April 27, 2011

Pelanggan Makan Dengan Mata Mereka

Assalamualaikum.....


Sedang aku duduk bersandar di kedai mamak 'mat bulu' itu, aku membenarkan mata aku meliar melihat akan perilaku-perilaku manusia yang kadang-kadang berjalan tanpa tahu hala tuju. Lantas aku menyerap tingkah laku manusia yang sememangnya hanyalah satu spesis makhluk sama seperti haiwan juga jika jiwanya tidak diisi dengan wahyu, harapan dan pemikiran.

Jadi, jika kita masih lagi reluctant untuk mengisi jiwa dengan wahyu, harapan dan pemikiran, akhirnya kita tak ubah seperti haiwan, owhh.. mungkin haiwan itu akan lebih mulia dari manusia sekiranya ilmu terbang dan memburu tikus itu di iktitraf sebagai kebijaksanaan haiwan dan bukan hanya naluri semulajadi mereka. jika dibandingkan dengan manusia yang tiada harapan dan akal yang berfikir.

Sedang aku mengelamun panjang dan tidak berkesudahaan, aku disapa oleh satu suara jantan.owh abah rupanya, nak ajak borak sambil minum teh tarik yang tak berapa nak tarik.

" Ikar, kamu nak tau satu benda tak?"

"apa dia abah? pasal footwork badminton ke? tu abah dah habis ajar dah minggu lepas, double-stroke pun ikar dah master dah, apa guna pulak medal gold kan kan ..tehehehe"

" bukan pasal badminton la, ni abah nak cerita rahsia yang abah belum citer kat sapa2 pun, itu pun kalau kamu nak tau la"

" hoh, pasal apa ni abah? arwah tok Syukur ada wasiat tanah kat bukit bintang ke? hish kalau ada 2 ekar mau kaya kita, mau kita beli banglo kat hartamas pas nih.hehehehe"

" Bukan, kalau kita ada tanah kat Bukit Bintang, takda la kita duduk minum teh kat kedai mat bulu ni, bek kita mnum kat Shang Ri La je.. ni abah nak citer, kamu tau tak selain milo ada lagi serbuk coklat lain?"

"mestila tau bah, dulu kan abah ada beli Ovaltine, tapi tak laku, semua orang taknak bancuh, diorang cakap tak sedap, mama cakap nak milo jugak, baru best. pastu kan kita pernah beli vico kan kan? beli sekali je, pastu 3 bulan tak habis2..last2 keras jadi batu."

"keras jadi batu tu kamu la, dah bukak bancuh tak reti nak tutup elok2, dah masuk angin..belajar tinggi2, tutup tin pun fail, ape lah..

abah nak bagitau kamu satu rahsia ni, kamu tau tak, lepas yang diorang(family) mogok taknak minum selain milo tu kan? lepas tu abah saja buat eksperimen, abah beli Vico refill tu kan, abah senyap2.. masukkan dalam tin Milo kosong tu... elok je semua minum sampai habis, puas hati abah...rupenya mama, julia, ayin, karnain ngan kamu2 sekali semua auta grek je lebih...taknak minum selain milo konon...hahahahahah"

" Eh ye ke abah? ermm, nasib baik ikar tak auta grek, ikar suka nescafe je, mana suka bancuh milo kan... mama, karnain ngan julia la yang suka sangat" (dan dan bila dah kantoi)



ini contoh gambar vico refill, kat atas tu contoh ovaltine, zaman sekarang ni tak tau la, ada lagi ke tak rumah yang beli ovaltine, aku rasa aku nak simpan tin ovaltine, dalam 20tahun lagi, mungkin jadi barang 'rare' kot.

#################

Okey, dialog di atas berlanjutan sampai la dekat nak maghrib, kalau aku nak sambung cerita kat atas mau sampai 3, 4 page pun tak tentu habis. jadi mari kita simpulkan dan bincangkan dari sudut ilmiah pulak.

Bila aku masuk UiTM, Kursus Pengurusan Perkhidmatan Makanan, aku attend kelas Restaurant Service, dalam study tu ada satu Quot yang aku takkan lupa sampai bila-bila, aku rasa Shahril Husin ngan chewe pun tak lupa kot, Zikry taktau la, dia selalu pergi bertapa dengan Pakya cari buluh runcing hikmat.. hahaha... quot tu berbunyi mcm ni :

"Customers eat with their eyes"

Frasa ni menunjukkan bahawa, Perception, assumption atau pandangan andaian boleh menentukan segala-galanya di dunia ni, dan dalam hal ni pelanggan restoren akan membuat penilaian pertama dari apa yang dilihat oleh matanya seperti food presentation, decoration, ambience, jenama pinggan, set teko, warna makanan, portion dan berbagai-bagai lagi,

Pelanggan bukan lah membuat keputusan untuk memesan melalui faktor rasanya atau aromanya,

Dan kes ni telah dibuktikan secara non-clinical oleh bapak aku sendiri dalam kes file 003 (d) laman 1, kes Milo von De melawan Vico Van Trausent & Avec du Ovaltine (ok tang ni aku merapu) ahaha, dalam kes Milo dan Vico tu la.

