June 5, 2012

Masalah Hantaran Kahwin

Assalamualaikum..

Biarlah aku ceritakan semua fasal hantaran kahwin sejujur dan seadil mungkin. Masalah hantaran kahwin ini isu klise, isu berbolak-balik sejak zaman pasca moden.

macam mana tah aku nak mula mengarang bagi flow dia cantik pasal hantaran ni entah? banyak sangat sudut yang nak dibincangkan. Dari sudut syarak, budaya, sejarah, kefahaman dan bahasa.

Dan pelik jika wanita itu dinilai dengan skrol ijazahnya, bukan pada kebaikan budi, akhlak ,dan kemahiran rumah tangganya.

1. Hantaran itu adalah wang yang diminta oleh pihak perempuan untuk belanja membuat kenduri perkahwinan di pihak perempuan.

2. Katalah kau nak menikah dengan Jummah, kau pergi meminang, masa meminang keluarga Jummah minta wang hantaran sebanyak RM 8,000. Itulah yang dinamakan Hantaran, Lazimnya duit hantaran ini digunakan oleh pihak perempuan untuk membuat kenduri kahwin di belah dia.

3. Mas Kahwin pula adalah mahar. Mahar/Mas kahwin disebut semasa akad nikah.

" aku nikahkan dikau dengan Syarifah Mazian binti Al Yahya dengan Mas Kahwinnya 300 ringgit tunai"

Ada negeri yang menetapkan nilai minimum Mas Kahwin, namun tidak menjadi kesalahan kepada sesiapa yang mahu meletakkan jumlah mas kahwin yang mereka mahu. RM300 adalah Mas kahwin bagi Negeri Selangor.

4. Yang menjadi keliru adalah hantaran ini dipisahkan dengan mas kahwin, tapi sebenarnya tak keliru pun, cuma ada sesetengah orang cuba provok masalah hantaran yang tinggi. mereka menyatakan kenapa perlu hantaran? sedangkan yang wajib hanyalah mas kahwin, seberkat-berkat mas kahwin adalah yang paling rendah.

5. Maksud rendah itu adalah relatif bagi aku, Jika di area Lembah Klang, khidmat katering paling rendah tapi sedap adalah RM9.00 / kepala, jadi jika anggaran jemputan adalah 700 orang maka jumlah keseluruhan makan kenduri adalah RM 6,300. Adillah bagi pihak perempuan kalau dia mintak hantaran dalam julat RM 7,000 ke RM 9,000.

6. Belum masuk sewa pelamin lagi, anggaran RM 600, photographer RM 400, sewa baju pengantin RM 200, bla bla bla bla jadi semuanya adalah dalam lingkungan RM10 - 12 ribu, maka munasabahlah duit hantaran yang diminta itu. Yang tak munasabahnya jika pihak perempuan gila meroyan mintak sampai RM18,000 - 20,000 - 30,000.. ni baru betul memang macam nak jual anak, sengaja meletakkan hantaran tinggi nak mati semata-mata nak menunjuk-nunjuk dan bermewah-mewah dengan kenduri.


7. " Tapi Zulfikar, yang wajib adalah mas kahwin, yang hantaran itu budaya melayu saja, why so serius?"

- Memanglah, sebab tu kalau kau nak islamikkan lafaznya, kau masukkan jumlah hantaran semua dalam akad mas kahwin itu. Pihak perempuan nak buat apa dengan duit itu, itu hak dia, jangan nak tanya-tanya lagi. Jangan nak tunjuk pandai jadi ustaz keluar cakap macam ni pula.

" Mas Kahwin adalah milik mutlak pengantin, jadi keluarga, pihak lelaki semua tak boleh usik"

- memanglah tak boleh usik, duit hantaran tu dah jadi milik perempuan, hak dia lah nak guna cara mana, nak simpan dalam ASB ke, nak bagi mak ayah untuk bantu meringankan beban kenduri kahwin ke, nak ikhlas belanja makan tetamu ke.

“ Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan ( isteri ) akan mas kahwin mereka itu sebagai pemberian ( yang wajib ). Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnnya, maka makanlah ( gunakanlah ) pemberian tersebut sebagai nikmat yang baik lagi lazat “  Surah An-Nisa Ayat 4


Takde hukum kata yang pihak perempuan tak boleh guna duit itu untuk diri dia sendiri, yang jadi masalah kalau dia tak redha duit dia dibelanjakan, yang jadi masalah kalau kau pihak lelaki lepas akad nikah pergi paw duit bini kau nak buat bayar installment kereta, itu memang tak bolehlah.

“ Apabila kamu telah memberikan kepada mereka itu ( isteri ) sepikul
mahar, maka jangan kamu ambil walupu sedikit daripada mahar itu" Surah Al-Nisa ayat 20

***********************************

8. "Tapi Zulfikar, aku punya bakal isteri ni pelik sikit, dia nak hantaran 7 ribu, pastu dia nak duit untuk buat majlis kenduri lagi, mahal nak mampus, mati lah aku mcm ni, nak jual anak ke apa mak bapak dia?"

