuba mendapatkan kesimpulan yang munasabah bagi setiap situasi.

Ilmu Penaakulan mantik ni ada orang cakap dipelopori oleh Socrates masa zaman tamadun awal Rom dan Yunani dulu. Kemudian menjadi popular apabila ulamak Islam zaman Abassiyah mula ketagih dalam menghuraikan segala persoalan dalam agama dan kehidupan mengikut hukum penaalukan mantik. Akibat dari berlebih-lebih dan obses dengan mantik, maka timbulah pelbagai mazhab dalam agama, termasuk mazhab Muktazillah dan berbagai lagi.

Okey, perbincangan semakin berat, jadi mari kita kendurkan balik. Sejak bila dalam ingatan memori korang semua mula memahami akan kelogikan dan munasabahnya sesuatu perkara yang berkait? kalau aku, sejak tadika aku dah mula bertanya-tanya dengan cikgu tadika, kalau nak tahu kisah lanjut, baca dalam Entry INI.

Dulu aku mula memahami konsep penaakulan mantik ni dari pemahaman harian seorang kanak-kanak. Perkara ini terus bermain dalam otak aku sampailah sekarang aku nak terjemahkan dalam penulisan.

KES 1 :

Cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari.

Peribahasa yang ingin menyatakan bahawa, jika cikgu itu sendiri berperangai teruk, maka anak murid akan lebih teruk, ini bertujuan memberitahu bahawa pentingnya kepimpinan melalui teladan.

Tapi pada masa tu, seingat aku masa umur 9 tahun atau darjah 3 aku berfikir..

Jika Cikgu kencing berdiri, anak murid akan kencing berlari.
Jadi, jika Cikgu kencing duduk, anak murid akan kencing berdiri.

Matlamatnya adalah kita mahukan anak murid menjadi sopan dengan kencing duduk.
jika begitu, Cikgu mestilah kencing meniarap supaya anak murid boleh kencing duduk.

Persoalannya, adakah cikgu yang sanggup untuk kencing meniarap semata-mata untuk mengajar anak muridnya kencing duduk?

Bagaimana pula kalau anak murid ada yang menggedik mahu kencing meniarap? bagaimanakah caranya cikgu mahu kencing? adakah cikgu harus kencing di angkasa raya sambil menyanyikan lagu Joget Pahang?

Itu belum lagi membincangkan, bagaimana caranya cikgu perempuan mahu kencing berdiri? atau bagaimanakah rupa anak murid perempuan yang kencing berlari? lagi haru biru kelas Bahasa Malaysia tu nanti.

Jika cikgu mahu berdebat dengan anak muridnya yg mencari kebenaran, cikgu wajib berhujah dengan asas 'Cikgu kencing Berdiri anak murid kencing berlari', kerana ia telah menjadi asas penghujahan. Akhirnya cikgu akan menggunakan kuasa veto yang tak mampu dibidas oleh anak muridnya lagi :-

"okey kelas!! kita masuk bab lain.. minggu depan kita akan bincangkan bab ini ya"

Kenapa?? kenapa??..kenapa peribahasa ini tidak selari dengan teori penaakulan mantik? kenapaaaaaaaa??????...




KES 2 :

Kamu jangan melawan cakap mak kamu, nanti kamu ada anak, anak kamu akan melawan kamu pula.

Ustazah dekat sekolah agama selalu cakap mcm ni, sebagai ingatan bahawa jika kamu membuat sesuatu yang buruk, maka suatu hari nanti kamu akan dibalas dengan keburukan juga sama macam yang kamu telah buat.

Ini telah memporak-perandakan garisan masa atau timeline, kerana :

Perbuatan melawan si anak pada ibunya sekarang bukanlah kehendak anak itu sendiri, tetapi adalah satu bentuk pembalasan kepada sikap ibunya yang dulu melawan ibunya.

Ibunya juga tidak boleh disalahkan juga, kerana bukan ibunya yang bersalah, ibunya melawan cakap ibunya adalah kerana itu satu bentuk pembalasan ibu kepada ibunya yang melawan cakap ibunya juga.

Maka berlarutanlah persamaan mantik ini sehingga kepada asas pokok susur galur keturunan anak itu.

Siapa yang salah? Mereka dan keluarga meraka. wahh baru nampak rasionalnya jawapan dialog Ringgit Kasorga tersebut.

Jadi, mungkin pendekatan 'ayat didikan' ini tak boleh digunakan lagi. Ganti saja dengan ayat :-
"Kamu jangan melawan cakap orang tua kamu, sebab itu satu perbuatan yang tidak baik, kamu akan berdosa. Adakah kamu mahu menjadi anak derhaka? pergi jemur kasut sekolah kamu sekarang jugak sebelum kamu sambung tengok power rangers ini!"

