Korang ingat tak masa kecik-kecik dulu, macam mana cara mak bapak kita nak suruh kita makan sayur?
Atau, macam mana mak bapak kita nak suruh kita makan nasik sampai habis?
Aku tak tau macam mana korang dulu, tapi kalau ikutkan kaedah abah aku, dia selalu guna kaedah jek
Jek tu macam pujian, ampu atau kipas seseorang dengan niat untuk membuatkan orang tu merasa bangga dan semangat tak tentu pasal.
Kaedah Jek selalu digunakan oleh staff2 bawahan untuk ampu bos- bos supaya menaikkan gaji tanpa berfikir 2 kali atau pun memberikan bonus 13 bulan setahun kepada mereka.
Jek juga digunakan oleh kawan-kawan sebaya dan sekerja untuk memerangkap korang bagi membeli goreng pisang depan Maybank untuk minum petang. Jika tiadanya jek, maka tiadalah goreng pisang untuk dimakan sambil mengumpat bos di waktu petang.
" kak jue... ya Allah kak Jue... Lawanya tudung kak jue ni, dari tepi kan saya tengok Kak Jue sebijik macam Hana Tajima tau Kak jue. Bila masa Kak jue beli tudung ni? mesti Ariyani ni kan kan kan?"
"alaaahhh kau ni Zul, nak jek akak la tu kan, macam la akak tak tau trick kau tu, dah masak sangat dah ngan kau nih"
" eh tak lah kak jueeee.. sumpah saya cakap, tudung kak jue ni serupa sangat mcam hana tajima, baju ngan seluar pulak macam Yuna, ishkkk memang kena la kak jue..."
" ye ke zul? betul ke ni? akak bukan nak perasan cun tau, tapi masa akak nak keluar rumah tadi, abang jiman kau cakap mcm tu jugak tau. Dia cakap tudung akak macam Yuna, kalau kau pun cakap mcm tu, maknanya betullah tu.. Yuna kan kawan Hana tajima.. kira sama la tu kan kan!!"
" Haa kan saya dah cakap, saya bukan nak tipu kak jue tau, cuba kak jue bayangkan, kalau kita duduk borak sambil makan goreng pisang, mesti mcm gaya yuna ngan hana tajima lepak kat paris kan kan kan? kak jue banje la goreng pisang depan maybank tu...pisang goreng dia sedap la kakkkkk"
" errmmm.. ade-ade je kau ni zul, ye lah ye lah, nah rm10, ko beli goreng pisang abu 5ringgit tau, ingat akak nak goreng pisang abu je tau, goreng pisang awak akak taknak!! hik hik hik"
" ok kak, belen lagi 5 ringgit ni kak?"
" ermm, ko amik la buat duit minyak, ada lagi belen tu kau beli kopok lekor ye..hati-hati jalan, tak sabar nak sambung sembang pasal Yuna ngan kau..cepat sikit tauuuuu"
Maka terperangkaplah sudah Kak Junaidah Wagiman dengan perangkap Zulhelmi Samad dengan Jek di waktu senggang.
Tapi takpe, dengan jek itu, kakjue akan bahagia untuk 12 jam seterusnya sambil menunggu Abg jiman kembali dari kerja. Beranganlah Kak jue dengan Tudungnya sambil menyanyikan lagu wanita semasa.
****************
Dulu, aku jugak selalu jek lecturer aku, tapi bukan niat nak ampu diorang supaya aku dapat anugerah dekan tiap2 sem kan, tak pernahnye aku dapat. pointer pun nasib tak repeat paper je.
aku suka Jek lecturer sebab, aku suka tengok reaksi diorang, ye lah dari dressing puan-puan tu kita dah tau yang matlamat dia nak nampak hebat di mata student dia dan rakan sekerja kan.
ada satu musim fesyen tu, aku tak tau apa yang dah rasuk lecturer-lecturer aku, sampai tahap 3, 4 orang pakai tudung masuk dalam baju kurung, semata-mata nak tayang rantai emas baru diorang.
Tapi lecturer paling suka kena jek bab Umur diorang...............
" ok kelas, semua bangun dan bagitau umur masing-masing ya"
dipendekkan cerita semua orang dah bagitau umur masing-masing, aku pulak mula pasang perangkap jek..
"Puan, puan ni dah tau umur kami semua, puan pulak bagitau la umur puan, tak fair la puan je yang tau umur kami semua..."
" Kalau awak pandai, berapa umur saya?"
" dari pandangan mata saya ni puan, dari saya tengok gaya puan nih, muka puan ngan susuk tubuh puan lah kan, saya rasa puan ni 29 tahun, paling tua pun 32 tahun, betul tak puan?"
Padahal semua orang dah boleh agak umur puan tu dah 40-an keatas...
" ishkk, awak ni mengarut la Ikar, ada ke saya umur 29tahun, ilang akal ke apa? u all tau tak anak sulung saya ada yang dah nak sebaya dengan u all tau tak?"
