Assalamualaikum...
Tadi dengar berita Buletin Utama, selain dari kisah Tsunami dan gempa bumi Jepun yang bermagnitud 8.9, ada isu lain yang menjadi gempar, iaitu isu peminta sedekah di Malaysia yang mampu meraih keuntungan sampai RM30,000 sebulan...
Kenapa dia mampu raih banyak tu? sebabnya bukan kerana dia jual barang, tapi dia jual zone selesa dan privacy anda kepada anda semula..
Macam mana??? ha macam ni....anda tengah makan sedap2 asam laksa ni, sekali pengemis datang dengan kotor dan busuk..duk melangut kat korang, jadi korang nak dapatkan balik zone selesa anda dan beli balik ruang privacy tu. korang cepat2 selak wallet, amik singgit.. bagi kat dia. Walaahh... "business strategy aku berjaya"..kata si pengemis dengan girangnya....
atau.....
Anda tengah lepak dengan awek bangsar, anda tengah rancak borak pasal baru tukar sport rims kat awek anda, sekali datang mamat pengemis duk hulur tangan pada anda, dan anda dengan niat ingin kelihatan macho, sensitif, bersimpati, hati lembut, gentelman dan berwawasan, anda tanpa pikir 2, 3 kali.. anda seluk singgit, anda bagi kat dia, dengan harapan awek anda merasa tersentuh dengan keperihatinan anda terhadap insan malang yang lain...
"Ayang tak boleh tengoklah insan lemah lain yang kurang bernasib baik mcm tu, nak makan pun takda duit.. kesian kan ucuk kan.. kesian.. ayang kalau boleh, nak bagi semua yang ada dalam wallet ni, tapi pikirkan nanti kita kene basuh pinggan ngan nak topup tu yang tak jadi tu... nanti macam mana nak sms dudnite2 mlm ni kan ucuk kan kan..."
Aku nak kongsikan dimensi baru permikiran dan pengalaman aku sendiri terhadap pengemis ni, pendapat aku adalah, kalau korang tengok pengemis ni cukup sifat, larat berjalan lagi, gemuk, perut buncit, masih pakai baju, berkasut atau selipar, cukup kederat la pendek kata... aku rasa baik korang pikir 2, 3 kali kalau nak sedekah pun... ye memang benar nak sedekah kena ikhlas dan jangan dibaca2 apa yang kita nak sedekahkan... tapi, kalau kita semua tidak praktikan konsep mempertahankan hak individu atau 'fight for your right' sampai bila korang nak kena tindas dan diambil kesempatan oleh kutu2 jibraun ni? atau korang adalah segelintir manusia tipikal yang akan cakap mcm ni?
"Ala ko ni Zulfikar, berkira betul la ko ni, nak menderma pun nak kecoh, kalau beli Jeans Levis mahal2 ko tak kecoh pulak Zulfikar, ko ni kedekut, berkira, zalim, lahanat, taik idung masin. kecoh betul.. nak bagi tu bagi je la, tak payah la kecoh2"
Terpulang korang nak fikir macam mana, masing-masing ada cara nak bersedekah dan membantu yang tersendiri. Aku tak suka orang mempermainkan hak aku dan mengambil kesempatan terhadap kebaikan insan..orang yang mcm ni di panggil 'Opportunist' dan golongan ini yang sebenarnya menghakis sikap kejujuran sesama insan, pengemis mcm ni la yang menimbulkan perasaan was-was terhadap insan yg betul2 memerlukan...bagi aku, bila aku nak menderma aku akan lakukan mcm ni...
Situasi 1....
Encik, mohon bantuan Cik! tisu cik....
Pakcik, pakcik jual ke tisu ni? berapa ye satu? rm1.00 ye pakcik... saya beli tisu ni satu ye pakcik, belen pakcik simpan la ye.. tenkiu...
Cuba praktikkan mcm ni, sambil kita bantu dia dengan ikhlas pada masa yang sama, kita menyumbang kepada pembinaan keyakinan diri dia, pertahankan maruah diri dia..pakcik tu akan merasa terharu dan berguna, sebab telah melakukan kerja Halal iaitu menjual/menjaja bagi mencari sesuap nasik....bukan mengemis dan meraih simpati.. manusia mana yang sanggup malu jaja muka mengemis? wooooo satu pengorbanan dan jalan terakhir wooo.....
Situasi 2....
Dik.. derma dik.. (kata orang sihat yang memimpin orang buta untuk meminta derma)
Takpa kak, terima kasih ye kak.. (angkat tangan,pandang muka dia..dan kemudian sambung makan)
Kalau nak bagi, bagi..taknak bagi jangan kutuk, jangan pandang slek, jangan buat analisis kat meja bersama kawan2..samada orang tu buta atau tak, samada patut atau tak dia mengemis macam tu...
