" Hah Ayin, kamu nak ke mana ni? dengan tudung bulat, batu berlian gantung-gantung, dah macam chandeliar abang tengok, tu berlian ke batu ladung yin?"
"Alah abang ikar ni, Biar arr ayin nak pakai mcm ni, ni fesyen baru la, baru la Hana Tajima"
"Hah Hana Tajima? sapa tu? "
"Hana Tajima pun tak kenal, kata blogger tegar... gi google la, dah la ayin nak gi sunway.bye"
Aku pun mengerutkan dahi, dan sambung tengok TV, sapa pulak Hana Tajima ni? adakah Perdana menteri Jepun yang baru? ataupun 1st lady Jepun? setahu aku mana ada orang jepun pakai tudung, shawl-shawl bagai...
Aku malas nak panjangkan sembang dengan adik bongsu aku tu, dah la kena sound pasal tak kenal Hana Tajima, lagipun aku malu la kalau petik salah fakta, sebab ada banyak jugak benda yang kat dunia ni nama seakan-akan Jepun tapi bukan Jepun pun...contohnya..
- Tiramisu : bunyi macam jepun, aku ingatkan dessert mcm kuih doriyaki yang doremon makan tu, rupanya takda kene mengena dengan jepun, dessert itali rupa nya
- Alberto Fujimori : dengar nama macam ahli politik jepun, takpun macam artis indie jepun, rupanya bekas presiden Peru, tapi dia ada jugak la darah2 jepun tu.
- Ikea dan Nokia : Nokia tu bunyi macam jepun, mati2 aku ingat dulu handphone Nokia dari Jepun, rupanya dari Finland, sama la kes ngan ikea jugak...
Jadi bagi mengelakkan aku menjadi blogger kuno dan mendapat malu, aku pun diam je la, dalam kadar segera bila aku dengar bunyi keriuuuuk gate tu tertutup, laju je aku gi on laptop, google image hana tajima.
OhhHHhhh ini rupa nya dia..fesyen designer...reka cara pemakaian tudung baru...off shawl gulung2.,...owhhhh shawl senget benget.. eh ehhh ade shawl lapis-lapis lagi... wahhhh uuuUuu uiyyoooo cutenye hana tajima ni..... style rupenya Hana Tajima ni, patut la perempuan semua secara drastik pakai tudung dah main lilit2, main senget benget..
Rupenya Hana Tajima ni 'Best Kept secret' bagi wanita-wanita... lelaki adalah dilarang memasuki zone Hana Tajima sebab anda takda kena mengena.. korang bukan pakai tudung pun...(kata hati kecil perempuan)
Aku pernah gak terpikir, main lilit2 tudung pun boleh femes satu Dunia, aku pun rasa mcam nak jadi Hana Tajima, aku nak letak Nama Zulfikar Tajima.. nama pendek bagi Zulfikar Taro Tajima San.. tapi aku tak boleh la nak reka cara pakai tudung baru, sebab lelaki tak pakai tudung kan, so aku kena invent cara pemakaian serban baru atau reka cara melipat kain pelikat ala-ala Hana Tajima... mungkin lipat kain pelikat ke belakang ke, atau pakai serban dari towel mandi.

"Assalamualaikum..... Kakak dah balik"
"Hah Kamu Julia, apsal pulak kamu pakai Jaket tengahari buta ni? tak panas ke?
"ala Abg Ikar ni, ni style baru la, baru la Yuna..tengok la tudung ni, kata Yuna kawan baik ngan Hana Tajima kan"
"dah sudah......lantak kamu la Julia, jangan kamu pengsan tengah panas nanti sudah"
P/s Pulak dah... Hana Tajima ni kawan ngan Yuna pulak...adakah aku perlu bukak stylecovered untuk baca diorang sampai habis?
tudung hanyalah kain........haha
ReplyDeleteTudung saji kadang2 dari rotan, takpun plastik gred 3 :) haha
ReplyDeletenice entry!
