Hari ni aku bersemangat untuk menulis blog, idea datang mencurah-curah, tapi kebiasaannya aku akan buat satu-satu entry bertujuan untuk menyampaikan pengalaman, berkongsi ilmu dan berkongsi rasa hati.
Jadi entry2 yang terhasil tidaklah dalam keadaan gopoh gapah, bagi masa dalam sehari dua untuk entry diselami, untuk semua reader sempat baca setiap entry dengan penuh istiqamah dan semangat waja.
Jadi terima kasih kepada pembaca setia, yang mengundi untuk jenis entry pada kali ni, aku ambik win-win situation, kali ni entry berbentuk pendapat, esoknya aku akan bercerita kisah hidup dan cinta.
hari ni jom berkongsi pemikiran tentang beberapa salah faham tentang hidup beragama.
**********************
Di dalam dunia ni, ada macam-macam manusia yang hidup dalam berbagai bentuk agama. Keinginan untuk bertuhan itu adalah sifat semulajadi manusia. walaupun tanpa warkah dari langit, manusia tetap mencipta imaginasi tentang kuasa untuk disembah.Perkara ini adalah kerana manusia mempunyai sesuatu kualiti yang dapat membezakan kita dengan haiwan. Manusia mempunyai Harapan. Harapan itu diterjemahkan dalam bentuk permohonan dan penantian akan kemustajaban. Jadi pada siapa kita nak berharap? selalunya kita tak berharap pada yg lemah dan kurang dari kita, kita akan mengharap pada yang lebih berkuasa.
Jika manusia di dalam hutan mendapat manfaat yang banyak dari pokok gaharu, mereka akan menyembah pokok gaharu, dan mereka akan mereka-reka imej ketuhanan dan falsafah dalam penyembahan.
Mereka akan memasukkan elemen2 ghaib dan ajaib untuk mengangkat gaharu dan susur galurnya lebih mulia dari manusia. Manusia pun banyak yang diangkat menjadi Tuhan, korang boleh baca tulisan dan pendapat aku di SINI.
Keinginan beragama susah untuk dikekang dari manusia, meskipun Karl Marx ada menulis konsep kefahaman sosialis bahawa agama itu adalah candu masyarakat, namun manusia masih menyorok-nyorok menyembah Tuhan. Mao Zhe Tong pun tak mampu tahan rakyatnya dari mencari Tuhan.
Tapi makin zaman beranjak moden, agama terus berevolusi. Agama Islam yang suci ini, yang kita gelar agama Samawi ini turut berevolusi.. bukan evolusi dari Allah dan Rasul, sesungguhnya Agama ini telah sempurna dan tiada lagi nabi selepas Nabi Muhammad SAW. Tapi berevolusi sebab salah faham dan sifat suka hukum menghukum sesama muslim. Kadang-kadang apa yang mereka marahkan sangat itu pun tidak disebut oleh Nabi, tapi kita yang 'semangat lebih' ..
Maka berlakulah beberapa salah faham akibat sifat 'semangat lebih' dan 'Syok sendiri' dalam beragama ni, berlaku juga pemahaman melalui sentimen. jadi beberapa salah faham berlaku:
Situasi 1 : Pengakuan Dosa.
"Damak, aku rasa aku banyak dosa la, aku nak insaf, aku nak taubat, kau kenal tak mana-mana ustaz yang alim-alim, wali ke, tok guru ke?"
"Kau nak buat apa syima nak jumpa wali? selama aku hidup, aku belum pernah jumpa wali"
"aku nak bertaubat, aku nak mengaku dosa aku kat ustaz, aku nak luahkan apa yang dah aku buat, aku nak buat sesi pengampunan"
"Syima, kau kalau nak taubat, kau tak payah jumpa wali keramat atau Tok sheikh tarekat, Islam ni bukan konsep macam Kristian, kena ada sesi Confession...ada sesi meluahkan dosa, sebenarnya, Allah suruh kita tutup aib kita, sorok dosa kita, jangan cerita kat orang, kalau kau nak bertaubat, kau sembahyang dan solat taubat, kau mohon keampunan straight kepada Allah SWT..."
"Tapi aku rasa berdosa sangat Damak, aku banyak buat dosa dulu, bukan ke kalau kita nak suci dari dosa, kita kena insaf, kena mengaku apa yang kita buat, moga-moganya nanti tok guru akan doakan aku, mohon taubat utk aku, bukankah diorang ni lagi dekat dengan Tuhan?"