- Itu salah kau, kau tak tegas masa aturcara tawar menawar masa set hantaran hari tu, sepatutnya berapa hantaran yang kau bagi pada pihak perempuan, itulah semua yang cover kenduri, pelamin, sewa baju pengantin semua, dari A sampai Z majlis kenduri pihak perempuan, Yang kau pergi nak berlagak gentlemant nak keluar duit lagi bayar pelamin, baju pengantin, photographer, itu la ini lah bajet remeh semua tu lagi kenapa? kau duduk diam-diam, sediakan hantaran, dulang hantaran dan mas kahwin sudah.

9. " Habis tu? let say lah kenduri kahwin perempuan dah setel, hantaran kahwin tu cover belanja kenduri belah pihak lelaki iaitu aku jugak ke?"

- Majlis kenduri pihak lelaki itu semuanya terbeban atas pihak lelaki, takde kena mengena dengan hantaran yang kau bagi pada dia, kalau kau ada belen saving RM 4,000, kau buatlah kenduri bajet-bajet dalam 4 ribu, kalau kau nak jugak buat grand, pandai-pandailah kau mintak sponsor dari mak ayah kau, adik beradik, sedara mara, bos, kawan-kawan, supplier dan sebagainya.

Sebab tu selalunya adat melayu kita, kenduri pihak perempuan yang buat Grand dan meriah, kenduri pihak lelaki buat kecik je atau ala kadar. Melainkan pihak lelaki itu anak orang ada-ada, kaya, kapal di laut gedung di darat, ada factory factory dan kilang kilang, rumah sewa dan stable lumba kuda. kaya kaya kaya.

10. " Ahhh Zulfikar, aku tak setuju dengan benda ni semua, sepatutnya aku bayar mas kahwin yang murah-murah je cukup, tanggungjawab buat kenduri kahwin tu terletak pada ayah atau wali pengantin perempuan, apesal pulak nak mintak belanja dari aku?"

- Laaa siapa pulak kata kau wajib bagi hantaran tinggi ni? hantaran atau hantaran yg dimasukkan sekali dalam mas kahwin itu adalah persetujuan dua pihak antara kau dengan pihak perempuan, kalau kau dapat bapak mertua jutawan, jenis tak mintak duit hantaran bertuahlah badan kau. Itu terpulang pada skill kau negotiate.

Kalau kau dapat bapak mertua kau jenis tak berapa nak kaya, pastu dia pulak sporting taknak mintak hantaran tinggi-tinggi pun bagus juga, tapi kau mesti adillah pada pihak perempuan, kalau pihak perempuan tak mampu buat kenduri, dia buat ala kadar pesen bagi bihun goreng dalam polisterin, bagi sorang sebungkus dekat pintu masjid lepas akad nikah, dan kau redha pula jamuan makan macam tu, Alhamdulillah, sama-sama dapat kata sepakat nak kenduri yang sederhana, moga dalam kesederhanaan itu membawa barkah.

Masalahnya, kau pun nak kenduri grand, bini kau pun nak grand. Tapi keluarga bini kau tak berapa nak ada duit, mintaklah kau tolong sikit sebanyak, bagi hantaran dalam enam tujuh ribu. Itu pun kau nak bising. Kenduri nak grand, belanja taknak keluar. Umpamanya pakai kereta nak Nissan GTR, tapi bayar nak Kancil mana boleh.

*********************************

11. "Tapi Zaman Rasulullah dulu Mahar senaskah Al-Quran saja, kan elok kalau macam tu, nanti aku kahwin aku nak hantaran senaskah Al-quran je lah, so sweet"

Zaman Rasulullah dulu takde hantaran senaskah Al-quran, ini semua adalah statement hyperbola semangat islamik tak kena tempat. Zaman Rasulullah saw dulu ada Mahar Sebentuk cincin besi, Baju besi, Hafazan satu surah, Kibas, Unta, ladang tanaman, emas, perak, dinar dan macam-macam lagi benda yang berharga.

Zaman Rasulullah Al-Quran belum dijilidkan atau dinaskahkan, macam mana pula nak bagi senaskah Alquran?

Abu Salamah menceritakan, "Aku pernah bertanya kepada Aisyah RA, 
"Berapakah mahar Nabi SAW untuk para isterinya?" 
Aisyah menjawab, 
"Mahar beliau untuk para istrinya adalah sebanyak 12 uqiyah dan satu nasy."
 Lalu Aisyah bertanya, 
"Tahukah kamu, berapa satu uqiyah itu?" 
Aku menjawab, "Tidak." 
Aisyah menjawab, "Empat puluh dirham." 
Aisyah bertanya, "Tahukah kamu, berapa satu nasy itu?" Aku menjawab, "Tidak."
Aisyah menjawab, "Dua puluh dirham." 
(HR. Muslim) nota : (12 x 40) + 20 = 500 Dirham.

Jika kita mampu, kita hargailah isteri kita semampu kita. mungkin 2 ribu, 3 ribu, 4 ribu, 5 ribu, ikut kemampuan, janganlah semangat sangat sampai kalau boleh nak bagi hantaran satu kitab al - quran je. Nabi SAW itu menjadi contoh kepada kita, kalau Nabi pun sedaya baginda bagi 500 dirham, kita pula yang nak zuhud melampau-lampau hyperbola melebih dari Nabi, Kalau betul-betul tak mampu itu lain cerita.

Macam beberapa kisah anak muda yang betul-betul pada dirinya tiada harta, Rasulullah saw bersabda bagi juga mas kahwin sekurang-kurangnya cincin besi. Ada yang disuruh bagi hantaran hafazan satu surah al-quran. Aku tak yakin antara kita anak muda sekarang ni langsung papa kedana  sampai nak keluar barang 3, 4 ribu pun takde. Kemon rasional lah sikit.

