April 7, 2011

Suatu Malam Di dalam Khemah di Tengah Hutan

Sedang aku melepaskan lelah dan penat yang tidak bertepian di dalam Khemah Taman Rekreasi Gunung Harong, datang kawan-kawan kelas aku, semuanye berkampung dalam khemah aku, sebab diorang tunggu aku ngan Zulkifli jual minyak......

Banyak dah gelaran yang diorang bagi kat kami, ada panggil kami Zul kembor (Zulfikar + Zulkifli) dan ada gak panggil Zul besar (aku) Zul kecik (Zulkifli), dari tingkatan 3 kami ni tag team dalam buat lawak, menganjing, mengenakan orang, berdrama, berskrip dan mcam2 la...

Bak kata kawan-kawan kelas, kalau dua Zul dah bergabung, kecoh!...
"Bergabunggggg...meletuppp" (tang ni aku tipu.. tu lagu Stacy ye)

Itulah ibaratnya persahabatan aku masa sekolah, tapi kami profesional, takde dalam kamus persahabatan kami ni ungkapan " Apa aku buat, ko kena join, kalau ko tak join ko takleh geng" banyak segi yang kami tak berkepit, macam sukan, badan beruniform ko-ko, hobi dan lauk kegemaran..

Camon lah beb, tak matang la kalau semua nak mengikut je apa kawan buat kan.. kena la berpegang pada perinsip sendiri, baru ada keyakinan diri dan nampak berpendirian.

*******************************

Hah.....Melalut lagi...!

Okey2...berbalik pada situasi dalam khemah. sedang aku berehat sorang2 dalam 'A' Chalet, bukan chalet kelas A.. tapi chalet bentuk A.. yang ade bumbung je sampai ke lantai tu.. atau dikenali sebagai 'A' frame chalet. (rujuk gambar di atas)

Tengah aku sedap tersandar..berguling sorang2 tu.... tiba-tiba datang kawan2 kelas aku dari mcam2 badan beruniform, ada Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah, Pengakap dan...... pandu puteri (ok tang ni aku tipu..hehe) maka penuhlah khemah chalet aku tu...

AKU : "Cisss korang semua ni, apahal pulak datang ramai-ramai ni? aku baru nak berasmara dana, guling2 rehat, korang ni potong stim la"

KHUZAIRI : "Lek ar Zul, kitorang saja la datang, nak borak-borak, takkan tak boleh, duduk sorang2 tak camping laaaaa"

AKU : "Hah Ko Zul, tu budak2 KRS ko tu dah habis kawad belum? kami Kadet Polis dah takda aktiviti dah ni"

ZULKIFLI : "Arghhh lantak la diorang, esok la sambung kawad, apa kata malam2 mcm ni, camping2 kita cite hantu, best woo..."

AKU : "Hah citer hantu? okey2, aku sokong!"

Maka, aku pun mula la nak jual minyak, nak bukak cerita hantu, bertepatan dengan perut aku yang kembung angin sebab petang tadi makan roti lilit tak cukup masak..sakit perut wooo kalau makan nasik ngan tepung tak cukup masak...mulas2 perut.


Tapi takpe, sebagai penglipur lara yang komited dan profesional aku bijak memainkan peranan. Dengan berpenontonkan oleh Zulkifli, Khuzairi, Lebong, Khairil Adnan, Syafiq Mislan, Zulkarnain, Aizudin dan ramai lagi.. aku pun bercerita...

AKU : "korang pernah dengar tak cerita Hantu Sungai Mersing?"

SYAFIK : "ada ke Zul? citer ar... aku dulu selalu dengar gak, yang Sungai Mersing tu tiap-tiap tahun nak makan orang, mesti sebelum muara tutup ada orang mati lemas"

AKU : "haaa ni aku nak citer la ni... kalau korang pernah duduk kat jeti yang dekat ngan jambatan tu kan...korang akan bau something yang busuk gilaa...punya la busuk, gila pun tak busuk macam tu..."

AIZUDIN : "Bau apa tu zul? mesti bau benda tu kan?"