"Syima, Islam diturunkan untuk hapuskan elemen-elemen 'Agent Tuhan' kat muka bumi ni, takda sapa2 kat dunia ni yang boleh dengar dosa kau, dan kemudian boleh tau Tuhan dah ampunkan kau atau tidak. Allah dan Rasul tak pernah bagitau yang kita perlu perantaraan untuk kita taubat, Allah suruh kita mohon keampunan terus pada Dia, sesunguhnya yang paling elok insan adalah yang tutup aib sesama insan termasuklah aib dirinya sendiri."
" Owh baru aku faham damak, terima kasih ye.."
*********************
situasi 2 : Dia tak pakai tudung, dia Ahli neraka."aku benci Fasha tu, confirm masuk neraka!!"
" lah kenapa pulak kau ni Hana?
" ye lah, ke hulu ke hilir kepala bogel, dah tentu lah masuk neraka, pakai la tudung, malu la sikit, kita ni orang Islam, kan ke wajib pakai tudung tu, sapa yang tak pakai tudung masuk neraka"
" Betul kau cakap tu Hana, kita wajib pakai tudung, tutup aurat tu satu kewajipan, takda persoalan dah pasal tu, sapa yang tak pakai tudung memang berdosa. aku tak pertikai..tapi bab neraka tuuuuu.... kau confirm ke yang dia memang masuk neraka Hana?"
" Eh betul la Siti, sapa yang tak pakai tudung kan masuk neraka?"
" Eh Hana....aku rasa salah tu Hana, Islam tak hukum manusia secara pukal, kan ke Allah dah janji, dekat akhirat nanti kita semua akan ditimbang amalan kita, kalau amalan kita berat pahala, kita akan masyuk syurga, kalau dosa kita lebih berat maka kita akan masuk neraka. Allah tak pulak firman sapa saja melakukan satu dosa terus masuk neraka Hana"
" eh Siti, yang kau sibuk-sibuk nak backup Fasha ni apahal? kau nak ampu dia ye? alaaaa nak masuk bloglist dia la tuuueewww"
" lah ke situ pulak kau ni Hana, kau dah lupa ke kisah pelacur yang masuk syurga sebab bagi anjing minum guna kasut dia? kau tak pernah baca surah Al-qariah..? ke kau hukum orang guna sentimen? atau kau pegang kunci syurga dan neraka?"
" errrrkkkk...."
"Hana, takde manusia yang tak buat dosa, kita harap kita diampunkan Tuhan, moga masa kita ditimbang, amalan baik kita lebih berat dari dosa kita...mungkin Fasha tu lemah dari satu bab tak pakai tudung, tapi mungkin dari bab bersedekah dan sembahyang dia tak pernah tinggal, mungkin dia selalu puasa sunat, mungkin jugak dia selalu tolong orang buta dan makcik tua lintas jalan...bukan ke dulu dia selalu ajar kau akaun masa nak exam? mungkin kebaikan dia mampu mengimbangi kelemahan dia, itu Wallahutaala a'lam... bab ghaib, tentang orang masuk syurga neraka ni bukan hak kita Hana.. tu Hak Allah Azzawajala.."
"Buat dosa je la aku ni ngumpat2 orang kan Siti kan, ishhh, jom kita main batu semban nak? dari kita cerita buruk orang, lagi baik kita bersukan"
"Jom Jom... :) "
*************************
Situasi 3 : Potong dulu, baru mengucap..."Papa, kakak nak kahwin dengan Raymond, kakak dah cintakan dia sangat"
" Bagus lah tu kakak, Papa pun berkenan dengan Raymond tu, kalau dia betul2 suka, suruh dia datang rumah elok2, jumpa papa"
" okey papa, lepas jumpa papa, dia cakap dia nak masuk islam, dia nak pergi perkim mengucap"
" Eeeeeeee, salah la kakak, lepas jumpa papa, suruh dia pergi sunat dulu, potong anu, dah potong baru boleh mengucap masuk Islam"
"Uik.....apa pulak papa ni, kan ke kita dahulukan mana yang lebih utama, yg utamanya kita Islamkan orang, kita permudahkan orang nak masuk Islam, mana ada syarat sah Islam kene sunat dulu papa"
" eh ye ke kakak? betul la, astaghfirullah, apa kena dengan papa ni....apa la yg papa pikir sampai jadi mcm ni sekali, baru papa perasan... betul kakak ckp tu, elok2 org nak mengucap masuk islam, dengar kene potong burung, terus cabut lari"
" haaa mcm tu la papa, apa guna pulak papa hantar kakak belajar tinggi2 kan papa kan.. saaayang papa...nanti Raymond datang papa jangan test dia suh baca surah qunut pulak ye papa :) "
****************
Situasi 4 : aku tengah wirid, korang sabar sikit.Tiap kali sembahyang jumaat, mesti jalanraya jem sampai setengah batu, bila tengok-tengok, rupanya ada kereta block jalan kat tengah2. apa dia ingat, banyak cantik muka dia.