***********************************

12. Pengalaman aku pasal hantaran kahwin?

a- aku pernah ikut rombongan meminang pakcik aku, mulanya pihak perempuan mintak RM 6,000. lepas tu bapak aku sebagai jurucakap tawar menawar hantaran tu menurun sampai RM 2,000 sahaja, kenalah beradap masa tawar menawar, sembang elok-elok. Ini tidak belum kahwin lagi dekat blog, twitter, facebook berdegar-degar maki hamun pihak perempuan yang mintak hantaran.

b- aku pernah sembang dgn Adil, kawan aku di Jeddah sana, dia ckp hantaran/mahar kat Arab saudi terlalu tinggi, dia pernah dengar kawan dia kawin kena hantaran sampai 40 ribu riyal, sebijik kereta, seorang driver dan sebijik banglo. Last-last member tak tahan, balik Malaysia cari orang Malaysia buat Isteri. Siapa kata Mahar tinggi ni Budaya Melayu saja? Tanah arab boleh jadi tinggi berpuluh kali ganda dari Malaysia tau.

13. " kau ni Zul nampak macam nak popular je, beriya-iya defend sistem hantaran ni? kalau kau kahwin kau nak ke kena hantaran tinggi-tinggi?"

- Gila kau! kalau bakal bapak mertua aku letak hantaran RM500 je, syukur alhamdulillah! siapa tak suka kawin murah oi. Semua orang suka, tapi rasional lah sikit, sama-sama nak seronok, apa salahnya aku menghargai wanita bakal isteri aku itu semampu aku, kalau aku rasa aku mampu 8 ribu aku cakap terus terang ke dia 8 ribu, kalau aku mampu 7 ribu, aku cakap ke dia 7 ribu, tak perlu kau nak mengamuk-ngamuk sindir dekat blog hentam orang pasal hantaran ini. Kalau dah sampai 20 ribu, 30 ribu, tu melampau lah.. Bak kata mami penang...

" Kalau Takda empat puluh ribu, mati dalam cermin pun tak apa!" - Ini memang gila.


14. Kesimpulannya kalau tanya aku, semolek-moleknya masukkanlah keseluruhan belanja hantaran dan mas kahwin sekali dalam sebutan mahar masa akad. Hantaran yang rasional dan acceptable adalah dalam range RM 7,000 ke RM 10,000 ikut kemampuan pengantin lelaki dan perempuan. Period. Ceased fire.



Kata Kuncinya berserdahana, yang wajib itu nikahkan pengantin, kenduri pula yg termampu, ukur baju badan sendiri. Ini adalah hari perkahwinan adik perempuan aku sehari sebelum bersanding, tengok rumah aku takde ropol2 pun. Gambar bersanding takde soft copy pulak, nanti2lah..
**************tamat**************

P/S Susu nak minum tapi lembu taknak jaga, taknak jaga lembu, beli susu dekat pasaraya! - Ujang DMG 2012

P/S aku akan ingat kata-kata Zikry Zulkifli sampai mati, " aku ni ikar, yang penting bagi lepas pihak perempuan, semampu aku dalam 10 ribu tu aku gagah jugaklah, kenduri belah aku takyah buat pun takpe, aku pesan kat mak aku, aku nak buat kenduri bihun goreng bungkus dalam polisterin je Ikar, orang datang je bagi sorang satu, seytel"

P/S masa kenduri kahwin, ada salam keruk, salam keruk ni tetamu datang salam mak ayah pengantin, bagi sampul dalam ada 5ringgit 10 ringgit sampailah 50 ringgit ke atas, duit salam keruk ini lah yang cover belanja lebihan kenduri itu, kalau kawan-kawan kita jenis pemurah, faham kesusahan kita dapat lah collection byk sikit, lega, boleh masuk tabung balik. Aku harap kawan-kawan aku nanti kalau aku kahwin salam keruk ke aku atas pelamin terus, hadiah-hadiah ni belakang kira, salam keruk duit puluh2 itu yg didambakan adanya. haha


86 comments:

  1. tak penah pulak aku salam keruk ke pengantin terus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pernah dua 3 kali buat, masa adik aku kahwin, ada 3 orang yang salam aku, katanya tolong sampaikan ke mama abah, kau agak mana pergi duit salam keruk tu shila?

      Delete
    2. Dalam islam wajjib hanya la Mas Kahwin..Hantaran itu x wajib yg mana hanya ikut budaya agama lain. Dalam islam elok jika kahwin serta buat kenduri kecil2...Kesannya, pasangan pengantin x sesak dengan hutang lepas kahwin. Duit belanja kahwin yg mahal2 blh digunakan untuk anak. Kenduri kahwin ni, lebih banyak pembaziran berlaku. Masa kenduri pun banyak ada umpatan. Kenduri2 lebih banyak keburukan dari kebaikan. so pikir2 la islam...maksiat berlambak disebabkan mas kawin yg tinggi la...siapa yg nak tgung? mak ayah la tgung. Ingt la, bina masjid amatlah digalakkan islam.tp kita menghalang org membina 'masjid'//lumrah manusia...islam dah mudahkan, tapi manusia yg menyusahkan diri dan org lain

      Delete
  2. yang penting sederhana dan relevan dalam apa jua. Tinggi wang hantaran tidak semestinya budi pekertinya juga tinggi..hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sederhana tu penting.. jgn ikut nafsu, lesu..