AKU : "aku taktau la nak describe bau apa, tapi tiap kali kalau orang cerita benda mcm ni, mesti bau tu menjelma, orang kata bau penunggu tu"

TIBA-TIBA.....

PARA PENONTON : "huppp haappp hupp happ.. sniffffff sniff... sott soootttt.... siippp. sippp... " (bunyi hidung penonton semua tarik nafas..bau benda busuk yang menyengat lubang hidung diorang lantas menusuk ke sanubari)

KHUZAIRI : "IShhKKkkkKK.. apa benda bau busuk gila ni?????"

AKU : "haaa kan aku dah cakap, tu yang aku malas nak citer pasal nih, asal citer je, mesti bau tu menjelma...okey2.. korang rileks2... jangan tegur..lagi korang tegur lagi menjadi-jadi bau ni nanti.. korang buat cool je"

SYAFIK : "Mak AAAiiaiiiiiiiii busuk gila bau ni woiiiiiii.. tak tahan aku..."

ZULKIFLI : "woii... aku mcam kenal je bau nih????? aku kenal sangat bau nih!!!"

AKU : "aku cakap jangan tegur!.. korang ni degil la"

ZULKIFLI : "Woi Zul....... Ko kentut eh?? Heeekkkk EeeEEeHhhhHHh.. Bau bangkai Tikus"

KHUZAIRI : " eeeEeeEeHhhH eeehhhh... zul kentut kan..tak ingat bau... bau bangkai tikus... blah blah oii... jom blahh.. tak guna ko zul... bau penunggu Sungai Mersing konon!!!"

AKU : " Wakakakakakaka.. hahahahaha.. woi rilek la oi.. kata geng, weiiii weii korang nak gi mana? sahabat sejati mana ada tinggal kengkawan oi! citer tak habis lagi ni, baru start woiiii"

ZULKIFLI : "hek eeeeeeeeeehhh.. bau bangkai tikussssss"

Maka tinggal la aku dengan penuh keamanan dan ketenangan di dalam Chalet 'A' frame tersebut kembali.. sambil ditemani bau bangkai tikus dan perut yang keras mengekek-ngekek gelak.. 10 minit aku gelak macam nak hilang nyawa "ahahahahahahahhahahahahha...."

P/s Kejujuran persahabatan boleh dinilai dengan kentut.. tak perlu korang test dengan perjanjian darah atau mesin pengesan penipuan.... try je kentut dalam khemah A frame..ahahaha




16 comments:

  1. hahahhahahahh!>..

    sekali bau marii....

    memang kepam la idong memasing mnahan.. =p

    ReplyDelete
  2. hahaha..
    kentut bersepah betol..
    memang boleh uji thap persahabatan la..:P

    ReplyDelete
  3. Wan Mohd Salim : terima kasih.. :)

    Ucop : stended la org bujang kentot kannnn

    Fayad : ahahahah, tu baru sahabat, kalau kentut dalam kereta dengan awek mcm mane?

    ReplyDelete
  4. tak besh ar camping tak bawak gitar,. kalo ade saye bawak gitar dah blh nyanyi2 dah,. hehehehee

    ReplyDelete
  5. <---- zaman sekolah menegah tak pandai main gitar hehe

    ReplyDelete
  6. chup chupp angkat tangan saye pandai saye pandai

    ReplyDelete
  7. bestnyer camping.. nak join jugak :)

    ReplyDelete
  8. fika: mau mintak nafas kt org luar..smbil bukak tingkap..esok clash terus..:P

    ReplyDelete
  9. hahahah x senonoh la ikar.. hahaha.. adeh....

    ReplyDelete
  10. AD : hahahah sapa yg kentut sambil senonoh?

    Srikandi : jom minggu depan daki gunung tok wan jom...

    ReplyDelete
  11. hahaha bleh thn gak cite ko kan.... aku ingtkn hantu betoi2 dtg td, siot toi..... hahaha

    ReplyDelete
  12. Pendekar petai : aku mula2 tak berniat pun nak wat citer hantu..kekeke

    ReplyDelete
  13. Nyah.. kentut pun jd cite seram yer.. memang kreatif la ko Nyah. wakakakakka

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...