March 29, 2011

Bilakah Manusia Mula Menjadi Tuhan?

Assalamualaikum....

Bilakah masanya manusia diangkat menjadi Tuhan? dan tahukah anda bahawa 90% agama-agama yang terdapat di muka bumi ini telah menjadikan Human Figure sebagai Tuhan? anda tahu bagaimanakah manusia mula diangkat menjadi Tuhan?

Manusia biasa diangkat menjadi Tuhan apabila peminat, penyokong, penganut, worshiper dan Disciple mengagung-agungkan seseorang itu melebihi had yang sebenar. Mereka melampau, melebih-lebih dan fanatik.

Sebenarnya Mahaguru sesuatu ajaran sebenar itu tidak pernah pun ingin mengangkat dirinya menjadi Tuhan dan sama sekali menegah penganutnya dari menyembah mereka. Tetapi kerana manusia itu suka melebih-lebih, melampau-lampau dan mereka-reka akhirnya manusia mengagungkan idola mereka sehingga teramat mulia dan ajaib. akhirnya perasaan takjub dan kagum itu tidak dapat dikekang lagi lantas mereka melantik mahaguru mereka menjadi Tuhan di Muka bumi ini.



1.Nabi Isa A.s / Jesus Christ / Isaiah/ Mesiah
Apabila pengikut ajaran samawi Nabi Isa itu terlampau-lampau mengagungkannya dengan melebih-lebih dan menjadikan Mukjizat Jesus sebagai asas agama, maka penganut agama Jesus telah melihat keseluruhan agama itu hanya bersandarkan keajaiban semata-mata.

Mukjizat-mukjizat seperti, berjalan atas air, menyembuhkan orang buta dan sopak, boleh berkata-kata sewaktu bayi, menghidupkan orang dan haiwan yang telah mati, resurection dan sebagainya telah menyebabkan penganut agama ini hilang pertimbangan dan menjadi fanatik.

Mereka telah terkeluar dari kekangan logik dan kewarasan akal dan akhirnya mengangkat manusia biasa yang fana itu menjadi anak Tuhan. Kemudian seperti tidak puas, mereka melantik Jesus sebagai Tuhan seterusnya di dalam Konsep Holy Trinity. Kemuncak mengkultuskan Jesus menjadi Tuhan adalah apabila mereka begitu taksub dalam membicarakan akan konsep Dia lahir tanpa bapa, dan ibunya iaitu Virgin Mary melahirkan anak dalam keadaan masih dara, Jadi mereka mula mencipta formula dan teori Penaklukan Mantik ;

"Jika Mary itu dara semasa melahirkan Jesus, maka tidak logik manusia boleh melahirkan anak tanpa bersetubuh, jadi Mary mengandung hasil dari Roh Kudus yang Tuhan telah tiupkan ke dalam rahim Mary, jika Mary menerima Roh itu dalam rahim dari Tuhan, Maka Tuhan adalah bapa kepada Jesus. Bermaksud Jesus adalah anak Tuhan dan sekaligus dia adalah Tuhan, kerana dia adalah jelmaan Tuhan di muka bumi ini untuk memimpin umat manusia dan menghapuskan dosa moyang manusia iaitu Adam dan Hawa."


Siddartha Gautama Buddha melalui gambaran pelukis sewaktu menerima cahaya kesedaran (Enlightenment) tentang cara hidup yang baik dengan cara mengenepikan desakan dan hasutan nafsu duniawi.

2. Siddhartha Gautama Buddha
Ajaran Siddhartha Gautama Buddha pada awalnya bukanlah berbentuk keagamaan, ia adalah sebenarnya 'the way of life' atau jalan hidup yang betul yang diajarkan oleh Buddha untuk mengimbangi masalah kerakusan hidup rakyat pada masa itu.

Adapun mengikut sejarahnya, Siddharta Gautama Buddha adalah putera raja sebuah negeri di India, kerana merasa meluat dan jelik dengan kehidupan istana yang rakus dan penuh nafsu dunia, beliau telah keluar mengembara untuk mencari makna sebenar hidup, dan dalam pengembaraan inilah beliau mula menemui kedamaian dan keamanan kerana beliau telah melepaskan diri dari nafsu dan kehendak kepada dunia.

