Macam mana dengan hari korang masa menyambut Earth Hour hari ni? korang semua padam tak lampu dan semua barang letrik kat rumah?aku ingat lagi tahun lepas, aku, abang ngan adik sambut earth hour dengan tutup main switch terus, lilin pun tak pasang..kami lepak kat jalan depan rumah je sambil tengok kejiranan Shah alam yang sporting.. 70% rumah kat jalan rumah aku bergelap.. Tahun ni aku tak tau la mcm mana keadaannya, sebabnya aku pergi mendaki Bukit Broga di Semenyih Selangor tak lepak rumah pun....
Sedikit pendahuluan, Tempat kerja aku iaitu DMG Holdings telah merancang nak pergi Gunung Kinabalu pada bulan 6 nanti, bukan takat rancang je, dah confirm pun dah.. tiket flight dan semua arrangement telah diputuskan, jadi kami tinggal nak training je...sebagai pembuka tirai, Gunung pertama yang kami daki adalah Gunung Angsi di Kuala Pilah N9, aku ada ceritakan sikit je di SINI
Disebabkan Staff/majikan yang akan sertai ekspedisi Gunung Kinabalu sangat eksklusif..iaitu 12 orang, maka kami buat la group Geng Gunung dekat FB.. dari situ melekat la team kami nama Geng Gunung... :) ... pada yang bukan geng gunung tapi join kami jugak pegi daki bukit.. kami gelar diorang Geng Bukit (bak Kata Noorbaya Jinal si PA Dato')
Kemudian Geng2 Gunung panjat pulak Tanjung Tuan dekat Port Dickson, tapi masa tu aku tak join sebab aku join kenduri kahwin Zikry kat Penang, aku ada ceritakan kat SINI..
Semalam aku Join plak ekspedisi panjat Bukit Broga... Bukit Broga ni puncak tertinggi adalah 400 meter.. selepas dari puncak 400 meter tu ia dipanggil Puncak Tok Wan.. kalau dari Puncak Broga korang kena sambung pendakian lagi 3.7 Km lagi baru sampai Puncak Tok Wan. Disebabkan kami memang dah set Misi nak ke Broga, jadi kami tak teruskan mendaki Puncak Tok Wan atas beberapa faktor yang munasabah. (dah lewat petang, sampai puncak Broga pun dah pukul 5 petang..kang gelap pulak kalau teruskan lagi...)
Journey bermula dari Hq Office di Taman Samudra Batu Caves, kemudia konvoi ke semenyih mengikut Mrr2 dan kemudian exit ke Kajang.. lalu la highway yang ada banyak Tol tu.. ape tah nama dia, Metramac kot... kami sampai ke Broga dalam pukul 3.45 petang, kemudian pendakian bermula padal pukul 4 petang..ekspedisi disertai seramai 10 orang, termasuk peserta cilik Dini sofea yang masih bersekolah rendah (darjah berapa pun aku taktau, sebab lupa nak interview)
Bagi aku Trek Bukit Broga ni sangat mesra pendaki amatur :) ... tak terlalu semak samun, tak lecah, tak curam sangat, cuma 150meter dari puncak je pendakian menjadi curam secara drastik. pendakian memakan masa selama 40 minit je, tapi kalau banyak berhenti tangkap gambar.. posing sana posing sini.. mau la jadi sejam setengah :) ... tapi rugi la kalau gi mendaki tak tangkap gambor kan...Ok dah habis story mori... lepas ni sila tengok gambar.. dan entry ni menjadi entry gambar bercerita...Owh ye aku lupa, kalau korang sampai kat ladang sawit tempat parking tu kan, korang kena bayar parking RM2... sebab tuan ladang yang pow.. kalau taknak bayar.. korang boleh parking kereta tepi jalan.. tapi kalau kene sodok ngan lori pasir, korang meratib la kat kaki bukit Broga tu...hehe
Pendakian ke stop point pertama, yang org nampak kenit2 tu kire geng gunung la.. tengah nak mendaki,, kawasan sini pemandangan sangat menakjubkan..tapi aku cari KLCC tak jumpa pulak...Nizar Jumaat, Noorbaya Jinal, Zulfikar Hazri, Shah ujang bergambar selepas berjaya menakluk stop point pertama..nanti dah complete training kami Insyallah akan ke G. Kinablu pulak..