*******************************

Jadi Penaakulan mantik boleh digunakan dalam semua kondisi kehidupan. Tetapi kedegilan mahu membuktikan sesuatu perbuatan dengan menggunakan teori penaklukan mantik akan dicop sebagai 'melawan' dan kamu akan ditampor di pipi kanan, lambang penguatkuasaan kuasa yang tidak terperi enaknya.




p/s kencing berdiri itu tidaklah menjadi salah pun dalam Akhlak Islam, kerana ia adalah khilaf ulamak, ada Sahabat yg pernah melihat Rasulullah saw kencing berdiri, dan ada pula sahabat R.A yang menyatakan makruh kencing berdiri. Sapa pulak yang mandai-mandai cakap kencing berdiri itu berdosa??



May 22, 2011

Isu : Ramalan Kiamat, Mengarut!


Assalamualaikum...

Tragedi melanda masa petang tadi, aku terkejut dengar berita pasal kanak-kanak rumah anak yatim dekat batu-14 Hulu Langat. Masa dengar berita, 5 orang yang dah disahkan meninggal dan ramai lagi yang tertimbus.

Kawan aku Nizam Jasni duduk dekat dengan tempat kejadian dan turut sama dalam aktiviti menyelamat, aku dapat sms dari dia dalam pukul 10 mlm tadi, dia tak sanggup lagi berada kat tempat kejadian sebab tangan menggigil tengok mayat anak-anak kecik. Dia bagitau baru selesai mengangkat jenazah yang ke enam dan banyak lagi yang tertimbus.

Aku doakan semuanya akan selamat, dan aku doakan juga, semoga yang baik-baik akan mengiringi pemergian mangsa. Semoga dirahmati Allah SWT akan roh mereka dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

*************************

Tanah runtuh itu mengingatkan kita terhadap hari kiamat. Hari kiamat yang akhir-akhir ini menjadi trend pada kaum muslimin untuk bermain silang kata dan teka tarikh.

Dengan alasan 'membuat kajian saintifik terhadap teks suci Al-quran dan Hadis' demi mencari bukti kebenaran dalam agama Islam, maka dengan lesen itu ramai budak-budak muda yang ghairah mula mencongak-congak akan bilakah tarikh kiamat akan berlaku.

Formula yang paling terkenal, 12-12-2012 menjadi pilihan dan sandaran, konon-kononnya pada tarikh itu adalah yang paling menepati segala ramalan dan tanda-tanda yang diwariskan oleh Nabi SAW dan ia juga bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh kaum Mayan, kajian Bible dan lain-lain teks suci agama kuno. Ini semua mengarut!!!!

Jangan Cross-interpret fakta yang ada dalam bible, Al-quran dan kisah-kisah israiliyat lain. Sebab fakta yang ada di dalam kitab lain kemungkinan sama tapi ia tidak membuktikan bahawa kisah itu suci dan tidak diubah.

Jangan Predict benda ghaib, biarkan benda ghaib itu milik mutlak Allah SWT, kerana apabila anda cuba membuktikan perkara ghaib dengan kajian sains, anda akan kecewa. Jika anda mengkaji perkara ghaib dalam Alquran tetapi anda tidak dapat menemukan jawapan, adakah perkara ghaib itu menjadi tidak sah? adakah anda beriman hanya apabila disertakan bukti sains dan kerasionalan?

Nabi Muhammad saw sendiri tidak tahu tentang tarikh hari kiamat itu, masakan kamu pula orang biasa yang tidak mendapat wahyu boleh tahu bila akan terjadinya kiamat hanya berbekalkan kajian fakta-fakta dan ramalan saja?

Anda tidak akan menjadi orang yang disegani hanya dengan menyebarkan ramalan hari kiamat di wall-wall Facebook. Korang ni nak mendalami agama islam dengan keseronokan meramal-ramal ke? atau korang sebenarnya ada niat untuk menjadi jaguh dan kelihatan hebat.

Aku tau, bila korang dapat menyelesaikan misteri hari kiamat melalui ramalan dan info dari blog-blog, korang nanti akan rasa exclusive :-

" aku lebih hebat dari Ali, dia tu harap je sembahyang tonggang tonggek, tapi rahsia hari kiamat dia tak tau, aku lagi tau, mestilah aku lebih alim kan, jadi korang semua berhenti kagumi ali, kagumilah aku sahaja!!" <-----banyak cantik muka kau!

