April 22, 2011

Zulfikar Tajima

Pemakaian songkok atau kopiah pesyen baru, pesyen Zulfikar Tajima, untuk lelaki2 yang dah bosan pakai kopiah dan songkok pesyen yang sama je ke masjid, boleh cuba songkok ni, ilham dari sieera leon.


Assalamualaikum...

" Hah Ayin, kamu nak ke mana ni? dengan tudung bulat, batu berlian gantung-gantung, dah macam chandeliar abang tengok, tu berlian ke batu ladung yin?"

"Alah abang ikar ni, Biar arr ayin nak pakai mcm ni, ni fesyen baru la, baru la Hana Tajima"

"Hah Hana Tajima? sapa tu? "

"Hana Tajima pun tak kenal, kata blogger tegar... gi google la, dah la ayin nak gi sunway.bye"

Aku pun mengerutkan dahi, dan sambung tengok TV, sapa pulak Hana Tajima ni? adakah Perdana menteri Jepun yang baru? ataupun 1st lady Jepun? setahu aku mana ada orang jepun pakai tudung, shawl-shawl bagai...

Aku malas nak panjangkan sembang dengan adik bongsu aku tu, dah la kena sound pasal tak kenal Hana Tajima, lagipun aku malu la kalau petik salah fakta, sebab ada banyak jugak benda yang kat dunia ni nama seakan-akan Jepun tapi bukan Jepun pun...contohnya..

  • Tiramisu : bunyi macam jepun, aku ingatkan dessert mcm kuih doriyaki yang doremon makan tu, rupanya takda kene mengena dengan jepun, dessert itali rupa nya
  • Alberto Fujimori : dengar nama macam ahli politik jepun, takpun macam artis indie jepun, rupanya bekas presiden Peru, tapi dia ada jugak la darah2 jepun tu.
  • Ikea dan Nokia : Nokia tu bunyi macam jepun, mati2 aku ingat dulu handphone Nokia dari Jepun, rupanya dari Finland, sama la kes ngan ikea jugak...

Jadi bagi mengelakkan aku menjadi blogger kuno dan mendapat malu, aku pun diam je la, dalam kadar segera bila aku dengar bunyi keriuuuuk gate tu tertutup, laju je aku gi on laptop, google image hana tajima.

OhhHHhhh ini rupa nya dia..fesyen designer...reka cara pemakaian tudung baru...off shawl gulung2.,...owhhhh shawl senget benget.. eh ehhh ade shawl lapis-lapis lagi... wahhhh uuuUuu uiyyoooo cutenye hana tajima ni..... style rupenya Hana Tajima ni, patut la perempuan semua secara drastik pakai tudung dah main lilit2, main senget benget..

Rupenya Hana Tajima ni 'Best Kept secret' bagi wanita-wanita... lelaki adalah dilarang memasuki zone Hana Tajima sebab anda takda kena mengena.. korang bukan pakai tudung pun...(kata hati kecil perempuan)

Aku pernah gak terpikir, main lilit2 tudung pun boleh femes satu Dunia, aku pun rasa mcam nak jadi Hana Tajima, aku nak letak Nama Zulfikar Tajima.. nama pendek bagi Zulfikar Taro Tajima San.. tapi aku tak boleh la nak reka cara pakai tudung baru, sebab lelaki tak pakai tudung kan, so aku kena invent cara pemakaian serban baru atau reka cara melipat kain pelikat ala-ala Hana Tajima... mungkin lipat kain pelikat ke belakang ke, atau pakai serban dari towel mandi.



amcam? korang berani pakai serban guna towel pooh ni bawak gi sembahyang jumaat? korang kata merepek? try dulu gi masjid india kat klang tu, bersepah org bangla ngan pakistan pakai towel goodmorning wat kepiah..hahahaa

"Assalamualaikum..... Kakak dah balik"

"Hah Kamu Julia, apsal pulak kamu pakai Jaket tengahari buta ni? tak panas ke?

"ala Abg Ikar ni, ni style baru la, baru la Yuna..tengok la tudung ni, kata Yuna kawan baik ngan Hana Tajima kan"

"dah sudah......lantak kamu la Julia, jangan kamu pengsan tengah panas nanti sudah"


P/s Pulak dah... Hana Tajima ni kawan ngan Yuna pulak...adakah aku perlu bukak stylecovered untuk baca diorang sampai habis?

