April 4, 2011

Rehat sebentar, pulang dari gunung..

Assalamualaikum...

Buat teman2, dan pembaca blog ini, aku mintak maaf tak dapat hasilkan entry secara aktif, aku berehat sebentar... baru balik dari daki gunung Datuk di Rembau, Negeri sembilan. Entry khas akan dibuat Insyallah pada hari esok atau lusa sebab badan yang keletihan, gambar2 yang belum di upload dan diambil dari Cameraman ala2 profesional iaitu En. Nasir Hassan.. nanti aku dah siap ambil gambar semua, aku upload dan buat entry ye..

Anyway, Trip ke Gunung Datuk sangat berbaloi dan menyeronokkan, aku dan Team Geng Gunung DMG berjaya menawan puncak, Alhamdulillah..pendakian yang tidak terlalu rigid dan ketat, pengembaraan yang kami setting awal-awal sebagai santai dan seronok, tiadanya unsur2 regging, displin ketat dan terkejar2 masa.. semuanya berjalan lancar tanpa tekanan... :)

Pengajaran yang amat berguna untuk manusia ;

Mendaki dan sampai ke puncak adalah satu hal, tetapi turun semula ke kaki gunung adalah kemuncak kejayaan.

sekadar Preview aku letak sikit gambar dulu, nanti dah siap2 transfer transfi gambar semua, aku buat entry khas ye :)

Dan tidak lupa, aku mengucapkan takziah kepada kawan aku Sobrie Said, yang mengalami kemalangan Tragis, Kereta iswara yang dia bawak, terbakar tengah highway sebab masalah wiring litar pintas..TOTAL LOST...nasib baik dia tak cedera apa2.. aku dapat berita ni masa aku 3/4 nak sampai ke puncak Gunung (jangan mushkil, atas gunung tu ada line ye, aku pakai maxis ) .. kepada kawan2 semua, sila segera ke workshop jika kereta anda ada masalah fius terbakar atau bau hangit wayar terbakar ye..bertindak segera sebelum terlambat. diharap sobrie dapat bersabar. sabar itu adalah sekuat2 iman. dia memang sabar dan cool.. tengok nama dengan sikap dia memang kena...


p/s sorry entry selekeh dan tidak ada isi menarik, sebab kepenatan yang melampau.sakit dari ibu jari sampai ke urat belikat..muscle sakit.




2 comments:

  1. tu la ucop... bahaya la... takleh lewa2... oitt sorryy aku kurg sembang.. bz beb...

    ReplyDelete

Hidup Dalam Kepalsuan

Assalamualaikum Kisah ni aku yakin berlaku pada tahun 1990, sebab kejadian ni berlaku semasa aku tadika, aku tadika umur 6 tahun. Masa aku...