" ishkkk, Puan jangan la tipu, puan jangan main-mainkan saya, tak percaya la, takkan la puan tua sangat"
" iyaaaa ikar, saya ni dah 42 tahun tau tak?"
" Hahhh apa????? 42 tahun, tak percaya langsung...magicnya, saya mati-mati ingat puan 29tahun, paling tua pun saya agak-agak tadi puan 35 tahun, tu pun saya tak berani nak agak, sebab puan nampak muda sangat la.. trendy lak tuu"
Maka puan pun terperangkap dengan Jek yang sangat bermuslihat tu, dan kenyanglah aku dan member2 aku makan nasik kat cafe fakulti"
*******************************
Dulu masa Kecik, bapak aku suruh aku ngan abang aku makan sayur sekali dengan nasik. Tapi biasalah budak-budak mana suka makan sayur, kalau boleh aiskrim pedel pop tu nak dibuat lauk makan ngan nasik kan.
Jadi macam mana caranya bapak aku nak menggalakkan kami makan sayur dengan semangat yakin boleh? ini namanya soalan retorik, soalan yang sudah mempunyai jawapan, tapi zulfikar masih mengada-ngada mahu tanya.
Sudah tentulah dengan kaedah Jek!
Tapi masa kecik, kami mana tau apa maksud jek kan, so bapak aku secara terus terangnya menggunakan istilah jek itu tanpa sorok-sorok.
Begitu sucinya pikiran aku masa kanak-kanak, aku selalu ingat Jek itu adalah kuasa Jet enjin pesawat pejuang tu, tapi kenapa aku boleh tau pasal enjin jet tapi bukan Jek ampu tu?
Sebab masa kecik, aku ngan abang aku suka tengok cerita Airwolf, helikopter airwolf tu guna kuasa jet untuk terbang laju, selain tu jugak, masa kami kecik2 kami ada kad koleksi kereta, kapal terbang, motor superbike dan kapal selam yang sangat kool.
Aku takkan boleh lupa, macam mana situasi dan kaedah Jek yang dibuat oleh bapak aku secara terang-terang di siang hari kepada kami..
" Wah pandai la anak abah ni makan nasik sampai habis, ni nanti boleh besar cepat nih"
" Abah, abah tengok la karnain makan sayur ni sampai habis abah"
"wah terer la Karnain ni, ni Jek kereta kebal ni! makan sayur sampai habis ni Jek kereta kebal ni!"
" abah, abah, ikar pun nak Jek jugak"
" Ikar nak jek apa? Abang Karnain dah cop Jek kereta kebal dah, dia makan sayur sampai habis"
" ikar nak Jek kapal terbang Bah.. !!"
(gila bayangkan Jek kapal terbang besar mana? ada ke jek kapal terbang?)
" Kalau Jek Kapal terbang, kena makan Sayur ni habis jugak, pastu tambah nasik lagi, makan kenyang2!"
" Okey abah, tengok ikar makan sayur ni eh!!"
Jadi, aku pun dengan penuh semangat kombatnya, makan la sayur bayam merah tu cicah sambal belacan sampai habis, ikan kembung goreng pun habis aku makan, siap tambah nasik lagi, semata-mata nak kan jek kapal terbang.
Pada masa tu, aku ingat aku lagi pandai dari abang aku, sebab dalam pemikiran aku yang konon-kononnya genius ni..................
" Apelah karnain ni gi cop Jek kereta kebal, kereta kebal mana ada guna engine Jet, kapal terbang logikla ada enjin jet, jek kapal terbang lagi best!...taknak la jek kereta kebal"
Kadang-kadang tu, kami berdua adik beradik selalu gaduh bila nak mintak Jek dari bapak aku....
" Karnain cop jek kapal terbang kali ni!!!!!"
" Ala karnain, mana boleh amik jek kapal terbang, tu ika dah cop lama dah dari dulu, karnain amik je la jek kereta kebal"
" ye lah, ye lah, karnain punya jek kereta kebal power... jek kereta kebal kuat, kena tembak ngan peluru tak tembus!!"
" Jek kapal terbang lagi power, jek kapal terbang boleh terbang laju laju, tembak torpedo kat kereta kebal, habis meletop jek kereta kebal karnain"
Tiba-tiba bapak aku sampuk dari jauh sambil sengih sorok2 pandang muka mak aku...
" hah, sapa yang kuat makan sayur ngan rajin tolong abah ngan mama, abah nak bagi dia Jek keretapi pulak.. sapa nak???"
Ini Adalah jek kereta dalam bahasa Malaysia, Kalau bahasa Inggeris dinamakan Car Jack, Jack ini digunakan untuk angkat kereta ke atas, namun Jek juga digunakan untuk angkat manusia dengan puji-pujian sampai terangkat bontot ke atas.