Lepas tu aku ada jugak cuba membuat kajian tidak berkawalan (sensory evaluation tidak rasmi ) dalam kes mak aku suruh beli mee goreng mamak Khulafa, aku malas nak round jauh-jauh sampai seksyen 7, aku beli je mee goreng mamak seksyen 6, balik rumah je, mak aku tanya :

" Ikar, mana kamu beli Mee goreng mamak ni ikar?"

"Ikar beli kat tempat yang mama suka tu la, Khulafa seksyen 7..kenapa Ma?"

"Eermm, takda ape2, sedap mee goreng mamak ni, kalau Dawood seksyen 6 tu usah kamu labun la, kamu bagi aku free pun aku tak endak, bukannya sedap.. mee dia rasa kapor"

aku bagi masa sampai mak aku habis makan mee goreng tu, sambil dia cedok sos cili maggi berlaukkan timun..aku senyum je sambil mata pandang TV, tengok Dr House..

" sedap ke mama? wahhh selera nampak..licin...mama lapar eh?"

"sedap betul, tapi lain sikit rasa dia, maybe tukang masak tu tukar orang kot"

" eh takde la, bukan tukar orang la ma, tadi ikar malas nak gi seksyen 7, minyak dah merah, malas nak isi, ikar beli kat dawood seksyen 6 je.hahahahahahhahahaha"

"Hantu betul budak ni tau. ngenekan aku, ye ye la aku semangat makan tadi..hish kamu ni ikar"

"hep hep, dah abis dah pun mee goreng tu mama balun, konon tak sedap Dawood, auta grek la tu" hahahhahaha

Jadi, Dari hasil pengamatan kes yang beginilah maka gergasi-gergasi industri makanan dan pembuatan mula memahami bahawa manusia ini suka membuat andaian dari pengamatan.

Sejak dari itu bermulalah era 'Branding' dan Marketing, di mana kekuatan sesuatu produk itu bukanlah dari kualiti yang dipertaruhkan, sebaliknya dari kekuatan pengiklanan dan pemasaran, wahima barang yang ingin dijual itu tidak perlu pun untuk dibanding salah satu diantaranya, sebab produk itu adalah sama. Contohnya :

1) Peluntur pakaian/bleach/ peluntur berklorin atau lebih senang di panggil 'clorox'

Benda ni sama je, tak kira la cap Giant ke, cap first choice Tesco, Cap adik merangkak POPO (eh ni bukan brand keropop ikan ke?) atau cap burung nuri tenggek atas kayu. Fungsinya sama, dan hanya kerana brand, harga boleh berbeza sampai rm1 atau 50sen walaupun jumlah kandungan sama.

Tetapi disebabkan Customers' perception dan kekuatan brand, ibu-ibu akan memarahi anaknya jika pulang ke rumah tersalah beli clorox. Mak tetap mahu clorox, jika clorox takda, maka akan berlakunya awan hitam berarak mendung, petir sambar menyambar, dan tanah rebak di selatan Filipina.

" Ikar... kan mama dah cakap, bila mama cakap kamu taknak dengor, aku baru cakap je, kamu dah kelam kabut sambor basikal pergi kedai jimat, cuba kamu rilex2 tak boleh ke?"

" kenapanya Mama? kan ikar dah beli semua yang mama pesan, kelapa parut sebijik putih je nak buat kuih, serbuk kunyit sepeket, cili api 2 ringgit. clorox sebotol..apa lagi yang takda mama?"

" ada tu ada la semua, tapi mama cakap Clorox. C.L.O.R.OX... bukan yang ni, cuba kamu baca balik apa dia tulis?"

"C.O.C.O.R.O.X....... cocorox mama... taaapi....kan sama je function dia ma..."

"kamu jangan nak melawan, mana sama, masalahnya bukan sama ke tak, tapi kamu tu yang kelam kabut.. prot pret bla bla bek bek bek bla bla la pang prang prong preng..pi pa pa parrappaa ..pi ppaaraappaaa paa... para beda beda.."