      Delete
  3. Kadang- kadang orang jadi lambat kahwin sebab terlalu tinggi hantarannya. Dengan nak buat pelamin la, photographer semua bagai. Haish. Dah jadi macam keperluan pulak semua tu. Bukan kehendak.

    Apa- apa pun, bersederhana tu yang penting. :)


    -Bella Bell-

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak berlawan2 dgn kawan2 kaedahnya... katanya nak meriah sekali seumur hidup,katanya lah..

      Delete
  4. Setiap negeri berbeza adat dan cara. Kalau di negeri Kelantan dan Terengganu, belanja hangus kenduri di sebelah perempuan adalah tanggungjawab keluarga perempuan.. Maka duit hantaran adalah untuk isteri, memang tak usik... Kalau negeri - negeri di sebelah selatan, pihak lelaki perlu yang perlu sediakan. Kalau adat ini boleh diubah, ringan sikit kos untuk kahwin. Saya memang berazam untuk menguruskan sendiri kos kenduri anak-anak perempuan saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga keluarga di kelantan dan tganu yang letak maskawin tinggi terus contoh sedara mara aku RM3,000, 4000, 2,000..

      lagi satu kenduri kawin dkt kelantan sederhana yg mungkin..

      Delete
    2. hantaran tu dikira skali dlm mas kawin.. sbb tu dengar tggi.. tp konfem dapat kat bakal bini.. belanja belah pompuan keluarga die tanggung..
      tp belah lua mas kawin murah2 tp hantaran tu gilos babi.. blum tentu dapat kat bakal bini.. majls nikah bakal suami tangung semua..

      Delete
  5. kawin jadi payah sebab hantaran mahal bagai , padahal syarat nak akwin senang je . tp tanggungjawab tu yg paling utama .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hantaran mahal sebab pihak perempuan tak fikir kesusahan pihak lelaki, nak kenduri grand2 sangat, last2 anak lambat laku.

      Delete
  6. salam keruk is the best!!Nombol satu sebab memang banyaaaaaak kegunaannya!

    Parents aku sejak kaklong sampai turn aku memang diorang tak pernah letak harga..ibu abah aku kata buat malu je mintak-mintak.Mana yang bakal laki mampu tu lah kita ambik cumapatut-patutlah takkanlah cuma 5 ribu sebab banyak kos nak cover. Hasilnya duit hantaran yang aku dapat aku bagi dua dengan diorang.
    Duitmas kawen pulak masih melekat kat bunga hihihi..bila entah aku nak belanjakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau ni banyak duit Noi, sampai duit hantaran tak cerai dari bunga!.. aku suka salam keruk, nanti aku kawin, suh laki kau salam keruk ke aku direct ke pelamin ye noi..

      Delete
  7. Tujuan diadakan majlis perkahwianan adalah untuk menghebahkan kepada masyarakat setempat si anu dan si polan sudah berkahwin. Jadi segala JA** tak boleh nak ketuk pintu, tanya sama ada mereka bersekedudukan, bersemejakan atau pun bersekatilkan tanpa nikah. So, kena buat kat tiga tempat kenduri. Kat rumah ibu bapa, rumah ibu bapa tak kandung tapi kena panggil ibu bapa juga dan juga rumah yang pengantin akan tinggal nanti.

    Tujuan diadakan majlis perkahwinan adalah untuk menghebahkan kepada masyarakat maya si polan dan si anu sudah berkahwin. Jadi hebahkanlah di fb dan twitter.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2. hebahan tu yg penting, kalau masyarakat boleh terima konsep hebah sambil berniaga, mungkin kita boleh buat hebahan dkt pasar malam, ke salah? haha

      Delete
    2. Wahahaa Komen kau bgai ade niat bniaga. Ini la yg kita mahu flm minda belia mase kini. Syabas betey!

      Delete
  8. oh btw, gagah la awak dalam gambar ni. ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. gagah kan? kalau gagah apa lagi, belanja la takoyaki!

      Delete
  9. Kalau nak mudah hantar masakan ke masjid jek, wat doa selamat...kan senang..tapi atas individu...nak senang ke nak susah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yang terbaik! tak membazir...kalau pihak perempuan dan lelaki setuju, indah dunia

      Delete
  10. okey ikar...salam keruk atas pelamin eh?beress..haha.

    mmg pening lelaki yg bergaji kecil nak sediakan hantaran tu ikar.last2 mmg pihak lelaki wat kenduri kecil je kalau mak ayah tak bermodal untuk anak. silap2 hantaran pun mak ayah bantu sediakan.haish.

    eh akak nikah mas kahwin 22.50 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak nikah kat johor kan? saya ni rasanya nanti kawin pihak lelaki,kena mintak sponsor mak bapak kot hahaha

      Delete
  11. aku jadi wali akak aku nikah...salam keruk-meruk takda...woahha~!

