Assalamualaikum...
Kalau korang selalu tengok channel history CH555 kat astro tu, korang mesti perasan ada cerita American Pickers, aku taktau la korang tapi aku memang minat cerita tu.. mungkin sebab aku peminat sejarah.
Aku ni tergolong dalam jenis otak kanan ke kiri aku taktau, tapi aku suka bab membaca, menghurai, berfikir secara kreatif, mengingat dan sejarah, tapi bab matematik, aku tak berapa nak cerdik.. korang boleh bayangkan misteri ni tak, SPM aku dapat Biologi A2, tapi Kimia aku dapat 6.. macam mana ke boleh jadi macam tu? addmath? korang jangan tanya la, sepanjang aku form4 sampai amik SPM, persamaan serentak aku tak pernahnya nak serentak... asyik duarentak, tigarentak dan paling tragis berantakan bak cermin retak seribu.
Akhirnya aku pasrah, dan aku mula mengundur diri dari arena persamaan kimia dan matematik tambahan, masa dalam kelas fizik dan kimia, aku selalu tunjuk terer, aku selalu poyo-poyo cerita kat cikgu siapa itu Albert Einstein, Sir Isac Newton dan Stephen Hawking. Aku akan kongsi kisah hidup diorang, macam mana diorang mula dapat ilham dan kisah apa di sebalik kisah yang buatkan diorang berjaya.
Tapi kebenarannya, aku nak buat persamaan kimia pun merangkak, aku bukan malas study, aku bukan banyak main, tapi aku susah nak paham formula dan kira2, bab lain alhamdulillah aku skor dengan jayanya..
Tapi takda la aku tahap bengap mcm towel lembab, subjek sains aku semua credit la, cuma kalau korang bagi balik persamaan kimia tu suruh huraikan, mau aku goreng sampai 4 kertas kajang wahima jawapan sebenar 4 baris ayat je.
" Jadi..apa kena mengenanya American Pickers cenel 555 history dengan kisah hidup kau ni Zulfikar?"
Ye tak ye jugak kan? punya la panjang aku melalut sampai lupa nak sambung cerita. Bukan apa, bila aku tengok cerita American Pickers ni, aku mula teringat zaman kanak-kanak aku dulu..
Dulu masa duduk kat Kampung Sg Tua Baru, aku selalu la pergi selongkar barang-barang buruk ni... aku, Karnain (abg aku), Aji dan Amy akan pergi menjelajah ke segenap pelusuk kampung untuk mencari konon-kononnya harta karun.. dengan harapan akan jumpa barang yang 'rare' dan tak pernah orang jumpa.
So sasaran utama kami cari barang peninggalan ni takda la misteri sangat, kami akan target belakang rumah Nenek Timah, bawah rumah pakcik Harun, belakang rumah Putra, dan tempat pembuangan barang-barang reject kat Sungai Kertas..
Aku ingat lagi, selama 5 minit dalam hidup aku, aku rasakan aku adalah jutawan..aku ingat lagi perasaan menjadi tamak dan takut kekayaan itu di rampas dan dicuri oleh perompak bila mana aku menjumpai wang berbungkal-bungkal belakang rumah Nenek Timah.
Masa tu kami 4 orang selak-selak zink buruk, selak punya selak, kami jumpa satu briefcase separuh tertanam dalam tanah. Kami excited korek dan bukak, bila kami bukak kami jumpa duit ratus-ratus ribu, terikat dengan getah yang reput dan kertas putih. Masa tu perasaan dia macam mana? korang rasa macam mana perasaan masa tu?
Perasaannya adalah macam korang nak beli semua pedel pop yang ada di jual kat seluruh kedai runcit di Malaysia ni. Perasaan dia macam korang nak suruh tokey Toys'R'us kat Subang Parade tu tutup pintu kedai dia dan hanya benarkan korang je dalam tu tuk beli lego paling mahal sekali.
Perasaan dia mcm kawan-kawan hobbit dalam Lord of The Ring, yang mula jadi tamak berebut cincin sakti tu, aku ada rasa macam aku nak beli kereta proton wira bagi kat bapak aku masa tu.
Selain tu aku jugak nak beli BMX yang tengkuk dia boleh pusing2 360 darjah sebab masa tu, aku jeles dengan kawan aku, bapak dia belikan basikal BMX paling mahal dalam daerah Selayang.
Gigih la kami 4 ekor bawak balik briefcase berisi duit banyak2 tu, kami sorok dalam baju dan bawak balik ke markas kami kat belakang rumah aku.
Kat Reban ayam usang nak roboh tu kami bahagi-bahagikan duit tu tanpa kira, kami bahagikan by bundle.. sebab duit tu terikat dengan kertas. Bila dah selesai sesi pembahagian harta kekayaan, kami pun balik dengan wajah yang riang, sambil pegang hujung baju kami yang penuh dengan duit berbungkal-bungkal.
sampai je kat rumah...
" Mamaa... Abah....OOooOO Mama... mama nak apa? cakap cakap? cepat cakap? ika belikan mama apa yang mama nak! abah esok kita gi beli proton wira ye bah, taknak la naik proton saga tu lagi...duit dont worry, ikar bayarkan"
" aikk ikar, kamu ni kenapa ikar? buang tebiat ke ape? bior bebenor kamu ni...eksyen betui mama tengok, kamu curi duit orang ye?"
" takde la mama, ni ada rahsia, tadi..Ikar ngan Karnain jumpa harta karun kat belakang umah nenek Timah... kami jumpa duit banyak mamaaaa...banyak ni......" (sambil depakan tangan dari dinding kanan rumah ke dinding kiri rumah)
" ishk kamu ni merepek la Ikar, ke kamu kena sampuk ngan hantu ni? tu la mama dah cakap jangan masuk dalam hutan kekabu simpang sana nuUuUu, ada hantu deme kata."