Ada orang ckp huru-hara akan berlaku 3 ogos 2012, iaitu 15 Ramadhan yang jatuh pada hari jumaat? orang yang meramalkan benda ni dah hilang akal ke apa? kalau benda ni betul, tak payah nak tunggu kau, Nabi Muhammad saw masa hidup lagi dah bagitau benda ni, Baginda lebih sayangkan Ummatnya, kenapa pulak benda ni Nabi nak sorok taknak bagitau? sebab nak bagi can kat kau untuk jadi jaguh meramalkannya? ye la sangat..

Kalau ramalan korang tidak tepat, korang jugak yang malu.
Kalau ramalan ini dilakukan oleh orang berpengaruh dalam agama, atau diendorse oleh ustaz-ustaz...kalau tak tepat, kan orang mula pandang serong dengan kredibiliti agama...

BERHENTI DARI MELAKUKAN KEBODOHAN INI!!!!!

Klik SINI kalau nak tengok Note Facebook tersebut.

Kalau semua Muslim berfikiran mcm ni, akhirnya Al-quran dan Hadis tidak lagi menjadi rujukan dalam beragama, sebaliknya buku-buku karangan ramalan yang akan dibaca dulu. Akhirnya tercemarlah Agama Islam hanya kerana nafsu untuk menjadi hebat yang dipermainkan Syaitan.



P/s Credit untuk link note kepada fanpage ARC13, dan blognya di link INI.







May 20, 2011

Antara Dua Darjat...

Assalamualaikum....

Antara dua darjat, bukanlah antara darah orang kebanyakan dan kerabat raja, bukan juga insan marhaen dan ahlul bait. Tapi darjat seorang kanak-kanak biasa dengan kanak-kanak yang mewah. Samada mewah kerana memang itu gaya hidupnya atau mewah kerana layanan istimewa mak ayahnya.

Aku takkan boleh lupa, masa aku kanak-kanak dulu, aku menjadi sedih yang teramat sangat sebab plastesin aku melekat dalam acuan buat aiskrim, masa tu aku kecik sangat, aku tak faham kenapa dia boleh sangkut dan melekat, lantas aku tanya abang aku..




"Karnain, kenapa ikar punya plasticine ni melekat dalam mesin aiskrim ni ha? tengok Kaklong punya plastisin elok je boleh kuar jadi aiskrim bulat-bulat?"

" Memang la sangkut Ikar, tanah liat kita ni kan plastisin, kaklong punya Play-doh. Play-doh mana leh lekat, tenyeh kuat-kuat pun dia leh tanggal balik, dah la bagi balik acuan aiskrim dia tu, nanti bising ar"

" Kenapa kita main Plasticine, Kaklong main Play-doh Karnain?"

"Sebab abah cakap playdoh ni mahal la, membazir beli, baik duit ni kita gi beli burger arnab kat Bukit Cerakah ahad nanti, best woo daging arnab, tak sabar tunggu ahad nih"

"Uiiyooooo daging arnab,Cop... Ikar nak burger arnab ngan dadih anggur"

" Karnain nak burger arnab ngan dadih strawberry.. cop cop!"

Buat masa tu, aku terus terlupa kesedihan aku sebab plastisin aku melekat dan kami tak pernah ada playdoh sampai la umur aku 27 tahun. Kenapa zaman tu playdoh diimport masuk ke Malaysia? kan dah sedih aku..

Kan elok kalau semua kanak-kanak kat kampung tu main plastisin..gentel2 atas simen jadi panjang2 mcm kopok lekor dengan girangnya, tak payah nak pandang daring dengan mata yg redup tengok kaklong kuarkan spaghetti dan aiskrim dari mesin playdohnya..




********************

" Uiiiyohhhh, Karnain...Karnain, Kaklong main Rollerblade la, tadi ikar tengok kan, kasut roda dia beessttt, roda dia sebaris je, hebat ah!"

" Bukan best pun main rollerblade tu ikar, lagi best main basikal, jom racing gi Taman Jasa!"

Aku pun mengayuh basikal sambil kepala aku menoleh ke belakang tengok Kaklong tertonggek-tonggek bontotnya mencuba rollerblade yang baru bukak dari kotak, org 1st dalam kampung yg pakai rollerblade katanya...

Keesokan harinya, nafsu keinginan kanak-kanak aku tak dapat dibendung lagi walaupun telah ditenteramkan dengan acara racing basikal...

" Kaklong, best tak main Rollerblade tu?"

"best ikar, nak pinjam ke? nah amik lah"

"Taknak la kaklong, Mak aku cakap jangan suka pinjam barang mainan orang, nanti rosak kena ganti..susah. takpe la, aku tak pandai main rollerblade tu pun, ko main la, aku tengok je"

Sampai la umur aku 27 tahun, aku tak pernah rasa main rollerblade.