    ReplyDelete
  12. Aku walaupun belajo ade ijazah dan kerja agak elok berbanding si dia, takdenye aku nak mintak puluh2 ribu..aku faham keadaan die..walaupun sama2 ada ijazah..tapi nasib dia untuk kerja tak berapa sgt..kerja biasa2 je..jd aku kena amik serius situasi die jugak..

    makanya,aku deal sesiap dengan si dia..pastu aku deal pulak dengan mak aku..ko tahu berapa je aku nak? aku nak rm8888 je..rm8000 hantaran..rm888 mas kawen..sebab tahu die kurang mampu, maka aku ajar die kumpul sikit2 setiap bulan..kenapa rm8888? sebab dah 8 tahun aku dgn dia kenal tahun depan..kih3.. *doakan tahun depan hasrat kami berdua tercapai* ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, dah nampak sinar2 nak naik pelamin ni! haha

      ala takpe kongsi2 tu kan berkat sha. mungkin lepas kawin lagi banyak rezeki..

      suka betul kau no 8 eh?

      Delete
  13. Ye, yang penting dulukan yang WAJIB. Selebihnya bersederhana mengikut kemampuan mengikut sunah Rasulullah SAW. Seb baik den dah lopeh! Ahaks!
    My latest Entry :)
    Cuti-cuti M'sia: D'Ark Resort Janda Baik, Pahang

    ReplyDelete
  14. ai ada 2 gegurl, 2 boy.. eeemm.. akan datang camne lah jumlah hantarannya? itupun kot masih panjang umur lagi.. ;)

    psstt: cerita macam anak dah besar, padahal baru tadika.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dak kakak, dak adik, dak nuha.. eh mcm mana ada 2 boy?

      Delete
  15. salam keruk tu kat sume tempat atau certain2 area je ikar?
    nice2..yg pntg dua2 kena redha la..pernah dgr talk seorg ummi ni,die ckp kalau letak hantaran tnggi sgt n lelaki tuh mcm x redha je nak kasi,bole ilang berkat kawen tuh..so pompuan,pk2 jugak la ye..susah sng sama2 la..kata nak kawen ngn die..keke

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam keruk tu amnya ada disemua tempat, tapi budak2 remaja banyak tak perasan sebab ketua keluarga yg datang makan bawak keluarga tu masa salam kat mak Ayah pengantin akan letak duit kat tangan. org tak pasan sangat..yg sensitif nampakla poket baju semua kembung dgn duit.

      yg terbaik bincang, ruang tawar menawar hantaran tu sentiasa ada kan?

      Delete
  16. Aku mcm biasa baca je part kenduri kawen buat bihun letak dlm polisterin... nk lg melampau, polisterin saiz isi burger tu je... hahahahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen kaulah yg buat aku gelak! polisterin saiz isi burger! mmg kau ni kemut la As.. hahaha

      Delete
  17. aku syak aku kawin tak mintak mahal selepas baca post ni. kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti kau teringin nak kawin cepat mcm dena kan kan kan?

      p/s tudung ungu tu ingat melle. ingat!

      Delete
  18. ahaha...part kenduri kawen aku nanti aku nak buat nasi ambeng je..
    bentang tikar banyak2 atas lantai,tetamu ramai2 makan dalam dulang..
    mengeratkan silatulrahim n tak bosan nak hadap the same nasi minyak macam kat kenduri yang lain..
    peh..sdap kot nasi ambeng~~
    lauk pengantin pun taknak yang indah rupa dari rasa..
    ahahahahaahaha...
    jimat duit aku...jimat~~
    kurang kos nak sewa khemah + kerusi meja bagai..
    LOL~

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju!

      ada org pernah buat nasik ayam, ada pernah buat nasik satu lauk pun ada tau...


      yg penting kretip dan jimat! tapi dulu org jawa mmg kenduri kawin dia nasik ambeng pun kan.

      Delete
  19. My parents tak letakkan Jumlah Hantaran. Terpulang pada si lelaki untuk bagi berapa yang dia mampu.

    ReplyDelete
  20. Yg penting komunikasi kedua-dua belah pihak. Tengok la kemampuan si lelaki setakat mana. Kalau letak tinggi melangit, kemudian hari yg susah anak perempuan sendiri jugak.

    ReplyDelete
  21. baru berkesempatan nak baca sampai habis.
    seseorang pernah cakap kat saya, buat kenduri tu besederhana tu cukup lah. hantaran yang sederhana. yang penting kehidupan selepas kahwin tu. bukan majlis kahwin itself. lepas kahwin lagi banyak nak guna duit kan?

    ReplyDelete
  22. sapa2 kawen dgn adik beradik aku memang bertuah sbb family aku (terutama arwah ayah aku) tak demand. Sampai kat laki aku dulu dia cakap bagi je berapa mampu.. (sebab dia lebih ptgkan yg wajib)bab kenduri tak cukup dia yang akan tambah. Masa nak isi borang nikah mak aku nak letak mas kawen banyak skit, dia marah. dia tetap nak letalk rm82 jer.. tp Malam tu jugak lepas selesai isi borang nikah aku & laki aku dia pergi buat selamanya.. Hajat dia nak bawak aku ngan laki aku gi holiday kat langkawi lepas kawen tak kesampaian.