Mengikut ahli sejarah, Buddha pada masa itu dibesarkan dalam pengaruh agama Hindu, kerana istana dan isi perutnya beragama Hindu, sebab itu dalam agama Buddha ada persamaan konsep sedikit sebanyak, iaitu kelahiran semula atau Reincarnation, konsep Karma iaitu buat baik dibalas baik, dan jahat di balas jahat dan juga kosep Nirwana iaitu matlamat penyatuan dengan alam iaitu tidak akan dilahirkan semula sebagai makhluk sebaliknya hidup di syurga.

Tetapi sehingga ke akhir hayatnya, beliau tidak pernah bangkitkan isu ketuhanan, kerana beliau komited untuk hanya mengajar tentang falsafah dalam mencari makna hidup dan mencari matlamat kedamaian hati melalui sesi pertapaan dan meditasi, dari sinilah bermulanya cerita-cerita keajaiban yang telah diwar-warkan secara melampau oleh penganutnya, cerita tentang beliau bertapa tanpa makan dan minum, peristiwa semasa bertapa telah dilindungi dengan ular tedung selar yang telah meneduhkannya dari hujan. Dan peristiwa keluar cahaya kebenaran yg menerangi badannya secerah cahaya suria.

Siddharta Gautama Buddha akhirnya diangkat mejadi Tuhan oleh disciple beliau. Beliau mula diberikan Imej Tuhan kerana Anak-anak muridnya terlalu kagum dan fanatik kepada beliau, akibat dari bidaah-bidaah di dalam agama Buddha itu sendiri telah mereka-reka benda yang tidak pernah diceritakan oleh Buddha. Akhirnya Buddha telah diangkat menjadi Tuhan tanpa beliau sendiri pernah minta dan wasiatkan pada murid-muridnya.

Kerana Fitrah manusia itu adalah ingin mencari Tuhan, jika mereka menganut sesuatu fahaman tanpa Tuhan, akhirnya manusia akan mula sesat dan tercari-cari apakah objek atau figure yg layak dijadikan Tuhan. akibat dari Guru mereka tidak meninggalkan wasiat bagaimana dan apakah bentuk Tuhan, maka akhirnya kerana fitrah dan fanatik telah membuatkan mereka mengangkat Guru mereka menjadi Tuhan.


Lakaran pelukis terhadapa Kung Fu Tze, terdapat banyak lakaran beliau di Google, tapi saja ambil yang ni sebab nampak normal dan kemanusiaan.

3. Confucius / Kung Fu Tze / Kong Fu tzu / Master Kong di dalam Confucianism
Confucius adalah Guru agung yang menyumbang kepada falsafah dan ketemadunan negara China, beliau telah menyumbang dengan banyak di dalam Falsafah, undang-undang, etika dan tatatertib pentadbiran negara, cara hidup, budaya, keadilan dan hormat menghormati leluhur moyang.

Pada dasarnya, beliau juga tidak sama sekali menyentuh konsep ketuhanan, beliau hanya menekankan cara hidup baik, hormat dan keadilan sesama insan, tetapi seperti yang berlaku pada Buddha, apabila beliau tidak mengajar dan mewasiatkan pada pelajar beliau siapakah Tuhan yang layak disembah, akhirnya pelajarnya mula melakukan bidaah/tokok tambah dan akhirnya mereka keliru dan mengangkat beliau menjadi dewa. Walaupun semasa hayatnya perkara ghaib dan kerohanian yang paling hampir disebut oleh beliau hanyalah roh nenek moyang dan syurga sahaja.
4. Tao @ Dao di dalam ajaran Taoism / Taoist
Berlawanan dengan Confucius yang sangat menekankan tentang undang-undang dan etika hidup yang bergaris panduan dan berdisplin, penganut fahaman Taoism pula lebih kepada keharmonian bersama alam semulajadi melalui tiga langkah gaya hidup iaitu kesederhanaan, kerendahan hati dan sifat ihsan dan simpati...

