Peringatan;- ini adalah entry lama yang diterbitkan semula, hasil nukilan di awal zaman penulisan di Blog Friendster. Penulisan lebih bermadah dan tidak santai dan juga agak panjang.
Kisah penasaran.. tentang percaturan kasih dan sayang di antara Sang Arjuna dan Dara...cinta yang sebegitu lama terbina dirasakan tidak goyah walaupun muara ombak merubah, cantik gunung telah diratah.... cinta yang terasa sebegitu agung... sebegitu anggun... bisa memalingkan empunya cinta dari titis - titis roma kehidupan.... cinta yg membiaskan satu tabir dinding pemisah antara alam impi dan fana....
"Arrghhh persetan semua kata-kata yg tidak enak telinga ku mendengar,persetan nasihat dari sahabat yg seakan mahu menghambat kebahagiaan aku bersama ratu takhta kesuma jiwaku''
Bentak sang anak muda terlatah dek penangan mabuk asmara... lantas kakinya terus terusan melangkah meninggalkan dunia yg sebelum ini memeluk erat nya.. menghidarkannya dr jatuh ke tebing kemusnahan jiwa... Si anak muda terasa sayapnya sudah gagah untuk melawan arus rancak hidup yg zalim dan ketaksubannya suatu hari nanti bisa mengoyakkan jiwanya dan memecahkan semangatnya yg akan rapuh dan mula melepuh dek panahan impian cinta gila.
" Sudah-sudahlah engkau melayan hayunan cinta kau itu.. aku bimbang nanti di kala empayar cinta agung kau runtuh.. tiada lagi kenalan, sahabat dan teman bisa menyambutmu yang tergelincir dari menara tinjauan keangkuhan cintamu itu.. tiada lagi hilai tawa dan senyuman peneman yg mengisi jiwamu dikala tiada lagi Ratu kesuma jiwamu ...
Ditimbangkanlah segala kata-kataku kerana aku tidak mahu engkau mengulangi kembali kesilapanku dulu yg membuang kawan kerana terasa indah dunia percintaan.. wahai Arjuna imbangkanlah keghairahanmu itu .... simpan sedikit kemesraan untuk dilempiaskan bersama rakan.... ciumlah kehangatan persahabatan... dakapi erat kenangan perkenalan... jangan sesekali engkau mengatakan sang ratu itu bisa menolak keluarga, kenalan dan kawanmu lebih jauh darimu...
kerana sebelum engkau hanyut dibuai khayalan dan belaian manja sang Ratu Kesuma Jiwa,sebelum engkau mengenalinya... keluarga dan kawan-kawanmu yg telah terlebih dahulu membaluti hidupmu.. dan mengisi kekosongan hidupmu, ingat itu wahai sahabatku"..
panjang lebar kisah diputarkan sahabat setia pada sang arjuna yg tidak langsung mengambil pusing... fikir sang arjuna,
''Tidak Mengapa kehilangan kawan dan keluarga sekiranya kasih cinta aku berbaloi.. aku redha dan terus ingin diuliti cinta kekasihku.. kerana kasih sayangku itu berbaloi untuk semua dikorbankan... walau dunia terpaksa aku sangkutkan dimata kail, dicampak ke lautan demi pulangan sahutan kecil cinta dari sang dara pujaan''...
maruahnya sebagai pelampung untuk terus bernafas telah di buang.. berat pada perlayaran cinta aku kata sang arjuna.... akalnya sebagai pendayung telah dipatahkan kerana terlalu susah untuk memudik bersama gelora asmara... iman sebagai kemudi telah dicampak ke dasar laut kerana ia enggan menuruti laluan pelayaran di lautan nafsu cinta yg tidak bertepian... hanya tinggal gelak tawa dan senyuman kepuasan yg mungkin akan terus membuatkanya bernyawa tatkala perahu telah hancur disiat ombak kezaliman percintaan...
Hampir seorang sahabat yang lebih pintar dan anggun dalam bermadah...
'' wahai sahabat sekalian.. biarkanlah sang arjuna terus-terusan begitu.. jangan kalian berdendam padanya... hingusan itu baru merasa penangan asmara pertama, orang lain tampak bodoh dimatanya... ratu kesuma jiwa jika boleh ingin dijadikan agama... namun kalian jangan lah nanti menghukumnya.. jika arjuna gagal di arena cinta, pauti lengannya.. hembusi nafas semangat dalam tubuh nya... dengar segala omong penyesalannya.. sesungguhnya semua manusia itu agak canggung dengan cinta pertama nya"
NAH...... selepas beberape purnama.... telah dijatuhkan hukuman pada sang arjuna.... Ratu kesuma jiwa tidak ingin lagi bermain asmara.. tidak betah lagi duduk bersama.. rimas dengan segala madah indah... penat sudah memetik gitar irama mengalun lagu indahnya cinta.Pada sang Ratu, Takdir dan jodoh sebagai alasan perpisahan.... bukan sebab ketidaksetiaan...