Kan elok kalau zaman tu, rollerblade tak diimport ke Malaysia. mesti semua kanak-kanak boleh racing basikal sama-sama.

******************

"Woi woi, Amy, Aji, ikar... jom pergi umah Zafran, bapak dia baru balik Autralia..dia ckp kat sekolah tadi, bapak dia beli boomerang yg macam dalam TV tuuuu... bila baling boleh patah baaaaalikkkk....."

" UuuUUuuiiYyyyoooooo... Boooomeeeranggg...jom jom jom"

sampai kat umah Zafran, tengok kawan-kawan dah kumpul depan rumah dia, lepak kat padang permainan Taman Jasa, dari atas basikal aku tengok dia duk baling boomerang 5, 6 kali, tapi semua tak patah balik...

Tapi sebabkan dia dah rasuah kawan-kawan dia ngan aiskrim dan harapan utk try baling boomerang tu, dia dapat kuasa veto untuk menyuruh kawan dia kutip kat padang setiap kali baling.

Aku pun duduk jauh sikit, takut kena boomerang dekat dahi. Lepas aku tengok lebih 10kali baling tak patah balik, aku saja bakar line.

" hek eleh Zafran, ko kata boomerang tu boleh patah balik, tapi aku tengok dah banyak kali ko baling tak balik-balik pun..tipu ahhh!!!"

" Ala, bising la ko ni Ikar, yang ni memang la tak boleh patah balik, yang ni plastik punya, jap aku amik yang kayu punya"

Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, boomerang yang dia amik tu bukanlah untuk kegunaan main, tapi hiasan cenderahati, bapak dia beli mahal buat sangkut kat dinding...

"ko tengok ni, aku jamin la kalau aku pakai boomerang original ni, sekali baling je dah patah balik"

"cakap banyak tak guna wei, baling aku nak tengok!"

Sweeeennnggggggggg... hayunan bersemangat Zafran dengan muka berlagak ala sinyu dalam doremon tu.

Pleeeeepokkk... boomerang tu jatuh atas simen palong bulat. Retak dan patah..dengan hanya sekali cuba. aku tak tambah cerita, benda ni memang jadi.




" alamak..boomerang bapak aku patah, mati la aku kena belasah"

Kami 4 sekawan, angkat basikal masing-masing yang terbaring, kayuh laju-laju gi kedai jimat beli aiskrim pop. Tanpa sedikitpun merasa simpati pada Zafran. Sapa suh belagak sangat, padan muka.

Kenapalah Bapak dia pergi Australia dan bawak balik boomerang, kan elok semua kanak-kanak kat kampung tu main lastik kayu pokok jambu je...

******************

"Ikar, datang la umah aku petang ni, mak aku ajak korang main kat rumah aku la, kita main pingpong nak? bapak aku baru beli table pingpong"

" Uihh bestnya, ok set, balik sekolah agama, aku datang ngan Karnain"

Sampai kat rumah Che Omar, kami pun main pingpong dengan rakusnya, tersangat la seronok, sebab selama sebelum tu, kami main pingpong atas meja makan je kat rumah, net pulak pakai video tape susun panjang-panjang.

Tapi lepas 2, 3 hari, tinggal kami 2 orang adik beradik je yang main pinpong macam orang gila depan rumah dia, dia pulak lepas main 1, 2 game lari masuk rumah...aku pun intai-intai dari pintu, kami jarang nak masuk rumah orang tak tentu pasal, mak aku larang keras anak-anak dia duduk bergelumang rumah kawan.. main kat luar je.

" Owhh, patut la dia taknak main pingpong ngan kita lagi Karnain, bapak dia dah belikan dia Sega saturn la"

aku pun panggil-panggil dia dari pintu dengan niat nak ajak dia main pingpong sebab dah sampai turn dia.

" Che Omar, cepat la... aku nak main ni"

" eh, game ni dah rosak la, tak leh main dah... kita gi main pingpong je la"

"erk... memang la aku ajak ko main pingpong, aku bukan naik mintak main sega tu pun"

" Hah!!!!.. gulp... ok...ok" dia pun tutup sega saturn dia, kelam kabut sorok dalam laci meja tv"

" Ikar, dah la jom la balik, penat dah la main pinpong, kita gi tangkap ikan longkang lagi best!" abang aku ajak aku balik, bagi mengurangkan rasa kekok dan sentap yang sedang mengembang biak di ruang udara...




Sampai la aku tua, aku tak pernah ada pun Videogame kat rumah, tak kira la playstation ke, xbox ke, sega ke.. apa ke...