Pada mulanya ajaran beliau lebih kepada fengshui, Ying Yang, keseimbangan kehidupan yang semulajadi dan keluar dari kekangan etika hidup yg dicipta manusia, namun kerana fanatik dan tokok tambah dalam falsafah akhirnya telah membuatkan pengikut Master Tao ini membina Tokong untuk memujanya kerana apa? kerana fanatik/melebih-lebih, bidaah dan tokok tambah yang melampau-lampau. Mahaguru manusia biasa akhirnya naik pangkat menjadi Dewa.


Lakaran kemungkinan Wajah Sheikh Abdul Qadir al-Jailani, aku ingat lagi masa pegi makan nasik lemak dekat kampung baru KL, ada ramai orang indon yang jual gambar sheikh ini. Sebenarnya Sheikh Abdul Qadir Al-jailani adalah Ulamak Tasauf yang terkemuka dan beliau mendekati Tauhid dengan cara yang betul dan ikhlas, namun akibat fanatik anak-anak muridnya telah mecemarkan nama baik Beliau

5. Sufism dan Tarekat
Akhir-akhir ini telah menular kembali ajaran-ajaran sufi dan tarekat yang melampau. Ada pun dalam agama islam ini telah banyak pendapat-pendapat baru yang ditokok tambah, dan apabila Bidaah mula mendapat tempat di kalangan hati muslim, maka segala-gala ibadah yang tidak pernah diajar, diiktiraf oleh Nabi Muhammad SAW mula menjadi ikutan dan budaya kepada masyarakat terutamanya Muslim yang jauh dari tempat asal bermulanya Agama Islam seperti India, Malaysia, Indonesia, Iraq, Iran, Yemen dan lain-lain.

Kerana apa? kerana masyarakat yang mencintai Bidaah ini menjustifikasikan amalan-amalan tokok tambah ini dengan alasan untuk menyesuaikan dengan budaya orang tua-tua. Maka banyaklah berlaku akan hal-hal seperti menziarah makam keramat, ziarah makam sufi dan tok-tok sheikh yang bagi mereka amat mujarab untuk memohon doa. Bila ahli hadis dan Ulama' menasihatkan mereka, mereka mula akan mengeluarkan Hujah 'bertawassul' dan akhirnya mereka menggunakan formula tolak tambah sehingga akhirnya menjadikan amalan bidaah mereka menjadi betul dan tidak salah.

Mengikut pendapat ahli sejarah ada yang menyatakan bahawa ajaran kesufian ini bermula dari pengaruh Syiah, tetapi telah dimodifikasi dengan ajaran yang tidak mendewakan imam 12, ada pula pendapat yang menyatakan bahawa tarekat dan kesufian ini bermula dari era Syeikh Abdul Qadir al-Jailani dan akhirnya telah ditokok tambah dengan amat teruk melalui ranting-ranting aliran tarekat yang lain, aku bercerita dari pengalaman sendiri selepas dirapati oleh Pengikut Tarekat ini untuk manjadi ahli Tarekat mereka dan mengajak bersama-sama untuk bersuluk.


Bilakah manusia menjadi Tuhan dalam Tarekat/kesufian ini??

"Ikar, makcik tengok ikar ni berfikiran terbuka la, kalau makcik nak ajak ikar berfikir boleh tak?"

"Hoh.. ape ke yg serius sangat nak sampai bawak bincang bagai ni Makcik?"

"Kamu tau tak, dalam Alquran tu 30% je ajaran yang mengajar tentang syariat..contohnye sembahyang, puasa, undang2, zakat dan segala macam tu la.. yang lebihnya tu adalah tasauf tau tak? tauhid..kamu tau ape tu tasauf dan tauhid? tasauf tu adalah tentang mcm mana nak cari Tuhan, nak kenal Tuhan...kamu tau Tuhan tu mcm mana?

