May 10, 2011

Aku Skeptikal Pasal Hantu

Assalamualaikum,

Sebelum korang semua membaca dengan lebih jauh lagi entry ni, korang boleh memahami tentang situasi, kefahaman dan pandangan aku pasal hantu di entry INI.... ** ini dinamakan disclaimer.

Keluarga aku menjalani hidup sama seperti average rakyat Malaysia yang berbudaya pinggir bandar, aku lebih senang mengklasifikasikan budaya ini adalah sub-urban lifestyle, nak kata Hartamas tak Hartamas sangat, nak kata survivor macam Kampung Baru tak suvivor sangat, nak kata urban macam Ampang taklah urban sangat.

Walaupun duduk di pinggir KL iaitu Batu Caves, namun orang kampung di sana masih tidak dapat memisahkan budaya hantu dengan kehidupan mereka. Tapi aku memang dah mula skeptikal pasal hantu ni dari kecik, dari mana datang sikap skeptikal ni?

Aku rasa, sebab aku sorang je dalam keluarga aku yang tak pernah nampak hantu, dan dari kecik aku suka baca buku berkenaan sains dan general knowledge, selain tu aku jugak suka melangut tengok dokumentari dengan niat untuk faham, bukan sebab nak tengok babun mengawan.

Setakat ini, perkara paranormal/ghaib yang paling luar biasa aku pernah alami adalah tengok tunggul kayu sebesar manusia hanyut melawan arus secara menegak di Sungai Mersing, orang tua-tua dan kawan2 aku kat sekolah cakap...

" Itulah penunggu Sungai Mersing...tu hantu tu, apasal ko tak ambik kayu tu?amik serpih pun takpa, boleh buat menurun nombor..."

"Penunggu Sungai Mersing hangguk kau, kalau penunggu lebih baik dia menjelma jadi buaya ke, ikan siakap gergasi ke, tak saspen langsung jelma jadi tunggul kayu.. sebenarnya tu tunggul kayu berat kat bawah la, atas lompong, sebab tu dia hanyut tegak"

********

Aku bukan nak cakap aku tak percaya benda ghaib, sebagai seorang penganut agama Islam yang komited, aku kena percaya benda ghaib seperti wujudnya Malaikat, Jin, Syaitan dan Hari Kiamat, barulah sempurna iman aku.

Tapi seringkali aku baca buku2 ilmiah karya ilmuan tersohor dari tamadun Islam yang tak pernah endorse pun akan kewujudan Hantu. Allah sendiri berfirman bahawa benda ghaib itu wujud dan hidup bersama2 dengan manusia, cuma Allah tidak mengizinkan mata manusia untuk melihatnya.

Jadi di manakah significantnya akan kewujudan hantu di dalam budaya Melayu?

Kalau ikutkan pemahaman aku, Hantu itu wujud hasil dari cara manusia ingin memahami sesuatu yang mereka tidak faham.

Contohnya, pada masa dulu, orang kampung kena penyakit kegagalan hati, diorang bawak jumpa bomoh, bomoh taktau nak rawat dan tahu jenis sakit apa, tengok perut makin hari makin besar maka bomoh pukul rata cakap pesakit kena busung...ada orang khianat hantar hantu....

Sedangkan member tengah sakit nazak, kalau bawak gi hospital awal2, mungkin dah selamat dah, takda la hantu ngan jin je yang asyik dipersalahkan.. senang betul jadi bomoh kan? kalau orang sakit datang, teguk air kosong, kumur-kumur sikit...pasang asap kemeyan..pastu sembur kat muka pesakit, kalau pesakit kebetulan baik 2, 3 hari pas tu, bomoh take credit dan nama tersohor,

Tapi kalau tak baik... bomoh terus tunding jari kat hantu raya Pak Usop kengkang.. takpun tok bomoh tuduh pesakit langgar pantang... penakut betul bomoh ni, tak berani bertanggungjawab.

Selain tu, kalau korang semua perasan, ada sesetangah orang je yang boleh nampak hantu kan? kalau kat asrama ke, kat kolej ke... ada sesetengah kawan je selalu cerita yang dia asyik nampak hantu, korang pulak terpinga-pinga dengar cerita dia sambil peluk patung spongebob..