20 comments:

  1. tudung hanyalah kain........haha

    ReplyDelete
  2. Tudung saji kadang2 dari rotan, takpun plastik gred 3 :) haha

    ReplyDelete
  3. nice entry!
    mana tau lepas ni wujud serban style zulfikar tajima

    ReplyDelete
  4. Biasalah, gadis Malaysia ni memang trend follower.. they are not creative enough to be a trend setter...

    ReplyDelete
  5. anon sir, I believe thats not the main essence of this post.

    ReplyDelete
  6. Nyah.. mak ingat bangla lilit towel kat kepala tadi.. uwakakakaka

    ReplyDelete
  7. [gelak pepuas...] adeiii betape shoomelnye kamoo bile bergambo sebegitu..Zulfikar Taro Tajima San?? x menahannnn..... adehhh....

    ps : u look so sexxiii... awwww..... ekekekekekek....

    ReplyDelete
  8. Husna :ahahahahaha.. apa kata lelaki pakai purdah lak? ok tak?

    Anon : AaAAAAaaAAaa... :0

    Nyah Lekit : jgn kata ko, aku pun tegelak tengok gambar ni.. hahaha

    JM : comel ke mcm org gila? hahahahaha..seksii UuUuUuUUuu

    erysweetie : jangan lupa try fesyen baru tu yeeee
    hahaha.. ok tak tudung saya tu? hahahahahaha

    ReplyDelete
  9. Fuyooo zulfikar tajima... Hahah LOL.

    p/s : aku tak pernah pulak tergerak nak ikut style yuna mahupun hana tajima tu. Tak kenan langsung~

    ReplyDelete
  10. bunuh diri hana tajima tgk gmbr tu ok.. hahahhaha :P

    ReplyDelete
  11. kakakaka lawak siot ......... aku ketawa beb kakkakakak

    ReplyDelete
  12. zulfikar tajima, bakal menggegarkan dunia fesyen untuk lelaki pulak. haha.

    dah macam bertocang aku tengok pakai tuala tu. hahaha..

    btw, mengenai fesyen tudung. pantang ada orang cantik yang buat sesuatu yang pelik mesti ada ramai pengikut.

    masalahnya semua orang pandang elok sebab dia tu cantik. cuba kalau orang yang biasa-biasa je yang buat, ada orang ikut? i mean biasa-biasa tu yang tak meletup gah dengan fesyenlah. btw, semua manusia diciptakan cantik.

    ReplyDelete
  13. hahaah..lawak ah. Tak pasal-pasal dapat info free dari adik kan..kalo tak sampai sudahla tak tahu hana tajima nih..muahhaha...

    btw..perlu ke gune towel pooh..hahaha

    ReplyDelete
  14. Myra_zoe : aku suka pompuan pakai tudung bawal.. :)

    Adfeez : hahaha, agak2 leh jd trend setter tak ? hahahaha

    Zaidi : kalau ko ade towel lebih, cuba buat.. tapi towel pooh tau.. baru kiut...

    Fitri : awak berjaya estrak point entry diatas.,...kalau org cntik buat semua ikut.. cuba suh Norlia Ghani buat?

    Nur : Towel pooh baru la comel.. baru ade nilai2 feminin sikit kannnn :) hahaha

    ReplyDelete
  15. zulfikar tajima??
    hehehe..bole pemes tu..

    mcm2 hal cara pakai tudung ni kan??

    ReplyDelete
  16. aisk, trend fesyen, yang mungkin bagi sesetengah orang cakap lawa..
    tapi lawa kita pada kaca mata orang muslim, lawa kita lepas tak amanah yang Allah letak kat kita,
    tutup yang patut, tutup bukan sekadar tutup, tutup bukan setakat serkup,
    yakni tutup ikut apa yang Disuruh dalam al-Quran..

    a better trendsetter should take over, with proper how to hijab..

    wallahua'lam.. :)

    ReplyDelete
  17. xkisahlah fesyen mcmana sekalipun, janji tutup apa yg sepatutya disuruh tutup dalam islam...

    ReplyDelete
  18. hhahaa walaupun aku wanita, tak tergamak rasenye nak belit2 kejadah. macam harram! haha

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...