April 13, 2011

Perempuan Yang Lembut

Assalamualaikum..

Perempuan yang lembut.
ibarat mencabut uban dan umbut.
terlalu keras patah di pangkal.
terlalu longlai kata disangkal.

Aku respect perempuan yang lembut.
kerja dari 9 sampai ke 5
di rumah tetap makanan di meja
di taman tetap menyiram bunga,
di jamban tetap basuh kemeja.
cuba beri pada lelaki?
"hantar sahaja ke dobi"
"aku dah penat mencari rezeki"
keluh si gagah lelaki. penat katanya.

Menyanjung perempuan, aku bukan feminist.
cuma mungkin aku masih waras.
yang ibu aku itu seorang perempuan.
adik aku juga perempuan,
bakal isteriku juga seorang perempuan.
apa sangat kalau ditawar sikit ego,
berdiri tegak sebentar, menabik perempuan lembut yang lalu.
"Wah awak sangat lasak, tapi awak tetap manis, You are my hero"

Mamaku perempuan yang lembut.
dulu jururawat, kelahiran dia yang sambut.
katanya, "mama sayang kan kerja ni"
tapi sebab kamu, mama kena berhenti.
sebab kamu perlukan mama..
biarlah kerja itu, nanti kamu dah besar, rezeki ada dimana-mana.

Aku masih lagi belum feminist,
aku masih jantan alpfa.
cuma aku tak mampu menepis kenyataan.
tentang Kuatnya seorang perempuan yang lembut.
Beranak pun dia, kerja pun dia, suri rumah pun dia, teman tidur pun dia, emak pun dia.
Kadang-kadang aku masih lagi berfikir,
bahawa di dunia serba moden ini, perempuan sebenarnya yang layak merangkul piala.

Drum Beat Bergema!!!!!
"Dengan ini dipersembahkan piala"
Kepada Perempuan lembut yang sentiasa setia.
Berada di belakang Lelaki gagah,
Mengaku Johan di depan dunia.
Tapi sebenarnya perempuan-perempuan semua
jauh dalam jantung dan otak lelaki alpha.
kami ego untuk menyatakan kebenaran
sebenarnya, Hawa Itu Adam yang mohon,
walau boleh menongkah dunia.
sunyi pulak rasanya kalau seorang sahaja bersandar di pohon.

Ini kenyataan untuk perempuan yang lembut!
Tak perlu tunggu Hari wanita sedunia
Tak perlu tunggu hari ibu juga
hari ni aku terasa nak salute pada kamu semua.
Terima Kasih kerana menjadi perempuan lembut saya!



p/s Karangan Vice versa pada entry Lelaki Yang Kuat..... ishhh malam ni aku salah bancuh kopi ke? ada estrogen gamaknya dalam kopi tu, sentimental benar bermadah pujangga.

26 comments:

  1. Wahai wanita..
    Wanita yang berada di seluruh dunia
    Tak kira bangsa, umur atau rupa
    Oh..asalkan kau wanita..

    Kau buat ku gila..
    Bila kau menggoda
    Bila kau mengada-ngada
    Oh..lirikan mata senyuman manisnya
    Oh..kau buat aku tergoda..

    Wanita seluruh dunia ku ingin kau tahu
    Yang aku cinta kamu semua wahai permaisuriku
    Dan walaupun ku tak mampu membahagikan diriku
    Kepada wanita seluruh dunia
    Lagu ini lagu cinta untuk kamu semua
    Untuk kamu semua..

    Wahai wanita..
    Adakah kau mengerti apa yang aku kata
    Kamu semua adalah inspirasiku bila ku berkarya
    Ku tuliskan lagu hanyalah untukmu
    Untuk buat hari kau ceria
    Dan aku tak kisah mana kau berada
    Ku ingin kau dengar ku berkata

    ReplyDelete
  2. uiyoohhhh... Sm Banjamin Nyanyi lah.... :)

    ReplyDelete
  3. Khuzrin : time kasih.. ni namanya puisi rock..haha

    ReplyDelete
  4. besttt..:):)

    pompuan multitasking :P

    ReplyDelete
  5. ni puisi ape ni .. mcam citer sndiri jer .. uhk uhk maaf terkoment puloks

    ReplyDelete
  6. best. bangga ibu anda membaca. haha

    ReplyDelete
  7. i'm ur new blog follower. such interesting entry!~=)

    ReplyDelete
  8. :) itulah wanita..

    ReplyDelete
  9. Wan mohd salim : ni puise neo era... puisi hentamkromok namanya.. :P

    alexa : nanti awak dh jd doktor, awak kene bahagi2 masa tau

    cucu hj hassan :tak tau la dia da penah bukak blum blog saya

    Shai : tengkiu

    Fyd : yee, itulah wanita

    ReplyDelete
  10. kami juga superhero.
    kadang mengeluh terlalu berpeluh,
    kadang feminist terlalu pesimis.
    tapi tak merubah dunia fana,
    hawa itu adam yang punya,

    saya suka yang ini

    ReplyDelete
  11. Papaya: nak nangis leeeeetewwww hehehehehehehhee

    ReplyDelete
  12. Kalau suami aku bacakan puisi ni, baru ar nangis :D

    ReplyDelete
  13. Najihah..anda memang betul!..

    awak leh wat "perempuan yang lembut volume 2" lah

    ReplyDelete
  14. papaYA: print puisi aku ni, letak atas meja makan.. masa dia selak tudung saji..dia tengok.. dia yg nangis nanti.. haha

    ReplyDelete
  15. terima kasih wahai lelaki yang menghargai wanita :)


    Your eyes are too precious

    ReplyDelete
  16. haha. terasaaaaaaaa lagi! akulah perempuan lembut itu!!! muahahahha

    ReplyDelete
  17. Manja : sama2 wahai wanita :)

    Padie : suke leeeteww.. :) ahahaha

    ReplyDelete
  18. sebab pompuan lembut itu hebat tu yg dunia skang byk lelaki nak jadi lelaki lembut.. konon nak julang piala hebat walhal dorang lupa operate jantina bagai pun tetap dorang tak boleh beranak...kami tetap hebat walau lemah lembut.. Nyah misai jgn jeles tau! wakakakakakakakakaka

    ReplyDelete
  19. wanita engkau bulan engkau juga SURIA (kuat skit kat suria tu tau!).. kerana keistimewaan mu terpikul segala amanah di bahu mu.. Di ulangi sila nyanyi lagu ni dengan tinggi nada bila sampai kat perkataan SURIA. kekekekeke

    ReplyDelete
  20. eleeehhhhhh Nyah Lekit oi... tak jeles pun laaahh.. ahahaha

    nanti nak letak nama SURIA kat anak pompuan boleh tak?

    p/s aku bajet kompom anak ko nanti hensem mcm aku nyah lekit oi... sebab terkenan kan kan kannnn:P hahaha

    ReplyDelete
  21. salam..bagus puisi ni,santai dan menarik.mintak share ye ,terima kasih -)

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...