Kenapa laaa Sega Saturn tu diimport ke Malaysia, kan best kalau Che Omar layan kami main pingpong sampai jemu.

Takde la aku akan menulis blog pagi-pagi buta ni pasal Antara Dua Darjat.



p/s masa zaman tu, kalau aku ralit main videogame, playdoh ngan sega saturn, dah besar, mesti aku tak boleh eksyen yang aku terer panjat pokok ngan tangkap ikan longkang.

May 18, 2011

dan di ceruk-ceruk kota..selfish bermaharajalela

Assalamualaikum..
Aku sebenarnya faham apa yang difikirkan oleh driver kotaraya ni, tapi aku tetap nak guna ayat klise orang excited nak menulis...

"aku pun tak paham apa yang orang bawak kereta kat depan ni pikir...penting diri sendiri betul"

Ok abaikan ayat klise di atas, apa yang aku jengkelkan sangat dengan segelintir driver selfish nih? diorang ni merasakan bahawa walaupun diorang buat salah semasa memandu tetap diorang takkan dapat apa-apa musibat sebab pemandu lain semua pengecut nak bagi pengajaran pada diorang.

situasi 1.
Tadi aku drive nak pergi the curve, elok aku drive dekat Lebuhraya Damansara Puchong ni, ada apek tua bawak Kenari depan aku, lane kanan, 60 km/jam... aku dekat belakang tengah merapati dengan speed 100km/j... agak-agak korang, korang boleh sabar ke dengan driver mcm ni?

Selalunya, kita yang bengang ni, akan potong ikut kiri dan kemudian speed laju2 tinggalkan dia kan?
Dan selalunya, kalau kita paling berani pun kita cuma potong dan angkat tangan lambang kesopanan bak karam singh walia tu kan? atau kalau kurang sopan sikit, kita angkat jari tengah tu...ammakkk rombe nallareke..

Tapi tadi, mood aku tak berapa baik.. aku meragam sebab bangun awal hari ni, jadi.. aku potong kereta kenari tu, aku pergi kat depan kereta dia, aku brek kereta aku, perlahankan sampai 40km/j...30km/j... weeeeehhuuuuuu.....

Mula-mula dia buat rileks dan degil, ikut je belakang aku, sebab mcm budak-budak kecik yang ego, lagi kita marah lagi dia nak buat, tapi lama-lama dia pun serender, dia pun pergi ke tepi lane kiri sekali, dan pandu dengan jayanya...

Aku pulak gembira, "rasakan kau wahai apek tua, sekarang baru kau rasa apa yang driver lain rasa, kau ingat banyak cantik bumper kenari kau, aku nak tenung lama2?"

Situasi 2.
Kenapa, kalau nak amik budak sekolah, mesti nak parking dekat depan pagar sekolah ramai2? ada boria buat show ke kat situ?

Atau korang kesiankan anak-anak korang nak jalan jauh sikit? korang kesian anak-anak korang tu letih ke nak jalan 50 meter ke bahu jalan? atau kesian anak2 letih nak panjat jejantas?

Tak payah nak layan syahdu sangat la, anak-anak korang dah lari acara 300 meter main kejar2 masa rehat tu dah, takde diorang penat nya.... masa kat rumah, boleh pulak korang biar anak korang lari2 main bola ngan kayuh basikal Fixie?

Balik sekolah pulak korang nak berhati sutera tunggu anak depan pagar? korang ni memang takde otak betul la, korang tau tak kereta belakang jem sampai 2km? dari warta superstore tu...kalau aku nak terberak kan ke naya?
Dulu aku selalu temper bila tengok situasi mcm ni...mula la aku plan nak buat macam2...

"satu hari nanti, aku free, aku nak kuar waktu org balik amik budak sekolah, aku nak parking depan kereta yang takda hati perut ni, biar dia pulak rasa stuck mcm mana kan?"

"kalau lah aku ada kawan transformers bumble bee kan, mesti aku dah suruh dia angkat kereta Harier depan ni pastu campak dalam midvalley."

Tapi aku tak pernah buat lagi, buat masa ni, aku just tangkap gambor je la ngan letak dalam blog, korang tengok la sendiri bengap tak bengapnya mak bapak yang tak berhati perut zaman sekarang...2 x 5 sama je la dengan driver bus sekolah tu..










Lokasi kat atas adalah kat sekolah Menengah Taman Selayang, aku bukan duduk area ni pun, aku duduk Shah alam, tapi on the way nak pergi Bandar baru Selayang jumpa klien. korang bayangkan aku boleh stuck kat sini sampai 20 minit, semata2 nak tunggu bas sekolah dengan kereta mak bapak pick-up anak2 diorang balik sekolah, apa diorang ni dah hilang akal ke apa?