"kalau kau memang dari rumah dah berniat nak wirid dan berdoa panjang2, sila datang awal ke masjid dan parking di tempat yang betul, yg tak halang lalulintas.."
lebih sunnah kau cepat2 bangun dan alihkan kenderaan dari kau doa berjemaah lama2... bukan sunnah pun...alihkan kereta itu lebih baik, mana tau ada ambulan bawak pesakit yang nazak, sangkut kat jalanraya kerana kereta kau itu... ** Fiqh al-awlawiyat
Kalau ada rumah terbakar, bomba tak boleh lalu...atau ada orang yang bergegas kerana urusan penting, mungkin kejar kapal terbang nak pergi study luar negeri, atau naik flight nak pergi haji.
Wirid dan doa panjang tambah dengan solat sunat itu kau boleh tangguhkan, urusan sesama insan kau perlu pikirkan. Jangan zalimi hak insan lain hanya kerana anda rasa anda sorang je yang betul kat muka bumi ni..
**************************
Jadi, kita sebagai manusia yang terpelajar, kita mestilah mula berfikir secara rasional dan di dalam ruang lingkup kesederhanaan.
Aku percaya pembaca blog ini adalah manusia yang celik IT, semua maklumat di hujung jari, jangan taklid buta, jangan takut mendengar pendapat kedua. klik saja, kalau masih ragu-ragu pergi cari guru.
Bagi bloggers pulak, tolong beretika, selidik dulu mana yang sohih mana yang maudhu'. Jangan kelirukan minda orang yang ketagih ilmu.. jangan kerana sibuk kejar trafik, korang hentam keromo semua benda, asalkan SEO mengena. korang ingat semua pembaca blog ni blogger?
p/s esok akan tulis pasal kisah cinta dan pengalaman hidup pulak, hari ni kita habiskan masa dengan membaca pendapat. sorry tulisan panjang sikit, itu pun dah jenuh edit. mungkin aku bukan dilahirkan untuk jadi minimalist.
sy sokong sgt pendapt awk,,hidup perlu rasional dan logikal juga,,tk bleh tgk 1 sudut je kn,,,nice entry,,
ReplyDeleteterasa aku, dlu aku tulis psl milo algpas ade bntang tu, tnpa usul priksa ngeh2. xpe, xbuat dh ^^,
ReplyDeleteermm...
ReplyDeleteade betulnya...tp bab bertudung(menutup aurat) xder alasan...sebaik mne seorg perempuan tu...suatu kerugian klo dia x tutup aurat.
ReplyDelete"ISLAM itu mudah, tetapi jgn sesekali permudahkan ISLAM"
dulu penah sorang ustaz bgtau...
ReplyDeletekita masuk syurga dengan rahmat Allah..jangan mudah nk salahkn orang lain...silap2 sebenarnya kedudukan orang tu lebih baik dari kita..
err..kenapa watak situasi ke2 tu wanita2 ek??
hahahaha... sinonim sgt wanita dgn mngumpat kan... uhuu~
banyak salah faham sekarang ni..dan yang sedihnya orang kita tak mahu nak selidik terus menghentam sesuatu perkara dan mengajak orang lain pulak..
ReplyDeletesaya suka bertanya2 dengan ustad kat sekolah ni kalau ada kemusykilan..saya rasa terpanggil untuk menghadiri kelas agama untuk orang dewasa..saya puji seorang rakan saya yang bacaan AlQurannya sangat lancar tapi masih menghadiri kelas mengaji AlQuran.