Aku jadi mcm ni sebab ada 3 pengalaman hidup aku pasal pengemis ni yang merubah pandangan aku pada diorang....
Kes 1....
Ya sheikh, Ya haj, haj, hajjah... riyal.. riyal... (sambil tadah2 tangan depan restoren di Jeddah)
Budak2 pengemis Jeddah ni berkulit hitam (mungkin dari Yaman), dalam usia 6-12 tahun, berkumpulan 3 orang, mula2 dia dah mintak sedekah kat kami masa dekat Pasar Al-Ballad di pekan Jeddah, lepas tu malam pulak, tau2 tercongok muka diorang yang sama dekat restoren, bukan dekat jarak dia, kalau korang nak bayangkan.. lebih kurang dari gombak ke PJ....punya jauh...rupa2nya budak2 sedekah ni mcm sindiket, dia tau Orang Malaysia ni kaya2, kalau pergi sana penuh perasaan simpati nak bersedekah, hati lembut.. jadi diorang taram la habis-habisan.. diorang boleh follow group kami satu hari satu malam....yang buatkan aku sakit hati tu...
Lepas je kami bagi dia 1 riyal, dia tak puas hati, dia mintak 5 riyal, aku dah naik meluat, tapi member aku baik hati, dia bagi 5 riyal.. korang tau dia buat apa dengan duit tu? selamba je depan2 kami dia tahan taxi... Taxi toyota camry tuuuuu... bukan murah, dari tempat makan tu sampai downtown Jeddah kopak jugak la 20-30 riyal. maknanya, korang bayangkan tak betapa mewahnya dia dengan mengemis? kalau duit buat beli roti nan ke, beli selipar ke takpa la.. ni buat bayar teksi tu...esok paginya, dia ngan member2 dia jugak tercongok seberang jalan depan Hotel Red sea kami.. ciss.....
KES 2....
Masa ni aku umur 13@14 tahun, aku selalu naik bas dekat puduraya, nak balik Mersing dari Rawang.
Sampai puduraya punya la ramai pengemis... ada sorang pakcik ni, muka memang familiar, pakai compang-camping, kusut masai, mintak derma, baju busuk.. memang kesian la... sekali satu hari tu.. aku tengah lepak makan kat mamak simpang pudu tu... aku nampak Pakcik tu.. selambe je lepak kat Starbucks minum kopi.. pakai smart, jam emas2.. kasut kulit.. lorrhhh pengemis penipu rupanya...
KES 3..
Aku kat Petronas seksyen 13, depan Stadium Shah Alam.. aku parking kat belakang petronas, area2 toilet tu la sebab tunggu kawan...malas parking kat depan ganggu orang nak lalu lalang....
Korang perasan tak Budak konon2 sekolah Tahfiz, jual kismis, kelendar buku, surah yassin.. semua tu? hah... masa ni aku lepak dalam kereta, mati enjin.. sekali aku tengok budak2 pakai songkok ni lalu gi belakang petronas.. dia tunggu kat corner tersorok sikit. dia tak perasan aku ada dalam kereta,
Sekali datang mamat bawak Gen2... kutip duit collection, tambah stok kismis, kelendar, buku2... dan bagi makan... sambil muka tersengih2 mcm kerang busuk..mamat datang bawak Gen2 tu takda tokoh Ustaz lansung, aku tengok dia macam tokey jual VCD pirate je.. aku punya berderau darah...aku pergi kat dia... aku cakap "owh mcm ni rupenya kerja korang ye"
Menggelupur mamat tu lari ngan budak tu, kalau tak salah buat apa lari ye dak?
Kesimpulan, Derma la seikhlas mungkin, bukan dengan harapan korang akan dibalas dengan syurga, tapi seikhlas mungkin untuk bantu membantu sesama insan (Syurga tu bonus la). mungkin Nasib kita lebih baik dari diorang, mungkin diorang betul2 dalam kesusahan.. Tapi nak jadi baik jangan sampai Jadi naif...jangan kita bantu golongan2 OPPORTUNIST mengambil kesempatan dan menghakis nilai2 kejujuran yang masih tersisa pada masyarakat kita....
P/s Korang rasa, kalau korang tak bayar rm2 beli kismis kotak tu, ada tak korang sukarela beli kismis kat kedai untuk buat makan jajan? lagi satu, Pakcik dan Makcik yang buta tu memang kesian kan.. aku kesian dengan orang yang kurang upaya...tapi kenapakah yang memimpinnya itu turut serta???...
Yeah.mmg sokong.sbb ayah pun cakap kalau org minta sedekah,,jgn bagi.