Nganga mulut korang duk bayangkan rupa hantu yang dia cerita. persoalannya, mengapakah sesetengah orang je yang boleh nampak hantu? majoritinya tidak?

Mengikut pendapat dari sudut perubatan dan psikologi, perkara ini ada kena mengena dengan genetik...di mana orang yang sering nampak hantu mempunyai gen Schizophrenia di dalam otaknya.. orang yang ada simptom skizo ni, dia selalu dengar ada orang bisik kat telinga dia, pastu dia selalu nampak orang atau hantu di sekeliling dia, sedangkan orang lain tak nampak...

Kalau korang nak paham apa itu skizo, korang boleh tengok cerita Beautiful Mind... tapi korang kena tengok dengan bersungguh2 untuk paham dan kemudian korang boleh kaitkan dengan pendapat aku ni.


Selain itu, pada zaman 'Dark Ages' di Eropah, zaman Red Indian dan zaman kegemilangan Ahli Sihir Salem, terdapatnya bomoh2 yang mempunyai keupayaan untuk mengesktrak subtance dalam cendawan dan herbs yang boleh bagi efek Delusion kepada pengikut dia..

Ada satu cendawan tu yang dinamakan magic mushroom. Bila manusia makan magic mushroom ni dia akan khayal dan berdelusi, nampak hantu, raksasa, nampak benda2 pelik, rasa nak terbang ngan kalau efek dia kuat sangat boleh buatkan org tu rasa takut sebab berhalusinasi tanpa sempadan.

Perkara ni terjadi sebab kandungan dalam cendawan ajaib tu mempunyai kompaun psychoactive alkaloid.. benda ni akan buatkan korang berkhayal, tapi kalau tak kontrol korang boleh jadi gila untuk masa 9 jam...

Jadi, bomoh2 zaman dulu akan rebus cendawan ni dan makan, kemudian akan kencing, air kencing tu akan ditadah, dan ditapis..kemudian pengikut2 bomoh ni akan minum...sebabnya untuk mengurangkan kekuatan efek hallucination cendawan tu, bomoh tu dah tapis kompaun tu guna buah pinggang dia...

Jangan tanya kenapa bomoh tu boleh pulak tahan efek cendawan tu, dia terer... sebab tu lah dia jadi bomoh dan orang respek dia, sebab bomoh tu mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap halusinasi.



Cendawan ajaib masih menjadi buruan orang pada zaman sekarang pun, sebab diorang nak rasa 'spiritual journey' perasaan seolah2 naik ke langit dan pergi ke syurga, dan merasa pengalaman roh keluar dari badan.

Pihak saintis telah berjaya meniru kesan halusinasi dan delusi cendawan ajaib ni dengan mencipta dadah LSD yang sangat terkenal masa zaman Hippies, dadah LSD ini juga digunakan untuk psiko orang dalam siasatan, sebab dia boleh bagi efek ketakutan, kerisauan dan bercakap jujur. tapi mat gian makan jugak LSD ni sebab dia boleh buat korang rasa tak tau malu. Nanti boleh nari2 sambil bogel tengah padang.

Bagi pendapat manusia marhaen yang macam aku, aku bukan doktor, bukan psychiatrist dan bukan jugak pelajar medic yang drop-out.. aku hanyalah manusia yang 'tau sikit-goreng lebih'... tapi aku rasa, secetek-cetek ilmu yang aku ada, aku berjaya jugak buat hypothesis ringkas tentang ke'rasional'an hantu ni.

"Kalau hantu raya tu betul-betul wujud, kenapa masa tournament golf yang besar2 tu, yang hadiah dia Berjuta-juta tu, bomoh tak masuk? kan senang nak jadi kaya? sekali swing je driver, pastu suruh hantu raya terbang bawak bola golf tu terus hole in one... koman-koman pun suh buat birdie straight 18lubang, cukup sepuluh kali, tiger woods pun serender... kalau sepuluh kali menang PGA tour...mau dapat hadiah dekat nak 20juta, belum lagi dapat duit dari sponsorship, tak payah nak susah2 gi bomohkan orang kampung kan, baru dapat 2 300 je... tak berbaloi beb"

"Kenapa Bush tak kena santau?"