Tidak dapat lagi di ceritakan penderitaan sang Arjuna.... kerana jika dimadahkan sengsara jiwa.. butir kata yg menggambarkan bisa berdarah.... dunia bisa bergoncang dan langit bergempita kerana dasyatnya sengsara cinta terhenti di tengah ayunan kemesraan....istana indah menjadi kuburan...alunan irama indah ibarat jeritan musibah...
''HANCUR CINTAKU MUSNAH''
Pekik arjuna tanpa sebarang isyarat.. berterbangan burung kemanan.. tersedar rakan-rakan dari lamunan. jenguk sahabat setia dari beranda...
''gerangan siapakah itu sang muda camping dan kusut masai lakunya?''
Datang si rakan yg bijak dan mahir bermadah mengingatkan kembali pada sekalian rakannya..
''ingat pesan ku kelmarin.... janganlah dihakimi dan dihukumi... sengsara jiwanya sudah cukup merobek semangat hidupnya...bantulah ia menggapai kembali maruah nya.... akalnya dan nafsunya...tentang segala hamburan kata-katanya yg angkuh sebelum ini, jangan diungkit lagi.. bukankah semua manusia itu tidak lekang dari segala kekhilafan. bukankah manusia itu sering bingung dek cinta... adam itu sunyi mencari hawa... hasutan iblis menghumban mereka ke dunia.. keluar dari syurga keindahan yg tidak dapat digambarkan...sesiapa yg ingin mengikuti ku membantunya bangun dari sengsara, segeralah buangkan kemarahan mu...
Ingat!!!!... SANG ARJUNA tiada lagi mempunyai kesuma jiwa untuk mendodoinya... tiada lagi RATU untuk sama-sama berdendang lagu asmara.. tiada lagi kekasih hati untuk berkongsi keindahan dunia ciptaan mereka... segala nya kelam.. dan hidup suram.. siang tidak berganti malam...malam tidak ditaburi bintang.. pekatnya sengsara ibarat darah merah mengalir hitam.....áyuh rakan kita membantunya melalui musim yg bisa mendewasakan akalnya... sedikit meninggalkan parut dlm hidupnya''
Hirau langsung semua keangkuhan... hilang sudah kemasyuran...tiada lagi lena diatas buaian intan...perahu arjuna tenggelam di tengah lautan.... persetan itu semua.. arjuna kerdil menyambut jemari yg disuakan rakan-rakan... bergempita seluruh alam.. RAKAN-RAKAN bertempik laungan semangat..
''ayuh arjuna...melangkah kita, hidup baru tercipta''
-Demikian kisah sang arjuna bermain asmara.. sahabat mahir bermadah mencoret kata indah-
nukilan,
ika@damak@zul
hebat berbahasa...:)
ReplyDeleteTenkiu Fyd...hanya pembaca tegar yg boleh baca entry ni sampai habis :)
ReplyDeleteBro pandai ko mengarang ..... Kata sungguh puitis kakakkakaa ... syok gak layan blog ko kadang2 huhuhu ... Nice bro
ReplyDeleteindahnyaaa bahasa..:)
ReplyDeletejgn terasa hati dgn org yg bercinta,dah buhsan nnti die akan cari kwn2 die jugak n btolla kata sahabt setia tuh,smbutlah kwn yg hampir rebah..bukan mnghukum..kalo tak lagi parah la die jwbnya..huhu
MZM: tenkiu sebab sudi baca aku merapu dlm blog nih.. hehehe.. aku karang ni masa zaman study2 kat uitm dulu.. lama dahhh.. :)
ReplyDeleteAlexa: Bahasa menunjukkan bangsa :) tenkiu...
betuil2... jangan hakimi dan hukumi.. kesian kat dia bila frust nonggeng kan... kita sapot kawan2.. :)
as salam..
ReplyDeletewah! hang memang ada bakat untuk menulis novel/cerpen aa.hantar aa kat surat khabar
=)
quote yang ni tadi buta ku terfikir lain.hehe
"gerangan siapakah itu sang muda camping dan kusut masai lakunya?"
terfikir pasal camping dalam hutan.. hampir dok fikir 10 minit tadi apa benda si pemuda camping. dok baca22 ni lokasinya dalam hutan ke apa.hehe. baru terlintas.
compang camping. hehe
=p
menarik sungguh! garapan yang bagus. berjaya membuatkan ku menjiwai setiap babak2 nya. hoho
hahahaha.... aku lak tak terlintas pasal Camping = berkhemah..sampai la ko sebut.. kekekeke sorry buat ko pikir banyak kali haha...
ReplyDeletenanti insyallah dah siapkan cerpen atau novel pendek aku pegi cari penerbit.. takpun terbit sendiri :)
tak sanggup baca
ReplyDelete