June 13, 2012

Sidang Bakal Pemimpin Masa Depan

Assalamualaikum..

Kelmarin aku macam biasa mengundurkan kereta untuk pergi main badminton di Klang, sesudah memberhentikan kereta, aku keluar untuk menutup pagar, kemudian aku terpandang jiran depan rumah aku, Ima namanya, tua setahun dari aku tapi telah mempunyai anak berusia setahun setengah.

Bukanlah masalah umur dia atau anaknya, tapi aku tergamam bila tengok anaknya Aima jari terkotet kotet sedang slide Samsung Galaxy Note Ibunya. Macam tak percaya dengan mata sendiri bila tengok budak yang masih duduk dalam babyseat kereta boleh leka slide game dalam Galaxy Note itu padahal Pakcik Ikarnya ini masih lagi tegar dengan Nokia E 52 nya.

Bak kata Shahril Husin yang sudah bertukar handphone Samsung Galaxy S Plus itu, dia kata..

" Aku bukannya apa Ikar, bukanlah nak membazir mengada-ngada, tapi aku pentingkan kebersihan, sebab tu aku tukar handphone yang ni Ikar!"

" Kebersihan? handphone? apa kena mengena Be?"

" Kuman tak boleh bersembunyi di celah-celah keypad macam handphone kau ikar, handphone aku ni takde keypad, semua guna touchscreen"

Nampaknya darjah kesentapan aku dengan Aima-Slide-Galaxy Note Ibunya telah ditambahkan lagi dengan kata-kata padu dari Shahril Husin yang terngiang-ngiang dalam minda aku.

Belum lagi nak berehat dari kesentapan jiwa nurani, sampai saja di dewan badminton, aku yang sedang memanaskan badan sebelum memulakan permainan tiba-tiba merasakan kesentapan lapisan ketiga apabila melihat Shakir anak si Saiful yang sedang rancak main game Ninja-Potong Buah di Samsung Galaxy Y.

Dengan menggunakan hikmat monolog menyedapkan hati sendiri..

" Shakir tu main handphone bapak dia je tu, budak lagi manalah reti nak ada handphone canggih-canggih"

Belum sempat aku senyum puas selepas habiskan monolog, aku tersentap lagi untuk kali yang kelima apabila tengok Saiful-Bapak si Shakir mengeluarkan Handphone dia sendiri. Oh memang Samsung Galaxy Y itu milik Shakir khas dibelikan untuk bermain game ninja potong buah, angry bird dan ulang main Video Upin Ipin 15 kali dalam masa 2 jam.

*******************************

Itu pada tahun 2012, apabila kanak-kanak dan bayi sudah pandai slide-slide smartphone demi memuaskan nafsu hiburan dan kawalan. Sedangkan pada tahun 1994, aku masih ingat perbualan kami budak-budak darjah 4 iaitu kanak-kanak berumur 10 tahun.

" Arzizi, kau tau tak kau beranak ikut mana?"

" mak aku cakap aku beranak ikut lubang pusat"  kata Arzizi  Abd Rahman

" bodoh lah kau ni Arzizi, Lubang pusat kecik, mana muat kau nak keluar, Mak aku cakap aku beranak ikut lubang bontot!" -  kata si Khaidir

" Ah Khaidir, kau lagi bodoh, kau beranak ikut lubang bontot? mak aku cakap kalau kawan-kawan cakap dia lahir ikut bontot bagitau dia macam lembu, sebab lembu je beranak ikut bontot!" kata si Aswad

" habis tu kau lahir ikut lubang mana Aswad?"

" Mak aku cakap, aku lahir ikut mulut!" Aswad jawab dengan bangga.

" Bodoh punya Aswad. mak kau dengan kau pun sama je kurang bijaknya, alien je beranak ikut mulut!" kata si Fuad.

" Kau lahir ikut mana Fuad? kalau bukan ikut mulut kau lahir ikut mana?"

" Aku ngan adik beradik aku semua lahir ikut perut, bedah. Aku confirm betul sebab mak aku selalu tunjuk luka bedah perut keluarkan aku, bila aku lawan ckp dia je, mesti dia ugut nak tunjuk parut bedah beranakkan aku!" Kata si Fuad yang yakin dgn jawapannya.

Sementara itu aku diam melihat semua bakal pemimpin sedang bersidang perihal bagaimana manusia dilahirkan, aku selalu dengar kisah budak beranak sebab mak aku kerja jururawat bersalin hospital pakar maternity di Ipoh.

" Woi Zul, kau diam je apahal? kau rasa mana yang betul, beranak ikut lubang bontot ke, lubang pusat ke, mulut ke, ke belah perut?"

" Entahlah, aku tak tau lah mak korang beranakkan korang macam mana, tapi mak aku selalu cakap yang aku ngan adik beradik semua lahir ikut lubang depan. mak aku cakap kalau tak pandai teran dia beranak kena belah perut"

" Lubang depan tu apa benda Zul?"

" Lubang depan tu kat depan yang kencing tu, lubang bontot kat belakang yang berak tu"

" Kah kah kah, Khaidir beranak ikut lubang berak! hahaha!" Gelak si Aswad, Khaidir senyap seribu bahasa, aku hanya diam wat rilek je.

Sekali datang Abdullah-Mat songkok - Konon genius-Ensiklopedia bergerak, join kami sembang.