Dan kisah Jek bapak aku adalah kisah Jek yang paling Epic... Kehandalan bapak aku jek anak-anak dia secara terang-terangan dan mendapat hasil yang memuaskan, sampai kami besar, semua adik beradik makan semua sayur dan ulam-ulam, lauk pun tak memilih dan cerewet.
Kalau bapak aku tak Jek kami adik beradik, mesti kami makan nasik lauk ayam merah bersayurkan pedel pop gamaknye....
p/s Siapa ada kisah jek, meh kongsi dengan aku kat ruangan komen, aku percaya semua orang ada kisah memperdaya dan diperdaya dengan jek kan!!...
sapa-sapa rasa kisah jek ni dekat ngan korang, sila klik butang like kat bawah ....
kah2, imaginasi yang pertama tu tak menahan, jauh betul.
ReplyDeletebtw, kena jek terang-terang dengan abah, nampak suci kat situ. hahaha.
tak ingatlah kisah kena jek, jek kereta kat rumah ni pun tak pernah guna. kih3.
hahahhaha
ReplyDeletemmg suci sesuci debu lahhhh..aduhaiii..
kalo kitorg plak ckp makan 'pong'..ingatkan apela..slalu kalo dah wat sumtin nti dipuji then makin smngt la buat..msti ade suara2 yg akan ckp..hah makan pong la tuhh..semacam je smngt :D
kecik2 xske sayur kecuali carrot n tomato..dah besar baru suka smua sbb tahu bagus utk kecantikan n kesihatan..see kecantikan jugak yg diutamakan..kekeke
GR : ko pernah jek member ko macm situasi satu tak? hahaha
ReplyDeletepunya la kau ni suci kan, sampai kene jek pun tak ingat.. hahaha :P
Alexa Yussida : makan 'pong' hahaha, ni first time dengar nih...
bahasa kelantan ke? ke terengganu? atau bahasa domestik kat rumah?
jek? macam xpenah guna je perkataan tu..
ReplyDeletehuhuhu... T__T
selalu jek orang nk tengok reaksi je..takda pulak sampai dpt belanja..x cukup jek kot..hahahaaha...
tak suka jek dan tak makan di jek. (sbb tu susah dpt APC)
ReplyDeletejek...dah lama tak dengar perkataan tu
ReplyDelete:))
mkn 'pong' org kelantan guna ikar.same je mksud dgn jek tue.bila dah bsr rs best bila jek kan anak2 buah.hehehe
ReplyDeleteSelalu dapat jek bila merajuk kena marah dgn makcik... Makcik aku ni memang handal dlm bab2 Jek ni... Sama la time nak pujuk suruh makan masa merajuk. Dgn mak den pun Susah nak cr adengan Jek2 ni... Ko nak kena hanger berbirat kat kaki & badan ko buat la perangai ngada2 lebih sikit... kekekekekekeke
ReplyDeletesy ada satu citer jek. citer dia mcm ni...
ReplyDeletefikar selalu di jek oleh blogger2nya.
tamat.
heheheheheeee....
HAHA sape je yang tak pernah jek. Mesti pernah punya....Lagi bila time kluar gaji. Peh, bersepah jek ajak minum. Sebelum tu tak ada pun. HAHA
ReplyDeleteKalau kat tempat blaja, masa bawak motor, tak ada sapa ajak dating. Ada kereta, habis kena jek. mampus. HAHAHA
Miss Senget : ha tu maknanya jek tak power la tu..
ReplyDeletesarah sayuri : lama tak kene jek ke?
Elyana : jek sepupu ngan anak buah la yg paling best!! hahaha
lekat lekit : sama la kita, mama jenih tak makan jek, ngan tak suke jek.. dia jenis sebat ngan batang reket je kakakaka...
Nadia rani rai : Oucchhh.. makan dalam.....
Po'ah : betul sangat la tu kan... bila dah kerja bawak 3series beratur pulak pompuan nak jek kan..
nak jek encek zul, boleh dak? hehee
ReplyDeletehahahaha...boleh byg kmu makan nasi bertambah dgn syur..punye la nak jek kapal terbang ye...:P
ReplyDeletekte dulu suke berebut power rangers...
"acik nak power rangers kuning..akak amek biru..din amek purple ye..."
hahahahaha:)
Encek Nazrul Azat nak jek ape nih? sila dail 1 untuk belanja minum... tekan 2 untuk makan nasik kandar... :P
ReplyDeleteFayad : gigirl mana leh main power ranger.. gigirl men barbie doll laaa :)
hahaha...nak jgk main power rangers..dulu kurg senang so main doll kerts jep..huhuhu:)
ReplyDeleteyeke mkn dalam... :p
ReplyDeletegoreng pisang awak akak taknak!! hik hik hik"
ReplyDeletedouble meaning detected hahahhahahahaahahhaaha
ARC : ko 1st detect!.. haippp takmau takmau... .. :P
ReplyDeletekalau aku dulu kurang jek2 ni..jarang r...
ReplyDeletetime2 study dulu slalu gak jek lecturer tp semua xde hasil...haha
ReplyDelete