" Iskk Makcik ni, takkan la saya tak tau Tuhan saya mcm mana... (aku pun bacakan surah Al-ikhlas dan translet) Allah ni takda permulaan, terkeluar dari jangkamasa, tiada akhir, tiada mati, maha mengetahui segala yang jadi di langit dan di bumi dan zahir dan yang batin.. Allah itu Esa.. Allah tidak menyerupai segala bentuk Makhluk samada secara gambaran atau secara harfiah (literally)"

"Itulah Kamu ni Ikar, kamu ni tak kenal lagi Tuhan, kamu dah sembah Tuhan.. mcm mana kamu nak kenal diri kamu kalau kamu tak kenal tuhan kamu? kamu dengor hadis ni, awal mengenal agama adalah mengenal Tuhan mu"

" Tapi Makcik... Itukan hadis palsu...sarjana Hadis semua dah bagitau yg hadis tu palsu"

"errrr..lupe kan.. kita bukan nak debat pasal hadis palsu ke idak.. tapi kamu tau ke rupa Nabi Muhammad macam mana? kamu Tau macam mana rupa Tuhan?? kan ustaz ada ngajor kita kan...bila kita nak mati nanti Iblis datang nak goda kita buat last time kan? kalau iblis tu datang menyamar jadi Nabi? kamu tau ke nak bezakan antara nabi dengan Iblis? kamu bukan pernah tengok Nabi rupe mcam mana...."

" Hissshh Makcik nih...apa pulak ke situ melalutnye. Kan Nabi dah berpesan dan berjanji, Iblis boleh menyerupai apa saja, tapi iblis tak boleh menyerupai Nabi..tu Janji nabi.. jadi kalau datang dalam mimpi atau masa nak mati tu Nabi, maka kita tahu la yang itu bukan iblis.. sebab iblis tak mampu menipu mengaku dia menyerupai nabi.. itu Janji Nabi SAW"

" Ada ke situ pulak kamu ni, salah tu.. sebenarnya...kita ni semua dari Nur Muhammad, Nur Muhammad tu dari Allah... jadi mcm mana kita nak tau rupa nabi? haa, jawapanya.. bila kita nazak nak mati nanti, kalau kita nampak diri kita datang nak tolong kita ... itulah rupa Nabi...

kamu tau tak? tahap makrifat dan hakikat orang boleh tengok Tuhan??? Tok guru kami cakap, kalau berdiri nak sembahyang tu.. bila nampak DIRI KITA sendiri tengok kat kita.. haaa tu lah Tuhan sebenarnya.. kalau kamu dah sampai Makam hakikat sampai boleh nampak mcm tu.. baru lah kamu layak buat semua syariat ni.. sembahyang, puasa, haji semua...."

" Hah sudah makcik.. apa ke benda makcik merapu ni makcik.. ada pulak Tuhan tu serupa dengan diri kita? iskkk astaghfar banyak2 makcik.. dah jauh menyimpang ni makcik... bidaah ni ..bidaah... Nabi SAW dan Para sahabat RA tak pernah ajar benda rupe ni.. ni totally mengarut ni"

"Itulah kamu tak pernah nak menyelami maksud sebenor ikar.. Ilmu ni bukan boleh sampai dengan syariat, dia mesti sampai dari Tuhan direct dalam Hati, sama mcm Nabi Khidir, dia tak ikut Syariat Nabi Musa.. sebab apa??? sebab dia dapat Ilmu Ladunni... sama mcam Firaun jugak... Firaun tu sebenarnya tak salah, tapi orang salah paham kat dia.. dia bukan cakap diri dia Tuhan, tapi dia dah sampai makam Hakikat 7.. dia nampak jelmaan Allah tu dalam Diri dia"

Maka selepas itu berlakulah perdebatan hebat antara aku dan makcik aku selama 2 hari berturut-turut dan beliau sangat fanatik, sehingga dia sanggup menyatakan bahawa Sheikh Guru Tarekat dia darjat sangat tinggi, boleh sampai ke tahap nampak ALLAH....*kang aku nak taip dialog kat sini panjang-panjang nanti pakat tak lalu pulak korang nak baca sampai habiskan....

Jadi kesimpulan dan pengajaran di sini adalah, Pencemaran dalam agama yang berbentuk Bidaah, tokok tambah dalam ibadat dan falsafah ketauhidan tidak boleh di pandang ringan dan dianggap tidak mengapa, Kesucian dam ketulenan agama mestilah dipelihara.