" Apelah korang semua ni, yang betul beranak ikut bedah perut je, lubang lain semua salah. Tapi aku lain sikit, mak aku cakap aku dilahirkan ikut kaedah Tabung Uji dan Pensenyawaan luar jasad"

" maksud kau Dollah?" - tanya aku pada Dollah songkok

" maknanya aku ni tak beranak keluar dari mak aku, mak aku senyawakan aku dalam tabung uji pastu aku beranak kat tabung uji"

Sambil aku tepuk dahi dan rasa simpati...

" Dollah, balik nanti kau cuba tanya mak kau betul-betul balik, aku rasa mak kau saja nak bagi alasan, tapi tak sampai hati nak bagitau kau ni anak angkat Dollah, kalau kau tak yakin nanti kau try cek darah sama tak ngan mak bapak kau"

" Mana ada, kau jangan nak macam-macam Zul!"

" Setahu aku yang pengsenyawaan luar tubuh ni Ikan Je dollah, samada kau banyak tengok kartun atau kau dah kena tipu dengan mak kau"

Dollah terus tekup muka dia dengan songkok kepamnya dan lari ke mejanya semula sambil menangis terhinggut-hinggut. Aku tak tau samada Dollah sedih dia anak angkat atau dia anak ikan.



*****************tamat****************


Sumpah gambar ni takde kene mengena dengan entry kat atas, cuma nak menunjuk  yang aku ni tak takut ular  je.   rindu betul lah kat Rayban tu, mana tah jatuh tengah jalan!


P/s Kalau bayi baru lahir Bahasa Inggerisnya adalah Infant. Bayi secara umum disebut Baby. Selain itu Bahasa Inggeris juga ada perkataan Toddler untuk bayi yang dah besar sikit dan pandai jalan berlari tettot tettot (1-4 tahun). cuma aku tak tau nak translet toddler itu apa dalam Bahasa Melayu. Takkan nak pukul rata kanak-kanak pula. apa dia eh?

p/s agak-agak Dollah masih percaya tak mak dia disenyawakan dan dikandung dalam tabung uji?  akal dia ada memori kuat, pasti dia menyesali diri kerana sembang kencang macam tu kat aku.

p/s Kalaulah semua jumlah visit itu datang dan klik iklan yang ada dalam blog aku ni tanpa ragu-ragu, tak mustahil aku boleh beli samsung galaxy S III dalam masa terdekat ni.

P/s itu nak kira kalau, Zikry cakap "kalau nak kira kalau, Monyet pun boleh jadi superman"

17 comments:

  1. kacak ikar dalam gmbr tu..!

    sumpah komen ni xde kaitan dengan entry.. tapi ade kaitan dengan gambar yg disumpahkan takde kaitan dengan entry tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat pagi missenget, dah lama kau tak komen blog aku, kau merajuk dengan aku ke mcm mana?

      Delete
    2. err..ikar ngade..! takde sebab aku nk majuk dengan kau..ke kau ade buat benda yg aku patut merajuk tapi aku lupa nk merajuk..? haha..

      Delete
  2. lor! cerah rupanya si ikar ni. aku ingat gelap-gelap sawo sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoi gebu apa nya? aku ni taff, rock dan rustic tau!

      Delete
  3. Hooo, sama je masa topik perbincangan masa bebudak lu, :D

    ReplyDelete
  4. kreatif mak die... ntah-ntah betul anak tabung uji?? teet!

    ReplyDelete
  5. terbaekk laaa ikarrr.. skrg dah tau kann baby kuaar ikut mana.. :P

    ReplyDelete
  6. bab takde kuman tu mencuti hati.. jangan kata anak Ima tu, anak ai pun sama.. siap ajar ai nak main camane.. huhuhu..

    psstt: toddler.. google tengok apa jawapan yang dapat..

    ReplyDelete
  7. budak-budak zaman sekarang mmg mcm tu ikar. sebab tu la ada kisah si tanggang dengan ipadnya, batu belah dan game psp ish..susah nak ckp kat sni. nnti buat saya cerita di entry yang lain. :)

    ReplyDelete
  8. bebudak kan suka tanya lebih-lebih nak lagi,nak lagi. mak malas layan mak reka lah camtu. hihi

    rayban awak lawaaaa!

    ReplyDelete
  9. amboi..kacak kemaen! hahaha...

    ape ke menda la perbincangan bebudak ni..haishh..haha..sian kat dollah..

    toddler tu bayi separa kanak-kanak kot? haha..

    ReplyDelete
  10. Dollah terus tekup muka dia dengan songkok kepamnya dan lari ke mejanya semula sambil menangis terhinggut-hinggut. Aku tak tau samada Dollah sedih dia anak angkat atau dia anak ikan. << part ni aku gelak sambil baca. kekekekekeke

    tunggu anak aku lak Nyah.. ntah apa dia nak minta. Mak dia pun online pakai pc.. enpon blackberry hasil simpati bapak dia tgk enpon sony aku dh uzur sgt. Minta2 la anak aku tak demand kalau tak aku yg tgk dia main enpon tab.. note canggih2 sambil nangis. wakakakakakaka

    ReplyDelete
  11. klako sungguh perbualan bakal pemimpin itu...mmg klako...dah lame follow blog ni...baru skrg trase nk komen...

    ReplyDelete
  12. topik popular zaman kanak-kanak... skrip 80% sama, lagi 20%jer yang tak ada, watak Dollah Songkok... gedebance betullah dia... hehehehe

    ReplyDelete
  13. Tiap kali aku baca entry kau...kalau tak gelak tak sah... Demm....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...