    P/S : Jangan pi pinang anak dara orang dengan Bismislah ye dah... tp kalau nk try boleh jugak mana tau peminangan di terima dengan Alhamdulillah.. kekekekeke

    ReplyDelete
  23. alhamdulillah.. ann da setel da psl2 kawen ni sume.. sedang2 sajaa.. hntran pon sedang2 sajaa.. xde mahal sgt n xde murah sgt.. sekdar yg termampu bg pihak laki...

    kalau nak ikut akademik yg pic atas tuu tls kene laa lam range
    15k-20k ....

    sume ikut budi bicara..

    tp kite xde la sgt kejam.. buat la skdr yg termampu bg 2-2 pihak.. kalau kawen ngn dato' ke yg kaya raya ker..bleh laa demand lebey2..

    asalkan masing2 menerima seadanyaa.....


    p/s: jemput laa dtg kenduri kat belah laki nnt bln 9 :P

    p/s: sorry.. xsmpt nak jmput yg belah prmpuan aritu 3.6.2012....

    p/s: semoga cepat kawen yee ikar demokk :p

    ReplyDelete
  24. terjumpa e-book percuma, bagus untuk orang yang dah/nak kahwin… sharing is caring :) - Permata Yang Hilang - Panduan Hubungan Suami Isteri Melayu Islam

    ReplyDelete
  25. tlong sy..sy trsepit dan dikepit antara kmahuan fmly sy yg nk kan hntaran tnggi dgn kmhuan tunang sy yg nk bg lg rndah.klu ikutkan kakak sy khwin dlu dpt 8k.so,fmly sy decide sy kne dpt lbh dr tu,dgn status sy yg kje dlm group profesional.tp tunang sy brkeras nk bg kurang dr tu dgn alasan yg murah tu lbh berkat.mslhnya sy xtau nk ckp cane dgn dua2 phk ni.sy mmg jns xksh sbnrnya bpe hntaran dia nk bg,tp klu dia nk bg lebih mngkin ringan skit beban sy utk wat kenduri,mngkin sy xperlu sshkan mak ayh sy lngsung.sbb sy bru je mula kje,duit simpanan pn xckup lg.fhm2 lah klu dgn harga skang, catering dh bpe,sewa itu ini pn dh bpe.sy bkn nk wat grand,tp biarlah mnyenangkan hati smua org.sy xnk nti ble ada yg xpuas hati ada plk yg mndoakan prkara xbaik utk prkhwinan sy.

    prob nya,dua2 phk brkeras dgn kputusan msing.xkn sy nk ketepikan fmly sy dlm hal ni.sy msih lg ank parents sy,tkut nti ada perasaan xsenang dlm hati parents sy kan ssh nk bhgia.tp ble pk tunang sy ksian pn ada.nmpk kedekut pn ada..oppss sory.sy sndri pn pnh bg cdngan sy snggup tmbh duit sy sndri dlm hntaran tu klu tunang sy brkeras jgk nk bg skit.niat sy biar fmly sy puas hati wlaupun diorng xtau.tp tunang sy xnk trime lngsung.mcm xnk phm situasi sy pn ada.klu smua org stuju dgn satu nilai je kan bgus.klu dpt 1k pn sy xksh asalkan smua stuju.

    pleaseeeee..tlong lah bg idea utk sy cane nk pjuk dua2 phk ni.kdng2 sbb ni stress buat sy smpai nk cancel je.xpyh khwin trus pn xpe..;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba lah terangkan dekat keduadua belah pihak tu. Tak pun klu berkeras sangat rasa nya awak perlu tolong bakal suami awak..cuba berbincang. Benda ni senang cuma kita je yang buat dia susah..Saya pun macam anda jugak..:):)

      Delete
    2. KNP LA susahkan perkahwinan. Tu pon nsib baik laki tu ajak kawen. Bukan berzina.

      Delete
  26. kita ni pun tengah sibok pikir nak kahwin ni, macammacam kene pikir dah. tApi lepas baca ni rasa nya dah boleh buat persediaan awal yang rapi dah ni..:)

    ReplyDelete
  27. Kalau lah duit hantaran family si perempuan mintak riban riban pastu si perempuan ni tahu bakal laki dia tk mampu sgt, boleh ke dia guna duit dia bantu bakal laki dia tu untuk cukupkan berapa yg family dia sendiri mintak? Lgpun untuk buat kenduri si perempuan juga kan? Err

    ReplyDelete
  28. Alhamdulillah.. Terima kasih byk2 bro..baru paham yg sebetulnya tntng hantaran dan mahar kahwen ni. Da lama duk mikir pasai benda ni. Nk tny org kang malu plak. Menambahkan lg semangatku nk kawen ni,hehe :) Thumbs up!

    ReplyDelete
  29. aku plak masalah mak aku demand rm10k tak daye nak kumpul,hajat hati nak nikah sblm aku amik ijazah taun dpn bakal laki plak kirje gaji 1200 aje,aku skrg cikgu kat tadika swaasta gaji pun 1200 duduk kat taska,mkn minum sume gune dwet gaji,lau balik kg bnyk hbis,bln2 nk kne hntr dwet alek kg lg. mane nk simpan dewt nye lagi,bln ni aku da beli cincin tunang,,gne gji aku sndiri,laki aku ade hutang moto,dan bln dpn dia nak amek keta plak..
    hati aku frust gler skrg ni