2.) Telur Ayam.

Apa?? telur ayam omega 3? telur ayam dalam 7 eleven? murtabak pak sudin telur ayam dibasuh? apa?? telur ayam dalam bekas plastik lutsinar di jual di rak-rak pasaraya dengan harga yang tak masuk akal?

"owhhh tidak mengapa anak muda!!, telur ini omega-3, baik untuk jantung dan ia dibungkus bersih dan berjenama. telur ni 10kali ganda lebih baik dari telur ayam sepapan yang dijual di kedai runcit itu" (bilang Profesor Emeritus Tengku Tan Sri Datuk Dr Haji Mantomin Sarji Bin Haji Daud)

" Papa, kenapa papa tak bawak telur Omega-3 sekali ke kedai mamak ni papa? tak baik untuk kesihatan tau papa, makan roti telur mamak ni, dia mesti tak pakai telur ayam omega-3, Fatin jamin dia pakai telur kedai runcit je papa"

" AhHHhhhhhHhh diam La Ko Fatin, papa lapar dah ni..kang papa sidekick ko kang"

3) Gula, garam, serbuk kunyit, lada sulah dan berbagai lagi.

-Yang ni taknak cerita panjang-panjang, korang bygkan sendiri.sebab nanti entry aku panjang sangat, korang merungut...

korang bayar 99.90 untuk sandal mcm selipar jepun? aku pegi jalan2 kat sport house nak beli sandal, sekali aku tengok ipanema. mak datuk.. harga mcam beli kasut adidas, hilang akal ke apa? lagi korang beli, lagi la menjadi2 diorang manipulate harga.

4) Selipar Jepun/flip flops

"errmm, aduh putus pulak sandal Salvatore faragamore aku ni, nak balik jauh lagi, takkan nak jalan kaki ayam sampai rumah.. wei Syerry, singgah jap giant, aku nak beli selipar jepun la, wedges aku putus"

" Eeeeuuwwww, what??? ko nak beli selipar giant? u mean... selipar RM 3.80 tu?? peeeeeelisss Jamiatun... tolong lah Jamiatun.. jom jom kita pergi padini tu. We buy better sandal k, ada sale tau, RM 39.90 je Jamiatun Oii... eeeee aku tak kuasa kawan-kawan aku pakai selipar jamban giant tu"

" Tapi Sherry....selipar is selipar kan? kalau Padini tu pun selipar sama jugak dengan yg giant tu, brand je dia cop lain, selipar jamban jugak..kenapa aku nak beli RM 39.90 untuk selipar?"

" Hey Jamiatun Bt Dato' Azhar Sulaiman Akhlaken... ko tu anak orang ada-ada tau, ko kena la jaga status ko, aku yang belum berbapakkan Dato' ni pun pakai selipar Ipanema ko tau tak??? RM69.90 ni... peeelis aku nak sarung selipar jamban tu... eeuuww tidak"

" ish ish ish Sharifah Markonah..Sharifah Markonah, selipar punya pasal pun ko boleh kecoh2. takpa la Sherry Marky, aku beli je la selipar giant tu. lagipun rumah aku dah banyak kasut, ni emergency kes je pun..

Ingat sherry... modern2 jugak.... ipanema ipanema jugak... kelas tu kelas jugak... tapi Nabi ada pesan...Membazir tu Saudara Syaitan"

"GuUuUUllppppPpp...jom gi giant tu jom tehehehehehe "



Selipar jepun mcm ni kat pasar malam atau kedai kasut Jukebox tak lebih rm10, rm3.80 pun ada, best ape, ada kartun simpsons....ada kaler pink.. ada lambang levis... wahhh korang bayar tak sampai rm10.. 2 brand dia boleh bagi.. berbaloi baloi....

P/s semasa entry ini habis dibaca, maka ada sesetengah pembaca mula memikirkan akan jenama kloroknya, dan berapa yang dihabiskan untuk beli selipar, tidak ketinggalan juga ada pembaca yang berlari-lari anak ke bilik air utk melihat jenama peluntur baju.

entry ini adalah untuk kes produk yang berfungsi sama, manakal jika produk berciri2kan individualistik, ia tidak akan berkesan dengan contoh2 yang ditonjolkan. harap maklum.