Daripada buang masa join gathering blogger(bukan ayat cemburu)..lebih baik hadiri sesuatu yang lebih bermanfaat..
terasa Mak Nyah.. kdg2 mak pun suka juga menghukum orang lain tp sikit demi sikit cuba la ubah.. Tapi adakala mak tak menghentam cuma cuba suarakan pandangan jer. Orang lak salah tanggapan. Apapun entri ko kalau 1 novel pun mak baca abis Nyah.. sebab mak memang suka even kdg2 mak rasa entri tu sdg menegur mak yang masih jahil ni. Mak tak sentap tak tentu pasal sebab mak masih ada akal untuk menilai posittif & negatif even mak tak pandai & dpt masuk politeknik pun. takat kolej tepian longkang jer.. kekekekeke
ReplyDeleteorg kita ni kdg2 belajar tak habus dan ambik mudah ttg ssuatu hukum. Sdgkn ada lgi huraian di blkgnya.
ReplyDeletebtul3...kdg2 kte lupe menghukum org tu x elok..itu sume keje Allah SWT..
ReplyDeleteso lepas ni kena beringt2 bukan hak kte menghukum org lain..:)
ReplyDeletesetuju ngan en3 kamu en zh..
ReplyDeletecma sendiri kdng2 nk share sesuatu pun pikir byk kali ntah sahih ke tak??
" Betul kau cakap tu Hana, kita wajib pakai tudung, tutup aurat tu satu kewajipan, takda persoalan dah pasal tu, sapa yang tak pakai tudung memang berdosa. aku tak pertikai..tapi bab neraka tuuuuu.... kau confirm ke yang dia memang masuk neraka Hana?"
ReplyDeleteCikuCak : takda sape2 kat sini yang permudahkan islam dan hukum islam
minimals?
ReplyDeletesemua orang nak jadi macam tu.
the fix life.
terlalu ramai manusia yg suka mnghukum mem*a*i buta..
ReplyDeletekalau tak bnyak membaca n cari ilmu mmg sshla kan..asek terikat dgn pengetahuan sedia ade..sigh
SETUJU.eh tercapslock plak.jgn cpt judge org.kita bukan sesiapa nak menghukum org lain.
ReplyDeletesetuju, kita tak bole nak nilai org.. tak dinafikan ramai org kat msia ni suka nilai org dr luar, suka buat conclusion sendiri. Kita semua kene belajar mcm mane nk tegur org dgn berhemah, tanpa menilai seseorg :D
ReplyDeletecuma bab tudung tu.. ape yg Allah dah wajibkan tetap wajib, klu ko bg jawapan camtu, maka ramai la wanita2 yg buka tudung, mesti derang kate ' ala.. tak pakai tudung pun xpe.. buat la amal byk2, insyaAllah tak masuk neraka'
mungkin ko bole ingatkan derang bahwa sehelai rambut wanita tu bole menarik bapa, abg & suami dia ke neraka.
apepun sume Allah SWT yg tentukan, yg pakai tudung pun belum tentu masuk syurga.. wallahualam..
Jue : pakai tudung itu adalah wajib.. siapa yang tak pakai Berdosa. takda argument...
ReplyDeletecuma nak ckp. jangan bagitau CONFIRM masuk neraka...
sebab Nabi Saw tak pernah confirmkan org masuk Neraka hanya dengan 1 dosa.
kita tiadalah sedikitpun lebih mulia dari Nabi saw...
adapun pendapat ini adalah sama dengan DR MAZA... dan sesuai dengan Sunnah.
tapi pendapat ini tidak boleh dijadikan Justifkasi untuk tidak mahu pakai tudung. itu saja.
yup aku setuju dgn benda nih...cuma mayb x jelas sgt kot lg2 bab tudung tuh...mcm jue ckp...
ReplyDeleteko kena bagi penerangan sikit aku rasa sbb x ramai org boleh faham...takut kang yang jahil nnti anggap "ala.. tak pakai tudung pun xpe.. buat la amal byk2, insyaAllah tak masuk neraka'"[ak copy komen jue hho sorry]
memang ko ada terangkan dekat bahgian komen ni tapi takut orang x perasan penerangan ko dekat ruang komen...
Ramai yang berpendapat bahawa Beragama itu adalah naluri manusia tapi kajian terkini ia bukan naluri tapi pengaruh masyarakat sekeliling....
ReplyDelete