"ape pulak mama ni, ni ha duit.. banyak mama... puluh2 ribu" sambil campak duit bungkal2 kat atas karpet
"UiiiYyyyyOoooO, banyak betul kamu jumpa duit ni... tapi ikar, duit ni mana laku"
" Apa??? tak laku? napa pulak mama?"
" Ni duit daun pisang, duit ni duit zaman jepun, duit ni sekupang pun tak laku, nak lap punggung kamu boleh la"
" Cissssss... buang karan aku je berangan nak beli pedel pop pelangi setengah lori"
Masa ni, korang rasa apa yang aku rasa? aku rasa kecewa sangat, aku rasa macam harapan berkecai, kalau nak equivalent dengan perasaan zaman dah tua ni lebih kurang macam...korang dapat duit gaji 2 ribu hari ni, sekali kereta eksiden, habis duit 1500 bayar duit reper.
Masa tu jugak aku ada perasaaan paranoid sikit...
"entah-entah, mak aku saja psiko aku je ni, mesti malam nanti aku tdo mama aku nak amik duit ni gi beli kain sutera Kelantan kat makcik Nab"
"entah-entah, mama ngan abah dah pakat nak tipu aku, tah tah duit ni memang laku, dorang saje je taknak bagi aku kaya, nanti aku malas gi sekolah, sebab dah boleh beli mainan kat Toys'R'us takyah mintak duit dorang lagi"
Tapi akhirnya aku serender jugak, dan aku tak layan permainan setan yang sedang menguasai perasaan was-was aku... bila esoknya mesyuarat geng2 kami 4 orang, Amy & Aji datang dengan muka monyok.. diorang cakap...
"Ikar, Karnain..duit tu tak laku mak aku cakap, bapak aku siap nyala api rokok bakar duit tu wei" :(
Credit Gambar : FZAP1975
dari angan2 la ade cita2 :)
ReplyDeletehancurnya hati..
ReplyDelete"Ikar, Karnain..duit tu tak laku mak aku cakap, bapak aku siap nyala api rokok bakar duit tu wei" :(
ReplyDeletehaha, sadis sadis ...
ikar, mana duit tu skrg?
ReplyDeletesimpan ke buang?
sy pun ada duit zaman jepun jugak, arwah mak kasi, sbb zaman mak dulu zaman jepun dan masa tu dia msh kanak2 dan dia sempat merasa pemerintahan jepun
dan sy simpan duit tu smp skrg wpun x laku, sbb tu antara kenangan sy dan mak tersayang
err...punggung ngadap ke langit?
ReplyDeletebuat sambil tutup muka...
siyes..jumpa reta karun..??
ReplyDeletebetuahnye badan..
ade simpan lg ke duit tu?
Alala~ kesian dia, tak dapat beli pedel pop 1 lori, tak dapat beli mainan guna duit pokok pisang tu..
ReplyDeleteBest, kan zaman kanak-kanak? Mengimbau kenangan terindah dalam hidup :-)
Mulan : jgn berangan terlebih comel dah kan kan kan :P
ReplyDeleteNorinaomar : masa tu mmg hancur betul hati.. :(
Dale : bapak dia eksen..
Wanita Bertudung hijau : duit tu dan miss in action, taktau dah gi mana, yg last ingat kami buat main mak mak guna duit tu... ngan ganti duit saidina...
miss senget : apsal lak nak tutup muka? tak kiut la mcm tu..
Cma : tah mana ilang tah... :(
Sha : tu la pasal, seb bek tak terus je gi kedai beli pedel pop, kalau tak mau kene gelak ....
kisah ko Nyah buat mak teringat kisah mak juga. Masa kecik2 mak & the gang suka juga berangan mcm ko jumpa harta karun maka bermula la xpdc kitorang meredah hutan yg tak jauh dr umah. hutan pokok getah jer tp bawak beg, siap makan pakai bagai kononnya takut sesat. geli hati mak ingat Nyah
ReplyDeleteNyah Lekit : wakakakak siap bawak beg...kau memang la nyah, konon2 man vs wild la tu kann kan kannn
ReplyDeletehahaha, nak tau x. aku pn pernah buat krja cmtu. aku pkir, dkt tmpt mana2 msti ada hrta krun ni, so tiap2 hri aku korek tnah cri hrta krun,haha, cm gila kn,
ReplyDeletersenye kebanyakan budk2 ade imaginasi cm ni la kan..suke berangan jmpe hrta krun..:)
ReplyDeletetapi kalau mmg dah comel..nak wat camne kan..kan..kan..agagaga ;p
ReplyDelete555 tu memang selaltu tengok pun
ReplyDeleteduit lama pun sellau kumpul.mana tau boleh jual kat muzium en?
ok.berangan.
wahh.. byk gile duit..
ReplyDeletekahkah. persamaan aku pun tak pernah serentak. -_-"
ReplyDeleteerr. kalau laku kan bagus duit tu. boleh kau belanje aku pergi bulan kan?
imagine our life for our future :)
ReplyDeletealaaa sayangnyer duit2 pisang tuh miss in action.. klu simpan buat kenangan kn bes.. lgpun, mana tau smp masa duit tu bernilai sbb sejarah? pergh!! hehehe
ReplyDeletehaha syokk giler kalo jumpa harta karun...tapi harta Qarun dah ilan ditelan bumi..hikhik
ReplyDeletead lagi ea duit tu? PM ke email sya klu nk jual yer... akiy_69@yahoo.com
ReplyDeleteada lagi ke? kalau sekarang RM5-RM10 sekeping, laku jual tu.
ReplyDelete