Kalau aku ada kuasa tongkat sakti harry potter, dah lama aku sumpah kereta2 ngan bas sekolah tu jadi jongkong emas dah..boleh aku gadai beli jam G-shock Pro Trek.....

" Zul, apsal ko tak sumpah je jadi jam G-shock terus?"

" ko jangan sibuk boleh tak? aku tengah menulis dalam keadaan marah ni!!"

Lagi satu lokasi paling menyenakkan perut adalah, Sekolah jenis Kebangsaan China apa tah yang kat seputeh tu, yang kat main road depan Midvalley tu, Memang Selfish betul mak bapak budak-budak ni, kepimpinan melalui teladan, jadi aku dapat jangka anak-anak diorang bila dah besar nanti jadi jenis mcm mana?....tak sensitif!

Dah, xnak tulis panjang2 lagi dah, aku nak semayang subuh.




p/s dulu masa kecik, aku selalu tanya diri sendiri, Kenapa orang putih cakap penting diri sendiri tu selfish? adakah kerana dari perkataan sellfish iaitu suka menjual diri sendiri untuk mendapatkan keuntungan?

ataupun datang dari perkataan Shellfish, iaitu kerang-kerangan laut..bermakna orang suka penting diri sendiri ni ibarat kerang, menyembunyikan dirinya di dalam cengkerang taknak campur hal orang lain? Ooohhhh sucinya minda aku....

"tu bukan suci Zulfikar, tu bengap-bengap ubi"

May 16, 2011

Menghadapi Kekecewaan Cinta

"Zulfikar, aku rasa down sangat ni, aku tak tau la kenapa, tapi aku sedih sangat..aku tak dapat nak cerita macam mana perasaan aku sekarang ni Zulfikar, sedihnya.. apa aku nak buat ni"

" Dada ko berat, susah bernafas, badan lemah longlai, kepala berat, pandangan tak fokus, kabur, lutut lemah-lemah geli, rasa tenggelam dalam diri sendiri, kaki tak jejak bumi, genggaman tangan tak kemas, perut senak, rasa takda semangat nak teruskan hidup, takut menghadapi hari esok, tak tau apa nak jadi bila tahu diri sendiri kini benar-benar sendiri?...ada betul ?"

" Apsal aku rasa macam ko tengah diagnosis aku? apesal aku rasa semua yang ko cakap tu betul, tepat? ko ada belajar ilmu tilik ke? ke kau ada six-sense macam professor x-men tu? aku tadi dah tak tau nak describe kat kau, aku ingat takde orang akan paham apa yang aku rasa...macam mana ye aku nak selesaikan masalah aku ni Zul?"

Sebenarnya apa yang kau rasa tu, majority manusia pernah rasa, itulah perasaan kecewa, kecewa ditinggalkan kekasih dan kecewa bila harapan musnah. symptom adalah sama cuma cara menghadapi kekecewaan itu berbeza, cara nak handle dan masa untuk sembuh pun berbeza.

Aku pun pernah rasa kecewa tu, walaupun aku sebegitu ego untuk sandarkan rasa hati aku pada seseorang, walaupun aku rasa hopeless bila aku bergantung kasih tapi aku tak menafikan, pengalaman kecewa itu jugak pernah aku rasa.

Aku pernah bagitau yang aku tak pernah bercinta masa sekolah menengah, sebabnya korang boleh baca dalam entry INI... tapi aku pernah jatuh cinta masa universiti. Masa ni aku jatuh cinta bukan trend untuk bercouple, bukan jugak untuk menghilang sangap...cuma aku terperangkap dengan feeling syok kat dia.

Punya la aku bebal bab bercinta, aku berdating dan masa tu aku anggap aku dah jadi boyfriend dia, sedangkan dia tak pernah akui yang dia girlfriend aku.. bila aku tanya kenapa? dia cakap

"ala..Ikar tak pernah mintak declare pun"

"Nak mintak declare macam mana lagi? bukan ke kita dah selalu dating, dan kita dah feeling2 kan awak kan?"

" Tu tak sama, tu kira mcam tak rasmi la, kena la mintak rasmi, gentlemen la sikit"

Sumpah masa ni, perasaan aku jengkel gila,

"hek eleh, minah ni..ko dah taram shoping baju kat F.O.S pakai duit aku...ko dah lepak-lepak tengok wyg couple seat popcorn bagai, lagi nak tanya apsal tak declare, apa ko ingat kapel ni nak kena pakai tok kadi akad 'kapel' ke?