ReplyDeletemana tau lepas ni wujud serban style zulfikar tajima
Biasalah, gadis Malaysia ni memang trend follower.. they are not creative enough to be a trend setter...
ReplyDeleteanon sir, I believe thats not the main essence of this post.
ReplyDeleteNyah.. mak ingat bangla lilit towel kat kepala tadi.. uwakakakaka
ReplyDelete[gelak pepuas...] adeiii betape shoomelnye kamoo bile bergambo sebegitu..Zulfikar Taro Tajima San?? x menahannnn..... adehhh....
ReplyDeleteps : u look so sexxiii... awwww..... ekekekekekek....
fesyen baru. sure malatop!
ReplyDeleteHusna :ahahahahaha.. apa kata lelaki pakai purdah lak? ok tak?
ReplyDeleteAnon : AaAAAAaaAAaa... :0
Nyah Lekit : jgn kata ko, aku pun tegelak tengok gambar ni.. hahaha
JM : comel ke mcm org gila? hahahahaha..seksii UuUuUuUUuu
erysweetie : jangan lupa try fesyen baru tu yeeee
hahaha.. ok tak tudung saya tu? hahahahahaha
Fuyooo zulfikar tajima... Hahah LOL.
ReplyDeletep/s : aku tak pernah pulak tergerak nak ikut style yuna mahupun hana tajima tu. Tak kenan langsung~
bunuh diri hana tajima tgk gmbr tu ok.. hahahhaha :P
ReplyDeletekakakaka lawak siot ......... aku ketawa beb kakkakakak
ReplyDeletezulfikar tajima, bakal menggegarkan dunia fesyen untuk lelaki pulak. haha.
ReplyDeletedah macam bertocang aku tengok pakai tuala tu. hahaha..
btw, mengenai fesyen tudung. pantang ada orang cantik yang buat sesuatu yang pelik mesti ada ramai pengikut.
masalahnya semua orang pandang elok sebab dia tu cantik. cuba kalau orang yang biasa-biasa je yang buat, ada orang ikut? i mean biasa-biasa tu yang tak meletup gah dengan fesyenlah. btw, semua manusia diciptakan cantik.
hahaah..lawak ah. Tak pasal-pasal dapat info free dari adik kan..kalo tak sampai sudahla tak tahu hana tajima nih..muahhaha...
ReplyDeletebtw..perlu ke gune towel pooh..hahaha
Myra_zoe : aku suka pompuan pakai tudung bawal.. :)
ReplyDeleteAdfeez : hahaha, agak2 leh jd trend setter tak ? hahahaha
Zaidi : kalau ko ade towel lebih, cuba buat.. tapi towel pooh tau.. baru kiut...
Fitri : awak berjaya estrak point entry diatas.,...kalau org cntik buat semua ikut.. cuba suh Norlia Ghani buat?
Nur : Towel pooh baru la comel.. baru ade nilai2 feminin sikit kannnn :) hahaha
zulfikar tajima??
ReplyDeletehehehe..bole pemes tu..
mcm2 hal cara pakai tudung ni kan??
aisk, trend fesyen, yang mungkin bagi sesetengah orang cakap lawa..
ReplyDeletetapi lawa kita pada kaca mata orang muslim, lawa kita lepas tak amanah yang Allah letak kat kita,
tutup yang patut, tutup bukan sekadar tutup, tutup bukan setakat serkup,
yakni tutup ikut apa yang Disuruh dalam al-Quran..
a better trendsetter should take over, with proper how to hijab..
wallahua'lam.. :)
xkisahlah fesyen mcmana sekalipun, janji tutup apa yg sepatutya disuruh tutup dalam islam...
ReplyDelete*cari towel juga*
ReplyDeletehhahaa walaupun aku wanita, tak tergamak rasenye nak belit2 kejadah. macam harram! haha
ReplyDelete