Reka-rekaan dalam amalam muamalat dan kehidupan seharian itu tidak mengapa jika ia menyumbang ke arah kebaikan tetapi tokok tambah dan rekaan dalam IBADAH itu tidak boleh walaupun dengan alasan "alah benda baik, nak buat apa salahnya, bukan buat benda jahat" kerana Ibadah itu telah lengkap sewaktu Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad SAW dan menyempurnakan WahyuNya.

Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu ni’mat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu. (Surah Al-Maidah - 3)

Tapi matlamat aku dalam bebicara hal ini bukan kerana ingin memprovokasi dan mencari salah dan betul tentang pegangan agama. Aku harap kita semua membuka minda dan balik pada isu yang aku nak ceritakan.. Bilakah manusia mula menjadi Tuhan?

P/s Makcik yg di dalam dialog di atas adalah Mak saudara aku yang sebenar, Tetapi aku tukar panggilan ke 'makcik' sebab nak sorok keaiban.. mungkin anak dia ada baca blog aku ke.. kan kan...

17 comments:

  1. bahaya kalo terlalu taksub ni kan..

    ReplyDelete
  2. bahaya, taksub ni benda yg sangat bahaya.. jgn taksub dekat satu2 individu melebihi tahapnye, tak kire la ahli politik ke. Pm ke, tok guru ke..sapa saje la.. sebab ape??? sebab manusia tidak maksum.... :)

    ReplyDelete
  3. ermmm.. discovery channnelnya....

    satu lg bila manusia menjadi tuhan bila ada yang mengarahkan kehidupan kita... its not our parents, but totally outsider yang suka2 hati ckp apa yg btul apa yg slh tntg orang lain.. hello, who are u to judge people? :P

    ReplyDelete
  4. org2 yg taksub ni mula2 perdebatan dorang masih nampak berilmiah, tapi bila dah lama2 mula nampak dorang merapu. aku sekeluarga pernah jugak diajak join benda2 ni.

    lagi satu, even Nabi SAW pun larang sahabat2 dia mengagung2kan Baginda. kan?

    ReplyDelete
  5. Haris : betul2...masa datang sahabat baginda... bercakap.. Ya Rasulullah...sesungguhnya apa yang Tuhan tau dan engkau tahu...

    Rasulullah jawab "adakah engkau mahu menyekutukan aku dengan Tuhan ku? cukuplah sekadar kau menyatakan maha Tuhan yang mengetahui...

    ReplyDelete
  6. AD : hehehe, mcm ade masalah someone yang bossy je nih?

    ReplyDelete
  7. Baguslah ang nyer entry ....Aku suka beb .... Tapi bab tasauf 2 memang betl ramai yang terpesong sebab mereka tak emamhami hakikat sebenar ilmu tasauf . Tasauf tanpa ilmu syariat akan menjadi sesat , ilmu syariat tanpa tasauf akan fasiq . Jd keduanya perlu. ILmu tasauf nie sebenarnya akan mencantikkan amalan kita. Lebih kepada penyucian hati . Ilmu tasauf nie kene belajau ngan guru yang betul ....huhuhu

    ReplyDelete
  8. Zaidi : nak belajar ilmu apa pun boleh..tapi mesti kaji dan faham.. bukan taklid sahaja... dan mesti tidak fanatik (Ghulluw) insyallah Allah swt pelihara kita dari tersesat... :)

    ReplyDelete
  9. astagha..best entri nie bro :)

    ReplyDelete
  10. M fizan : thanks.. sila la search mcm2 lagi entry pendapat...kita sama2 tukar2 ilmu k...

    ReplyDelete
  11. aku rasa mcm best la berbual ngn makcik tu..........kenal kan aku makcik tu.......kalo tuhan leh cipta alam tak mustahil dia leh jadi org or ape yg dikehendaki nye.......imposible is nothing.......kenal tuhan kenal la diri sebenar diri......mcm mane nak kenal? pelajari la akan nya.........

    ReplyDelete
  12. rmai org akn ingt yg makcik tu sesat :) kesian..