" Mohamed Zulfikar, dengan ini aku kapelkan dikau dengan Lisa surihani dengan mas kapelnya top up maxis RM50 tuunaaaiiiiiiiii......"

Sebabkan alasan Rule of Conduct dan etika tanpa akta hukum berkapel beginilah yang membuatkan aku malas nak bagi komitmen pada hubungan percintaan. Aku rasa hidup berkapel ni macam ada satu 'template' khas yang perlu diisi oleh semua pasangan bercinta..

Awas!!!! jika anda lari dari template khas yang telah diberikan tersebut..anda akan menuju ke lembah kebinasaan yang tidak bertepian!!!! (baca dengan bunyi gema pada ayat bertepian sbyk 3 kali )

Ok cukup bebel..sambung kembali kisah hidup.

"awak, saya saya suka kat awak, saya jatuh cinta kat awak, sudi tak kalau awak jadi girlfriend saya?

" hahahahaha, apa la Ikar ni, main-main pulak..tah paper la propose mcm tu...propose bukan macam tu la.. betul-betul laaaaa "

"habis tu propose macam mana lagi? kan hari-hari Ikar dah bagitau kat Ana yang i love u, and then u reply ckp u love me too.. then, proposal apa lagi ni? cuba Ana ajar sikit ayat standard propose mintak kapel tu"

"entah la ikar, susah la Ana nak cakap, susah nak ajar benda ni, tapi yang Ana tau, apa yg ikar propose tu tak rasa macam Ikar serious nak kat Ana"

"Okey, kali ni Ikar betul-betul ikhlas, Ikar nak Ana jadi teman hidup Ikar..Ikar dah betul-betul sayang kat Ana"

" errrrmmmmmmmmmmmmmmm..."

"apa yang erm panjang sangat tu Ana?"

"sebenarnya Ikar, Ana kuar ngan Ikar hari ni sebab Ana nak bagitau Ikar something... Ana harap Ikar tak terkejut dan dapat terima apa yang Ana nak cakap ni dengan tabah ok?"

" hah, apesal pulak ni.. aduh, ni yang start rasa semak ni"

" Ana tak dapat terima Ikar jadi boyfriend Ana, sebab Ana sebenarnya dah ada boyfriend kat Oversea.."

"hah!!.. habis tu, kalau Ana dah ada boyfriend, kenapa Ana layan ikar mcm pakwe ana? Ana bagitau Ikar, yang selama ni kita dating dan bercinta tu maksudnye apa?"

" sebenarnya sayang....Ana sunyi, Bf ana jauh, ana tau yang Ikar suka kat Ana, sebab tu Ana layan je, Ana anggap kita kawan baik, Ana happy sangat dengan Ikar, tapi Ana anggap kita macam bestfriend je..Ana nak sayang Ikar, tapi tak boleh..sebab hati Ana dah ada kat orang lain..sorry Ikar~~~~~~ Maafkan Ana...Ana dah buat Ikar kecewa...soooryyyyy~~"

Tiba-tiba..........symptom kekecewaan itu berlaku dengan hebatnya..perasaan kecewa itu melanda diri aku bak badai di musim yang kontang. Datang tiba-tiba, ombak setinggi 10kaki menghempas kedamaian hati aku yang seperti taman bunga sakura di tokyo. Pada masa tu, langit yang cerah dan ditaburi bintang menjadi kabur bak TV astro yang tidak dibayar Bil... gelap gulita...sayu..kedengaran bunyi cengkerik dalam otak aku yang mendendangkan lagu hetikoes endang..."Benci Tapi rindu"

Pada masa itu, situasi aku..aku rasakan kena sangat dengan lirik lagu Band Umbrella.. 'Ramalanku benar berlaka'...perasaan yang paling kekok ketika itu adalah, lepas kecewa diperlakukan begitu, kami masih lagi duduk sebelah-menyebelah dalam bas 222, KL-seksyen 2 Shah Alam... sambil mengalirkan air mata jantan di pipi aku...

Aku merasakan kekecewaan itu meremukkan hati aku yang sebegitu tulus dan naif..naif tentang cinta dan sandaran harapan untuk bahagia bersama. kenaifan aku pada masa itu membuatkan aku tidak percaya ada manusia boleh faham apa yang aku rasa mcm budak yang tanya aku kat dialog paling atas.

Bila sampai kat kolej kediaman Meranti, aku pun terus panjat tangga ke bilik dengan penuh kelemahan, sebak kat dada ni rasa mcam tak boleh bernafas, mata aku tak berkedip-kedip... aku langkah tangga tu satu demi satu tanpa rushing..tangan pulak paut rail tangga untuk tarik badan ke atas.