    ReplyDelete
  30. Saje2 nak share...saya selamat berkahwin dgn suami thn 2010. Mas kahwin 300, hantaran 10k dan sarung sebentuk cincin emas. Hantaran mmg pemberian penuh dr suami utk belanja...jd saya bg 9k kpd parents sb mereka yg uruskan hal2 kendiri,balance 1k je saya guna utk bayar mak andam. Itupon mak andam n baju pelamin semua total 2.5k...pakai je duit sendiri.
    Duit mas kahwin? Saya terima semasa nikah dgn redha. Dah kata ikut sesuka hati isteri nak wat ape?.jadi saya serahkan kpd suami duit tu..sebab? Saje...bagi saya kasih syg suami saya dah melebihi segala2nya. Kebetulan masa tu,dia ada mslh dgn akaun. Jadi kena ada cash kat tgn.
    Kalo ikutkan apa la sgt dgn nilai duit tu...stp bln pon dia bg duit belamja. Alhamdulillah...x penah abai. Yg penting toleransi ant pasangan. Insyallah bahagia. :-)

    ReplyDelete
  31. ermm sy just utk berkongsi cerita since cerita anda semua menarik minat sy...saya dan bakal suami bertemu atas rancangan ibu bapa...alhamdulillah wpun perkenalan baru menjangkau sebulan lebih, kami serasi dan selamat bertunang pd sabtu lalu...memandangkan bakal suami adalah duda anak dua, sy hanya minta hantaran sebanyak rm6k sahaja (hantaran ni kami share 50-50, org lain tak tau hanya sy,bakal suami dan anda sj yg tau)...sy faham keadaan dia yang mempunyai komitmen lain..majlis hanya dilangsung di sebelah pihak ppuan sahaja,in shaa Allah pd Jun nnt..di pihak lelaki hanya kenduri ringkas ala2 open house yang ntah bl akan diadakan (kene tggu cuti sek yg lain)..mudah2an pkahwinan yg akan kami lalui ini akan diberkati..doakan kami

    ReplyDelete
  32. ana nk kongsi pengalaman sikit..3 tahun lepas ana kahwin,bapak mertua xmintak pun duit hantaran..bagi je lau nk bagi..ana beli lembu sekor untuk kenduri pihak isteri..tiada upah mak andam,tiada pelamin,tiada photographer,semuanya serba ringkas..org kampung pun pelik,bini ana tergolong dlm pompuan lawa jugak la,grad dari al azhar mesir lagi..tp sesen pun xmintak duit hantaran..respek sangat kat keluarga isteri..jangan kita susahkan benda yg xsusah.jangan bertuhankan adat masyarakat,jangan sembah duit..ikut lah garis panduan yg ditetapkan agama.wallahu'alam

    ReplyDelete
  33. Sy seorang pmpuan yg msih blom bkhwin. Tp da tgk kakak2 dan abg2 kawin rasanya sgt2 mmbazir. Syg duit bakar mcm tu je. Rs nye nk khwin buat bese je,ckup nikah dan knduri bese je. Pnh suara kn kt mak,tp ngamuk trus dia. Huhhu.

    ReplyDelete
  34. perkongsian ilmu yang amat bermanfaat bagi akau yang bakal melangsungkan perkahwinan. mekaseh.

    ReplyDelete
  35. Beritau mak dan bapa perempuan hantaran akan diberi setiap bulan sebagai belanja bulanan mereka.

    ReplyDelete
  36. i loike..mmg stuju sgt..lau na pk rugi manjang..bek tayah idup..na wat mcm mane..law na ikut zaman sgt...naik ar kete flinstone abg

    ReplyDelete
  37. Assalam.. maafkan saya. Nampaknya penulisan saudara lebih kepada memuatkan syariat kedalam acuan adat. Sepatutnya sebagai muslim kita memuatkan adat masuk kedalam acuan syariat.
    Melihat kepada penulisan saudara, saudara adalah penulis yg berpaksikan adat. Bukan syariat sebagai panduan utama. Adalah lebih baik mendengar para ilmuan islam berbicara ttg ini. Itu adalah lebih baik. Jika ilmuan adat, rosaklah amalan kerana tidak berlandaskan landasan islam. ALLAHUA'LAM.

    ReplyDelete
  38. langgan pelacur lg bagus dr habiskan duit utk kawen je.

    ReplyDelete
  39. daripada langgan pelacur baik ko kahwin ngan pelacur tu terus. lepas kahwin kau lacurkan dia balik. pergh.. cover balik modal kahwin ngan dia.

    ReplyDelete
  40. Conclusion dia, dulu time sek belajar betul2, br kerja boleh saving buat kawin. Sendiri nak kawin pandai2 la tanggung semua kos. Nak minang anak orang igt free je ke ? Jgn nk persoalkan tak mampu nk bg duit hantaran. Klu tak mampu jgn kawin.
    Hantaran utk kenduri. Its logic and relevant.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duit hantaran x wajib pn. Menyusahkan kahwin menyebabkan lebih ramai andartu skrg SBB demand duit tggi Sgt. Lgpon lelaki smakin berkurangan skrg. Fikir2 kanlah. Klu kos kawen mahal Sgt nnti laki mgkn akn jdi x mampu serta malas kawen Dan akn tempah pelacur je atau jdi perogol bersiri.

      Delete
    2. Duit hantaran x wajib pn. Menyusahkan kahwin menyebabkan lebih ramai andartu skrg SBB demand duit tggi Sgt. Lgpon lelaki smakin berkurangan skrg. Fikir2 kanlah. Klu kos kawen mahal Sgt nnti laki mgkn akn jdi x mampu serta malas kawen Dan akn tempah pelacur je atau jdi perogol bersiri.