    ReplyDelete
  13. Itulah jadinya bila ayam bertemu itik. Ayam kata jalan gi Johor kena lalu Melaka, itik kata tak kita tak jumpa Melaka pun terus aje sampai Johor.........Dua jawapan yang berbeza... jadi jawapan siapa yg betul... sila angkat tangan.............

    ReplyDelete
  14. HEBAT.... walaupun aku sakit hati sikit dgan blog ni tapi.. aku terima juga..

    ReplyDelete
  15. saya penganut agama Buddha. Sejak bila Buddha diTuhankan paduhal kami yg beragama Buddha tidak pernah sibuk-sibuk bertuhankan siapa-siapa?

    sudahkah tuan penulis membaca kitab kami untuk ketahui siapakah Buddha dalam ertikata sebenarnya menurut kami?

    Budaya yang menyerap agama menghasilkan kesenian berteraskan agama , menghasilkan arca arca Buddha yang indah sekali dan merangsang penghormatan tertinggi kepada beliau. Bunga dan dupa bagai adalah eksprasi aprisiasi kami kepada guru agong kami sebagaimana orang islam mengagung-agungkan nabi muhammad dalam selawat dan baru2 ni, fenomena malam cinta rasul yang hanana hanana tu.

    Buddha, kepada kami adalah maksum, tiada taranya, dan setiap umat beragama Buddha arah tujunya sama dengan Buddha,iaitu menyucikan diri ke arah Nibbana.

    ReplyDelete
  16. BISAKAH MANUSIA MENJADI TUHAN..??

    Wahdah itu Tuhan Yg Maha Esa, yg ngak bisa dikafiatkan, comaan diyakini Dia Ada.
    Katrah itu Manusia / Hamba yg banyak, bisa diperikan karna dijadikan ada permulaan.
    Kalo Wahdah dgn Katrah sudah ada perbedaan, masakan manusia bisa jadi Tuhan..??
    Coma Manusia darjat Insan Kamil yg sudah fanak dari kemanusiaan & kehambaannya,
    Yg telah dulu "Kenal Diri" serta bisa "Rasa" kan kehampiran & kesatuannya dgn Tuhan..

    ReplyDelete
  17. .... BISAKAH MANUSIA MENJADI TUHAN ....??

    Ahli Hakeqat Ketuhanan ada menyatakan : "ARAFTURABBI BIRABBI.." - "Aku kenal Tuhan-ku dgn Tuhan-ku".. Manusia hanya bisa kenal akan Tuhannya itu pun dgn izin Tuhannya jua. Tanpa Ilmu-Nya Tuhan, tanpa izin-Nya Tuhan, siapakah itu Tuhan ngak bisa dikenal. Dan lagi dlm Hadis Qudsi ada menyebutkan : "Barang siapa kenal akan Dirinya, nescaya kenallah ia akan Tuhannya"..Tuhan itu Maha Ghoib, hanya melalui perantaraan Ghoib2 yg kecil2an itu jua, Tuhan Yg Maha Ghoib itu bisa dikenali..

    Maka antara Ghoib2 yg kecil2an pada Manusia itu dinamakan ia Diri2 Manusia, ato bisa juga dinamakan Ruh ato Nyawa Manusia.. Firman Tuhan kepada Rasulullah SAW : "Kapan ditanya orang akan dikau wahai Muhammad, apakah itu Hakeqat Ruh..?? Maka jawab oleh-mu : Ada pun Ruh itu Urusan Tuhan-ku. Tidak dikhabarkan kepada-ku melaenkan hanya sedikit.." Maka cobak kita renongkan dgn akal yg waras, bisakah Manusia itu menjadi Tuhan..?? Para Ahli Sufi ada mengkiaskan : Manusia itu ibarat Hakeqat Besi, kapan dilebur ia bisa merah panas menjadi Hakeqat Api. Setelah Hakeqat Api panas itu reda menjadi sejuk semula, dia akan sedari semula siapa dirinya.. Rupanya dirinya hanya Hakeqat Besi....

    ..... WALLAHU'ALEM .....

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...