Sampai kat bilik, terus aku bukak lagu Mp3 'Ramalanku benar berlaka' aku nyanyi kuat-kuat sambil secara spontan aku melangkah ke bilik mandi dengan seluar short feveret... aku tanpa berfikir, aku mula sental bilik mandi rumah tu. aku mula sental lantai, dinding, celah-celah dinding yang berlumut, kepala paip, kepala shower, sinki... jamban cangkung..hatta mangkuk meggi housemate aku yang 2 minggu bertapai tu pun aku basuh tanpa aku sedari.. sambil aku nyanyi lagu-lagu putus cinta....

Masa tu aku susun lagu dalam folder...'umbrella-Ramalanku benar berlaka' 'ibnor reza -mimpi tak sudah' 'KRU-sebelum kau melangkah pergi' 'Rossa -tegar' dan macam2 lagi...

Dan akhirnya aku berjaya melepasi waktu kritikal sindrom kecewa itu lepas aku meluahkan perasaan dengan kawan baik aku, lepas tu aku pergi main badminton, dan lepas tu aku ronda-ronda Shah Alam naik motor ex-5 aku.....masa tu penguat semangat untuk terus hidup adalah Doa rintihan pada Tuhan..

jadi Koklusinya?

jika kamu semua ada mengalami kekecewaan....

jika kamu kecewa di reject oleh kekasih

jika kamu meng'google' cara-cara menghadapi kekecewaan putus cinta

jika kamu putus cinta dengan kekasih kamu yang paling kamu sayang dan kamu harapkan

jika kamu rasa dunia ini telah berakhir bagi kamu dan kamu tiada lagi harapan untuk merasai kebahagian bercinta

jika kamu merasakan kamu seorang saja yang sedang putus harapan dan kamu cemburu dengan orang lain yang sedang bercinta...


Kamu bolehlah mengikut cara-cara aku dalam menghadapi kekecewaan ini :

1. Merintihlah Pada Tuhan Swt dengan doa demi memohon semangat untuk meneruskan hidup, dan dikurniakan perasan bahagia hatta apabila melihat daun kering gugur sekalipun..

2. Ajak la keluarga anda, seperti ayah, emak, abang, kakak atau adik-adik utk bersembang dan melakukan aktiviti riadah..dan pura-puralah seperti semuanya sedang Ok.

3. Carilah sahabat karib korang yang korang percaya dan rapat dengan korang, korang belanja dia coklat Cadburry bagi perempuan, atau korang belanja tehtarik ngan roti canai dengan kawan laki..lepas tu korang buat la sesi meluahkan perasaan..luahkan kekecewaan sambil mengharapkan simpati kawan untuk menyokong anda.

4. kunci pintu bilik, dan nangislah sepuas-puas hati, jangan lawan perasaan sedih itu, terima kekalahan anda, redha dengan keputusan itu. Ratapilah dengan penuh kesyahduan..

Apa korang ingat korang nak jadi tough selalu, taknak layan frust? Nabi SAW pun pernah melalui waktu dukacita masa Saidatina Khadijah wafat la.. camonnn takyah paksa diri untuk melawan frust sangat.

Tapi ingat hukum meratap!!!! jangan lebih dari 3 hari... kalau anda lebih tiga hari, nanti hati anda akan menjadi terlalu fragile, dan anda boleh jadi sakit jiwa kalau tak kuat, atau anda boleh patah hati terus.

5. Hobi itu penting. Jika dah puas menangis, korang boleh cabut sarung bantal yang dah lenjun dengan air mata tu, korang boleh basuh, korang boleh buang plastik sampah yang dah penuh dengan tisu hingus... sekarang bangun dengan perasaan baru.. kalau korang suka main game, pegi main game, kalau aku suka main badminton aku pergi main badminton. sibukkan diri dengan hobi korang...

korang takde hobi? takde kawan?..ok boleh start cari kawan dan hobi.. jangan hisap dadah!!!

Kita semua manusia biasa..tiada apa-apa yang dapat membezakan kita disisi Allah kecuali ketaqwaan kita kepadanya.

Bingkisan hati untuk anda...ya..aku maksudkan anda....



P/s Nama 'Ana' itu bukan nama sebenar.. dan aku bukan dalam mode putus kasih sekarang, cuma aku merasakan perkara ini boleh dikongsikan bersama...

sebutan nama nickname aku Ikar itu adalah berbunyi IKA..tapi taknak tulis ika sebab tulisan mcm perempuan.

tajuk-tajuk lagu putus cinta yang aku bagi tu, korang boleh google atau youtube. aku malas nak letak lirik dan vclip semua.. nanti panjang dan berat entry ni....

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...