June 20, 2012

Malu Yang Tersemat.

Assalamualaikum..

Dalam kehidupan kita ni banyak benda yang memalukan kita telah buat, kebanyakan kisah yang memalukan bagi aku pun aku dah kongsi dengan korang semua dalam entri-entri yang lepas.

Walaupun dari kecil aku mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan selambe menghadapi situasi yang memalukan dengan jayanya, namun ada beberapa peristiwa malu yang bila aku teringat, aku akan malu sendiri lantas secara automatiknya hati berkata..

" Ya Allah, kenapalah aku pergi buat benda bodoh macam tu, malunya" monolog sambil menepuk dahi.

Ada banyak perkara malu, tapi apa yang paling malu itu adalah bila kau tak perlu fikir panjang nak ingat, sekali ingat je kau terus fikir pasal tu, itu dinamakan malu yang tersemat. Di bawah aku kongsikan beberapa peristiwa malu, walaupun bagi korang tak berapa nak malu tapi bagi aku kalau boleh nak lempang-lempang je muka sendiri.

**************************

1. Jamuan Kelas Darjah 3.

Masa tu kelas 3 Cempaka di Sekolah Kebangsaan Sungai Tua Baharu, Guru kelas nama Cikgu Shamsudin. Tahun itu 1993, ketua darjah nama Shahrul Nizam. Eh ke Saiful Nizam? ah aku lupa, tapi sa sa zam zam belakang dia.

Dipendekkan cerita, hujung tahun mesti ada jamuan akhir tahun peringkat kelas bagi meraikan perpisahan, meraikan jasa guru dan menghabiskan duit tabung denda tak hafal sifir 2 sampai 12.

Seminggu awal cikgu dah cakap supaya bagitahu mak sediakan juadah untuk kongsi makan masa jamuan kelas, Lydia ckp nak bawak agar-agar, Nurul Izzah nak bawa Kek Marble, kawan yang lain nak bawa macam-macam lah. Paling grand bawak karipap pusing inti daging!

Aku dengan yakin cakap nak bawak sardin roll. Beriyalah cakap dekat mak aku, last-last hari terakhir mak aku lupa nak buat sardin roll, demi menutup malu dan memujuk aku, mak aku bagi RM 4.50 suruh beli nasi lemak makcik som depan simpang kampung.

Sehabis daya aku buat grand konon nak tutup malu, siap beli nasik lemak lauk sambal sotong sayur kangkung rebus, tapi bila bawak dekat meja kelas sambung 12 tu, Cikgu Shamsudin angkat tinggi-tinggi nasik lemak aku lalu cakap.

" Ni siapa bawa bekal nasik lemak letak kat meja jamuan ni? kalau bekal macam ni makan sorang-sorang bolehlah, macam mana entah nak kongsi makan nasik lemak dalam taperwer ni?"

" Saya Cikgu!" Aku mengaku dengan perasaan yang sangat malu

" hah awak Zulfikar, kenapa bawa bekal macam ni?kata nak bawa sardin roll?"

" Mak saya lupa cikgu, mak cakap tahun depan baru dia roll sardin tu, tahun ni makan je nasik lemak makcik som ni cikgu, mahal ni cikgu Rm 4.50 saya beli, ada sotong, kangkung, telur, semua ada cikgu!"

" Takpelah Zul, awak ambil nasik lemak ni, simpan bawak balik rumah makan dengan mak awak"

" Sampai hati cikgu taknak makan nasik lemak saya ni cikgu, kecik hati mak saya"

Aku takkan boleh lupa nasik lemak tu bungkus macam mana, punya taknak rasa bersalah, aku siap transfer nasik tu dalam bekas Vitalite kat bawah ni..


Dulu Bapak aku beli la spread ni utk makan dengan roti, konon-konon golongan expatriate bangsar la! taknak makan Planta macam orang lain, hispter betul bapak aku zaman dulu. Padahal duduk Selayang je pun. Dalam bekas ni jugaklah aku bubuh nasik lemak makcik som buat juadah jamuan kelas akhir tahun.


********************************

2. Pertandingan Badminton Perseorangan Zon Gombak.

Masa tu aku darjah 4, umur 10 tahun. Pertama kali jadi wakil sekolah main badminton dalam acara perseorangan. Kejadian ni berlaku pada perlawanan sulung aku. Ingat lagi lawan budak Sekolah Gombak Setia. Lawan aku tu samada bangsa india atau india muslim, Sebab aku ingat lagi masa kejadian tu aku tengok sengih gigi dia amat putih.