ReplyDeletenanti dia terbiasa minta.Xmaw kerja.
Kalau budak2 yang konon dari madrasah minta derma pun ayah selalu minta borang pengesahan n belanja makan je.Dia xbagi duit.
But,,pompuan ni hati lembut.
Kalau xbagi,,nanti orang 2 tgk dgn pandangan mata yg syahdu.
so kiranya nak halau dia,,bagi la singgit 2.
malu bila nampak orang yg sihat mntak sedekah, Islam x pernah mengajar umatnya utk meminta2...
ReplyDeletebtul3...
ReplyDeletebkn tu je ade jgk yg mintak sedekah dlm bus lagi..
tengok bdan, kaki sume elok je x de plak nampak sakit..
siap marah lg kalau kte x bagi..
ni semua sbb mals nk usaha cri keja..
huhhh
Apa ko cakap semua mak setuju cuma nak tambah sikit jer pasal derma.. Mak paling tak suka orang minta derma yang tetapkan amount yang patut di dermakan.. Berasap jugak la kalau datang yang mcm tu. Kita nak derma.. berapa kita ada, kita mampu kita bagi.. Yg dorang minta derma kalau sikit tak terima kena sekurang2nya spt angka dorang tetapkan. Lebih takpe jgn kurang. Pejadahnya minta derma camtu kan Nyah..
ReplyDeletetu la pasal.. aku stuju ngan sgala point yang ko mention tuh..
ReplyDeletedan aku respek kat ko brani sound tokan jual kismis tu..tabik mlantun2 bro!!
yang aku tak faham..
knapa golongan pengemis ni tak dibanteras?..
mana pihak berkuasa?
kan kita ada zakat, baitulmal dan segala macam bantuan yang dipusatkan pada kerajaan..
kenapa tak dikumpulkan pengemis ni?
ajar diorang cari rezeki cara yg lebih manis dipandang..
contoh.. ajar menganyam rotan.. buat cupcake ke, ape2 jela.. kumpulkan dalam satu badan, beri peluang pekerjaan kat diorg..
kalau dijual, dapat jugaklah untung.. hm...
Raihana : bapak saya ngan saya pun pernah 2, 3 kali ajak budak2 tu makan hehehe..
ReplyDeletesifat kesian tu la yg org selalu amik kesempatan kan kan?
BB: setuju dengan ko...
FYd: mengemis dalam bus expres ke?pelik lak...
Lekat lekit : itu la dinamakan sedekah berresit.. siap ckp lagi, kalau tak bagi rm10.. takyah derme pun takpe.. cisss!!!
Ucop : pegawai zakat ngan majlis agama, banyak lepak opis dengan minum teh kat kantin kot.. :)
yup mengemis dlm bus...
ReplyDeletesebelum tepat masa bus bertolak kan ramai da naik..masa tu la dorg naik minta derma..:)
kalo tgh ada duit, mmg akan beri.. kalo ngah sengkek saya pon just say no jer.. x derla nak cakap pape kan... semuanya kerana nakkan kehidupan yg mudah....
ReplyDeleteGomok: betul3 (bak kata upin dan ipin)....kadang2 saya tak bagi duit.. saya banje diorang makan je :)
ReplyDeleteas salam..
ReplyDeletewah! sebab ni ayg ku suka cara hang mengekspresikan isu semasa yang insan lain kurang ambil tahu.
thanks =)
hmm..
betul..derma seikhlas mungkin.
tapi jika kita tahu kemungkaran disebaliknya, kita halang mereka dengan perbuatan.kalau tak mam[pu, dengan lidah. kalau tak mampu juga, dengan hati yakni doa
=)
kadang2 memang rasa kasihan bila lihat insan tidak bernasib baik ni dipergunakan orang lain..
bagi yang menipu tu..jika kita dah tau penipuannya, halal kan je..moga mereka yang berbuat sebegitu rupa diberikan balasan yang setimpal oleh-Nya..
derma je semampu n ikhlas yg bole..dorg tipe ke tak belakang kira...masalh dorg,jnji kita share ape yg kita ade..rezeki nikmat Allah juga yg kasi kan..:)
ReplyDeletekonon nk blaja skali bukak blog,habessla alexa =.=
MF: betul2... isu di atas bukan amsalah nak derme ikhlas ke tak.. masalah adalah tentang samada kita nak kene tipu dengan opportunist ke tak.. thanks sebab bace dan paham...
ReplyDeleteAlexa: betul2..saya suka share dengan org yg betul2 memerlukan...semoga bantuan saya berguna untuk melepaskan kesusahan sesama insan, dan bukan hanya kerana syurga sahaja... :)