"Kenapa tak hantar hantu raya kat israel?"

"kenapa bomoh tak bawak Ferarri F430?

"Kenapa bomoh naik honda Cup bulat, tak terbang tunggang hantu mcm harry potter?"

Ramai kawan-kawan aku yang skrg ni jadi doktor, rata-rata diorng ni dulu semua conservative dan percaya benda karut marut, tapi lepas je masuk study, dah grad aku jumpa balik, semua pandang sinis dengan benda2 tahyul...

"Fahim....Fahim, betul ke kat hospital ada hantu Fahim?"

"Hantu? mana ada hantu Zul, kitorang minggu orientasi kena tidur kat dalam peti mayat satu malam. takda hantu pun.. lecturer kami tak bagi kami percaya benda-benda mcam ni, sebab kami dah masuk dalam dunia saintifik, so kena berfikir logik la Zul"

"OoOOOooOOooo...tapi kenapa korang taknak berjuang dan betulkan mindset orang2 yang percaya tahyul semua nih Fahim?" ** alexa yusida mesti jawab dalam komen nanti :)

"malas, sebab dah tau nanti terima rejection yang kuat, kena amik masa nak educate orang pasal tahyul nih, so apa yang kami boleh buat, kami kena betulkan mindset sendiri dulu"

***********

Jadi, jika korang berminat nak cuba berfikir secara kritis dan rasional, nak keluar dari kepompong pemikiran tahyul.. apa yang perlu korang perlu buat adalah, korang kena buang dulu idea " aku kena hempap hantu semalam" sebaliknya korang kena berfikir bahawa "semalam aku kena 'sleep paralysis".....



Jangan ingat Hantu Malaysia je boleh tindih orang masa tidur, tapi hantu omputih, hantu jepun, hantu mexico dan macam-macam negara la, hantu dorang pun boleh main tindih-tindih...Gejala sleep paralysis berlaku sebab badan penat sangat, tetapi otak masih ligat, jadi bila otak ligat terjaga dan memberi arahan, badan korang tak mampu mengikut arahan, dan akhirnya akan mula berilusi macam2....


P/s entry ni bukan menyatakan tentang bertapa eksennya aku, tapi ingin menyatakan pendapat secara ilmiah, kebenarannya, penulis masih seram2 sejuk bila jalan sorang2 tempat gelap sebelah hutan :P haha





23 comments:

  1. gimme pai!

    kurang percaya jugak sebab yelah ada hijab antara kita dengan benda tu.

    Entry dibaca dalam keadaan laju. Otak terbayang-bayang.shit.

    ReplyDelete
  2. Pepapp!!! nah pai...

    dapat bayangkan ko bace laju2... hahaha.. kepala jeling2 ke tepi dan belakang.. :P

    ReplyDelete
  3. membace dengan tangan di dada mate juling ke atas.... [nak ke tandas tetibe rase seram]

    ReplyDelete
  4. JM : iskkk la mek ni... bakponyo nak takut2 male2 ni....gi jah ....

    ReplyDelete
  5. tak penah gak nampak hantu...

    sleep paralys pn belom penah..

    tapi dulu kt hostel, ade mmber katil sebelah, selalu kene tindih die kata.. selalu je buat kitorg rasa x cukup cntik sebab antu tu pilih die je...

    ReplyDelete
  6. rupenye aku mengalami 'sleep paralysis" mlm tadi tapi kat tangan je..

    ReplyDelete
  7. saya tetap percaya ada hantu2 ni. tapi pada saya hantu adalah syaitan2 yang bertujuan untuk menyesatkan manusia. dia tahu manusia takut bila dia muncul dalam sesetengah rupa. bila dia buat macam tu, manusia pun sibuklah cari bomoh instead of berdoa pada Allah. so dia succeed. think about it. kalau kita tak nampak/tak kena, tak semestinya benda tu tak ada.

    untuk orang yang guna hantu raya/toyol, pun sama juga. tujuan utama syaitan tu berkhidmat kepada manusia adalah untuk menyesatkan mereka.Allahuallam.

    ReplyDelete
  8. schizophrenia in other words adalah gila. banyak rupanya org gila kat malaysia. ahaha.