Aku dari rumah dah hafal sifir jangan buat malu dekat diri sendiri untuk mengelakkan terlalu gugup masa perlawanan. Sifir tu berbunyi " jangan bikin malu, jangan bikin malu, jangan bikin malu, jangan bikin malu, rilex rilex rilex"

Perlawanan pun berlangsung, dengan megahnya aku menang mudah pada perlawanan set pertama. Dulu kiraan ikut sistem 15 mata, ada dua set, kalau seri kena main rubber set.

Lepas je menang set pertama 15 - 4, aku pun cepat-cepat meluru ke net, pergi salam lawan aku tu, pastu lawan aku tu muka macam blur-blur cipan, macam mana tah aku nak describe muka dia masa tu. Muka dia macam kecewa kalah, campur penat, campur tak faham, campur keliru, campur nak tergelak, sengih kejap, hairan sekejap tengok muka aku.

Aku pun hairan juga tengok muka dia, tapi aku maintain berlagak sebab menang set pertama, lepas salam dia, laju je aku pergi dekat Umpire nak salam juga, elok aku hulur tangan, muka sengih nak salam, Umpire tu  pun bersuara...

" Dik, main badminton ni, set pertama menang tak payah salam dulu dik, adik main dulu set kedua ye, kalau menang semua, dah confirm menang baru adik salam cikgu dengan pihak lawan ye"

" Opsss, sorry sorry sorry, saya tau tadi cikgu, tapi lupa!" (aku jawab sambil sengih panjang)

Punya malu masa tu, penyokong aku semua sorak tapi pada masa sama gelakkan aku. Kalau aku ada mesin masa, memang aku balik ke tahun 1994 tu, aku lari laju-laju dari pintu dewan serbaguna Selayang tu, aku smash belakang aku sendiri tanpa belas ihsan. Nak salam kemenangan sangat!


Hah! lebih kurang macam ni lah muka budak india tu senyum kat aku masa aku gi salam dia kat net. kesian dia, mesti dia ingat aku ni jakun, takpun dia ingat aku nak menganjing dia salam awal2 bagi serangan mental.


*******************************

3. Tepuk dada tanya selera

Ye, masa aku kecil memang aku comel, kalau dah besar ni pun masih comel bila kecil lagilah berganda-ganda comel. Tapi orang kata kalau selalu memuji diri boleh menyuburkan perasaan riak dan takabbur, jadi aku insaf kembali, maaf sebab selalu puji diri sendiri comel.

Bila aku comel, aku selalu gagal nak bina imej bad boy di depan mata awek-awek, takde harapan langsung. Bila aku pakai jeans dan tshirt, aku harap imej jadi macam Michael Jackson dalam video klip Bad, Tapi tak menjadi, rupa tu jadi macam budak dalam iklan baby KIKO.

Satu hari ada satu kakak darjah 6 ni tengah lepak dengan kawan-kawan dia yang lain dalam 3 orang. Lepak dekat kerusi kayu panjang belakang papan kenyataan sebelah kantin. Elok je aku lalu situ, dia panggil..

" eh budak sini jap!"

" hah ada apa kak?"

" woi korang semua, dak ni comel kan? pepap! hahahahaha" selamba je akak tu pukul bontot aku depan orang ramai, waktu rehat pulak tu, rasa sedih macam baru kena cabul.

" Apa ni kak main pukul-pukul orang ni?"

" ah lantak aku lah, kau nak buat apa?"

Aku pun blur nak jawab apa, lantas dengan tindakan refleks yang drastik aku pun menampar dada akak darjah enam itu. Tercatatlah rekod pertama aku menyentuh dada perawan tanpa sengaja.

Kakak darjah enam tu malu? toksah cakap lah, merah padam muka dia sambil menjerit kejar aku satu tapak court badminton sebelah kantin, aku pulak lari tak cukup tanah sambil jerit-jerit...

" sini kau budak, kurang ajar, tak guna, sini kau! jaga kau jaga kau!!!"