26 comments:

  1. 1st.. yiippiii...

    hohoo.. like dat..

    sebut psl jenama ni.. arituu penah tegur my friend yg giler jenama punyee org..
    die beli slipar cam ala2 slipar jamban laa rm99.90 kot.. ROXY punyee..orii tuuuuu...

    pastu i tayang my sliperr yg kiut miut + comel hasil dari beli kat ZONRIA (Pantai Timur adee ini kedai) hrga rm2.90.. huahauahuaa.. siyess.. ckp kat diee..
    kalau ngn duit rm99.90 die tuu.. i buleh beli dkt 100psg tauu sliper tuu.. hahahaa..

    xley blah punye worang..sliper jamban brand2 pon masuk jamban jugak..hahahaa

    ReplyDelete
  2. Udacun :setuju!

    tahniah dapat 1st. hehehe
    cuba bayangkan mcm mana owner2 brand ni gelak mengekek-ngekek suka bila orang jadi bodoh beli selipar harga 99.90?

    function dan ketahanan dia sama je, bukan beza pun, lainla kalau sandal outdoor mcam reebok ke TEVA ke apa ke.. sebab dia susah koyak, susah haus, guna pulak untuk sport.. tu citer lain...

    ni selipar jamban tuk jln2 kan kan kan.. kenapa perlu 99.90?

    ReplyDelete
  3. Ni kes obses pada brand lah ni..
    i like your entries..keep it up

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. norinaomar: terima kasih sudi baca dan komen. i nak singgah blog u, tapi takde link ke sana.. mcm mane?

    ReplyDelete
  6. woohaa.. tau xpe.. kalau yg kasut sukan.. beg sukan dll yg mmg sport n yg pntg2 xpe gak..

    tahan lasak dan bergunaa.. yg ni sliper wat masuk jmban.. hohoo...
    nak gtau kann.. my sliper jamban yg rege rm2.90 dibeli pada thn 2009 smpai skrg masih lagi kukuh n bergune.. ade lagi nii.. tp yg mmber punye roxy tuu.. rasenyee xsmpai 5bulan da koyak rabak masuk tong smpah..hohoo

    kenapa rm99.90?? sbb murah laa lagi sposen nak ckup rm100.. hahaha

    p/s: beg adidas i kaler merah pon rege rm99.90 tauu... hohoo.. atleast buleh buh mcm2 bende.. hohoo

    ReplyDelete
  7. yeah!! memang ikut nama pun biasanya..kalau dah ramai kata itu bagus, kita pun rasa macam itu baguslah...
    lagi remaja ni haa...barang semua nak ikut trend katanya...apa orang pakai, dia pakai...
    err...untung aku tak mampu nak beli mahal2...haha memang bundle jela jadi pilihan....

    ReplyDelete
  8. emm...terasa pulak...klu nak beli sabun basuh mesti nk attack @ dettol antibacterial...klu ubat gigi msti nk colgate total..klu shower gel mesti nk dettol...klu paki mende lain rasa hidup sehari2 mcm xsuci..dipenuhi bakteria...huhuhuhuhuhuhuh..

    ReplyDelete
  9. mata itu menipu rasa..ini lah padahnya kan..hehee sbb dah set minda macam gitu,so selera pon nak ikut ape yg kpala duk pk la..

    slipar toilet pon mahu mahai2 ka...bazirr je


    kenapa boris yeltsin?haha cikgu saya tu pompuan

    ReplyDelete
  10. "Milo von De melawan Vico Van Trausent & Avec du Ovaltine" ni adik beradik marco van basten kan? hahha

    orang markening punya entry... bagus2.. aplikasikan ke dalam blog...

    banyak nyamuk la... ade ridset tak?

    redset tak de... bygon ade... bygon? bygon tu untuk halau pacat...

    ahhh... pacat pulak... bak la... habis kaki aku ni di kokak dek nyamuk...

    ReplyDelete
  11. zh~hehe..sungguh terkesima baca n3 ni..kui kui..mata yg kalah pada deria rasa..
    bagus2...
    p/s-cma x minum milo..munim oveltin je..
    lalala

    ReplyDelete
  12. realiti, realiti..aku suka..
    orang nampak jenama dulu baru kualiti,
    memang barang berjenama berkualiti macam beg ker, kasut ker, mahu lenjan dua tiga tahun tahan..

    orang kata alah membeli menang memakai, bukan ikut sedap iklan jer nak beli..
    macam sate, fuhh!, ada apa dengan jenama..
    ++, aku tak suka minum nescafe, indocafe lagi murah, rasa pom tak sakit kepala lepas minum..hee~

    sorry terpanjang :D

    ReplyDelete
  13. selalunya tengok rega dulu baru tengok jenama..hahaha~ yang penting selesa..kalau yang murah pun boleh bagi keselesaan dan kualiti yang sama dengan yang branded, maka apa salahnya kita beli yang murah..save duit, takyah tengok jenama sangat..

    by the way, nice entry la jupikar!