    ReplyDelete
  9. Rasululllah SAW pun tak pernah jmp hantu

    so pelik tak kalau kita umat dia boleh jmp hantu?

    hehehheee

    yg ada syaitan laknatullah yg dok hasut kita hari2 buat perkara kemungkaran, tp dah terang lagi bersuluh kitakan makhluk yg terbaik, maka gunakan kelebihan makhluk terbaik itu secara maksimum utk melawan syaitan laknatullah

    sekadar nak menyampuk :-)

    ReplyDelete
  10. same. aku tak penah nampak hantu. urgh takot.

    dulu kat sekolah, dorang selalu cakap ade hantu. kadang2 ade budak histeria sebab nmpk hantu. yg pasti, bukan aku yang peluk patut sponge bob tu.

    -_-"

    ReplyDelete
  11. selalu psiko diri ckp hantu xwujud,tapi still rs takut kalau pergi tempat gelap.hahaha

    ReplyDelete
  12. aku taknak dan tak ingin langsung amik tau pasal hantu kejadah ni.
    but sometimes, i need that too.

    ReplyDelete
  13. mane nak dapat magic mushroom tu?,. kalo dapat leh wat bahan stone,. keh keh keh keh

    ReplyDelete
  14. Setuju. Hantu tak ada pum. Yang ada setan setan dan manusia yang lagi takut akan setan dari takut akan Allah. Adanya hantu cuz in 'eir mind dorang lagi takut setan

    ReplyDelete
  15. mak pernah baca satu artikel pasal bomoh hantu bagai ni.. yg paling mak ingat & pegang satu ayat jer.. itulah cara syaitan untuk menyesatkan manusia. sekian makaseh Nyah.

    ReplyDelete
  16. tak pernah nmpk jugak...

    tp percaya la hantu tak wujud cuma setan iblis ttp wujud utk sesatkan manusia..

    n pernah pegang akk yg kena buat n lihat progression die sembuh dek kena khianat oleh org dngki..so mmg percaya la hubungan manusia n pergantungan jin/setan tuh wujud :)

    ReplyDelete
  17. Btl tu Alexa.. memang wujud manusia yg berdamping dengan iblis & jin ni utk khianati org lain... Tu pun slh satu cara syaitan menyesatkan manusia

    ReplyDelete
  18. penyakit skizo tu..aku yer member yer abg kena.. emm tgk keadaan die, agak la kan.. tiap2 hari kna mkn ubat...klw tak constant mkn ubat.. die akan dgr bisik2 kn mcm2.. dan nampak bnde mcm2.. siyess tak fhm.. tp tula hakiakat yer.. kesian pn ada.. ada ubat tak sakit ni ? utk pulih sepenuh yer.. huhuu ..

    hati aku trus berkata.. setiap perkara yg terjadi tu.. msti ada hikmah yer kn ..~ :)

    ReplyDelete
  19. makhlus halus itu ada..
    dlm alquran pun ade tertulis..

    tp bab2 kene tindih hantu tu taktau la..kajian sains tu betul!

    ReplyDelete
  20. ngaku penah jumpa ala2 gitu, tp masa bangun solat malam jer sekali...
    masa bangun main internet malam2 sampai ke pagi, xpernah plak kena.. memang hantu ni xde, cuma salah satu cara setan nak sesatkan kita.....

    ReplyDelete
  21. sep high 5 dengan sabrina.. pappp!!! :)

    ReplyDelete
  22. dulu ada kawan baik masa sekolah dia memang ada anugerah..x anugerah sgt la bab dia boleh nampak benda2 ghaib ni..kadang2 tgh ambik air sembahyang dia kata benda 2 tgh duduk nyangkung tgk dia..benda ni semua mmg mainan jin dan syaitan..tp kadang2 kesian dgn kawan 2 sbb mmg setiap masa histeria..yg x best setiap kali kena mesti aku pown kena sbb duduk sblh dia kat kelas..boleh terangkan x benda ni??? hihihi..my bro yg duduk kat lahad datu(please pray for my bro safety)benda 2 boleh main2 kejar2 dpn balai..huhuhu
    p/s:sorry klo typo

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...