" sorry kak sorry kak sorry kak, saya tak sengajaaaa AAaAAAAaAaAAaaAa"

Punyalah malu, rasa macam nak tekup muka dengan gebor!

pandangan dari pintu belakang, sumber google, atap yang ada astro tu dulu  kuarters cikgu besar, lepas tu jadi rumah Teacher Hamdan, blok tinggi tu blok kelas aku dari darjah 4 sampai 6. bawah blok tu kantin sekolah, ada pondok kan? belakang pondok tu nampak ada papan kenyataan? ha kat situ la aku dicabul! eh ke aku yg mencabul? eh ke tak sengaja? eh eh eh? banyaknya eh.

************************

p/s 1 sebenarnya pengalaman yang memalukan tu scene no 1 dan no 2 je, scene yang no 3 tu aku tak rasa malu pun, rasa macam kenangan manis pun ada.

p/s 2 sumpah no 3 tu aku tak sengaja, aku ingat nak pukul bahu dia, mana tau pulak akak darjah 6 tu nak elak ke tepi..kemon kira adil la, dia dapat raba bontot aku jugak apa. Kalau umur aku sekarang 28, umur akak darjah 6 tu sekarang mesti dah 30, aku syak dia dah lupa peristiwa pahit dulu, tah tah dia simpan dendam kesumat! tah tah dia pembaca blog Rasa Hati ni? ahh sudah, mula aku rasa nak panik ni.

p/s Ah cubaan nak buat entri pendek gagal lagi, patutnya aku pecah-pecahkan tajuk kat atas kepada 3, dan buat 3 entries kan? ah alang2 dah siap taip, update jelah, modal lain banyak lagi, lain kali cerita lagi.


41 comments:

  1. ko ni patut dimasukkan sekolah juvana dah..aku repot pulis!!!

    ReplyDelete
  2. ecececeeeee...padahal ko nak menganjing dia kan? kan? kan? n saje nak pegang dada nak bagi adil kan? kan? kan? u pegang i punya, i pegang u punya. ahaks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ee tak baiklah fitnah i mcm tu tau. i masa tu suci dan naif, bak kain putih yang belum dicorakkan lagi tau.. aumm hahaha

      Delete
  3. hahaha.. untunglah ikar..! untunglaaaa beliau..kecik2 dah mencabul orang..

    tpi soalan utk scene 2, ko menang tak match tu..?
    kalau kalah, mesti lagi malu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. menang dgn bergaya, keputusan akhir, team aku naib johan masa tu, johan plak skolah sri gombak..

      Delete
  4. Replies
    1. lawan budak india tu menang! keseluruhan dapat naik johan!

      Delete
  5. hal jamuan tu kadang2 mak ayah gak yang susah eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya memang mak ayah yang susah, kata nak potluck kan! haha

      Delete
  6. akaka... ooo ghupenya yang bikin gamat gi salam player mase match blom abes tu ko la ye? Ahaks! Haa ini kakak senior Gombak Setia aka Semengkeb melaporkan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. elele.. tapi kan kak kan. saya menang jugak last2 lawan dak tu. tak heran pun. haha..

      Delete
  7. haah..nak tahu jugak..ko menang ke idak? kalau menang still blh kaber lagi..kalau kalah mmg nak kena naik mesin masa doraemon..putarkan balik masa tu..kena libas kuat skit utk kurang malu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. menang la Atoyis, aku menang straight set... menang bergaya plak tu.. 15-4 15-7.. hebat tak?

      Delete
  8. amboiiii amboiiiiiiiiiiiii......hahahahaha...terlalu byk benda yg memalukan dh buat dulu. skrg kalau ingat balik rasa nk hantuk2 kepala kat dinding...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi skrg dah jadi bini orang kan? mana gambar kawin mana? cepat la nak tengok!

      Delete
  9. tercabul & di cabul.. wakakakakakaka. Agaknya budak pmpuan tu pun tak ingat walau dia tak boleh lupa. Kalau ada blog pun dia tak nak tulis kisah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rasa akak darjah6 tu tak ingat dah lah nyah...

      Delete
    2. darjah 6 memori dh kuat. lebih2 lg memori indah di cabul ko Nyah.. wakakakakaka. confirm dia x lupa walau dia buat2 lupa.