    ReplyDelete
  14. simpleblanklife : ahaha aku pun layan bundel... hidup bundel!!.. :)

    SHAI : itu maknanya marketing team berjaya dalam kempem diorang kat awak :)

    Alexa : itu la. membazir pada benda yang tak significant,

    SM Banjamin : Marco Van Basten dengan marco sudar man wal ku he hek...hahahahahaha

    Lurvesepnioza : tenkiu.. teruskan membaca ye :)

    Cma Shiema : betul ovaltine? wahh tak sangka.. rare betul nih.. :)

    Cikya : betul2, setuju ngan komen ko nih, takpe komen2 panjang2 aku suke bace :)

    ReplyDelete
  15. Sunah Mohammad : dulu saya masa muda remaja, memberontak, semua barang nak jenama, tapi bila dah kerja, dah cari duit sendiri baru paham... tak semua brg perlu jenama..

    barang2 penting yang fungsi dia spesel perlu jenama la, mcm camera, kasut sukan, kasut outdoor, henpon, dan mcm2 lagi...

    tp kalau setakat brg keperluan harian yg function sama.. takpayah beli ikut jenama pun...

    TQ sebab bace :)

    ReplyDelete
  16. mak pun aritu beli sandal kat langkawi smpai 30 hengget.. pdhal yg design sama, bentuk sama, kaler sama kt kl ni pun ada yg spolah hengget jer.. mak tak bawak sandal.. sakit lak kaki bila jln pakai kasut tumit even rendah pun. almaklum la boyot.. mak marah la laki mak aritu nak beli sandal yg lbh krg sama je mcm ni kat giant dia x kasi padahal doplas hengget jer.. katanya cpt rosak. takpe yg kopak duit dia... teringat mak baca paper semalam daging lembu tiruan kat cina guna daging babi.. erkk ada kena mengena ngan topik ni ke pasal daging tu?? kekekeke

    ReplyDelete
  17. Nyah Lekit : itu takpe, kes emergency, lagipun langkawi suka amik kesempatan pada pelancong...

    ada ke daging tiruan. apa lagi wartawan nyah lekit.. jalankan tugas... :)

    ReplyDelete
  18. perghh.. pikar.. aku tak sedar pon dah lebih seribu patah perkataan aku bace kat entry nih....

    info terbaeekkk punya...

    likee!!

    ReplyDelete
  19. Along Usop : Ucop.. sebab tu ko masuk UKM... sebab ko rajin membaca.. :) hahaha... aku suka la pasal entri kaabah tu.. :)

    ReplyDelete
  20. btul3...wat pe byr lebih utk barang yg sama fungsinya..;)

    ReplyDelete
  21. hehehe... btul2..kene jamu mata dlu sblm jamu perut.. hehehe

    antara contoh lain yg over-taking branding nie mcm tupperware..
    apa brand sekali pun orang dok panggil tupperware... n thermos
    :P

    ReplyDelete
  22. sib baek JM bkn peminat barang berjenama.... ai pakai pakaian yg dijual d pasar mlm jer yuu.... sliper ai kat uptown only... takat barang branded pakai lelame pon buruk gak... mende mmg same, tp mahal disebabkan JENAMA.... walhal mendenye same jer kualiti kat nite market...huhuhuhuhuh...

    ReplyDelete
  23. tak biasa beli barang-barang berjenama ni, sayang nak beli barang-barang mahal. hahahaha

    btw, memang customer selalunya memandang pada rupa makanan. nampak macam sedap tapi kadang-kadang tak sedap pun, hanya gah pada rupa.

    btw, aku pegi kedai makan, ambil tempat duduk, tengok menu terus order. tak reti nak pilih2 makanan yang pelik2. haha

    ReplyDelete
  24. fayad : betul sangat la tuh.....

    AD : Tupperware tu salah satu contoh overpriced product, bagus ad

    JM : sandal ai baru RM 6.90 je... tapi yg adidas tu rm60. hahahah :P

    Fitri kasim : kita sama la, kadang2 tak tengok menu pun.. terus je order..

    "bang,... Naik daging merah ye.. sup ekor..nescafe ais" :)

    ReplyDelete
  25. best! apa yang diajar dalam kelas marketing masa diploma dulu diaplikasikan. cayalah! btw, COCOREX la, bukan COCOROX.. lol

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...