April 11, 2011

Lelaki yang kuat

Assalamualaikum...

Lelaki yang gagah tidak perlukan kekuatan
lelaki yang hebat perlukan perempuan tempat untuk bermanja,
Untuk menjadi seorang yang fragile,
Sebab dia sudah penat menjadi kuat di depan dunia.

Lelaki yang berjaya bukan perlukan sokongan poket perempuan.
lelaki hanya perlukan tangan belaian,
kata-kata simpati ihsan sang perempuan..
kerana lelaki sudah penat memberi arahan.

Lelaki agung bukan mahu memegang cemeti,
tapi mahu tumpang riba perempuan untuk tidur di tengahari.
bukan bantal itu tidak empuk,
bukan tilam itu tidak lembut.
cuma mahu mengeluh kesah.
betapa hatinya sebenarnya rapuh.

Lelaki hebat bukan tidak boleh beli nasik bungkus.
untuk alas perut yang keroncong,
lelaki hebat bukan tidak boleh makan di warung.
Bukan mahu membibik wanita.
tapi lelaki teringat air tangan bonda..
makan bergaramkan kasih berlaukkan sayang.

Lelaki itu kadang-kadang masih budak di hatinya.
Di pejabat penat bertali Leher,
Di pentas penat berpencak ego.
Dia tidak mahu perempuan di rumah menjadi saingan.
dia hanya mahu perempuan sebagai peneman.

Teman bukan hanya untuk Romance
perempuan bukan hanya rahim untuk keturunan
Perempuan adalah keseluruhan jiwanya
yang penuh manja mendengar keluh kesahnya.
KERANA LELAKI HEBAT
SUDAH PENAT MENJADI KUAT DI DEPAN DUNIA.


p/s jika ada lelaki yg curang, bukan dia tidak jujur, bukan dia memungkir janji, itu hanya fitrah spesis manusia. Untunglah kamu jika lelaki itu berkata jujur, bahawa hanya kau yang dia cinta!

20 comments:

  1. suke dengan kata2 or quote dari kamu..:)

    ReplyDelete
  2. gilak pak ang.. jiwang naaa... =p

    sajak la ni.. tapi ade ayat yg panjang sangat.. heheh..

    =)

    ReplyDelete
  3. ''Untunglah kamu jika lelaki itu berkata jujur, bahawa hanya kau yang dia cinta!'' <-- suka ayat nieh.

    eh eh. lelaki boleh cuba jadi jujur pe. jangan lah tipu tipu. -.-

    ReplyDelete
  4. Fayd : mekaceh.... :)

    Along : entry2 lama ada koleksi sajak.. yang ni bukan sajak.. yang ni bajak... hahahaha

    Padie : padie... kan dah ckp "untunglah kamu"

    ReplyDelete
  5. @aiza zara : tenkiu very much.. :)

    ReplyDelete
  6. very inspiring...

    nak pinjam bg kat spesel one boley x?

    ReplyDelete
  7. jujur seorang lelaki umpama Nyah yg mengaku jantan sejati.. sukar di percayai tp tak mustahil ia terjadi.. apapun fitrah lelaki memang kalau tak curang hati & jiwanya pasti curang matanya. termasuk laki den.. takpe nakal lite2 den buleh accept

    ReplyDelete
  8. Wah Nyah lekit.. sempat lagi ko propa kan kan..

    curang mata tu biasa la lelaki.. pompuan pun suke gak tengok mamat hensem.. kalau tak, xde la melekat depan Nurkasih tengok remy ishak kan kaaannnn :P

    ReplyDelete
  9. pehhh..... tergamam!!!!!

    *nyah lekit : *tekan "like" - cm status fb...

    ReplyDelete
  10. kata-kata yang cukup asyik dan bagus sekali... dari seorang lelaki yang ku kenali memang cukup kuat...

    ReplyDelete
  11. kata-kata yang cukup asyik dan bagus sekali... dari seorang lelaki yang ku kenali memang cukup kuat...

    ReplyDelete
  12. already follow and click your ads at the same time.. nice entry btw..

    ReplyDelete
  13. x sangka zulfikar cmnie.... heheheh :P

    ReplyDelete
  14. best best

    thumbs up..:)

    sebalik lelaki yg berjaya berdiri wanita di belakangnya..

    ReplyDelete
  15. @alexa : "sebalik lelaki yg berjaya berdiri wanita di belakangnya.."

    yaaa dari sinilah saya karangnya...

    ReplyDelete
  16. waaa..nk pinjam buat status fb boleh??

    ReplyDelete

Hidup Dalam Kepalsuan

Assalamualaikum Kisah ni aku yakin berlaku pada tahun 1990, sebab kejadian ni berlaku semasa aku tadika, aku tadika umur 6 tahun. Masa aku...