May 23, 2011

Mula Memahami Penaakulan Mantik


Assalamualaikum..

Mantik ;

Adalah satu ilmu bahas akal, ilmu jalan fikiran tentang sebab dan kejadian yang terbit daripadanya.

(takrifan kamus dewan edisi 4)

Jadi, kalau mengikutkan akal yang tak berapa nak dewan ni, ilmu mantik adalah ilmu logik akal, untuk mendapatkan kelogikan bagi satu-satu situasi yang mana kesimpulannya berhubung kait secara terus dengan sebab-sebabnya.

"Apa ni Zulfikar? ko terangkan lagi teruk berbelit-belit dari Dewan Bahasa terangkan, kau ni tau ke tak? ke kau goreng je lebih?"

Yelah, aku cuba 'marhaen'kan maksud mantik ye, maksudnya ialah cuba mendapatkan kesimpulan yang munasabah bagi setiap situasi.

Ilmu Penaakulan mantik ni ada orang cakap dipelopori oleh Socrates masa zaman tamadun awal Rom dan Yunani dulu. Kemudian menjadi popular apabila ulamak Islam zaman Abassiyah mula ketagih dalam menghuraikan segala persoalan dalam agama dan kehidupan mengikut hukum penaalukan mantik. Akibat dari berlebih-lebih dan obses dengan mantik, maka timbulah pelbagai mazhab dalam agama, termasuk mazhab Muktazillah dan berbagai lagi.

Okey, perbincangan semakin berat, jadi mari kita kendurkan balik. Sejak bila dalam ingatan memori korang semua mula memahami akan kelogikan dan munasabahnya sesuatu perkara yang berkait? kalau aku, sejak tadika aku dah mula bertanya-tanya dengan cikgu tadika, kalau nak tahu kisah lanjut, baca dalam Entry INI.

Dulu aku mula memahami konsep penaakulan mantik ni dari pemahaman harian seorang kanak-kanak. Perkara ini terus bermain dalam otak aku sampailah sekarang aku nak terjemahkan dalam penulisan.

KES 1 :

Cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari.

Peribahasa yang ingin menyatakan bahawa, jika cikgu itu sendiri berperangai teruk, maka anak murid akan lebih teruk, ini bertujuan memberitahu bahawa pentingnya kepimpinan melalui teladan.

Tapi pada masa tu, seingat aku masa umur 9 tahun atau darjah 3 aku berfikir..

Jika Cikgu kencing berdiri, anak murid akan kencing berlari.
Jadi, jika Cikgu kencing duduk, anak murid akan kencing berdiri.

Matlamatnya adalah kita mahukan anak murid menjadi sopan dengan kencing duduk.
jika begitu, Cikgu mestilah kencing meniarap supaya anak murid boleh kencing duduk.

Persoalannya, adakah cikgu yang sanggup untuk kencing meniarap semata-mata untuk mengajar anak muridnya kencing duduk?

Bagaimana pula kalau anak murid ada yang menggedik mahu kencing meniarap? bagaimanakah caranya cikgu mahu kencing? adakah cikgu harus kencing di angkasa raya sambil menyanyikan lagu Joget Pahang?

Itu belum lagi membincangkan, bagaimana caranya cikgu perempuan mahu kencing berdiri? atau bagaimanakah rupa anak murid perempuan yang kencing berlari? lagi haru biru kelas Bahasa Malaysia tu nanti.

Jika cikgu mahu berdebat dengan anak muridnya yg mencari kebenaran, cikgu wajib berhujah dengan asas 'Cikgu kencing Berdiri anak murid kencing berlari', kerana ia telah menjadi asas penghujahan. Akhirnya cikgu akan menggunakan kuasa veto yang tak mampu dibidas oleh anak muridnya lagi :-

"okey kelas!! kita masuk bab lain.. minggu depan kita akan bincangkan bab ini ya"

Kenapa?? kenapa??..kenapa peribahasa ini tidak selari dengan teori penaakulan mantik? kenapaaaaaaaa??????...




KES 2 :

Kamu jangan melawan cakap mak kamu, nanti kamu ada anak, anak kamu akan melawan kamu pula.

Ustazah dekat sekolah agama selalu cakap mcm ni, sebagai ingatan bahawa jika kamu membuat sesuatu yang buruk, maka suatu hari nanti kamu akan dibalas dengan keburukan juga sama macam yang kamu telah buat.

Ini telah memporak-perandakan garisan masa atau timeline, kerana :

Perbuatan melawan si anak pada ibunya sekarang bukanlah kehendak anak itu sendiri, tetapi adalah satu bentuk pembalasan kepada sikap ibunya yang dulu melawan ibunya.

Ibunya juga tidak boleh disalahkan juga, kerana bukan ibunya yang bersalah, ibunya melawan cakap ibunya adalah kerana itu satu bentuk pembalasan ibu kepada ibunya yang melawan cakap ibunya juga.

Maka berlarutanlah persamaan mantik ini sehingga kepada asas pokok susur galur keturunan anak itu.

Siapa yang salah? Mereka dan keluarga meraka. wahh baru nampak rasionalnya jawapan dialog Ringgit Kasorga tersebut.

Jadi, mungkin pendekatan 'ayat didikan' ini tak boleh digunakan lagi. Ganti saja dengan ayat :-
"Kamu jangan melawan cakap orang tua kamu, sebab itu satu perbuatan yang tidak baik, kamu akan berdosa. Adakah kamu mahu menjadi anak derhaka? pergi jemur kasut sekolah kamu sekarang jugak sebelum kamu sambung tengok power rangers ini!"