      Delete
  10. salam tn yang mulia..

    tergelak aku dibuatnya.. 15 minit terhinjut2 depan komputer nie.. meleleh air mata .. nak gelak2 kuat segan kat member sebelah.. jadinya berdecit2 la aku kat sini.. kalau member sebelah perasan.. malu gaks kan.. kuar suara berdecit-decit.. ...

    aku teringat kat muka member aku bila baca part badminton , tu yang kelakar sangat ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam juga tuan...

      aku syak kau gelak sungguh2 ni, eh kenapa dengan kawan kau? dia wat lawak gak eh? hahaha

      Delete
    2. kawan aku nie.. namanya mustapah.. badannya debab.. kitaorang memang dok kampung .. kampung seri lukut kahang batu 28... mustafah nie walaupun debab tapi memang pandai main badminton.. menang jeks.. geng dia debok.. debok nie budaknya kurus tinggi lampai ( memang tinggi ) pun terer jugaks main badminton.. diorang main badminton kat dalam kilang kayu... belakang kampung hutan tebal dan ada satu kilang sowmell kat situ...

      aku membayangkan yang mustafah yang debab tu buat cam tu kat lawan dia.. hahaha.. tu yang kelakar tu..

      Delete
  11. aku time jamuan, arwah mak bagi sekati biskut2 je... mcm2 la biskut dalam bungkus aku bawak... lepas tu masa darjah 4 baru aku kenal biskut dalam paket yang sama spesis mcm oreo... so, asal jamuan je aku beli je biskut perasa pisang la strawberi la, coklat la, butter laa... 2 bungkus, pastu setel.

    jamuan raya pun aku buat benda yang sama jugak. kuih raya abes la nak buat camno kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. apsal aku tak pernah terfikir macam kau masa dulu ha? lagi senang beli biskut kati kan? aduhhhh kalau aku boleh pkir mcm kau, mesti aku tak beli nasik lemak tu...

      Delete
  12. hahahasa saya baca ketawa terbahak-bahak. boleh bayangkan betapa malunya awak rasa masa kejadian tu. paling suka no 2. punya lah innocent!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan kata awak ketawa, saya yang taip pun ketawa bahak-bahak masa tulis ni. memang memalukan betul,rasa kalau boleh nak balik betulkan balik...

      ada banyak lagi cerita memalukan ni, nanti saya tulis lagi k.. aummmmmm.. ngap ngap

      Delete
  13. Hahahaha... Kau dengan ayat panjang takleh dipisahkan... Tapi bila baca memang aku rasa kejap sangat...

    Tak boleh tahan bab mencabul tuh...sebab aku pun pernah terjadi macam tu jugak...tapi bukan sekolah rendah...masa form 1... Hoho...

    ReplyDelete
  14. hahaha.. untonglaaa dpt terpegang... :P..
    tapi x disengajakan.. kira rezeki la cenggitu.. boleh? :P

    ReplyDelete
  15. betullah, kalau kita ingat balik peristiwa yg memalukan ni.. macam nak pusing balik kalendar ke belakang, kan..

    mesti peristiwa no 3 tu jadi peristiwa malu yg tersemat bagi kakak darjah 6 tu... hihi..

    Errr.. akak pun suka spread vitalite tulah..

    ReplyDelete
  16. seriously kalo ko tulis kisah pasal skstb dapat imbau balik kenangan masa skola situ. tp thn 93, aku baru lahir kot. baca post ko tetiba aku rasa skstb tu sekolah legend. :D

    eh, aku cam kete wira turqoise sir hamdan. sampai sekarang still contact dia. nak suh kim salam kat anak dia, elisya, tak? haha

    ReplyDelete
  17. melalui laluan beratap untuk mengelak cahaya matahari... aboh segala malu... hahaha... malu markam kelas 1 namanya...

    ReplyDelete
  18. hahaha.. lucu!!!! kalau aku kt tempat kau, aku pun malu. malu sampai taknak jumpa dia orang lagi..hehehe

    ReplyDelete
  19. haha lawak giler - gelak sampai keluar air mata :)

    ReplyDelete
  20. mmg lawak baca ni..dr tgh serabut tetiba bantai gelak bila bca kish 2 n 3...adaoiiii..

    btw..1st time baca blog ni..

    ~~~~~suE~~~~~~~~~~

    ReplyDelete
  21. hahaha..ko kecik2 dah mencabul anak dara orang eh..nakal beno..

    ReplyDelete
  22. hahaha kelakar la! 1st time terjah masuk blog ni lepas jumpe stu entry.malu smpai nak tekup muke dgn gebor tersangat malu benar tuu.!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...