      Delete
  41. Masa nak kahwin.. ak dh ckp xnk mas khwn tggi. Ak sggup bg hntrn 10k bkn mas khwn 10k. Tp nk jugak masa akad sbut 10k. Ak pon ok la hantaran 0. Last2 pe yg tkut jd. Mas khwn 2 la pajak tanah.. mas khwn 2 la buat pnjaman adik beradikny kesudahan senyap sepi xberbayar. Aku pn xterkata apa lg kcuali terkilan.

    ReplyDelete
  42. Nk mntk hantaran tinggi blh..tp lps kawen..kalau menantu x tolong..x bg duit bln2..jgn marahhh =p

    ReplyDelete
  43. salam,, nak tanya buleh ?? perkara apa yang ditanggung oleh pihak lelaki pada pihak perempuan sebelum,semasa.dan selepas pernikahan...
    kenduri, baju pengantin, cincin, barang hantaran, hiasan bilik, rombongan, jemputan, homestay.. ni semua di tanggung oleh pihak lelaki jugak ke ?

    ReplyDelete
  44. adat tu masih menyusahkan, majlis kenduri di masjid saja pun susah kira boleh setel urusan, bukan pasal tahap zuhud x zuhud, zaman skrg bukan mcm zaman dlu bole dpt nilai dirham n dinar tu sekelip mata, zaman skrg zaman membebankan, so islamik yg ko ckp tu, perlu berbentuk mudah, dan budaya grand patut dihapuskan dr mentalities melayu dan bumiputera

    ReplyDelete
  45. Ikut syariat islam, keluarga pengantin perempuan yg perlu membuat knduri. Duit hantaran seeloknya digunakan untuk kehidupan selepas perkahwinan , eg , downpayment rumah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenduri walimah hanya disyariatkan kepada pihak lelaki sahaja dan tidak kepada pihak perempuan. Adat istiadat org melayu sahaja yg diadakan kenduri bagi pihak perempuan.

      Delete
  46. Assalamualaikum, saje je lah nak share.. Tgk ramai share pengalaman kan.. Okay crta cm ni, Sy bangga ada ibu mcm mak sy yg tak letakkan harga hantaran.. Takde la org kata mcm nk jual anak kan? Haritu berborak dgn mak, saja lah tanya "Mak nanti adik kahwin mak nak letak hantaran berapa?"(Tanya sbb yg lelaki suruh tanya, haha) Then mak pun jawab lah, "Mak tak kisah dia nak bagi berapa sbb tanggungjawab keluarga perempuan ni utk buat kenduri sebelah perempuan, kalau mak tak cukup duit nak buat besar2an kita buat biasa2 dah lah, buat majlis akad kat masjid, buat yg wajib dah lah, yg pntingnya nikah..." Ya Allah menitis airmata aku bila dengar mak ckp mcmtu... I love you mak.. :,) Saja share.. Yela hantaran tak wajib pun kan, yg penting tu mas kahwin.. Kalau rasa mampu buat kenduri, buat lah.. Kalau tak mampu cukuplah sekadar buat kenduri doa selamat.. Ingat, sebaik2 wanita adalah serendah2 maharnya... Renung2kan dan selamat beramal~

    ReplyDelete
  47. ok la 2...aku lak lain skit...mak ayah belah perempuan xda modal nk aku support 100%. tapi xnk ala kadar nk grad...nikah pon nk kat dewan/hotel xnk masjid...sanding xyah cita la...lg mati aku...hahaha

    ReplyDelete
  48. hantaran ayah perempuan ckp xkisah...tp lain sume nk laki support termasuk kenduri...kenduri xnk biasa2..nk grad2 kat hotel aircond bagai

    ReplyDelete
  49. aku rasa budaya jamuan kahwin tu salah la...mmg la keluarga pengantin wanita kena anjurkan tapi mana pula peranan masyarakat untuk sama2 gotong royong dengan mendermakan rm10 seorang (beri masa salam)...jangan la harap pengantin lelaki yg tanggung semua kos melalui duit hantaran.

    ReplyDelete
  50. Ye..aku setuju sgt buat yg wajib je..bayar duit maskawin dgn duit tok kadhi..tak payah buat makan² kenduri..yang penting nikah..esok kalau nak ceraikan tak lah rugi..sbb perempuan melayu kan murah..lepas tu cari lagi anak dara org..pakai sekejap pastu ceraikan lagi..sampai la turn anak dara kita nanti barulah kita letak hantaran tinggi..

    ReplyDelete
  51. Ye..aku setuju sgt buat yg wajib je..bayar duit maskawin dgn duit tok kadhi..tak payah buat makan² kenduri..yang penting nikah..esok kalau nak ceraikan tak lah rugi..sbb perempuan melayu kan murah..lepas tu cari lagi anak dara org..pakai sekejap pastu ceraikan lagi..sampai la turn anak dara kita nanti barulah kita letak hantaran tinggi..

    ReplyDelete
  52. Terima kasih untuk info-info . sangat menarikk. sedikit sebanyak faham apa yg Zulfikar terangkan. :)

    ReplyDelete
  53. Salam.sya nk tye.kowg semua..klo nikah dlu..duit maskwen je wajib bg kn..duit hantarn wajib skli ke waktu nikah..hmm

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...