*******************************

Jadi Penaakulan mantik boleh digunakan dalam semua kondisi kehidupan. Tetapi kedegilan mahu membuktikan sesuatu perbuatan dengan menggunakan teori penaklukan mantik akan dicop sebagai 'melawan' dan kamu akan ditampor di pipi kanan, lambang penguatkuasaan kuasa yang tidak terperi enaknya.




p/s kencing berdiri itu tidaklah menjadi salah pun dalam Akhlak Islam, kerana ia adalah khilaf ulamak, ada Sahabat yg pernah melihat Rasulullah saw kencing berdiri, dan ada pula sahabat R.A yang menyatakan makruh kencing berdiri. Sapa pulak yang mandai-mandai cakap kencing berdiri itu berdosa??



24 comments:

  1. entri yg menarik .. :)

    dgr la ckp ibu.. jgn sesekali melawan ckp ibu.. t die kecik hati.. berdose kita.. yer dak.. :D

    ReplyDelete
  2. terbaik laaaaaaaa huhuhuhuhu buah jatuh tak jauh dari pohonnya

    ReplyDelete
  3. http://www.penulissenja.com/2011/05/blog-yang-menarik.html

    singgah sini pakcik ye

    ReplyDelete
  4. terimakasih Wan Mohd Salim aka Penulis senja sebab promote blog aku. terima kasih banyak2 secara ikhlasnya nih.. :)

    ReplyDelete
  5. Zacky :betul tu Zacky, kene selalu taat pada ibu, syurga kan dibawah tapak kaki ibu.

    ReplyDelete
  6. iniialahaku : terima kasih ye .. teruskan membaca..dan menulis juga... :)

    ReplyDelete
  7. menarik entri ni. pasal kes no. 2, penah mase sem 2 lect pj sy tegur kawan sekelas sbb x bg perhatian. die cakap, "haa, kamu buat la mcm tu, nnt anak murid kamu buat camtu jugak." Lepas tu classmate sy "terjawab"..... "mesti dulu cik pun mcm tu kan?" hmm...

    ReplyDelete
  8. k.h.a.l.i.l.a : itulah dia penaklukan mantik dalam aplikasi hari2.. hehehe

    patutnya cikgu tu takleh la guna hujah mcm tu kan? kan dah susah nak jawab....

    ReplyDelete
  9. wowww interesting,.
    tapi takleh juga ikut logik je selalu,.
    sebab dalam al quran pun ada sebut benda2 yang ghaib seperti malaikat, jin ,iblis dan syaitan,.
    jika tak mempercayainya maka tak sempurnalah iman dalam dada tu,..
    logik dan rohaniah perlu lah seimbang.
    al quran dan sunnah jadikanlah sebagai kenderaan,.

    ReplyDelete
  10. mcm ni lah : tak baca habis ye?

    ReplyDelete
  11. hay geng penulis senja babi

    blog sampah ke ni ?

    ReplyDelete
  12. teringat pula mak dialog Jalil hamid dalam filem buli...
    mana blh aku minta maaf, aku bapak. bapak kpd bapak aku pun tak penah minta maaf kepada bapak kepada bapak... ah pening mak nyah. Byk sgt bapak dia sebut tp konsepnya sama la mcm ko sebut Nyah..

    ReplyDelete
  13. 1st time jenguk blog ni. mmg best.

    1st time jugak baru tahu kencing berdiri tu tak haram.

    terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  14. jangan sedih kalau ada orang membenci kita kerana itu menunjukkan kita masih wujud dalam hati die..

    so, kalau orang buat kekejaman, die mmg tak kisah org benci die..sbb die tau orang akan igt die... hehehe...

    eh..mantik ke tu??

    ReplyDelete
  15. ouhh,ade dalam crita mantraa dia cakap ilmu mantik . ingatkan peribahasa indonesia edisi ke berapa . baru saya faham .

    ReplyDelete
  16. sokong situasi kedua... huhuhu... a-ahhh smpai bile akan berlarutan...

    ReplyDelete
  17. haha. kejadah ape gambar perempuan kencing camtu. -_-

    yang second aku selalu dengar. takot betol aku nak melawan.

    anak kite akan ikut perangai kite. huu

    ReplyDelete
  18. Lekat lekit : masa aku ngah tulis blog ni pun aku terbayang jalil hamid tengah ckp.. hahaha

    seminggu sekali : timekasih jugak sebab sudi jenguk.. :)

    missSenget : agak ke mantik la.. tapi lebih kepada hipotesis serabut kot.. hehehe

    Ferra fero : sib bek paham, kalau tak mesti ingat mantik tu ilmu perbomohan kan? kekeke

    Loyar lawa : tu la pasal, sampai kat sapa yg harus disalahkan?

    Cik Azeya : aku rasa perlu pembaikan la bende tu, kan kan kan

    ReplyDelete
  19. pergh... tak paham aku maksud mantik tue walau dah baca definisi die...

    bagi aku, 'mantik' adalah dua suku kata selepas 'ro'...

    ringkas sikit... hahaha...

    ReplyDelete
  20. Abuya Hayat : kau mempunyai pemikiran yg kreatif... haha

    ReplyDelete
  21. aku nk try kencing berdiri lepasni hmm

    ReplyDelete
  22. Nice Post! Lama juga aku nak faham... :-)

    ReplyDelete
  23. singgah sini kerana cuba nemahami penaakulan mantik. dan entry ini betul2 buat saya faham, hee

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...