Pendakian mula menjadi curam secara drastik di sini, pada yang tak biasa mcm kami, terpaksa merangkat panjat tangga2 semulajadi yang curam.. bila dah biasa..macam panjat Tangga Batu Caves je.. Lihat pemandangan!!! cantik kan cantik kan..(baca gaya eric leong ye)
Mana Geng2 aku ni...laaaa kat bawah rupe2nya tengah posing cupp capp cup capp tangkap gambor..
Beberapa Tips untuk kawan2 yg minat nak panjat bukit..
- Sediakan air yang mencukupi, jangan malas bawak air ye.. nanti haus korang akan menyesal
- Pakai Kasut yang sesuai, beli yg trekking atau Hiking...baru boleh mendaki dengan penuh keyakinan dan stylo... (tapi kami semua terkejut masa kat kaki puncak, ada makcik selamba je pakai Sandal wedges Vincci naik atas...gaya macam nak pegi pasar malam je.ootaaiii)
- Bawak bekalan makanan.. sebaik2nya roti, pisang dan cekelat.. sebab sampai puncak rasa lapor..
- Pakai seluar dan baju yang selesa, sebaiknya2 pakai baju belasahan..tshirt pakai tdo.. nanti nak main gelongsor2 ngan guling2 turun bukit senang.. tak sayang baju koyak... :)
- Jangan Lupa bawak duit..nanti tiba2 kene bayar parking macam mana? :) ... kalau nak beli 100plus dalam hutan mcm mana? kalau kasut tapak tercabut, korang nak beli selipar kat kedai runcit? semua pakai duit beb... :)
Kesimpulannya, pendakian Bukit Broga ni best, takde stress, takda tension, santai dan pemandangan yang sangat menakjubkan... lagi satu best sebab Bukit ni kering, takda lecah lecak semua..
P/s Puan Nonie, Kaknora, Kak leen, Kak ina.. sory gambar anda semua takda la.. sebab tak snap pict banyak pakai camera henpon nih.. tapi kat camera korang yg kaler pink, merah, silver kelabu bagai tu semua ada banyakkan? nanti kita tag mengetag kat FB yeeee :)
wahhhh bestnye~~
ReplyDeletep'sediaan la ni ey..
ReplyDeletehehehe..
chaiyok2...
teringin nak naik broga hill. asyik tengok gambar orang lain je. hehehe..
ReplyDeletepsst, header baru nampak. :)
Amalina : sangat best.. aktiviti yg sihat + seronok... :) gi la...
ReplyDeleteFayad : yess persediaan.. takleh over confiden.. G.kinabalu tu tinggi...
Fitri : Jangan tangguh2 Fitri.. ko wat secara spontan je.. sebab gi sana mcm santai la.. tak adventure sangat..
P/s terima kasih kepada Suria Lekat Lekit...sebab dia yg kesiankan tolong buatkan Header baru.. :)
dah ke sana 2x...sonok~
ReplyDeletemasa 2 pnjt utk tgk sunrise, pepagi buta lg dlm kol 430am dh panjat, memanjat bukit dalam keadaan gela gelita,siap semayang subuh kat atas tu ramai2...hehe~
tp seyes meriah sbb ramai gak org masa tu...
patutnya hari ni sya naik broga..tapi tak dpt diteruskan berikutan beberapa masalah teknikal..
ReplyDeletejeles!!...hopefully misi tawan broga ni berjaya dilaksanakan minggu depan..huhu
eh..k.nor ikut ek..mne ye pegi tudung die..heheh
ReplyDeletesyok ar pegi...
syioknyerrrr... adventure.. i loikeee...:D
ReplyDeleteTED : lepas ni Rasa nak teruskan sampai puncak tokwan pulak.. dah sampai belum?
ReplyDeleteEda : jangan lupa kasut yg elok... dan air yg banyak.. bukit tu panas dan kering...
Reena : tudung tinggal kat keter kot.. ganti pakai topi...
ADfeez : memang best punn... i pun loikeee
teringin nak g broga hills..:)
ReplyDeletegunung kinablu ?besttnyeee..teringin gak nak daki..g sabah aritu tak smpat nak pnjat,abg ipar bawa pegi taman kinabalu je yg opposite gunung tu..:)cantekk
Bro klu orang daki gunung Everest orang pacak bendera Malaysia .... Lu pacak bendera DMG Holding kah? kakakakaka
ReplyDeleteaha,teringin sgt tu sbb xpenah sampai lg...ajak kawan, smua dh mls nak naek dh...dh dtg ramai2, kna la ikut kehendak diaorg...lgpn, diri ini hanya menumpang sajork...haha~
ReplyDeleteamboi reena... mgata kak nO ekk?? tudung, hawaD pinjam jap!!
ReplyDelete